Rabu, 30 Mac 2011

Addin

Addin


Rampas Tanah Adat!! Cara Taib Mahmud Balas Budi Kroninya..

Posted: 30 Mar 2011 05:00 PM PDT

Ramai yang tertanya-tanya dalam komen-komen kami kenapakah rakan-rakan politik Taib membenarkan dan meredhai kegiatan rasuahnya berterusan? Siasatan-siasatan yang kami jalankan di pejabat pendaftar tanah telah mula memberikan jawapan. Kebanyakan kroni-kroni politiknya, yang menjawat jawatan-jawatan menteri penuh, adalah penderma utama bagi kegiatan cabulan tanah-tanah negeri yang dilakukan oleh Ketua Menteri.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini mereka telah mula untuk menutup dan menyembunyi identiti-identiti diri mereka, namun kami juga telah berjaya untuk mengakses rekod-rekod lama! Bagi kebanyakan YB BN itu, berakhirnya Taib bermakna berakhirlah geran-geran ladang mereka, maka dengan itu mereka harus sentiasa bekerja keras untuk mempastikan agar orang tua itu berkuasa tanpa henti!
Naroden Majais

Contohnya Naroden Majais. Beliau telah membayar balik kepercayaan para pengundinya di Simunjan dengan mengambil sejumlah besar tanah-tanah adat mereka! Kami telah mengenalpasti sekurang-kurangnya 19 geran tanah telah diberikan kepadanya menerusi syarikat-syarikat Hydroflow dan Indranika Jaya di Simunjan dalam tempoh masa 2003 – 2007.

Di samping itu, menurut rekod yang kami temui, Naroden juga telah mendapat plot berjumlah 5,000 hektar di kawasan Baram. Kesemua serahan-serahan ini sahaja menjadikan jumlahnya 15,500 hektar yang diserahkan dengan bayaran premium RM5.7 juta. Tetapi, jika Naroden tidak mampu membayar untuk membeli atau menjual tanah-tanah itu, maka beliau diberikan diskaun sebanyak RM500 untuk sehektar bagi sebahagian besar tanah-tanah itu, dan beliau juga boleh membayarnya dalam masa 5 hingga 10 tahun!

Penyamaran!

Sarawak Report juga telah berjaya mengesan beberapa cubaan oleh Naroden untuk menyembunyikan kawalannya ke atas geran-geran tanah ini, yang telah membuat beberapa orang blogger mengemukakan kritikan dalam tahun 2008 dahulu. Jika anda perhatikan rekod-rekod yang terkini, anda akan mendapati bahawa kedua-dua syarikat Hydroflow dan Indranika didaftarkan di bawah nama Kong Goon Siong, berpejabat di Lot 298, Tingkat 1, Lorong 9, Jalan Rubber, Kuching.

Namun, jika anda menjejak rekod-rekod pada pendaftar tanah tahun 2007, anda akan dengan mudah dapat mengesan identiti Encik Naroden. Anda pasti dapat melihat nama penuh beliau yang tercatat pada rekod-rekod tanah itu, bersebelahan dengan alamat yang sama yang digunakan oleh Encik Kong Goon Siong!

Apa lagi, Naroden sedang disenaraikan dengan begitu jelas selaku penerima geran bagi tanah seluas 5,000 hektar di Baram di bawah nama syarikat Harta Mastira Sdn Bhd! Tetapi kita harus ingat bahawa, adik Taib, Onn Mahmud juga sedang berusaha untuk menjual tanah ladang kelapa sawitnya dengan harga RM30,000 seekar, di mana jumlah harga bagi kesemua 15,500 hektar ladang itu pasti akan mendatangkan keuntungan lebih satu billion ringgit!

Apakah yang orang tempatan akan dapat?

Isu hak-hak tanah NCR di kawasan tersebut telah 'dirundingkan' oleh Naroden di mana para pemilik tanah-tanah adat itu dilibatkan dalam 'usahasama', di mana pemilik-pemilik itu menjadi pemegang-pemegang saham di dalam kedua-dua syarikat yang telah diberikan 30% saham dalam Hydroflow dan Indranika Jaya.

Pada penhujung tahun lalu, suatu majlis yang cukup meriah telah diadakan di kediaman mewah Ketua Menteri, di mana orang-orang tempatan itu diberikan dividen-dividen mereka bagi keuntungan tahun pertama. Akhbar The Sarawak Tribune (yang dikawal dan disunting oleh anak perempuan Ketua Menteri, Hanifah Taib) telah menjelaskan bagaimana 23,579 ton metrik kelapa sawit telah dikeluarkan, dan pada majlis yang sama, sekeping cek yang bernilai RM575,400 telah diserahkan kepada pemilik-pemilik tanah itu.

Dengan bilangan 2,877 orang pemegang saham yang diraikan itu, setiap orang dari mereka telah mendapat 'dividen' sebanyak RM200 untuk tahun itu! Bagaimana pula dengan keuntungan dari pokok-pokok yang telah ditebang, dan juga keuntungan dari jualan tanah mereka itu? Adakah selebihnya wang hasil itu telah dimasukkan ke dalam kocek Encik Naroden, di samping itu kediamannya sahaja boleh mengambarkan tahap kemewahan hidupnya dengan gaji bulanannya sebagai wakil rakyat bukanlah besar sangat?

WFM Plantations

Kajian-kajian dan siasatan-siasatan kami menunjukkan, ya, ke situlah selebihnya keuntungan yang diperolehinya. Sementara orang-orang tempatan mendapat 30% dari saham (yang tidak dapat mereka kawal sepenuhnya), 60% dari saham-saham itu dimasukkan ke dalam sebuah syarikat persendirian yang dikenali sebagai WFM Plantations, yang sebenarnya dimiliki sepenuhnya oleh WFM Enterprise Sdn Bhd. WFM beroperasi dari pejabat yang sama dengan syarikat-syarikat para pemegang saham dalam syarikat-syarikat yang dikenali sebagai Punggor Wibara Sdn Bhd dan Saddor Wibara Sdn Bhd.

Pemegang saham utama di WFM Enterprise adalah Kong Goon Siong dan saudaranya Kong Goon Khiing! Kedua-dua individu ini juga bertindak selaku pengarah kepada syarikat WFM Plantations. Kong Goon Siong juga merupakan pekerja di pejabat Naroden Majais, yang juga bertindak selaku orang yang sering berurusan dengan pejabat pendaftar tanah selepas mereka dilanda kritikan 2007 itu! Kong Goon Siong berkongsi alamat dengan Encik Naroden Majais.

Tanah di kawasan Gedong ini telah menjadikan keluasan ladang 12,000 hektar, juga dengan potensi nilai sekitar satu billion ringgit, berdasarkan jumlah harga yang diminta oleh Onn Mahmud bagi tanahnya sendiri. Bos kepada YB Naroden Majais hanya memintanya membayar premium tanah sebanyak RM6 juta kepada Negeri Sarawak!

Jika begitulah rupa pencuri atau perompak BN, maka, malang sungguhlah negeri ini nanti?!

Maka, sama ada Naroden telah memberikan berjuta-juta ringgit harga ladang kelapa sawit kepada Encik Kong Goon Siong dan keluarganya, atau beliau sendiri menggunakan mereka sebagai agen bagi menyembunyikan identitinya yang memiliki 60% dari saham-saham dalam perladangan di Simunjan dan kawalan penuhnya bagi keseluruhan syarikat itu. Sungguh baik hati Encik Naroden yang telah memberikan para pemilik tanah di Simunjan itu RM200 sebagai pampasan mereka hilang hutan dan tempat mereka bergantung hidup!

Naroden ada banyak lagi

Sarawak Report kini membuat kesimpulan bahawa Encik Naroden bin Majais adalah penyokong kuat Abdul Taib bin Mahmud dan kerajaan BN-nya. Atau adakah, dengan tanah yang amat luas itu, beliau bukannya bertindak selaku proksi kepada Taib Mahmud sendiri? Pastinya, orang seperti Naroden telah dibeli atau dibayar menggunakan tanah-tanah yang diserahkan kepadanya? Kesangsian dan keraguan timbul dengan pendedahan rekod-rekod tanah, yang seterusnya mempelihatkan dengan jelas lebih banyak tanah yang telah diserahkan kepada menteri ini, yang dikenali sebagai orang kanan kepada Taib. Sekali lagi, seseorang perlu mengkaji rekod-rekod tahun 2007, yang telah kami paparkan pada laman ini/Sarawak Report 


Be End Sarawak Makin Sombong, Polis Halang Ceramah Anwar Di Kuching

Posted: 30 Mar 2011 08:06 AM PDT

KUCHING - Rejim Barisan Nasional terus menunjukkan keangkuhan apabila menggunakan polis bagi menghalang program Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuching. Tindakan itu jelas menunjukkan BN di negeri itu semakin terdesak dengan sambutan luar biasa rakyat Sarawak terhadap program yang dianjurkan KEADILAN dan Pakatan rakyat, menjelang Pilihan Raya Negeri 16 April ini.

Terbaru, Anwar yang sepatutnya melancarkan bilik gerakan di Kampung Sinjan Jaya dalam Dewan Undangan Negeri Semariang, dihalang berucap secara terbuka di halaman bilik gerakan tersebut oleh pihak polis. Lebih teruk, pembesar suara turut dipadamkan dan Anwar terpaksa berucap tanpa menggunakan pembesar suara. Seorang pegawai polis yang hanya memperkenalkan diri sebagai Mun, dipercayai dari Balai Polis Daerah Kuching tidak membenarkan ceramah tersebut diadakan secara terbuka, meskipun rundingan dilakukan
Terdahulu sebelum itu, di bilik gerakan Kampung Petingan dalam N8 Dun Satok, Anwar hanya dibenar berucap selama 15 minit. Meskipun diganggu polis, ia tidak mengahalang kira-kira 1000 penduduk setempat untuk hadir mendengar penjelasan dan amanat Anwar mengenai pelbagai isu politik yang melanda tanahair.

Anwar dalam ucapan ringkasnya berkata, polis dipaksa melakukan tindakan tersebut disebabkan arahan pimpinan BN di Sarawak yang disifatkan semakin angkuh. "Saya tahu, sudah tentu ia arahan daripada pihak atasan. Polis hanya menjalankan tugas.

"Begini lah akibatnya jika negara ini ditabir oleh orang yang sombong. Justeru itu, rakyat Sarawak perlu bertekad untuk melakukan perubahan," kata Anwar sambil disambut tepukan daripada mereka yang hadir. Turut menyertai program berkenaan Adun Padungan, Dominic Ng dan Ketua Angkatan Muda Sarawak, Ahmad Nazib Johari./Keadilan Daily


Sesatnya Eskay... Sifatkan Video Fitnah Seks 'Anugerah Allah'

Posted: 30 Mar 2011 07:00 AM PDT

Salah seorang daripada mereka yang bertiga bergelar "Datuk T", Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini telah mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mengemukakan lima persoalan untuk dijawab yang turut mendakwa video seks milik mereka itu adalah benar dan disifatkan sebagai 'anugerah Allah' serta mendakwa apa yang berlaku hari ini adalah petunjuk Allah S.W.T. Beliau berkata demikian semasa ditemuramah di dalam satu penulisan terbaru dalam blog Kickdefella.


Shazryl sebelum ini bersama-sama dua lagi Datuk T iaitu Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim telah mengakui terlibat dalam pendedahan rakaman video seks pada 21 Mac lalu. Pertemuan semalam yang dianjurkan oleh Kickdefella itu turut dihadiri oleh Shuib dan turut disertai lima orang blogger dan seorang pengarang media alternatif. Shuib merupakan bapa mertua kepada Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal.

Menurut blog tersebut, Shazryl yang sebelum ini tahun lepas mengerjakan Haji pada tahun 2010 yakin apa yang berlaku ini adalah "jawapan dari Allah s.w.t." walaupun mengakui beliau adalah rakan karib kepada Anwar sendiri. "Saya mahu semua orang tahu. Saya tidak minat politik dan saya rakan karib Anwar. (Dari satu sudut) Saya lihat kehadiran Anwar dalam politik Malaysia, bagus untuk 'check and balance'.

"Saya bukan ahli Umno dan mana-mana parti pun. Tetapi, saya suka bila pembangkang kuat supaya kepentingan rakyat terjaga," katanya. Shazryl juga dilaporkan di dalam blog berkenaan mendakwa Anwar adalah seorang penipu besar dan menggesa Anwar meletakkan jawatan.

Namun begitu, Shazryl juga mengugut sekiranya penyokong-penyokong Anwar menyerangnya beliau akan bertindak balas dengan mendakwa mempunyai 'banyak' lagi untuk didedahkan jika diperlakukan sedemikian.

Sebelum ini, rakan Shazryl sendiri pada Jumaat lalu, Mohamad Mahti Abdul Rahim, bekas pengawal peribadi Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub berkata, Shazryl Eskay ada memberitahunya bahawa beliau akan menjatuhkan Anwar dari arena politik sebelum mempertontonkan satu rakaman video seks kepada media pada 21 Mac lalu.

Rakaman video seks itu didakwanya sebagai satu kelakuan oleh seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur China. Mahti mendakwa bahawa Shazryl naik berang kerana Ahli Parlimen Permatang Pauh itu enggan menjadi saksi dalam kes samannya yang sedang berlangsung di mahkamah kini berkaitan projek jambatan bengkok yang diluluskan ketika era Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Selepas beliau bercakap dengan marah mengenai Anwar, beliau mula bercakap buruk mengenai beliau (Anwar), berkata 'saya akan menjatuhkan Datuk Seri Anwar, dengan apa jua cara pun," katanya. Shazryl dipetik sekarang sebagai mendesak Anwar menjawab lima soalan berkenaan.

Soalan-soalan tersebut di dalam blog Kickdefella ialah "pertama, sejak dua tahun lalu berapa kali Anwar ke Thailand? Kedua, siapa yang menyambut Anwar di Thailand? Ketiga, di hotel mana Anwar menginap? Keempat, apa Anwar buat di bilik hotel tersebut? Dan kelima, siapa yang menyelesaikan semua bayaran tersebut?" "Jangan paksa saya dedahkan semua itu… suruh Anwar jawab dulu soalan itu sebelum (semua) serang saya" kata Shazryl lagi.

'Politik Selak Kain' - Mufti Wajar Nyatakan Pendirian

Posted: 30 Mar 2011 05:00 AM PDT

Para mufti wajar menyatakan pendirian mereka berhubung isu "politik selak kain" susulan tayangan video seks seorang lelaki yang didakwa mirip ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin."Kita kena bezakan (supaya), apabila bercakap, jangan main selak kain (orang). Kita tidak cakap video itu (sama ada) betul atau salah. Kita bercakap mengenai politik idea untuk membela rakyat.

"Kita bercakap tentang prinsip. Apa nak jadi, kalau ahli politik bercakap mengenai melondeh kain orang. Apa yang rakyat dapat. "Bahkan (dalam) prinsip Islam pun menentang perkara-perkara seperti ini. Jadi mereka (mufti) perlu berkata sesuatu (mengenai perkara ini). Saya tidak mahu memaksa mereka (untuk berkata)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Hujung minggu lalu, Dr Mohd Asri mengajak semua pihak menganjurkan satu perhimpunan besar bagi menyatakan kebencian rakyat terhadap politik lucah dan kotor. Menulis dalam blognya hujung minggu lalu, beliau berkata, semua politikus tanpa mengira parti hendaklah menghentikan amalan mendedahkan aib peribadi musuh politik yang bukan membabitkan kezaliman terhadap rakyat. Mengulas lanjut mengenai tulisannya itu, pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM) itu berkata, beliau mendapat reaksi banyak pihak termasuk cadangan supaya beliau "mengepalai" perhimpunan anti-politik lucah itu.

Bagaimanapun, beliau menolak cadangan tersebut kerana berpendapat bahawa "ada tokoh besar lain" yang boleh mengetuai perhimpunan tersebut."Ada tokoh utama dalam masyarakat, tetapi bukan saya," katanya.Dalam reaksinya kepada pihak itu, Dr Mohd Asri berkata, semua pihak perlu memainkan peranan membantah politik lucah itu dan tidak terhad kepada kumpulan atau parti politik tertentu, tetapi seluruh rakyat.
Malah, katanya, bukan Islam pun boleh sertai bersama, kerana semua membenci perbuatan seperti itu./ Malaysiakini

Nenek Ada 7 Cucu Di Hukum Gantung

Posted: 30 Mar 2011 01:47 AM PDT

Seorang nenek yang mempunyai tujuh cucu dijatuhkan hukuman gantung oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini setelah didapati bersalah mengedar dadah jenis heroin seberat 92.68 gram pada Ogos tahun 2009. Tertuduh Mariah Hamadi, 59 dari Rantau Panjang, Kelantan didakwa melakukan perbuatan itu pada 30 Ogos 2009 pada jam kira-kira 3.45 petang di perkarangan Masjid Padang Nenas, Mengabang Telipot dekat Kuala Terengganu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 39B (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati. Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa dalam penghakimannya berkata, mahkamah berpuas hati dengan penghujahan pihak pendakwa diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Zalina Awang @ Mamat yang berjaya membuktikan kes di luar keraguan munasabah hasil keterangan saksi-saksi pendakwa.

Katanya, walaupun peguam bela cuba menimbulkan keraguan dengan mengatakan tertuduh hanya membawa barangan itu yang dikirim oleh seorang rakan bernama Ida untuk diberikan kepada seorang individu lain di kawasan masjid itu tanpa mengetahui isinya, namun mahkamah mendapati ia tidak benar. Beliau berkata, tertuduh dalam keterangannya sebelum ini mengatakan dia bersama suami hendak pergi ke Kuala Berang untuk menziarah seorang saudara suami yang belum pernah dikenali, dan singgah di masjid berkenaan untuk memberikan barang yang dikirim oleh Ida itu.

"Tetapi adalah tidak munasabah tertuduh sanggup melalui jalan pantai dari Rantau Panjang ke Kuala Berang dan singgah ke masjid itu kerana hendak menyampaikan barang yang dikirim itu kerana jaraknya agak jauh," katanya. Malah, katanya tertuduh kelihatan pucat dan menggigil ketika ditahan oleh polis di kawasan masjid itu menunjukkan tertuduh tahu tentang isi barangan yang dibawanya itu.

Sehubungan itu, mahkamah mendapati tertuduh yang diwakili oleh peguam Tara Singh Delip tidak berkata benar dalam keterangannya dan sehubungan itu menjatuhkan hukuman mati ke atasnya. Tertuduh yang memakai baju kurung berwarna biru dan bertudung berwarna gelap, tunduk ketika hakim menjatuhkan hukuman itu dan dilihat sempat menoleh ke arah keluarganya yang berada di galeri awam./ Bernama


Demo Membantah Pembinaan Loji Bahan Radoaktif Di Gebeng, Kuantan

Posted: 30 Mar 2011 01:00 AM PDT

Sekumpulan penunjuk perasaan berpakaian kemeja T hitam dengan perkataan 'Selamatkan Malaysia' berhimpun di luar kawasan Parlimen di sini membantah pembinaan loji radoaktif bahan nadir bumi di Gebeng, Kuantan. Ahli kumpulan yang mendakwa mereka sebagai 'rakyat biasa' yang tinggal di Kuantan, memegang sepanduk 'Selamatkan Kuantan' dan 'Hentikan Lynas'.


Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh (PKR) dilihat mengetuai kumpulan berkenaan. Mereka bimbang kemungkinan penyebaran sisa radioaktif yang bakal dihasilkan selepas projek bernilai RM700 juta itu beroperasi. Salah seorang ahli kumpulan tersebut berkata, mereka tiba dengan empat buah bas dan kebanyakan mereka tinggal dalam radius 20 kilometer dari lokasi loji itu akan dibina.

Mereka disekat oleh polis dari memasuki kawasan Parlimen. Hadir sama, adalah lima anggota Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam) yang diketuai oleh pesuruhjayanya, Mohamad Shaani dan perwakilan daripada Majlis Peguam turut hadir bagi memantau keadaan. Sebelum bersurai, mereka melaungkan "Stop Lynas, Selamatkan Kuantan, Stop Radioactive dan Selamatkan Malaysia".Loji itu adalah pelaburan Lynas Corp Australia yang menubuhkan Syarikat Lynas (M) Sdn Bhd bagi membina kilang memproses bahan nadir bumi yang digunakan untuk menghasilkan bahan mula bagi pembuatan produk berteknologi tinggi.

Pelaburan membabitkan nilai hampir RM700 juta itu diluluskan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia pada 12 November 2007. Projek itu juga memerlukan kelulusan kerajaan, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerja (DOSH) dan LPTA, serta melibatkan enam lesen kesemuanya. Tiga daripada lesen ini adalah mengenai keselamatan radiologi di bawah LPTA iaitu Lesen Penempatan Tapak, Lesen Pembinaan dan Lesen Pengendalian.

Pengerusi MCA Pahang, Datuk Seri Liow Tiong Lai meminta pihak yang berkaitan memberi penjelasan kepada penduduk mengenai aspek keselamatan loji pemprosesan logam radioaktif terbabit sebelum lesen dikeluarkan kepada Syarikat Lynas (M) Sdn Bhd.

Beliau berkata, langkah itu bagi memastikan penduduk di kawasan sekitar tapak loji, terutamanya di Gebeng, Pahang mendapat jaminan keselamatan. "Siapa saja yang berkuasa – LPTA (Lembaga Perlesenan Tenaga Atom), kerajaan pusat, kerajaan negeri – sebelum keluarkan lesen mereka mesti beri penjelasan terperinci kepada umum. "Ini supaya orang ramai tahu keadaan sebenar, tahu keselamatan mereka dijaga dan loji itu selamat. Kemudian barulah lesen itu dikeluarkan," katanya kepada pemberita padaSelasa./KL Today


Anwar Seru Rakyat Sarawak Buat Perubahan Politik Secara Aman

Posted: 29 Mar 2011 10:00 PM PDT

KUCHING - Meskipun polis sedari dulu sentiasa memberi tekanan demi tekanan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum KEADILAN itu tegas menyatakan beliau mahu membawa perubahan politik secara aman dengan menggunakan saluran pilihan raya. "Orang Arab nak tukar sistem, susah. Sehingga (mereka) terpaksa diadakan revolusi, (tapi) kita mahu perubahan secara aman. Kita tidak mahu masalah dengan polis. Anak-anak muda Sarawak perlu buat perubahan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di Kampung Tupong Batu yang terletak di pinggir Sungai Sarawak itu kerap disambut sorakan 'reformasi' di kalangan 300 penduduk setempat. Pada ceramah di lokasi persendirian yang tidak memerlukan permit itu, polis hanya memberi masa 15 minit untuk Anwar berucap. Malah, pihak berkuasa membuat banyak sekatan jalan raya di laluan yang menghala ke lokasi ceramah.
Anwar berkata, pilihan raya Sarawak kali ini amat penting kerana ia adalah masa paling sesuai untuk membuat perubahan kerana golongan penindas rakyat semakin berani berbuat demikian secara terang-terangan. Sebab itu, pilihanraya Sarawak penting. Perubahan adalah perlu. Orang Sarawak perlu sedar.

"Orang yang baik, takut. Orang yang jahat, berani. Ini tidak betul. Perkara ini mesti diubah. Sarawak mesti berubah. Sekaranglah masanya," katanya disambut tepukan gemuruh. Dalam ceramah di Restoran Sim Poh Poh yang dihadiri ratusan penduduk pula, polis turut 'mencipta' halangan dengan tidak membenarkan pembesar suara di hala ke luar, sebaliknya mengarahkan ia dihala ke dalam premis itu.

Pada ceramah yang majoriti dihadiri masyarakat keturunan Tionghua titu, Anwar turut memetik falsafah cendekiawan purba Cina, Confucious. "Kata Confucious: Lebih baik duduk di dalam kandang harimau daripada duduk di bawah kerajaan yang zalim. "Pembaziran berleluasa. Kronisme dan rasuah. Projek hanya untuk anak-anak, isteri dan kroni. Yang kaya hanya ketua menteri. Rasuah di bawah dan di atas meja.

"Benarlah seperti kata penyair besar di Jawa, Ronggo Warsito: Zaman ini zaman edan (gila)," katanya yang meminta rakyat Sarawak mengambil iktibar dari pesanan kedua-dua ahli falsafah itu. Beliau mengingatkan rakyat Sarawak, pimpinan Barisan Nasional (BN) di Negeri Bumi Kenyalang itu juga membawa wang rakyat 'lari' hingga menyebabkan masyarakat dihimpit kemiskinan berpanjangan.

"Bukan sahaja di Mesir, Tunisia sahaja orang bawa duit. Di sini (Sarawak) pun sama bawa duit lari. Berapa yang dibawa lari Mubarak? 40 hingga 70 bilion USD. Rakyat miskin kerana pemimpin curi wang rakyat," katanya./Keadilan Daily

Ni Jawapan Parpukari Yang Sudah Kantoi..Wakaka!!

Posted: 29 Mar 2011 07:00 PM PDT

Cili Kasi Taruk! Tolong Buktikan Ini Parpukari

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasiq membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan." (TMQ al-Hujurat [49]:6)

1. Tolong buktikan ini adalahParpukari dan juga buktikan yang didepan mamat ni adalah arak! Sekian, Terima kasih.

Addin :

Sebenarnya aku malas nak layan mamat ni...biar dia meroyan sorang-sorang..biar dia melalak sorang-sorang..tapi geram punya pasal layan je ler..Sebelum tu tabik spring buat TPU kerana mendedahkan gambar yang paling aib buat blogger pencacai UMNO..kononnya pejuang Islam..wakaka!!Mamat ni dah kantoi tapi masih mau menegakkan benang yang dah basah lenjun..aku nak tanya kat parpukari..gambar ni hang rasa super impose ka??takkan buta IT kot..!!depan hang tu kalau bukan air kencing setan..air apa??air kopi ka??teh tarik ka?? sebenarnya hang sudah kantoi tahap GABAN Parpukari!!baik hang gantung je laptop hang!!makan pencen je..wakaka!!


Tiada ulasan: