Rabu, 30 Mac 2011

™ kaasii peecaahhh laaa...®

™ kaasii peecaahhh laaa...®


Rahim perlu di pecat - Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)

Posted: 30 Mar 2011 07:26 AM PDT


KUALA LUMPUR, 30 Mac – Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mendesak Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah agar menggugurkan Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik daripada jawatan Pengerusi Risda kerana mengakui terlibat dengan pendedahan rakaman video seks, yang dikaitkan dengan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat.

Menurut Pengerusi SMM Ahmad Syukri Ab Razab, tindakan Abdul Rahim bersama dua lagi individu yang digelar "Datuk T" yang mendedahkan rakaman video seks itu yang didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai di "luar norma" yang diamalkan seorang pemimpin.

Jelas Ahmad Syukri, sebagai individu yang mempunyai jawatan tinggi dalam kerajaan Abdul Rahim yang juga bekas ketua menteri Melaka seharusnya menunjukkan sikap berintergriti bukan bertindak di luar batasan.

"Tindakan Tan Sri Abdul Rahim mendedahkan video lucah adalah suatu perkara di luar norma yang diamalkan oleh seseorang pemimpin.

"Sebagai individu yang pernah menjawat jawatan penting dalam kementerian Malaysia, Tan Sri Abdul Rahim seharusnya menunjukkan sikap intergriti yang boleh dicontohi seluruh rakyat Malaysia.

"Namun apa yang berlaku telah menyebabkan rakyat hilang percaya kepada kepada kredibiliti kepimpinan negara yang sering dihambat dengan skandal-skandal yang mencemarkan imej dan integriti pemimpin itu sendiri," katanya dalam satu kenyataan.

Selain Abdul Rahim, kumpulan Datuk T juga terdiri daripada ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Trio tersebut telah menggemparkan negara awal minggu lalu apabila bertindak menayangkan rakaman video seks itu kepada media di Carcosa Seri Negara.

Rakaman video seks itu didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat yang dikaitkan dengan Anwar dengan pelacur dari China.

Berikutan pendedahan itu, ketiga-tiga individu terbabit telah disoal siasat polis Bukit Aman dan menyerahkan pita video dan seutas jam tangan jenama Omega sebagai bahan bukti.



'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia'


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Tiada ulasan: