Biaqpila |
- Laman TV Selangor digodam dengan kata-kata lucah
- Kerana Interlok Muhyidin jadi selok
- FAQ : Soal Jawab Saman Ekor Bersama Pegawai Trafik Imaginasi
- Sekiranya berlaku gempa bumi, larilah ke loji nuklear!
- Hishamuddin Kena Lawan Tikus Dulu..
- Video Dalam Kotor Ada Rahmatnya
Laman TV Selangor digodam dengan kata-kata lucah Posted: 31 Mar 2011 07:36 AM PDT Laman sesawang kerajaan negeri Selangor, TV Selangor digodam hari ini. Menurut penolong pengurus, penerbitan kreatif, TV Selangor, Nik Ahmad Nik Mohamad Daud, laman mereka diserang kira-kira jam 4 petang tadi dan sehingga ini masih belum pulih. “Laman TV Selangor dipercayai digodam dari Brickfield dan Seksyen 9, Shah Alam. Laman kami telah ditampal dengan kata-kata lucah,” katanya ketika dihubungi. Menurut Nik Ahmad kerja-kerja membaik pulih sedang dijalankan tetapi tidak dapat memberi kepastian bila keadaan akan kembali sedia kala. TVSelangor adalah saluran televisyen milik kerajaan negeri Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat. |
Kerana Interlok Muhyidin jadi selok Posted: 31 Mar 2011 05:00 AM PDT Nampaknya isu Interlok berpanjangan. Kini ia membangkitkan kemarahan NGO cina pula yang bergabung dengan India. Dalam sidang media di pejabat Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) di Kuala Lumpur tengah hari tadi, Cheng selaku Presidennya mendakwa beliau dan beberapa wakil NGO yang hadir sama mewakili 45 lagi pertubuhan Cina dan India di seluruh negara. Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif KLSCAH Tang Ah Chai, Presiden Yayasan Tamil K Uthayasoorian, Presiden Persatuan Progresif India Malaysia AP Raja Retinam dan Presiden Persatuan Pelajar India Malaysia Kishur Goonasaran yang juga anggota Pasukan Bertindak Interlok Nasional (NIAT). Cheng juga mendakwa novel itu hampir sama dengan program Biro Tata Negara yang didakwa sebagai "pembasuhan minda" dan mempromosi perkauman dan perpecahan. Sehubungan itu, beliau mendesak kerajaan menggugurkan buku tersebut sebagai teks sastera untuk sekolah menengah, bukan dipinda atau ditapis mana-mana bahagian. Sebelum ini Muhyidin telah menubuhkan jawatankuasa panel bebas untuk mengkaji Interlok. Didapati terlalu banyak kesalahan bahasa dan fakta di dalam Interlok edisi murid sahaja lebih daripada 80. Episod kontroversi berkaitan Interlok edisi murid menyaksikan sejumlah 106 pindaan melibatkan kesalahan bahasa dan fakta dilakukan. Kesalahan bahasa dan fakta sahaja berjumlah 84. Bagaimana Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) boleh terlepas pandang begitu banyak kesalahan? Ia menimbulkan persoalan, sejauh mana penglibatan DBP di dalam memastikan taraf Bahasa Malaysia di kalangan anak muda. Persoalan ini ditujukan kepada DBP kerana ia merupakan penerbit Interlok edisi murid yang menjadi buah mulut orang ramai sejak penghujung tahun lalu. Adakah DBP sudah kelesuan dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan di negara ini? Selain itu DBP juga boleh dipersalahkan di atas kegagalan sebilangan rakyat yang tidak dapat berbahasa Malaysia. Manakan tidak, hanya dua negara di dunia mempunyai agensi khas untuk memartabatkan bahasa masing-masing. Selain daripada Malaysia, Perancis juga mempunyai agensi bahasa Perancis yang menyebarkan bahasa Perancis ke seluruh dunia. Namun jika dibandingkan dengan DBP, agensi bahasa negara kita sememangnya lesu. Isu ini nampaknya menyebabkan Muhyidin menjadi 'selok' (sesak nafas) belum lagi selok kera. Nescaya terngangalah jawabnya. Setakat mana Muhyidin boleh bertahan sebagai hero melayu. Nak pinda novel tu… nampaknya dah menjadi hancur lebur. Sudah tak menjadi novel lagi. Dah jadi bubur. Kalau perkataan "paria" digugurkan dan 106 pindaan lagi dibuat. Apa lagi yang tinggal dengan novel sastera itu. Cara paling mudah bagi pemerintah UMNO-BN yang kian lemah adalah dengan menarik balik Interlok darpada menjadi teks sekolah kementrian. Selepas Hisyamudin terpaksa beralah dengan isu 'Bible Melayu'nya dan kini sebelum pilihanraya Sarawak ni nampaknya Interlok dengan isu perkauman ini akan mengikuti episode bible melayu juga. Nampaknya usaha UMNO untuk menanam semangat assobiyah dan agenda perkauman kebangsaan kepada setiap generasi muda menjadi serba tak kena. Kalau cengkaman semangat nasionalisme ini gagal diterapkan dibimbangi generasi akan datang tidak akan bersama dengan UMNO lagi. Kita dapat saksikan perjuangan kebangsaan UMNO dan makin pendek nyawanya. Nak harapkan siapa lagi. Nak harapkan PERKASA Nampak, kapal mereka dah berkocak. Ketua Wira dan wanitanya dah letak jawatan. Masuk IJN pulak pak brahim ali kalau macam ni… Mana Ketua Pemuda UMNO… senyap je!!! ustsaifulbahri KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
FAQ : Soal Jawab Saman Ekor Bersama Pegawai Trafik Imaginasi Posted: 31 Mar 2011 03:00 AM PDT Q : Apa gunanya saman ekor? A : Saman ekor sangat berguna untuk mengawal pemandu-pemandu Malaysia daripada memandu melebihi had laju yang ditetapkan. Q : Apakah keburukan saman ekor? A : Keburukan saman ekor adalah sistem saman ekor tidak dapat berfungsi ketika hujan kerana anggota polis yang perlu "menyaman ekor" itu tidak mahu basah kuyup pakaiannya. Q : Apakah kebaikan saman ekor? A : Kebaikan saman ekor adalah sistem ini bergantung kepada sistem "surprise" di mana anda akan secara tiba-tiba mendapat surat mengatakan anda telah pun disaman.Kami assume semua orang sukakan parti hari jadi mengejut.Konsep sama diaplikasikan dalam saman ekor. Q : Bagaimanakah saman ekor berfungsi? A : Saman ekor berfungsi dengan seorang anggota polis bawahan (khasnya pegawai baru) dijadikan mangsa untuk menyorok di dalam semak atau di bawah jambatan berbekalkan speed gun untuk menembak mana-mana kereta yang didapati memandu melebihi had laju.Jika didapati lebih daripada had laju,surat saman akan dihantar terus ke alamat pendaftaran tuan punya kenderaan. Q : Bolehkah sistem ini disalah gunakan? A : Boleh.Cari seorang lelaki yang anda tidak gemari dan merayulah pada dia untuk meminjamkan kepada anda kereta dia.Pandulah dikawasan yang sudah terkenal dengan kawasan speed trapnya (cth. Federal Highway) dan pandulah selaju mungkin.Ulangi untuk beberapa hari. Q : Jika anggota polis perlu menyorok untuk memeriksa kadar kelajuan,apa sebenarnya motif saman ekor ini? A : Motif saman ekor ini jelas sekali untuk menghukum anda yang lalai.Jika anda gemar memandu melebihi had laju,sudah pasti akan makin banyak saman ekor yang akan anda terima. Q : Kenapa anggota polis perlu menyorok di dalam longkang atau di dalam semak? A : Tindakan ini hanyalah untuk memastikan anda tidak dapat melihat kelibat anggota polis yang terbabit.Sebab lain untuk anggota polis menyorok adalah untuk memastikan anda memandu laju dan anda tidak mematuhi undang-undang untuk membolehkan pesalah trafik leka dan boleh disaman. Q : Jika anggota polis tadi menyorok menyebabkan saya memandu laju,kenapa anggota polis itu tidak menampilkan dirinya?Bukankah ini akan membuatkan saya memandu dengan lebih perlahan? A : Dikhuatiri,jika lebih ramai orang Malaysia memandu dengan perlahan,ini akan menyebabkan kurangnya bilangan saman ekor yang dapat dikeluarkan dan seterusnya mengurangkan hasil kutipan saman yang mampu dikutip setiap tahun daripada pesalah trafik.Ini semua berkaitan dengan ekonomi,inflasi,KDNK,GDP dan pelaburan domestik.Saya sendiri kurang fasih mengenai benda ini tapi apa yang diberitahu,bayaran saman mampu meningkatkan taraf hidup rakyat. Q : Saya tak faham jawapan itu tadi. A : Ringkasannya begini.Anda pandu laju,kami dapat tembak,anda kena saman,duit anda terbang,kerajaan pun gembira,ekonomi makin kukuh dan anda adalah penyumbang kekukuhan ekonomi. Q : Bukankah lebih baik jika "Saya nampak ada polis bertugas,saya bawak perlahan,saya tak langgar undang-undang,trafik pun bergerak lancar"? A : Harap maaf,anda tidak layak mempersoalkan modus operandi kami.Anda mesti merasakan,mencegah adalah pendidikan yang lebih baik untuk pesalah trafik.Pihak kami pula merasakan menghukum adalah pendidikan terbaik untuk pesalah trafik. Kami bukan seperti Kementerian Kesihatan yang cukup suka mencegah nyamuk Aedes.Jika kami diberi kuasa untuk melawan masalah demam denggi,apa yang kami akan lakukan adalah biarkan sahaja rumah anda dipenuhi dengan nyamuk aedes dan apabila anda sudah terkena demam denggi,kami akan saman anda kerana menjadi penyebar demam denggi ketika anda sedang demam denggi.Itu adalah satu method hukuman yang sangat berkesan terhadap rakyat Malaysia. Q : Bolehkah anda terangkan analogi itu dengan lebih jelas? A : Modus operandi saman ekor tidak bertujuan untuk mencegah kesalahan trafik.Saman ekor bertujuan untuk menghukum kesalahan trafik kerana kami percaya kadar disiplin pemandu-pemandu di Malaysia membolehkan kami layak mempraktikkan taktik hukuman sedemikian supaya pesalah trafik beringat selepas membuat salah.Keywordnya di sini,selepas membuat salah.Sekali membayar saman,selamanya akan teringat denda yang terkena dan kesalahan yang dilakukan dapat dikawal oleh pemandu. Q : Bagaimana pula dengan mereka yang masih memandu laju tetapi belum pernah di saman ekor? A : Golongan seperti itu satu hari nanti sudah pasti akan dapat juga kami saman,asalkan pihak rakyat bekerjasama memastikan tidak ada yang memberikan signal "high beam" untuk memaklumkan kepada pemandu lain yang ada speed trap di kawasan berkenaan.Biarkan mereka lalai dan jangan beritahu mereka.Apa yang anda dapat bila anda tolong mereka terlepas dari kena saman? Q : Bukankah itu sesuatu yang bagus dalam memastikan semua kenderaan mengikut had laju? A : Tidak.Itu bukanlah sesuatu yang normal dan pihak kami tidak mahu menempatkan seorang anggota trafik di kawasan yang kurang berkemungkinan kesalahan trafik akan dilakukan kerana ini melibatkan pembaziran wang cukai negara dan tenaga kerja anggota polis. Jika kami mengadakan operasi speed trap,kami mahu nampak resultnya,jadi dalam hal ini,resultnya adalah dalam bentuk saman ekor.Apa saja yang kami lakukan adalah demi kepentingan negara jadi semua usaha perlu balik modal. Q : Soalan terakhir,kita semua sudah sedia maklum,pemandu Malaysia akan berdisiplin jika nampak anggota polis di jalan raya.Kenapa perlu menyorok? A : Itu sudah kali kedua anda bertanya soalan ini.Saya akan jawab lagi sekali,jika anggota polis trafik itu tidak menyorok,bagaimana kami dapat mengeluarkan surat saman jika semua orang memandu dengan berhati-hati? cursingmalay KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Sekiranya berlaku gempa bumi, larilah ke loji nuklear! Posted: 31 Mar 2011 12:00 AM PDT Cita-cita Nuklear Malaysia: Sebuah Harapan "Sekiranya berlaku gempa bumi, larilah ke loji nuklear!" kata seorang pensyarah berkaitan teknologi nuklear di sebuah universiti di Jepun. Biar pun berbunyi agak dramatik, konotasinya ialah keyakinan pakar-pakar nuklear Jepun terhadap tahap keselamatan loji nuklear di negara berkenaan. Dunia yakin, Jepun adalah benchmark yang wajar pada mengukur kematangan dan kemajuan teknologi nuklear. Namun pada 11 Mac 2011 yang lalu, perhitungan manusia rebah pada kuasa alam. Gempa bumi pada magnitiud 9 dan Tsunami maha dahsyat, bukan setakat memusnahkan kediaman manusia dan meragut ribuan nyawa, loji nuklear Jepun turut terjejas teruk. Tiga letupan besar berlaku dan radiasi yang terlepas ke ruang udara menjadi kegusaran mega bukan hanya penduduk tempatan malah mendebarkan masyarakat antarabangsa. Kita berhadapan dengan masalah yang serius. Banyak negara, seperti India, segera menyemak dan menilai kembali projek masing-masing berkaitan nuklear. Eropah seperti Perancis dan Jerman juga bertindak sama. Timbalan Perdana Menteri baru-baru ini membuat kenyataan bahawa Malaysia akan meneruskan cita-cita nuklearnya menjelang 2021 dan 2022. Nuklear adalah subjek yang rumit. Aspek teknikalnya hanya difahami oleh pakar-pakar, tetapi potensi dan risikonya ditanggung bersama oleh semua lapisan masyarakat. Rakyat sendiri tidak tahu apa yang hendak ditanya tentang nuklear ini. Kerisauan mereka hanya mampu diluahkan dalam bentuk soalan "selamatkah?", "perlukah?" "mengapa tidak solar sahaja?" dan "empangan hidro itu tidak cukupkah?" yang mana kesemua soalan itu akan berbunyi penghinaan di telinga pakar yang telah membuat yang terbaik untuk kemajuan bidang mereka. Namun kegusaran rakyat jangan diketepikan. Kerisauan mereka berasas. Bukan hanya semata-mata soal 'kejahilan' mereka tentang teknologi nuklear, tetapi ada isu yang lebih besar di sebalik itu. Kita tinggal di sebuah negara yang maju tetapi jalanrayanya berlubang-lubang tanpa henti, stadium runtuh, sekolah roboh. Bakun diselaputi konflik dan amalan rasuah, nepotisme dan kronisme antara kerajaan, GLC dan sektor swasta, semua ini menjadi asas keraguan terhadap integriti kerajaan pada bertindak sebagai pelantik dan tulang belakang di sebalik pembangunan stesyen janakuasa nuklear negara. Tambahan pula, kebebasan dokumen serta maklumat berkenaan hal-hal seperti ini teruji dengan akta-akta seperti ISA, OSA dan yang seumpama dengannya. Apatah lagi jika aspek pelan bencana yang turut membabitkan kepakaran perubatan kecemasan, turut tidak jelas di mata rakyat, apakah kita mempunyai sistem sokongan ini seperti apa yang ada di Jepun? Justeru, kita berharap agar pihak kerajaan serta agensi terbabit lebih bekerja keras pada mendidik rakyat agar berpengetahuan setanding dengan teknologi nuklear. Perlu telus dan jelas pada membentangkan maklumat yang diperlukan kepada rakyat dan wakil-wakilnya di Parlimen. Jangan hanya mengambil teknologi secanggih Jepun, namun pastikan integriti kita lebih maju daripada mereka kerana kita adalah MUSLIM yang ISLAM! Nuklear pun, ada dosa dan ada pahala. Ada Syurga dan ada Neraka. Jangan mencipta Neraka Dunia. ABU SAIF @ www.saifulislam.com 68000 AMPANG KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Hishamuddin Kena Lawan Tikus Dulu.. Posted: 30 Mar 2011 09:00 PM PDT KHABARNYA Menteri Dalam Negeri (KDN) Hishamuddin Hussein akan menyaman Anwar Ibrahim. Kesalahannya kerana Anwar dakwa beliau dan abang sepupunya Najib Razak terlibat dalam pembikinaan video lucah yang mengaitkan dirinya. Saman menyaman itu hak Hishamuddin dan sesiapa saja. Kalau kita merasakan dianiaya maka mahkamahlah tempat mengadu. Adulah kepada mahkamah dan mahkamah akan menentukan apakah yang didakwa itu benar atau tidak. Tindakan Hishamuddin itu satu keberanian untuk menafikan dia terlibat dengan pendedahan video itu. Tindakan Hishamuddin itu boleh dianggap berani kerana untuk berlawan dengan Anwar bukan calang-calang orang. Tenguklah hari ini dalam semua orang menghala muncung senjata, bedil, keris dan segala macam ke arahnysa, dia masih mendapat sokongan. Hanya orang yang memiliki kuasa ajaib sahaja boleh surivive bila diserang begitu rupa. Pun begitu di sini saya nak sebut sikit kepada cucu Onn Jaafar itu, daripada dia sibuk hendak menyaman Anwar elok kalau dia jenguk ke Pulapo di Jalan Gurney melihat apa yang berlaku di situ sebaik mungkin. Kejadian di pusat latihan polis itu cukup membimbangkan dan sewajarnya diberikan perhatian serius. Menurut laporan berita tv sekejap tadi setakat ini sudah tiga orang pelatih meninggal dunia di Pulapo kerana terkena air kencing tikus. Manakala empat orang lagi sedang dirawat di hospital dan sebanyak 59 orang pelatih pula diasingkan. Ini kes berat ini. Seingat saya inilah pertama kali pelatih mati 'percuma' di dalam pusat latihan. Memalukan lagi bila mana kematian itu disebabkan air kencing tikus. Jadi adalah baik Hishamuddin selesaikan dulu masalah virus berkenaan daripada bercakap soal-soal politik yang lebih untuk menyembunyikan fakta. Rasanya tindakan menghalau tikus lebih afdal daripada menyaman Anwar. Masalah yang berlaku itu melibatkan nyawa manusia dan maruah pasukan polis dan negara ini. Kalau dunia dengar nanti macam mana nak jawab pelatih yang dalam kewalan begitu eksklusif pun boleh diserang tikus. Macam mana pula dengan rakyat yang berada di luar, lebih-lebih lagi terdedah dengan bahaya itu. Kita tidak mahu dengar selepas ini kerana kelalaian dan pengabaian keselamatan dan kebersihan akan ada pula anggota polis atau bekas KPN yang mati kerana terpijak ekor tikus. He he he... - www.msomelayu.blogspot.com KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Video Dalam Kotor Ada Rahmatnya Posted: 30 Mar 2011 06:00 PM PDT Oleh Mohd Sayuti Omar SESETENGAH orang UBN tidak sependapat mengenai isu video lucah yang membabitkan Anwar Ibrahim. Ada yang keliru dan tidak setuju dengan pendedahan isu berkenaan. Mereka keliru bukan meragui apa yang berlaku, penglibatan Anwar, tetapi sejauh manakah kesan kepada motif pendedahan mengenai video itu bila ia dilakukan. Mereka tidak mempertikikan apa yang mungkin berlaku kerana mereka diajar demikian, menerima benar apa yang dihidangkan kerana itu strategi ...tetapi mempertikaikan apakah pendedahan perkara itu tidak memberi kesan buruk kepada UBN. DD KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan