Isnin, 21 Mac 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Najib: Polis tak rakam video seks didakwa libatkan pemimpin Pakatan

Posted: 21 Mar 2011 10:00 AM PDT

Oleh G Manimaran


KUALA LUMPUR, 21 Mac – Datuk Seri Najib Razak menegaskan pihak polis tidak terlibat dalam kes rakaman video seks – yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat – melanggan khidmat seks pelacur di hotel di sini akhir bulan lalu.

Dalam mesej Twitter malam ini, ketika isu terbaru ini hangat dibahaskan dan menarik perhatian ramai, Perdana Menteri berkata beliau mahu mengesahkan apa yang diperkatakan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Bukit Aman tengah hari tadi.

"Saya suka mengesahkan apa yang Datuk Hishammuddin mengatakan bahawa polis tidak terlibat dalam rakaman video seks yang didakwa," kata Najib sekitar pukul 9 malam tadi.

Bagaimanapun Najib tidak menyebut sama ada pihaknya sudah diberi taklimat mengenai kes itu.

Pada sidang media di ibu pejabat PKR petang tadi, Anwar menafikan sekeras-kerasnya beliau adalah individu yang didakwa dalam rakaman video seks, yang mendapatkan khidmat seks pelacur.

Beliau menegaskan penyebaran video seks tersebut adalah satu strategi Barisan Nasional (BN) untuk menjatuhkan imejnya sebagai tokoh pemimpin negara.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya, ia berniat jahat dan fitnah, saya nafikan secara keras saya adalah individu dalam video tersebut.

"Saya mengecam konspirasi terbaru untuk memfitnah dan mengaibkan saya serta keluarga, video yang ditayangkan merupakan satu taktik jahat yang dilakukan musuh politik yang berhasrat untuk membantutkan kemaraan Pakatan Rakyat," katanya.

Hishammuddin juga meminta individu yang rasa dirinya "teraniaya" ekoran penyebaran video seks, yang dikaitkan dengan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat, agar membuat laporan polis.

Beliau berkata tanpa laporan polis, pihaknya tidak boleh melakukan siasatan.

Menurut Hishammuddin, beliau baru hari ini dimaklumkan mengenai video seks tersebut dan tidak mempunyai butiran lanjut mengenainya.

"Sama ada dia daripada pemimpin pembangkang (Pakatan Rakyat) saya tidak tahu, sama ada ia tulen atau palsu saya juga tidak tahu, saya belum tengok dan mungkin tidak akan tengok," katanya.

Naib Presiden Umno itu juga meminta semua pihak agar jangan membuat spekulasi bahawa polis terlibat dalam penyebaran video seks itu.

Terkini! Video Seks Anwar Dengan Makyah Thailand Pulak Akan Disebarkan. Bersedia?

Posted: 21 Mar 2011 05:45 AM PDT

Hentikan Segera Politik Kotor Dan Lucah

Posted: 21 Mar 2011 05:30 AM PDT

Saya mengecam konspirasi terbaru untuk memfitnah dan mengaibkan saya serta keluarga. Visual yang ditayangkan tengahari tadi di Carcossa merupakan satu rekayasa jahat musuh politik yang berhasrat untuk membantutkan kemaraan Pakatan Rakyat.

Kita beri amaran kepada musuh politik Pakatan Rakyat agar hentikan segera politik kotor dan lucah ini. Jangan heret rakyat dan negara ini terjebak ke dalam politik kotor kamu.

Tayangan tengahari tadi kelihatannya dirancang dengan penuh teliti.Rancangan untuk mengadakan tayangan ini juga hanya didedahkan kepada ketua-ketua editor media arus perdana terlebih dahulu. Saya difahamkan acara tadi juga membabitkan ahli pasukan Special Branch (SB).

Fitnah terbaru ini muncul pada ketika pendakwaan fitnah II pasti berkecai dan hampir pasti tewas. Kerana terdesak musuh politik saya terpaksa mereka fitnah baru demi memburukkan serta menjejaskan reputasi saya. Ini juga bertujuan untuk mengalih perhatian rakyat dari isu nasional serta pilihanraya negeri Sarawak. Musuh politik Pakatan Rakyat terdesak untuk lari dari membahaskan rasuah dan kepincangan pentadbiran Taib Mahmud. Maka tidak hairan lah sekiranya sekali lagi musuh politik bertindak menurut warisan politik usang yang jelik.

ANWAR IBRAHIM
KETUA UMUM KEADILAN
KETUA PEMBANGKANG DEWAN RAKYAT MALAYSIA

Pemimpin BN: Kami bukan dalang video seks

Posted: 21 Mar 2011 05:15 AM PDT

Oleh Asrul Hadi Abdullah Sani


KUALA LUMPUR, 21 Mac – Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) menafikan tuduhan bahawa mereka adalah dalang di sebalik kemunculan rakaman video seks baru, yang menunjukkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat (PR) mengadakan hubungan seks dengan pelacur bulan lalu.

Malah pemimpin-pemimpin BN juga mempersoalkan pendirian defensif Pakatan Rakyat berhubung dakwaan bahawa lelaki dalam rakaman itu adalah pemimpin kanan pembangkang.

Sehubungan itu soal Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin, mengapa PR begitu cepat menafikan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah lelaki dalam rakaman itu sedangkan tidak seorang pun pemimpin mereka telah menonton rakaman itu.

"(Adalah) sesuatu yang ganjil apabila ahli-ahli politik Pakatan begitu cepat menafikan khususnya ketika tidak seorang pun melihatnya.

"Ia hanya ditunjukkan kepada pemberita pagi ini. Bagaimana mereka tahu? Nik Nazmi dengan cepat menghantar mesej (menerusi Twitter) bahawa dia bukan Anwar," katanya lagi.

Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno berkata, "beliau (Nik Nazmi) yang mengatakan dia (lelaki) itu bukan Anwar, kami dari BN tidak pernah kata yang dia itu Anwar."

"Kami tidak menyebut sebarang nama, tapi nampaknya mereka begitu defensif mengenai perkara ini," kata beliau sambil menambah, "kemungkinan ada sesuatu yang tidak kena."

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menolak dakwaan PR sambil berkata mereka sentiasa menyalahkan BN berhubung masalah mereka sendiri.

"Apa-apa melibatkan ahli-ahli Parlimen BN adalah fakta (benar) tetapi apa-apa berkaitan dengan mereka satu konspirasi.

"Fikir. Siapa yang betul atau salah? Saya berpandangan bahawa publik cerdik sekarang," kata Nazri yang bertanggungjawab kepada hal ehwal Parlimen.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pula berkata pembangkang persekutuan dilanda sindrom penafian.

"Anda tahu, sebagai pembangkang mereka membuat komen tentang apa sahaja.

"Mereka tergolong dalam kumpulan yang dipanggil sebagai kumpulan (dijangkiti) sindrom menafi (apa sahaja)," katanya yang juga Naib Presiden Umno.

Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin meminta satu siasatan polis diadakan sambil menafikan BN bertanggungjawab dengan tindakan penyebaran rakaman video seks yang didakwa itu.

"Kami bukan main isu dan kerajaan tidak bertanggungjawab atas video ini. Sejauh mana benar video ini? Kita biarkan polis siasat siapa yang terlibat.

"Saya fikir tidak baik Umno atau BN terlibat, tetapi individu dan NGO-NGO, tetapi kita tidak boleh menghalang mereka daripada menyebarkan video tetapi mereka perlu berhadapan dengan risiko (jika berbuat demikian)," katanya yang juga timbalan pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan BN.

Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan menggesa pemimpin dari kedua-dua BN dan PR tidak membesar-besarkan situasi semasa kecuali spekulasi dapat disahkan.

"Saya fikir orang ramai perlu bertenang. Ada banyak spekulasi. Saya tidak melihat video itu, saya tidak kata ia benar tetapi saya fikir kita harus mengambil satu langkah dan bertenang, fikir dengan rasional.

"Jika benar, maka ia malang. Jika tidak pun malang juga. Macam mana pun kena tunggu untuk (melihat) kebenaran," katanya lagi.

Wakil rakyat itu juga meminta orang ramai tidak membuat komen menerusi Twitter dan Facebook mengenai isu itu.

Anwar: Saya bukan lelaki dalam video seks, taktik jahat baru BN

Posted: 21 Mar 2011 04:47 AM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

PETALING JAYA, 21 Mac – Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan sekeras-kerasnya beliau adalah individu yang didakwa dalam rakaman video seks, yang mendapatkan khidmat seks daripada pelacur di sebuah hotel di ibu negara akhir bulan lalu.

Beliau menegaskan penyebaran video seks tersebut adalah satu strategi Barisan Nasional (BN) untuk menjatuhkan imejnya sebagai tokoh pemimpin negara.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya, ia berniat jahat dan fitnah, saya nafikan secara keras saya adalah individu dalam video tersebut.

"Saya mengecam konspirasi terbaru untuk memfitnah dan mengaibkan saya serta keluarga, video yang ditayangkan merupakan satu taktik jahat yang dilakukan musuh politik yang berhasrat untuk membantutkan kemaraan Pakatan Rakyat," katanya pada sidang media di sini petang ini.

Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa tayangan video khas yang dibuat tengah hari tadi telah dirancang serta didalangi pihak tertentu.

"Kita beri amaran kepada musuh politik Pakatan Rakyat agar menghentikan segera politik kotor dan lucah ini, jangan heret rakyat dan negara terjebak ke dalam politik kotor kamu.

"Tayangan itu telah dirancang dengan penuh teliti, malah rancangan untuk mengadakan tayangan ini juga hanya didedahkan kepada ketua-ketua editor arus perdana, malah saya difahamkan ia turut melibatkan pasukan cawangan khas," katanya.

Hari ini satu rakaman video menunjukkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat sedang mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita, dipercayai pelacur asing, muncul dan dipertontonkan kepada media.

Video 21 minit itu, dalam empat segmen, menggambarkan pemimpin tersebut yang juga seorang Ahli Parlimen mengadakan hubungan seks di sebuah hotel di sini, dilihat akan menggegarkan arena politik negara sekali lagi.

Ia yang dirakamkan pada 21 Februari lalu ditunjukkan kepada media di sebuah hotel di sini pagi ini.

Rakaman itu diperoleh dari hotel pemimpin berkenaan melanggan wanita tersebut.

Kata Anwar, ketika rakaman video seks itu berlaku beliau berada di rumah bersama keluarga.

"Ketika itu saya ada di rumah, sebelum itu saya berada dengan kakitangan PKR, saya juga ada melayan Twitter, malah ia boleh dibuktikan.

"Saya diberitahu gambar (lelaki) itu adalah mirip saya cuma perutnya jauh lebih buncit daripada saya, kalau lihat perut saya lain," katanya.

Jelas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, pendedahan video seks itu sengaja disebarkan kerana terdesak selepas kes liwat yang membabitkan dirinya dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan hampir "berkecai."

"Politik jahat ini sangat jelas... apabila kes liwat sudah lemah, hampir berkecai, jadi kena buat pertuduhan baru terhadap saya.

"Jadi saya minta rakyat tidak terperangkap dengan politik fitnah dan lucah ini, ini adalah serangan peribadi terhadap saya dan keluarga.

"Kerana terdesak musuh politik saya terpaksa mereka fitnah baru demi memburukkan serta menjejaskan reputasi saya," katanya.

Tegas Anwar, fitnah terbaru terhadap dirinya itu juga bertujuan untuk mengalih pandangan rakyat dari isu nasional termasuk pilihan raya negeri Sarawak.

"Musuh politik Pakatan Rakyat terdesak untuk lari dari membahaskan isu rasuah dan kepincangan pentadbiran Ketua Menteri (Sarawak) Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

"Maka tidak hairanlah sekiranya sekali lagi musuh politik bertindak menurut warisan politik usang dan jelik," katanya.

Menurut Anwar, beliau tidak akan membuat laporan polis sehingga mendapat kesahihan video seks tersebut.

"Tengok pun belum macam mana nak siasat, jawabnya ringkas.

Sementara itu, isteri Anwar yang juga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, beliau terkejut dengan tuduhan terbaru terhadap suaminya itu.

"Saya terkejut (apabila dapat tahu), yang disuruh letak jawatan adalah saya, apa saya nak buat?

"Ini adalah taktik jahat, kalau selalu kes Anwar dengan lelaki tapi dalam video itu dengan perempuan, ini adalah motif yang tidak bertanggungjawab," katanya.

Gambar Video Seks Pemimpin Pakatan

Posted: 21 Mar 2011 03:00 AM PDT

Pakatan nafi lelaki dalam video seks Anwar

Posted: 21 Mar 2011 02:02 AM PDT

Oleh Shannon Teoh dan Asrul Hadi Abdullah Sani

KUALA LUMPUR, 21 Mac — Pakatan Rakyat (PR) menafikan lelaki yang didakwa dalam rakaman video, melanggan seorang pelacur di sebuah hotel di ibu negara akhir bulan lalu sebagai Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ini (rakaman) video Anwar yang direka," kata pengarah komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad.

"Ia bukan Datuk Seri Anwar. Ini satu lagi usaha Barisan Nasional (BN) untuk memberi persepsi umum bahawa beliau seorang yang tidak bermoral, yang tidak layak untuk menerajui negara ini," kata anggota biro politik PAS Khalid Samad kepada The Malaysian Insider.

Naib presiden PKR Chua Tian Chang juga mendakwa BN semakin terdesak, "beralih daripada isu-isu besar seperti pilihan raya dan dasar kepada serangan peribadi."

Pagi tadi, seorang lelaki yang menamakan dirinya "Datuk T" mempertontonkan rakaman video menunjukkan seorang pemimpin kanan PR sedang mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita, dipercayai pelacur asing dari China.

Video 21 minit itu, dalam empat segmen, menggambarkan pemimpin tersebut yang juga seorang Ahli Parlimen mengadakan hubungan seks di sebuah hotel di sini, dilihat akan menggegarkan arena politik negara sekali lagi.

Ia yang dirakamkan pada 21 Februari lalu dipertunjukkan kepada media di sebuah hotel di sini pagi ini.

Menurut Datuk T, beliau mahu media menonton rakaman tersebut sebelum dia menghantarkannya kepada pemimpin berkenaan dan isterinya.

Malah katanya, jika pemimpin politik itu mengenal pasti dia adalah tuan punya diri dalam rakaman tersebut, maka dia dan isterinya harus meletakkan jawatan.

Datuk T mendakwa lelaki dalam rakaman video itu bukan seorang yang bermoral tinggi dan oleh itu, tidak layak bertindak sebagai pemimpin.

Dalam satu kenyataan yang turut diedarkan kepada media, yang tertera nama pemimpin tersebut, dikatakan bahawa ahli politik tersebut pergi ke hotel yang menawarkan khidmat seks dan kemudahan SPA.

Selepas pemimpin itu meninggalkan hotel, dia sedari bahawa dia tertinggal jam tangan jenama Omega di bilik dia memperoleh khidmat seks.

"Saya diminta mendapatkan jam tangan di bilik tersebut. Oleh kerana saya tidak nampak jam tangan pada meja, saya memeriksanya di belakang tempat persolekan. Saya terkejut melihat banyak wayar di belakangnya," kata kenyataan itu.

Kata kenyataan itu, wayar berkenaan disambungkan ke CCTV yang kemudiannya didapati merakamkan hubungan seks pemimpin itu dengan pelacur tersebut.

Terkini! Berita Panas! Video seks pemimpin kanan Pakatan muncul

Posted: 20 Mar 2011 11:06 PM PDT

KUALA LUMPUR, 21 Mac — Rakaman video menunjukkan, seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat, sedang mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita, dipercayai pelacur asing, muncul hari ini.

Video 21 minit itu menggambarkan pemimpin tersebut yang juga seorang Ahli Parlimen mengadakan hubungan seks di sebuah hotel di sini, dilihat akan menggegarkan arena politik negara sekali lagi.

Ia yang dirakamkan akhir bukan lalu dipertunjukkan kepada media hari ini.

Terkini! Ulasan Ustaz Azhar Idrus Berkaitan Isu Nikah Di Masjid

Posted: 20 Mar 2011 10:26 PM PDT

Ustaz Azhar Idrus ( Original )

Nikah di Masjid Tidak Salah

Hukum menikah di masjid adalah sunat menurut setengah ulamak manakala setengah ulamak berkata dengan harus..

siapa yg kata nikah di masjid itu wajib nyata dia telah tersalah..
...
siapa yg kata nikah di masjid adalah bid'ah atau menimpang dari ajaran Nabi saw maka orang ini tidak lari dari dua keadaan :

1. Sebab terlalu jahil kerana tak tahu hukum2 agama

atau

2. Sengaja mahu menyesatkan kerana tidak endahkan pendapat2 ulamak yg muktabar yg mengatakan sunat atau harus nikah di masjid kerana berdalil dengan hadith Tirmizi yg bertaraf Hasan.

Tidak bolih jadi dalil salah nikah di masjid sebab orang kristian buat kerana banyak lagi amalan 2 lain yg kita amalkan ada juga di buat olih kristian contohnya sembahyang di gereja, jadi kita tak bolih sembahyang di masjid sebab kristian juga sembahyang di gereja..tak ke haru jadinya..

Yg sebetulnya tidak bolih nikah di gereja sbb meniru adat orang krtistian..kalau nikah di masjid, tak salah.

Ramai sangat nak tunjuk pandai sekarang ni padahal mendedahkan kebodohan sendiri..

Nikah dalam masjid harus disisi ulamak mazhab Syafie, Hanafi, Hanbali dan Maliki .

Diantara ulamak2 muktabar yg mengharuskan dan tidak melarang nikah di masjid ialah Imam Nawai, Imam Ghazali, Imam Rafi'I, Ibnu Qayyim , Syeikh Ibn Hajar, Syeikh Hasanain Makluf , Syeikh Ali Jadul Haq dan Syeikh Farid Wajdi (ketiganya adalah bekas mufti Negeri Mesir).

Mana lebih alim antara Mufti2 mesir dgn org2 perlis ni?

Syiekh Uthaimin sendiri ada berkata tidak salah nikah di masjid dan jangan dikata iana adalah amalan oranag krsitian..

Hasilnya tidak salah nikah di masjid dgn menjaga adab2 dalam masjid.

Jng terpedaya dgn dakyah2 melarang nikah di masjid kerana bercanggah dgn perktaan ulamak2 muktabar. Kenapa kita nak ikut perkataan orang2 bodoh lagi jahil ini dgn meninggalkan perkataan ulamak2 yg muktabar di seluruh dunia..

Jgn biarkan aqal tuan2 semua tidak berfungsi dgn baik..wallahua'lam

Anwar timbang ambil tindakan hina mahkamah ke atas Najib

Posted: 20 Mar 2011 10:11 PM PDT

KUALA LUMPUR, 21 Mac — Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan menghina mahkamah ke atas Datuk Seri Najib Razak ekoran kenyataan perdana menteri meminta agar beliau menyerahkan sampel DNA dalam kes liwat dihadapinya sekarang.

Peguam Anwar, Karpal Singh berkata Najib telah bertindak bertentangan dengan amaran Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah yang meminta semua pihak supaya tidak mengulas mengenai perbicaraan semasa dan tindakan seumpama itu bersamaan dengan perbuatan menghina mahkamah.

Kedudukan bulan paling rapat dengan bumi

Posted: 20 Mar 2011 07:30 PM PDT

ENGLAND - Buat pertama kali sejak tahun 1992, bulan yang besar (super moon) dapat dilihat pada titik kedudukan paling rapat antara bumi dan bulan di menara St. Michael di Glastonbury, England, lapor sebuah akhbar semalam.

Kelihatan beberapa pengunjung sedang berdiri berdekatan menara itu untuk melihat bulan yang hanya dapat dilihat selepas dua dekad lalu.

Fenomena tersebut berlaku apabila bulan berada sangat rapat dengan bumi daripada kebiasaannya. Ketika itu, bulan akan kelihatan sangat terang dan bercahaya. - Agensi

Pondan di Thailand perlu jalani kerahan tentera

Posted: 20 Mar 2011 07:00 PM PDT

BANGKOK - Kementerian Pertahanan Thailand semalam menambah terma baru yang memberi penerangan bagi kategori transgender yang sebelum ini dikecualikan daripada terlibat dalam kerahan tentera.

Akhbar Bangkok Post melaporkan, kementerian meminda undang-undang yang menyatakan transgender dikecualikan daripada terlibat dalam tentera kerana psikologi yang tidak normal melainkan berlaku kekurangan tentera.

Transgender dikelaskan kepada tiga jenis. Jenis satu merujuk kepada lelaki yang mempunyai penampilan seperti lelaki biasa. Manakala jenis dua merujuk kepada lelaki yang telah melalui pembedahan payu dara dan jenis tiga pula lelaki yang telah membuat penukaran keseluruhan jantina.

"Sebelum ini, hanya jenis satu yang perlu mengikuti kerahan tenaga. Tetapi jika bilangan mereka tidak mencukupi, transgender jenis dua akan dikerah walaupun mereka mempunyai payu dara," kata pengarah akademik jabatan sumber Pemerintah Askar Simpanan Thailand, Thaksin Chiamthong.

Pada tahun ini, pasukan tentera Thailand memerlukan askar kerahan seramai 97,280 orang lelaki berumur 21 tahun, meningkat sebanyak 9,828 berbanding 2010. -AFP

Dunia kutuk serangan Amerika

Posted: 20 Mar 2011 06:30 PM PDT

BEIJING - China meluahkan kekesalan terhadap serangan yang dilakukan ke atas Libya oleh kuasa-kuasa besar dan menurut kenyataan kementerian luarnya, negara itu menentang penggunaan kekerasan dalam hubungan antarabangsa.

"China telah mengetahui perkembangan terbaru di Libya dan merasakan amat kesal terhadap serangan tentera ke atas negara itu.

"Kami berharap Libya dapat memulihkan keamanan secepat mungkin dan dapat mengelak kematian ramai orang awam yang disebabkan oleh konflik senjata di sana," katanya.

Rusia turut mengeluarkan kenyataan yang serupa tetapi dalam masa yang sama mahukan gencatan senjata dilakukan secepat mungkin.

Sementara itu, India melalui kenyataan Kementerian Luarnya juga senada dengan negara China dan Rusia yang mahukan keamanan kembali dipulihkan di sana.

"India memandang serius terhadap perkara yang berlaku di Libya seperti persengketaan, keganasan dan situasi kemanusiaan yang semakin merosot.

"Amat mengecewakan apabila berlaku serangan udara, langkah yang diambil sepatutnya dapat mengurangkan dan bukannya memburukkan lagi situasi rakyat Libya," katanya

Serangan tentera ke atas Libya diketuai kuasa-kuasa barat oleh Perancis, Britain dan Amerika Syarikat. Ia dilakukan bagi menguatkuasakan resolusi zon larangan terbang yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan melindungi puak penentang daripada kekejaman tentera Muammar Gaddafi.

Sementara itu, bantahan sama turut disuarakan oleh masyarakat dunia. Di Bangladesh, pertubuhan Islam Khelafat Andolon melaungkan slogan anti perang dan membantah serangan udara ke atas Libya dalam satu protes di Dhaka.

Ahli parti berhaluan kiri di Jerman, Die Linke Klaus Ernst juga mengadakan demonstrasi di Berlin yang mengutuk serangan kejam tersebut. Para aktivis Filipina pula bertindak membakar bendera AS dalam satu tunjuk perasaan di Quezon City, utara Manila.

Kemarahan sama turut dirasai di Los Angeles apabila aktivis antiperang mengadakan satu demonstrasi yang menyambut ulang tahun kelapan pencerobohan tentera AS dan sekutunya ke atas Iraq.

White House tidak terkecuali daripada menjadi lokasi demonstrasi mengutuk serangan ke atas Libya. Akibatnya, berpuluh-puluh aktivis antiperang telah ditahan polis.

Pakatan masih pilihan rakyat bukan Melayu

Posted: 20 Mar 2011 06:00 PM PDT

Kenyataan media oleh P.Sugumaran di Ipoh pada hari Ahad, 20hb Mac 2011:

Sebenar kata, tidak ramai yang suka menceritakan mengenai politik perkauman pada bila-bila masa. Tetapi pada masa yang sama, realiti dan kesan negatiF politik perkauman yang diamalkan oleh UMNO selama 52 tahun juga tidak boleh dilupakan dengan begitu saja. Ini adalah kerana untuk mengetahui kewujudan sel diskriminasi yang dilahirkan UMNO terhadap golongan bukan Melayu dinegara ini. Akibat polisi UMNO itu, sejak awal lagi, pelbagai kemudahan dan keistimewaan golongan bukan Melayu sebagai rakyat Malaysia tidak kesampaiaan genggaman.

Kelewatan rakyat untuk berbangkit, menyebabkan bentuk polisi perkauman bertumbuh dengan pesat bersama rupa dan wajah gergasi yang cukup hodoh yang kini berkeliaran dengan tema sensasi baru iaitu "1MALAYSIA".

Setiap penduduk "bukan Melayu" dinegeri pimpinan Kerajaan Barisan Nasional hanya dipergulakan-gula mengikut kesesuaian masa dengan janji-janji kosong yang terpaksa dipersetujui dalam keadaan desak oleh MCA, MIC & GERAKAN. Walau bagaimanapun, keadaan desakan itu akan ditawarkan dengan pelbagai jenis hadiah daripada UMNO kepada mereka. Sepintas lihat, ianya adalah "drama politik" yang dipengarahkan oleh UMNO bagi mengkaburkan mata "bukan Melayu". Segala situasi pahit akan menjadi manis bagi MCA, MIC & GERAKAN, manakala kemanisan yang ditaburkan kepada rakyat bukan Melayu akan bertukar menjadi pahit. Itulah realitinya di Malaysia.

Situasi ini menjelaskan, secara tidak langsung pemimpin Melayu daripada golongan UMNO tidak mempunyai niat yang matang dalam mempersatukan perpaduan masyarakat pelbagai kaum.

Kini, apa yang kita dapat lihat adalah Ilmuan Bangsa Melayu diperalatkan oleh pimpinan UMNO dalam meretakkan keharmonian negara. Contohnya, "Novel INTERLOK".

Sehingga saat ini, ilmuan-ilmuan Melayu yang begitu dedikasi dalam isu perpaduan pelbagai kaum, kini terpaksa menari mengikut keadaan politik UMNO yang dibantu oleh kumpulan PERKASA.

Apakah yang menyebabkan UMNO tidak dapat menerima kebangkitan suara kaum India dinegara ini selepas tahun 2007? Apakah penentangan itu dikhususkan pada UMNO sahaja? Adakah ianya salah disisi undang untuk bersuara disebuah negara yang dikatakan mengamalkan sistem demokrasi? Jikalau salah bagi pandangan UMNO, maka apakah erti sebenar sebutan "DEMOKRASI" dalam istilah UMNO? Apakah takrif "DEMOKRASI MALAYSIA"?

Sebelum zaman kemerdekaan rakyat Malaysia telah menjadi pejuang untuk mempertahankan hak, menentang kezaliman dan memperjuangkan keamanan negara daripada golongan pemerintahan atau penjajah. Jikalau kebangkitan itu dianggap sebagai satu tindakan murni apakah salahnya jikalau rakyat India Malaysia pada masa ini juga berbangkit untuk berbuat demikian dalam mempertahankan martabat mereka terhadap pemerintahan UMNO. Ala perjuangannya sama juga !!! Kemungkinan besar hasil perjuangan sedemikian akan dapat melahirkan kesamarataan semua rakyat.

Kaum India mula rasa tercabar, apabila satu demi satu polisi diskriminasi diimplementasikan dalam menganaktirikan masa depan rakyat India dinegara ini. Parti MIC yang sepatutnya bersuara tentang kepentingan kaum India telah berubah wajah menjadi boneka UMNO sehingga mampu berjalan bogel demi kegilaan kuasa politik.

Pada padangan saya, kebangkitan seperti perjuangan suara "KEKUASAN RAKYAT" adalah satu tanda politik perubahan India dan golongan bukan Melayu di Malaysia. Kerana apa? Kerana rakyat India inginkan kehidupan yang samarata ditanah tumpah darahnya. Adakah rakyat India dinegara ini berkata mahukan penguasaan pentadbiran? Tidak. Kenapa? Kerana mereka sememangnya tahu untuk menghormati keistimewaan rakan-rakan Melayu. Adakah politik UMNO tahu untuk menghormati golongan bukan Melayu? Apakah hanya orang Melayu UMNO sahaja mempunyai semangat CINTA NEGARA? Kenapakah wujudnya dasar pecah dan perintah di Negara ini demi kepentingan Melayu UMNO?

Kini politik Melayu UMNO dibenci sehabis-habisan kerana pengkhianatan yang dilakukan olehnya terhadap golongan bukan Melayu. Adakah pemimpin UMNO berani untuk berkata tidak mahukan lagi sokongan parti komponen BUKAN MELAYU dan mandat rakyat BUKAN MELAYU dalam pembentukkan pentadbiran Kerajaan Persekutuan? Tidak.

Tetapi secara tidak langsung golongan BUKAN MELAYU mampu berkata dan berpendirian sedemikian dalam membawa perubahan. Bagaimana? Ianya cukup mudah untuk dibezakan, kerana UMNO berslogankan HIDUP MELAYU manakala PR pula berslogan "HIDUP RAKYAT".

UMNO hanya lebih cenderung dalam menangani isu sosial orang Melayu, manakala PR terlalu fokus dalam menyamaratakan hak Rakyat Malaysia tanpa mengabaikan keistimewaan kaum Melayu. Secara kesimpulan, agenda UMNO dalam merakyatkan semua kaum dibawah slogan "1Malaysia", tidak diterima oleh kaum bukan Melayu kerana agenda itu tidak sejati dan murni.

Kematangan politik UMNO 52 tahun sedang menenggelam dan kematangan PR yang diketawakan oleh UMNO/BN sedang mengalami kebangkitan setiap detik dan masa. Maka, sudah pasti rakyat akan berubah untuk masa depan yang cemerlang.

* P.Sugumaran, Pengarah Biro Pendidikan Politik, Pemuda DAPSY Negeri Perak

48 orang terbunuh, 150 cedera

Posted: 20 Mar 2011 05:30 PM PDT

TRIPOLI - Selepas hampir 42 tahun di puncak kuasa, Pemerintah Libya, Muammar Gaddafi dikejutkan dengan serangan 112 peluru berpandu Tomahawk pada awal pagi semalam yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat (AS) dan sekutu-sekutunya.

Kempen perikatan itu dilihat sebagai yang terbesar sejak Perang Iraq tamat hampir lapan tahun lalu apatah lagi dunia melihatnya sebagai usaha terbaru Barat untuk memaksa Gaddafi berundur.

Selain AS, perikatan Barat itu terdiri daripada Britain, Perancis, Kanada dan Itali.

Kapal Amerika Syarikat yang terlibat dalam serangan itu termasuklah USS Barry, USS Stout, USS Providence, USS Scranton dan USS Florida dengan dibantu sebuah kapal selam Britain, Westminster.

PENGGANTI TAIB MAHMUD: SATU TEKA-TEKI YANG AMAT SUKAR

Posted: 20 Mar 2011 05:00 PM PDT

Oleh Ruhanie Ahmad


Pehin Seri Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang memimpin Sarawak sejak 1981 sudah pasti akan bersara sebagai Ketua Menteri setelah ditemui penggantinya yang sesuai dalam tempoh peralihan kuasa selepas Pilihan Raya DUN bulan depan.

Ini bermakna Tan Sri Taib akan terus memimpin Sarawak buat beberapa ketika setelah PRDUN berkenaan sebelum bakal penggantinya dipilih dan dimuktamadkan oleh BN Pusat. Ini dilakukan untuk mengelakkan perebutan kuasa dan untuk memantapkan politik BN di negeri tersebut.

Persoalannya sekarang, siapakah bakal pengganti berkenaan? Apakah kriteria khusus yang diutamakan? Dan, adakah individu tersebut perlu dimunculkan daripada suku Melanau?

Ketika ini dinamika politik BN Sarawak lebih berpaksikan kepada tiga persoalan ini. Sejak dua tiga hari lalu sudah ada beberapa representasi disuarakan. Ada pihak yang mahukan Tan Sri Adenan Satem. Ada pihak lain yang melobi untuk Datuk Abang Johari Tun Haji Openg. Tidak kurang juga kumpulan yang cuba menlonjakkan nama Datuk Awang Tengah.

Seluruh nama di atas dikenali ramai di Sarawak. Mereka adalah tokoh-tokoh kepimpinan PBB sejak beberapa tahun yang lalu dan mempunyai jawatan dalam Kabinet Negeri..

Pun begitu, ada juga spekulasi mengatakan bahawa terdapat satu lagi nama yang kini tersenarai sebagai bakal pengganti Tan Sri Taib. Setakat ini individu berkenaan hanya dikategorikan sebagai calon "yang tidak disangka-sangka."

Kesimpulannya, bakal pengganti Tan Sri Taib kini menjadi satu teka-teki yang cukup sukar untuk dirungkai. Bagaimanapun, siapakah individu ini, apakah kesitimewaannya, dan adakah beliau juga daripada suku Melanau? Jawapannya mungkin sudah diketahui oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan juga Tan Sri Taib.

‘Keberanian’ Najib bukti terlibat atur kes Fitnah II

Posted: 20 Mar 2011 04:30 PM PDT

KUALA LUMPUR: Tindakan Datuk Seri Najib Razak memperalat media tempatan untuk mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sampel DNA dengan menawarkan DNA beliau sendiri, membuktikan penglibatannya Perdana Menteri itu dalam kes Fitnah II.

Bercakap kepada KeadilanDaily, Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa berkata, desakan berkenaan sekadar mengesahkan Presiden Umno itu terlibat dalam mengatur konspirasi menjatuhkan Anwar.

"Bila Najib kata 'Anwar patut serah DNA,' dan 'kami mahu tahu siapa Jantan Y,' dia (Najib) secara langsung mengakui peranan dia dalam konspirasi (Fitnah II).

Malah, Sivarasa yang juga seorang peguam, percaya kenyataan Najib itu umpama arahan berselindung atau isyarat kepada mahkamah untuk mengarahkan Anwar menyerahkan sampel DNA.

"Tak wajar Najib mengeluarkan kenyataan begitu kerana ia seolah-olah cuba mempengaruhi mahkamah. Ia boleh dilihat sebagai arahan kepada mahkamah untuk menekan Anwar.

"Malah, ia juga satu penghinaan pula terhadap sistem perundangan," katanya.

Merujuk kenyataan Najib yang 'tidak takut menyerahkan DNA' dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, Sivarasa berkata, 'keberanian' Najib hanya wayang yang tidak memberi sebarang makna.

Merujuk kenyataan penyiasat persendirian, P Balasubramaniam pada 2008 dalam akuan bersumpah pertama yang mendedahkan Najib melakukan hubungan seks dengan Altantuya, beliau berkata:

"Tak guna dia (Najib) serah DNA. Tubuh Altantuya sudah tiada," katanya dan menyatakan DNA Najib hanya perlu jika tubuh Altantuya tidak diletupkan.

Cadang usul tergempar siasat kekayaan luar biasa Taib Mahmud

Posted: 20 Mar 2011 03:50 PM PDT

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dicadang membuat usul tergempar di Parlimen mendesak penubuhan Suruhanjaya Bebas bagi menyiasat semua pendedahan kekayaan luar biasa Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, kata Pengerusi Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat, Mazlan Aliman.

"Pendedahan Sarawak Report dan badan bukan kerajaan (NGO) lain mengenai kekayaan beliau (Taib Mahmud) sesuatu yang tidak boleh dinafikan," katanya pada kenyataan media, hari ini.

Semalam, Presiden Transparency International (Malaysia), Paul Low menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan agensi berkaitan, segera menyiasat dakwaan rasuah terhadap Taib Mahmud bagi mengelakkan Malaysia berada dalam kedudukan corot dalam indeks rasuah dunia.

Mengalu-alukan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Isnin ini, Mazlan yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) Kerja PAS Pusat, berkata rakyat Sarawak mesti berani melakukan perubahan dengan menyingkirkan Taib Mahmud dan Barisan Nasional (BN) di Sarawak.

"Jenayah Taib Mahmud dan kuncu-kuncunya tidak boleh dimaafkan. Dosa mereka terlalu besar dan rakyat mesti menyingkirkan mereka," katanya.

Mazlan berkata, jurang kehidupan antara Taib Mahmud dan pemimpin BN jauh berbeza dengan rakyat yang tinggal di pondok buruk sedangkan mereka memiliki mahligai jutaan ringgit.

"Perhatikan penduduk di Kampung Pujut, Miri dengan kroni BN di perumahan elit Luak Esplanade. Macam langit dengan bumi!" katanya.

Beliau juga menyifatkan, rekod buruk pemerintahan 30 tahun Taib Mahmud punca kebanyakan kawasan di Sarawak ketinggalan 40 tahun berbanding Semenanjung Malaysia.

"Penderitaan dan kesengsaraan rakyat akibat kemiskinan tegar meliputi sebahagian besar kehidupan penduduk Sarawak.

"Ketiadaan bekalan api, letrik, air, jalan tanah merah dan prasarana adalah fenomena biasa di negeri itu. Lihat sahaja di Sibu, Bintulu, Batang Lupar, Miri, Limbang dan bahagian lain di Sarawak.

"Tidak tergambar di minda kita, sebuah negeri yang luas, ada minyak dan kawasan balak terbesar di Malaysia, rakyatnya hidup daif," katanya pada kenyataan media, hari ini.

Paling menyedihkan, kata Mazlan, tanah adat (NCR) yang diteroka sebelum merdeka, dirampas syarikat kroni Taib Mahmud, walaupun penduduk melakukan segala cara untuk mempertahan tanah mereka.

"Memorandum dan laporan polis menjadi rutin tetapi dipandang sepi Taib Mahmud," katanya yang turut menyelar keangkuhan BN kerana menggunakan samseng untuk mengekang kesedaran rakyat, sekali gus menjadikan Taib Mahmud adalah Hosni Mubarak di Malaysia.

Tiada ulasan: