Isnin, 21 Mac 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Teknologi Video Dan Kempen Jatuhkan Maruah Seteru Politik

Posted: 21 Mar 2011 04:14 AM PDT

TVS NEWS


Oleh Wira Arjuna

Sekali imbas, ceritanya memang panas – tetapi tidak masuk akal.

Adakah seorang yang begitu terkenal dan menghadapi pertuduhan liwat akan nekad untuk mendapatkan khidmat seorang pelacur di sebuah hotel di tengah-tengah ibu Negara?

Dan, apakah kemungkinan bilik hotel itu pula mempunyai kemudahan rakaman yang begitu canggih sehingga video itu diambil daripada beberapa sudut.

Itulah yang juak-juak Umno dan blogger upahan mahukan rakyat percaya dalam fitnah terbaru terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam percubaan terbaru untuk memusnahkan kredibiliti Ketua Pembangkang berusia 63 tahun itu, seorang yang bergelar "Datuk T" hari ini menyewa kemudahan di Hotel Carcosa yang mempunyai kadar sewa paling mahal di Kuala Lumpur.

Beliau berbuat demikian kononnya untuk membolehkan wartawan menonton video itu sebelum ia dihantar kepada Anwar dan isterinya.

"Datuk T" menggambarkan dirinya sebagai ahli sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang mahu menegakkan kebenaran.

Jika itu tujuannya, mengapa tidak diserahkan video itu kepada pihak berkuasa, termasuk Jabatan Agama Islam?

Mengapa tidak terus "melepaskan" video itu untuk disebarkan kepada orang ramai supaya kesahihan video ini dapat dikenal pasti secepat mungkin?

Kenapa harus tunggu seminggu atas alasan memberi peluang kepada Anwar berundur secara terhormat?

Jelas tujuan untuk "menyembunyikan' video ini daripada khalayak ramai adalah hanya untuk mendapatkan publisiti maksimum untuk memalukan Anwar, sebelum kesahihan video diperinci oleh golongan profesional.

Bagi mereka yang mengenali selok belok politik Umno dan NGO upahan parti itu, persoalan utama ialah sebagus mana kualiti video fitnah ini. Dalam erti kata lain, apakah teknologi yang digunapakai untuk menghasilkannya.

Pada perbicaraan Anwar yang pertama tahun 1998, pihak pendakwaraya menjanjikan bukti video untuk mensabitkan perlakuan seks Anwar.

Namun akhirnya pihak pendakwaraya sendiri sedar bahawa "video" yang dimaksudkan itu direkacipta dengan kualiti yang begitu buruk dan tidak akan dapat dipertahankan di mahkamah.

Justeru, tidak ada bukti sebegitu ditampilkan, sungguhpun ia dijanjikan.

Sejak itu, teknologi video sudah jauh beranjak ke depan untuk memanfaatkan sesiapa yang bercadang membuat video membabitkan personaliti tertentu.

Kepada mereka yang arif dalam teknologi video, teknik memasang wajah orang tertentu melakukan sesuatu yang haram bukan perkara mustahil, namun ia adalah sesuatu yang boleh dibuktikan menerusi aplikasi teknologi yang ada.

Jika Datuk T "ikhlas" menyelamatkan negara, video itu sudah tentu berada di tangan polis, dan Jabatan Agama Islam serta pakar-pakar yang boleh memperakukan kesahihannya.

Sebaliknya tidak. Datuk T akan "menyimpan' video itu untuk seminggu manakala polis dan pihak berkuasa Islam pula tidak menunjukkan sebarang inisiatif untuk menyiasat dakwaan beliau.

Jelas tangan musuh-musuh politik Anwar sekali lagi terserlah dalam satu lagi percubaan untuk mengaibkan beliau dan keluarganya.

Dengan bertindak demikian, seteru-seteru politik Anwar mahu merencat kempen beliau dan Pakatan Rakyat di Sarawak menjelang pilihanraya negeri di situ.

Lawan politik Anwar juga amat mengharapkan "pendedahan" video seks itu akan memberikan nafas baru kepada tuduhan liwat terhadap beliau yang kini terjejas selepas hakim memutuskan polis memperolehi bukti sampel DNA terhadap Anwar secara tidak sah.

Amat mencurigakan apabila Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein awal-awal lagi menafikan pembabitan polis dalam video berkenaan.

"Jadi jangan ada spekulasi bahawa polis yang buat (video) ini, saya belum tengok dan mungkin tidak akan tengok," kata beliau.

Hanya Hishamuddin tahu kenapa beliau bingkas menafikan pembabitan polis walhal belum pun ada tuduhan sebegitu dibuat.

Video Seks- Bahan Reka Cipta Untuk Aibkan Anwar, Kata PAS

Posted: 21 Mar 2011 04:13 AM PDT

TVS NEWS


KUALA LUMPUR : Bibit-bibit pertama bahawa video seks yang menfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim direka cipta semakin menyerlah selepas lebih ramai wartawan menyaksikan video itu menjelang petang ini.

Naib Presiden PAS Mahfuz Omar berkata beliau mendapat maklum balas bahawa orang yang ditayangkan melakukan hubungan seks dengan seorang wanita mempunyai perut "buncit' yang bukan iras Anwar.

"Ini ada kaitan dengan unsur-unsur politik yang disebut oleh ramai wartawan tadi bahawa video itu menunjukkan muka Datuk Seri Anwar tetapi bahawa video perutnya, perut buncit….perut saya lebih buncit dari perut Datuk Seri Anwar ," kata Mahfuz.

Mahfuz juga membidas Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein yang berkata polis sanggup menyiasat kesahihan video itu jika ada pihak membuat laporan.

Mahfuz berkata Hishamuddin sepatutnya sedar bahawa polis boleh menyiasat tanpa menunggu laporan orang awam.

"Sepatutnya tak perlu buat laporan polis dan polis terus boleh buat siasatan. Tanya pihak Carcosa kenapa boleh benarkan tayangan video berunsur lucah. Ini… seolah-olah tayangan video lucah dihalalkan dalam negara kita," kata Mahfuz .

"Maka saya minta polis terus menyiasat, tak perlu tunggu laporan dari mana-mana pihak," tambah beliau.

Mahfuz berkata, beliau hairan bagaimana sebuah hotel lima bintang seperti Carcosa Sri Negara membenarkan seseorang individu yang tidak dikenali menayangkan video seks

"Saya nak minta pihak polis siasat bagaimana pihak Carcosa boleh membenarkan satu program tayangan video yang berunsur lucah, sedangkan tiada pun undang-undang g mengatakan hotel yang bertaraf lima bintang atau enam bintang, malah jika tahi bintang pun, boleh tayang video lucah," tambah beliau.

Mahfuz berkata keengganan pihak di sebalik video itu untuk menyerahkannya kepada pihak berkuasa dan majlis agama amat mencurigakan dan harus menjadi persoalan utama.

"Kalau mereka bertujuan untuk mengatakan ada orang-orang tertentu dalam video tersebut melakukan perlakuan-perlakuan yang sumbang ini, sepatutnya mereka menyerahkan video tersebut kepada pihak berkuasa, atau pihak berkuasa agama kalau membabitkan orang Islam."kata Mahfuz.

" Jadi ini yang sepatutnya menimbulkan tanda tanya…. apa agenda sebenarnya yang dibuat oleh pihak penganjur yang membuat tayangan ini," tambah beliau.

Mahfuz membayangkan Anwar sekali lagi menjadi mangsa fitnah Umno dalam usaha parti pemerintah itu memulihkan sokongan daripada pengundi Melayu.

"Saya rasa bahawa ini sesuatu yang malanglah …. di mana Umno merasai kedudukan mereka yang sangat tergugat dan melihat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai satu ancaman kepada politik mereka hingga sampai ke satu peringkat di mana mereka sanggup melakukan sebegitu rupa," kata Mahfuz.

Sementara itu Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, media dan masyarakat tidak perlu membuang masa untuk membuat pelbagai telahan mengenai video yang tidak diketahui kesahihannya itu.

" Kita tidak tahu siapa yang mendedahkan video ini dan dari mana ia datang? Adakah kita patut membuang masa kita untuk video-video yang kita tidak tahu sumbernya. Kalau pun kita tahu siapa sumber itu, adakah kita tahu ia benar atau tidak?," soal beliau.

Karpal: Permohonan pendakwa salah guna proses mahkamah

Posted: 21 Mar 2011 04:09 AM PDT

BERNAMA

KUALA LUMPUR – Pihak pembelaan hari ini meminta Mahkamah Tinggi menolak permohonan menyemak keputusan menggugurkan tiga sampel, yang merupakan keterangan penting pendakwaan dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan memerintahkan tertuduh memberi sampel DNAnya, kerana mendakwa ia penyalahgunaan proses mahkamah.

Peguam Karpal Singh berkata permohonan pendakwaan mengikut Seksyen 73 dan 165 Akta Keterangan 1950 itu tidak memperuntukkan kuasa kepada mahkamah bagi mengarahkan seseorang tertuduh memberikan sampel untuk pemprofilan DNA.

Beliau berkata Seksyen 73 merujuk kepada perbandingan tanda tangan, tulisan atau cop mohor beserta barangan lain, yang telah diakui atau dibuktikan, dan mahkamah boleh mengarahkan mana-mana orang untuk menulis sebarang bentuk perkataan bagi membolehkan perbandingan dilakukan.

"Seksyen 73 terpakai untuk cap jari, namun dalam kes ini, pendakwaan beranggapan keterangan mengenai DNA yang dikemukakan telah dibuktikan tetapi ia adalah sebaliknya," hujah Karpal.

Sementara itu, katanya, Seksyen 165 memperuntukkan kuasa untuk seseorang hakim menyoal atau memerintahkan supaya sesuatu dokumen mengenai sesuatu perkara dikemukakan kepada mahkamah.

"Sehubungan itu, Seksyen 73 dan 165 tidak memberi kuasa kepada mahkamah untuk mengarahkan seseorang tertuduh menyediakan sampel untuk pemprofilan DNA," katanya.

Beliau berkata Seksyen 165 mengehadkan campur tangan kehakiman dalam sesuatu perbicaraan, dan permohonan seumpama itu juga tidak pernah dilakukan di mana-mana mahkamah negara Komanwel.

Karpal berkata walaupun Parlimen telah meluluskan Akta Identifikasi DNA 2009, ia belum dikuatkuasakan.

Beliau berkata Seksyen 62 Akta Polis dan Pembuktian Jenayah 1984 pula hanya memberi kuasa kepada polis untuk mengambil sampel bahagian sulit dengan keizinan suspek.

"Seksyen 62 tidak memberikan kuasa kepada mahkamah untuk mengarahkan seseorang tertuduh dalam perbicaraan yang sedang berlangsung supaya memberikan sampel untuk tujuan DNA," katanya.

Anwar, 63, didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari, 25, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Karpal juga berkata walaupun mahkamah boleh menyemak keputusannya, ia mesti mempunyai keterangan yang cukup menyakinkan selepas prosiding bicara dalam bicara bagi membolehkan hakim berbuat demikian, namun keadaan itu tidak berlaku dalam kes ini.

Beliau berkata berdasarkan keputusan mahkamah menolak botol air mineral, tuala 'good morning' dan berus gigi sebagai keterangan, membuktikan kesemua barang berkenaan diperoleh secara tidak sah serta melalui kaedah yang tidak adil oleh polis.

"Polis cuba mengemukakan keterangan DNA melalui helah dan penipuan," katanya.

Beliau berkata keterangan Pegawai Penyiasat Superintenden Judy Blacious Pereira turut mengesahkan terdapat ketidakpatuhan terhadap Peraturan Lokap 1953.

Selain itu, Karpal berkata Superintenden Ahmad Faufik Abdullah juga mengesahkan bahawa Anwar tidak diberitahu sebab penahanannya ketika dia ditahan pada 16 Julai 2008 di Segambut.

Dalam hujah balasnya, Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden berkata walaupun pembelaan menyatakan permohonan yang dibuat ''jarang'' dilakukan, namun mahkamah masih boleh mengguna pakai kedua-dua seksyen bagi membenarkan permohonan pendakwaan.

Video seks: Buat laporan polis jika teraniaya, kata Hishammuddin

Posted: 21 Mar 2011 04:06 AM PDT



KUALA LUMPUR — Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein meminta individu yang rasa dirinya "teraniaya" ekoran penyebaran video seks, yang dikaitkan dengan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat, agar membuat laporan polis.

Beliau berkata tanpa laporan polis, pihaknya tidak boleh melakukan siasatan.

"Kita tak boleh nak ambil tindakan selagi tiada laporan polis dibuat.

"Tapi siapa yang terlibat kena berani dan jawab, sesiapa yang rasa dianiaya buatlah laporan polis," katanya pada sidang media.

Menurut Hishammuddin, beliau baru hari ini dimaklumkan mengenai video seks tersebut dan tidak mempunyai butiran lanjut mengenainya.

"Saya baru sahaja dimaklumkan mengenai perkara ini (video seks) pagi tadi, saya tak tahu siapa dan apa butirannya.

"Sama ada dia daripada pemimpin pembangkang (Pakatan Rakyat) saya tidak tahu, sama ada ia tulen atau palsu saya juga tidak tahu, saya belum tengok dan mungkin tidak akan tengok," katanya kepada pemberita di Bukit Aman hari ini.

Naib Presiden Umno itu juga meminta semua pihak agar jangan membuat spekulasi bahawa polis terlibat dalam penyebaran video seks itu.

"Apa yang boleh saya tegaskan bahawa polis tidak terlibat dalam apa jua kegiatan untuk merekod video itu.

"Jadi jangan ada spekulasi bahawa polis yang buat, saya belum tengok dan mungkin tidak akan tengok," katanya.

Jelas beliau, sekiranya benar individu tersebut adalah pemimpin Pakatan Rakyat, maka rakyat akan menilai dan menghukum tindakan individu tersebut.

Hari ini satu rakaman video menunjukkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat sedang mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita, dipercayai pelacur asing, muncul dan dipertontonkan kepada media.

Video 21 minit itu, dalam empat segmen, menggambarkan pemimpin tersebut yang juga seorang Ahli Parlimen mengadakan hubungan seks di sebuah hotel di sini, dilihat akan menggegarkan arena politik negara sekali lagi.

Ia yang dirakamkan pada 21 Februari lalu dipertunjukkan kepada media di sebuah hotel di sini pagi ini.

Rakaman itu diperoleh dari hotel pemimpin berkenaan melanggan wanita tersebut.

Wakil-wakil media dibawa ke hotel itu oleh seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai "Datuk T".

Rakaman hitam putih itu dipertontonkan dalam beberapa bahagaian, bermula dengan ahli politik berkenaan, seorang wanita yang bercirikan Asia Timur, dan seorang lelaki tidak dikenali di bilik hotel tersebut.

Bahagian kedua, yang dirakamkan dari pelbagai sudut, menunjukkan lelaki itu menerima seks oral daripada wanita berkenaan dan mengadakan hubungan seks dalam beberapa posisi.

Rakaman video seks ‘sebar’ di Parlimen

Posted: 21 Mar 2011 04:05 AM PDT

KUALA LUMPUR – Rakaman video seks menunjukkan seorang pemimpin kanan Melayu mengadakan seks dengan seorang wanita, dipercayai pelacur dari China, dipertontonkan di ruang rehat ahli-ahli Parlimen selepas disaksikan oleh wakil-wakil media pagi tadi.

Ia ditunjukkan menerusi komputer riba milik seorang kakitangan Parlimen di ruang merokok dan disaksikan oleh beberapa wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dengan pemberita-pemberita dari portal online milik Umno.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider, video klip itu terbahagi kepada empat bahagian.

Bagaimanapun komputer riba itu dirampas petang tadi selepas khabar angin mengenai video itu tersebar luas.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menafikan video seks itu melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar: Saya bukan lelaki dalam video seks, taktik jahat baru BN

Posted: 21 Mar 2011 04:03 AM PDT



Anwar bersama isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di pekarangan ibu pejabat PKR untuk mengadakan sidang media petang tadi. – Foto oleh Jack Ooi

PETALING JAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan sekeras-kerasnya beliau adalah individu yang didakwa dalam rakaman video seks, yang mendapatkan khidmat seks daripada pelacur di sebuah hotel di ibu negara akhir bulan lalu.

Beliau menegaskan penyebaran video seks tersebut adalah satu strategi Barisan Nasional (BN) untuk menjatuhkan imejnya sebagai tokoh pemimpin negara.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya, ia berniat jahat dan fitnah, saya nafikan secara keras saya adalah individu dalam video tersebut.

"Saya mengecam konspirasi terbaru untuk memfitnah dan mengaibkan saya serta keluarga, video yang ditayangkan merupakan satu taktik jahat yang dilakukan musuh politik yang berhasrat untuk membantutkan kemaraan Pakatan Rakyat," katanya pada sidang media di sini petang ini.

Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa tayangan video khas yang dibuat tengah hari tadi telah dirancang serta didalangi pihak tertentu.

"Kita beri amaran kepada musuh politik Pakatan Rakyat agar menghentikan segera politik kotor dan lucah ini, jangan heret rakyat dan negara terjebak ke dalam politik kotor kamu.

"Tayangan itu telah dirancang dengan penuh teliti, malah rancangan untuk mengadakan tayangan ini juga hanya didedahkan kepada ketua-ketua editor arus perdana, malah saya difahamkan ia turut melibatkan pasukan cawangan khas," katanya.

Hari ini satu rakaman video menunjukkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat sedang mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita, dipercayai pelacur asing, muncul dan dipertontonkan kepada media.

Video 21 minit itu, dalam empat segmen, menggambarkan pemimpin tersebut yang juga seorang Ahli Parlimen mengadakan hubungan seks di sebuah hotel di sini, dilihat akan menggegarkan arena politik negara sekali lagi.

Ia yang dirakamkan pada 21 Februari lalu ditunjukkan kepada media di sebuah hotel di sini pagi ini.

Rakaman itu diperoleh dari hotel pemimpin berkenaan melanggan wanita tersebut.

Kata Anwar, ketika rakaman video seks itu berlaku beliau berada di rumah bersama keluarga.

"Ketika itu saya ada di rumah, sebelum itu saya berada dengan kakitangan PKR, saya juga ada melayan Twitter, malah ia boleh dibuktikan.

"Saya diberitahu gambar (lelaki) itu adalah mirip saya cuma perutnya jauh lebih buncit daripada saya, kalau lihat perut saya lain," katanya.

Jelas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, pendedahan video seks itu sengaja disebarkan kerana terdesak selepas kes liwat yang membabitkan dirinya dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan hampir "berkecai."

"Politik jahat ini sangat jelas... apabila kes liwat sudah lemah, hampir berkecai, jadi kena buat pertuduhan baru terhadap saya.

"Jadi saya minta rakyat tidak terperangkap dengan politik fitnah dan lucah ini, ini adalah serangan peribadi terhadap saya dan keluarga.

"Kerana terdesak musuh politik saya terpaksa mereka fitnah baru demi memburukkan serta menjejaskan reputasi saya," katanya.

Tegas Anwar, fitnah terbaru terhadap dirinya itu juga bertujuan untuk mengalih pandangan rakyat dari isu nasional termasuk pilihan raya negeri Sarawak.

"Musuh politik Pakatan Rakyat terdesak untuk lari dari membahaskan isu rasuah dan kepincangan pentadbiran Ketua Menteri (Sarawak) Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

"Maka tidak hairanlah sekiranya sekali lagi musuh politik bertindak menurut warisan politik usang dan jelik," katanya.

Menurut Anwar, beliau tidak akan membuat laporan polis sehingga mendapat kesahihan video seks tersebut.

"Tengok pun belum macam mana nak siasat, jawabnya ringkas.

Sementara itu, isteri Anwar yang juga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, beliau terkejut dengan tuduhan terbaru terhadap suaminya itu.

"Saya terkejut (apabila dapat tahu), yang disuruh letak jawatan adalah saya, apa saya nak buat?

"Ini adalah taktik jahat, kalau selalu kes Anwar dengan lelaki tapi dalam video itu dengan perempuan, ini adalah motif yang tidak bertanggungjawab," katanya.

Pemimpin BN: Kami bukan dalang video seks

Posted: 21 Mar 2011 04:01 AM PDT

KUALA LUMPUR – Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) menafikan tuduhan bahawa mereka adalah dalang di sebalik kemunculan rakaman video seks baru, yang menunjukkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat (PR) mengadakan hubungan seks dengan pelacur bulan lalu.

Malah pemimpin-pemimpin BN juga mempersoalkan pendirian defensif Pakatan Rakyat berhubung dakwaan bahawa lelaki dalam rakaman itu adalah pemimpin kanan pembangkang.

Sehubungan itu soal Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin, mengapa PR begitu cepat menafikan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah lelaki dalam rakaman itu sedangkan tidak seorang pun pemimpin mereka telah menonton rakaman itu.

"(Adalah) sesuatu yang ganjil apabila ahli-ahli politik Pakatan begitu cepat menafikan khususnya ketika tidak seorang pun melihatnya.

"Ia hanya ditunjukkan kepada pemberita pagi ini. Bagaimana mereka tahu? Nik Nazmi dengan cepat menghantar mesej (menerusi Twitter) bahawa dia bukan Anwar," katanya lagi.

Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno berkata, "beliau (Nik Nazmi) yang mengatakan dia (lelaki) itu bukan Anwar, kami dari BN tidak pernah kata yang dia itu Anwar."

"Kami tidak menyebut sebarang nama, tapi nampaknya mereka begitu defensif mengenai perkara ini," kata beliau sambil menambah, "kemungkinan ada sesuatu yang tidak kena."

BN: Mala petaka di akhir zaman

Posted: 21 Mar 2011 01:23 AM PDT

Huzir Sulaiman

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Masa akan menjadi dekat (pendek), ilmu akan diangkat, fitnah akan lahir, dicampakkan akan sifat bakhil dan berlaku dengan banyaknya 'harju'. Maka mereka bertanya: Wahai Rasul, apakah maksud harju. Baginda menjawab: harju adalah pembunuh."

Dan fitnah ini cukup jelas dan nyata dihamburkan oleh pihak BN ketika di PRK, melalui saksi mata saya sendiri dan dari mata sahabat yang lain ketika di sana. Strategi perang saraf BN tidak mengenal erti benar dan salah, erti hakikat fakta dan palsu malah erti pahala dan dosa asalkan matlamat utama mengekalkan kuasa dengan apa cara sekalipun walaupun dengan cara yang cukup jijik dan dayus tercapai.

Itulah BN yang dilihat seiras kaum yang dimaksudkan oleh persoalan Huzaifah yang dikatakan mengambil sunnah dan petunjuk selain daripada sunnah dan petunjuk nabi.

Huzaifah bertanya "Adakah selepas kebaikan ini akan datang pula kejahatan?" Baginda menjawab; 'Ya', ada tetapi bercampur dengan 'dakhan'".

Huzaifah bertanya, "Apakah 'dakhan' itu?". Baginda menjawab, "Kaum atau golongan yang mengambil sunnah yang lain daripada sunnahku dan mengambil petunjuk lain daripada petunjukku. Kamu kenal mereka dan hendaklah kamu tentang mereka".

Huzaifah bertanya lagi, "Apakah selepas ini ada keburukan lagi?" Baginda menjawab, 'Ya' ada iaitu pendakwah-pendakwah di tepi pintu neraka. Barangsiapa yang menyahut dakwah mereka, mereka akan menolaknya ke dalam neraka."

Kata Huzaifah, "Bolehkah beri tahu sifat mereka, wahai Rasul SAW?" Baginda bersabda, "Mereka adalah sama warna kulitnya dengan kamu dan bercakap dengan bahasa kamu".

Dan kerana itu, para pengundi khususnya, haruslah bijak di dalam menapis setiap maklumat yang disampaikan, Allah SWT berfirman, maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan". (Al-Hujurat :6).

Kerana pengundi yang bijak itu disebut oleh Prof Hamka dalam mentafsirkan ayat di atas sebagai orang yang beriman kerana sentiasa berfikir sebelum bertindak atau berbuat sesuatu, dan senantiasa bersifat sabar dalam menerima segala berita, dan tidak tergopoh-gapah di dalam mempercayai sesuatu berita, kerana sikap buruk (tergopoh-gapah) itu dari sabda Nabi adalah dari syaitan.

Dan untuk tidak bersama-sama dengan sikap buruk itu, maka amatilah dengan fikiran terbuka dan dengan penuh sabar maklumat yang saya kumpul dari risalah-risalah ketika di PRK sebelum ini termasuk memeriksa kebenarannya sebagai bukti berimannya kita kepada Allah S.W.T.

Antaranya ialah:

DAP anti Melayu dan anti ISLAM? (Hampir 21 contoh dikemukakan untuk mengukuhkan tuduhan itu).

  1. Lim Guan Eng dan Datuk Seri Anwar ingin menghapuskan hak keistimewaan Melayu termasuk Institusi Raja-Raja Melayu?
  2. Perbezaan di antara kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang menentang rasuah dengan tindakan beliau yang juga pengamal rasuah?
  3. Kes liwat Datuk Seri Anwar termasuk tiada bukti yang dikemukan beliau terhadap tuduhan beliau dalam isu pembelian kapal selam, pembunuhan Altantuya dan APCO?
  4. Mungkir janjinya Anwar untuk menyelesaikan isu Kg. Buah Pala di Pulau Pinang?
  5. Anwar sebagai penasihat ekonomi Kerajaan Negeri Selangor dengan gaji RM1 tetapi mempunyai defisit RM70 juta serta pejabat di luar Negara?
  6. Datuk Seri Anwar dan Khalid Samad ingin meliberalkan ISLAM?
  7. Melayu untuk dijual?
  8. Isu pimpinan DAP di dalam dan di sekitar kawasan masjid?
  9. Melayu hilang kuasa jika pembangkang memerintah?
  10. Doa pecah perut untuk orang Islam. Doa qunut nazilah dan solat hajat untuk orang kafir?
  11. PAS tidak mempertahankan nama Allah kerana membenarkan DAP menggunakan kalimah Allah termasuk menggunakan perkataan Allah di gereja?

Sejauh mana benar tuduhan di atas terletak di bahu kita semua untuk sama-sama menelitinya, dan jika ia tidak benar, maka wajiblah untuk sama-sama kita memeranginya.

Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya: "Bersegeralah kamu mengerjakan amalan-amalan bagi menolak fitnah yang datang seperti kegelapan malam yang gelap gelita. Pada sebelah pagi seseorang itu beriman dan pada sebelah petangnya ia menjadi kafir dan pada sebelah petangnya ia beriman dan pada sebelah paginya ia menjadi kafir. Dia menjual agamanya dengan harta benda dunia."

Dan janganlah menjerumuskan diri kita ke dalam bahaya fitnah ini kerana azab siksanya amatlah pedih.

Firman Allah SWT dalam surah al-Anfal ayat 25 yang bermaksud: "Jagalah olehmu akan fitnah yang tidak menimpa ke atas mereka yang zalim semata-mata dan ketahuilah bahawa Allah sangat dahsyat siksaan Nya."

Memberi undi atau menyokong mereka tanpa usul periksa yang menyeluruh atau berat-sebelah pasti akhirnya akan meruntuhkan seluruh struktur sosio-ekonomi negara lebih-lebih lagi kepada masa hadapan anak-anak kita yang akan hancur kerananya. Adakah itu yang kita mahu?

Dan jika BN khususnya Umno berada di landasan yang benar dan yakin dengan setiap tuduhan mereka, dan yakin bahawa setiap rakyat malaysia berhak diberi kebebasan untuk melaksanakan usul periksa secara adil dan saksama demi agama dan negara, kenapa kebebasan media khususnya kepada Pakatan Rakyat disekat sebegitu rupa? Berani kerana benar dan takut kerana salah.

Kenapa dilihat begitu takut? sehingga tiada ruang langsung disediakan oleh media Radio dan Televisyen untuk Pakatan Rakyat memperjelaskan setiap dari tuduhan di atas.

Untuk rakyat khususnya para pengundi fikirkan.

Dun Sarawak bubar, bermulalah pesta temberang

Posted: 21 Mar 2011 01:21 AM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak dibubar pada hari ini, maka bermulalah pesta temberang oleh pemimpin BN yang akan membawa macam-macam janji manis untuk rakyat di Sarawak.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, bermacam-macam janji akan ditabur untuk rakyat Sarawak, ia merupakan amalan biasa pemimpin BN setiap kali pilihan raya.

Menurutnya, menjelang Pilihan raya Sarawak BN cuba hendak melindungi kelemahan mereka selama ini untuk membangunkan negeri itu.

Katanya, kegagalan mereka untuk mentadbir Sarawak dengan menuding jari kepada pembangkang kononnya Pakatan Rakyat punya angkara sedangkan Pakatan Rakyta baru sahaja berusia tiga tahun.

"PAS hendak tanya ke mana pula hasil mahsul negeri Sarawak seperti minyak dan balak?" soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, akan ada 'hantu-hantu jembalang' dari Semenanjung yang mahu mengganggu keharmonian rakyat di Sarawak menjelang pilihan raya negeri itu tidak lama lagi.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, mereka hanya datang ke Sarawak pada pilihan raya negeri semata-mata untuk membuat kacau dengan membawa berita manis untuk menarik sokongan rakyat.

"Kenyataan Timbalan Presiden Umno menggambarkan kebimbangan beliau berkenaan dengan kesedaran di kalangan rakyat Sarawak yang semakin celik maklumat mengenai kecacatan pemerintahan BN di Sarawak," ujar Idris.

Mereka, katanya sudah bertanya ke mana sumber kekayaan negeri mengalir kerana kehidupan mereka seolah-olah negeri Sarawak sebuah negeri padang sahara yang tidak mempunyai sumber hasil bumi.

Sebagai satu contoh, ujarnya sebuah kampung yang berhampiran dengan pejabat Petronas Cari Gali di Miri, terdapat sebuah kampung Pasir yang didiami oleh masyarakat Iban.

Katanya, kawasan sudah didiami hampir 30 tahun tanpa elektrik yang terpaksa menggunakan generator dengan kos RM150 sebulan untuk setiap rumah.

Baginya, Muhyiddin menganggap PR akan mengganggu Sarawak menjadi negara maju di mana kenyataan itu seperti pencuri menjerit pencuri.

Soalnya, apakah Sarawak selama ini diperintah oleh Pakatan Rakyat.

PAS, ujarnya mengharapkan Timbalan Presiden Umno jangan menganggap rakyat Sarawak buta sejarah kerana apabila hampir pilihan raya, pemimpin mula jijak kampung rakyat, selepas pilihanraya, rakyat dijijak.

PAS, katanya lagi percaya bahawa Timbalan Presiden takut dengan janji "Buku Jingga" antaranya 20% royalti minyak akan diberikan kepada Sarawak.

Datuk Seri Najib telah mengumumkan peruntukan RM5.7 bilion untuk negeri Sarawak ini sehingga 2012 supaya Sarawak seimbang dengan Semenanjung dari segi pembangunan.

Tambahnya, saban tahun peruntukan di Sabah dan Sarawak diluluskan, malangnya dari segi pelaksanaan tidak berlaku.

"Kehidupan rakyat seperti negeri baru merdeka 10 tahun. Tanah yang luas masih kedapatan, tetapi rakyat merempat di tanah setinggan, hanya menunggu masa untuk dihalau.

"PAS yakin rakyat Sarawak akan buat kejutan dalam pilihan raya kali ini. Mereka akan merdekakan diri daripada belenggu BN, insya Allah," ujarnya.

Radioaktif: Penduduk Kuantan sokong halang Lynas

Posted: 21 Mar 2011 01:20 AM PDT

Khairil Abdul Rahim

KUANTAN: Usaha Pakatan Rakyat menghalang operasi sebuah kilang dari Australia yang memproses nadir bumi (rare earth) atau logam lathanides yang mana sisanya boleh mengeluarkan radioaktif di kawasan industri Gebeng di sini, mula mendapat sokongan ramai.

Kelmarin, kempen "Halang Lynas! Selamatkan Kuantan" yang diketuai Naib Presiden PKR Fuziah Salleh yang bermula di Pasar Tani Kuantan berjaya mengutip 500 tandatangan orang ramai.

(gambar) Fuziah Salleh ketika kempen Halang Lynas! Selamatkan Kuantan di Pasar Tani Kuantan.

Sementara dialog pada sebelah petangnya di Kuantan Comfrim Centre dihadiri lebih 300 penduduk tempatan.

Lynas Corporation Ltd merupakan syarikat milik penuh Australia yang akan beroperasi hujung tahun ini memproses lathanides iaitu bahan yang digunakan sebagai bahan pembuatan mentol lampu jimat tenaga, bateri kering serta pelbagai produk teknologi moden.

Manakala bahan mentah pula akan dibawa masuk dari kuari milik Lynas di Pergunungan Weld, New South Wales sebelum diproses di Gebeng.

Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan berkata, jika kilang tersebut beroperasi, jika berlaku sesuatu kebocoran sisa radioaktif itu bakal membahayakan penduduk serta generasi akan datang.

"Apa yang tidak diketahui kebanyakan orang bahawa elemen-elemen sumber asli itu sebenarnya berpotensi menghasilkan kadar radiasi peringkat rendah dan sederhana akibat penghasilan sisa radioaktif. Sebab itulah pihak pemaju industri ini memerlukan lesen khas dari Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) sebelum memulakan operasinya".

"Persoalannya mengapa Lynas yang sebelum ini beroperasi di negeri China telah pun terpaksa beralih tempat untuk memproses bahan tersebut sehingga terpaksa mencari lokasi baru. Kenapa Lynas juga enggan memprosesnya di negara mereka sendiri, Australia. Kenapa? Kerana kedua-dua negara tersebut telah sedar kesan buruknya. Kenapa mereka sanggup membawa bahan tersebut ke Malaysia?".

Menurut Fuziah, sebelum ini pada bulan Julai 2007 Kerajaan Negeri Trengganu telah menolak untuk membenarkan kilang tersebut beroperasi di Telok Kalong, Kemaman, selepas mengkaji isu-isu keselamatan yang membabitkan nyawa manusia serta maklumbalas daripada pelbagai badan NGO.

Namun begitu pada 24 Ogos 2007 MIDA mengenalpasti lokasi baru di Gebeng, Kuantan dan Kerajaan Pahang pula menjadi pak sanggup menerima projek tersebut.

Menurut Fuziah lagi, sejarah hitam industri pemerosesan lathanides telah pun berlaku sekitar awal 1990an di Bukit Merah, Perak di mana syarikat usahasama dari Jepun yang mendakwa menggunakan teknologi pemperosesan bahan tersebut telah gagal menguruskan sisa buangan industri mereka dan mengakibatkan pencemaran alam sekitar.

Akibat radiasi sisa buangan radioaktif tersebut, kata Fuziah, telah meningkatkan kadar kejadian kanser, kelahiran bayi pramatang dan cacat malah kes keguguran bayi meningkat secara mendadak melebihi kadar purata yang direkodkan di peringkat kebangsaan. Justeru penduduk setempat telah menjadi mangsa serta hidup merana. Setelah puas menentang, akhirnya mahkamah membatalkan lesen syarikat terbabit.

"Memanglah syarikat-syarikat seperti itu menjanjikan keselamatan masyarakat dan kebersihan alam sekitar menjadi keutamaan mereka. Pernah saya jumpa Menteri Besar Pahang dulu bila saya utarakan persoalan ini, beliau juga yakin kebocoran tidak akan berlaku".

"Tapi apakah mustahil setelah lama beroperasi kemungkinan kejadian-kejadian seperti pelupusan sisa secara haram dilakukan. Malah, kemudahan penyimpanan sisa buangan sementara seperti yang dituntut peraturan juga mungkin tidak lagi menjadi keutamaan. Sisa-sisa mungkin akan dibiarkan secara terbuka dan mendedahkan bahaya kepada masyarakat dan alam sekitar".

"Kita sudah ada bukti timbulnya masalah sebelum ini di Bukit Merah Perak di dalam industri yang sama. Tambahan pula di negara kita ini penguatkuasaan memang menjadi masalah. Masalah pembuangan sampah merata-rata pun kita susah nak buat penguatkuasaan. Jadi saya khuatir bagaiamanakah kita mampu melaksanakan penguatkuasaan dalam kes ini yang melibatkan sisa radioaktif merbahaya".

Fuziah mengandaikan jika berlaku kebocoran di tempat penyimpanan sisa buangan sudah tentu akan mencemarkan Sungai Balok yang kemudiannya akan mencemarkan ikan-ikan dilaut China Selatan.

"Kuantan merupakan pengkalan penangkapan ikan yang terbesar didalam Negara. Ikan-ikan dari Kuantan dihantar ke Pasar Borong di Selayang yang kemudiannya di hantar ke pasar-pasar dan ke restoran-restoran seluruh negara".

"Saya sendiri membangkitkan perkara ini di parlimen baru-baru ini memandangkan projek ini yang begitu sensitif terhadap keselamatan orang awam dan berisiko tinggi, saya menggesa Ketua Pengarah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar supaya mengarahkan satu kajian Detailed Environmental Impact Analysis (DEIA) yang kemudiannya perlu pula dipamerkan kepada orang awam selama 40 hari untuk maklum balas".

"Walaupun projek ini mungkin tidak memerlukan DEIA dilakukan tetapi demi memastikan keselamatan awam tidak rugi sekiranya pihak Kementerian membuat kajian yang lebih teliti sebelum projek ini dimulakan. Keselamatan orang awam, bayi dalam kandungan dan generasi akan datang yang terancam tidak boleh di gadaikan," katanya.

Petani, peneroka patut hidup selesa

Posted: 21 Mar 2011 01:18 AM PDT

Aziz Muda

KUALA LUMPUR: Para petani, peneroka tanah-tanah rancangan dan penoreh getah kini selayaknya hidup dalam keadaan lebih selesa, apabila harga komoditi utama seperti kelapa sawit, getah, koko dan lada kekal di paras tinggi sejak 5 tahun lalu.

Contohnya, harga purata minyak sawit mentah (crude palm oil - CPO) pada tahun 2010 adalah di paras RM3,620 setan berbanding dengan RM1,395 setan pada tahun 2005, iaitu kenaikan sebanyak 159 peratus dalam tempoh 5 tahun.

Bagi tempoh Januari hingga Februari 2011 pula, harga purata CPO adalah RM3,789.00 berbanding RM2,532.50 dalam tempoh yang sama pada tahun 2010.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainudin menjelaskan, harga getah gred SMR 20 telah meningkat daripada RM5.23 sekilogram pada tahun 2005 kepada RM10.58 sekilogram pada tahun 2010.

Menurut beliau, paras tertinggi dalam sejarah yang telah dicapai adalah RM17.17 sekilogram iaitu pada 18 Februari 2011. Manakala bagi tempoh Januari hingga Februari 2011 harga purata gred SMR 20 adalah EM16.26 sekilogram.

Beliau memberitahu demikian ketika menjawab soalan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Ahli Parlimen Kota Bharu (PAS) pada persidangan Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Dalam soalan asalnya, Wan Abdul Rahim meminta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan usaha-usaha yang akan dilakukan oleh kerajaan bagi memastikan harga komoditi getah dan kelapa sawit terus kekal di paras yang tinggi.

Menjawab soalan itu, Hamzah menjelaskan, usaha-usaha yang diambil bagi memastikan harga sawit terus kekal di paras yang tinggi meliputi mengimbangi penawaran minyak sawit dengan menggalakkan penanaman semula pokok sawit yang berusia lebih 25 tahun dan tidak produktif.

Selain itu, melaksanakan Program B5 iaitu adunan lima (5) peratus biodiesel sawit dengan minyak diesel fosil, memperuntukkan kuota untuk eksport minyak sawit mentah tanpa duti, meningkatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan bagi penghasilan produk-produk bernilai tambah baru berasaskan sawit dan menerokai pasaran-pasaran baru dan memperkukuhkan pasaran sedia ada.

Manakala usaha-usaha yang diambil bagi memastikan harga getah terus kekal di paras yang tinggi pula adalah mengimbangi permintaan dan penawaran getah asli melalui kerjasama dengan negara-negara pengeluar getah asli utama yang lain seperti Thailand dan Indonesia.

Selain itu, pihak kerajaan juga akan melakukan pemantauan terhadap aktiviti pasaran getah antarabangsa oleh kumpulan pakar dari Malaysia, Thailand dan Indonesia.

Usaha lain pula adalah meningkatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan untuk mempelbagaikan kegunaan getah seperti pengeluaran produk getah yang mesra alam.

Pertemuan peminjam PTPTN 27 Mac

Posted: 21 Mar 2011 01:17 AM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Pusat akan menganjurkan program Pertemuan Peminjam-Peminjam PTPTN pada hari Ahad, 27 Mac bermula jam 3 petang di Auditorium Akademi Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Bandar Sri Putra, Kajang.

Ketua penerangannya, Suhaizat Kayat berkata, pimpinan PAS dan ahli parlimen Pakatan Rakyat (PR) akan turut sama mendengar rintihan mereka.

Pandangan mereka, katanya akan dirumuskan selepas perjumpaan tersebut.

"Matlamat program ini adalah bagi mendengar sendiri rintihan daripada peminjam-peminjam PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional) yang sedang menghadapi tekanan bayaran balik," katanya.

Menurutnya, terdapat rungutan yang sangat ketara terhadap sistem pengurusan PTPTN yang tidak sistematik.

Beliau berkata, ada kalangan peminjam yang telah membuat bayaran tetapi tidak dinyatakan dalam penyata, seolah-olah mereka tidak membuat sebarang bayaran.

Tambahnya, terdapat peminjam yang membuat bayaran tetapi nama mereka masih disenarai hitamkan.

"Menariknya mereka yang tidak langsung membuat bayaran tidak pula disenarai hitamkan. Terdapat tawaran Ujrah iaitu penurunan caj perkhidmatan daripada 4% kepada 1%," ujarnya.

Malangnya, kata beliau peminjam memberi komen tawaran Ujrah hanyalah helah PTPTN untuk mendapatkan maklumat terkini mereka sahaja.

Katanya, peminjam yang telah disenarai hitamkan oleh PTPTN tidak layak mendapat tawaran Ujrah.

Katanya lagi, komen-komen daripada peminjam ini membuktikan bahawa PTPTN sedang menghadapi masalah pengurusannya.

Jelasnya, pertemuan yang akan diadakan ini juga bertujuan bagi membentuk satu jawatankuasa bertindak mengatasi masalah yang mereka sedang hadapi.

PTPTN, ujarnya telah membelanjakan sebanyak RM37 bilion sejak 13 tahun yang lalu dan telah mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 4% dan sedang berusaha untuk membuat pindaan terhadap akta PTPTN yang bertujuan untuk mengetatkan lagi kawalan pembayaran balik pinjaman.

"Tindakan ini sudah semestinya akan memberikan lebih tekanan kepada peminjam. Jumlah peminjam adalah seramai 1.7 juta orang. Terdapat 191,262 orang peminjam yang tidak mampu membuat bayaran balik pinjaman," katanya.

Mereka, katanya lagi dalam keadaan tertekan kerana mereka tidak mampu membuat bayaran.

Menurutnya, faktor utama adalah kerana mereka tidak mempunyai pekerjaan yang tetap dan kos hidup yang meningkat setiap tahun khususnya di bandar.

"Diharap peminjam-peminjam PTPTN dapat hadir dalam pertemuan ini, seterusnya jawatankuasa yang bakal dibentuk dapat menyediakan plan cadangan kepada pihak kerajaan bagi mengatasi masalah yang sedang mereka hadapi. Semua peminjam PTPTN seluruh negara di jemput hadir," ujarnya.

Istana Kelantan kesal jual anugerah

Posted: 21 Mar 2011 01:15 AM PDT

Rizal Tahir

KOTA BHARU: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, memandang berat dan dukacita terhadap tindakan pihak tertentu di negeri ini yang mengurniakan darjah kebesaran kepada individu dengan sewenang-wenangnya.

Sedangkan sebarang anugerah darjah-darjah kebesaran atau gelaran hanya boleh diperkenankan oleh Sultan Kelantan sahaja sebagaimana mengikut Perkara 43 (1) Undang-Undang Perlembagaanm Tubuh Kerajaan (Bahagian Yang Kedua).

Penasihat Undang-Undang Istana Kelantan, Datuk Sukri Mohamed berkata, kegiatan jual anugerah itu dilakukan sebuah pertubuhan yang mengurniakan pelbagai anugerah, termasuk gelaran 'Datuk' kepada individu di dalam dan luar Kelantan.

Katanya lagi, tindakan itu bukan sahaja telah melanggar Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan bahkan menderhaka kepada Sultan Kelantan, di samping melanggar undang-undang negara.

Katanya, pertubuhan itu bukan sahaja tidak berkelayakan mengurniakan sebarang anugerah, sebaliknya pendaftaran pertubuhan itu juga telah dibatalkan pada 10 Januari lalu.

Katanya, pertubuhan itu telah memberikan 'darjah kebesaran Kelantan' kepada 120 penerima, mulai tahun lalu.

"Saya difahamkan untuk mendapatkan gelaran ada penerima sanggup membayar sehingga RM150,000 dan pertubuhan itu mengadakan majlis penganugerahan di sebuah hotel di sini," katanya pada sidang media di Istana Balai Besar di sini, semalam.

Hadir sama, Pengelola Istana Diraja, Datuk Ahmad Mahmood dan Ketua Istiadat, Datuk Abdul Halim Hamad.

Sebelum ini, sebuah akhbar melaporkan pertubuhan terbabit mengurniakan lebih 100 anugerah kebesaran dalam satu majlis di sebuah bangunan di Pasir Mas.

Menurutnya, pihak Istana Kelantan membuat tiga laporan polis, satu di balai polis Pasir Mas dan dua di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Negeri, Jumaat lalu, dan difahamkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut mengambil tindakan terhadap pihak terbabit.:

Pada sidang akhbar sama, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner, Lai Yong Heng berkata, polis mengambil keterangan daripada mereka yang terbabit pada majlis penganugerahan darjah berkenaan.

Sehubungan itu, Shukri menasihati masyarakat seluruhnya agar tidak membabitkan diri lagi pada program sedemikian bagi mengelakkan sesuatu perkara yang tidak diingin berlaku.

Dun Sarawak bubar, laporan Harakahdaily tepat

Posted: 21 Mar 2011 01:14 AM PDT

Harakahdaily

KUCHING: Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak dibubarkan hari ini untuk membolehkan pilihan raya Dun ke-10 diadakan.

Speaker DUN Sarawak Datuk Seri Mohamad Asfia Awang Nassar berkata pengisytiharan pembubaran DUN Sarawak yang ditandatangani oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng telah diterima pada pagi ini.

"Pembubaran DUN Sarawak pada 21 Mac iaitu hari ini mengikut perkara 21(2) Perlembagaan Negeri Sarawak," katanya pada sidang media di bangunan DUN baru di Kuching hari ini.

Asfia berkata pengisytiharan pembubaran DUN Sarawak akan diserahkan kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada petang esok.

"Tempat dan masa pertemuan belum dapat ditentukan tapi ia akan diserahkan esok," katanya lagi.

Asfia berkata selepas penyerahan pengisytiharan itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menentukan tarikh penamaan calon dan pengundian.

Sebelum ini, Harakahdaily melaporkan, DUN Sarawak akan dibubarkan hari ini, 21 Mac.

Jika desas-desus itu menjadi kenyataan, ada kemungkinan pilihan raya dilangsungkan pada 16 April sementara 9 April adalah hari penamaan calon, lapor Harakahdaily sebelum ini.

Kes berprofil tinggi telus jika SPRM boleh dakwa

Posted: 21 Mar 2011 01:07 AM PDT

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub berpendirian, siasatan kes berprofil tinggi akan lebih telus sekiranya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diberikan kuasa pendakwaan.

Salahuddin sewaktu mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini berkata, dengan adanya kuasa pendakwaan itu, SPRM tidak akan terikat dengan karenah birokrasi.

"Adakah menteri percaya dengan adanya kuasa pendakwaan ini, akan menjadikan siasatan lebih telus dan tidak terikat dengan mana-mana birokrasi lagi supaya kes yang berfrofil tinggi ini dapat disempurnakan," katanya.

Beliau yang juga anggota jawatankuasa khas Parlimen mengenai rasuah juga menyifatkan cadangan jawatankuasa berkenaan berkaitan perkara itu sebagai berani.

"Ini satu cadangan yang paling berani yang pernah dibuat oleh jawatankuasa ini yang telah pun kita serahkan ke Putrajaya tahun lewat tahun lepas," katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dalam jawapannya bagaimanapun memberitahu, pemisahan kuasa adalah satu perkara yang sangat penting iaitu memisahkan di antara kuasa menyiasat dan mendakwa.

"Adalah penting bagi seorang pendakwa untuk mendakwa tanpa mempunyai hubungan yang rapat dengan orang yang hendak didakwa," katanya.

Salahuddin dalam soalan asalnya meminta Perdana Menteri menyatakan jumlah kes yang dianggap atau dikategorikan sebagai berprofil tinggi yang telah sempurna disiasat oleh SPRM dari tahun 1990 hingga 2010.

Beliau juga ingin tahu daripada jumlah itu berapakah jumlah kes yang telah diambil tindakan pendakwaan oleh Jabatan Peguam Negara dan jumlah kes yang telah selesai dibicarakan.

Mahkamah Tangguh, Hakim Semak Keputusan Perbicaraan Dalam Perbicaraan

Posted: 21 Mar 2011 01:05 AM PDT

TVS NEWS


KUALA LUMPUR : Perbicaraan kes fitnah kedua ke atas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bersambung hari ini ditangguhkan pada Rabu bagi memberi laluan kepada hakim Zabidin Mohd Diah menyemak penghakimannya pada prosiding perbicaraan dalam perbicaraan sebelum ini.

Beliau terdahulu diminta menyemak semula penghakimannya oleh pihak pendakwwaan berhubung keputusan berkenaan dan juga mahu mahkamah mengarahkan Anwar menyerahkan sampel DNAnya bagi tujuan profailing.

Zabidin sebelum ini memutuskan sampel DNA Anwar yang diperoleh pada Julai 2008 di sel D7, ketika beliau ditahan semalaman sebagai tidak sah.

Barangan yang dimaksudkan ialah botol air minuman, berus gigi dan tuala 'Good Morning' serta sehelai bulu.

Sementara itu, suasana di kompleks Mahkamah Jalan Duta pagi tadi kembali 'meriah' dengan kehadiran anggota polis lebih ramai berbanding biasa.

Dilaporkan juga, Gerakan Anti Pendakwaan Terpilih (GAPET) turut menyerahkan memorandum kepada Anwar sebagai tanda sokongan kepada beliau untuk menangkis desakan proksi Umno-BN memberikan sampel DNA untuk mengaitkan beliau dengan 'lelaki Y' dalam kes konspirasi kedua membabitkan dirinya.

Turut hadir, Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nizmi Nik Ahmad, Badrul Amin Baharom, Azan Ismail, Saifudin Nasution dan Johari Abdul.

Putrajaya Digesa Bekerjasama Tingkat Mutu Pendidikan

Posted: 21 Mar 2011 12:53 AM PDT

TVS NEWS


AMPANG : Kerajaan Persekutuan diminta bekerjasama dengan kerajaan negeri Selangor untuk meningkatkan tahap pendidikan di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali berkata kerajaan negeri Selangor telah membuat permohonan kepada Kementerian Pelajaran pada 23 Julai tahun lalu bagi tujuan pembinaan sekolah rendah dan menengah namun sehingga kini masih belum mendapat tindak balas dari kementerian itu.

Katanya, adalah menjadi kewajiban kerajaan Persekutuan dalam membangunkan institusi pendidikan seperti sekolah dan kerajaan negeri berperanan untuk menyediakan tempat bagi tujuan itu.

"Pada 23 Julai 2010 Yang Amat Berhormat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor telah mengutus surat kepada Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran Malaysia untuk mendapatkan peruntukan bagi maksud tersebut," ujar beliau.

Azmin berkata demikian pada Majlis Perasmian Dewan Komuniti dan Penyerahan CF Taman Bukit Mulia di Bukit Antarabangsa di sini, semalam.

Sungguhpun begitu katanya tiada sebarang maklum balas diterima daripada Kementerian Pelajaran sehingga ke saat ini.

Tambahnya, kerajaan negeri telah mengenal pasti sebuah tapak seluas enam ekar untuk pembangunan sekolah rendah dan 8.5 ekar untuk pembangunan sekolah
menengah di kawasan berkenaan.

"Mengikut laporan yang kita terima daripada Jabatan Perancangan Bandar dan Desa di Bukit antarabangsa termasuk Ukay Perdana terdapat lebih 11,800 rumah kediaman dengan penduduk telah mencecah lebih 50,000 orang namun masalah yang besar ialah tidak ada sekolah rendah dan sekolah menengah di Bukit Antarabangsa," tambahnya lagi.

Mengikut statistik katanya sekurang-kurangnya terdapat lebih kurang 5,400 anak-anak penduduk di kawasan itu yang memerlukan sekolah rendah dan kira-kira 5,000 untuk sekolah menengah.

Pada masa ini tambahnya penduduk di Bukit Antarabangsa terpaksa menghantar anak-anak di Keramat, Hulu Kelang, Taman Melawati dan kawasan sekitar dan keseluruhan ibu bapa di sini terpaksa menyeberangi kawasan ataupun MRR2 untuk menghantar anak-anak ke sekolah.

Katanya, ekoran masalah yang berpanjangan ini beliau akan membawa perkara ini dalam sidang DUN Selangor yang akan bermula pasa 28 Mac ini.

Beliau turut menjelaskan perancangan membina sekolah rendah agama di kawasan itu memandangkan setakat ini tiada lagi sekolah itu dibina di situ sedangkan 70 peratus penduduk adalah mereka yang beragama Islam.

Penulis blog setuju henti siar artikel fitnah Rais

Posted: 21 Mar 2011 12:52 AM PDT

BERNAMA

KUALA LUMPUR— Seorang penulis blog, yang disaman oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berhubung satu artikel yang didakwa memfitnah beliau, bersetuju berhenti daripada menyiarkan tulisan itu, demikian menurut peguam bagi menteri itu hari ini.

Badrul Munir Bukhari, peguam yang mewakili Rais, berkata Hakim Mahkamah Tinggi Datin Zabariah Mohd Yusof membenarkan permohonan yang dikemukakan oleh Rais bagi menghalang Amizudin Ahmat daripada terus menyiarkan artikel dalam blog, sharpshooterblogger.blogspot.com. sehingga saman oleh Rais terhadap Amizudin selesai.

Badrul Munir memberitahu pemberita bahawa permohonan itu dibenarkan berdasarkan persetujuan kedua-dua pihak.

Amizudin diwakili peguam Gan Chee Wei. Mahkamah menetapkan 6 April ini untuk pengurusan kes tuu.

Pada 2 Feb lepas, Rais berjaya dalam permohonannya di Mahkamah Tinggi untuk mengarahkan Amizudin mengeluarkan daripada blognya artikel berkenaan dan gambar Rais.

Hakim juga membenarkan permohonan Rais bagi menghalang Amizudin atau ejennya daripada terus menyiarkan artikel didakwa berunsur fitnah itu atau yang seumpamanya terhadap beliau sehingga permohonan inter-parte itu selesai.

Pada 31 Jan, Rais memfailkan saman fitnah terhadap Amizudin, yang juga anggota jawatankuasa sayap pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung artikel yang disiarkan dalam blog Amizudin, bersama gambar Rais, sekitar 28 Dis tahun lepas.

Beliau menuntut antara lainnya ganti rugi am, ganti rugi khas, ganti rugi teruk selain perintah terhadap defendan supaya mengeluarkan daripada blognya artikel itu dan melarangnya daripada terus menyiarkannya.

Dalam kenyataan tuntutannya, Rais, 69, berkata maksud artikel dalam bahasa Melayu itu berniat jahat dan memfitnah beliau.

Katanya tulisan itu membawa makna beliau bersalah melakukan jenayah serius merogol dan mampu membunuh pembantu rumah beliau dari Indonesia.

Rais juga berkata tulisan fitnah itu membawa maksud beliau seorang manusia dan/atau pemimpin yang tidak bermoral.

Menteri itu berkata bahawa ekoran daripada penerbitan artikel itu, reputasi beliau sebagai seorang individu dan/atau sebagai seorang profesional di peringkat nasional dan antarabangsa telah tercemar teruk, dan membuat beliau malu dan tertekan.

Rais telah menafikan alegasi itu selepas seorang penulis blog menamakan beliau.

Ekoran itu, seorang wanita yang pernah bekerja dengan beliau selama lapan tahun, dilaporkan oleh sebuah portal berita Indonesia, telah menafikan yang beliau pernah dilayan buruk atau dirogol oleh majikannya.

Kedah fokus baru serangan BN, tapi Pakatan dakwa ‘angkara orang gila talak’

Posted: 21 Mar 2011 12:50 AM PDT



Mahfuz: BN tak mampu untuk atasi apa yang kita telah lakukan sebab itu mereka lakukan serangan dengan menabur fitnah, memburukkan Pakatan Rakyat dan melaga-lagakan kami hanya untuk dapatkan sokongan rakyat pada pilihan raya umum nanti.
KUALA LUMPUR — Sejak sebulan lalu Umno-BN Kedah memperlihatkan kelainan dengan mempertingkatkan serangan, tetapi Pakatan Rakyat (PR) Kedah menganggap mereka terpaksa melakukan serangan terhadap kerajaan negeri kerana bimbang akan kehilangan terus sokongan rakyat terutamanya orang Melayu dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Sebelum ini kerajaan negeri PR di Pulau Pinang dan Selangor menyaksikan serangan bertubi-tubi dengan Kedah seolah-olah 'terlepas' daripada kempen Umno-BN itu.

Bagaimanapun sejak bulan lalu Kedah juga sudah tidak terlepas daripada radar serangan itu.

Selain itu, pemimpin PR juga menyifatkan langkah BN itu sebagai usaha terdesak kerana sudah ketandusan idea untuk menjatuhkan kerajaan negeri Kedah diterajui Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar, langkah diambil BN yang secara berterusan kerajaan negeri Kedah membuktikan parti itu bimbang terhadap pendekatan diambil Pakatan Rakyat Kedah.

"Serangan itu angkara orang gila talak yang mahukan sangat kerusi di Kedah dan ia menunjukkan BN bimbang pendekatan pentadbiran yang dilakukan Pakatan Rakyat di sini (Kedah).

"BN bimbang hubungan mesra yang terjalin antara pemimpin Pakatan Rakyat dan rakyat akan menyebabkan mereka kehilangan sokongan, BN bimbang apabila kerajaan negeri yang dipimpin Datuk Seri Azizan menunjukkan corak pentadbiran telus, tiada penyelewengan dan tiada rasuah.

"BN tak mampu untuk atasi apa yang kita telah lakukan sebab itu mereka lakukan serangan dengan menabur fitnah, memburukkan Pakatan Rakyat dan melaga-lagakan kami hanya untuk dapatkan sokongan rakyat pada pilihan raya umum nanti," katanya kepada The Malaysian Insider.

Bagaimanapun Naib Presiden PAS dan Ahli Parlimen Pokok Sena percaya rakyat Kedah khususnya orang Melayu tidak akan terpedaya dengan taktik kotor BN itu.

"Itu harapan dan tujuan BN agar rakyat Kedah terutamanya orang Melayu akan percaya dan kembali sokong BN.

"BN usah bermimpi, orang Melayu sudah bijak dan menerima perubahan yang kita lakukan, mereka tidak akan terpedaya dengan taktik kotor yang digunakan untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat Kedah," katanya.

Sementara itu, Pengerusi DAP Kedah/Perlis Lee Guan Aik berkata, serangan yang dibuat BN itu adalah semata-mata untuk menjatuhkan imej pentadbiran negeri itu.

"Ini semua kerana pilihan raya, nak dapatkan sokongan sebab BN kalau kita lihat tak habis-habis serang Kedah, apa yang kami buat semua tak kena bagi BN.

"BN gunakan strategi dan taktik kotor untuk menjatuhkan imej kami, banyak risalah berbaur fitnah dan hasutan disebarkan... BN mahu tunjukkan negeri Pakatan Rakyat ini tidak OK dan ada masalah," katanya.

Beliau berkata BN juga akan memperbesarkan isu kecil dan mempolitikkan banyak perkara selain mencipta provokasi.

"Isu yang kecil diperbesarkan... dipolitikkan, BN buat provokasi untuk jatuhkan Pakatan Rakyat.

"Ini adalah strategi BN sejak dari awal lagi, cuma baru-baru ini serangan itu bertambah hebat," katanya.

Lee juga percaya rakyat Kedah tidak akan terpedaya dengan apa jua strategi untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat di negeri itu.

"BN nak bagi rakyat nampak Pakatan Rakyat ini tak betul tapi saya percaya rakyat Kedah tidak akan terpedaya.

"Kalau kita lihat BN sendiri sudah tidak ada idea, sebab itu gunakan taktik kotor seperti ini," kata beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Darul Aman.

Umno-BN Kedah dilihat telah memulakan serangan terhadap Pakatan Rakyat negeri itu selepas Umno merombak barisan kepimpinan parti Melayu itu dengan meletakkan Adun Bakar Bata Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai Pengerusi Umno Kedah.

Umno membawa perubahan kepimpinan awal tahun ini dengan Datuk Mukhriz Mahathir sebagai timbalannya awal tahun ini.

Terbaru Ahmad Bashah berkata berkata kerajaan PAS Kedah tidak perlu bersandiwara lagi tentang dakwaan ia telah melaksanakan 80 peratus daripada janji-janjinya yang dibuat oleh Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum yang lepas.

Beliau berkata sekiranya benar ia telah melaksanakannya, maka senaraikan sahaja janji-janji berkenaan dan tidak perlu berdalih dengan menyatakan akan mendedahkan perkara itu pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah pada 4 April ini.

Ahmad Bashah berkata sekiranya benar kerajaan negeri telah melaksankan manifesto itu, kenapa Azizan melenting apabila ditanya wartawan tentang manifesto PAS Kedah.

Tambah Mahfuz, dakwaan itu tidak benar sama sekali kerana kerajaan negeri Kedah telah melaksanakan manifesto itu dengan bertindak menurunkan cukai tanah, menguruskan perbelanjaan wang kerajaan negeri dengan lebih berhemah, pembatalan projek loji penapisan minyak di Yan dan tender pembalakan secara terbuka tidak pernah dilakukan Umno dan BN selama memerintah.

Alkitab bayangi aliran undi pilihan raya negeri Sarawak

Posted: 21 Mar 2011 12:49 AM PDT

KUCHING — Ketika pemimpin Kristian Malaysia melahirkan rasa tidak puas hati berhubung rampasan dan pengecapan Alkitab Bahasa Malaysia oleh Kementerian Dalam Negeri kekecewaan turut dirasai penganut agama itu di Sarawak.

Bagaimanapun sama ada sentimen itu akan diterjemahkan ke dalam bentuk pada pilihan raya negeri itu masih belum jelas.

Di Serian, kira-kira 60 kilometer dari Kuching, isu tersebut sebenarnya tidak pernah berlaku di kalangan Katolik Bidayuh yang ditemui The Malaysian Insider.

"Kami tidak pernah dengar sebarang masalah mengenai Alkitab. Ia tidak pernah disebut di gereja," kata Nyaupan Langkin dari Kampung Rayang.

"Saya rasa isu ini dimainkan oleh pihak tertentu tetapi ia bukan isu di sini," kata Langkin.

Serian merupakan kawasan berbukit di mana Kristian Bidayuh merupakan majoriti dan ia kawasan luar bandar pertama dilawat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika lawatan kerja kelmarin.

Lawatan penting itu belum pernah berlaku dan ia dinyatakan sendiri Najib yang turut membawa tiga menteri, yang juga Naib Presiden Umno.

Bagaimanapun, mengenai rampasan kitab Injil atau Alkitab yang dicap Kementerian Dalam Negeri langsung tidak disebut dalam ucapan beliau.

Sebaliknya Najib menggunakan peluang itu dengan mengumumkan peruntukan dana kerajaan pusat untuk membangunkan infrastruktur di Sarawak.

Apa yang paling menarik perhatian mereka adalah pengumuman RM252.82 juta untuk membekalkan tenaga elektrik di luar bandar dan projek-projek bekalan air yang sebahagiannya di Serian.

Ia dilihat satu cara untuk tidak membangkitkan isu Alkitab terutamanya di hadapan penganut Kristian kerana kerajaan mahu mengelakkan sebarang kenyataan yang bercanggah.

Atau mungkin isu itu tidak akan dapat diselesaikan kerana Persekutuan Kristian Malaysia menolak menerima Alkitab yang dicap.

Aktivis Kristian Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) mendakwa isu itu tidak mempunyai kaitan dengan penganut agama itu.

"Saya telah bercakap dengan kumpulan muda Kristian dalam SUPP. Bagi mereka dan saya, cap itu hanya cap, apa yang penting kitab ini mengajar kami," kata aktivis berumur 40 tahun dari Kuching yang enggan namanya didedahkan.

"Isu ini hanya isu bagu pemimpin Kristian tidak bagi penganut biasa. Ia dipolitikkan," katanya.

Seorang pegawai Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan mendedahkan bahawa secara umum, kajian mendapati pengundi termasuk di pusat bandar Sarawak kebanyakannya lebih membimbangkan isu "buku kecil" seperti isu premium tanah dan kos sara hidup yang meningkat.

"Ideologi" seperti pertikaian Alkitab termasuk isu kalimah "Allah" tidak berbangkit di kalangan sebahagian besar pengundi.

Malah gereja-gereja di Sarawak masih menggunakan kalimah "Allah" dan Alkitab kini diedarkan kepada penganutnya.

Bagaimanapun seorang pegawai kerajaan yang beragama Kristian berkata percubaan untuk mengehadkan amalan agama itu semakin banyak ketika pilihan raya.

"Saya dan rakan-rakan saya berasa bermasalah oleh mereka (Alkitab and Allah)," jawab pegawai yang enggan namanya dikenali apabila diberitahu bahawa BN menyifatkan ia bukan isu.

Walaupun ia tidak boleh bercakap secara terbuka mengenai hal-hal gereja dan namun dia berkata isu itu hangat diperkatakan.

Ini boleh menjelaskan mengapa ia sukar untuk mengukur betapa kuat kekecewaan di kalangan penganut agama Kristian di Sarawak.

Pegawai gereja Sarawak berkata tidak seperti orang Islam, penganut Kristian Malaysia tidak menggunakan jalan raya untuk menunjukkan bantahan ketika isu keagamaan timbul.

Dengan kata lain, tiada versi Kristian seperti bantahan yang kebiasaannya dibuat orang Islam selepas solat Jumaat.

"Kami lebih gemar untuk berdiam diri untuk menyatakan perasaan kami melalui undi,"

Bagaimanapun, bantahan yang dibuat tidak semestinya mencerminkan keseluruhan komuniti.

Sebagai contoh orang Islam, kajian yang dibuat Merdeka Center mendapati isu-isu perkauman dan keagamaan bukan isu yang paling tinggi dalam isu nasional.

Malah akhbar Bahasa Malaysia yang mesra dengan orang Islam turut mengutuk amalan pluralisme dan boleh dikatakan bantahan yang dibuat pada hari Jumaat setiap bulan.

Kemarahan penganut Kristian Sarawak mungkin dapat dirasai berhubung Alkitab yang dicap. Tetapi mungkin terdapat perkara lain yang menyumbang kemarahan mereka termasuk kehilangan tanah nenek moyang dan ketidakcekapan wakil rakyat, ini akan lebih membuatkan mereka marah dan akan menentukan undi mereka.

Anwar timbang ambil tindakan hina mahkamah ke atas Najib

Posted: 21 Mar 2011 12:48 AM PDT



KUALA LUMPUR — Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan menghina mahkamah ke atas Datuk Seri Najib Razak ekoran kenyataan perdana menteri meminta agar beliau menyerahkan sampel DNA dalam kes liwat dihadapinya sekarang.

Peguam Anwar, Karpal Singh berkata Najib telah bertindak bertentangan dengan amaran Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah yang meminta semua pihak supaya tidak mengulas mengenai perbicaraan semasa dan tindakan seumpama itu bersamaan dengan perbuatan menghina mahkamah.

Pakatan nafi lelaki dalam video seks Anwar

Posted: 21 Mar 2011 12:40 AM PDT


Ni Nazmi
KUALA LUMPUR — Pakatan Rakyat (PR) menafikan lelaki yang didakwa dalam rakaman video, melanggan seorang pelacur di sebuah hotel di ibu negara akhir bulan lalu sebagai Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ini (rakaman) video Anwar yang direka," kata pengarah komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad.

"Ia bukan Datuk Seri Anwar. Ini satu lagi usaha Barisan Nasional (BN) untuk memberi persepsi umum bahawa beliau seorang yang tidak bermoral, yang tidak layak untuk menerajui negara ini," kata anggota biro politik PAS Khalid Samad kepada The Malaysian Insider.

Naib presiden PKR Chua Tian Chang juga mendakwa BN semakin terdesak, "beralih daripada isu-isu besar seperti pilihan raya dan dasar kepada serangan peribadi."

Pagi tadi, seorang lelaki yang menamakan dirinya "Datuk T" mempertontonkan rakaman video menunjukkan seorang pemimpin kanan PR sedang mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita, dipercayai pelacur asing dari China.

Video 21 minit itu, dalam empat segmen, menggambarkan pemimpin tersebut yang juga seorang Ahli Parlimen mengadakan hubungan seks di sebuah hotel di sini, dilihat akan menggegarkan arena politik negara sekali lagi.

Ia yang dirakamkan pada 21 Februari lalu dipertunjukkan kepada media di sebuah hotel di sini pagi ini.

Menurut Datuk T, beliau mahu media menonton rakaman tersebut sebelum dia menghantarkannya kepada pemimpin berkenaan dan isterinya.

Malah katanya, jika pemimpin politik itu mengenal pasti dia adalah tuan punya diri dalam rakaman tersebut, maka dia dan isterinya harus meletakkan jawatan.

Datuk T mendakwa lelaki dalam rakaman video itu bukan seorang yang bermoral tinggi dan oleh itu, tidak layak bertindak sebagai pemimpin.

Dalam satu kenyataan yang turut diedarkan kepada media, yang tertera nama pemimpin tersebut, dikatakan bahawa ahli politik tersebut pergi ke hotel yang menawarkan khidmat seks dan kemudahan SPA.

Selepas pemimpin itu meninggalkan hotel, dia sedari bahawa dia tertinggal jam tangan jenama Omega di bilik dia memperoleh khidmat seks.

"Saya diminta mendapatkan jam tangan di bilik tersebut. Oleh kerana saya tidak nampak jam tangan pada meja, saya memeriksanya di belakang tempat persolekan. Saya terkejut melihat banyak wayar di belakangnya," kata kenyataan itu.

Kata kenyataan itu, wayar berkenaan disambungkan ke CCTV yang kemudiannya didapati merakamkan hubungan seks pemimpin itu dengan pelacur tersebut.

Umno jadi alat MCA tolak Islam

Posted: 21 Mar 2011 12:35 AM PDT

http://buletinonline.net/images/stories/PGU2/IMG_1711.JPGBULETIN ONLINE

usaha gantikan Umno dengan PAS adalah wajib syar'ie


BESUT
- Umno tidak melaksanakan Islam sebagai satu cara hidup yang syumul dalam negara ini kerana menjadi alat kepada parti MCA dalam Barisan Nasional (BN).

Menurut Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat, Islam yang lengkap diturunkan oleh Allah sebagai agama kepada manusia

"Islam untuk 'Deen' (iaitu) cara hidup (way of life) Umno, kenapa Umno tinggalkan...... kerana menjadi alat kepada Inggeris, menjadi alat kepada MCA, MCA kata kalau kau nak bekawan dengan aku, (kau) tolak Islam,

"mana boleh tak jadi alat kepada McA tolak Islam , Islam ini agama datang dari Allah, bukan dari Muhammad, (dan) bukan dar PAS,"kataya ketika berucap merasmikan Himpunan Kebangkitan Rakyat; PAS Ganti Umno (PGU2) di Jerteh, disini semalam 19 Mac.

Beliau menyifatkan amalan menyambut Maulud Nabi tidak guna disambut oleh orang-orang Umno kerana Umno menolak Islam.

"Bila Umno menolak Islam bererti, Allah pun dia tolak, al-Quran pun dia tolak, Jibarail pun dia tolak, nabi Muhammd pun dia tolak, (jadi) sambut Maulud buat apa,"jelasnya.

Sebab itulah, menurutnya, Umno menolak untuk berhujah berkenaan Islam dengan cara berdebat dan berbincang apabila setiap kali diajak oleh PAS.

Katanya, Islam boleh menyelamatkan manusia dan menyatukan semua bangsa di dunia. dan ,emkadi suatu kewajipan kepada orang-orang Islam mempertahankan Islam.

Menteri Besar Kelantan iu juga menegaskan sekali lagi, belaiu akan berkempen untuk melantik seorang Cina menjadi Menteri Besar, sekiranya ada dikalangan orang Cina di Kelantan yang berpendidikan tinggi dalam agama Islam dan berkelakuan baik,

"mu (Umno) kata 'gimik', gimik macamana? ia memang begitu (kenyataan), cuba ada orang Cina Kelantan yang belajar di (Universiti) Azhar ke, belajar di Mekah ke, belajar di pondok ke,

"(yang) mengerti islam, perangai pula 'molek' , zuhud ada, warak ada, maka saya orang pertama akan (ber) kempen kepada rakyat Kelantan supaya dia menjadi MB,"tegasnya.

Justeru, oleh kerana Umno tidak mahu kepada Islam, maka, katanya, usaha mengganti Umno dengan PAS adalah suatu wajib Syraie dan aqli.

Sebelum itu, beliau telah me'war-war'kan padang tempat dimana program PGU2 berlangsung dipanggil sebagai 'Dataran PAS Ganti Umno' sebagaimana yang diminta sendiri oleh tuan tanah tersebut kepada beliau.

Kereta Terbakar Ketika Isi Minyak, Sebabkan Stesen Minyak Terbakar

Posted: 21 Mar 2011 12:34 AM PDT

BERNAMA

ALOR SETAR: Sebuah stesen minyak di Jalan Sultanah di sini terbakar dalam kejadian awal pagi ini dipercayai berpunca daripada sebuah kereta yang terbakar ketika mengisi minyak.

Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Jalan Tun Razak Mohd Noor Din berkata kejadian berlaku kira-kira 4.20 pagi menyebabkan pemiliknya kerugian RM160,000.

Katanya pihaknya menerima panggilan pada 4.26 minit pagi dan sampai ke tempat kejadian tiga minit kemudian.

"Tiga jentera bomba dengan kekuatan 14 anggota dikejarkan ke tempat kejadian bagi memadamkan kebakaran.

"Ketika sampai di tempat kejadian api marak dengan cepat dari sebuah kereta yang menyambar pam minyak sehingga menyebabkan stesen minyak itu terbakar 30 peratus dan memusnahkan sebuah pam minyak," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, Isnin.

Kebakaran itu turut memusnahkan sebuah kereta jenis Proton Waja.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana tiga pekerja dan pemilik kenderaaan berkenaan yang berada di tempat kejadian sempat menyelamatkan diri.

Punca kejadian masih disiasat.

Zahid Yakin BN Akan Terus Dapat Sokongan Padu Rakyat Serawak

Posted: 21 Mar 2011 12:33 AM PDT

BERNAMA

BAGAN DATOH: Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin Barisan Nasional (BN) akan terus mendapat sokongan padu rakyat pada pilihan raya negeri Sarawak ke-10 yang bakal diadakan.

Beliau berkata ini kerana kerajaan yang diterajui BN mampu membawa pembangunan untuk kesejahteraan negeri itu dan rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN telah berjanji untuk membawa perubahan daripada segi pembangunan di Sarawak dan setakat ini sebanyak RM5 bilion telah diperuntukkan bagi pembangunan negeri berkenaan, katanya.

Hubungan erat yang terjalin antara kerajaan negeri Sarawak dan persekutuan akan terus memberi manfaat kepada penduduk negeri itu, katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat kelompok cawangan Umno Bahagian Bagan Datoh di sini pada Ahad.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan mengingatkan pengundi di Sarawak supaya jangan terpedaya dengan dakyah pembangkang untuk mengubah selera kerana ia akan membawa padah seperti yang dialami oleh negeri yang dikuasai oleh pembangkang selepas pilihan raya umum lepas.

Semalam, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud Taib mengumumkan Dewan Undangan Negeri Sarawak akan dibubar esok bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan

Tiada ulasan: