Sabtu, 12 Mac 2011

Biaqpila

Biaqpila


Datuk Haron Din minta adakan PRK Kota Siputeh

Posted: 12 Mar 2011 02:00 PM PST


KANGAR 11 Mac – Pas percaya momentum sokongan rakyat belum beralih sepenuhnya kepada Barisan Nasional (BN) kecuali Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh dan BN membuktikan kemampuan mempertahankan kerusi berkenaan.

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din berkata, senario politik semasa khususnya kemenangan BN di beberapa PRK belum menggambarkan keadaan sebenar tahap sokongan rakyat memandangkan kawasan berkenaan merupakan kubu kuat BN.

Katanya, tetapi menerusi PRK DUN Kota Siputeh, momentum sokongan rakyat akan dapat dinilai sama ada ia kembali memihak BN atau sebaliknya.

"Saya minta SPR adakan PRK DUN Kota Siputeh dan jika ia diadakan, baru kita tahu sama ada momentum memihak kepada BN atau tidak walaupun terdengar cakap-cakap bahawa BN mendapat sokongan yang kuat pada masa sekarang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Kompleks Pas Perlis di sini, hari ini.

Turut hadir Pesuruhjaya Pas negeri, Hashim Jasin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang.

Haron berkata demikian ditanya tentang desas-desus bahawa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan diadakan pada tahun ini berikutan momentum semasa menunjukkan rakyat telah mula beralih sokongan kepada BN.

Sebelum ini, Mahkamah Rayuan telah mengeluarkan perintah penggantungan sementara keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan kerusi DUN Kota Siputeh kosong hingga mengundang PRK diadakan.

Ini berikutan kegagalan ADUN kawasan tersebut, Datuk Abu Hassan Sarif hadir pada Sidang DUN Negeri Kedah pada 19 April dan 9 Ogos 2009.

Ditanya mengenai PRU-13, Haron berkata, beliau tidak mahu membuat telahan bilakah PRU-13 akan diadakan selepas Pilihan Raya Negeri Sarawak bakal diadakan tahun ini.

"Bola di kaki mereka (BN), tunggu masa hendak ditendang sahaja tetapi Pas sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan," kata beliau.

Bagaimanapun, ditanya apakah beliau akan menawarkan diri sekali lagi untuk bertanding di mana-mana kerusi di Perlis pada PRU-13, Haron berkata, pimpinan parti telah merangka senarai calon dan semuanya bergantung kepada keputusan yang akan diambil nanti.

Dalam perkembangan lain, Haron selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kompleks Pas Negeri Perlis berkata, beliau dan ahli-ahli Pas merakamkan penghargaan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu yang telah memberi kerjasama sehingga kompleks berharga RM1.3 juta itu dapat disiapkan sepenuhnya.

"Walaupun menunggu lama, bayangkan sejak pembelian tanah pada 1996, barulah kita dapat membina dan menyiapkan kompleks yang bukan sahaja bakal digunakan bagi pentadbiran parti malah sebagai pusat khidmat rakyat di negeri ini termasuk kegunaan sosial seperti majlis perkahwinan dan sebagainya," tambah beliau.

um

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KEPUTUSAN LIGA SUPER 12/3/11

Posted: 12 Mar 2011 06:42 AM PST

Gadis 19 tahun jual 350 DVD lucah

Posted: 12 Mar 2011 04:00 AM PST


GEORGETOWN- Seorang remaja perempuan di tuduh di Mahkamah Sesyen Georgetown kerana didapati menjual 350 keping cakera video digital (DVD) filem lucah pelbagai tajuk di sebuah premis di kompleks membeli-belah, di sini.

Aw Yong Swee Kee, 19 yang berasal dari Relau, Bayan Lepas dituduh melakukan kesalahan itu di premis DTS Movie Entertaiment, Prangin Mall pada jam 2 petang 7 Mac lalu.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang memperuntukkan penjara hingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.

Tertuduh bagaimanapun tidak mengaku bersalah dan Majistret, Noor Aini Yusof membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin.

Noor Aini menetapkan kes itu akan disebut semula pada 30 Mac ini bagi membolehkan tertuduh melantik peguam. Pertuduhan dibaca Timbalan Pendakwa Raya, Nor Farhana Adham.

SH

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Kereta api penumpang ghaib di Jepun

Posted: 11 Mar 2011 11:00 PM PST


ROSAK TERUK...kapal nelayan dan kereta terapung-apung di Pelabuhan Onamaha di Iwaki, Fukushima, selepas dihanyutkan ombak besar, semalam.

TOKYO: Sebuah kereta api yang membawa penumpang masih gagal dikesan selepas hilang ketika gempa bumi melanda timur laut Jepun, semalam.

Menurut sumber, kereta api itu melalui kawasan pantai Jepun apabila ia gagal dikesan.


Memetik sumber polis, agensi berita Kyodo melaporkan, kereta api penumpang itu dikendalikan Syarikat East Japan Railway.



JALANKAN PEMERIKSAAN...seorang petugas memeriksa kerosakan Lebuh Raya Joban berhampiran Mito, Ibaraki.

Ketika kejadian, kereta api itu berada berhampiran stesen Nobiru di landasan menghubungkan Sendai dengan Ishinomaki.


Sementara itu, polis Jepun berkata, pihak berkuasa menemui 200 hingga 300 mayat di kawasan pantai timur laut negara itu selepas kawasan berkenaan dilanda tsunami, semalam.


Sumber berkata, kebanyakan mayat itu ditemui di Sendai, bandar utama paling hampir dengan pusat gempa bumi petang semalam.


Gempa sekuat 8.9 magnitud itu mencetuskan tsunami sehingga 10 meter, diikuti lebih 50 gegaran susulan selama beberapa jam.


Kebanyakan gegaran susulan itu sekuat lebih 6.0 magnitud.


Berpuluh-puluh bandar dan perkampungan di sepanjang 2,100 kilometer di timur negara itu turut merasai gegaran berkenaan.


Kesan gempa turut dirasai di Tokyo yang terletak beratus-ratus kilometer dari pusat gegaran.


Sebelum ini, polis mengesahkan sekurang-kurangnya 60 orang terbunuh dan 56 lagi hilang.




Bagaimanapun, jumlah sebenar korban dijangka terus meningkat dari semasa ke semasa apabila kerja-kerja mengesan dan menyelamat dilaksanakan sepenuhnya. - AP


HM

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

DEMO HAPUSKAN SAMUN EKOR

Posted: 11 Mar 2011 08:00 PM PST

DEY MACHA!!!
AWAQ MANGKAQ SANGAT
KAH! KAH! KAH!
BUAT LA DEMO HAPUSKAN SAMUN EKOQ
LAGI AFDHAL
KAH! KAH! KAH!


DEMO GEROMBOLAN MENUNTUT ANWAR BERI DNA - LIVE FROM BATU GAJAH

Bertempat di Arena Square Batu Gajah tadi, sekumpulan wanita UMNO yang diketuai oleh YB Hamidah telah mengadakan satu demo aman yang menuntut supaya Anwar menyerahkan DNA dia untuk kes bicara yang sedang berjalan sekarang.

woit!! Ini macam ke pun nak demo ke?? apa punya bangang la! dah takde benda lain ke? kalau demo turun harga barang O.K gak,ini menatang tak berpekdah lagi nak di buat! kesian gerombolan!

pejuangpro-demokrasi

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Alamat di Sabak Bernam, mengundi di Sepang?

Posted: 11 Mar 2011 08:00 PM PST


KUALA LUMPUR: Seramai 1,088 pengundi terdiri daripada penyokong Pakatan Rakyat di Sabak Bernam dipindahkan secara senyap-senyap ke tempat lain termasuk kawasan sejauh Sepang, kata Pengarah Penerangan KEADILAN Selangor, Dr Badrul Amin Bahrom.
Beliau berkata, perbuatan sedemikian dikesan sejak Januari lalu dipercayai sebagai sebahagian strategi politik jahat Umno Barisan Nasional (BN) dengan memperalatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Katanya, beliau sudah tiga kali menemui SPR mengadu hal berkenaan tapi tiada alasan kukuh diberi, apatah lagi tindakan dilakukan bagi membetulkan semula keadaan.
"Walaupun 1,088 pengundi Sabak Bernam dipindahkan ke kawasan lain, kita dapati jumlah pengundi tidak berkurangan kerana pengundi di kalangan pro-Pakatan dari kawasan lain pula dipindahkan ke Sabak Bernam.
"Ini bertujuan untuk menyusahkan pengundi yang sokong Pakatan. Kalau 1,000 penyokong Pakatan menetap di Sabak Bernam tetapi diarah mengundi di Sepang, mungkin hanya sebahagian kecil sahaja yang akan mengundi kerana tempat mengundi terlalu jauh.
"Ini akan menjejaskan undi untuk Pakatan. Ini permainan Umno BN untuk menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 dengan bantuan SPR. Namun, perbuatan ini tak ubah seperti memperbodoh-bodohkan pengundi," katanya kepada KeadilanDaily.
Sehubungan itu, beliau meminta semua pengundi khususnya penyokong Pakatan Rakyat supaya membuat semakan kawasan mengundi dan membuat bantahan jika mereka ditukar kawasan mengundi tanpa alasan munasabah.
"Ini penting bagi mengelakkan suasana kelam kabut pada hari pengundian," katanya.

keadilandaily


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

BN Kedah gila talak

Posted: 11 Mar 2011 05:00 PM PST


KOTA SARANG SEMUT - Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak mempertahankan pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) di Kedah sejak tiga tahun lalu dan menyifatkan segala tohmahan Barisan Nasional (BN) terhadap Kerajaan Negeri sejak pilihan raya umum (PRU) yang lalu sebagai 'gila talak'.

Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah itu berkata, di sebalik keupayaan Kerajaan Negeri PR memerintah Kedah mengatasi jangkaan UMNO dan BN, barisan pembangkang masih memandang rendah kerajaan pimpinannya dan berlagak seperti pemerintah.

Menurutnya, dakwaan Kerajaan Negeri gagal menunaikan manifesto pilihan raya lalu juga tidak benar kerana tindakan penurunan cukai tanah, perbelanjaan wang Kerajaan Negeri dengan lebih berhemah, pembatalan projek loji penapisan minyak di Yan dan tender pembalakan secara terbuka tidak pernah dilakukan UMNO dan BN sebelum ini.

"Dulu UMNO dan BN dengan angkuhnya mengatakan PR tidak akan memerintah lebih tiga bulan, tapi sekarang usia Kerajaan Negeri sudah tiga tahun.

"Dulu UMNO dan BN kata pertumbuhan ekonomi negara Kedah tidak akan melebihi 2.5 peratus. Namun, pencapaian ekonomi negeri membanggakan dan antara empat negeri terbaik di Malaysia. Sekiranya mereka menilai pencapaian kami hanya 2.5 peratus, saya anggap pencapaian mereka hanya 1.5 peratus semata-mata," katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Buku Jingga peringkat negeri Kedah di Kompleks Pas, Kota Sarang Semut, semalam.

Turut hadir ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Pengerusi PKR Kedah, Datuk Wan Salleh Wan Isa; Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Lee Guan Aik dan barisan Jawatankuasa Pas, PKR dan DAP negeri.

Azizan berkata, Kerajaan Pusat juga bersandiwara untuk menunjukkan kononnya mereka bersikap prihatin terhadap rakyat apabila pada mulanya sanggup mengeluarkan belanja yang besar untuk membawa pulang pelajar Malaysia yang berada di Mesir daripada krisis negara itu sebelum ini.

Bagaimanapun, mereka bertindak menghantar semula pelajar itu ke Mesir dalam masa sebulan, malah mengecualikan pembiayaan tambang ke atas pelajar yang tinggal di negeri pembangkang.

"Bila berlakunya pemberontakan rakyat terhadap kepimpinan Presiden, Hosni Mubarak di Mesir, mereka cepat-cepat membawa pulang pelajar kita, kononnya bimbang atas keselamatan mereka.

"Bila hendak dihantar pulang semula, mereka serahkan beban itu kepada kita. Tapi tidak mengapa, Kerajaan Negeri tidak ada masalah menanggung pembiayaan tambang penerbangan pulang ke Mesir berserta wang poket RM500 kerana wang sebanyak RM2.5 juta yang digunakan adalah wang rakyat," katanya.

Azizan berkata, UMNO dan BN turut disifatkannya lebih teruk daripada Jepun kerana mengkritik apa jua pelaksanaan Kerajaan Negeri terhadap rakyat secara konsisten tanpa memikirkan kerelevanan tindakan itu.

"Sebelum ini, bila tarif air dinaikkan 10 sen, banyak orang termasuk pemimpin UMNO dan BN yang beria-ria mengadakan tunjuk perasaan di hadapan Wisma Darulaman, kononnya Kerajaan Negeri berlaku zalim.

"Kini mereka mula protes tindakan Syarikat Air Darul Aman (Sada) menghentikan khidmat Pos Malaysia sebagai ejen kutipan bayaran bil walaupun Pos Malaysia bertindak menaikkan upah perkhidmatan daripada 70 sen kepada 90 sen bermula bulan ini.

"Atas dasar keprihatinan tidak mahu membebankan rakyat, kami menghentikan khidmat Pos Malaysia. Saya hendak tanya, adakah UMNO dan BN ada kepentingan dengan Pos Malaysia sehingga beria-ria menghentam Kerajaan Negeri?" katanya.

Ditanya dakwaan Kerajaan Negeri akan melaksanakan cukai pintu di pekan kecil setiap daerah dalam masa terdekat, Azizan menjelaskan beliau tidak tahu mengenainya kerana tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat.

SH

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: