Khamis, 31 Mac 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Seks di atas Bumbung Kampus

Posted: 31 Mar 2011 06:25 AM PDT

Berahi terlampau!

Gila!

Gambar dua orang pelajar yang dipercayai pelajar di University of Southern California telah mencetuskan kontroversi di pusat pendidikan itu. Kejadian itu telah mendorong pegawai universiti terbabit menimbang untuk mengambil tindakan disiplin terhadap kedua-dua pelajar tersebut.

Kejadian tersebut berlaku di bumbung bangunan Dewan Waite Philips USC pada suatu hujung minggu.

Gambar ini menjadi hangat apabila disiarkan di internet pada malam minggu menurut Daily Trojan.

Penolong Presiden Hal Ehwal Murid, Denzil Suite menegaskan pihak universiti sedang membincangkan sama ada kejadian itu melanggar polisi universiti yang melarang pihak yang tidak berkenaan berada di atas bumbung bangunan.

Menurut sumber, pelajar lelaki itu dikenal pasti sebagai ahli Frateniti Kappa Sigma . Dia telah digantung serta-merta daripada persatuan itu.

Manakala pelajar wanita itu pula dilaporkan menyertai sororiti yang mengadakan suatu majlis derma di dewan tersebut pada hari kejadian. Namun, wakil persatuan itu menafikan pelajar tersebut merupakan ahli mereka.

P/s: Harap-harap tiada pelajar Malaysia berkelakuan buruk macam ini!

* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

Betina Hina Nabi Muhammad. Apa yang Perlu Anda Lakukan?

Posted: 31 Mar 2011 03:00 AM PDT



Banyak yang sudah tahu bahawa betina di atas dan di bawah ini menghina Nabi Muhammad SAW di Facebook. Apa yang perlu anda lakukan sebagai umat Islam? Anda perlu masuk ke Facebook dan cari nama betina ini dan di "profile"nya ada tertera kata "Report/Block This Person" atau "Lapor/Sekat Orang Ini". Perincian seterusnya, ada dinyatakan dalam gambar di bawah.

Sumber Gambar: MiloSuam & Cenangau

P/s: Celaka!

Macam Ini Nak Jadi ASKAR? Hancur!!!

Posted: 31 Mar 2011 12:58 AM PDT

Askar Singapura dengan amahnya.

Saya baca berita fasal askar manja (askar National Service) di blog OpEd malam tadi. Cerita itu disiarkan secara meluas di laman forum, malah turut dibangkitkan oleh akhbar  The Straits Times dan media antarabangsa termasuk AFP. Gambar yang turut disiarkan di laman forum STomp di atas memaparkan seorang pembantu rumah berjalan di belakang seorang askar sambil membawa beg galasnya. 

Askar NS dibantu pembantu rumah? Hancur!!! Hal ini seperti dijangka telah menimbulkan kemarahan rakyat Singapura selain mencetuskan kebimbangan bahawa rekrut dalam angkatan tentera republik itu terlalu dimanjakan.

Pelbagai reaksi diterima daripada gambar itu yang disiarkan buat kali pertama di laman Facebook. Ada pihak menganggapnya sebagai satu hiburan semata-mata tetapi ada pula yang marah dan mendakwa generasi tentera republik itu sekarang 'terlalu lembut.'

"Di balik kejayaan setiap anggota Angkatan Tentera Singapura (SAF) adalah seorang pembantu rumah," kata seorang pelayar internet di laman Twitter yang menamakan dirinya sebagai Chinteresting.

"SAF perlu mencari pembantu rumah berkenaan dengan segera dan memasukkannya dalam angkatan tentera. Dia seorang yang gagah," kata seorang lagi pelayar dikenali Rod-Man14 di laman sama.

"Jika dia tidak mampu membawa begnya sendiri, bagaimana kita akan bergantung harap kepada askar seperti ini untuk mempertahankan Singapura," kata Heavencry09 dalam ruangan forum portal berita xinmsn.

Timbul pelbagai teori sebab situasi ini berlaku. Salah satu daripadanya mungkin berpunca daripada paparan gambar di bawah ini:
Budak sekolah dimanjakan sejak di bangku sekolah.
Menurut blog OpEd, ada akhbar Singapura yang melaporkan pembantu rumah membasuh uniform dan kasut askar NS di rumah. Wow! Manja habis!


P/s: Agak-agak kalau ke medan perang, apa peranan pembantu rumah di sana? Adakah sebagai orang yang memegang senjata?

Kah Kah Kah!


* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.


Wow, Harussani Kecam Video Aibkan Anwar Ibrahim! Utusan Malaysia Berniat Jahat?

Posted: 30 Mar 2011 11:00 PM PDT


Menarik!

TMI melaporkan bahawa Tuan Mufti Harussani Zakaria menafikan tanggapan sesetengah pihak bahawa beliau hanya berdiam diri dan tidak bersuara berhubung dengan pendedahan rakaman video seks yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya, tuan mufti menegaskan, sejak rakaman video seks itu didedahkan awal minggu lalu beliau telah mengeluarkan kenyataan dengan menegaskan pendedahan itu telah mengaibkan Anwar kerana video itu belum dibuktikan kebenarannya.

"Siapa kata saya tidak bersuara? Siapa kata saya tidak ada cakap apa? Sejak hari pertama lagi saya sudah bercakap mengenai perkara ini dan bagi saya rakaman video seks itu telah mengaibkan Anwar kerana tidak saksi yang boleh buktikan.

"Saya ada bercakap dengan Utusan Malaysia tapi apa yang keluar sikit sahaja, mereka tidak keluarkan secara keseluruhan apa yang saya katakan... yang tertulis ia (video seks) hanya fitnah, itu sahaja... yang lain-lain tidak keluar," katanya lagi.

Jika tuan mufti berkata demikian, maka jelaslah bahawa Utusan Malaysia berniat jahat dengan sengaja tidak menyiarkan kenyataan penuh tuan mufti tersebut. Adakah Utusan mahu menafikan hal ini dan melabelkan tuan mufti sebagai penipu?

Sambung tuan mufti, rakaman video seks itu boleh dianggap sebagai fitnah dan dosa besar kerana hukuman telah dijatuhkan terlebih dahulu terhadap Anwar tanpa bukti yang sahih.

"Kita buka rahsia orang ini adalah haram, benda yang tidak betul tapi didedahkan adalah satu fitnah, dosa besar dan tidak bermoral

"Rakaman video seks itu betulkah Anwar? Laporan juga belum dapat dipastikan lagi... ini adalah fitnah dan dosa besar," katanya.

P/s: Tuan mufti mesra UMCO pun membidas tindakan pihak yang terlibat! Tetapi Utusan tetap "spinner" hebat untuk menyokong UMCO. Kasihan orang kampung kena "kencing" dengan akhbar perdana! 


* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

Dr Asri: POCO-POCO Tidak Wajar Diharamkan

Posted: 30 Mar 2011 09:30 PM PDT


Saya petik:

[TMI] KUALA LUMPUR, 31 Mac — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata tarian poco-poco, yang muncul polemik terbaru, tidak sewajarnya diharamkan melainkan seseorang itu mengamalkannya kerana ingin menghayati kepercayaan yang salah dari segi akidah Islam.

Oleh itu kata beliau, jika setakat tarian kesihatan atau biasa tanpa sebarang kepercayaan yang salah atau dicampuri perbuatan salah seperti arak, seks bebas dan seumpamanya, maka ia dibolehkan dari segi syarak dan tidak wajar diharamkan. 

"Jika ada unsur yang salah, hendaklah dibuat seperti Nabi s.a.w iaitu membuang unsur yang buruk dan meninggalkan unsur yang baik," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan pagi ini.

Isu itu menjadi polemik sejak dua tahun lalu ekoran poco-poco yang awalnya dilihat sebagai senaman semata-mata bertukar menjadi tarian atau pergerakan badan dan kepercayaan umat Islam yang bertentangan dengan akidah.

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak pada Januari lalu telah memutuskan bahawa tarian atau senaman poco-poco diharamkan kerana ia mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama, juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ia sering diamalkan di Jamaica dan bercirikan agama Kristian.

Asri menambah, jika tarian poco-poco diharamkan atas asas asal-usulnya yang tidak Islamik, sekalipun yang mengamalkan tidak meniru atau beriktikad perkara yang salah, maka nanti akan membawa kesan diharamkan aktiviti lain yang mempunyai latar yang tidak Islamik juga seperti "tai-chi, chi-kung, kata taekwondo dan pelbagai lagi."

"Untuk itu, dengan menghormati Mufti Perak dan Jawatankuasa Fatwa Perak, saya ingin menyatakan pandangan yang berbeza iaitu poco-poco yang tidak diamalkan dengan kepercayaan yang salah adalah diharuskan

"Adapun, jika dilakukan dengan kepercayaan yang salah atau diiringi perbuatan yang haram seperti arak dan seks bebas, maka kepercayaan dan amalan yang salah itu wajib dibuang, tarian yang memberikan kebaikan kepada kesihatan itu diizinkan," kata beliau.

Tegas Asri, pada asasnya semua urusan harian dalam kehidupan manusia yang membabitkan persoalan keperluan atau kepentingan hidup insan adalah harus dilakukan kecuali jika terdapat dalil yang jelas mengharamkan hal tersebut. 

"Maka, segala bentuk senaman, tarian, makanan, perhiasan dan seumpamanya adalah harus atau dibolehkan melainkan ada bukti yang jelas dari nas syarak ia diharamkan atau dimakruhkan. 

"Justeru itu, Nabi s.a.w tidak mengharamkan banyak budaya Arab yang memberikan faedah kepada insan secara langsung atau tidak langsung, antaranya; nyanyian dan gendang semasa perkahwinan," katanya.

Cuma jelas beliau, jika ada unsur yang tidak baik, Nabi s.a.w menegur atau menapisnya dan sebab itu apabila baginda mendengar wanita menyanyi dengan lirik "di sisi kami ada nabi yang mengetahui apa yang akan berlaku pada hari esok."

"Baginda bersabda 'jangan engkau kata begitu, katalah apa yang engkau katakan sebelum itu'. Ungkapan dalam lirik tersebut yang menyatakan bahawa Nabi s.a.w mengetahui apa yang akan berlaku esok adalah salah. 

"Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Maka, Nabi s.a.w membetulkan lirik itu, tetapi tidaklah pula mengharamkan nyanyian atau lirik lain yang tidak bercanggah dengan akidah atau hakikat yang sebenar," kata beliau lagi dalam kenyataannya.

Tambah Asri, Muslim hendaklah tahu tentang keluasan Islam dalam hal ini dan Nabi s.a.w apabila mengizinkan hiburan pertunjukan permainan pedang dan lembing dalam masjid pada hari raya, baginda menegaskan, "agar Yahudi mengetahui bahawa dalam agama kita ada keluasan."
"Maka, fatwa dalam hal tarian, senaman, permainan dan seumpamanya, hendaklah luas, tidak sempit dan berusaha melihat ruang keizinan yang diberikan oleh Islam. 

"Apatah lagi kita yang hidup dalam masyarakat yang serba rencam dan pelbagai cabaran ini," tambah beliau.
Semalam, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata kerajaan negeri akan mematuhi keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak berhubung pengharaman tarian poco-poco, yang telah diputuskan Januari lalu.

Zambry berkata, kerajaan negeri akan menghormati keputusan itu memandangkan satu fatwa berkaitan dengannya telah dikeluarkan.

Maklumat diperoleh dari beberapa blog menunjukkan tarian poco-poco yang menjadi tarikan banyak pihak turut dikenali sebagai pocor-pocor atau pocoh-pocoh disebabkan muzik dan sebagai aktiviti ringan.

Bagaimanapun beberapa tulisan lain pula mendakwa tarian yang datangnya dari Indonesia membawa unsur-unsur mengasyikkan dan ada unsur salib ekoran langkah pergerakan ke kanan-kiri-depan-belakang. - G Manimaran

[Video] Dato Johari "Bercerita" Fasal Video Porno Rekayasa

Posted: 30 Mar 2011 08:54 PM PDT




* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

Nenek 7 Cucu Dihukum Gantung

Posted: 30 Mar 2011 05:41 PM PDT


Saya petik:
[HM] KUALA TERENGGANU: Seorang wanita yang mempunyai tujuh cucu hanya mampu menangis apabila dia dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu selepas didapati bersalah mengedar heroin seberat 92.68 gram di pekarangan Masjid Padang Nenas, Mengabang Telipot, Batu Rakit, dekat sini, kira-kira dua tahun lalu.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa menjatuhkan hukuman itu terhadap Mariah Hamad, 49, dari Rantau Panjang, Kelantan selepas pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Zalina Awang@Mamat berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Mariah diwakili peguam bela Tara Singh Delip dilihat memandang ke arah ahli keluarga yang berada di galeri awam ketika hukuman dibacakan.

Mohd Yazid pada penghakimannya berkata, pihaknya mendapati keterangan tertuduh ketika membuat pembelaan diri bahawa dia hanya membawa barangan terbabit yang kemudian dikenal pasti sebagai dadah atas permintaan seorang rakan bernama Ida untuk diberikan kepada seorang individu lain yang menunggu di kawasan masjid itu tanpa mengetahui isi kandungannya adalah tidak benar. 

Beliau berkata, tertuduh didapati tidak bercakap benar kerana kelihatan takut dan pucat ketika ditahan polis di lokasi kejadian menunjukkan dia tahu mengenai isi kandungan barangan di dalam plastik dibawanya itu.

Katanya, tertuduh dalam pembelaannya turut memaklumkan dia bersama suami mahu ke Kuala Berang bagi menziarah saudara suami yang tidak dikenali dan berhenti di masjid itu untuk memberikan barang dikirim Ida.

"Malah, adalah tidak munasabah tertuduh sanggup menggunakan jalan pantai dari Rantau Panjang untuk ke Kuala Berang dan singgah di masjid itu semata-mata mahu menyampaikan barang yang dikirim Ida," katanya.

Mengikut pertuduhan, Mariah yang juga peniaga kedai makan didakwa mengedar heroin kira-kira jam 3.45 petang pada 3 Ogos 2009.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati. -Zatul Iffah
 
 P/s: Bodohnya!


Tiada ulasan: