Isnin, 21 Mac 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[PANAS] Apa Anwar Ibrahim Buat Pada 21 Februari (dari pukul 10.23 malam - 10.45 malam)?

Posted: 21 Mar 2011 08:08 AM PDT


Adakah Anwar "menutuh" sambil membalas Twitter/FB? Kah kah kah!

Kursus Perakaunan untuk Pemimpin dan Jurublog Pro-UMCO daripada MB Selangor

Posted: 21 Mar 2011 06:28 AM PDT


Saya petik:
[SH] RAWANG – Penganalisa kewangan dijemput menghadiri perbincangan pada pembentangan isu akaun defisit RM7.41 juta anak syarikat Kerajaan Negeri, Yayasan Selangor, pada satu sesi Rabu ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau akan menerangkan perkara sebenarnya yang berlaku kepada aset dan hasil Yayasan Selangor termasuk ke pihak media pada sesi yang akan diadakan selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri itu.

"Saya rasa ada pegawai kurang berpengalaman dari segi membaca akaun itu. Lagipun akuan itu sudah antara empat ke lima tahun lalu tidak diaudit sepenuhnya.

"Pihak media juga ada tidak tahu lihat akaun itu. Untuk itu, saya hendak ajar cara membaca akaun ini dan ambil tindakan supaya tidak jadi seperti (isu) skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ)," katanya.

Abdul Khalid berkata demikian semasa majlis lawatan turun padangnya ke tapak projek pembangunan Saujana Rawang, di Pejabat Projek Saujana Rawang pemaju Glomac Berhad di Bandar Country Homes, di sini, semalam.

Menurutnya, pendedahkan laporan audit Yayasan Selangor itu disifatkan baru dan baik memandangkan perkara sedemikian cuba ditutup pihak pemerintah terdahulu.

"Dulu isu sebegini tidak diberitahu kepada orang lain, jadi tidak ada ketelusan. Berbanding sekarang, Pakatan Rakyat (PR) membenarkan maklumat (defisit) ini diberikan kepada masyarakat.

"Malah masyarakat terlibat mengenai perbincangan perkara tersebut dan apa berlaku boleh dipersoalkan oleh mereka. Jadi penyelewengan dapat dikurangkan.

"Berbanding isu PKFZ, masyarakat hanya tahu selepas penyelewengan berlaku. Tetapi Yayasan Selangor, kita rancang apa kita hendak buat dan beritahu sekarang," katanya.

Abdul Khalid berkata, untuk itu pihaknya juga menjemput penganalisa kewangan menghadiri perbincangan akan diadakan dan hasil kajian dibentangkan kepada rakyat...

P/s: Percuma! Boleh bawa kawan sekali. Kah kah kah!

Konspirasi Porno Seri Carcosa Negara : Anwar Nafi dan Akui Berada di Rumah Sambil Akses Tweeter

Posted: 21 Mar 2011 04:27 AM PDT


Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan tegas menafikan bahawa beliau adalah individu dalam rakaman video perlakuan aksi seks yang didedahkan kepada media pagi tadi. 

Beliau menegaskan semasa rakaman itu dilakukan, beliau berada di rumah bersama-sama dengan isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; kakitangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), anak-anak, dan cucu sambil mengakses ke laman sosial 'Tweeter' pada hari dan waktu tersebut.

Rakaman video itu tertera tarikh 21 Februari dari pukul 10.23 malam hingga 10.45 malam.

"Ini adalah serangan bermotifkan politik ke atas saya," katanya pada sidang media petang tadi.

Anwar sempat berjenaka dengan wartawan apabila berdiri dan menunjukkan perutnya yang kempis, sama sekali berbeza daripada lelaki yang didakwa menyerupai beliau dalam video itu.

"Gambar mirip saya, cuma perutnya jauh lebih buncit dari saya," katanya pada sidang media khas di ibu pejabat KEADILAN, Damansara.

Sementara itu, Wan Azizah yang juga Presiden PKR berkata, tiada sebab untuknya berundur daripada jawatannya sekarang.

P/s: Kantoi!

* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

Isu Nikah di Masjid: Mufti Sanggah Kenyataan Anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh

Posted: 21 Mar 2011 02:00 AM PDT


Saya petik:
[Mstar] Perbuatan menyamakan upacara akad nikah di dalam masjid dengan amalan penganut Kristian adalah menyimpang daripada ajaran Islam.

Demikian tegas Mufti Kedah, Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad yang menyatakan bahawa masjid adalah tempat yang suci dan penuh kemuliaan dan tidak ada hadis serta nas al-Quran yang melarang upacara akad nikah diadakan di masjid lapor Mstar Online.

"Oleh kerana berkahwin itu satu ibadat maka Islam tidak pernah melarang umatnya berkahwin di dalam masjid.

"Sebaliknya, Islam menggalakkan kita mencari keberkatan dalam setiap perkara yang kita lakukan. Dengan kita bernikah di masjid sudah pasti berkat lebih berbanding di tempat lain kerana masjid itu tempatnya suci," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Isnin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh yang mendakwa menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang daripada amalan Rasulullah SAW.

Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dilaporkan berkata, Nabi Muhammad pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.

Mengulas lanjut, Muhamad Baderudin yang juga Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan berkata, Jabatan Mufti Negeri Kedah tidak pernah melarang mana-mana pasangan yang ingin bernikah di masjid.

"Kita tidak ada larangan dan halangan untuk sesiapa bernikah di masjid sebaliknya kita galakkan mereka bernikah di masjid," katanya.

Sementara itu, Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya menyifatkan pandangan Ahmad Jusoh itu sebagai pandangan peribadi dan bukannya kenyataan Jabatan Mufti Negeri.

"Jabatan Mufti Negeri mengambil pendirian tiada larangan untuk bernikah di masjid dan sesebuah perkahwinan itu sah apabila ia mengikut rukun nikah.

"Tak kisah la, orang itu bernikah secara maya atau di rumah, selagi mereka ikut turutan rukun nikah maka perkahwinan itu sah di sisi agama Islam," katanya.

Juanda berkata, Ahmad Jusoh juga telah memberi penjelasan berhubung perkara tersebut dan menerangkan bahawa kenyataan yang dibuatnya itu atas kapasiti beliau sebagai pengerusi jawatankuasa masjid dan bukannya anggota Majlis Fatwa Perlis mahupun ahli MAIPs.

Dalam perkembangan berkaitan, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria turut mengesahkan bahawa Jabatan Mufti Negeri tidak pernah mengeluarkan larangan mengadakan upacara akad nikah di mana-mana masjid di negeri itu.

"Di zaman Rasulullah SAW pun ada majlis akad nikah yang diadakan di masjid, memang tak ada larangan.

"Cuma yang tidak dibenarkan adalah jadikan masjid seperti tempat pemujaan yang meniru Yahudi dan Kristian," katanya.

P/s: Alahai, siapa Ahmad Jusoh yang mengeluarkan kenyataan yang jelas salah dan mengelirukan? Ahmad Jusoh perlu memohon maaf atas kenyataan yang telah dibuat.



[Kemas Kini] Rakaman Aksi Seks "Anwar Ibrahim" Didedahkan kepada Media.

Posted: 20 Mar 2011 11:17 PM PDT


Saya petik:
[MK] Satu rakaman video aksi seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin utama pembangkang dengan seorang wanita muda yang tidak dikenali didedahkan kepada pihak media pagi ini.

Berikutan itu, pihak yang mendedahkan rakaman tersebut mendesak ahli politik berkenaan meletak jawatan dalam tempoh seminggu jika tidak mahu klip video didedahkan kepada umum.

Klip video tersebut ditayangkan untuk tontonan pihak media pagi ini di hotel Seri Carcosa Negara di ibunegara. Wartawan menonton video selama 20 minit itu secara bergilir mengikut kumpulan.

Menurut satu sumber, klip lebih jelas daripada rakaman video presiden MCA Dr Chua Soi Lek yang juga dirakam melakukan hubungan seks dengan seorang wanita di sebuah hotel di Batu Pahat dan diedarkan sekitar Disember 2007.

Wartawan yang telah menyaksikan video itu berkata lelaki dalam video itu kelihatan seperti pemimpin utama pembangkang tersebut.

Beberapa pihak menamakan ahli politik tersebut dalam twitter mereka, dan parti pimpinannya mendakwa ia klip video palsu.
Wartawan kanan dan editor akhbar dari Utusan Malaysia, New Straits Times dan Berita Harian adalah kumpulan pertama yang melihat klip tetapi enggan mengulasnya ketika ditanya mengenainya.

Wartawan juga diminta menyerahkan semua alat-alat elektronik seperti telefon bimbit dan kamera serta pen mereka dan buku nota mereka.

Mereka seterusnya diminta memakai jubah atas pakaian mereka sebelum mereka dibenarkan masuk ke bilik rakaman tersebut ditayangkan.

Kumpulan kedua pula terdiri daripada wartawan The Malaysian Insider, Free Malaysia Today, dan seorang editor kanan dari agensi berita nasional, Bernama.
Wartawan Malaysiakini pula masuk bersama kumpulan ketiga dan terakhir bagi media tempatan.

AFP telah diberitahu bahawa rakaman video tersebut akan ditayangkan kepada media antarabangsa pada jam 2 petang ini.
Sementara itu, akhbar the Star melaporkan bahawa klip video selama 30 minit itu menunjukkan lelaki yang didakwa seorang pemimpin pembangkang, yang juga seorang ahli parlimen, sedang melakukan pelbagai aksi seks.

Menurut akhbar tersebut, video itu yang dirakamkan pada 21 Februari, ditemui di sebuah bilik hotel di Kuala Lumpur.

Menurut the Star, wakil media dibawa ke sebuah bilik hotel untuk menyaksikan video tersebut yang ditayangkan oleh satu kumpulan yang tidak dikenali, yang diketuai oleh seorang yang mahu dikenali sebagai Datuk T.
Akhbar itu juga melaporkan Datuk T berkata beliau mahu pihak media menonton video membabitkan ahli politik berkenaan sebelum menghantar salinan kepadanya dan isterinya "untuk mengenal pasti orang dalam video" tersebut dalam tempoh seminggu dari sekarang.

Katanya, jika individu dalam video tersebut adalah ahli politik yang dikenalpastinya kepada media, "maka beliau dan isterinya mesti berundur dari politik."

Datuk T berkata jika mereka tidak berbuat demikian, beliau akan meminta beberapa NGO menubuhkan sebuah panel bebas untuk menyiasat dan mendapatkan khidmat forensik profesional untuk mengkaji ketulenan rakaman tersebut.

Datuk T mendakwa beliau telah terjumpa video selepas dia diminta oleh ahli politik berkenaan untuk mencari jam tangannya dalam bilik itu - tempat aksi seks itu berlaku.
Katanya, beliau tidak menemui jam tersebut tetapi sebaliknya terjumpa alat perakam CCTV yang aktif dan membawanya keluar dari hotel itu.

Datuk T juga berkata, hanya dia seorang sahaja yang memiliki rakaman tersebut.

* Gambar sekadar hiasan.

P/s: Soalan yang perlu melintas di kepala anda ialah:  Mengapa Datuk T yang mendedahkan video ini tidak membuat laporan polis atau jabatan agama? Mengapa video ini dipertontonkan kepada pihak media tempatan dan media asing? Mengapa Datuk T dan kumpulannya menyembunyikan identiti jika benar video ini asli?

Seperkara lagi yang menarik untuk difikirkan ialah lokasi tayangan filem porno ini, iaitu Seri Carcosa Negara. Bukankah Seri Carcosa Negara milik kerajaan? Adakah Datuk T "berkhidmat" dengan pemilik hotel mewah zaman kolonial ini? Konspirasi Porno Seri Carcosa Negara?

Video ini mungkin dibikin khas untuk menyekat peluang kemenangan PR di Sarawak dan PRU13 serta mengukuhkan pendakwaan liwat yang dihadapi oleh DSAI.

Namun begitu, pemimpin dan penyokong PR jangan cepat kalut dan terburu-buru dalam hal ini. Langkah pertama laporkan pendedahan video ini kepada polis. Selepas itu, pihak polis perlulah menyiasat identiti Datuk T dan geng serta menyiasat ketulenan video itu dengan menggunakan pakar forensik digital/video Tindakan tegas perlu diambil terhadap penganjur tayangan video porno tersebut jika sah video itu direkayasa dengan menggunakan khidmat pelakon pelanduk dua serupa atau teknik perfileman yang lain!

Kemas Kini:
Menurut Malaysia Chronicles:

UPDATE2 A new and doctored video tape showing Opposition Leader Anwar Ibrahim with a female prostitute was shown to senior journalists of the mainstream media in a bid to "smear" him ahead of the crucial Sarawak by-election.

"Yes, it was a video to implicate Anwar. The person in the video who looks like Anwar was with a female prostitute," PKR vice president Tian Chua told Malaysia Chronicle.

According to Tian, the video was shown at swanky Carcosa Negara by a group of people who asked for anonymity. That itself destroys their credibility and shows that the whole objective of the presentation was to further defame Anwar, Tian added.



Azmin dan Anaknya Jalani 2 Ujian DNA Sanggah Isu Anak Luar Nikah Anwar-Shamsidar

Posted: 20 Mar 2011 09:33 PM PDT

Antara poster propaganda yang dibuat oleh jurublog pro-UMCO.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mendakwa bahawa beliau telah menjalani dua ujian DNA untuk menyanggah fitnah pihak tertentu yang mendakwa anak bungsunya, Afifa adalah hasil hubungan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan isterinya Shamsidar.

"Pada tahun 2000, anak saya yang berumur tiga tahun turut difitnah dan kami melakukan dua ujian DNA tetapi keputusannya negatif.

"Saya bawa kes ini ke mahkamah dan mendakwa penulis buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri dan akhirnya penulis buku itu dijatuhkan hukuman penjara tetapi dia tidak sempat menerima hukuman kerana meninggal dunia," katanya kepada hadirin ketika berceramah pada prohram Himpunan Kebangkitan Rakyat Ganti UMNO kedua (PGU2) di belakang Masjid Hadhari, Jertih.

Malah, isu anak bongsu Azmin ini turut menjadi bahan ceramah Ummi Hafilda untuk memburuk-burukkan abangnya dan Anwar Ibrahim. Isu anak bongsu ini juga mnejadi bahan fitnah yang popular dalam kalangan jurublog UMCO. Teori yang paling popular apabila mereka mendakwa Azmin mengambil sampel darah anaknya yang lain untuk menutup skandal Anwar-Shamsidar. Gila! Adakah Azmin masih mahu mempertahankan perkahwinannya jika isterinya berlaku curang? Ada yang menuduh Azmin dibayar sejumlah wang untuk menutup rahsia itu. Gila! Adakah duit dapat menutup maruah Azmin jika benar-benar isterinya berlaku curang?

Yang pasti teori hanya teori apabila mahkamah seperti yang dinyatakan oleh Azmin telah menjatuhkan hukuman kepada penulis 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri kerana isu tersebut.
Dalam ceramah yang sama, Azmin menjelaskan bahawa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) berhubung dengan perbicaraan tuduhan kes liwat yang dihadapinya. Azmin berkata, beliau sering mengingatkan Anwar demikian kerana bimbang, DNA yang diserahkan itu sebaliknya akan dijadikan perangkap oleh pihak tertentu untuk menganiaya Anwar.

"Setakat ini, tidak ada alasan kukuh mengapa Datuk Seri Anwar perlu serahkan sampel DNA sebagaimana tuntutan oleh pihak tertentu supaya beliau berbuat demikian," katanya.


* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.
 

Wanita "Sorok" 54 Bungkusan Heroin & Wang di dalam VAGINAnya

Posted: 20 Mar 2011 07:30 PM PDT


Saya baca berita menarik yang disiarkan di New York Magazine.

Seorang wanita di Pennsylvania, Amerika Syarikat didapati menyembunyikan puluhan bungkusan berisi heroin dan sejumlah wang di dalam kemaluannya. Dadah itu ditemukan selepas dia terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.

Karin Mackaliunas, 27,  mula berasa tidak selesa berpunca daripada bungkusan-bungkusan yang disembunyikannya. Selepas bergelut dengan Pegawai Baumann semasa pemeriksaan di balai polis, Mackaliunas meminta untuk bercakap dengan Sarjan Michael Mayer. Dia memberitahu pegawai polis itu bahawa dia menyembunyikan heroin di dalam kemaluannya.

Mackaliunas kemudiannya diperiksa dan pihak polis menjumpai 54 bungkusan heroin, 31 bungkusan kosong, 8 biji pil preskripsi, di samping wang berjumlah AS51.22 (RM155) di dalam vaginanya.

Wow! Mengejutkan? Memang mengejutkan. Saya pun tengah terfikir bagaimana wanita ini menyembunyikan barang-barang tersebut di dalam kemaluannya!


* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.


Pasangan Lahanat Ikat, Belasah, Samun Nenek Tua

Posted: 20 Mar 2011 05:42 PM PDT


Saya petik:
[HM] GOMBAK: Dia layak digelar gadis setan apabila bersama-sama teman lelakinya bertindak kejam mengikat seorang nenek berusia 60-an dan membelasah mangsa dalam kejadian samun di rumahnya, di Kampung Koskan, Rawang, dekat sini, Khamis lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, gadis berusia 20-an terbabit bersekongkol dengan teman lelakinya memecah masuk rumah mangsa melalui pintu belakang sebelum melarikan barang kemas dianggarkan bernilai RM30,000 serta wang tunai RM1,700.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa yang tinggal berseorangan terkejut apabila dua individu tidak dikenali masuk ke dalam rumahnya dan bersenjatakan parang.

Menurut sumber, gadis terbabit bersama pasangannya mengumpil pintu belakang sebelum bertindak mengugut nenek terbabit supaya tidak menjerit.

"Mangsa yang berseorangan hanya mampu berdiam diri selepas diacukan parang dan merayu supaya tidak diapa-apakan.

"Suspek mengarahkan mangsa duduk sebelum mengikatnya sambil memukul mangsa menyebabkan dia cedera di muka," katanya.

Sumber berkata, akibat kudratnya yang sudah tua, nenek terbabit hanya mampu berdiam diri dan tidak melawan kerana bimbang dirinya diapa-apakan.

"Selepas mengikat mangsa, pasangan terbabit menyelongkar kediaman itu dan menjumpai barangan kemas yang disimpan dalam bilik tidur.

"Selain itu, pasangan terbabit turut mengambil wang tunai RM1,700 sebelum melarikan diri menaiki motosikal," katanya.

Menurut sumber, lebih menyedihkan mereka turut membiarkan nenek terbabit dalam keadaan terikat dan berdarah.

"Mujur cucu mangsa pulang ke rumah dan menjumpai neneknya itu.

"Cucunya terkejut apabila masuk ke rumah selepas melihat neneknya yang sudah lemah dalam keadaan terikat sebelum membuat laporan di Balai Polis Rawang," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan kes terbabit dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan (KK).

Jahilnya Penulis Artikel "Nik Aziz’s Outlandish Edicts"

Posted: 20 Mar 2011 04:30 PM PDT

 
Saya petik:

Saya merujuk kepada artikel yang tersiar di muka 10, akhbar New Straits Time bertarikh 19 Mac 2011 yang bertajuk Nik Aziz's Outlandish Edicts (Fatwa Pelik Nik Aziz). Saya kira penulis artikel tersebut Azmi Anshar berniat jahat dengan tujuan menjatuhkan kredibiliti al-Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan sewaktu menulis artikel yang sebahagian besarnya mengandungi unsur-unsur prejudis terhadap Dato' Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.

Dari para pertama lagi, penulis menampakkan kedangkalannya apabila menyentuh berkenaan dengan gesaan YAB Tuan Guru supaya wanita Kelantan berpakaian sopan dan menutup aurat. Penulis menyifatkan gesaan ini sebagai 'seemingly denuded women of their long-held rights to dress, appear and behave as they always had in Malaysia' (kelihatan menafikan hak wanita selama ini yang bebas untuk berpakaian, muncul di khalayak dan menampilkan diri sebagaimana kebiasaan wanita di Malaysia).

Hairan sekali, apabila seorang penulis yang namanya mencerminkan dirinya sebagai seorang muslim boleh mempertikaikan apa yang disebut oleh Menteri Besar Kelantan itu. Sedarkah penulis, bahawa pakaian menutup aurat bukannya difardhukan oleh Nik Aziz, apa lagi Muhammad SAW, bahkan ia merupakan kefardhuan daripada Allah SWT. Tidak malukah penulis sebagai seorang muslim mempertikaikan kata-kata Menteri Besar Kelantan itu dalam keadaan dirinya masih merupakan seorang yang bersyahadah; bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu Rasulullah?

Dengan kuasa yang diamanahkan, nilai-nilai
Islam berjaya diterapkan di Kelantan

Perlu diingatkan, bermula tahun 1990, Tuan Guru Nik Abdul Aziz hanya menyebut isu aurat sebagai satu teguran kepada rakyat dan juga kakitangan wanita yang bekerja, tidak pernah ada satu tangkapan yang dibuat terhadap mereka yang tidak menutup aurat sehinggalah pada tahun 2005, barulah diperkenalkan kod berpakaian dan dikenakan denda kepada mereka yang melanggarnya. Adakah ini merupakan satu perkara yang pelik sehingga dianggap fatwa pelik oleh Azmi Anshar?

Sedarkah Azmi bahawa di Amerika Syarikat sendiri pada hari ini, fesyen berseluar londeh dan mendedahkan pakaian dalam juga telah dilarang demi memastikan keamanan dan ketenteraman awam. Tidakkah itu juga merupakan satu fatwa pelik? Atau Azmi Anshar ingin berkata bahawa PAS juga wujud di Amerika? Demikian juga di China, pakaian seksi sehingga mengganggu mata orang lain juga turut dilarang di atas alasan menjaga ketenteraman awam. Apa jawapan Azmi Anshar terhadap langkah kedua-dua negara ini?

Artikel ini juga bagi saya penuh fitnah terhadap dasar 'Membangun Bersama Islam' yang diperkenalkan di Kelantan. Seolah-olah kerana dasar inilah wanita di Kelantan ditindas. Barangkali Azmi Anshar ini seorang penghuni gua yang baru keluar melihat cahaya.

Sedarkah beliau bahawa di Kelantanlah, golongan wanita dibela dengan pelbagai dasar kebajikan yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri. Di sini terdapat skim perlindungan kepada armalah, cuti wanita bersalin selama 60 hari, penggalakan wanita yang bekerja di kilang-kilang agar diberikan shif bekerja pada waktu siang sahaja, perlantikan Senator daripada kalangan wanita dan juga perlantikan penghulu khas untuk golongan wanita.

Semuanya ini merupakan cetusan perubahan yang dimulakan oleh 'kerajaan yang menindas wanita' seperti yang digambarkan oleh penulis Azmi Anshar. Dan jangan lupa, di saat cuti dua hari seminggu yang dinikmati oleh kakitangan awam di seluruh negara pada hari ini termasuklah golongan wanita, ia bermula di negeri Kelantan yang mana 'Doctor In The House' itu pernah melabelnya sebagai budaya pemalas!


Khatijah Sidek
Azmi Anshar juga mempertikaikan soal calon wanita yang bertanding mewakili PAS pada hari ini sebagai satu perubahan terhadap fatwa pelik Nik Aziz. Kasihan sungguh apabila beliau tidur selama dua dekad sehingga gagal untuk melihat punca wanita tidak digalakkan bertanding sekitar tahun 1970an – 1990an.

Sedarkah Azmi Anshar, parti yang pertama meletakkan calon wanita ialah PAS melalui calonnya Khatijah Sidek yang bertanding di kerusi Dungun, Terengganu pada tahun 1955. Pada waktu itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz masih berada di luar negara dan masih belum mengeluarkan pandangannya (atau dalam istilah Azmi Anshar sebagai fatwa pelik). Apa yang menyebabkan golongan wanita agak terkebelakang satu ketika dahulu ialah kerana permainan politik kasar UMNO yang menggunakan politik ala samseng dengan pemuda tahan lasaknya dan lain-lain. Senario ini meletakkan ahli politik terutama dari pembangkang seperti PAS dalam keadaan bahaya dan ini tidak sesuai untuk dipikul oleh golongan wanita. Lupakah kita kepada tragedi yang berlaku kepada Allahyarham Abdul Samad Gul, ahli parlimen PAS yang mati dibunuh satu ketika dahulu? Lupakah kita kepada insiden-insiden berdarah yang menimpa penceramah-penceramah PAS satu ketika dahulu?

Hari ini, senario tersebut beransur reda dan wanita dibenarkan kembali untuk berada di pentas politik ekoran keselamatannya yang sudah agak terjamin berbanding sebelum ini. Azmi Anshar perlu sedar, polisi tersebut bukannya satu fatwa, tetapi pendirian sementara mengikut senario semasa. Sepatutnya Azmi Anshar lebih fokus kepada agama yang diperalatkan oleh UMNO yang hanya bersifat sementara. Islam Hadhari sebagai contoh, di longkang mana ia dicampakkan pada hari ini setelah ia dijulang bagaikan ratib wajib satu ketika dahulu?

Melabelkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai anti wanita ialah satu tuduhan songsang yang sangat tersasar. Jangan dilupa cadangan Tuan Guru agar diberikan peluang kepada Muslimat PAS menjawat jawatan sebagai Naib Presiden PAS beberapa tahun yang lampau. Bolehkah UMNO membuka pintunya seluas itu? Tentu sekali tidak, kerana jawatan dalam parti UMNO umpama lubuk yang boleh menjanjikan seribu satu projek dan tender.

Azmi Anshar tidak berjaya membuktikan apa-apa melalui tulisannya, hanya sekadar memenuhi separuh muka surat akhbar NST dengan satu tulisan sampah yang tidak mempunyai apa-apa nilai. Sekian. - Ahmad Fadhli bin Shaari, SU Akhbar MB Kelantan (20 Mac 2011)


P/s: Kalau saya jadi penulis artikel itu, saya akan rasa malu sangat! Menulis artikel yang tanpa membuat "ulang kaji" yang mendalam. Niat mahu menjatuhkan kredibiliti orang, akhirnya maruah sendiri orang pertikai.

Tiada ulasan: