PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH |
- Motivasi Anak Cemerlang Mac 2011 Pilah, N.Sembilan
- Umno berjaya di Kerdau dgn dangdutnya. Melayu jgn terus hanyut.
- Insya Allah...Ada jalannya - Merlimau ...jumpa PRU 13
Motivasi Anak Cemerlang Mac 2011 Pilah, N.Sembilan Posted: 06 Mar 2011 05:05 AM PST Motivasi Anak Cemerlang Mac 2011 Pilah, N.SembilanKEM MOTIVASI ANAK EXCELLENT SIRI 1 : 15-17 MAC 2011 (Selasa-Khamis) SIRI 2 : 18- 20 MAC 2011 (Jumaat-Ahad) TEMPAT : Kem D'Kok, Kg Talang, Kuala Pilah, N.Sembilan Untuk anak-anak umur 10-12 tahun sahaja Terhad 50 orang AKTIVITI MENARIK : Flying Fox Ceramah Interaktif Qiamullail Berkayak Wokshop/Bengkel Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut sila hubungi : Ustaz Hanafi 013-6353660 Ustaz Arif 013-3791812 | ||
Umno berjaya di Kerdau dgn dangdutnya. Melayu jgn terus hanyut. Posted: 06 Mar 2011 04:04 AM PST Umno masih kukuh di Felda. Melayu perlu disedarkan segera dari terleka gula2 Umno BN. Proses pengundian bermula hari ini bagi pilihan raya kecil kawasan DUN Kerdau di Pahang dan DUN Merlimau di Melaka. Kedua-dua kawasan yang menyaksikan proses kempen pilihan raya yang suram ini merupakan kubu kuat BN dan para penganalisis membuat bacaan awal bahawa parti itu akan memenangi kedua-dua kerusi. Di Kerdau, calon PAS Hassanuddin Salim (kiri) berdepan calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad bagi menentukan sokongan dari kalangan masyarakat Melayu yang membentuk hampir 90 peratus daripada 8,999 pengundi berdaftar di sini. Hassanuddin yang tewas dalam pilihan raya umum 2008 bagi kerusi ini akan membuang undi di Telok Sentang manakala Syed Ibrahim (kanan) akan mengundi di Kuala Tekal. Pilihan raya kecil ini diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada 12 Februari lalu akibat serangan jantung. Keputusan penuh tidak rasmi: PAS: 2336, BN: 5060 Majoriti: 2724 Calon PAS, Hassanuddin Salim kini berada di markas induk PAS. Dijangka satu sidang medakan diadakan selepas keputusan rasmi diumum SPR PRK ini bukan menentukan masa depan Pakatan Rakyat tetapi apa yang harus diberi perhatian ialah pilihan raya umum akan datang. @ Semua kena balik ke negeri dan ke kawasan masing-masing dengan tugas yang lebih tersusun serta menyampaikan maklumat mengenai Pakatan Rakyat @ | ||
Insya Allah...Ada jalannya - Merlimau ...jumpa PRU 13 Posted: 06 Mar 2011 03:37 AM PST Andainya kau rasa tak berupaya Hidup sendirian tiada pembela Segalanya suram Bagai malam yang kelam Tiada bantuan tiada tujuan Janganlah berputus asa Kerana Allah bersamamu Chorus Insya Allah Insya Allah Insya Allah Ada jalannya Insya Allah Insya Allah Insya Allah Ada jalannya Andainya dosamu berulang lagi Bagai tiada ruang untuk kembali Dikau keliru atas kesilapan lalu Membelenggu hati dan fikiranmu Janganlah berputus asa Kerana Allah bersamamu Ulang Chorus Kembalilah Kepada Yang Esa Yakin padaNya Panjatkanlah doa Oh Ya Allah Pimpinlah daku dari tersasar Tunjukkan daku ke jalan yang benar Jalan yang benar Jalan yang benar Jalan yang benar Pas tewas di Melimau: PAS Yuhaizad Abdullah : 2,339 undi BN Roslan Ahmad : 5,962 undi majoriti 3,623 undi
Selepas pengundian ditutup jam 5 petang, 78.98 peratus atau 8,435 daripada 10,679 pengundi di Merlimau keluar mengundi. Jumlah ini lebih tinggi daripada 76.18 peratus atau 7,977 orang dalam pilihan raya umum 2008. Penyokong dan petugas PAS menunaikan solat Maghrib berjemaah diimamkan Timbalan Ketua Pemuda PAS, Azman Shapawi di hadapan markas induk PAS. |
You are subscribed to email updates from PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan