Selasa, 22 Mac 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Tangguhkan pemilihan parti jaminan parti stabil?

Posted: 22 Mar 2011 09:00 AM PDT

22 MAC — Skrip cerita yang dipertontonkan dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa MCA pada 13 Mac lalu, ternyata antiklimaks. Kesudahan yang dimahukan oleh pucuk kepimpinan ternyata menjadi kenyataan. Semuanya tersenyum lebar dan lega.

Apa yang berlaku pada pagi Ahad itu semacam satu tayangan ulangan yang pernah dilalui MCA tahun sebelumnya. Para pelaku yang membintanginya pula masih sama. Cuma apa yang membezakan EGM kali ini dengan EGM 28 Mac 2010 menjurus kepada agenda yang dikemukakan.

Jika EGM 2010 memperlihatkan kepada desakan usul tidak percaya kepada kepimpinan parti ketika itu, Dato' Seri Ong Tee Keat — agenda EGM 2011 yang diusulkan kali ini adalah berkaitan penangguhan p pemilihan parti.

Nampaknya, trend penangguhan pemilihan parti sudah menjadi satu kebiasaan dalam kalangan parti-parti politik di negara ini tidak kira dari pembangkang mahupun pemerintah.Bagi mereka, penangguhan pemilihan dilihat jalan paling selamat untuk mengelakkan perpecahan dalam parti.

Rasional mereka cukup mudah. Dengan tertangguhnya pemilihan parti, sebarang aktiviti melobi, hasut-menghasut mahu pun politicking akan dapat dihentikan.

Jika diteliti secara kasarnya, pandangan itu mungkin ada kebenarannya. Ini kerana elemen perpaduan merupakan satu komoditi yang sukar untuk bertapak dalam parti. Beberapa siri konflik dalaman parti menjadi hujah kukuh untuk menyokong pernyataan ini.

Perpaduan parti menjadi factor terpenting dalam pertimbangan ini kerana ramai yang berpendapat bahawa MCA sudah tidak boleh berpecah-belah lagi. Imej yang cuba dibawa ibarat sebuah parti politik yang hidup segan, mati tidak mahu.

Maka jalan yang kurang radikal diambil bagi mengelakkan kestabilan dan asas parti berkenaan digoncang. Sering kali, kita mendengar pemimpin- pemimpin parti itu menggesa perwakilan dan ahli untuk bersatu-padu bagi memelihara parti.

Ironinya, orang yang sama jugalah yang membelakangkan jiwa dan aspirasi parti. Mengambil jalan selamat bukanlah jalan penyelesaian paling mujarab untuk mengatasi budaya politiking.

Menangguhkan pemilihan parti hanyalah ibarat melupakan seketika masalah dalaman dalam parti. Lebih mengecewakan, ia juga menidakkan realiiti sebenar yang berlaku di peringkat akar-umbi.

Keputusan perwakilan MCA tempoh hari yang pengundimenyokong penangguhanpemilihan parti hanyalah pelan jangka pendek untuk meredakan keadaan, bukannya menyelesaikan secara tuntas permasalahan yang dihadapi.

Apa yang melanda MCA sejaksekian lama melalui siri konflik dalaman yang tidak berkesudahan adalah berpunca daripada kegagalan pucuk pimpinan untuk menilai dan mengemukakan penyelesaian jangka panjang. Pendek kata, masalah yang berlaku tidak ditangani hingga kelubang cacing.

Apabila pun caper masalah anti dak ditangani hingga kelubang cacing, lama kelamaan ia semakin membarah kesatu peringkat serius, maka pada ketika itu, masalah berkenaan mungkin tidak dapat dibendung lagi. Sampai bila lagi?

Sesungguhnya, budaya menangguhkan parti yang makin menjadi ikutan seolah- olah memberi gambaran kepada rakyat bahawa pucuk kepimpinan takut dengan pemilihan parti. Akan tetapi, hakikatnya apabila pemilihan parti dijalankan, kita akan dapat lihat siapa yang lebih kuat dan berkaliber. Pada masa yang sama, budaya pendemokrasian dan kematangan berpolitik dapat ditonjolkan.

Di sini jugalah, kita akan dapat menyaksikan suara dan aspirasi para perwakilan yang sebenarnya. Suara sebenar daripada perwakilan yang cintakan parti, yang mahu melihat MCA bergerak kehadapan dan yang tidak disuruh untuk memilih itu dan ini, sebaliknya mempunyai pendirian yang sebebas-bebasnya.

Ya, para perwakilan MCA sudah pun bersuara mengenai isu penangguhanpemilihanparti. Tetapi berakhirnya EGM MCA itu danl ulusnya usul menangguhkan pemilihan parti, tidak bermakna pucuk kepimpinan boleh tersenyum lebar dan mengisytiharkan dirinya sebagai sudah kembali kelandasan yang betul.

Apa yang kita tunggukan sekarang selepas ini adalah, apakah bentuk politiking, takuk minda serta sikap kepimpinan parti terhadap isu-isu penting di hadapan mereka?

Apakah MCA akan belajar dari sejarah hitam yang menimpa parti pada PRU 2008 dan melangkah kehadapandengan penuh keyakinan? Atau pun terus dilanda dengan sindrom syok sendiri?

Musuh terbesar buat MCA ketika ini ialah masa.Dengan bahang PRU 13 semakin menghampiri saat-saat permulaan dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak baru-baru ini, parti kedua terbesar dalam Barisan Nasional itu perlu membuktikan kepada parti- parti komponennya bahawaia masih rakan komponen yang penting bukan sahaja dari aspek sejarah tetapi juga di medan pilihanraya, bukannya sekadar memanaskan bangku dalam BN.

Samaada keputusan menangguhkan pemilihan parti MCA adalah satu langkah bijak atau sebaliknya, keputusan pada PRU 13 nanti akan menjadi penanda aras kepada tindakan itu.

Wajib Baca: Tsunami tanda dekatnya kiamat

Posted: 22 Mar 2011 08:30 AM PDT

22 MAC — Memang malang tak berbau. Menjelang tengah hari Jumaat, menjelang umat Islam yang mula-mula di dunia hendak berangkat menunaikan solat Jumaat, tsunami yang terbesar pun melanda Jepun di bahagian Sendai, beberapa ratus kilometer dari Tokyo.

Bagi Jepun tsunami tidak asing. Justeru itulah istilah bencana alam yang ngeri bagi dunia itu datang dari perkataan Jepun.

Bagi manusia di seluruh dunia yang berusia di bawah separuh abad sekarang tsunami di Sendai itu adalah pengalaman getir yang kedua terbesar. Yang pertama yang melanda Aceh hujung 2004 dan sepanjang pantai Lautan Hindi. Yang berlaku Jumaat lalu mengancam semua negara pantai Pasifik.

Bagi Jepun ia bagai satu kiamat kecil. Walaupun kiamat belum berlaku, tetapi itu kiamatlah namanya bagi mereka.

Orang beriman kepada Allah, kepada Rasul dan kepada akhirat, bencana alam seperti tsunami yang menghorbankan ramai jiwa dan banyak harta benda adalah bala dari Allah atas penderhakaan manusia di kawasan terbabit dan ia adalah amaran dariNya bagi sekalian manusia tentang balasan dari Allah.

Dalam wahyu Allah kepada Nabi Ibrahim a.s. menjelang pembinasaan terhadap umat Nabi Lut, tiada diturunkan bencana jika terdapat orang beriman di tengah masyarakat sekalipun hanya seorang.

Bagi membinasakan Sodom dan Gemurah di tapat Luat Mati di Jordan sekarang, maka Allah keluarkan Nabi Lut dan puterinya dulu.

Adalah benar gegaran dan gempa bumi berlaku di bumi di kawasan-kawasan sedia ada gejala bencana itu, tetapi Allah tangguhkan malapetaka itu apabila penghuninya mengingati dan menyembah Allah. Tetapi apabila penguninya mendustakan Allah dan agamaNya, maka tungglah bala Allah seperti tsunami itu.

Adapun tsunami yang terbaru itu adalah isyarat sudah kian dekatnya kiamat. Satu dari lebih seratus tanda kiamat ialah acapnya gempa bumi. Tanda yang sedemikian sudah pun acap berlaku. Sejak tahun 2000 saja ada saja gempa bumi di sana sini hampir setiap tahun dan berkali-kali setahun.

Tsunami di Jepun itu adalah ekoran dari gempa bumi di negara itu. Ia menambah tanda kiamat yang sudah banyak terjadi itu.

Tetapi bilakah datangnya kiamat? Adakah ia sudah dekat sangat? Berapa lama agaknya selepas tsunami itu?

Sudah lama amaran kiamat itu diketahui. Sejak Adam ia sudah dimaklumkan. Dan turunnya Rasulullah SAW adalah tanda besar dekatnya kiamat. Tetapi kiamat tidak juga berlaku. Nabi terakhir itu adalah kiamat sudah dekat. Selepas 15 kurun baginda wafat dunia belum kiamat.

15 kurun adalah satu tempoh yang lama. Tetapi dibandingkan dengan usia dunia yang sudah terlalu tua, 15 kurun adalah singkat. Dengan kejadian tsunami yang 15 kurun selepas Nabi Muhammad SAW wafat, bererti sudah 15 kurun lagi kurangnya tempoh dekat kiamat itu.

Bila? Jibril pun tidak tahu. Jibril bertanya Rasulullah tentang bila kiamat. Hanya Allah yang tahu. Allah sudah memberikan tanda-tandanya. Tunggulah.

Yang jelas umat Islam tidak dapat menyaksikannya. Tidak berlaku kiamat selagi ada umat Islam. Bila umat Islam sudah tidak ada lagi, maka berlakulah kiamat.

Selagi orang Melayu beragama Islam masih ada di Malaysia, maka belum berlaku kiamat. Menjelang kiamat Malaysia dimiliki oleh bukan Islam. Ini tidak bererti ketuanan Melayu sudah tidak ada. Ketuanan Melayu dijangka atau mungkin masih ada, tetapi yang ketuanan Melayu yang Islam habis mati.

Kalau ada ketuanan Melayu yang tidak mati, mereka juga bukan Islam. Orang bukan Islam jangan bimbang, satu hari nanti ia akan memiliki Malaysia. Bahkan Mekahpun jadi milik bukan Islam.

Ini tidak bererti orang Islam akan dikalahkan oleh bukan Islam. Orang bukan Islam tidak dapat mengalahkan orang Islam. Manusia yang paling gagah sekarang Amerika. Ia lemah dengan Israil atau tunduk dengan Israil. Kegagalan Islam Arab untuk mengalahkan Israil kerana ia dilindungi Amerika. Hari-hari umat Islam dibunuh oleh regim Israil.

Israil berjaya mengalahkan Palestin tetapi ia tidak dapat mengalahkan Islam. Satu dari tanda alamat kiamat itu, habis orang Yahudi – di Israil dan di luar Israil – mati berperang dengan Islam. Tidak berbaki seorangpun. Maksud hadis mengatakan begitu.

Walaupun semua Yahudi kalah dengan Islam tetapi tidak lama kemudian dunia ini diwarisi oleh bukan Islam. Bukan kerana Islam kalah. Tetapi menjelang hari kiamat akan bertiup sejenis angin, maka serentak orang Islam mati. Islam ketuanan Melayu mati, Islam Arab mati, Turki dan Pakistanpun mati.

Ketika angin itu melanda Malaysia, sekalian Islam dari ketuanan Melayu akan mati serentak. Kalau ada ketuanan Melayu yang tidak mati, mereka juga bukan Islam, samalah seperti bukan Islam yang ramai itu.

Orang Cina dan orang India jangan bimbang. Pada masa itu mereka semua boleh masuk ke Felda kalau Felda itu dimiliki oleh Melayu Islam. Tetapi kalau ada ketuanan Melayu yang tidak mati disebabkan tahan dengan angin yang melandanya, tidak wajarlah milik mereka diambil.

Masa itu Tabung Haji dan Baitul Mal sudah tidak bertuan. Yang tinggal ialah orang bukan Islam belaka. Maka merekalah yang mewarisi dunia ini.

Apabila tidak ada lagi orang Islam, maka tidak lama selepas itu berlakulah kiamat. Orang Islam tidak sempat menyaksikan kiamat itu bahkan tidak mengalaminya.

Berapa lama antara tsunami di Sendai dengan tarikh kiamat yang sebenarnya tidak diketahui. Memandangkan umat Islam begitu ramai sekarang dan ibu bapa yang menghantar anak untuk menghafal Quran di maahad tahfiz juga ramai belum dapat diagak waktu kiamat itu.

Adakah 15 kurun lagi? Tidak siapa tahu. Kebanyakan tanda-tanda yang disebut oleh Rasulullah sudah ada. Perdana Menteri Datuk Najib bercadang untuk menambah tanda-tanda itu apabila dia hendak membina menara 100 tingkat di tapak Stadium Merdeka.

Bangunan tinggi itu satu tandanya. Najib hendak menambah lagi bangunan tinggi. Tiada salah membinanya tetapi ia memperkuat dekatnya kiamat. Tsunami itu adalah amaran yang mengejutkan sebelum melanda angin mematikan serentak ketuanan Melayu-Islam.

Haji Abdul Subky Latif seorang penulis bebas dan tinggal di Kuala Lumpur. Seorang pendiam, dia gemar meneliti perangai manusia dan berita politik di Malaysia.

Nazri nafi video seks dipertonton di Parlimen

Posted: 22 Mar 2011 07:57 AM PDT

KUALA LUMPUR, 22 Mac — Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menafikan laporan yang mendakwa rakaman video seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang telah dipertontonkan kepada anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) di ruang rehat anggota Parlimen, semalam.

Menyifatkan cerita itu ''disalah lapor'', beliau bagaimanapun mengakui terdapat beberapa pihak yang cuba mencari video itu semalam.

"Saya fikir ia disalah lapor. Orang mencari video itu tetapi tidak ada siapa pun yang melihatnya. Malahan sehingga 9.30 malam tadi, mereka (anggota Parlimen) tidak dapat.

"Dan adalah tidak betul mengatakan hanya anggota Parlimen BN. Ada juga anggota Parlimen lain. Laporan itu salah sama sekali," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas laporan portal berita berkenaan semalam.

Semalam, The Malaysian Insider melaporkan bahawa video berkenaan dipertontonkan melalui komputer riba salah seorang petugas di ruang rehat anggota Parlimen dan disaksikan beberapa anggota Parlimen penyokong kerajaan, beberapa jam selepas ditayangkan kepada wakil media pagi semalam.

"Saya terkejut ketika baca laporan itu. Saya ada di situ (di dewan anggota Parlimen), saya sedang berjalan ke situ dan mereka sedang melihat (pada sesuatu) dan saya tanya apa mereka buat dan katanya mereka semua sedang tonton movie lucah ini. Dari situ saya tahu. Tetapi ikhlas sehingga hari ini bila saya tanya jika mereka dah tengok video itu, mereka kata tidak," tambah beliau.

Mohamed Nazri berkata, beliau juga tidak faham mengapa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan beliau merupakan orang yang terlibat dalam video seks berkenaan.

"Ini sepatutnya tontonan orang tertentu. Ia belum dikeluarkan. Kenapa beliau menafikan? Tak ada orang kata apa-apa. Laporan itu hanya mengatakan seorang pemimpin pembangkang, siapa dia? Dia boleh (Lim) Kit Siang, boleh jadi Hadi (Datuk Seri Hadi Awang)," kata beliau.

Ditanya sama ada tayangan rakaman itu menyalahi undang-undang, Mohamed Nazri berkata, "ditayang untuk wang, ya, mungkin ia."

€"Ia adalah movie lucah. Tetapi kita semua tahu bahawa beliau semua ada niat, saya fikir untuk lapor kepada polis dan beliau hanya mahukan editor-editor sebagai saksi-saksi," kata beliau. — Bernama

MB S’ngor ucap takziah kepada keluarga Tan Sri Dr Saleha Mohd Ali

Posted: 22 Mar 2011 07:00 AM PDT

SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Tan Sri Dr Saleha Mohd Ali yang meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) semalam akibat kanser rahim.

Khalid menyifatkan Allahyarhamah sebagai contoh anak Selangor yang banyak yang menyumbangkan jasa kepada negara.

"Ketika hayatnya, Allahyarhamah Tan Sri Dr Saleha terlibat aktif dalam pertubuhan bukan kerajaan dan kebajikan.

"Beliau antara yang terlibat secara langsung menubuhkan Pengakap dan Palang Merah di Malaysia, Majlis Pertubuhan Wanita Kebangsaan," ujar beliau dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan sekretariat akhbar pejabat MB.

Tan Sri Dr Saleha yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 88 tahun adalah kakak sulung kepada isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah.

Menurut Khalid, Allahyarhamah dan adik beradiknya yang lain seperti Tun Dr Siti Hasmah, Tun Ismail dan Jeneral Tan Sri Hashim adalah antara tokoh-tokoh penting yang menyumbang jasa kepada rakyat dan negara ini.

Justeru, beliau mewakili Kerajaan Negeri, barisan Exco dan rakyat Selangor mengucapkan takziah atas pemergian seorang tokoh yang akan dikenang jasanya sepanjang zaman.

"Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang beriman," kata Khalid.

Datuk T Tidak Akan Ditangkap

Posted: 22 Mar 2011 06:30 AM PDT

Tangkap segera Datuk T, gesa Karpal

Pihak polis mesti menahan segera dan mengambil tindakan keras kepada 'Datuk T' kerana terlibat menayangkan rakaman video lucah, kata pengerusi DAP Karpal Singh.

NONEPenayangan video, bertujuan menggambarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan wanita yang tidak dikenali jelas menyalahi undang-undang negara ini, kata Karpal.

Beliau mendakwa terkejut abila mendapat polis belum mengambil tindakan untuk menahan 'Datuk T' berhubung perkara itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Karpal berkata, tindakan lelaki misteri itu jelas melanggar Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Kedua-dua seksyen itu berkaitan larangan memiliki, mengedarkan dan menayangkan filem yang lucah atau yang selainnya bertentangan dengan kesopanan awam.

Video Seks: Srikandi desak Najib hentikan politik kotor

Posted: 22 Mar 2011 06:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menghentikan permainan politik kotor Umno-Barisan Nasional (BN).

Beliau menyifatkan pendedahan video seks yang kononnya dikaitkan dengan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai satu lagi konspirasi yang bertujuan untuk menjatuhkan karier Anwar sebagai pemimpin utama Pakatan Rakyat.

"Tuduhan ke atas pemimpin itu tidak berasas dan memualkan," kata Siti Aishah dalam kenyataannya hari ini.

Beliau mengulas pendedahan rakaman video berkenaan, yang dilakukan oleh invividu yang dikenali sebagai 'Dato T', di sebuah hotel ternama di ibu kota semalam.

Siti Aishah tidak menolak penghasilan video itu adalah bukti bahawa Umno-BN kini semakin tertekan dengan reputasi Anwar dan pengaruh Pakatan Rakyat yang semakin mendapat sokongan.

"Anwar seorang yang berintegriti dan berani melawan kerajaan BN yang korup dan sebab itu muncul pula video seks.

"Penayangan dan penghasilan 'drama' itu menunjukkan ahli-ahli politik tertinggi BN yang bertanggungjawab," ujarnya.

Dalam pada itu, Siti Aishah meluahkan kekecewaannya dengan pemimpin BN ketika memberi pandangan mengenai kemunculan video tersebut.

"Kami kecewa dengan pemimpin BN terutamnya ahli Parlimen mereka ketika memberi respon mengenai video itu yang tidak memperlihatkan moral dan akhlak yang baik sebagai pemimpin.

"Mereka gagal memberikan penilaian yang baik. Mereka gagal mendukung integriti dalam politik mereka. Mereka gagal menunjukkan contoh yang baik untuk diikuti golongan muda," katanya.

Beliau juga menggesa siasatan dilakukan segera secara profesional tanpa rasa takut dan menyebelahi mana-mana pihak.

"Fitnah I gagal. Fitnah II juga retak menanti belah dan skandal terbaru ini akan menerima nasib yang sama," ujarnya.

Srikandi hari ini turut bersama penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) memberi sokongan kepada Anwar ketika membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi berhubung rakaman video berkenaan.

IGP: Polis siasat milikan, edar video seks

Posted: 22 Mar 2011 05:30 AM PDT

KUALA LUMPUR, 22 Mac — Aduan polis Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung rakaman video seks misteri, yang didedahkan semalam, sedang disiasat berhubung kesalahan memiliki dan mengedarkan bahan lucah itu, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Ismail mengesahkan ada menerima laporan dan ia sedang disiasat di bawah Seksyen 2929 Kanun Keseksaan.

Beliau yang ditemui pemberita di Bukit Aman di sini hari ini enggan mengulas lanjut.

Pagi tadi, Anwar yang juga Ketua Umum PKR dan Ahli Parlimen Permatang Pauh membuat laporan polis berhubung rakaman video aksi seks yang ditayangkan kepada wartawan di Carcosa Seri Negara semalam.

Dalam laporan yang salinannya diedarkan kepada media itu, Anwar menafikan bahawa dirinya adalah lelaki dalam video itu.

Laporan polis itu dibuat berikutan dakwaan satu kumpulan yang mendakwa mereka memiliki klip video hitam putih memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang wanita yang dikatakan pelacur di sebuah hotel di sini yang menawarkan perkhidmatan seks.

Hishammuddin: Unit khas ditubuh teliti laporan video seks

Posted: 22 Mar 2011 05:00 AM PDT

PUTRAJAYA, 22 Mac — Satu unit khas akan ditubuhkan bagi meneliti laporan polis yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung satu video seks, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

"Unit itu bertanggungjawab terus dengan Ketua Polis Negara," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas tuduhan Anwar bahawa ia didalangi kerajaan.

"Saya telah mengarahkan Ketua Polis Negara supaya lebih profesional, telus dan secara menyeluruh," katanya.

Hishammuddin (gambar) berkata perkara itu akan dibawa ke peringkat Bukit Aman kerana ia dianggap sebagai kes berprofil tinggi dan kepentingan awam.

Anwar membuat laporan di ibu pejabat polis Dang Wangi di sini berhubung video yang telah dipertontonkan kepada beberapa wakil media di Carcosa Seri Negara semalam.

Dalam laporan itu, di mana salinan diedarkan kepada media, Anwar menafikan penglibatannya dalam video lucah itu.

"Sementara itu, beliau boleh menuduh sesiapapun tetapi pada akhirnya, kita hanya mahukan kebenaran," katanya.

Satu kumpulan yang enggan dikenali mendakwa mereka memiliki klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur wanita di sebuah hotel di sini yang menawarkan perkhidmatan seks.

Kumpulan itu, yang diketuai seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya hanya sebagai Datuk T, berkata mereka akan menyerahkan pita video itu kepada pemimpin pembangkang tersebut dan isterinya dalam masa seminggu ini.

Hishammuddin ditemui selepas "Penerimaan Petisyen Berkaitan Ratifikasi" Protokol Pilihan kepada konvensyen mengenai hak kanak-kanak, penjualan kanak-kanak, pelacuran dan porografi kanak-kanak di sini. — Bernama

Video seks: Datuk T mahu media, NGO bentuk suruhanjaya tentukan ketulenan

Posted: 22 Mar 2011 04:37 AM PDT

Oleh G Manimaran


KUALA LUMPUR, 22 Mac — Seorang lelaki yang mempertontonkan video seks kepada media semalam, mendakwa ia membabitkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat, hari ini meminta organisasi media dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) agar membentuk sebuah suruhanjaya bagi menentukan ketulenan rakaman tersebut.

Dalam kenyataan media dikeluarkan petang ini, lelaki itu yang masih memperkenalkan dirinya "Datuk T" berkata, oleh kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sendiri tidak berminat untuk menerima salinan rakaman video, maka pihaknya mahu media dan NGO menyiasat ketulenannya.

Semalam, dia meminta Anwar dan Dr Wan Azizah meletakkan jawatan jika mendapati benar rakaman tersebut.

Bagaimanapun gesaan itu ditolak oleh pasangan tersebut petang semalam.

"Sekarang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat laporan polis menafikan bahawa beliau adalah lelaki dalam video seks yang dipertontonkan kepada pengamal-pengamal media pada hari Isnin (semalam), saya menganggap bahawa beliau dan isterinya tidak berminat untuk menerima satu salinan daripada saya Isnin ini (28 Mac)," kata Datuk T dalam kenyataan dihantar menerusi e-mel.

"Oleh itu, saya meminta pihak media dan NGO dengan segera membentuk sebuah suruhanjaya awam untuk menyiasat ketulenan pita tersebut," katanya lagi.

Jutseru kata Datuk T, suruhanjaya itu boleh mendapatkan khidmat pakar forensik dari mana-mana negara untuk menentukan kesahihan rakaman video seks berkenaan, yang didakwa dirakamkan pada 21 Februari lalu di sebuah hotel di ibu negara.

"Saya akan menyerahkan rakaman asal kepada suruhanjaya itu," katanya lagi.

Katanya, jam tangan jenama Omega yang ditemui di bilik di mana ahli politik tersebut mengadakan hubungan seks dengan pelacur asing juga akan diserahkan kepada suruhanjaya berkenaan.

Dalam kenyataan itu, Datuk T berkata, suruhanjaya yang disyorkan agar dibentuk boleh menghantar jam tangan tersebut kepada pakar forensik untuk menentukan sama ada DNA ditemui sepadan dengan pemimpin tersebut.

"Biar publik dan dunia menjadi hakim," katanya lagi.

Malah kata Datuk T, dia tidak akan menyerahkan rakaman kepada polis atas alasan Anwar akan mengalih tumpuan sambil mendakwa pihak berkuasa itu bersongkol dengan kerajaan jika hasil siasatan tidak memihak kepadanya.

"Oleh itu, saya memutuskan untuk tidak menyerahkan rakaman kepada pihak berkuasa. Saya akan menyerahkan kepada suruhanjaya awam yang terdiri daripada media dan NGO," katanya.

Pagi tadi, Anwar yang juga Ketua Pembangkang membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi berhubung rakaman video aksi seks yang ditayangkan kepada wartawan di Carcosa Seri Negara semalam.

Dalam laporan yang salinannya diedarkan kepada media itu, Anwar menafikan bahawa dirinya adalah lelaki dalam video itu.

"Ini adalah serangan mengaibkan, melampau dan bermotif politik ke atas karektar serta reputasi saya dan keluarga saya," kata Anwar dalam laporan polis itu.

Laporan polis itu dibuat berikutan dakwaan satu kumpulan yang mendakwa mereka memiliki klip video hitam putih memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang wanita yang dikatakan pelacur di sebuah hotel di sini yang menawarkan perkhidmatan seks lewat bulan lalu.

Petang semalam, Anwar menafikan sekeras-kerasnya beliau adalah individu yang didakwa dalam rakaman video seks itu.

Beliau menegaskan penyebaran video seks tersebut adalah satu strategi Barisan Nasional (BN) untuk menjatuhkan imejnya sebagai tokoh pemimpin negara.

Anwar dakwa Najib, Hishammuddin terlibat dedah rakaman video seks

Posted: 22 Mar 2011 04:00 AM PDT

Oleh Shazwan Mustafa Kamal

KUALA LUMPUR, 22 Mac — Datuk Seri Anwar Ibrahim menuduh Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein terlibat dalam pendedahan rakaman video seks kononnya beliau mengadakan seks dengan seorang wanita tidak dikenali di sebuah hotel di ibu negara bulan lalu.

Anwar membuat pendirian tegas ini sehari selepas penafian Perdana Menteri bahawa polis dan Kementerian Dalam Negeri terlibat dalam merakamkan insiden itu.

"Tindakan mempertontonkan tidak boleh dilakukan tanpa perlindungan Najib dan Menteri Dalam Negeri. Lebih-lebih lagi ia dilakukan secara rasmi di sebuah hotel berprestij, di mana editor-editor kanan dijemput.

"Adakah ia mungkin?" soal Anwar selepas membuat aduan di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi di sini hari ini.

Terdahulu Anwar membuat laporan di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi berhubung rakaman video seks didakwa melibatkan diri beliau, yang kemunculannya didedahkan semalam.

Rakaman itu yang dikatakan menunjukkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat, kononnya Anwar, mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita telah dipertontonkan kepada media semalam.

Malah petang semalam, Anwar telah pun menafikan lelaki dalam video tersebut adalah beliau.

Rakaman video aksi seks itu ditayangkan kepada wartawan di Carcosa Seri Negara semalam.

Anwar tiba di ibu pejabat polis Dang Wangi pukul 10.35 pagi dengan ditemani isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan keluar pada 12.05 tengah hari.

Dalam laporan yang salinannya diedarkan kepada media, Anwar sekali lagi menafikan bahawa dirinya adalah lelaki dalam video itu.

"Ini adalah serangan mengaibkan, melampau dan bermotif politik ke atas karektar dan reputasi saya dan keluarga saya," kata Anwar dalam laporan polis.

Laporan polis dibuat berikutan kenyataan satu kumpulan yang mendakwa mereka memiliki rakaman video seks hitam putih memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang wanita yang dikatakan pelacur di sebuah hotel di sini yang menawarkan perkhidmatan seks dan kemudahan SPA.

Kumpulan itu, yang diketuai seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Datuk T berkata, mereka akan menyerahkan pita video itu kepada pemimpin pembangkang itu dan isterinya dalam masa seminggu ini.

Ketua Umum PKR itu berkata beliau ada bukti untuk menyokong dakwaannya bahawa Najib dan Hishammudin terlibat.

"Individu-individu ini telah melakukan bermacam jenayah - fitnah, menakut-nakuktan dan menonton video lucah di umum.

"Bukti saya adalah pembabitan peringkat tinggi, itu sebabnya mengapa tiada tindakan diambil oleh polis?

"Macam mana bahan lucah boleh ditayangkan di umum? (Nampaknya) ada perlindungan polis," kata Anwar.

Malah Ketua Pembangkang itu berkata reaksi segera Najib, Presiden Umno, yang menafikan pembabitan polis adalah sesuatu yang ganjil.

Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi di sini hari ini berhubung rakaman video seks didakwa melibatkan diri beliau, yang kemunculannya didedahkan semalam.

Rakaman itu didakwa seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat, kononnya Anwar, mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita dipertontonkan kepada media semalam.

Anwar telah pun menafikan lelaki itu dalam video tersebut adalah beliau.

Sementara itu, laporan Bernama memetik Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah berkata polis akan menyiasat kes itu sebagaimana prosedur biasa apabila sesuatu laporan polis dibuat.

"Pegawai polis Kuala Lumpur sendirilah yang akan menyiasat jadi apa juga laporan polis kita terima kita akan anggap ia sebagai salah satu proses siasatan biasa," katanya ketika ditanya sama ada laporan oleh Anwar itu akan disiasat oleh Bukit Aman atau pun kontinjen Kuala Lumpur.

"Tidak ada kita (polis) kata orang tertentu buat laporan perlu siasatan oleh kumpulan tertentu . . . tidak ada," katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan "kawasan panas" di stesen monorel Tun Sambanthan di sini.  

Video seks: ABIM pandang berat fitnah liar, gesa guna hukum syariah

Posted: 22 Mar 2011 03:30 AM PDT

KUALA LUMPUR, 22 Mac — Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mahu sebarang tuduhan ataupun dakwaan salah laku moral ke atas seseorang individu disalurkan menerusi prosedur perundangan sah termasuk hukum syariah jika ia membabitkan seorang Muslim.

Sehubungan itu, pertubuhan bukan kerajaan tersebut juga mahu pihak pendakwa dan pembela menyalurkan kes mereka untuk diadili serta dinilai menerusi prosedur perundangan syariah sepertimana yang telah ditetapkan oleh al-Quran dan Sunah.

"Dalam hal ini, ABIM memandang berat sebarang pertuduhan serta dakwaan liar berupa fitnah yang dilakukan di luar lingkungan prosiding perundangan yang telah digariskan seperti membawa para saksi yang mencukupi di samping ikrar daripada individu yang dituduh.

"Tatacara perundangan syariah telah menetapkan prosidingnya yang tersendiri untuk memelihara bukan sahaja moral serta maruah individu yang dituduh, bahkan juga integriti pihak yang membuat tuduhan," kata presidennya Dr Muhamad Razak Idris dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini mengulas laporan pendedahan rakaman video seks didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat.

Hari ini Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan polis berhubung rakaman video aksi seks yang ditayangkan kepada wartawan di Carcosa Seri Negara semalam.

Dalam laporan yang salinannya diedarkan kepada media itu, Anwar menafikan bahawa dirinya adalah lelaki dalam video itu.

Laporan polis itu dibuat berikutan dakwaan satu kumpulan yang mendakwa mereka memiliki klip video hitam putih memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang wanita yang dikatakan pelacur di sebuah hotel di sini yang menawarkan perkhidmatan seks.

Justeru kata Muhamad Razak, kegagalan memenuhi prasyarat yang ditetapkan akan meletakkan pihak terlibat dalam hukuman jenayah Qazaf yang turut menafikan hak si tertuduh sebagai saksi pada masa-masa akan datang.

"Hal ini selari dengan salah satu prinsip utama Maqasid Syariah iaitu untuk menjamin serta melindungi maruah dan serta kehormatan seseorang individu di samping memelihara keharmonian hubungan antara manusia," kata beliau Muhamad Razak.

Malah tegas beliau, dalam konteks perundangan negara yang unik, seseorang tidak sahaja berhak menuntut untuk dibicarakan dan membela dirinya menerusi lunas perundangan sivil yang sah.

"Bahkan sebagai seorang Muslim juga, beliau berhak untuk dibicarakan serta menafikan sebarang dakwaan yang dikemukakan ke atasnya dalam prosiding perbicaraan Mahkamah Syariah sepertimana yang ditetapkan Perlembagaan Persekutuan.

"Justeru, ABIM menggesa agar semua pihak menghormati segala ketetapan syariah yang telah digariskan oleh Syariah untuk kebaikan bersama," katanya.

Beliau juga berkata, ABIM juga meminta sebarang perbincangan dan perbicaraan kes hanya dilakukan oleh autoriti-autoriti yang berkenaan menerusi perundangan yang telah ditetapkan, di samping mengelak untuk membicarakannya secara meluas tanpa dilandasi sebarang etika.

Video seks: Anwar tak perlu sumpah al-Quran, kata Hadi

Posted: 22 Mar 2011 03:00 AM PDT

Oleh Shannon Teoh

KUALA LUMPUR, 22 Mac — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menolak desakan agar Datuk Seri Anwar Ibrahim bersumpah atas al-Quran bagi membuktikan beliau bukan lelaki yang didakwa dalam rakaman video seks melibatkan seorang wanita, yang didedahkan semalam.

Sehubungan itu kata beliau, hanya Mahkamah Syariah yang boleh meminta Anwar, yang juga Ketua Pembangkang, agar berbuat demikian.

"Jika anda mahu beliau bersumpah, maka anda perlu mengikut hukum syariah. Hanya mahkamah ini (syariah) yang boleh memutuskan sama ada beliau kena buat sumpah sedemikian.

"Saya minta kes ini didengar di Mahkamah Syariah," kata beliau merujuk kepada dakwaan terbaru yang dirujuk kepada pemimpin kanan Pakatan Rakyat itu.

Berapa juta ringgit kos video lucah?

Posted: 22 Mar 2011 02:23 AM PDT

Terdapat seribu satu bukti tidak logik berhubung rakaman video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sepertimana didedahkan individu yang hanya dikenali sebagai 'Dato T'.

Selepas dikaitkan dengan dakwaan melakukan seks luar tabie, dituduh sebagai agen asing, agen Israel, pro militan Islam dan sebagainya, Anwar sekali lagi berdepan dengan satu lagi siri fitnah yang cukup mengaibkan beliau dan seisi keluarga.

Ketika rakaman itu didedahkan kepada wartawan dan editor media arus perdana di sebuah hotel mewah, Carcosa Seri Negara semalam, jelas ia menunjukkan rancangan itu telah disusun dengan begitu rapi.

Ia bertujuan memberikan kegemparan kepada umum dan mendapatkan publisiti semaksimum yang mungkin bagi memalukan Anwar, sebelum ketulenan video itu dapat disahkan.

Timbul persoalan mengapa wartawan yang dipanggil menonton rakaman itu diberi pengawasan ketat apabila diminta menyerahkan semua alat-alat elektronik termasuk telefon bimbit, kamera serta pen mereka kepada pihak penganjur.

Malah wartawan yang hadir juga diminta memakai jubah sebelum dibenarkan masuk ke bilik di mana rakaman itu ditayangkan. Apakah pihak penganjur takut sekiranya video itu dirakam semula oleh wartawan terbabit?

Kepada wartawan, Dato T juga memberitahu beliau mendakwa menemui video itu selepas diminta ahli politik berkenaan iaitu 'Anwar' sendiri untuk mencari jam tangannya yang tertinggal di dalam bilik hotel mewah itu.

Namun Anwar menyatakan dengan tegas beliau sendiri tidak pernah mengenali lelaki itu.

Apakah Dato T ialah seorang ahli politik? Kenapa muncul secara tiba-tiba dan kemudian menghilangkan diri? Apa pula motif Dato T mendedahkan rakaman video kepada media tanpa membuat laporan polis terlebih dahulu?

Kenapa Dato T tidak didakwa?

Lebih tidak masuk akal, video seks yang dikata dirakam dari pelbagai sudut itu didakwa merupakan aksi seks Anwar bersama seorang pelacur daripada China.

Banyak pihak berpendapat, Anwar yang kini menghadapi pertuduhan kes fitnah 2 selepas diperangkap oleh seteru politiknya, tidak mungkin melakukan tindakan sebodoh itu- mendapatkan khidmat seorang pelacur di sebuah hotel di tengah-tengah ibu kota.

Apa yang pasti, rancangan untuk mendedahkan rakaman itu disusun dengan begitu teliti oleh Dato T dan konco-konconya. Mereka menempah sebuah bilik khas berharga RM1,350 di hotel mewah bagi menayangkan rakaman seks yang tidak diketahui kesahihannya.

Lebih menghairankan, bagaimana rakaman itu dikatakan dilakukan di sebuah bilik hotel mewah, yang sepatutnya memiliki pengawasan dan tahap keselamatan tertinggi? Kenapa tidak ada siasatan dilakukan pihak berkuasa ke atas pihak pengurusan hotel berkenaan?

Jika dilihat daripada sisi undang-undang, Dato T sepatutnya didakwa di bawah Seksyen 5 Akta Penapisan Filem 2002 kerana memiliki bahan lucah, tidak kira samada identiti pelakon di dalamnya itu tulen atau tidak.

Namun Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien menyatakan tayangan video berkenaan tidak sama sekali bersalahan dari sudut undang-undang.

Hishamuddin semalam juga menafikan pembabitan polis dalam isu, sedangkan tidak ada pihak yang menuduh polis terlibat ketika rakaman itu didedahkan.
Teknologi hasilkan video direka

Bagi mereka yang arif dalam teknologi pembikinan video, teknik memasang wajah pelakon bukan lah satu perkara yang mustahil menerusi penggunaan aplikasi teknologi yang canggih pada hari ini.

Ia berbeza dalam kes liwat 1998, kerana pendakwa tidak mampu menyediakan bukti berupa rakaman video kerana keupayaan teknologi yang masih rendah pada waktu itu.

Jadi, tidak mustahil berjuta ringgit dibelanjakan untuk membuat rakaman video seks berkenaan, dengan niat untuk menggoyah persepsi umum dan memalukan Anwar ketika perbicaraan kes liwat 2 sedang berlangsung.

Konspirasi tertinggi

Ia merupakan satu pembunuhan karetor yang paling melampau dilakukan setakat ini oleh Umno-BN, bagi memusnahkan dan menjatuhkan reputasi Anwar.

Ia diperkuatkan lagi dengan tindakan Dato T memaksa Anwar dan isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail meletakkan jawatan dalam tempoh seminggu jika tidak mahu klip itu disebar kepada umum. Jelas tindak tanduk itu sebenarnya bermotifkan politik.

'Pendedahan klip' itu juga dilakukan pada masa yang tepat- iaitu hari yang sama Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubarkan dan ketika Umno-BN dilihat semakin terumbang ambing untuk mendapat sokongan rakyat.

Anwar dalam reaksi segera ketika mengadakan sidang media semalam dengan pantas menafikan sekeras-kerasnya beliau adalah lelaki dalam video tersebut.

Anwar juga menyertakan bukti bahawa beliau berada bersama keluarganya pada masa video dirakam, iaitu pada 21 Mac sekitar 10.30 malam.

Beliau juga menegaskan ada berbalas mesej di laman twitter dengan penyokong-penyokongnya pada masa video itu dirakam. Malah Anwar menyatakan perut lelaki yang ditunjukkan dalam video seks berkenaan jauh lebih buncit daripada beliau.

Hari ini, Anwar membuat laporan polis berhubung pendedahan video itu, dan menyatakan dengan tegas pembabitan Perdana Menteri, Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien sebagai pihak yang bertanggungjaab mendalangi konspirasi berkenaan.

Tolak Permainan Politik Kotor,Kita Bangkit Dan Gempur Penguasa Angkuh

Posted: 22 Mar 2011 12:30 AM PDT

Politik lama yang kotor kini makin menjadi-jadi. Tatkala ekonomi negara semakin hilang arah dan rakyat terus menghadapi tekanan terhadap kos sara hidup, serangan fitnah pula disensasikan. Arus media perdana digunakan sepenuhnya untuk menanam sifat keraguan dikalangan rakyat yang bertujuan memecah belahkan semangat membawa kepada perubahan.

Tidak cukup dengan pengaiban melalui kes liwat fitnah kali ke-2 (Mediarakyat: Mengapa Mereka Mahu Anwar Dipenjarakan), kini muncul pula rakaman video rekaan untuk memusnahkan kredibiliti pimpinan Pakatan (Malaysiakini). Mereka hanya pakar dalam menjatuhkan maruah kita bagi mengalih perhatian daripada membincangkan isu-isu utama iaitu ekonomi, pembangunan sosial dan pentadbiran.

Ini semua bertujuan mengaburi mata rakyat. Pilihanraya Sarawak akan diadakan dalam masa terdekat sedangkan pendedahan, penyelewengan demi penyelewengan mereka tidak lagi boleh disekat. Lihatlah betapa kejamnya rakyat ditindas, manakala mereka yang rasuah masih dipertahankan (Sarawak Report). Tidak hairanlah jika serangan-serangan fitnah akan diperhebatkan selagi mereka memegang tampuk kuasa.

Ayuh kita tumpukan perhatian kepada agenda perubahan. Melihat kepada sokongan ramai di laman media sosial seperti di Facebook dan Twitter, ternyata rakyat sudah semakin matang. Jangan biarkan pemikiran kita dikelirukan dengan pembohongan murahan mereka. Teruskan bersuara!

Sama-samalah kita hentikan kezaliman ini demi menyelamatkan masa depan Malaysia. Berpeganglah kepada prinsip, insyallah Tuhan akan bersama-sama dengan kita dalam perjuangan ini.
====

The old dirty politics have been revived. As the nation's economy loses its grip on direction and the people face the ever high cost of living, numerous slanderous attacks are now being sensationalized. The mainstream media is being fully manipulated to create the doubtfulness that they hope will weaken the spirit for change.

As if the Fitnah-2 Sodomy Case (MediaRakyat: Why They Want To Prison Anwar) is not ridiculous enough, now we see the resurface of sex video footage, which mainly aims at destroying the credibility of Pakatan leadership (Malaysiakini). They have been trying hard to tarnish our credential and degrade our image, sorely to divert our attention from the major issues namely economy, social development and accountable administration.

Nothing else can obscure the eyes of the public. Sarawak election is coming up, and malpractice exposure of wrongdoings and the abuse of powers can no longer be stopped. Look at how badly are the people being oppressed, while the corrupted leaders are always being defended (Sarawak Report). Do not be surprised if the defamatory attacks will be intensified so long they still cling to powers.

Let's focus on our agenda for reform. Looking at the recent supports on social media such as Facebook and Twitter, it is clear that the people are now more matured. Do not let our minds be confused with blatant and cheap lies. Let's continue to speak up!

Together we must stop the tyranny to save the future of our country. Let's adhere to our principles, and may God be with us on this journey.

http://anwaribrahimblog.com/2011/03/22/tolak-permainan-politik-kotorkita-bangkit-dan-gempur-penguasa-angkuh/

NAJIB KENA SABOTAJ?

Posted: 21 Mar 2011 11:30 PM PDT

Sekali pandang orang ramai akan tertanya tanya – video porno siapa pulak kali ini? Ini satu macam punya 'hot' punya cerita. Dulu pelakon lelaki utama dan pelakon pembantu wanita datang MCA. Kali ini pelakon pembantu wanita dikatakan datang dari Shandong Selatan China. Pelakon lelaki utama pada awalnya di rahsiakan.

Tetapi Zul Nordin dengan tak sabar–sabar dikaca Tv telah 'mengsah dan mengsahehkan' bahawa pelakon utama video ini adalah Anwar Ibrahim. Macam mana Zul Nordin tahu hal ini – walah hu alalam bissawab.

Apa yang menarik ialah menantu Abdulah Badawi dengan cepat telah menafikan bahawa ini video ini kerja tangan United Malays National Organistion.

Kerana itu saya mengajak pembaca untuk bertenang sejenak. Mari kita semua bertafakur. Jangan gopoh gapah. Jangan tolah menolak. Jangan tuduh menuduh. Apakah masuk akal bahawa video ini dilakonkan oleh Anwar Ibrahim?

Biar saya bawa kembali para pembaca ke tahun 1998 dahulu – zaman bertempur di jalan raya. Pada minggu ke dua sesudah Anwar dibuang dari kerajaan telah timbul cerita tentang kewujudan satu video yang di kenali dengan nama 'choo choo train'. Nama video ini memberi makna - membuat hubungan sex dengan beberapa orang sekali harung.

Heboh seluruh Malaysia. Mat Skodeng dan Minah Skodeng tercari cari. Saya sendiri pun mencari dari satu sumber sampai ke satu sumber. Paling akhir saya diberitahu ada seorang anak muda keluarga diraja Pahang yang memiliki video ini. Anak muda ini murid tua Malay College. Presto ! Dengan sekelip mata saya memerangkap jaringan untuk menemui anak muda ini.

Cisss! Bohong punya cerita. Tetiba saya diberitahu anak muda ini baru berlepas ke London. Cerita video choo choo train ini samalah seperti cerita adanya naga di Tasek Chini. Semua karut. Semua ini pembohongan yang dirancang. Semua ada perancangan rapi. Semua bertujuan untuk memburukkan Anwar.

Jadi kali ini kesah pita video terbaru ini juga di rancang. Tetapi ada sadikit perbezaan. Sekali pandangan pita ini dibuat untuk memburukan Anwar Ibrahim. Jangan silap baca. Bukan untuk memburukkan Anwar. Pada hemat saya pita ini adalah satu langkah untuk mensabotaj Najib Razak.

Harus diakui bahawa pertarungan hebat untuk merebut ghanimah – harta perang – sedang berlangsung dalam kelompok United Malays National Organisation. TigaM - Mahathir, Mukriz, Muhyiddin sedang bertempur dengan 3N – Najib, Nazir dan Nosmah.

Duit Petronas, dana terkumpul KWSP, tanah lapangan terbang TUDM Sungai Besi, tanah bekas tapak RRI di Sungai Buluh, tanah di Jalan Peel – semua ini sedang menjadi harta rebutan. Nilai ini berbilion bilion. Siapa berkuasa dialah yang kaya.

Jangan lupa dalam masa yang sama Mahthir Muhamad masih 'berbulu' kerana projek 'jambantan bengkok' ke Singapura tidak dipedulikan oleh Najib. Mahathir juga sedang merasa jelak dan karang yakin dengan Najib yang dilihat telah jatuh ke bawah ketiak Singapura. Ini bukan rahsia malah diketahui umum – hanya perang terbuka belum pecah.

Jangan kita lupa bagaimana si Saifol telah berjumpa Najib dan Rosmah dua hari lebih awal sebelum Saifol diliwat. Ini menjadikan berita lawak kepada orang ramai. Bagimana dia tahu lebih awal yang dia akan diliwat? Seluruh Malaysia ketawa terbahak-bahak bila fakta ini diberitahu ke mahkamah.

Kalau kes jubur Saifol tidak diyakini umum mana mungkin pita rakaman video ini akan di yakini? Justeru, amat jelas pita video ini dibuat untuk memperlihatkan Najib sebagai jantan bodoh tidak pandai merancang.

Apa tujuannya?

Tujuan membuat pita video ini untuk membuktikan bahawa Najib ini bodoh. Kerana bodoh, Najib menjadi biawak hidup kepada United Malays National Organisation. Sama bodoh dan sama senyap seperti Abdullah Badawi. Cuma Najib tidak tidor semasa mensyuarat. Kerana bodoh maka Najib perlu digantikan dengan Muhyiddin. Ini game Mahathir. Mahathir merancang untuk menaikkan anaknya.

Kalau tidak yakin dengan apa yang saya tulis ini. Cuba fikirkan dan lihat betapa rosaknya imej antarabangsa Najib bila berita pita video ini menjadi berita dunia.

Pita video ini telah mensabotaj segala kerja baik Jamaluddin Jarjis di Amerika. Rosak juga kerja Apco yang cuba membina imej Najib. Obama dan Hillary Clinton pasti menganggap kes pita ini sebagai tak masuk akal. Mereka menjadi lebih yakin untuk melihat bahawa memang ada konspirasi untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim.

Paling memalukan Najib ialah apabila berhadapan dengan Endorgan dari Turkey. Tak berapa lama dahulu Najib telah cuba memperbaiki hubungan dengan kawan baik Anwar Ibrahim ini. Berita pita video ini pasti akan memperlihatkan kebodohan Najib dihadapan Endorgan.

Datuk T – si Pembuat pita rakaman ini mungkin hanya saorang Tambi – budak suruhan - yang tidak sedar bahawa apa yang dilakukan ini telah mensabotaj imej Najib. Najib sedang dilihat bodoh kerana membuat sesuatu yang tidak masuk akal. (TT)

http://tukartiub.blogspot.com/?zx=67f9aff31df22f98

[Sila Muat Turun] F1tnah II: Komplot Najib Rosmah penjarakan Anwar

Posted: 21 Mar 2011 11:00 PM PDT



Sila klik di sini dan di sini untuk muat turun risalah Fitnah II: Komplot Najib Rosmah Penjarakan Anwar

Anwar buat laporan polis video fitnah jahat

Posted: 21 Mar 2011 10:22 PM PDT

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi berhubung fitnah terbaru mengaitkan beliau dengan satu rakaman aksi seks.

Turut hadir mengiringi Anwar di IPD Dang Wangi ialah Timbalan Presiden KEADILAN, Tian Chua; Naib Presiden, N Surendran; Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar; Ketua Srikandi, Siti Aishah Shaik Ismail; Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff dan peguam-peguam dari Lawyers for Liberty.

Kira-kira 300 penyokong mengiringi Anwar yang tiba pada jam 10.45 pagi membuat laporan polis berkenaan. Turut berlaku pergelutan di antara penyokong Anwar dan anggota polis di hadapan pintu kaca untuk masuk ke IPD berkenaan.

Anwar kini sedang membuat laporan polis di dalam IPD tersebut.

Media semalam digemparkan dengan kemunculan seorang individu dikenali sebagai Dato T, yang memanggil ketua editor-editor media perdana bagi menayangkan rakaman video lucah yang didakwa dilakukan pejuang rakyat itu.

Tayangan itu dilakukan di sebuah hotel ternama di ibu kota.

Ia merupakan fitnah paling jahat dan kotor yang dilakukan Umno-BN setakat ini bagi menjatuhkan reputasi Anwar sebagai pemimpin rakyat, selepas pihak pendakwa gagal mengaitkan Anwar dalam kes fitnah 2.

Petang Semalam, Anwar mengadakan sidang media menafikan sekerasnya-kerasnya dakwaan beliau sebagai lelaki dalam rakaman video seks itu.

Malah Anwar turut menyatakan alibi bahawa pada masa rakaman itu dibuat, beliau berada bersama keluarga, kakitangannya dan melayari laman twitter dengan para penyokongnya.

Anwar menyifatkan dakwaan seks itu sebagai fitnah paling jahat dan jijik, yang dilakukan melalui konspirasi peringkat tertinggi bagi menjatuhkan beliau dan mengaibkannya seisi keluarga.

Video seks: Anwar buat laporan polis

Posted: 21 Mar 2011 10:11 PM PDT

KUALA LUMPUR, 22 Mac — Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi di sini hari ini berhubung rakaman video seks didakwa melibatkan diri beliau, yang kemunculannya didedahkan semalam.

Rakaman itu didakwa seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat, kononnya Anwar, mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita dipertontonkan kepada media semalam.

Anwar telah pun menafikan lelaki itu dalam video tersebut adalah beliau.

Panas Dan Hebat! Blog MiloSuam Dedahkan Bukti Anwar Melakukan Seks Sambil Bertweet Dan Berfacebook!

Posted: 21 Mar 2011 06:00 PM PDT

Maka untuk membuktikan bahawa Anwar benar-benar melakukan seks dengan pelacur cina tersebut, video rakaman adengan seks itu seharusnya merakam juga aksi Anwar melakukan seks sambil tangannya menaip laptop atau blackberry atau apa-apa peranti elektronik lain yang membolehkannya mengemaskini akaun facebooknya.

Sebelum ini gerombolan songkok tinggi bersusah payah nak timbulkan persepsi bahawa Anwar Ibrahim seorang yang ketagih dubur lelaki, seorang yang pantang nampak lelaki jambu. Tapi kali ini mereka bersusah payah pula nak buktikan Anwar sebagai suka melanggan pelacur.

Klik Di Link Blog MiloSuam Untuk Melihat Bukti Dan Gambar

Penulis penyebar fitnah akan dihukum berat dunia, akhirat

Posted: 21 Mar 2011 05:00 PM PDT

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: "Siapa yang hijrahnya menuju Allah dan Rasul-Nya, maka ia akan mendapati Allah dan Rasul-Nya. Siapa yang hijrahnya untuk mendapatkan dunia, maka ia akan mendapatkan dunia itu. Dan, siapa yang hijrahnya untuk mendapatkan seorang perempuan untuk dinikahi, maka ia akan mendapatkan perempuan itu." (HR Bukhari-Muslim daripada Umar bin Khathab)
***

MATLAMAT tidak membenarkan cara. Apapun niat individu termasuk pemimpin atau bekas pemimpin mendedahkan apa didakwa tembelang dan temberang orang, kaedah Machiavelli ini tidak dibenarkan.

Alangkah baiknya jika aib (sekalipun dakwaan itu benar) orang ditutup rapat-rapat kerana keaiban diri sendiri pula ditutup oleh Yang Maha Kuasa. Untuk apa menghabiskan masa tua yang tinggal sebentar cuma itu menimbun dosa; sebaliknya memaksimumkannya untuk mencari bekalan sebanyak-banyaknya ke alam yang pangkat, kuasa, kemasyhuran dan duit serta emas permata tidak berguna lagi.

Jika keaiban orang sengaja kita dedahkan, segala keburukan diri kita pula akan didedahkan bukan saja di dunia ini tetapi tersangat dahsyat di akhirat nanti di mana seseorang itu hanya mengharapkan perlidungan Allah SWT.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, menyatakan: "Barang siapa melepaskan seorang mukmin daripada kesusahan hidup di dunia, nescaya Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat, barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Barang siapa menutup aib seorang Muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat..."

Sesiapa yang menulis sesebuah buku misalnya, perlu ingat apa yang mereka sampaikan itu, dosa dan pahalanya akan mereka tanggung secara berkekalan sehingga berakhirnya kesan daripada penulisan mereka itu. Ya, ia mungkin tidak akan berakhir sehinggalah dunia ini kiamat. Jadi bayangkan berapa juta pahala atau dosa (ribuan tahun kesan positif atau negatif akibat tulisan) yang akan dihimpunkan oleh seseorang penulis itu.

Jika seorang penulis menghasilkan karya yang menjurus kepada kebaikan, pahala kebaikan daripada usahanya itu akan terus dinikmatinya sekalipun dia sudah berada ribuan tahun dalam kubur namun seorang penulis yang menghasilkan tulisan berupa racun fitnah, dosanya akan ditanggung berterusan sehinggalah kesan daripada tulisannya itu berakhir. Bagaimana ini akan berakhir sedang keburukan itu akan diturunkan daripada satu generasi kepada generasi lain?

Sebenarnya maut terlalu dekat dengan kita, terutama mereka yang diberi tanda-tandanya seperti tua, badan sakit-sakit, rambut beruban, gigi luruh dan mata yang kurang nampak. Jadi bersedialah untuk menjadi penghuni kubur dan bukannya menyemarakkan fitnah melalui penulisan buku.

Imam Syatibi Rahimahullah di dalam kitabnya 'Al Muafaqat menyatakan: "Beruntunglah sesiapa yang mati dan mati bersama-sama dosa-dosanya, dan celaka yang berpanjangan bagi sesiapa yang mati dan dosa-dosanya terus kekal berterusan 100 tahun dan 200 tahun diazab dengannya di dalam kubur…"

Mengenai bahana menolong menyebarkan berita fitnah seperti yang berlaku setiap hari sekarang ini, Haji Ahmad Haris Suhaimi dalam kitabnya 'Bagaimana Mendapat Pahala Hidup 7000 Tahun' (Penerbit HRs Consultant, Singapura) antara lain menulis: "Menolong menyebarkan fitnah jahat tidak kurang besar tanggungan dosanya seperti juga orang yang mula-mula menimbulkan fitnah itu.

"Sebab itulah apabila berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w. di mana orang-orang munafik mula menyebarkan berita fitnah terhadap Saiyidah Aishah r.a., suaminya iaitu Rasulullah s.a.w., maka beberapa sahabat juga (kerana terlupa) turut menyebarkan berita fitnah ini tanpa membuat penyelidikan dahulu. "Maka setelah agak lama berlakunya penyebaran fitnah sehingga menyusahkan hati baginda s.a.w. baharulah setelah itu wahyu diturunkan untuk membersihkan Saiyidah Aishah r.a. daripada tuduhan itu. Lalu hukuman hudud iaitu rotan 80 kali dikenakan terhadap mereka yang mula-mula membawa fitnah ini dan juga mereka yang menolong menyebarkan fitnah ini, walaupun jika ada yang mendakwa mereka hanya menyampaikan berita itu saja."

Sejak akhir-akhir ini media massa dan juga orang perseorangan termasuk pemimpin begitu giat menolong menyebarkan dakwaan pemfitnah. Pembuat fitnah mendakwa pelbagai perkara termasuk perkara keji seperti zina, liwat dan dosa-dosa besar lain. Tidakkah sesuatu dapat dipelajari daripada kisah Aisyah yang difitnah itu?

Jika sahabat yang tanpa sedar telah terbabit menyebarkan berita fitnah mengenai Aisyah, dikenakan rotan 80 kali, tidakkah penulis yang menolong menyiarkan berita fitnah termasuk dalam kes liwat dan zina layak dirotan 80 kali?

Demikianlah betapa Islam memandang serius perkara membabitkan fitnah ini. Selanjutnya, Haji Ahmad Haris Suhaimi menulis: "Ingatlah selalu pesanan Allah SWT kepada kita dalam menghadapi cerita-cerita yang tidak baik tentang orang lain dengan firman-Nya yang bermaksud '(Ingatlah) di waktu kamu menerima berita (bohong) itu dari mulut ke mulut, dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja, padahal ia di sisi Allah adalah besar'. (Surah Al-Nur Ayat 15)

"Dan ingatkan pesanan Rasulullah s.a.w. tentang maruah seorang Muslim dengan sabda baginda yang bermaksud: 'Maruah seorang Muslim itu adalah satu lubang daripada lubang-lubang api nereka'. Ini bermaksud, jangan suka memburuk-burukkan peribadi seorang Muslim, kerana perbuatan itu seperti bermain dengan lubang-lubang api nereka.

"Apapun jika seorang Muslim itu terbukti bersalah sekalipun, kita disunatkan menutup keaibannya, melainkan kesalahannya sudah terlalu amat besar yang mana ia perlu diberitahu kepada pihak berkuasa.

"Ingatlah selalu firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah Ayat 192 yang bermaksud: "Dan fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh!"

BN: Mala petaka di akhir zaman

Posted: 21 Mar 2011 04:30 PM PDT

Oleh Huzir Sulaiman

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Masa akan menjadi dekat (pendek), ilmu akan diangkat, fitnah akan lahir, dicampakkan akan sifat bakhil dan berlaku dengan banyaknya 'harju'. Maka mereka bertanya: Wahai Rasul, apakah maksud harju. Baginda menjawab: harju adalah pembunuh."

Dan fitnah ini cukup jelas dan nyata dihamburkan oleh pihak BN ketika di PRK, melalui saksi mata saya sendiri dan dari mata sahabat yang lain ketika di sana. Strategi perang saraf BN tidak mengenal erti benar dan salah, erti hakikat fakta dan palsu malah erti pahala dan dosa asalkan matlamat utama mengekalkan kuasa dengan apa cara sekalipun walaupun dengan cara yang cukup jijik dan dayus tercapai.


Itulah BN yang dilihat seiras kaum yang dimaksudkan oleh persoalan Huzaifah yang dikatakan mengambil sunnah dan petunjuk selain daripada sunnah dan petunjuk nabi.

Huzaifah bertanya "Adakah selepas kebaikan ini akan datang pula kejahatan?" Baginda menjawab; 'Ya', ada tetapi bercampur dengan 'dakhan'".

Huzaifah bertanya, "Apakah 'dakhan' itu?". Baginda menjawab, "Kaum atau golongan yang mengambil sunnah yang lain daripada sunnahku dan mengambil petunjuk lain daripada petunjukku. Kamu kenal mereka dan hendaklah kamu tentang mereka".

Huzaifah bertanya lagi, "Apakah selepas ini ada keburukan lagi?" Baginda menjawab, 'Ya' ada iaitu pendakwah-pendakwah di tepi pintu neraka. Barangsiapa yang menyahut dakwah mereka, mereka akan menolaknya ke dalam neraka."

Kata Huzaifah, "Bolehkah beri tahu sifat mereka, wahai Rasul SAW?" Baginda bersabda, "Mereka adalah sama warna kulitnya dengan kamu dan bercakap dengan bahasa kamu".

Dan kerana itu, para pengundi khususnya, haruslah bijak di dalam menapis setiap maklumat yang disampaikan, Allah SWT berfirman, maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan". (Al-Hujurat :6).

Kerana pengundi yang bijak itu disebut oleh Prof Hamka dalam mentafsirkan ayat di atas sebagai orang yang beriman kerana sentiasa berfikir sebelum bertindak atau berbuat sesuatu, dan senantiasa bersifat sabar dalam menerima segala berita, dan tidak tergopoh-gapah di dalam mempercayai sesuatu berita, kerana sikap buruk (tergopoh-gapah) itu dari sabda Nabi adalah dari syaitan.

Dan untuk tidak bersama-sama dengan sikap buruk itu, maka amatilah dengan fikiran terbuka dan dengan penuh sabar maklumat yang saya kumpul dari risalah-risalah ketika di PRK sebelum ini termasuk memeriksa kebenarannya sebagai bukti berimannya kita kepada Allah S.W.T.

Antaranya ialah:

DAP anti Melayu dan anti ISLAM? (Hampir 21 contoh dikemukakan untuk mengukuhkan tuduhan itu).

1.
Lim Guan Eng dan Datuk Seri Anwar ingin menghapuskan hak keistimewaan Melayu termasuk Institusi Raja-Raja Melayu?
2.
Perbezaan di antara kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang menentang rasuah dengan tindakan beliau yang juga pengamal rasuah?
3.
Kes liwat Datuk Seri Anwar termasuk tiada bukti yang dikemukan beliau terhadap tuduhan beliau dalam isu pembelian kapal selam, pembunuhan Altantuya dan APCO?
4.
Mungkir janjinya Anwar untuk menyelesaikan isu Kg. Buah Pala di Pulau Pinang?
5.
Anwar sebagai penasihat ekonomi Kerajaan Negeri Selangor dengan gaji RM1 tetapi mempunyai defisit RM70 juta serta pejabat di luar Negara?
6.
Datuk Seri Anwar dan Khalid Samad ingin meliberalkan ISLAM?
7.
Melayu untuk dijual?
8.
Isu pimpinan DAP di dalam dan di sekitar kawasan masjid?
9.
Melayu hilang kuasa jika pembangkang memerintah?
10.
Doa pecah perut untuk orang Islam. Doa qunut nazilah dan solat hajat untuk orang kafir?
11.
PAS tidak mempertahankan nama Allah kerana membenarkan DAP menggunakan kalimah Allah termasuk menggunakan perkataan Allah di gereja?

Sejauh mana benar tuduhan di atas terletak di bahu kita semua untuk sama-sama menelitinya, dan jika ia tidak benar, maka wajiblah untuk sama-sama kita memeranginya.

Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya: "Bersegeralah kamu mengerjakan amalan-amalan bagi menolak fitnah yang datang seperti kegelapan malam yang gelap gelita. Pada sebelah pagi seseorang itu beriman dan pada sebelah petangnya ia menjadi kafir dan pada sebelah petangnya ia beriman dan pada sebelah paginya ia menjadi kafir. Dia menjual agamanya dengan harta benda dunia."

Dan janganlah menjerumuskan diri kita ke dalam bahaya fitnah ini kerana azab siksanya amatlah pedih.

Firman Allah SWT dalam surah al-Anfal ayat 25 yang bermaksud: "Jagalah olehmu akan fitnah yang tidak menimpa ke atas mereka yang zalim semata-mata dan ketahuilah bahawa Allah sangat dahsyat siksaan Nya."

Memberi undi atau menyokong mereka tanpa usul periksa yang menyeluruh atau berat-sebelah pasti akhirnya akan meruntuhkan seluruh struktur sosio-ekonomi negara lebih-lebih lagi kepada masa hadapan anak-anak kita yang akan hancur kerananya. Adakah itu yang kita mahu?

Dan jika BN khususnya Umno berada di landasan yang benar dan yakin dengan setiap tuduhan mereka, dan yakin bahawa setiap rakyat malaysia berhak diberi kebebasan untuk melaksanakan usul periksa secara adil dan saksama demi agama dan negara, kenapa kebebasan media khususnya kepada Pakatan Rakyat disekat sebegitu rupa? Berani kerana benar dan takut kerana salah.

Kenapa dilihat begitu takut? sehingga tiada ruang langsung disediakan oleh media Radio dan Televisyen untuk Pakatan Rakyat memperjelaskan setiap dari tuduhan di atas.

Untuk rakyat khususnya para pengundi fikirkan.H/Daily

Langkah Pertama Untuk PR bangkit Dalam Pilihanraya Sarawak

Posted: 21 Mar 2011 04:02 PM PDT

Oleh Jebat Sarawak

Pembubaran DUN Sarawak sudahpun ditetapkan oleh Taib Mahmud pada Isnin, 21 Mac 2011. Maka berkobar-kobarlah segala jentera BN dan PR untuk mengukuhkan kuasa di DUN Sarawak. BN menjanjikan kesinambungan kekuatan. Manakala PR pula melaungkan perubahan pilihan rakyat.

Biasalah dalam sesuatu pertandingan masing-masing melaungkan keyakinan untuk menang. Dalam sistem demokrasi negara kita pastinya kelebihan itu akan berpihak kepada kerajaan pemerintah ( BN ) melainkan rakyat sendiri yang bijak membuat percaturan.


Justeru itulah kita lihat beberapa perubahan pemerintahan di 4 buah negeri kepada PR dalam PRU 12 adalah kerana pilihan sebulat hati oleh rakyat negeri-negeri tersebut.

Sarawak yang dikatakan simpanan tetap BN selama ini akan membuktikan kebenaran dalam pilihanraya yang ke 10 nanti. Betul atau tidak segala-galanya bergantung kepada kemampuan pihak PR untuk mendapatkan undi rakyat. Pilihanraya Sarawak juga merupakan penanda aras kepada kemampuan PR untuk menggenggam Putrajaya dalam PRU 13 akan datang. Begitulah pentingya pilihanraya Sarawak kali ini.

Dalam merangka strategi untuk mengoncang kuasa Taib Mahmud di Sarawak dan menawan puncak Putrajaya nanti seharusnya pihak PR perlu meroboh benteng paling kukuh kubu BN di Sarawak.

PR sebenarnya tahu akan benteng kukuh BN ini tetapi sengaja untuk membiarkan benteng itu terus kukuh. Demi mencapai jkemenangan dalam pilihanraya Sarawak nanti benteng ini harus dirobohkan oleh pihak PR. Mesti ! Jika kemenangan menjadi impian akhir PR.

Ketika ini tiuplah sekuat mana semangat perjuangan PR. Buatlah seberapa banyak program bertemu dengan rakyat. Sediakanlah segala bantuan untuk berkempen di Sarawak. Nescaya segala-galanya hanya dipandang sebelah mata oleh BN. Ini kerana BN masih berdiri kukuh di belakang benteng yang menjaga mereka.

Sejujurnya sebelum berjuang berhabis-habisan di bumi Sarawak, pihak pimpinan PR perlu terlebih dahulu membuat langkah pertama berhadapan dengan pihak SPR. Senario peranan SPR dalam pilihanraya selepas Tsunami PRU 12 yang lalu sedikit sebanyak telah berubah. SPR boleh menggugat kemaraan dan peluang untuk PR menang dalam sesuatu pilihanraya.

Perkara ini bukanlah baru tetapi ia sengaja diredah oleh pihak PR dengan semangat laungan perubahan. Akhirnya perjuangan dan laungan PR hanya menempuh tembok keras kubu BN, terkulai layu bersama kekalahan yang dihalalkan. Pihak BN tersenyum megah melihat kelalaian PR dalam merebut kuasa di tangan BN.

Ibarat sepertimana tentera Quraisy menganyang tentera Islam dalam perang Uhud zaman Rasulullah dahulu. Di akhir perjuangan PR maka BN yang menikmati erti kemenangan. Dan pihak PR pula terus berputih mata. Entah sampai bila strategi PR berhadapan dengan BN ini akan terus diyakini oleh pimpinan PR ?

Pihak SPR sebenarnya memegang kunci kekuatan BN dan mampu menyekat segala senjata yang pihak PR bawakan dalam perjuangan. SPR adalah mesin penyelamat BN yang tidak mampu disentuh oleh PR dalam sesuatu pilihanraya. Sedangkan SPR merupakan merupakan mesin pembekal kuasa kepada BN.

Di Sarawak pihak PR perlu memastikan bahawa tempoh berkempen dalam PRN itu nanti bersesuaian dengan keluasan negeri Sarawak. Maka sewajarnya pihak PR memohon masa yang mencukupi untuk tempoh berkempen. Jika sekiranya tempoh itu tidak bersesuaian dengan keupayaan PR maka pihak PR bijak-bijaklah membuat perancangan.

Peraturan baru yang akan digunakan oleh SPR kali ini harus diselidiki dan difahami oleh pihak PR. Perkara ini harus disedari oleh PR kerana sebelum ini iaitu selepas BN tumbang di Sibu pihak BN telah mengerahkan segala jentera pilihanrayanya di seluruh negeri untuk mengikuti kursus yang dikendalikan oleh pihak SPR sendiri.

Bukan sesuatu yang pelik dalam kursus ini didedahkan segala kepincangan pengurusan BN dan kekuatan kempen PR di Sibu. Dalam masa yang sama juga dinyatakan bagaimana jentera BN boleh melemahkan jentera pilihanraya PR. Segala kekuatan pihak PR didedahkan oleh pihak SPR supaya pihak BN mengemaskini kelemahan yang ada. Apakah dalam pilihanraya nanti segala tunjukajar oleh pihak SPR ini tidak memberi kelebihan kepada pihak BN ? Sedangkan di pihak PR sendiri akses kepada maklumat SPR terlalu sempit.

Selain penggunaan pegawai yang berkhidmat dengan kerajaan BN, penggunaan undi pos juga semuanya milik penuh pihak SPR. Elemen-elemen ini seumpama belum bertempur di medan perang, BN sudah menang. Cuma pihak BN perlu menambahkan sedikit kekuatan bagi mengurangkan kekuatan PR. Bila kekuatan PR kurang maka semestinya pihak BN akan menang. SPR pun tersenyum megah dan suksess dalam melaksanakan tugasnya berkhidmat untuk BN dengan jayanya.

Sebagai sebuah badan yang akan berjuang menentang BN dan mengharapkan kemenangan dalam pilihanraya Sarawak nanti seharusnya pihak PR lebih arif untuk berhadapan dengan pihak SPR ini. Percayalah jika pihak PR mampu memeriksa dan melonggarkan kekuatan BN melalui SPR ini pastinya kebangkitan rakyat akan lebih nyata untuk mengangkat PR sebagai penganti BN.

Jika pihak PR gagal dalam usaha meroboh kekuatan SPR maka usahlah bermimpi untuk menumbangkan BN di Sarawak malah menawan Putrajaya pun tak payah nak fikir. Mengharapkan perubahan rakyat semata-mata dengan segala isu untuk menumbangkan BN adalah seumpama pejuang yang hanya memalukan diri sahaja. Rasa-rasanya jentera BN melalui media elektronik dan bercetak sudah cukup untuk mengaburi pemikiran rakyat. Belum lagi disebut soal permit ceramah.

Apalah ertinya sebuah perjuangan dan impian mencapai kemenangan jika kita sendiri memilih untuk ditewaskan di medan perjuangan. Rakyat negara kita sebenarnya sudah sekian lama diasuh dan diajar supaya tunduk kepada kerajaan pemerintah meskipun sekarang ini kebijaksanaan rakyat dengan kemajuan teknologi boleh mengubah pemikiran rakyat.

Namun perubahan itu bukanlah sesuatu yang mudah dilakukan oleh rakyat sekiranya sistem SPR itu tidak diubah oleh PR sebagai pemimpin perubahan rakyat. Kali ini biarlah langkah pertyama PR mampu membawa seribu harapan kemenangan perjuangan suara rakyat.

Tiada ulasan: