ALHUSSEYN |
Posted: 30 Mar 2011 10:30 PM PDT Kalau tidak kerana penyalah gunaan kuasa oleh Mahathir,Tan Sri Mohtar Abdullah (Allahyarham) Peguam Negara ketika itu, dan Dato Abdul Gani Patail, Peguam Negara sekarang ini; sudah tentu Daim Zainuddin, Rafidah Aziz , Rahim Thamby Chik dan Mendiang Eric Chia meringkuk dalam penjara kerana amalan rasuah. Mat Zain bin Ibrahim ,bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Kuala Lumpur sejak Disember 1998 sehingga bersara pilihan sendiri pada akhir 2001 telah mendedahkan bahawa ketika bertugas sebagai KJSJ Kuala Lumpur beliau juga merupakan Ketua Pegawai Penyiasat yang menyelia dan menangani kes dakwaan salah guna kuasa terhadap YAB Perdana Menteri Malaysia ketika itu, YAB Dato Seri Dr.Mahathir Mohamed (Tun Mahathir) yang terbit daripada pendedahan yang dibuat oleh Dato Shafee Yahaya ketika memberi keterangannya di Mahkamah Tinggi (Civil) Kuala Lumpur, pada 12 Jun 2000. Beliau juga adalah Ketua Pegawai Penyiasat yang menyelia dan menangani kesemua empat (4) laporan Polis yang dibuat oleh DSAI diantara 9 July 1999 hingga 20 Ogos 1999 ( ketika DSAI dalam penjara Sungai Buloh) berkaitan dakwaan salah guna kuasa dan menghalang proses undang-undang terhadap Tun Mahathir, Tan Sri Mohtar Abdullah (Allahyarham) Peguam Negara ketika itu, dan Dato Abdul Gani Patail (kini Tan Sri Abdul Gani Patail, Peguam Negara). Laporan-laporan yang dibuat oleh DSAI ini adalah bersangkutan dengan penyiasatan dakwaan penyelewengan dan kesalahan rasuah melibatkan Tun Daim Zainuddin,Datuk Seri Rafidah Aziz (kini Tan Sri Rafidah),Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Tan Sri Eric Chia (mendiang). |
BN/Umno tidak hormati keputusan kabinet sendiri Posted: 30 Mar 2011 06:58 PM PDT Keputusan kabinet pada Jumaat 18 Mac lalu untuk menangguhkan senarai hitam bermaksud pemilik kenderaan boleh perbaharui cukai jalan. Namun sehingga kini, mereka yang disenarai hitam masih belum dibenarkan memperbaharui cukai jalan mereka. Sehubungan itu, Saudara Aamir Hj Ishak, salah seorang AJK KASE Perak telah menemui Ketua Trafik Perak bertanyakan hal tersebut. Menurut Aamir, pegawai tersebut menyatakan bahawa pihaknya dan juga JPJ masih belum lagi mendapat apa-apa arahan berhubung perkara tersebut. Jelas bahawa BN/Umno sendiri tidak tahu menghormati keputusan kabinet. Kalau perintah tuhan yang melarang mungkar pun mereka sanggup engkari, apalah sangat keputusan kabinet! Besar kemungkinan BN / Umno akan membuat penguman mengenainya untuk meraih simpati rakyat pada 6 April, tarikh penamaan calon PRU Sarawak. Sementara itu, Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) menuntut kerajaan mengembalikan wang rakyat yang telah membayar saman ekor akibat tidak boleh memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu.Lihat di sini |
You are subscribed to email updates from ALHUSSEYN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan