Rabu, 23 Mac 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Incredible Hulk Junior Dalam Bahaya!

Posted: 23 Mar 2011 08:00 AM PDT



Beratnya 57 kg, namun usianya baru 3 tahun. Lu Hao dari China ini mempunyai berat badan 5-6 kali ganda daripada kanak-kanak seusianya. 

Menurut The Sun, perkara yang membimbangkan apabila berat badan yang berlebihan ini mengancam nyawanya. Dalam kehidupan sehari-harinya hanya makanan yang menjadi keutamaannya.

Kerana mempunyai berat badan yang terlalu berat, Lu Hoa kini menghadapi masalah untuk bernafas dan sukar bergerak. Menurut doktor, Lu Hoa berhadapan dengan risiko mengalami kerosakan sendi, tekanan darah tinggi, masalah jantung, dan kencing manis.

Menurut sumber, ibu bapanya gagal mengawal pemakanan Lu Hoa kerana "takut" kepadanya. Bukan itu sahaja, malah Lu Hoa tidak dibenarkan ke pusat jagaan kerana dia membahayakan kanak-kanak lain dan lazimnya dia hanya bermain seorang diri.

* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.


[Wajib Baca] ENAM Alasan Pelakon Porno Itu Bukan Anwar Ibrahim!

Posted: 23 Mar 2011 05:22 AM PDT

Sekadar hiasan.

Saya petik:
KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR dan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul memberikan enam sebab mengapa beliau yakin lelaki dalam video klip yang dipertontonkan kepadanya bukan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Melalui kenyataan akhbar yang disiarkan dalam blog Anwar Ibrahim, Johari mengariskan bahawa pelaku seks itu bukan Anwar berdasarkan:

1. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato' Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato' Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.

2. Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu pendek. Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih; menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku.

3. Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato' Seri Anwar Ibrahim.

4. Bahagian belakang si pelaku (punggung) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

5. Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Dato' Seri Anwar Ibrahim.

6. Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat.

Johari mendakwa, Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan seorang ahli perniagaan yang juga merupakan Datuk T, Datuk Eskay Shazril Abdullah bersamanya ketika beliau dipertontonkan klip berkenaan di Hotel Flamingo Ampang pada Isnin lalu.... - Arshad Khan



Datuk T (Rahim Thamby Chik, Shazryl Eskay, Shuib Lazim) Buat Sidang Akhbar. Mengapa Polis Tidak Tahan Mereka?

Posted: 23 Mar 2011 04:30 AM PDT


Datuk T itu bukan seorang, rupa-rupanya Datuk Trio (tiga orang)

Menurut laporan Malaysia Kini, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik hari ini mengakui bahawa beliau adalah antara tiga orang di balik skandal video seks itu. Selain Rahim yang pernah didakwa mengadakan hubungan seks dengan gadis bawah umur, sehingga menyebabkan Lim Guan Eng dipenjarakan,  trio ini turut melibatkan Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari PERKASA/bekas Senator, Datuk Shuib Lazim.

Pada sidang akhbar yang diadakan, trio ini mahukan sebuah suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menentukan ketulenan klip tersebut. Bercakap dalam satu sidang akhbar petang ini, Rahim berkata suruhanjaya diraja itu perlu turut dianggotai tiga pemimpin utama pembangkang - Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan penasihat DAP Lim Kit Siang. Rahim turut mencadangkan anggota lain suruhanjaya diraja itu boleh melibatkan pemimpin NGO, peguam negara, pengamal media dan wakil negara luar.

Selain itu, Rahim turut menjelas bahawa mereka akan memberikan kerjasama kepada pihak polis yang bertentangan dengan pendirian mereka semalam yang enggan menyerahkan video seks itu kepada pihak polis. Malah dalam sidang akhbar yang sama Rahim meminta DSAI meletakkan jawatan dalam politik.

P/s: Jelas orang ini ada kaitan dengan UMCO! Jelas juga kes ini bermotifkan politik kerana hasrat mereka mahukan DSAI meletakkan jawatan dalam politik seperti yang dituntut oleh Rahim! Siapa yang dapat untung jika DSAI meletakkan jawatan? UMCO atau PR?

Polis, bila mahu tangkap Datuk Trio ini di bawah Seksyen Seksyen 292, Kanun Keseksaan? Orang sudah mengaku, identiti mereka sudah terdedah, tunggu apa lagi?


Malaysia Kemaruk Bina Loji Buangan Sisa Radioaktif. Sebab Apa?

Posted: 23 Mar 2011 04:00 AM PDT


Sebab apa? Sebab BINGAI!

Cerita fasal Malaysia (baca: pemimpin pemerintah) menjadi bingai memang banyak. Jual air kepada Singapura, Malaysia bingai. Tukar tanah dengan Singapura, Malaysia bingai. Lawan bicara dengan Singapura, Malaysia bingai. Runding tapak minyak di Sabah dengan Brunei, Malaysia bingai. Banyak lagi....

Kali ini Malaysia mahu bina loji sisa buangan radioaktif di kawasan Gebeng, Kuantan. Bingai! Loji sisa buangan radioaktif ini macam tapak pembuangan sampahlah. Malaysia sanggup jadi tapak pembuangan sisa radioaktif dari negara lain. Sisa radioaktif bukan sampah biasa. Buangan ini boleh mendatangkan kesan kepada penduduk yang tinggal berhampiran dengan loji jika sesuatu berlaku. Bingai! Tambah bingai, syarikat milik penuh Australia itu dianugerahkan selama 12 tahun kebenaran dan tanpa perlu membayar cukai. Bingai!

Anda tahu, hanya China yang sanggup membina loji sisa buangan ini di negara mereka, sedangkan negara lain termasuk Australia tidak membenarkan loji seumpama itu dibina di negara mereka. 

Siapa yang cerdik, siapa yang bingai?

Cerita lanjut fasal ini, saya petik:
[KD] KUALA LUMPUR: Ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mempersoalkan kewajaran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi mengeluarkan lesen bagi membenarkan kawasan Gebeng di Kuantan dijadikan lokasi memproses 'rare earth' yang menghasilkan sisa buangan radioaktif.

Beliau mengulas jawapan menteri berkenaan, Datuk Dr Maximus Jonity Ongkili bahawa kementerian itu akan mengeluarkan lesen kepada pemaju, Lynas Corp Ltd, selepas mendapat kelulusan agensi alam sekitar di bawah kementerian yang sama dengan kerjasama kerajaan kerajaan tempatan.

Menurut Fuziah, keputusan itu tidak mengambil pandangan rakyat terbanyak, khususnya mereka yang tinggal berhampiran lokasi berkenaan yang akan berdepan dengan risiko kesihatan.

"Kenapa Malaysia menerima tawaran syarikat dari Australia ini? Sedangkan tidak ada negara di dunia kecuali China yang sanggup untuk menerima dan mahu membina loji pemprosesan tersebut di negara mereka, " kata Fuziah pada soalan tambahan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau juga mempersoalkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa pembinaan loji berkenaan tidak memberikan sebarang mudarat.

"Sisa thorium ini bukan radioaktif biasa. Ia mempunyai 'half life' (jangka hayat) berbilion tahun. Faktanya ialah selama 30 tahun tidak ada satu pun negara di dunia yang mahu menjadikan negara mereka sebagai pusat memproses sisa tersebut.

"Mengapa pula kita yang mahu menerima? soal Fuziah.

Dalam pada itu, Fuziah mendedahkan bahawa, sebelum ini Lynas pernah memohon kepada kerajaan Terengganu atas tujuan yang sama dengan berdasarkan 'Radioactive Waste Management Code Of Practise 1988 mengikut standard China.

Sedangkan, syarikat itu seharusnya memohon pembinaan loji tersebut dengan bersandarkan kepada 'Radioactive Waste Management Code Of Practise 1992′ seperti di Asutralia.

Lynas merupakan syarikat milik penuh Australia dan dianugerahkan selama 12 tahun kebenaran dan tanpa perlu membayar cukai. Jumlah eksport mereka apabila beroperasi sepenuhnya adalah kira-kira RM8 bilion setahun.

"Mereka tidak langsung perlu membayar cukai, sebaliknya meninggalkan risiko sisa buangan radioaktif. Kita bimbangkan keselamatan rakyat setempat," tegas beliau.

Beliau turut membidas alasan yang dikemukakan Mosti bahawa pembinaan loji tersebut merupakan usaha mewujudkan peluang pekerjaan sebagai tidak masuk akal.

"Ia hanyalah alasan untuk menerima kelulusan pembinaan kilang tersebut," ujar Fuziah.
 P/s: Kalau mereka mahu membina loji ini, binalah di Putrajaya!

* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

Awas, Mi, Kuetiau Dikilangkan di Taman Perindustrian Ehsan Jaya, Kepong!

Posted: 23 Mar 2011 12:35 AM PDT

Sekadar hiasan. Kredit: Ondscene

Saya petik:
[SH] KEPONG – Kuew teow siap diproses dan dibungkus dijadikan alas 'bantal' tempat tidur kakitangan yang berehat selepas penat bekerja, antara situasi boleh dilihat dalam serbuan pihak Jabatan Kesihatan, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) ke premis kilang mi, di sini kelmarin.

Selain itu, premis penghasilan mi dan kuew teow yang diedarkan sekitar Lembah Klang ini kotor serta jijik, kebanyakan pekerjanya pula hanya berseluar pendek dan tidak memakai apron serta penutup kepala.

Pengarah Jabatan Kesihatan MPS, Dr Razif Zainol Abidin berkata, tindakan ke atas premis pembuatan mi itu dilakukan masuk kali ketiga, sebelum kali pertama diserbu Oktober tahun lalu.

Menurutnya, pihak Jabatan Kesihatan Daerah (PKD) Gombak turut melakukan operasi sama pada bulan lalu, namun tahap kebersihan premis terbabit masih kotor dan tidak memuaskan.

"Lantai premis berair, licin dan kotor disebabkan tiadanya sistem saliran sempurna disediakan pemilik. Selain itu, pekerjanya tidak memakai uniform sempurna dengan apron dan penutup kepala serta penutup hidung.

"Keadaan premis ini memang kotor, namun ia lebih baik berbanding sebelum ini. Bagaimanapun kali ini kita tetap mengambil tindakan penutupan selama dua minggu," katanya.

Razif berkata demikian selepas mengetuai operasi berkaitan susulan aduan penduduk berkenaan kilang mi kotor disiarkan akhbar ini 20 Mac lalu, berkaitan premis terletak di jalan utama, Taman Perindustrian Ehsan Jaya, di sini.

Dalam pada itu, beliau turut menegur wakil pengusaha berikutan keadaan pintu masuk ke dua pintu masuk utama yang juga kotor dan berbau busuk dari longkang dan bekas sampah berhampiran.

Bagaimanapun, wakil pengusaha berkenaan memaklumkan premis kilang berhampiran turut menyumbang pembuangan sisa ke dalam longkang dan kawasan di situ menyebabkan timbul masalah berkenaan.

Makanan di atas lantai

Wakil pemilik ketika ditemui semasa operasi dilakukan di premis terbabit tidak menafikan pernah memberitahu akan berpindah ke kawasan lain sejak tahun lalu, namun mengambil masa kerana mencari lokasi sesuai.

Dia memberitahu demikian ketika ditegur tindakan berikutan peletakan stok makanan sudah siap dibungkus seperti mi, kuew teow dan 'yee mi' di dalam kuantiti yang banyak di atas lantai.

Tinjauan juga mendapati, sisa makanan seperti beras bagi membuat mi berkenaan dan kulit telur dibuang ke dalam longkang.

Bekas beras hendak diproses juga diletakkan hanya dalam besen plastik di atas lantai begitu sahaja dan terdedah, selain keadaan tandas premis yang tiada sistem pengudaraan baik serta terlalu kotor.

Difahamkan, tindakan penutup premis itu diambil mengikut tiga Seksyen Undang-undang Kecil (UUK) di bawah kesalahan Seksyen 27, Sisa Makanan Atas Lantai dan Seksyen 19 (1)(d) Sisa Makanan Dibuang Ke Dalam Longkang.

Kesalahan mengikut UUK sama ini juga adalah di bawah Seksyen 8(5) di mana setiap pengendali makanan perlu memakai penutup kepala dan apron.

Selain penutupan premis, tindakan kompaun RM1,000 boleh dikenakan bagi setiap satu kesalahan mengikut seksyen berkaitan.

Difahamkan, pantauan dari masa ke semasa akan dibuat pihak Jabatan MPS, sepanjang tempoh penutupan ini. 

P/s: Seperti biasa, perniagaan tauke dilindungi, nyawa pengguna menjadi taruhan. Setiap kali serbuan dibuat, pihak berkuasa akan merahsiakan syarikat yang melakukan kesalahan. Tidak kisahlah kesalahan kerana premis kotor atau produk mereka mengandungi bahan terlarang.

Cis! Dalam kes ini, premis lahanat ini sudah 3 kali diserbu, namun pihak berkuasa masih melindungi identiti syarikat lahanat ini!

Berdasarkan berita terdahulu, rujuk sini, kilang itu dipercayai satu-satunya pengeluar kuetiau terbesar di Lembah Klang berikutan tidak ada pengusaha lain terutama daripada kalangan umat Islam mengusahakan bahan makanan tersebut.

Jika beli kuetiau, mi, sila lihat labelnya!

 

[TERPANAS-Terbongkar] Siapa Datuk T? Apa yang Berlaku di Seri Carcosa Negara? SILA BACA Kenyataan Akhbar Ini!!!!

Posted: 22 Mar 2011 09:40 PM PDT

Datuk T?

Saya petik:

KENYATAAN AKHBAR

[TT] Saya dihubungi oleh seorang kenalan yang sangat rapat bermula sejak 15 Mac 2011 untuk berjumpa dengannya mengenai sesuatu yang penting. Pada hari Isnin 21 Mac 2011 lebih kurang jam 12.20 tengahari, saya mengesahkan bahawa saya ada ruang untuk bertemu beliau.

Saya berjumpa dengannya di Hotel De Palma Ampang jam 4 petang hari itu, sebelum dibawa di dalam sebuah kereta yang lain. Kereta itu dipandu oleh dua orang yang saya tidak kenali.

Saya dibawa ke Hotel Flamingo Ampang, seterusnya dibawa ke sebuah bilik junior suite. Saya bertemu Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Dato' Eskay Shazril Abdullah yang telah menunggu di dalam bilik tersebut. Saya turut disertai oleh kenalan saya tadi.

Saya duduk di depan Tan Sri Rahim Thamby Chik sementara Dato' Eskay Shazril Abdullah duduk di sebelah saya. Kenalan saya tadi duduk di atas katil di belakang di dalam bilik tersebut.

Dato' Eskay Shazril Abdullah mula bercakap dan mengatakan bahawa saya ("Johari Abdul") adalah ahli Parlimen yang pertama akan menyaksikan tayangan video yang sedang mula dimainkan itu. Dia juga meminta pandangan saya mengenai Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Sepanjang tayangan video tersebut, Dato' Eskay Shazril Abdullah menjadi suara latar menerangkan beberapa perkara. Contohnya, dia menyentuh bagaimana cara individu terbabit menanggalkan kondom selepas perlakuan berakhir mempunyai risiko air mani akan terpercik ke kawasan yang besar. Menurutnya, tabiat itulah yang menyebabkan Dato' Seri Anwar Ibrahim sering meninggalkan bahan bukti seperti yang berlaku dalam kes liwat pertama tahun 1998 dulu.

Dia juga mendakwa bahawa dia selalu membawa Dato' Seri Anwar Ibrahim ke club house di mana berlakunya kejadian itu dan tempat-tempat lain di Thailand seolah-olah ini perkara yang kerapkali dibuat oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim. Menurutnya, setiap kali dia membawa Dato' Seri Anwar Ibrahim ke tempat itu, bilik itulah (yang dirakamkan) yang digunakan Dato' Seri Anwar Ibrahim sementara dia (Dato' Eskay) menggunakan bilik bersebelahan. Dalam percakapan seterusnya, dia menyatakan kebimbangan kononnya rakaman-rakaman video seperti itu telah dipunyai oleh pihak perisikan Thai.

Sepanjang penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik kerap mencelah dan membuat komen pendek yang memburukkan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Saya percaya beliau cuba meyakinkan saya bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah seorang yang tidak bermoral dan tidak layak menjadi seorang pemimpin.

Selepas penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik mula bercakap. Dia memujuk supaya saya meninggalkan KEADILAN dan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Dia berjanji untuk bbawa saya berjumpa dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak. Tan Sri Rahim Thamby Chik juga menyebut bahawa dia akan uruskan segala keperluan kewangan dan keselamatan saya.

Tan Sri Rahim Thamby Chik juga cuba meyakinkan saya untuk membawa dan memujuk lebih ramai Ahli Parlimen KEADILAN berjumpanya, supaya dapat dipujuk keluar parti. Dia meminta saya mengepalai kumpulan Ahli-ahli Parlimen KEADILAN ini. Saya tidak memberikan komitmen, selain mendengar komen-komen yang dibuat.

Selepas itu, saya keluar dan diiringi oleh kenalan rapat saya itu. Di dalam lif, saya memeluknya dan memberitahu beliau, bahawa setelah menonton keseluruhan video tersebut, saya yakin bahawa orang di dalam video itu bukanlah Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Saya berkeyakinan bahawa pelakon itu bukan Dato' Seri Anwar Ibrahim berlandaskan faktor berikut:

1. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato' Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato' Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.

2. Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu pendek. Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih; menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku.

3. Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato' Seri Anwar Ibrahim.

4. Bahagian belakang si pelaku (punggong) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

5. Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Dato' Seri Anwar Ibrahim.

6. Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat.

Selepas itu, saya menyatakan kesediaan untuk membawa beberapa orang ahli Parlimen KEADILAN agar mereka juga dapat menonton video dan berjumpa dengan Tan Sri Rahim Thamby Chik. Saya dimaklumkan sessi tayangan seterusnya akan dibuat kepada ahli-ahli Parlimen KEADILAN pada jam 330 petang 22 Mac 2011. Kami hadir semalam di Hotel Flamingo Ampang dan menunggu hingga jam 530 petang, oleh kerana mereka telah sahkan bahawa perjumpaa akan berlaku. Walau bagaimana pun, perjumpaan itu dibatalkan oleh pihak mereka.

Saya mengambil risiko membuat kenyataan ini diluar Dewan Rakyat kerana saya yakin bahawa episod terbaru ini adalah satu lagi rencana jahat untuk memfitnah Dato' Seri Anwar Ibrahim.

DATO' JOHARI ABDUL
AHLI PARLIMEN SG PETANI
AHLI MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN
23 MAC 2011


KOMEN SA SELEPAS KENYATAAN AKHBAR DATO' JOHARI ABDUL

Tan Sri Rahim Thamby Chik yang menjadi dalang kepada episod ini adalah orang yang sama yang mengatur penerbitan dan pengedaran buku "50 Dalil" dalam tahun 1998 dahulu. Modus operandi fitnah terbaru ini adalah 100% sama dengan modus operandi siri fitnah tahun 1998 dahulu. Beliau diberi mandat oleh Perdana Menteri sendiri untuk membeli ahli-ahli Parlimen KEADILAN dengan tawaran wang ringgit dan sebagainya. Tempahan dan pembayaran Carcosa Seri Negara dibuat oleh RISDA, sebuah jabatan kerajaan.

Saya juga percaya Dato' Eskay Shazril Abdullah adalah "Dato' T". Dia adalah seorang yang berbangsa Siam dan mendapat banyak faedah dari Tun Mahathir Mohamad kerana berasal dari Kedah.

Seorang lagi individu yang hadir sama adalah bapa mertua kepada Dato' Shafie Afdal, iaitu Naib Presiden UMNO. Banyak lagi nama-nama pimpinan UMNO yang terlibat secara langsung dengan konspirasi terbaru ini.

Saya mendedahkan semua ini agar rakyat Malaysia dapat menilai dengan sendiri politik jahat yang digunakan oleh musuh Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Pimpinan UMNO perlu berterus terang dengan rakyat dan membersihkan nama mereka secepat mungkin.

P/s: Panas! Polis, bila mahu tangkap Datuk T dan dalang yang lain?

Wow, Betina Ini Dakwa Ada 18 Video Seks "Anwar Ibrahim"! Polis Tolong Siasat Kenyataan Betina Ini!

Posted: 22 Mar 2011 08:28 PM PDT


Saya petik:
[SH] ALOR SETAR - Bukan satu tetapi 18.

Itulah jumlah rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang.

Individu yang mendakwa demikian, Ummi Hafilda Ali berkata, apa yang didedahkan oleh seseorang dikenali sebagai 'Datuk T' kepada wartawan di Hotel Carcosa Seri Negara di ibu negara kelmarin, adalah satu daripada 18 rakaman itu.:

"Bukan itu saja, sebenarnya ada lagi," kata Ummi Hafilda, kemudian mengakui beliau tahu siapa dalang di sebalik pembikinan video berkenaan.

Menurutnya, dalam video itu, individu terbabit bukan sahaja melakukan hubungan seks dengan beberapa wanita termasuk pelacur, malahan juga lelaki.:

"Sebenarnya, saya sudah tahu mengenai perkara ini 13 tahun dulu lagi," katanya pada sidang media sejurus selepas permit ceramahnya yang dijadualkan di Dewan Orang Ramai Taman Wira Mergong, di sini, semalam dibatalkan pada saat akhir akibat bantahan Kerajaan Negeri.

Menjawab pertanyaan, Ummi Hafilda berkata, beliau tidak mendedahkan mengenai hal itu sebelum ini kerana masa belum sampai.

"Sekarang adalah masa yang sesuai untuk didedahkan supaya rakyat sedar mengenai tembelang pemimpin berkenaan," katanya.

Ditanya sama ada kemunculan video seks itu ada kaitan dengan pilihan raya Sarawak, Ummi Hafilda berkata, adalah tidak wajar mengaitkan isu itu dengan pilihan raya, kerana yang lebih penting adalah pelaku dan apa yang didedahkan.

Mengulas mengenai penafian Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai pembabitan beliau dalam skandal seks yang didedahkan kelmarin, Ummi Hafilda berkata, Anwar harus bertindak lebih tegas sekiranya individu yang dimaksudkan itu bukan dirinya.

"Jika pelaku itu kata ianya fitnah dan dakwaan itu tidak betul, konon ada konspirasi menjatuhkannya, saya sarankan dia buat laporan polis atau saman malu terhadap Datuk T. Negara kita ada undang-undang dan sistem kehakiman yang telus, biar beliau diadili seadilnya," katanya.

Ummi Hafilda turut mempertikai keengganan Anwar membuat laporan polis, termasuk menyerahkan sampel profil DNA yang berkaitan dengan perbicaraan kes liwatnya, jika beliau berada di pihak yang benar.

"Usahlah berlakon lagi, jangan asyik putar belit fakta, buktikan diri tidak bersalah. Saya baru dedahkan 40 peratus sahaja apa yang saya tahu, dan banyak lagi bukti lain yang saya ada dan akan didedahkan jika Anwar terus buat helah," katanya.

Ummi Hafilda turut mencabar Anwar dan Timbalan Presiden PKR yang juga abang kandungnya, Azmin Ali supaya membuat sumpah laknat di masjid bagi membuktikan kebenaran.

"Saya juga ada 'peluru berpandu' yang boleh jatuhkan gabungan Anwar-Azmin, namun sebagai adik, saya masih ada perikemanusiaan pada abang saya. Namun jika mereka terus menerus berdegil, saya putuskan untuk buat siri jelajah dan dedahkan dalam ceramah," katanya.

 P/s: Betina ini telah mendedahkan kepada umum bahawa dia wajar disiasat isu video seks "Anwar Ibrahim. Dia mendakwa bahawa ada 18 video seks "Anwar Ibrahim". Bagaimana dia tahu tentang hal ini? Adakah dia pernah menonton video seks itu?

Apabila membaca pengakuan betina ini, timbul persoalan, adakah Datuk T dan betina ini dalam satu kumpulan yang sama?

 Polis tolong siasat kenyataan betina ini!

Kursus Undang-undang Pornografi untuk Menteri Hal Ehwal Undang-undang

Posted: 22 Mar 2011 08:00 PM PDT





Hari ini dengan penuh keyakinan saya tampalkan Seksyen 292, Kanun Keseksaan itu untuk dihafal oleh Nazri Aziz. Pihak polis juga mengesahkan bahawa kes klip video porno Datuk T akan disiasat di bawah seksyen ini.

Mengapa Nazri Aziz menyokong Datuk T. Adakah Datuk T, individu yang dikenali oleh Nazri Aziz?

Soalan cepu emas:
Mengapa setiap kali meng-google gambar Nazri, gambar-gambar ini muncul juga dalam carian. 


Anak siapa? Bertaubatlah!

Kah, kah kah!


* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.


[Terkini] Drama Liwat II: Anwar Tidak Perlu Beri DNA, Namun...

Posted: 22 Mar 2011 06:33 PM PDT


Mahkamah Tinggi KL baru memutuskan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim TIDAK PERLU memberikan DNA.

Namun begitu mahkamah  MEMBENARKAN 3 SPESIMEN yang diambil dari lokap penjara diterima sebagai bahan bukti.

Hal ini demikian kerana menurut hakim, "Selepas mempertimbangkan bukti dengan kenyataan dari IO dan pegawai yang menangkap (Supt Ahmad Taufik Abdullah) saya memutuskan bahawa tangkapan itu adalah sah."

"Dengan itu, barangan yang diperolehi dari sel - (botol air minuman, berus gigi dan tuala) boleh diterima sebagai bukti," katanya.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata beliau akan meminta dua saksi pendakwaan untuk tampil sekali lagi untuk mengemukakan barangan tersebut untuk dijadikan bukti.
Walaupun Yusof tidak menamakan mereka, namun mereka dipercayai mereka ahli kimia, Nor Aidora Sameon dan Supt Amidon Anan yang sebelum ini pernah memberikan keterangan.

Mahkamah ditangguhkan dan akan bersidang semula pada pukul 9 pagi esok.

P/s: Anwar semakin hampir ke penjara. Barang kes untuk dijadikan bukti bukankah sepatutnya diambil di lokasi kejadian?

Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Harun Taib Tidak Percaya Anwar Difitnah?

Posted: 22 Mar 2011 06:00 PM PDT


Kalaulah anda tidak membaca lanjut berita di atas, sudah tentu anda akan cepat melatah berdasarkan tajuk yang diberikan oleh UM!

Tetapi, cuba fahami kata-kata terakhir yang dipetik UM, "Tetapi saya khuatir semua dakwaan terhadapnya MACAM direka-reka. Kalau banyak sangat, ia DAH jadi SEPERTI rekaan."

Apa maksud nada ayat ini? Adakah Harun Taib tidak percaya Anwar Ibrahim difitnah? Adakah Harun Taib percaya salah laku seks Anwar Ibrahim?

Gadis Khianati Cinta dengan Berkhalwat

Posted: 22 Mar 2011 05:28 PM PDT


Saya petik:
[HM] ALOR GAJAH: Seorang gadis yang menyewa sebuah rumah di sebuah taman perumahan, dekat sini, beberapa bulan lalu disifatkan tidak mengenang budi apabila diberkas bakal tunangnya kerana disyaki berkhalwat dengan seorang lelaki, baru-baru ini.

Ketika ditahan lima anggota Rukun Tetangga taman perumahan itu kira-kira jam 3.30 pagi itu, gadis berusia 24 tahun dan pasangannya berusia 30 tahun berbohong dengan mengatakan mereka sudah berkahwin, namun dalam pemeriksaan mereka gagal menyerahkan dokumen berkaitan.

Tipu helah pasangan terbabit memakan diri sendiri apabila pemeriksaan di rumah itu dilakukan selepas mendapat maklumat seorang lelaki yang mendakwa bakal tunang gadis terbabit.

Lelaki yang mendakwa bakal tunang gadis itu, Halim Abdul Rahman, 27, berkata dia mengenali gadis terbabit sejak enam bulan lalu melalui laman sembang sosial, Twiteer.

"Selepas beberapa bulan mengenali hati budinya, dia (gadis terbabit) kata ditukarkan ke daerah ini kemudian meminta bantuan saya mencarikan rumah sewa yang berhampiran tempat kerjanya kerana tiada kenderaan," katanya.

Katanya, selama berkawan dengan gadis itu, dia tertarik sikap dan budi bicara gadis itu begitu juga ahli keluarganya turut menyenangi tingkah laku wanita terbabit sebelum merancang bertunang penghujung tahun ini.

"Dia beritahu ditukarkan majikan serta-merta dan merayu saya mencarikan rumah sewa berhampiran tempat kerjanya tanpa saya mengesyaki apa-apa.

"Rupa-rupanya dia sudah diberhentikan dan merancang berdampingan teman lelakinya itu. Akhirnya saya dapat menghidu kelakuannya yang mencurigakan sebelum mengintip pergerakannya setiap malam.

"Selepas intipan kira-kira jam 3.30 pagi, saya dapati seorang lelaki berada di dalam rumahnya sebelum memanggil beberapa anggota Rukun Ttangga yang berkawal di hujung taman untuk melakukan pemeriksaan," katanya.

Ketua Rukun Tetangga yang enggan dikenali berkata, ketika pemeriksaan, pihaknya menunggu kira-kira 15 minit sebelum seorang gadis lengkap berpakaian dan tergesa-gesa sambil membetulkan tudungnya keluar dari bilik dan membuka pintu hadapan....

* Gambar sekadar hiasan.

P/s: Disangka bunga mawar yang cantik dan harum, rupa-rupanya bunga sintetik! 


SEKS & SENAMAN Boleh Membunuh!

Posted: 22 Mar 2011 05:00 PM PDT


Jangan salah sangka. Baca dahulu!
Saya petik:
[BH] CHICAGO: Perubahan mendadak aktiviti fizikal daripada tahap sederhana kepada tinggi seperti berjoging dan melakukan hubungan seks, meningkatkan risiko serangan jantung terutama kepada mereka yang jarang bersenam, menurut penyelidik Amerika Syarikat.

Doktor sudah lama mengetahui bahawa aktiviti fizikal boleh menyebabkan masalah serius jantung tetapi penyelidikan terbaru itu membantu mengukur risiko itu, kata Dr Issa Dahabreh daripada Pusat Perubatan Tufts di Boston. 

Penyelidikan beliau disiarkan dalam Journal of the American Medical Association.  

Kumpulan penyelidik itu menganalisis data daripada 14 penyelidikan yang mencari kaitan di anatara senaman, seks dan risiko serangan jantung atau kematian kardiaologi secara tiba-tiba - ritma jantung berbahaya yang menyebabkan jantung berhenti mengepam darah.

Mereka mendapati individu 3.5 kali ganda berkemungkinan mengalami serangan jantung atau kematian kardiologi secara tiba-tiba jika mereka bersenam berbanding mereka yang tidak bersenam.

Individu juga 2.7 kali ganda berkemungkinan mengalami serangan jantung ketika mengadakan hubungan seks atau sejurus kemudian berbanding mereka yang tidak melakukannya. - Reuters

 P/s: Jika jarang-jarang bersenam, jangan tiba-tiba melakukannya secara berat.

Tiada ulasan: