Selasa, 22 Mac 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Tragis&Sadis: Empat Beranak DIRATAH Berkali-kali Bomoh Celaka!

Posted: 22 Mar 2011 06:00 AM PDT

Gambar ini popular di blog pro-UMCO. Mereka fitnah gambar ini adalah ADUN PAS. Gila!

Saya petik:
[BH] ROMPIN: Polis menahan reman seorang pengamal perubatan tradisional yang dipercayai pengamal ajaran sesat, apabila memukau dan merogol seorang ibu tunggal dan tiga anaknya di sebuah kampung dekat sini sejak Januari lalu.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Johari Jahaya, berkata suspek berusia 40-an yang tinggal di daerah lain dipercayai memukau wanita berusia 50-an itu sehingga mangsa patuh dan taat setiap arahan lelaki terbabit. 

"Suspek dipercayai merogol mangsa di rumahnya sebelum memberitahu mahu ke rumah mangsa untuk 'menurunkan' ilmu agama kepada tiga anak perempuan ibu tunggal berkenaan. 

"Mangsa yang dipukau kemudian mengajak suspek ke rumahnya sebelum melakukan perbuatan sama terhadap tiga anak perempuan mangsa berusia 20-an dan 30-an," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Johari berkata, siasatan awal mendapati, tiga anak perempuan mangsa yang terkena ilmu pukau lelaki terbabit dikatakan mengikut setiap arahan, termasuk melakukan hubungan seks dengan suspek.

"Di rumah ibu tunggal itu, suspek terbabit dikatakan berulang-ulang kali merogol empat beranak itu sejak Januari, ketika semua mangsa terbabit berada dalam keadaan separuh sedar.

"Siasatan turut mendapati seorang daripada anak mangsa dirogol hampir tujuh kali," katanya. 
Beliau berkata, kejadian itu bagaimanapun terbongkar apabila menantu mangsa yang bekerja di Johor Bahru pulang ke rumah ibu mentuanya di sini selepas mengesyaki sesuatu tidak kena apabila mendapati isterinya sudah lama tidak pulang menemuinya.

Katanya, apabila menantu mangsa tiba di rumah itu 15 Mac lalu, didapati isterinya, ibu mentua dan ahli keluarga lain ditemui dalam keadaan lemah dan tidak bermaya sebelum berlaku pergelutan dengan suspek yang kebetulan berada di rumah mangsa.
* Gambar sekadar hiasan.

P/s: Orang lahanat seperti bomoh ini wajib dipotong zakarnya!

Siapa Datuk T? Sampai Boleh Buat Ikut Suka Dia!

Posted: 22 Mar 2011 04:50 AM PDT

Adakah ini Datuk T?

Datuk T dan gengnya menayangkan klip porno kepada wartawan dan khabarnya klip yang sama turut ditayangkan kepada wakil rakyat BN di lobi Parlimen. Orang ramai berpendapat bahawa perbuatan itu salah di sisi undang-undang, tetapi Nazri Aziz kata perbuatan itu tidak salah selagi tidak mendatangkan keuntungan. Datuk T mengeluarkan kenyataan berunsur ugutan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya. Ugutan itu suatu bentuk jenayah, namun perbuatan dia tidak diendahkan oleh sesiapa yang berkuasa. Datuk T memfitnah DSAI dengan mendakwa pelakon klip porno itu sebagai DSAI dan hal ini disahkan oleh 110% oleh Zul Nordin.

Datuk T dan Zul Nordin sekepala dan sependapat?!?!

DSAI telah membuat laporan polis dan meminta polis menyiasat kes ini secara menyeluruh. Dalam laporan polisnya, DSAI mendakwa individu yang menyebarkan dan menayangkan video seks berkenaan telah melakukan jenayah fitnah, intimidasi jenayah serta terlibat dalam konspirasi terancang untuk menjatuhkan kredibiliti politik serta mengaibkan beliau. 

Anda tahu, sesetengah orang ramai menjangkakan kes ini hanya akan disiasat suam-suam kuku sahaja. Hal ini perlulah disanggah oleh polis melalui tindakan mereka jika mahu menafikan tanggapan orang ramai itu.

Yang peliknya apabila Datuk T mengeluarkan kenyataan kepada media bahawa dia tidak akan menyerahkan video itu kepada pihak lain termasuk polis kecuali panel siasatan bebas. Wow! Siapa Datuk T yang kelihatan begitu "berkuasa" sehingga laporan polis pun enggan diendahkannya.  Adakah pihak polis akan akur dengan kehendak orang ini? Kita tunggu dan lihat!

Siapa lahanat ini?

Saya petik sedikit laporan MStar:
Bagaimanapun menurut "Datuk T" beliau terpaksa mengubah keputusan tersebut setelah mendapati Anwar menafikan yang beliaulah lelaki di dalam rakaman video tersebut dan selepas itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangsi awal pagi Selasa.

"Sekarang memandangkan Datuk Seri Anwar telah pun membuat laporan polis menafikan yang beliau adalah lelaki yang dirakamkan di dalam video berkenaan maka saya menyimpulkan bahawa beliau dan isterinya tidak lagi berminat untuk memperolehi salinan rakaman video berkenaan daripada saya sebagaimana yang dijanjikan Isnin depan.

"Oleh yang demikian saya hanya akan menyerahkan rakaman video tersebut kepada satu panel bebas yang boleh menyiasat akan ketulenan rakaman video itu dan saya akan turut menyerahkan seutas jam tangan Omega yang ditemui di dalam bilik hotel di mana rakaman video itu dibuat." ujarnya.

Beliau juga memberikan sebab-sebab mengapa rakaman video berkenaan tidak akan diserahkan kepada pihak polis.

"Ini kerana sebarang pembabitan pihak berkuasa hanya akan mengundang lebih banyak penafian daripada Anwar.

"Datuk Seri Anwar hanya akan mengubah perhatian ramai dengan berkata pihak polis bersubahat dengan kerajaan sekiranya hasil siasatan polis tidak menyebelahi atau condong ke arahnya.

"Oleh itu saya hanya akan menyerahkan bahan bukti ini kepada satu panel siasatan bebas yang akan dibentuk kemudian," katanya.
P/s: Zaid Ibrahim pun mahu sertai Zul Nordin dengan meminta DSAI berundur kerana klip porno walaupun dia sendiri tidak mengetahui kesahihan video itu. Aduhai, semakin terserlah wajah sebenar Zaid Ibrahim yang pernah mendapat simpati penyokong PR sewaktu pemilihan PKR yang lalu!

* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

Menteri Kata Tidak Salah Tonton Porno Jika Bukan Cari KEUNTUNGAN. Wow!

Posted: 22 Mar 2011 01:03 AM PDT

Tak salah, patutlah jadi macam ini!

Nazri bertegas tidak salah bagi penganjur di balik tayangan itu berbuat demikian seperti yang dilaporkan oleh Malaysia Kini.


"Awak bagi tau apa yang salah. Semua orang kata ia melanggar undang-undang, tetapi bagi tahu saya, undang-undang mana? Sesiapa yang tahu, perlu tampil dan maklumkan kepada kami," katanya.

Menurutnya, jika tayangan yang diaturkan oleh seseorang individu yang hanya dikenali sebagai Datuk T dibuat untuk mencari keuntungan, maka ia satu kesalahan.

"Tetapi kita semua tahu beliau tidak ada niat untuk melaporkan (perkara itu) kepada polis dan mendapatkan editor sebagai saksi... tetapi itu bukan perkara pokok.

"Perkara pokok adalah video lucah itu dan pelakonnya (dalam video itu)."

Patutlah jadi macam ini:

Anak siapa?

Anak siapa?


* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

Video Seks: Anwar Ibrahim Buat Laporan Polis. Kita Lihat KECEKAPAN Polis!!!

Posted: 21 Mar 2011 11:52 PM PDT


Rata-rata media melaporkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur untuk membuat laporan polis berhubung dengan pita video seks yang dipertontonkan kepada media semalam.

Beliau tiba di balai polis tersebut kira-kira pukul 10.45 pagi dengan diiringi tidak kurang 50 penyokongnya dan ditemani isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Hadir sama menemani DSAI termasuklah ahli Parlimen dan pemimpin PKR seperti R Sivarasa, Tian Chua dan M Manikavasagam, setiausaha PAS Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Naib Presiden PKR N Surendran dan Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin. 

Anwar kelihatan masuk ke balai polis dengan ditemani Surendran, Ketua Biro Undang-undang PKR, Latheefa Koya dan peguam Fadiah Nadwa Fikri.

Cukuplah cerita fasal laporan polis itu. 

Yang menarik perhatian kita ialah kecekapan pihak polis menyelesaikan kes ini. Kita tahu pihak polis baru-baru ini dipuji melangit kerana berjaya menyelesaikan kes pembunuhan Datuk Sosilawati. Fuh, bukan senang untuk selesaikan, tetapi mereka berjaya menyelesaikan dengan membawa pihak yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

Adakah polis akan menjadi secekap itu apabila mengendalikan kes ini? Dapatkah polis mendedahkan siapa Datuk T dan geng? Dapatkan polis memastikan ketulenan video itu? Dapatkan polis mengenal pasti dalang konspirasi ini? Siapa yang menyewa hotel Seri Carcosa Negara? Khabarnya, laman UMCO ada menyiarkan nama orang yang disyaki menyewa hotel dan identiti Datuk T. 

P/s: Jika dibandingkan dengan kes pembunuhan berprofil tinggi itu, kes ini sudah tentu jauh lebih mudah. Setuju?

* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

Zul Nordin YAKIN dan SAHKAN Anwar Lelaki dalam Video Seks? WOW!

Posted: 21 Mar 2011 08:32 PM PDT

Baca!

Sebelum baca, ingat Zul Nordin semasa bersama-sama dengan PKR ialah salah seorang peguam yang terlibat dalam kes Drama Liwat I dan kalau tidak silap ada terlibat sedikit dalam Drama Liwat II. Pada waktu itu, dia berhujah di mahkamah membantu pihak pembelaan menafikan tuduhan yang dilemparkan terhadap DSAI. Malah, dalam ceramah politik, walaupun sering dilabel sebagai terlalu membesar-besarkan cerita, membela DSAI daripada fitnah jahat itu.

Anda lihat dan dengar kata-kata Zul Nordin sekarang. Anda baca blognya, anda tahu lidah Zul Nordin  kini bercabang. Blognya kadang kala berisi tulisan umpama lebai tukang karut!

Terbaharu dalam kes Konspirasi Porno Seri Carcosa Negara, Zul Nordin dengan penuh yakin mengatakan bahawa lelaki dalam video itu ialah "Anwar Ibrahim", walaupun akhbar yang memetik kata-katanya tidak menulis nama DSAI, tetapi berdasarkan pendedahan lanjut media kita tahu siapa yang dimaksudkan dengan "dia" itu. Katanya, 110% yakin dan dia berani mengesahkannya

Zul Nordin enggan menjawab sama ada dia ada menonton video itu atau tidak, maka timbul persoalan bagaimana dia dengan yakin mengatakan bahawa "dia" (Anwar Ibrahim) terlibat dalam video seks itu jika dia tidak menonton video tersebut? Adakah dia bersama-sama dengan wakil rakyat BN menonton video seks ini di lobi Parlimen

Seperti yang dilaporkan oleh UM di atas, Zul Nordin adalah satu-satunya ahli Parlimen, pemimpin yang berani berkata demikian setakat ini. WOW!

Bukan setakat memberikan komen dan pengesahan kepada akhbar, malah Zul Nordin turut menyindir dan memperkatakan isu video ini di Facebooknya, seperti yang ditampalkan di bawah ini:



Dalam kiriman terbaharu di blognya, bertajuk "Video-Klip Lagi" dengan paparan gambar kambing sedang bersetubuh, pak lebai sekejap alim, sekejap entah apa-apa ini mengatakan bahawa sebagai umat Islam kita perlu membukti kesahihan video itu. Eh, dalam UM dia kata memang sah 110% Anwar Ibrahim! Nampak? Lidah Zul Kulim bercabang? Selepas itu, dia membuat andaian bahawa video ini dicipta oleh penyokong Anwar untuk menutup isu DNA. Katanya, mereka cipta, mereka nafi. Eh, bukankah dia kata 110% Anwar Ibrahim?!! Sekarang dia kata video ini mungkin ciptaan sahaja!

Cukuplah contengan untuk menunjukkan betapa pak lebai yang kadang-kadang terlebih Islam daripada orang lain ini mempunyai lidah bercabang dan kata-kata serta tulisannya menyerlahkan niat sebenar pak lebai ini terhadap bekas bos dan partinya.

P/s: Orang pertama yang wajib diambil tindakan undang-undang selain dalang video itu sudah tentunya ahli Parlimen ini. 


* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

Video Porno Ditayangkan di Parlimen. Angkara Siapa?

Posted: 21 Mar 2011 06:46 PM PDT



Bagaimana Parlimen, tempat yang sangat tinggi martabatnya, menjadi panggung tayangan filem porno? Siapa dalang yang membawa dan menayangkan filem porno konspirasi ini di Parlimen? Siapa ahli Parlimen BN yang menonton filem porno fitnah itu?

Apabila memikirkan betapa mudahnya filem porno ini ditayangkan di Parlimen, dan audien yang menontonnya di situ, adakah anda masih berkira-kira untuk mengatakan ahli dan kaum kerabat parti pemerintah tiada kaitan dengan konspirasi ini?

* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.


[Video] Sidang Media Konspirasi Porno Seri Carcosa Negara

Posted: 21 Mar 2011 04:55 PM PDT


Video:

Tiada ulasan: