DIALOG RAKYAT |
- Post Mortem Video Lucah 18 SX
- PKR dakwa Rahim Thamby Chik, Eskay terbabit
- Eskay: 'Saya dalam video itu'
- Kembalikan wang saman ekor
- Pemimpin Umno BN keterlaluan
- Kenyataan Penuh Datuk Johari Abdul Bersabit Fitnah Video Lucah DSAI
- Fitnah Video Lucah- Logikkah Najib Tidak Tahu?
- Laporan Kewangan Yayasan Selangor Hanya Lengkap Dan Sistematik Selepas 2008
- Guan Eng Saman Kerajaan, Tsu Koon Isu Pulau Jerejak
- Video Lucah : Penglibatan RTC Serlahkan Pembabitan Najib
- Video seks: Ummi dakwa tahu dalang, ada 18 klip lagi
- PAS tidak tunduk DAP isu haramkan judi, kata Fatah
- Datuk T bukan seorang tapi tiga, kata Rahim Thamby
- Pilihan raya negeri Sarawak 16 April
- DNA LAGI, KALI INI JAM OMEGA PULA JADI MANGSA
- Tanah Adat, Taib Mahmud rentap 'nyawa' rakyat Sarawak!
- Klip video seks: Antara paksa, pujuk dan musnahkan keyakinan
- KERAJAAN TERENGGANU GAGAL TARIK PELANCONG
- SPR Umum Tarikh Penamaan Calon, Pengundian Pilihan Raya Negeri Sarawak Hari Ini
- Menteri Dalam Negeri: Bt Aman Yang Kini Ditugaskan Siasat Kes Rakaman Video
- Skandal Video Seks: Pakatan Sukar Mempercayainya
- Seramai 9,239 Pelajar Dapat Semua A Dalam SPM 2010
- Polis Tidak Akan Menyiasat Laporan Anwar
- Mangsa banjir di Kerian meningkat 280 orang
- Cadangan penerbangan sewa khas dari Rusia ke Langkawi
Posted: 23 Mar 2011 06:14 AM PDT MISTERIUS video lucah yang dibabitkan dengan Anwar Ibrahim dan siapa producernya sudah hampir terbongkar. Hari ini ada dua kenyataan akhabr mendedahkan berhubung video berkenaan. Pertama oleh Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul dan kedua oleh ahli perniagaan Shazryl Eskay. Mulanya Shazryl Eskay inilah dikenali dengan nama Datuk T. Sidang akhbar oleh Johari seperti mana kenyataan penuhnya yang dipostkan di bawah. Saya tidak mahu menghurai panjang mengenai pendedahan Johari itu. Cuma apa yang boleh dismpulkan beliau tidak mempercayai watak dalam video berkenaan adalah bosnya, Anwar. Memahami apa yang diceritakan Johari, video itu telah digunakan untuk memerangkapnya agar meninggalkan PKR. Video itu dijadikan bukti kononya Anwar terlibat dengan skandal sex dan melakukan sex dengan pelacur. Tujuan video itu disondolkan kepadanya agar beliau benci dan meninggalkan Anwar dan menyertai Umno. Kata Johari juga kalau dia sedia untuk mengkhianati Anwar serta membawa rakan-rakan (MP) lain segalanya ditanggung beres termasuk soal keselamatan dan juga kewangan. Dalam erti kata lain video berkenaan digunakan untuk membeli Johari. Manakala kegiatan membeli Johari dan MP PKR lain dalam strategi mengukuhkan kedudukan kerajaan UBN. Apabila Johari dan rakan-rakan lain tidak bersedia menjual dirinya, di sinilah menyebabkan video berkenaan didedahkan kepada umum. Ia boleh dianggap sebagai dendam dan kemarahan. Anwar khasnya dan PKR amanya harus mengucapkan syabas dan tahniah kepada Johari yang setia kepada Anwar dan PKR. Penolakan Johari atas tawaran itu satu pengorbanan yang besar. Kalau Johari tidak mempunyai keimanan yang tinggi dan hilang moral sebagai manusia Islam sudah tentu beliau akan tergelap mata dan menerima tawaran berkenaan. Dengan mengambil kira apa yang didedahkan Johari itu boleh dianggap di sini bagi individu yang telah mengkhianati dan kencing Anwar adalah kerana tergelap mata dengan tawaran kebendaan itu. Mereka sanggup dan rela dicaci sepanjang hidupnya kerana sedikit wang bagi menyumbat poket seluar yang tembus. Tanpa mereka sedar selepas ini untuk mereka menjadi pencaci tahi pun belum tahun boleh. Berbalik kepada isu tadi, pendedahan oleh Shazryl Eskay enjelaskan bahawa beliaulah penanggungjawabnya. Paling mengejutkan ia turt sama terlibat dan memikul tanggungjawab dalam pendedahan video itu ialah bekas KM Melaka, Rahim Tamby Chik. Kata Rahim Datuk T bukan seorang tetapi ia didhomankan kepada tiga orang Datuk. T adalah trio. Seorang lagi Datuk ialah orang bernama Shuib Lazim (foto). Rahim tidak menjelaskan bahawa beliau termasuk dalam trio itu, namun penjelasan itu menunjukkan dialah seorang lagi Datuk itu. Kenapa Shuib Lazim tidak hadir dalam sidang akhbar berkenaan? Shubib Lazim adalah kawan baik kepada Anwar Ibrahim. Pada satu majlis hari raya beliau pernah hadir ke rumah Anwar dan saya melihatnya sendiri. Shazrly mengakui bahawa salah satu watak dalam video berkenaan seperti dijelaskan Johari adalah dirinya? Sekiranya video itu merakam adigen maksiat jelas bahawa beliau juga terbungkus sama dalam video berkenaan. Kalau watak dalam video itu Anwar, ini bermakna dia juga boleh dibabitkan sebagai terlibat dalam video berkenaan. Begitu juga dengan Rahim Tamby Chik dan Shuib Lazim turut sama bersuhabat dalam melaksanakan kerja yang keji itu. Kenapa ia didedahkan? Inilah misteri yang belum terurai dan bukan payah untuk difahaminya. Anwar adalah musuh kepada perdana menteri dan juga isterinya, Rosmah Mansor. Rahim Tamby Chik pula pernah merasa teraniayaan oleh Anwar menyebabkan beliau terpecat dari jawatan ketua Pemuda Umno. Rahim mengira takdir itu adalah kerana Anwar. Ada orang bercerita beliau dikatakan bersumpah akan membalas dendam terhadap apa yang berlaku ke atas dirinya. Kesimpulan mudah disini, kalau beliau terlibat dengan pendedahan video untuk memburukkan Anwar itu, jawabnya kerana dendam. Apa dilakukan itu untuk membalas dendam lamanya. Tetapi apa hal pula dengan Sharzly, dia seorang ahli perniagaan. Khabarnya dia sedang menghadapi masalah dan dijanjikan dengan mega projek. Mungkin kerana untuk mendapatkan projek maka beliau harus menawan ahli Parlimen PKR menyertai Umno dan dalam masa sama damegkan Anwar Ibrahim. Selepas itu baru dia mendapat upahnya. Macam mana dengan Shuib Lazim? Apakah peranan dan tuntutan beliau dalam hal ini. Kenapa beliau terlibat dengan Trio T itu? Dan yang menjadi persoalan kenapa beliau tidak hadir pada sidang akhbar itu. Kalau T itu adalah trio setelah Shuib maka ia tidak menjadi tiro lagi tetapi jadi dwi T. Apakah beliau juga bersubahat kerana ingin mendapat imbuhan kerana sedang berdepan dengan masalah kewangan? Kita akan cuba selidik mengapa dan atas sebab apa penglibatannya. Mudah-mudahan Shuib akan muncul dalam tempoh sehari dua ini menjelaskan sejauh mana penglibatannya dalam pembikinan wayang 18 SX itu. Seperkara lagi yang hendak saya sebutkan di sini, mungkin juga versi video inilah yang pernah ditayangkan kepada beberapa orang pemimpin Pas dan juga kawan dan sahabat awal Anwar. Katanya para sahabat awal Anwar mulai goyah dan mempersoalkan syaksiah Anwar setelah mendengar cerita atau melihat tayangan promo video berkenaan. Adalah baik bagi pemimpin Pas maupun sahabat awal Anwar yang mendengar kisah video ini atau pernah menyaksikan promonya membuat mahasabah balik. Jelas dari dua versi penjelasan sidang akhbar tadi video berkenaan adalah sebuah filam wayang yang diwujudkan dengan demikian rupa dengan bantuan makenisme dan peralatan IT yang moden. Bagi saya pula, saya tidak mahu melihat kebejatan manusia yang menjadi pelakon dalam video berkenaan, tetapi yang saya kesal dan benci ialah mereka yang mendedahkannya. Kerja sebegitu yang mereka lakukan tidak ubah seperti menjolok buah rambutan dengan galah yang berlengeh dengan tahi. Memang buah itu manis tetapi ianya diapati dengan hasil yang buruk dan busuk | ||
PKR dakwa Rahim Thamby Chik, Eskay terbabit Posted: 23 Mar 2011 06:11 AM PDT Hazlan Zakaria Ahli parlimen PKR Sungai Petani, Datuk Johari Abdul mendakwa bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Datuk Shazryl Eskay Abdullah - bekas konsul besar Thailand di Malaysia - adalah mereka di sebalik video seks yang didakwa melibatkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bercakap dalam satu sidang media di ibupejabat PKR di Petaling Jaya, Johari mendakwa Eskay adalah individu utama di sebalik penayangan video tersebut dan menjadi suara latar bercerita mengenainya. Johari mendakwa, Eskay telah menunjukkan kepadanya video tersebut pada hari Isnin dalam sebuah bilik suit di Hotel Flamingo di Ampang, Selangor - iaitu hanya beberapa jam selepas ia ditunjukkan kepada wartawan dan editor. Katanya, selepas berbual, Eskay tiba-tiba menekan butang 'play' dan memainkan video tersebut di skrin besar komputer dalam bilik itu. Menurut Johari menyaksikan keseluruhan video tersebut. Katanya, selepas itu, bekas ketua menteri Melaka, Abdul Rahim, masuk ke bilik tersebut menemui mereka. Isnin lalu, satu video seks seorang lelaki yang mirip ketua umum PKR, Datuk Anwar Ibrahim, dipertontonkan kepada wartawan dan editor akhbar media perdana dan media alternatif di sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur. Anwar telah menafikan terbabit dalam video tersebut. Menurut Johari lagi, beliau kemudiannya menghubungi bapa saudaranya, yang menurut setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution, adalah seorang ahli perniagaan dan bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim, untuk mengadakan pertemuan. Beliau kemudiannya menemui bapa saudaranya itu pada jam 4 petang hari Isnin di Hotel De Palma, sebelum dibawa ke Hotel Flamingo. Selepas melihat video tersebut, Johari berkata, beliau berbincang dengan pemimpin PKR mengenai langkah seterusnya. Johari, bagaimanapun, menegaskan bahawa lelaki yang dilihatnya melakukan aksi seks dengan seorang wanita tidak dikenali dalam video tersebut, bukanlah Anwar. Beliau menjelaskan ia kerana terdapat beberapa perbezaan fizikal antara Anwar dan lelaki dalam video tersebut. Menurut Johari, mereka yang kenal rapat dengan Anwar akan tahu itu bukan ketua umum PKR tersebut Beliau kemudiannya menyebut empat ciri-ciri fizikal utama 'pelakon' tersebut dalam video hitam putih itu - berkulit terlalu cerah, punggungnya berisi, bahunya terlalu lebar dan tegap berbanding dengan Anwar, serta berperut buncit. Sebaliknya, tambah beliau, mereka yang kenal rapat dengan Anwar akan tahu bahawa punggungnya 'tirus' (nipis), bahunya tidak berisi dan perutnya tidak buncit. "Kulit Anwar juga tidak cerah, kita semua tahu warna kulit beliau," katanya | ||
Posted: 23 Mar 2011 06:01 AM PDT MALAYSIA KINI "Saya dalam video itu". Begitu pengakuan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah - yang sebelum ini dianggap sebagai Datuk T - apabila ditanya sama ada beliau yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan orang dalam video seks yang ditayangkan kelmarin. Shazryl (kiri) yang mengakui bekas sahabat Anwar bagaimanapun enggan menjelaskan apakah peranannya ketika adegan itu berlaku. Beliau juga enggan mendedahkan di bahagian mana gambar beliau dilihat dalam rakaman itu kerana ia sudah menjadi kes polis. Menurut seorang pemberita yang menonton video itu, selain seorang wanita dan lelaki mirip Anwar, terdapat seorang lagi dilihat di permulaan video itu. Bagaimanapun, bahagian mukanya tidak kelihatan. Shazryl hari ini tampil dalam sidang media bersama bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik bagi menjelaskan persoalan berhubung identiti Datuk T. Menariknya, Rahim menjelaskan, Datuk T bukanlah individu, sebaliknya merujuk kepada tiga kawan baik. "T ini (merujuk pada) trio, three," kata Rahim sambil menambah seorang lagi adalah Datuk Shuib Lazim yang juga bendahari Pertubuhan Pribumi Perkara PERKASA. Sahabat setiakawan | ||
Posted: 23 Mar 2011 05:58 AM PDT
| ||
Posted: 23 Mar 2011 05:54 AM PDT
| ||
Kenyataan Penuh Datuk Johari Abdul Bersabit Fitnah Video Lucah DSAI Posted: 23 Mar 2011 04:04 AM PDT TVS NEWS Berikut adalah kenyataan penuh ahli parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul :- | ||
Fitnah Video Lucah- Logikkah Najib Tidak Tahu? Posted: 23 Mar 2011 03:58 AM PDT TVS NEWS EDITORIAL : MUNASABAH atau tidak? Pembikinan dan penayangan klip video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim didakwa diselaraskan di peringkat tertinggi kerajaan. Ini bermaksud projek ini membabitkan Perdana Menteri, Najib Razak, sepupunya, Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein dan unit tertentu dalam Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia. Bagaimanapun sekumpulan lelaki yang diketuai oleh seseorang yang mahu dikenali sebagai Datuk T boleh menawarkan pratonton khas kepada sebilangan wartawan kanan tempatan di sebuah hotel mewah di ibu negara tanpa "gangguan" polis. Pun begitu, mungkin boleh diterima kenyataan Hishamuddin bahawa beliau memang baru menerima maklumat dan meminta sesiapa yang terbabit atau rasa teraniaya untuk membuat laporan polis. Dilihat dari perspektif ini salahkah Anwar dan Pakatan Rakyat untuk merumuskan bahawa Datuk T mendapat kerjasama atau sekurang-kurangnya laluan mudah daripada pihak berkuasa untuk menyebarluaskan video lucah berkenaan? Motif? Adalah terang dan nyata. Bagi yang jahil politik tentu akan dapat menyimpulkan bahawa jika Anwar disibukkan dengan kes ini, tentu payah untuk beliau beri tumpuan untuk menumbangkan Barisan Nasional di Sarawak dalam pilihanraya 16 April depan. Yang tidak munasabah dan tidak dijangka oleh mereka yang menggerakkan projek jelek ini ialah identiti mereka dapat dikenalpasti kurang 48 jam dari pendedahan video seks ini. Hari ini Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul mendedahkan siapa mereka. Bekas Ketua Menteri Melaka, Rahim Thamby Chik, bekas tukang urut sukan dan kini ahli perniagaan besar, Shazryl Eskay Abdullah. Johari disaran mengajak beberapa ahli parlimen PKR lain untuk menonton dan turut keluar parti; keselamatan dan imbuhan kewangan yang lumayan ditawarkan. Ternyata makar atau rancangan jahat manusia ada hadnya. Walaupun Hishamuddin beria-ia benar menyatakan polis tidak terbabit dan akan menubuhkan pasukan siasatan khas, kini khalayak umum sudah maklum siapa yang menggerakkan projek video ini. Rakyat ingin tahu apakah tindakan yang akan diambil oleh polis selepas mendapat maklumat Johari ini. Rahim anggap Anwar melalui anak-anak buahnya yang "mengenakannya". Maka dia dikatakan terbabit mengatur Khalid Jafri untuk menerbitkan buku "50 Dalil Mengapa Anwar tidak boleh menjadi Perdana Menteri" untuk melempiaskan dendamnya terhadap Anwar. Anwar ada maklumat lengkap mengenai projek lain beliau; maka adalah lebih tenang dan senang baginya jika Anwar tidak sampai menakluki Putrajaya. Sementara jika sepupunya ada maklumat mengenai projek busuk ini, munasabahkah Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia pula akan mengaku tidak mengetahuinya? Siapakah yang akan mendapat manfaat jika Anwar kali ini benar-benar tersungkur? | ||
Laporan Kewangan Yayasan Selangor Hanya Lengkap Dan Sistematik Selepas 2008 Posted: 23 Mar 2011 03:55 AM PDT TVS NEWS SHAH ALAM : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, laporan kewangan Yayasan Selangor hanya lebih bersistematik selepas Pakatan Rakyat mengambil-alih Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2008. Menurut Tan Sri Khalid, ia berikutan anak syarikat milik penuh Kerajaan Selangor ini tidak pernah mengeluarkan sebarang laporan kewangan yang disahkan sejak 2004 dan hanya dibuat setelah kakitangan Yayasan Selangor itu diarahkan untuk menyediakan laporan kewangan bermula dari tahun-tahun sebelumnya yang tidak pernah dilaporkan. Khalid berkata, hasilnya, laporan kewangan Yayasan Selangor 2005 sehingga 2009 berjaya diperolehi pada 2010. "Contohnya untuk tahun 2005, ia hanya disahkan pada 10 Mei 2010, walaupun ditandatangani oleh Lembaga Pengarah Yayasan pada Nov 2007. Laporan ini tidak dihantar kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kerana terdapat akaun-akuan yang tidak boleh diselaras," katanya. Khalid berkata demikian pada sidang media khas bagi menerangkan kedudukan akaun dan kewangan Yayasan Selangor di Shah Alam, hari ini. Jelas Khalid, selepas menerima dan meneliti penyata kewangan bagi tahun 2005 hingga 2009, Kerajaan Selangor akan membuat analisa menyeluruh serta perbandingan untuk setiap tahun. Manakala penyata kewangan bagi tahun 2010, ia hanya akan siap pada November ini. Menurut Khalid, pada 2005, Yayasan Selangor mencatatkan perbelanjaan defisit sebanyak RM10 juta dan 2007 defisit sebanyak RM8.1 juta. Bagaimanapun pada 2007 Yayasan Selangor mencatatkan lebihan pendapatan sebanyak RM40.13 juta dan 2008 sebanyak RM128 juta, malah pada 2009 juga ia turut mencatatkan lebihan sebanyak RM25.7 juta. Sementara pada 2010, Yayasan Selangor mengalami defisit sebanyak RM3.9 juta. "Ini menunjukkan defisit dan lebihan pendapatan (surplus) bukan perkara aneh dalam kewangan yayasan. Walaupun mengalami defisit yang banyak pada 2005 dan 2006, Yayasan Selangor masih boleh bertahan dan membuat keuntungan besar pada tahun-tahun berikutnya,". "Mereka yang mendakwa defisit tahun lepas akan menyebabkan Yayasan Selangor akan bankrupt sebenarnya tidak mendapat gambaran sepenuhnya. Kita tidak boleh membuat kesimpilan dengan hanya membaca akaun untuk satu tahun," kata Menteri Besar. Mengulas dakwaan Yayasan Selangor telah mengeluarkan penyata akaun sebelum 2008, Khalid berkata ia jelas menunjukkan bahawa mereka tidak tahu proses dan peraturan mengeluarkan penyata kewangan bagi sebuah organisasi. "Setiap penyata kewangan bagi mendapat kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) tetapi Yayasan Selangor tidak pernah mengadakan AGM," katanya. Katanya, pendapatan dari sewa bangunan dan tanah meningkat sekali ganda bermula 2008 selepas Yayasan Selangor menyemak semula kadar sewa mengikut harga pasaran. Katanya, analisa terhadap laporan kewangan Yayasan Selangor menunjukkan sumber pendapatan utama ialah hasil projek usaha sama dengan syarikat swasta. "Kejayaan Yayasan Selangor ialah bagaimana menggunakan aset dengan baik. Sebelum 2008, projek usaha sama tidak memberi pulangan setimpal yang sepatutnya diperoleh Yayasan Selangor," katanya. Beliau memberi contoh, projek usaha sama pembangunan di Lot 2450 Mukim Damansara yang dijangka menjana keuntungan RM852.50 juta dan Yayasan Selangor dijanjikan pulangan RM250 juta. Bagaimanapun, projek seluas 31.8 ekar itu hanya memberikan pendapatan sebanyak RM53.85 juta kepada yayasan. "Kita telah hentikan projek usaha sama untuk pastikan pada masa depan mana-mana projek usaha sama memberi keuntungan setimpal kepada yayasan. "Banyak projek usaha sama sedang melalui proses mahkamah kerana pulangan yang diperoleh tidak setimpal dengan yang dijanjikan," kata Menteri Besar. Sehubungan itu, Khalid berkata, Yayasan Selangor telah melantik akauntan bebas, Tetuan Ahmad & Goh untuk meneliti semua penyata kewangan badan itu serta menyediakan laporan audit pada April depan untuk diluluskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Yayasan Selangor yang dijangka akan diadakan Mei ini, sebelum dihantar kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Menurut Khalid lagi, laporan audit yang disediakan Bahagian Audit Dalaman Kerajaan Negeri sebelum ini tidak mengambil kira laporan kewangan tersebut kerana ia hanya terrtumpu kepada aspek operasi. Katanya, Lembaga Pengarah Yayasan Selangor turut bersetuju untuk memberi peluang kepada Ilham Marzuki bagi menerajui Yayasan Selangor sehingga kontrak dua tahunnya tamat. Khalid berkata, beliau berharap dengan adanya peluang kedua yang diberikan ini , Ilham dapat menjalankan tugas dengan baik kerana prestasinya akan dipantau dari semasa ke semasa, malah kontraknya juga tidak akan disambung sekiranya beliau gagal memberikan perkhidmatan terbaik. Tambah Khalid, selepas menyelesaikan isu laporan kewangan yang dibangkitkan ini, Kerajaan Selangor akan memberi tumpuan pula kepada isu kebajikan menerusi program-program yang dilaksanakan Yayasan Selangor sejak beberapa tahun lalu. | ||
Guan Eng Saman Kerajaan, Tsu Koon Isu Pulau Jerejak Posted: 23 Mar 2011 03:53 AM PDT TVS NEWS GEORGETOWN : Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akan menyaman kerajaan Umno-Barisan Nasional pimpinan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berhubung skandal penyerahan tanah Pulau Jerejak kepada Urban Development Authority (UDA) dan Tropical Island Resort (TIR) yang mengakibatkan kerugian sehingga RM30 juta kepada rakyat. Lim Guan Eng berkata, keputusan tersebut dibuat berikutan keengganan serta kegagalan Tropical Island Resort untuk membayar premium tanah tersebut mengikut masa yang ditetapkan. "Mesyuarat kerajaan negeri hari ini memutuskan Tropical Island Resort perlu membayar premium untuk tanah yang diluluskan," "Mereka telah membuat bayaran premium tanah sebelum ini tetapi selepas ansuran pertama itu mereka tidak lagi membayarnya dan mengakibatkan TIR berhutang dengan kerajaan negeri sebanyak 10.6 juta ringgit," katanya. Januari lalu, Guan Eng mendakwa berlaku skandal dalam pemberian tanah seluas 32 hektar di Pulau Jerejak kepada UDA Holdings ketika pentadbiran BN yang menyebabkan kerugian kepada rakyat sebanyak RM30 juta. Kerugian itu katanya merujuk kepada pelaburan agensi kerajaan negeri, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dalam TIR sebanyak RM15.435 juta dan pinjaman RM3.6 juta serta premium tanah RM10.6 juta yang belum dijelaskan kepada kerajaan negeri. TIR adalah syarikat usaha sama UDA Holdings dan PDC dengan pegangan ekuiti masing-masing 51 peratus dan 49 peratus. TIR diperbadankan pada 18 Ogos 1992 dengan modal berbayar RM31.5 juta, termasuk pelaburan PDC sebanyak RM15.435 juta untuk membangunkan Pulau Jerejak sebagai pusat eko-pelancongan. Menurut Guan Eng, pembangunan tersebut dicadangkan dalam empat fasa, tetapi hanya fasa pertama dilaksanakan membabitkan pembinaan 13 chalet, bangunan yang mempunyai 52 bilik, tapak rekreasi, spa dan jeti yang siap pada Ogos 2003 dan beroperasi sejak Januari 2004. Guan Eng berkata, bagi menarik lebih ramai pengunjung, kerja menaik taraf resort itu dilakukan dan siap pada September 2007 yang menelan kos keseluruhan sebanyak RM34.84 juta. Bagaimanapun, sejak TIR beroperasi ia belum peroleh sebarang keuntungan. Jelas Guan Eng, projek yang dilaksanakan Umno-Barisan Nasional sebelum ini mengalami defisit RM 30 juta dan kerajaan Pulau Pinang sekarang menuntut supaya wang terbabit dikembalikan. Guan Eng berkata, Koh Tsu Koon juga telah menyerahkan Pulau Jerejak kepada UDA diantara tahun 1992 – 2007. TIR (Tropical Island Resort) ditubuhkan dengan UDA memegang saham sebanyak 51% dan PDC (mewakili Kerajaan Negeri) memegang saham sebanyak 49%. Tambah Guan Eng lagi, sebagai Menteri Kabinet yang menjaga KPI, Koh Tsu Koon harus bertanggungjawab dalam mengarahkan UDA untuk memulangkan semula wang serta Pulau Jerejak kepada rakyat Pulau Pinang. | ||
Video Lucah : Penglibatan RTC Serlahkan Pembabitan Najib Posted: 23 Mar 2011 03:49 AM PDT TVS NEWS PETALING JAYA : Pembabitan Tan Sri Rahim Thamby Chik, pegawai khasnya Kamalulail Sulaiman serta ahli perniagaan Datuk Eskay Shazril Abdullah dalam fitnah video lucah adalah bukti nyata Perdana Menteri Najib Razak turut terlibat dalam konspirasi memaksa Datuk Seri Anwar Ibrahim berundur dari politik. Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Saifuddin Nasution berkata Rahim dan Kamalulail bertanggungjawab terhadap tempahan bilik untuk tontonan video lucah itu bagi wartawan di Hotel Sri Carcosa pada Isnin lalu. "Rahim Thamby Chik adalah Pengerusi Risda. Tempahan yang dibuat di Carcosa Sri Negara untuk tontonan para wartawan dibuat oleh Timbalan Pengerusi UMNO Bukit Gantang, Datuk Kamalulail yang juga pegawai khas kepada Tan Sri Rahim. Bayaran (bilik) dibuat menggunakan kad kredit beliau," kata Saifuddin. Saifuddin menyifatkan Eskay yang sebelum ini dikenali sebagai Datuk T, seorang ahli perniagaan yang mengaut projek berjuta-juta ringgit daripada kepimpinan UMNO. "Datuk Eskay yang ditemui Datuk Johari mempunyai ladang buah naga terbesar di kedah dan perniagaan chalet di Langkawi," kata Saifuddin. "Watak ini kita kenal dalam minggu lepas terbabit dalam kes saman dengan Datuk Yahya Jalil dan Gerbang Perdana dalam isu Jambatan Bengkok. kerana beliau (Eskay) membuat perjanjian dan mendakwa Datuk Yahya memungkiri janji membawa masuk sebagai rakan kongsi dalam perniagaan sebaliknya membawa Sultan Johor," kata beliau. Saifuddin berkata ketiga-tiga watak itu mempunyai kepentingan dalam Umno dan cuba mengejar pengaruh politik serta memenangi keyakinan Najib. "Kes ini membuktikan pembabitan PM, UMNO dan orang yang mempunyai masalah dalam perniagaan kemudian kesemuanya mereka memangsakan DSAI dan serentak itu untuk membawa motif menghancurkan KEADILAN dengan menawarkan bukan saja video tapi ganjaran," kata Saifuddin. "Kita tahun watak-watak ini mempunyai masalah. Tan Sri Rahim Thamby Chik, apapun alasannya. mungkin mahu melakukan 'comeback' dalam politik kerana dendamnya dengan DSAI akibat terbuang dari UMNO. Saifuddin menegaskan Najib tidak lagi boleh menafikan peranan beliau dalam pusingan terbaru ini untuk menfitnah Anwar. "Pembabitan UMNO terlalu jelas dengan janji Rahim untuk bawa Datuk Johari berjumpa Perdana Menteri. Perdana Menteri tak mampu lagi berselindung dengan membuat penafian,' kata Saifuddin. | ||
Video seks: Ummi dakwa tahu dalang, ada 18 klip lagi Posted: 23 Mar 2011 03:46 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR — Ummi Hafilda Ali, saksi utama kes liwat pertama dan salah guna Datuk Seri Anwar Ibrahim 13 tahun lalu sambil mendakwa ada 18 klip video seks berkata, dia tahu siapa dalang di sebalik pembikinan rakaman berkenaan. "Bukan itu (satu) saja, sebenarnya ada lagi," kata Ummi Hafilda, ahli perniagaan, ketika mengulas pendedahan rakaman video seks melibatkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat. Dipetik beberapa akhbar tempatan, Ummi Hafilda berkata, "Saya dah dengar 13 tahun lalu mengenai hal sebegini dan memang kita tahu siapa di belakang tabir, siapa pelaku, siapa yang melakukan kerja terkutuk ini," katanya dipetik Berita Harian. Bagaimanapun dia tidak pasti sama ada rakaman yang didedahkan di ibu negara kelmarin adalah salah satu daripadanya. "Saya tidak pasti sama ada video yang didedahkan adalah salah satu daripadanya, tetapi dalam pengetahuan saya terdapat sekurang-kurangnya 18 lagi rakaman video seperti itu disimpan oleh seseorang," katanya pada sidang media di Alor Setar semalam. Dia bagaimanapun enggan mendedahkan identiti individu yang dimaksudkannya tetapi berharap akan didedahkan selepas ini untuk dinilai oleh rakyat. "Sekarang adalah masa yang sesuai untuk didedahkan supaya rakyat sedar mengenai tembelang pemimpin berkenaan," kata beliau dipetik Sinar Harian selepas ceramahnya di Alor Setar dibatalkan ekoran bantahan kerajaan negeri. Pertengahan Januari lalu, Ummi Hafilda yang juga adik kandung Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata, dia bertekad mahu berkempen secara aktif untuk Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 mengelakkan tsunami politik 2008 berulang. Ummi Hafilda mendakwa kehadirannya dalam kempen BN akan dapat menghalang keputusan Mac 2008, yang menyaksikan Pakatan Rakyat menafikan perikatan itu kedudukan selesa tradisi - majoriti dua pertiga di Parlimen. Kini BN bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya negeri Sarawak manakala pilihan raya umum dijangkakan tahun ini. Menurut laporan semalam, polis sedang menyiasat laporan yang dibuat oleh Anwar, Ketua Pembangkang, berkenaan klip video aksi seks di bawah Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah. Mengikut peruntukan Seksyen 292 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan berkaitan tindakan itu, mereka yang didapati bersalah boleh membawa kepada hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya. Anwar membuat laporan pagi semalam berhubung video yang telah dipertontonkan kepada beberapa wakil media di Carcosa Seri Negara, kelmarin. Dalam laporan itu, di mana salinan diedarkan kepada media, Anwar menafikan penglibatannya dalam video lucah itu. Satu kumpulan yang enggan dikenali mendakwa mereka memiliki klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur wanita di sebuah hotel di sini yang menawarkan perkhidmatan seks. Kumpulan itu, yang diketuai seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya hanya sebagai Datuk T, berkata mereka akan menyerahkan pita video itu, yang bertarikh 21 Februari, kepada pemimpin pembangkang tersebut dan isterinya dalam masa seminggu ini. | ||
PAS tidak tunduk DAP isu haramkan judi, kata Fatah Posted: 23 Mar 2011 03:32 AM PDT BERNAMA RANTAU PANJANG — PAS mendakwa ia tidak tunduk kepada rakan sekutunya, DAP, walaupun ia bersedia mengkaji semula larangan terhadap aktiviti perjudian di Kelantan. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Kewangan, Ekonomi dan Kebajikan Negeri, Abdul Fatah Harun berkata kajian itu hanya bagi menentukan bidang kuasa pihak berkuasa kerajaan tempatan dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang menjual tiket judi di luar premis perniagaan. "Undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan jelas tidak membenarkan kegiatan perjudian dilakukan dalam premis di kawasan pihak berkuasa kerajaan tempatan, sebagaimana mengikut Akta Kerajaan Tempatan. "Tidak timbul soal kita tunduk kepada tekanan mana-mana pihak menyebabkan kerajaan negeri bercadang mengkaji semula undang-undang melarang kegiatan perjudian di negeri ini," katanya kepada Bernama di sini, hari ini. Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dua minggu lepas berkata beliau akan meminta Penasihat Undang-Undang mengkaji semula dari segi undang-undang dalam pengharaman kegiatan perjudian di negeri ini. DAP sebelum ini mahu kerajaan Pas Kelantan mengkaji semula tindakannya merampas tiket loteri kebajikan di tiga premis perniagaan di bandar ini supaya tidak menjejaskan sokongan masyarakat Cina pada pilihan raya umum ke-13 nanti. | ||
Datuk T bukan seorang tapi tiga, kata Rahim Thamby Posted: 23 Mar 2011 03:26 AM PDT TERKINI Pada sidang media yang diadakan petang ini, Abdul Rahim juga mengaku beliau dan Shazryl adalah individu di belakang tayangan video seks itu yang ditayangkan di Carsosa Seri Negara. "Datuk T ini bukan seorang sahaja, tapi ia adalah datuk tiga iaitu saya, Datuk Shazryl dan Datuk Shuib, yang mana kami telah berkawan begitu lama," kata beliau. "Selain itu, kami merasakan isu yang ada sekarang (video seks) perlu dibuat penyelarasan supaya tidak timbul salah faham. Saya fikir semua pihak perlu tahu kebenarannya, jadi kami jemput beberapa pemimpin media ke Carcosa Seri Negara sebab ia lebih selamat. "Di situ kami tunjukkan supaya pemimpin media faham perkara sebenar dan kami ke depan kerana mahu tegakkan keadilan... sebab pemimpin yang nak jadi perdana menteri tidak layak, yang mana kita tak boleh terima pemimpin yang mempunyai akhlak yang rendah," katanya. Nama-nama mereka didedahkan oleh Ahli Parlimen PKR kerusi Sungai Petani Datuk Johari Abdul pada sidang media tengah hari tadi. Kedua-dua mereka mengadakan sidang media di sebuah hotel di Jalan Ampang kira-kira 4 petang, empat jam selepas sidang media Johari di Petaling Jaya. Beliau menjelaskan tindakan mendedahkan video seks itu kerana mahu menunjukkan bahawa "individu yang mahu menjadi perdana menteri itu tidak layak." Jelas Abdul Rahim, satu suruhanjaya diraja perlu dibentuk bagi menyiasat ketulenan video seks tersebut. "Tubuhkan suruhanjaya diraja untuk siasat ketulenan video seks ini. Kita boleh letakkan pemimpin Pakatan dalam suruhanjaya ini, media, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan mungkin pihak luar supaya kebenarannya dapat dibuktikan. "Orang yang terlibat pula boleh membawa pakar forensik untuk tentukan kebenaran, kita hanya mahukan kebenaran," katanya. Beliau juga meminta Anwar yang juga Ketua Umum PKR agar meletakkan jawatan mencontohi jejak langkahnya yang sudah bersara dari bidang politik. "Sekiranya pemimpin mempunyai masalah peribadi yang serius ia boleh merosakkan kepentingan negara. "Kita tidak akan edarkan video seks ini, harap pihak yang membantah faham," katanya. Kelmarin Datuk T telah menayangkan video seks tersebut kepada media di Hotel Carcosa Seri Negara. Rakaman video menunjukkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat mirip Anwar sedang mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita, dipercayai pelacur asing, muncul dan dipertontonkan kepada media. Video 21 minit itu, dalam empat segmen, menggambarkan pemimpin tersebut yang juga seorang Ahli Parlimen mengadakan hubungan seks di sebuah hotel di sini, dilihat akan menggegarkan arena politik negara sekali lagi. Ia yang dirakamkan pada 21 Februari lalu dipertunjukkan kepada media di sebuah hotel di sini pagi ini. Rakaman itu diperoleh dari hotel pemimpin berkenaan melanggan wanita tersebut. Sementara itu, Shazryl yang turut hadir dalam sidang media itu memberi jaminan video seks itu tidak akan diberikan kepada mana-mana pihak termasuk polis sehingga suruhanjaya diraja ditubuhkan. "Saya beri jaminan video ini tidak akan jatuh kepada mana-mana pihak...saya boleh jamin. "Ia (pita video) ada pada saya," katanya. Beliau juga mengaku ada dalam video itu, namun enggan mendedahkan secara terperinci. "Saya dalam video itu," jawabnya. Shazryl yang mengakui bekas sahabat Anwar bagaimanapun enggan menjelaskan apakah peranannya ketika adegan itu berlaku. Beliau juga enggan mendedahkan di bahagian mana gambar beliau dilihat dalam rakaman itu kerana ia sudah menjadi kes polis. Anwar juga telah membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi berhubung rakaman video aksi seks itu semalam. Dalam laporan yang salinannya diedarkan kepada media itu, Anwar menafikan bahawa dirinya adalah lelaki dalam video itu. | ||
Pilihan raya negeri Sarawak 16 April Posted: 22 Mar 2011 09:40 PM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUCHING — Pilihan raya negeri Sarawak kali ke-10 akan diadakan pada 16 April, demikian ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini. Penamaan calon akan berlangsung pada 6 April Dewan Undangan Negeri Sarawak yang menawarkan sebanyak 71 kerusi dibubarkan kelmarin. Kali terakhir Sarawak mengadakan pilihan raya negeri ialah pada 20 Mei 2006. | ||
DNA LAGI, KALI INI JAM OMEGA PULA JADI MANGSA Posted: 22 Mar 2011 09:38 PM PDT KERANA seorang Datuk `T', satu Malaysia kecoh pasal video seks yang kununnya melibatkan DS Anwar. Siapa Datuk T ? Itu aku tidak peduli samada dia bernama Taik, Temberang atau pun Tajuddin Wahab. Pada aku yang penting kandungan di dalam video tersebut samada benar `dilakonkan' oleh Anwar atau pun `si perut buncit' yang rupanya mirip Anwar. Malaysiakini melaporkan hari ini, Datuk T tidak akan menyerahkan kepada pihak polis pita video berkenaan kununnya bimbang Anwar akan tuduh pihak polis manipulasi pita berkenaan. Datuk T macam tahu-tahu pula pihak Polis selalu berbuat demikian. Satu tuduhan jahat kepada pihak Polis walaupun mungkin ada beberapa Polis yang mungkin berbuat begitu. Datuk T mahu pita itu diselidiki oleh badan bebas termasuk dari negara asing tentang ketulinan video berkenaan. Masalahnya, siapa yang pertikaikan video itu tulin atau tidak? Yang dipertikaikan pelakun berperut buncit itu, siapa? Petikan dari Malaysiakini menyebut bahawa Datuk T juga akan menyerahkan jam tangan Omega yang didakwa dimiliki oleh ahli politik tersebut yang tertinggal di sebuah bilik hotel di mana rakaman itu dibuat. "Suruhanjaya itu boleh menghantar jam berkenaan kepada pakar forensik bagi menentukan sama ada DNA yang terdapat pada jam itu sepadan dengan Anwar," katanya. Bertambah lucu jalan cerita Fitnah III ini. Bagaimana jam Omega itu berada di tangan Datuk T ? Ceritanya, beliau disuruh ambil oleh tuan jam berkenaan di hotel tersebut apabila dikatakan jam tersebut tertinggal. Jika beliau disuruh ambil jam tangan berkenaan, apakah beliau tidak menyerahkannya kepada tuan jam ? Katalah Anwar yang tertinggal jam itu, dan Datuk T disuruh ambil jam berkenaan, mengapa jam tangan itu tidak diserahkan kepada Anwar? Sekiranya Datuk T tidak serahkan kepada Anwar, adakah lojik Anwar berdiam diri jam yang amat penting itu tidak dikembalikan? Masakan Anwar tidak bertanya, di mana jam itu? Persoalannya, mengapa jam tangan masih berada di tangan Datuk T? Maka, sekali lagi kita ingin diperbodohkan oleh orang yang sedia bodoh dengan saranan Datuk T agar pihak forensik mengadakan ujian DNA pada jam berkenaan. Sampai bila rakyat Malaysia mahu dibutakan dengan kisah DNA ini? Malu kita dengan dunia luar yang menganggap pihak berkuasa atau undang-undang di negara ini hanya perlu DNA sahaja untuk menyelesaikan sesuatu kes jenayah. Jika ada DNA Datuk T pada jam tersebut, maka jam itu kepunyaan Datuk T dan Datuk T adalah pelakun sebenar di dalam video berkenaan. Bolehkah kita fikir begitu? DNA bukan tidak penting, ianya penting sebagai menyokong keterangan atau siasatan. Paling penting di dalam kes ini adalah benarkah Anwar yang beraksi di dalam video berkenaan? Benarkah Anwar berada di tempat lain sewaktu rakaman dibuat? Benarkah Anwar memiliki jam Omega sama seperti jam yang ada pada Datuk T? Mengapakah jam tersebut berada di tangan Datuk T sedangkan beliau hanya disuruh mengambilnya di hotel berkenaan? Mengapa Anwar tidak meminta jam tersebut setelah Datuk T mengambilnya? Paling penting, mengapa Datuk T enggan serahkan kepada pihak Polis atau jika hilang kepercayaan kepada pihak Polis, mengapa tidak serahkan kepada Majlis Agama Islam? Inilah Malaysiaku yang negara luar kagumi. Tiada yang mustahil di dalam negara ini hatta DNA yang berlainan jenis berterabur pada punggung seseorang pun dikira seorang juga yang bersalah. Bertuahnya kita menjadi rakyat Malaysia yang sentiasa disajikan dengan peristiwa pelik dan ajaib seperti ini. Jika tidak pelik, masakan Altantuya meletup tiba-tiba tanpa sebab. wfauzdin.blogspot.com | ||
Tanah Adat, Taib Mahmud rentap 'nyawa' rakyat Sarawak! Posted: 22 Mar 2011 09:36 PM PDT Oleh Wan Nordin Wan Yaacob "Tanah ini umpama nyawa kami" ayat inilah yang menjadi ratib dan telahan kata setiap masyarakat di Sarawak dalam mengungkap soal tanah dalam kehidupan mereka.Isu tanah adat (NCR) di Sarawak sangat mencengkam setiap mata hati rakyat, dari bandar hingga ke pedalaman dari darat ke pesisir laut dan sungai. Sarawak sebuah negeri yang sebenarnya kaya dengan sumber alamnya, dari gas dan petroleum hingga kepada balak dan paling mudah dilihat ialah tanah yang luas yang semuanya pada bila-bila masa boleh dirampas oleh rejim Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Kanun Tanah Sarawak meskipun digubal kononnya dalam semangat untuk memberikan hak kepada rakyat Sarawak, namun aplikasinya mudah dimanipulasi terutama dalam pemerintahan Taib Mahmud. Kedudukan kekayaan Taib Mahmud tidak terbanding dengan semua hasil di Bumi Sarawak ini di bawah perkiraanya untuk dari masa ke semasa diagihkan kepada kaum kerabat serta kroninya. Sejak 30 tahun lalu, rakyat di Bumi Kenyalang ini berdepan dengan isu milikan tanah yang tiada jalan penyelesainya memandangkan status tanah, meskipun bergeran, ianya masih boleh dirampas kerajaan untuk tujuan tertentu. Paling menyedihkan, tiada peruntukan masa dan nilai pampasan ditetapkan dalam Kanun Tanah Sarawak bagi memastikan setiap kali berlakunya pengambilan tanah, setidaknya kerajaan tidak menzalimi pemilik tanah. Bak kata Naib Presiden PAS, wujudnya jurang ini adalah kerana kegagalan pengurusan ekonomi negeri yang dipandu oleh seorang pemimpin yang hidupnya cukup mewah hasil dari merampas hak rakyat. Soal hak tanah adat hanya menjadi 'omongan kosong' dalam kempen pilihan raya oleh wakil rakyat BN yang tidak akan tertunai sampai bila-bila. Rakyat dibiarkan terus menderita dengan dasar dan manipulasi kanun tanah yang mudah bagi kerajaan untuk menikmati keuntungan dengan rampasan tanah mengikut selera penjajah kapitalis. Rakyat yang duduk dan mengusahakan tanah sejak berpuluh tahun lamanya, malah sejak daripada zaman nenek moyang mereka lagi tidak pernah mendapat jaminan yang 'boleh dipegang' hatta melalui undang-undang. Kehidupan rakyat di Sarawak umpama merempat di bumi sendiri, pemerintahnya boleh melakukan sesuka hati untuk mengumpul kekayaan walaupun dengan mengorbankan tanah yang dianggap rakyat sebagai 'merentap nyawa' mereka sendiri. Hanya dengan perubahan dan keberanian untuk menjatuhkan kerajaan zalim dari terus berkuasa seperti kata AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman mampu melarikan masyarakat di sini dari kesengsaraan yang berpanjangan. Ubah dengan jangan lagi memberi kuasa kepada Taib Mahmud, rakyat perlu tukar kerajaan kepada kerajaan Pakatan Rakyat yang boleh menjamin keadilan kepada semua. | ||
Klip video seks: Antara paksa, pujuk dan musnahkan keyakinan Posted: 22 Mar 2011 09:17 PM PDT Oleh Ooi Heng Siapa Datuk T? Maka mulalah cerita si penglipur lara berhubung kumpulan manusia bergelar "Datuk" yang berkeliaran di bumi 2Malaysia. Tetapi aksi berkeliaran mereka tidak serupa aksi yang dipersembahkan oleh Zarathustra, seorang watak ciptaan ahli falsafah Jerman Friedrich Nietzsche dalam karya beliau "Thus Speak Zarathustra". Zarathustra berlari ke sana ke sini sambil berteriak: Tulislah dengan darah, dan kau akan merasakan bahawa darah adalah roh. Tidak! Kumpulan manusia bergelar "Datuk" tidak menulis tetapi merekacipta dengan roh yang tidak bermaruah. Darah tidak mengalir dalam tubuh badan mereka. Asalkan motif politik tercapai, tidak apa kalau roh menjadi kotor. Begitu kotor dan jijik sehingga darah tidak sanggup mewarnai roh malahan menjauhi roh. Kumpulan bergelar "Datuk" bukan seorang tetapi beberapa orang. Ada Datuk T, ada Datuk W, ada Datuk M, ada pula Datuk TC. Sebelum itu, memoir Tun M mendakwa kononnya insan bergelar DSAI terlibat dengan kegiatan seks perempuan sementara dakwaan liar liwat sedang dipertikaikan sepanjang proses perbicaraan mahkamah, kini timbul rakaman video seks yang nampaknya cuba membuktikan kesahihan memoir Tun M. Kebetulankah? Yalah, ini kan bumi 2Malaysia. Apabila wujud rakaman video seks selepas diterbitkan memoir, namanya kebetulan. Segala-galanya hanyalah kebetulan. Melainkan kalau perut buncit watak rakaman video seks diukur dan dibandingkan ukuran berkaitan dengan insan bergelar DSAI, kebetulan muka cun kelihatan sama tinggi juga kerana kecanggihan teknologi. Ini kebanggaan legasi Mahathirisme, apabila teknologi dan politik seks bertembung, segala kemungkinan wujud tanpa syak-wasangka. Jangan tanya aku siapa Datuk W, Datuk M dan Datuk TC. Aku cuma seorang penglipur lara yang berlari ke sana ke sini menceritakan kisah Datuk T kepada khalayak umum yang minat dengan cerita seks yang penuh misteri. Mungkin pengarang berpengalaman media talibarut bumi 2Malaysia tahu jawapannya. Otak kecil seperti otak durianku tiada jawapan dalam hal ini. Politik seks yang rendah maruah rohnya Kalau sebelum ini yang dihebohkan media adalah mengenai penemuan DNA yang ditanda lelaki Y (male Y) yang hendak dipadankan dengan insan bergelar DSAI meskipun wujud juga spesimen male (lelaki) lain yang ditanda X, Z dan sebagainya, kini yang dihebohkan media ialah dakwaan skandal seks seorang lelaki yang sakit tulang belakang yang gagah beraksi seks. Sukar hendak diimaginasikan tetapi dipaksakan imaginasi sebegitu rupa oleh politik seks sebegitu rendah maruah rohnya. Sementara itu, kedengaran "jualan mega politik" sedang berlangsung. Bunyinya, jangan lagi kau terpedaya dengan insan bergelar DSAI. "Agenda reform" tidak bersamaan dengan DSAI, malahan juga tidak bersamaan dengan Pakatan Rakyat. Jangan kau lupakan atau gagalkan "agenda reform" kerana seorang insan bergelar DSAI. Biar kami perkenalkan kau dengan pemimpin tersohor 2Malaysia yang mandi saban hari dengan "agenda reform" bukan "agenda seks"! Meskipun bapa Mongolia masih menanti-nanti jawapan pembunuhan anaknya, jangan kau terpedaya dengan dakwaan pembangkang. Percayalah kami yang berkeliaran ke sana ke sini dengan "agenda reform tulen", tidak sama dengan agenda tidak tulen pembangkang, kononnya. Begitulah cerita si penglipur lara. Setakat ini sahaja ceritanya. Baik aku balik kepada bicara politik otak durianku secara serius. Politik persepsi Dalam konteks politik persepsi mencorakkan permainan politik negara, rakyat sekali lagi disuapkan dengan politik seks. Sesungguhnya, kalau sarjana politik ingin mengkaji dan menganalisi kekuatan Pakatan Rakyat dan cabarannya terhadap pemerintahan rejim UMNO-Barisan Nasional (BN), telitilah politik seks selama berdekad lamanya semenjak zaman reformasi. Apabila politik kotor mensasarkan watak tertentu, dan bahawa "agenda reform" juga dibawa oleh Perdana Menteri bumi 2Malaysia, implikasi tsunami politik nampaknya masih lagi mempengaruhi minda politikus bumi 2Malaysia sehingga segala percaturan politik disasarkan kepada politik seks dan politik persepsi. Hal ini bermaksud, tsunami politik bukanlah suatu kebetulan seperti yang cuba dibentuk pandangan sedemikian oleh politikus UMNO-BN. Impaknya masih dirasai hari ini tetapi dalam bentuk yang berlainan. Segala politik kotor yang sedang dan bakal berlangsung dalam bumi 2Malaysia menjelang Pilihan raya negeri Dewan Undangan Sarawak dan pilihan raya umum ke-13 akan memberi sebahagian daripada jawapannya. Hegemoni Untuk menjadikan perbincanganku lebih serius atau sekurang-kurangnya kelihatan serius tanpa dipengaruhi politik seks semasa, izinkan aku bangkitkan satu konsep politik - hegemoni - dan kongsikan pemahamanku dengan kalian yang mungkin masih asyik dengan babak-babak politik seks tidak bermaruah. Hegemoni, satu konsep politik yang dipopularkan oleh teoritikus politik Itali Antonio Gramsci. Pembentukan hegemoni diutamakan oleh rejim pemerintah untuk mengekalkan pemerintahan, kalau mungkin untuk selama-lamanya seperti yang diinginkan oleh rejim UMNO-BN. Pembentukan hegemoni tidak sekadar dilakukan melalui penggunaan kuasa paksaan tetapi juga melalui kuasa pujukan. Namun, sama ada kuasa paksaan seperti penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atau kuasa pujukan seperti pengumuman satu per satu Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan (GTP), tujuannya tidak lain tidak bukan untuk mengekalkan tampuk pemerintahan untuk selama yang mungkin. Untuk memungkinkan pengekalan rejim UMNO-BN, pembentukan persetujuan secara aktif dalam kalangan rakyat adalah penting dan akan dilakukan siang dan malam malahan tanpa segan silu taktiknya asalkan berkesan dalam mengekalkan hegemoni UMNO-BN atau untuk mengelakkan keretakan yang terlalu besar apabila berdepan dengan cabaran kuasa pembangkang yang terlalu kuat. Pembentukan persetujuan secara aktif sedang dilakukan melalui manifestasi politik persepsi dan politik seks di bumi 2Malaysia. Apabila terlalu banyak digunakan kuasa paksaan, masih khalayak umum akan rasa marah dan bangkit dengan demokrasi jalanan seperti yang disaksikan di negara-negara rantau Timur Tengah dan Afrika Timur. Gabungan Najibnomics dan Mahathirisme Percubaan menggunakan kuasa pujukan seperti slogan 1Malaysia pula berdepan dengan cabaran-cabaran kuat seperti isu kontroversi kitab Injil dalam bahasa Melayu. Malahan persetujuan aktif yang ingin dibentuk berhubung kejayaan transformasi ekonomi Najib Razak juga berdepan dengan tamparan hebat apabila laporan Bank Amerika Merrill Lynch menyatakan bahawa Malaysia merupakan pasaran paling tidak popular untuk kedua-dua "global emerging market" (GEM) dan pengurus dana Asia Pasifik sementara tinjauan Dewan Bersekutu Perdagangan dan Industri Cina Malaysia (ACCCIM) mendapati bahawa rata-rata peniaga Cina tidak yakin dengan "agenda reform" ekonomi Najib! Sementara itu, Buku Jingga kini semakin kuat impaknya dalam memperkasa kuasa counter-hegemoni yang dibentuk oleh Pakatan Rakyat dan masyarakat madani. Jelas, kemuncak Najibnomics kini berdepan dengan jalan buntu. Berhadapan dengan kegagalan bentuk-bentuk kuasa paksaan dan kuasa pujukan dalam membentuk persetujuan bahawa Kerajaan UMNO-BN benar-benar melakukan "agenda reform" di bawah pimpinan Najib, dan apabila terbukti bahawa manifestasi Najibnomics nampaknya tidak memberikan impak sebesar yang diharapkan untuk memperkasa strategi rejim -- UMNO-BN berhadapan dengan keretakan hegemoni yang terlalu besar dan kuasa counter-hegemoni yang semakin kuat, maka kini kembalilah manifestasi Mahathirisme yang menonjolkan politik seks secara liar. Kini gabungan Najibnomics dan Mahathirisme juga mengambil tempat dalam konteks di mana pilihan raya negeri dan umum akan datang bakal menentukan masa depan negara. Ia bukan untuk memaksa dan bukan untuk memujuk rakyat - menceritakan dengan panjang lebar apa yang baik dengan regim BN. Ia cukup sekadar untuk memusnahkan keyakinan ramai terhadap pembangkang dan ketuanya. Jangan kita terpedaya dengan politik persepsi bercorakkan seks yang keterlaluan sehingga melupakan erti sebenar tsunami politik 2008 - untuk membawa harapan baru kepada tanah air yang dicintai kau dan aku. *Ooi Heng ialah Pengarah Eksekutif Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) dan kolumnis MerdekaReview. | ||
KERAJAAN TERENGGANU GAGAL TARIK PELANCONG Posted: 22 Mar 2011 09:11 PM PDT BULETIN ONLINE KUALA TERENGGANU - Sasaran untuk menarik seramai 4 juta pelancong ke negeri Terengganu pada tahun lalu, gagal apabila hanya kira-kira 2.5 juta pelancong dari dalam dan luar negara melawat negeri ini sepanjang tahun lalu. | ||
SPR Umum Tarikh Penamaan Calon, Pengundian Pilihan Raya Negeri Sarawak Hari Ini Posted: 22 Mar 2011 09:09 PM PDT BERNAMA KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian untuk pilihan raya negeri Sarawak yang ke-10, pada Rabu. Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf berkata sebelum menetapkan tarikh tersebut SPR akan mengadakan satu mesyuarat tertutup bersama anggota majlisnya untuk mempertimbangkan keputusan itu sekaligus memastikan pilihan raya berjalan dengan lancar. "Esok kita akan umumkan tarikh penamaan calon dan mengundi, selepas mesyuarat, kerana kita perlu pertimbangkan beberapa perkara agar pilihan raya dibuat pada masa yang sesuai tanpa ada acara seperti perayaan, cuaca dan ambil kira juga persiapan parti yang akan bertanding," katanya kepada pemberita di sini pada Selasa. Tepat pukul 5 petang Selasa, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Datuk Seri Mohamad Asfia Awang Nassar menyerahkan notis pengisytiharan pembubaran DUN Sarawak yang ditandatangani oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng kepada Abdul Aziz sendiri dengan disaksikan oleh beberapa anggota majlis SPR. Aziz berkata SPR mahu menjadikan pilihan raya negeri Sarawak kali ini sebagai pilihan raya terbaik dan segala persiapan telahpun dibuat untuk memastikan segala yang diatur berjalan lancar. Untuk pilihan raya Sarawak kali ini seramai 24,000 petugas SPR akan ditugaskan di setiap kawasan pilihan raya iaitu membabitkan 1,740 pusat pengundi dan 2,561 saluran pengundi. Setakat suku keempat 2010 seramai 979,796 pengundi telah berdaftar dengan SPR dan layak untuk mengundi pada pilihan raya negeri kali ini. Barisan Nasional (BN) Sarawak menguasai 63 daripada 71 kerusi Dewan Undangan Negeri manakala pembangkang - DAP menguasai enam kerusi, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Cinta Malaysia (PCM), menerusi wakil rakyat Bebas, masing-masing menguasai satu kerusi. Kali terakhir Sarawak mengadakan pilihan raya negeri ialah pada 20 Mei 2006. | ||
Menteri Dalam Negeri: Bt Aman Yang Kini Ditugaskan Siasat Kes Rakaman Video Posted: 22 Mar 2011 09:06 PM PDT
PUTRAJAYA: Satu pasukan khas dari Bukit Aman akan ditugaskan untuk menyiasat kes yang dilaporkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dengan rakaman video yang memperlihatkan adegan seks seorang pemimpin pembangkang dengan wanita yang didakwa seorang pelacur dari Asia Timur. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika memberitahu demikian menegaskan, kes itu yang dilaporkan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi awal pagi Selasa oleh Anwar telah dipindahkan ke Bukit Aman kerana ia adalah satu kes berprofil tinggi dan melibatkan kepentingan awam. "Oleh itu, satu pasukan khas dari Bukit Aman yang akan menyiasat kes ini dan mereka hanya akan bertanggungjawab melaporkan terus kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar. "Saya juga telah mengarahkan KPN agar memastikan kes ini disiasat secara telus dan secara profesional dan siasat sedalam yang mungkin," kata Hishammuddin. Anwar katanya lagi bebas membuat dakwaan tetapi yang akan menyiasat kes ini adalah pihak polis. Hishammuddin berkata demikian kepada para pemberita selepas menghadiri satu majlis di sini Selasa. Hishammuddin juga menyatakan bahawa beliau telah pun menjangkakan bahawa yang akan dituduh berkonspirasi di sebalik kemunculan rakaman video tersebut tidak lain dan tidak bukan ialah kerajaan, perdana menteri dan pihak polis. Menteri Dalam Negeri itu berkata, apa yang penting kepada umum sekarang ialah kebenaran. "Pada akhirnya yang kita hendak tahu dan dengar ialah kebenaran," ujarnya. | ||
Skandal Video Seks: Pakatan Sukar Mempercayainya Posted: 22 Mar 2011 09:05 PM PDT
KUALA LUMPUR: Adalah amat jelas sekali, PAS dan DAP sukar untuk mempercayai bahawa pemimpin yang didakwa muncul dalam rakaman video seks sebagaimana yang diheboh-hebohkan sekarang adalah ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Boleh dikatakan kesemua mereka berdiri teguh di belakang Anwar dan menyifatkan kemunculan video berkenaan sebagai sesuatu yang tidak benar, bermotifkan politik dan menyalahi undang-undang. Oleh yang demikian tidak timbul sama sekali soal mereka akan memutuskan hubungan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau meninggalkan Pakatan Rakyat. President PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengutuk tindakan mempertontonkan rakaman video berkenaan dan menyifatkannya sebagai taktik kotor untuk menjahanamkan pembangkang. "Pakatan telah memutuskan untuk menolak segala permainan kotor ini yang nampaknya bertujuan untuk memfitnah dan memalukan seseorang. Malah rakaman video ini juga muncul pada ketika Dewan Undang Negeri Sarawak dibubarkan. "Oleh yang demikian, Pakatan menggesa orang ramai bersatu hati dalam menolak permainan politik kotor ini," katanya dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh pejabat Ketua Pembangkang di bangunan Parlimen, Selasa. Hadi Awang juga turut menggesa supaya taktik kotor seperti ini dihentikan segera agar rakyat dapat menumpukan perhatian kepada pilihan raya yang akan diadakan di Sarawak secara adil dan saksama. Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula berkata, keputusan partinya adalah jelas iaitu mereka akan terus menyokong dan bersama-sama PKR dan juga Anwar. "Rakyat Malaysia harus bersatu menyatakan penentangan mereka dan mengutuk ke atas pembunuhan karakter yang sedang berlaku sekarang," ujarnya. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub kontroversi yang dicetuskan ini sama sekali tidak akan menjejaskan hubungan antara parti itu dengan PKR dan Anwar. "Segala-galanya tentang skandal itu adalah salah. Cara klip video itu didedahkan juga adalah salah dan menontonnya pun adalah salah. Islam tidak dapat menerima ini semua," katanya ketika ditemui di bangunan Parlimen petang Selasa. | ||
Seramai 9,239 Pelajar Dapat Semua A Dalam SPM 2010 Posted: 22 Mar 2011 08:59 PM PDT
PUTRAJAYA: Seramai 9,239 calon sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia telah mencatatkan gred keputusan cemerlang dengan mendapat semua A dalam setiap mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun lalu. Keputusan tersebut mencatatkan peningkatan sebanyak 1,252 orang calon berbanding 7,987 pelajar pada tahun 2009. Keputusan diumumkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Abdul Ghafar Mahmud di Kementerian Pelajaran di sini, Rabu. Beliau berkata keputusan tersebut merupakan keputusan terbaik dalam tempoh empat tahun. | ||
Polis Tidak Akan Menyiasat Laporan Anwar Posted: 22 Mar 2011 08:46 PM PDT [kemaskini] Polis DiRaja Malaysia menubuhkan unit khas untuk menyiasat video lucah yang membabitkan tokoh politik. Perkara ini diumumkan oleh Ketua Polis Negara lewat petang ini. Wah nampaknya cekap polis kali ini. Adakah penyegeraraan ini mengasihkan apa yang saya bayangkan bahawa pendedahan video berkenaan ada agenda tertentu? Kita tunggu lagi. Iya saya yakin berpandukan sejarah masa lampau polis tidak akan segera menyiasat laporan Anwar berhubung pendedahan vido lucah yang dikatakan membabitkan dirinya. Mungkin alasan seperti mana digunakan spekaer dewan rakyat, perkara itu bukan perkara perlu disegerakan. Hari ini dengan ditemani kira-kira 100 orang penyokong termasuk pemimpin PKR dan Pas Anwar telah membuat laproan polis di Balai Polis Dang Wangi. Anwar menyifatkan pendedahan itu untuk melenyapkan kerier politiknya. Kenapa saya berkata demikian kerana tidak mungkin untuk polis menyiasat sesutau perbuatan atau kegiatan yang dilakukan sendiri. Anwar membayangkan pendedahan itu tidak mungkin berlaku kalau bukan melibatkan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri. Seperti mana saya katakan sebelum ini, andaian itu tepat dan benar sekali. Kalau kerja busuk dan jijik itu tidak mendapat restui pihak berkuasa tidak mungkin ianya dilakukan di Carcosa Sri Negara? Walhasil balik asal laporan Anwar itu akan tinggal laporan sahaja kecuali pihak konspirator sudah mengatur pelan agar mereka disiasat polis untuk membolehkan mereka mendedah apa yang masih menjadi misteri itu. Makanya kita tunggu dan lihat. | ||
Mangsa banjir di Kerian meningkat 280 orang Posted: 22 Mar 2011 08:45 PM PDT BERNAMA IPOH - Jumlah mangsa banjir di daerah Kerian meningkat daripada 88 orang semalam kepada 280 orang sehingga pagi ini. Mereka yang dipindahkan terdiri 163 orang dari Kampung Alor Setangguk, 18 dari Kampung Batu 37 dan 38, 41 dari Kampung Parit Abu Hasan, 44 dari Batu 40 Bukit Merah, empat dari Kampung Parit Mat Keling, lapan dari Kampung Tebuk Pancur dan dua dari Kampung Perlis. Ketua Polis Daerah Kerian, Supritendan Mat Fauzi Nayan berkata, mangsa banjir itu dipindahkan ke dewan Sekolah Kebangsaan Bukit Merah dan dewan-dewan orang ramai di Alor Pongsu, Batu 38 Parit Abu Hasan dan Batu 40 Bukit Merah. Mereka dipindahkan sejak petang semalam hingga tengah malam tadi setelah kawasan kediaman mereka dinaiki air sedalam 0.5 hingga 1 meter akibat langkah melepaskan air dari empangan Bukit Merah akibat hujan lebat sejak tiga hari lalu. Mat Fauzi berkata, jalan raya di Batu 38 Alor Pongsu-Selama turut ditutup kepada kenderaan ringan kerana dinaiki air. Operasi memindahkan mangsa banjir dilakukan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, Rela, Jabatan Pertahanan Awam dan Jabatan Kebajikan Masyarakat | ||
Cadangan penerbangan sewa khas dari Rusia ke Langkawi Posted: 22 Mar 2011 08:44 PM PDT BERNAMA LANGKAWI - Sebuah syarikat agensi pelancongan di Moscow, Pegas Tour berminat untuk mengadakan penerbangan sewa khas terus dari bandar-bandar di Rusia ke Langkawi yang dijadualkan bermula September depan. Ketua Penolong Pengurus Pelancongan Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) Azmil Munif Bukhari berkata, perancangan itu adalah hasil perbincangan awal antara syarikat itu dengan Lada dan Tourism Malaysia di Moscow semasa promosi pelancongan di bandar raya itu yang berakhir Isnin lepas. "Syarikat terbabit mempunyai pesawat sendiri dan bercadang mengadakan tiga penerbangan seminggu ke Langkawi," katanya kepada Bernama di sini hari ini. Beliau berkata syarikat berkenaan akan membuat tinjauan di Langkawi pada bulan Jun. " Kita mengalu-alukan minat syarikat berkenaan untuk mengadakan penerbangan secara terus ke Langkawi," katanya. Azmil Munif yang menyertai promosi pelancongan ke Moscow itu berkata, penerbangan itu diharapkan dapat meningkat kehadiran pelancong Rusia ke pulau ini. Katanya, rekod ketibaan pelancong Rusia ke Langkawi adalah lebih 24,000 pada tahun lepas. Pada masa ini, syarikat penerbangan Finland, Finnair mengadakan penerbangan sewa khas sejak Disember lepas ke Langkawi. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan