Biaqpila |
- Malaysia menuju era politik lucah!
- Lelaki misteri, Datuk T yang kebal?
- Siaran Langsung Video Lucah Malam Ini
- THE MAKING OF VIDEO LUCAH
- FESTIVAL FILEM LUCAH 2011
- HEBAT TAK HEBAT ANWAR
Malaysia menuju era politik lucah! Posted: 22 Mar 2011 03:00 PM PDT Nazli Ibrahim Video seks yang ditayangkan itu merupakan petanda satu permulaan baru yang lebih buruk dan tidak terkawal dalam politik negara. PETALING JAYA: Percubaan pihak tertentu yang mengaitkan tokoh utama pembangkang dengan individu di dalam rakaman video seks yang ditayangkan kepada wartawan di Hotel Seri Carcosa, Kuala Lumpur semalam dianggap sebagai permulaan bagi menghalalkan kepada percaturan politik lucah bagi mencemar maruah sekaligus menjatuhkan musuh politik. Ketika sesetengah pihak menganggap ia bukanlah sesuatu yang baru dalam arena politik negara, pihak lain pula berpendapat, walaupun ini bukan pertama kali berlaku tetapi ia merupakan petanda satu permulaan baru yang lebih buruk dan tidak terkawal dalam politik negara. Penayangan video seks semalam juga dianggap membawa dimensi baru kepada percaturan politik lebih menjengkelkan dengan peningkatan berganda dan terbuka terhadap tindakan berbalas serangan demi menjatuhkan maruah dan moral musuh politik kedua-dua belah pihak, Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR). Sebelum ini, Ahli Parlimen Labis, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dikataka ‘diperangkap’ oleh musuh dalamannya sendiri apabila rakaman video seksnya disebarkan kepada umum dan membawa kepada perletakkan semua jawatannya dalam MCA dan juga kerajaan. Cuma bezanya, ketika itu tiada media dipanggil untuk ‘tayangan perdana’ dan Soi Lek sendiri membuat pengakuan bahawa lelaki di dalam rakaman video lucah terbabit adalah beliau. Selain Soi Lek, Elizabeth Wong dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut menerima nasib yang sama apabila foto beliau sedang tidur yang diambil tanpa pengetahuannya di kediamannya sendiri tersebar di internet. Selain isu yang mengaibkan maruah Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan itu, ketika itu beliau juga hampir berputus asa dengan niat untuk mengundurkan diri daripada arena politik negara. Bagi pihak yang mahu percaya dakwaan pihak-pihak tertentu bahawa tindakan seperti ini merupakan tindakan demi kepentingan moral masyarakat dan bukannya satu tindakan berkepentingan politik merupakan sesuatu yang bodoh pada masa ini. Lebih-lebih lagi, pada hari yang sama juga Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak baru sahaja dibubarkan bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang ke 10 diadakan. Pada masa artikel ini ditulis, identiti ‘host tayangan perdana’ terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Datuk T semalam masih belum dikenal pasti dan pemimpin Barisan Nasional (BN) pula tentunya menafikan penglibatan mereka dalam pembikinan dan penayangan video tersebut. Ketika pemimpin BN menafikan penglibatan mereka dan pada masa sama mengaku ‘tidak mempraktikkan’ sebarang tindakan serangan peribadi yang mengaibkan, juga adalah bodoh untuk mempercayai isu ini tidak akan digunakan sekurang-kurangnya di peringkat jentera mereka dalam kempen PRN Sarawak nanti. Malahan ketika pilihan raya kecil Dun Tenang, Johor sebelum ini tindakan menyerang peribadi lawan turut dipraktikkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri apabila membuka isu kes liwat yang membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu ceramahnya ketika berkempen. Bagaimanapun, serangan tersebut dibalas kembali secara umum dengan kejadian yang di dalam pengetahuan Anwar ketika masih di dalam kabinet, namun enggan memperincikan lebih mendalam tentang skandal yang dimaksudkannya itu. Di pihak PR, meskipun turut mengambil kesempatan keuntungan politik terhadap sebarang isu yang membabitkan moral pemimpin BN, namun tindakan mereka seringkali dilapik atas alasan demi mendapatkan keadilan. Antara kes berprofil tinggi yang pernah mendapat perhatian masyarakat dan pemimpin pembangkang ialah kes kematian model warganegara Mongolia, Altantuya Shariibuu beberapa tahun lalu. Ketika perbicaraan kes ini telah lama selesai, ia tetap menjadi ingatan apabila dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Polis DiRaja Malaysia yang didakwa oleh peguam bela bahawa mereka merupakan pihak yang tidak menerima sebarang faedah atas kematian mendiang telah dijatuhkan hukuman mati. Sementara itu, beberapa isu lain yang membabitkan moral pemimpin BN, pada masa ini masih kurang tersebar secara terbuka dan meluas melainkan secara terpencil di alam siber. Bagaimanapun, ‘tayangan perdana’ rakaman video lucah semalam dikatakan mampu menjadi penyebab kepada pendedahan demi pendedahan isu moral yang membabitkan pemimpin BN walaupun status sesetengah isu tersebut masih diragui kesahihannya. Tindakkan itu nanti juga akan menimbulkan reaksi berbalas serangan dengan membuka pekung lawan masing-masing sekaligus menjadikan politik Malaysia maju setapak lagi melangkah ke era politik lucah. penpasksgbKONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Lelaki misteri, Datuk T yang kebal? Posted: 22 Mar 2011 05:00 AM PDT Kerja polis tangkap penjenayah. Memiliki video lucah tidak jenayah? tapi menjadi kesalahan. Persoalan yang hendak saya ketengahkan pagi ini, apakah tidak menjadi kesalahan apabila ada orang menayangkan video lucah didalam bilik hotel. Seperti juga pengedaran dadah, apakah polis tidak perlu menangkap penjual dadah yang lalu didepan mata kerana tidak ada orang yang membuat laporan polis. Apakah semua kesalahan yang dilakukan oleh manusia mestilah ada orang membuat laporan polis baru pihak polis akan membuat penyiasatan dan tangkapan. Sekiranya ada orang melakukan jenayah tapi tidak ada sesiapa yang secara sukarela membuat laporan polis maka polis tidak perlu bertindak, begitukah? Tapi polis cepat bertindak apabila didapati kereta dipandu laju melebihi had laju, cepat-cepat polis bertindak saman ekor dan apabila ada pemandu dan pemilik kenderaan tersebut tak dapat bayar saman maka kereta tersebut disenarai hitam, sedangkan pemilik kereta tersebut tidak cukup wang untuk membayar saman, nak makan anak bini pun terpaksa 'bertengat' tapi dijadikan satu kesalahan bersifat 'zalim'. Diatas adalah perbandingan tindakan cekap pihak berkuasa termasuk polis dalam melaksanakan undang-undang. Apabila kesalahan yang melibatkan pihak kerajaan BN dapat mengumpul wang ringgit maka tak payah ada laporan polis senang saja pihak polis bertindak tapi apabila gempar seluruh negara terdapat tayangan video lucah pihak polis seperti kaku untuk bertindak, apakah kerana kesalahan itu tidak mendatangkan hasil berupa wang ringgit maka tindakan pantas polis tidak dilaksanakan. Apa menjadah ni? Yang jelas apa yang berlaku sekarang ini ada agenda terpilih bagi pihak berkuasa untuk mengambil tindakan. Contohnya apabila rakyat yang menyokong parti pembangkang mengadakan tunjuk perasaan walaupun 10 orang mereka itu dihalang dengan menghantar pasukan FRU dan sekiranya ingkar bersurai mereka itu akan ditangkap dan didakwa tapi apabila ada kumpulan orang yang mengadakan tunjuk perasaan mendesak supaya Anwar Ibrahim menyerahkan DNA tidak ada apa-apa yang dibuat oleh pihak berkuasa. Apa jenis kerja ni?. Betul seperti komen yang dihantar kepada saya pagi ini oleh peminat sebuah blog adalah lebih elok seluruh pawagam di malaysia boleh menayang filem 'blue Film' (video lucah) sepertimana yang ditayangkan di Corcosa Negara kerana tayangan vidoe lucah boleh jemput orang ramai menonton dan tidak ada tangkapan dibuat. Dan boleh dihebohkan untuk pengetahuan seluruh rakyat malaysia dan dunia melalui media masa dan media cetak termasuk TV dan Blogger yang pro BN. KETELUSAN, perkataan yang sering didengar yang keluar dari mulut pemimpin. DEMOKRASI juga sering didengar yang keluar dari mulut pemimpin. Masihkan ujud KETELUSAN dan DEMOKRASI sepenuhnya di MALAYSIA hari ini terhadap seluruh rakyat atau KETELUSAN dan DEMOKRASI hanya dilaksanakan kepada mereka yang terpilih sahaja?. Undang-undang ada tapi ujudkan KEADILAN dalam undang-undang negara kita?. Dipetik daripada blog Mohd Soberi Shafii SH KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Siaran Langsung Video Lucah Malam Ini Posted: 22 Mar 2011 02:13 AM PDT KAH!KAH!KAH! TENGOK VIDEO LUCAH RAMAI-RAMAI TAK SALAH APAKATA MALAM NI TV3SUKU KASI BUAT SIARAN LANGSUNG KAH!KAH!KAH! TAPI JANGAN CARI UNTUNG,NANTI SALAH PULAK KAH!KAH!KAH! TENGOK DI CARCOSA BOLEH APA ADA HAL KAH!KAH!KAH! Mengulas penayangan video seks itu di sebuah hotel semalam, menteri yang bertanggungjawab dalam bidang undang-undang itu berkata bukanlah sesuatu yang salah untuk pihak di belakang semua itu menunjukkan video kepada wartawan dan penyunting. "Kamu beritahu saya apa yang salah. Semua kata ia bertentangan dengan undang-undang, tetapi beritahu saya, undang-undang mana? Sesiapa yang maklum patut datang ke depan untuk maklumkan kepada kita," katanya. KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 21 Mar 2011 09:00 PM PDT DEY MACHA!!!! INI BUKAN LUCAH,INI LUCU KAH! KAH! KAH! HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA PUN BOLEH KALAH INI MACAM... KAH!KAH!KAH! LEPAS MR Y,KINI MR T PULAK KAH! KAH! KAH! REAL LA VIDEO LUCAH NI BETOI-BETOI REAL,REAL MADRID PUN KALAH APA LAGI REAL SOCIDAD HARAP-HARAP TAKDAK YANG CRETT MASA PRATONTON TU KAH! KAH! KAH! APA YANG REAL ADALAH: 1. PERUT PORNSTAR TERSEBUT BUNCIT...TAK IKUT SPEC....KAH!KAH!KAH! 2. ADA MASA KA ANWAR NAK PI LANGGAN PELACUR DALAM KEADAAN BELIAU SIBUK MENGHADAPI KES FITNAH LIWAT 2? 3. HEBAT SANGAT KA SISTEM KAMERA BILIK HOTEL TU? SEMUA SUDUT DEPA KATA ADA KAMERA RAKAM AKSI PORNO TERSEBUT. 4. MASA KEJADIAN PULAK ANWAR KATA DIA ADA DENGAN KELUARGA DIA. 5. TAYANGAN PRATONTON VIDEO LUCAH KEPADA PARA WARTAWAN TIDAK DIHALANG OLEH PIHAK POLIS.SELAMA BADAK JE DEPA TENGOK BLUE RAMAI-RAMAI..KAH!KAH!KAH! 6. KENAPA HARUS TUNGGU SEMINGGU,SUPAYA ANWAR BERUNDUR SECARA TERHORMAT? TIDAKKAH ITU MENUNJUKKAN VIDEO ITU DIBUAT SUPAYA ANWAR BERUNDUR? INI SATU UGUTAN BAI... 7. RANCANGAN UNTUK BUAT TAYANGAN JUGA HANYA DIDEDAHKAN KEPADA KETUA-KETUA EDITOR MEDIA ARUS PERDANA TERLEBIH DAHULU.KALAU DAH TERBUKTI ANWAR YANG BUAT,KENAPA TAK SERAHKAN KEPADA PIHAK POLIS? 8. SIASATAN BELUM DILAKUKAN TAPI HISHAMUDDIN DAN NAJIB DENGAN PANTAS SEPANTAS LORONG SMART TAG MENAFIKAN PEMBIKINAN VIDEO ITU DILAKUKAN OLEH POLIS.JANGANKAN SIASATAN, LAPORAN POLIS PUN BELUM DIPEROLEHI SEPERTI KATANYA DI SINI.SEPATUTNYA DEPA SURUH POLIS SIASAT SEBAB ADA MOTIF UGUTAN. 9. HISHAMUDDIN KATA JIKA TERBUKTI INDIVIDU TERSEBUT ADALAH PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT MAKA RAKYAT YANG AKAN MENILAI DAN MENGHUKUM TINDAKAN INDIVIDU TERSEBUT.BELUM APA-APA LAGI TU BAI.. 10. PELIK BINTI AJAIB UTUSAN MELOYA ONLIE DAN BERITA HAIRAN ONLIE TAK KELUAQ BERITA VIDEO LUCAH NI,SETAKAT ARTIKEL INI DITULIS LEWAT MALAM TADI.YANG ADA BERITA HARGA AYAM KEMBALI NORMAL APRIL INI.. KAH! KAH! KAH! 11. DAN YANG PALING LAWAKNYA,MENTERI POLIS NI BOLEH DOK BIAQ DEPA BUAT TAYANGAN VIDEO LUCAH KAT HOTEL TU..TAK PI TANGKAP KA PUAK2 TU? ADA PERMIT KA? KAH! KAH! KAH! 12. DAN YANG PALING TAK MASUK AKAL PULAK,ANWAR NI TAK SERIK-SERIK..KAH!KAH!KAH! 13. DAH-DAH PI BUAT KERJA,1MALAYSIA NI ASYIK DOK LAYAN SEKS DAN KONGKEK SAJA. TAKDAK BENDA LAIN DAH..KAH! KAH! KAH! ANWAR PERUT BUNCIT? KAH!KAH!KAH! HUHU!! HAHA!! HUHU!! HAHA!! KANTOI!!! KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 21 Mar 2011 06:00 PM PDT Siapa Datuk 'T' yang dibenarkan membuat tayangan Perdana Filem Lucah itu?? Anwar menyelak jeket menunjukkan perutnya yang tidak buncit itu.. Dari awal berita mengenai 'Tayangan Video Lucah di Carcosa Seri Negara' tersebar.. aku mula tertanya-tanya, siapa sebenarnya Datuk 'T' itu? Kalau nak dikatakan seorang rakyat biasa, mana mungkin boleh mengadakan tayangan Perdana ' Video Lucah' disebuah hotel bertaraf lima bintang tanpa serbuan pihak yang berkuasa?Tak percaya korang cubalah anjurkan tayangan perdana Filem Lucah dimana-mana. Mana mungkin pihak berkuasa tidak tahu akan ujudnya tayangan Perdana itu sedangkan ramai wartawan telah diberitahu seawall jam 11 pagi lagi.. atau adakah tanganpihak yang berkuasa telah dikilas kebelakang oleh pihak yang lebih berkuasa dari pihak berkuasa? Aku juga tertanya-tanya siapa Datuk ‘T’ itu, yang dibenarkan kembali kebilik yang telah disewa setelah Check Out kerana mendakwa mahu mengambil barang yang tertinggal sedangkan aku pernah tertinggal barang didalam bilik sebuah hotel dan aku hanya dibenarkan berada di kaunter sahaja.. Istimewa sungguh insan yang bernama Datuk ‘T’ itu.. hingga boleh kembali semula kebilik hotel setelah Check Out dan merosakkan pula laci meja solek.. Dalam istimewa itu Datuk ‘T’ menunjukkan kepada kita bahawa beliau adalah seorang rakyat Malaysia yang tidak bertanggungjawab kerana tidak melaporkan aktiviti pelacuran yang berjalan di hotel tempat rakaman itu diadakan.. Jika tidak bermotif politik, apa perlunya Datuk ‘T’ menayangkan Video Lucah itu kepada pihak Media dan memberikan syarat pemimpin yang terlibat dalam aksi lucah itu perlu berundur dari politik jika benar lelaki itu adalah dia. Dan siapa yang lebih berkuasa dari pihak berkuasa tu.. korang fikirlah sendiri.. MSO kata.. ada pihak mendakwa video itu 'diterbitkan' oleh para samseng dari Sarawak. Manakala Datuk T yang dimaksudkan yang menjadi produser (pengeluar) adalah berbangsa Melayu. Menurut seorang wartawan kanan dari sebuah portal orang ini (Datuk T) sering muncul dalam beberapa fanction Umno sebelum ini. -sepenuhnya sila baca di SINI Video - Rekayasa Untuk Mengaibkan Kami Sekeluarga, Kata Anwar PETALING JAYA 21 MAC:Warisan politik usang yang jelik – itu rumusan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap video seks fitnah yang mula diedarkan dalam pusingan terbaru kempen untuk mengaibkan beliau dan keluarganya. Anwar mengemukakan bukti untuk menolak dakwaan fitnah bahawa beliau kononnya dirakam mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 21 Febuari lalu. Ketua Pembangkang itu turut mendedahkan pembabitkan Polis Cawangan Khas di samping penyelarasan di peringkat yang tertinggi untuk menyebarkan video fitnah itu. Anwar menegaskan beliau mempunyai rekod yang membuktikan pada hari kejadian itu didakwa berlaku, beliau mengemaskini maklumat di Twitternya dan berada di rumah bersama isteri, anggota keluarga lain termasuk cucu serta kakitangan yang bekerja untuk beliau. Beliau menyifatkan video seks yang didedahkan hari ini sebagai fitnah yang diselaraskan pada peringkat tertinggi untuk mengekang kemaraan Pakatan Rakyat. " Saya mengecam konspirasi terbaru untuk memfitnah dan mengaibkan saya serta keluarga. Visual yang ditayangkan tengahari tadi di Carcossa merupakan satu rekasaya jahat musuh politik yang berhasrat untuk membantutkan kemaraan Pakatan Rakyat. Anwar menegaskan beliau akan membuat laporan polis bersabit video itu pagi esok di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi. " Tayangan tengahari tadi kelihatan dirancang dengan penuh teliti. Rancangan untuk mengadakan tayangan ini juga hanya didedahkan kepada ketua-ketua editor media arus perdana terlebih dahulu. Saya difahamkan acara tadi juga membabitkan ahli pasukan Special Branch (SB). Anwar juga berkata orang yang dirakam melakukan persetubuhan itu jelas mempunyai “perut yang jauh lebih besar” berbanding beliau. "Saya belum lihat lagi dan saya tidak tahu siapa (disebalik video itu. Atau samada ianya telah diedarkan. Perut lebih buncit daripada saya. "Saya minta kepimpinan PKR supaya tidak terperangkap dengan politik kotor. Tumpu perhatian untuk Sarawak," tambah Anwar. Anwar dengan senyum bangun pada sidang media untuk membolehkan jurukamera mengambil gambar perutnya. Anwar percaya video fitnah itu mempunyai hubung kait dengan kempen Umno-Barisan Nasional untuk mencari kelebihan pada pilihanraya Sarawak. “Fitnah terbaru ini muncul pada ketika pendakwaan fitnah ll pasti berkecai dan hampir pasti tewas. Kerana terdesak musuh politik saya terpaksa mereka fitnah baru demi memburukkan serta menjejaskan reputasi saya. Ini juga bertujuan untuk mengalih perhatian rakyat dari isu nasional serta pilihanraya Sarawak,” kata Anwar. “Musuh politik Pakatan Rakyat terdesak untuk lari dari membahaskan rasuah dan kepincangan pentadbiran Taib Mahmud. Maka tidak hairanlah sekiranya sekali lagi musuh politik bertindak menurut warisan politik usang yang jelik,” tegas beliau. TVS Newsdarisungaiderhaka KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 21 Mar 2011 03:00 PM PDT Semakin Hebat Diaibkan, Semakin Ramai Sokong Anwar PETALING JAYA 21 MAC: Walaupun dikaitkan dengan pelbagai fitnah termasuk digelar agen Yahudi, pengamal hemoseksual dan terbaru dikaitkan dengan video rakaman seks yang diedarkan hari ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah hilang sokongan rakyat. Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution berkata, semakin liar tuduhan yang dilemparkan ke atas Anwar, ia hakikatnya menguatkan sokongan rakyat kepada Ketua Umum PKR itu. Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat PKR petang tadi, Saifuddin menganggap kebangkitan rakyat tidak akan disekat melalui klip video lucah yang cuba dikaitkan dengan Ketua Pembangkang. Malah katanya, sejak dari awal penubuhan parti itu telah dikecam dengan pelbagai tomahan namun masih berjaya dibuktikan dengan sokongan rakyat untuk membebaskan negara daripada cengkaman politik Umno-Barisan Nasional (BN). "Ujian sokongan sebenarnya pada pilihanraya. Kita bermula dengan lima kerusi Dewan Undangan Negeri. Datuk Seri Anwar turut diserang (sebagai) agen asing, agen Yahudi, pengkhianat Melayu dan bermacam lagi. Kita masuk pilihanraya lagi sehingga 2008, kita mampu memenangi sehinggi 31 parlimen dan 43 Dewan negeri dengan 1.5 juta sokongan pengundi," ujar Saifuddin. Negara hari ini digemparkan dengan tayangan video lucah yang didakwa melibatkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh individu bergelar Datuk T. Dengan kehadiran ketua-ketua editor media arus perdana dan anggota Unit Khas PDRM, video tersebut ditayangkan selama 21 minit. Namun pengamal media tidak dibenarkan mencatat sebarang nota atau membuat rakaman ketika ianya ditayangkan di Carcosa Seri Negara pagi tadi. Rakaman tersebut dilakukan pada 21 Februari tahun ini dengan peralatan kamera canggih bertujuan untuk memerangkap Anwar dan kepimpinan PKR. Seterusnya individu bergelar Datuk T itu turut mengugut untuk mendedahkan video itu sekiranya Anwar dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak meletakkan jawatan dalam tempoh seminggu. Anwar seterusnya menafikan perkara itu dalam sidang media yang sama dan akan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi jam 10.30 pagi esok. tvs KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan