Drama Liwat II: Seluar Dalam Pak Haji di Rumah Wanita Bukan Muhrim Posted: 10 Mar 2011 05:00 AM PST Pegawai Penyiasat Supt. Jude Blacious Pereira ialah saksi terakhir pihak pendakwa. Setakat ini, keterangan dan bukti untuk menyabitkan DSAI dengan kesalahan Seksyen 377b (atau 377c berdasarkan pengakuan Sayfool) agak lemah dan goyah (atau kuat dan mantap - bergantung pada pihak mana yang anda sokong). Tambah-tambah apabila beberapa benda yang dikatakan bukti ditolak oleh mahkamah dan keterangan kurang meyakinkan (amat meyakinkan- bergantung pada pihak mana yang anda sokong) doktor yang memeriksanya.
Hari ini keterangan di mahkamah mengesahkan isu seluar dalam Sayfool di rumah bekas tunangnya sewaktu kes ini mula-mula meletup dahulu. Kata Pereira, "sehelai lagi seluar dalam berwarna biru-hitam diambil dari rumah teman wanita Saiful, yang telah dicuci".
Mengapa pakaian dalam Sayfool di rumah tunangnya? Soalan ini perlulah dijawab oleh Pak Haji yang juboqnya telah "diliwat" dengan pelbagai peralatan di beberapa hospital. Kah kah kah!
* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.
|
Duit Rakyat Tanggung Kos Lawatan Rosmah Posted: 10 Mar 2011 04:00 AM PST Kos keseluruhan lawatan rasmi Rosmah Mansor ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh ialah RM134,317.76 dan semuanya ditanggung kerajaan (duit rakyat). Hal ini disahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz dalam jawapan bertulisnya kepada Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook dan Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar di Parlimen. Lanjut di sini.
P/s: Kalau duit saya, satu sen pun saya tidak halalkan. * Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.
|
Gambar Cek RM1.4 Juta & Penafian Gobala Posted: 10 Mar 2011 02:10 AM PST Cek di atas didedahkan oleh YB Saifuddin kepada pihak media.
Sementara itu, pada sidang media berasingan, Gobalakrishnan menafikan menerima wang berjumlah RM1.4 juta seperti yang didakwa YB Saifuddin.
Malah beliau turut bersedia disiasat oleh pihak berkuasa berhubung dengan dakwaan berkenaan.
"Saya sedia untuk disiasat pada bila-bila masa. Saya tidak pernah menerima apa-apa bayaran berjumlah RM1.4 juta daripada mana-mana pihak seperti yang dikatakan mereka.
"Anda boleh periksa tandatangan saya, malah saya tak ada tunaikan apa-apa cek lagi pada tahun ini," katanya.
Menurutnya lagi, syarikat Embun Megah Sdn Bhd yang dimaksudkan YB Saifuddin bukan miliknya.
"Syarikat itu bukan milik saya, sebaliknya keluarga saya mempunyai kepentingan di dalamnya, bukan saya," katanya.
P/s: Aduhai, Gobala! Saya ulang kenyataan dia, "Syarikat itu bukan milik saya, sebaliknya keluarga saya mempunyai kepentingan di dalamnya, bukan saya." Mahu berbelit-belit lagi? Siapa mahu percaya? Tidak betul, samanlah Saifuddin!
|
TT "Mengamuk"! Mengapa? Posted: 10 Mar 2011 01:00 AM PST Selalunya tulisan di Tukar Tiub (TT) bersifat santai, jenaka, dan sindir. Hari ini TT "mengamuk" dan "amukan" itu ada kaitan dengan Che Det.
Saya petik sedikit:
sesiapa yang mengikuti bagaimana tanah rizab oarng melayu terjual pasti akan sedar bahawa k***** p***** inilah yang telah melululuskan kanun tanah negara
kanun tanah negara ini telah melupuskan tanah rizab orang melayu
pu** mnak k***** p***** ini bercakap tentang tanah orang melayu k***** p***** inilah yang menjualkan tanah rizab orang melayu
justeru ketika p***** ini berkuasa memang beribu hektar tanah rizab melayu lupus
tak percaya?
sila rujuk dasar parti pas yang telah bersuara dan menentang kanun tanah negara ini ketika k***** p***** ini mahu meluluskan di parlimen
kanun ini telah di luluskan di parliemn pada 1 januari 1996
siapa berkuasa ketika itu?
pu** mak k***** p***** ini.
kenapa ornag melayu tak sedar sedar mereka telah ditipu oleh k***** p***** yang tidak diketahui asal usulnya
P/s: Saya edit beberapa perkataan. Nanti ada yang sensitif! Selepas membaca artikel pendek TT, kita juga akan berasa marah.
|
[PANAS] Identiti MP Keadilan Terima 2 Cek RM700 Ribu Didedah! Posted: 09 Mar 2011 11:13 PM PST
Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail seperti dilaporkan Keadilan Daily mendedahkan bahawa Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrisnan yang keluar parti mampu menjelaskan hutang bernilai RM1.4 juta walaupun didakwa tidak memiliki wang sebanyak itu.
"Jika Ahli Parlimen Padang Serai mampu menjelaskan bayaran tanah berjumlah RM1.4 juta dalam masa tiga bulan, berapakah agaknya habuan yang beliau terima sebagai harga perkhianatan ini?
"Kalau, 'nilai' Ahli Parlimen Padang Serai dengan jumlah RM1.4 juta, berapa pula habuan yang diterima Ahli-ahli Parlimen Bayan Baru, Wangsa Maju, Bagan Serai, Kulim Bandar Baharu dan Nibong Tebal," soalnya lagi pada pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
| Gobala jual nama kaum India sebagai alasan untuk keluar PKR. |
Beliau turut mendedahkan bukti salinan dua cek bernilai RM700,000 dan RM 701,250 masing-masing bertarikh 12 Januari dan 15 Mac tahun ini, yang dipercayai sebagai bayaran pajakan tanah seluas 100 ekar di Lojing, Kelantan.
Katanya, Gobalakrisnan secara tiba-tiba menyelesaikan bayaran pajakan tanah antara syarikat miliknya, Embun Megah Sdn Bhd dengan Kumpulan Pertanian Kelantan Bhd yang berjumlah RM 1.4 juta.
"Dari mana sumbernya? Siapakah yang 'bermurah hati' menolong. Urus niaga apa yang dilakukannya yang memungkinkan wang sebanyak itu diperoleh?" katanya.
P/s: Lahanat!
|
Siapa MP Keadilan yang Terima 2 Cek RM700 Ribu? Posted: 09 Mar 2011 10:32 PM PST | Yang mana satu? |
Saya petik: [KD] KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan tindakan Ahli Parlimen KEADILAN yang keluar parti, baru-baru ini , disebabkan menerima wang dari pihak tertentu untuk membuat bayaran hutangnya.
"Cek pertama adalah cek tunai berjumlah RM700,000 dengan tarikh 12 Januari beralamat di sebuah bank di Ipoh manakala cek kedua adalah cek yang mempunyai tarikh sah laku sehingga 15 Mac dengan jumlah RM700,000.
"Cek itu beralamat syarikat milik Ahli Parlimen yang juga alamat kediamannya sendiri. Ia dibayar kepada tuan punya tanah dengan jumlah RM1.4 juta. Persoalannya, dari mana datangnya duit ini?" soalnya sambil menunjukkan bukti salinan bayaran cek berkenaan.
Terdahulu, Saifuddin berkata, Ahli Parlimen yang keluar KEADILAN itu membeli tanah pada 2010 dengan harga RM1.5 juta tetapi gagal membuat bayaran dalam masa 60 hari mengikut perjanjian.
"Saya mendapat salinan perjanjian antara Ahli Parlimen ini dengan pihak yang memiliki tanah. Perjanjian itu dibuat pada Mei 2010. Bayaran mesti dibuat, namun beliau tiada wang," katanya kepada KeadilanDaily di lobi Parlimen, hari ini.
Menyatakan maklumat itu diperoleh daripada pihak tertentu yang bersimpati dengan KEADILAN, Saifuddin berkata: "Kita ada dokumen dan mereka datang menemui saya menyerahkan bukti.
"Selepas membuat kajian, ia memang sah. Data itu adalah dokumen asal dan saya buat salinan.
"Tindakan ini dilakukan oleh mereka yang tidak tahan melihat lakonan Ahli Parlimen kononnya keluar parti mendakwa kononnya KEADILAN tidak membela rakyat," katanya yang sudah menjangka tindakan individu itu untuk keluar parti.
"Namun, mereka khianat sebab bertanding dan menang atas tiket KEADILAN. Kita sentiasa mempertahankan bahawa mereka yang mengkhianati parti adalah kerana mereka dibeli," kata Saifuddin.
P/s: Lahanat!
|
[Wajib Baca] Bukti UMCO Kuda Tungangan MIC, MCA, Gerakan Posted: 09 Mar 2011 09:30 PM PST
Saya petik: [KD] KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan membentangkan tiga bukti berfakta yang menunjukkan Umno menjadi kuda tunggangan parti komponen Barisan Nasional (BN) termasuk tidak pernah menambah kerusi Melayu sepanjang tiga penggal menguasai Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.
Pertama, beliau pada satu kenyataan media hari ini, berkata Umno setiap kali persempadanan semula, bertindak menambah kerusi di negeri lain yang mengurangkan peratus majoriti dan penguasaan Melayu di Parlimen.
Walaupun 1,001 tohmahan dilempar dan disogok kepada rakyat khasnya orang Melayu untuk membenci dan curiga terhadap PAS, beliau membawa bukti kedua dengan berkata, Umno juga menyerahkan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang kepada Gerakan, walaupun Umno ketika itu mencatat kemenangan besar dan memiliki majoriti kerusi berbanding Gerakan di Pulau Pinang.
"Umno juga menyerahkan kerusi Parlimen Raub dan Kuantan kepada MCA walaupun sekian lama bertanding di kawasan berkenaan. Bukankah Umno menjadi alat dan boneka kepada pihak lain (MCA dan MIC)? Bukankah ini menunjukkan Umno menjadi alat dan kuda tunggangan dalam BN?" katanya.
Nasruddin juga kesal kerana Umno BN mengadu domba dengan mengajak orang Melayu menolak perjuangan PAS atas alasan 'PAS berkawan dengan kafir DAP tetapi lawan Melayu Umno'.
"Kenapa Umno BN marah sangat PAS bekerjasama dengan DAP? Bagaimana pula, UMNO sendiri yang berselimut toto dengan MCA dan MIC? Bukankah MCA itu Cina dan MIC itu India? Atau ada yang lebih Cina dari MCA dan terlebih India dari MIC?
"Perangai Umno ini tidak ubah sebagaimana kata pepatah Arab 'Dia pukul aku, dia yang menangis; dia fitnah aku, dia yang mengadu'.
"Orang tua-tua pernah bisik, Umno macam paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Tapi lain pula kata orang muda. Kata mereka, paku sana paku sini, serpihnya balik atas dia juga," katanya.
Nasruddin turut mengajak umat Islam menghayati sejarah Rasulullah saw yang mengadakan kerjasama sosial dan politik dengan golongan bukan Islam demi mempertahan hak dan menentang kezaliman.
P/s: Banyak lagi Melayu buta. Buta mata, buta hati, termasuklah cerdik pandai yang mengendalikan laman blog dan sebagainya. Kalau Melayu yang di ceruk kampung mungkin tidak mendapat maklumat, namun malang yang tinggal di bandar-bandar juga begitu Kasihan!
|
Pelajar Pulangkan "Interlok" Didakwa Ugut Mahu Bunuh Guru Posted: 09 Mar 2011 08:20 PM PST
Saya petik: [HM] HULU SELANGOR: Tiga pelajar tingkatan lima sebuah sekolah menengah di sini, bertindak samseng dengan mengugut untuk membunuh seorang guru disiplin, kelmarin.
Difahamkan, kumpulan terbabit bertindak demikian kerana tidak puas hati apabila guru terbabit enggan menerima buku teks yang mahu dipulangkan mereka.
Berikutan itu, ketiga-tiga pelajar terbabit ditahan pihak berkuasa sejurus guru lelaki berkenaan membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan.
Kejadian itu bermula kira-kira jam 11 pagi apabila tujuh pelajar sekolah berkenaan pergi ke pejabat sekolah bertemu pengetua untuk memulangkan buku teks yang enggan digunakan mereka.
Menurut sumber, tindakan tujuh pelajar itu yang berlagak samseng dengan meluru masuk ke pejabat sekolah tanpa meminta kebenaran bagaimanapun cuba dihalang guru berkenaan. "Hairan dengan tindakan pelajar terbabit, guru disiplin itu bertanyakan tujuan mereka mahu berjumpa pengetua dan mereka memberitahu mahu memulangkan buku teks yang tidak mahu digunakan lagi.
"Guru itu menjelaskan kepentingan dan salah faham yang timbul mengenai buku berkenaan yang dianggap memberi ilmu pengetahuan kepada pelajar," katanya.
Namun, pelajar terbabit tidak puas hati dengan penjelasan guru itu dan menganggap dia sengaja menghalang mereka bertemu pengetua dan mula bertindak biadab dengan meninggikan suara.
Sumber berkata, guru disiplin yang tergamam dengan tindakan pelajar terbabit cuba menenangkan keadaan dan menjelaskan perkara sebenar.
"Bagaimanapun, keadaan menjadi kecoh apabila tiga daripada pelajar terbabit mengugut guru itu kerana mendakwa dia menyinggung perasaan mereka," katanya.
Bimbang keselamatan diri berikutan ugutan pelajar terbabit, guru berkenaan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor, di sini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendy ketika dihubungi mengesahkan penahanan ketiga-tiga pelajar itu. - Raja Noraina Raja Rahim
P/s: Malang kerana pelajar-pelajar ini berkemungkinan tidak pun membaca novel itu, namun terus menerima segala-gala perkara buruk yang dibangkitkan oleh sesetengah pihak. |
[Wajib Baca] KASE: Jangan Bayar SAMAN EKOR? Mengapa? Posted: 09 Mar 2011 07:00 PM PST
Saya petik: [HD] KUALA LUMPUR, 10 Mac: Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) menasihatkan mangsa saman ekor agar tidak membayar kompaun yang dikenakan biarpun tempoh promosi pembayaran berakhir hari ini.
Pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar yang juga ahli Parlimen Pokok Sena berkata, sekiranya selepas ini mereka disenarai hitam, Kase akan membantu untuk berdepan masalah tersebut di mahkamah.
"Rakyat tidak perlu bayar, yang penting ambil insurans bawa ke JPJ untuk perbaharui cukai jalan, kalau JPJ tak benar, wajib pengarah JPJ kena bagi jawapan bertulis, kenapa.
"Kemudian bawa insurans dan surat itu, kalau polis tahan, biar dia saman, kita lawan di mahkamah," katanya ketika ditemui selepas membangkitkan perkara itu di parlimen semalam.
Tambahnya, keputusan sama ada seseorang itu bersalah dan perlu membayar kompaun hanya ditentukan mahkamah, dan bukan oleh notis saman yang dikeluarkan.
Menurutnya lagi, tindakan JPJ menyenarai hitam pesalah saman ekor adalah salah mengikut keputusan Mahkamah Kucing dalam kes Leonad Lim Yaw Chiang melawan Pengarah JPJ negeri Sarawak pada 2007.
Dalam kes itu hakim memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam mengikut Seksyen 17(1)(d) adalah tidak betul dan bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.
"Kita minta Peguam Negara nasihat JPJ supaya akur keputusan mahkamah iaitu tak boleh blacklist.
"Rakyat tidak boleh dipaksa membayar kompaun yang ditawarkan," katanya.
Dalam pada itu, Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS turut mempertikai tindakan kerajaan yang didakwa akan menggunakan teknologi Redflex dalam Automatic Enforcement System (AES).
Katanya, teknologi itu telah dipertikai banyak pihak termasuk di California Amerika Syarikat dan di Arizona.
"Kenapa guna teknologi yang sudahpun dipersoal.
"Dan kenapa syarikat swasta Beta Tegap dan commercial Circle diberi hak pengendalian, sedangkan teknologi guna yang Redflex punya.
"Kenapa kerajaan tak kendalikan sendiri guna teknologi sama, kenapa perlu orang tengah?" soalnya.
P/s: Berani?
|
4 Tahun, 7 Kali Gugur Kandungan Posted: 09 Mar 2011 05:45 PM PST Saya petik:
[HM] IPOH: Akibat begitu mudah termakan pujuk rayu teman lelaki, seorang janda muda membuat pengakuan mengejutkan apabila memberitahu pernah menggugurkan bayi dalam kandungannya sebanyak tujuh kali dalam tempoh empat tahun.
Wanita itu yang mahu dikenali sebagai Balqis, 32, berkata perkara tidak masuk akal dilakukannya itu bermula selepas dia bercerai dan berkenalan dengan seorang lelaki yang sudah berkahwin pada 2007.
Menurutnya, lelaki itu berjaya memikat hatinya dengan pelbagai janji manis untuk mengahwininya dalam tempoh terdekat.
"Saya meletakkan harapan tinggi kepadanya apatah lagi dengan hidup saya yang terumbang-ambing selain perlu membesarkan tiga anak hasil perkahwinan pertama sebelum ini.
"Malangnya rasa cinta keterlaluan itu menyebabkan saya terlanjur melakukan hubungan seks berulang kali sehingga mengandung sebanyak enam kali.
"Saya membuat proses pengguguran haram di klinik swasta dengan bayaran RM300 bagi sekali 'cuci'. Pada mulanya doktor di klinik itu tidak begitu kisah dengan permintaan saya, namun dia mula bimbang apabila saya mahu membuat pengguguran kali kelima.
"Doktor terbabit menasihatkan saya tidak lagi membuat pengguguran janin kerana bimbang ia boleh merosakkan peranakan selain boleh mendapat kanser rahim," katanya.
Menurutnya, walaupun pernah terlintas rasa berdosa namun dia tetap melakukan perkara terkutuk itu kerana termakan dengan janji kekasihnya untuk berkahwin.
"Pernah sekali saya menanggung kesakitan amat sangat selepas menggugurkan kandungan berusia tiga bulan yang ketika itu sudah mempunyai bentuk bayi. Malah pernah juga saya 'lekat' mengandung semula hanya selepas dua bulan menggugurkan janin.
"Sepatutnya saya menjalani tempoh pantang seperti wanita bersalin, namun semua itu saya abaikan kerana faktor kerja selain bimbang diketahui rakan sekerja," katanya.
Menurutnya, dia hanya mengambil cuti rehat antara empat hari hingga seminggu.
"Akibat terlalu kerap menggugurkan janin, saya mengalami tekanan hidup, murung selain kerap dihantui rasa berdosa. Lebih teruk apabila saya sering bermimpi kanak-kanak menangis ketika tidur.
"Sepanjang empat tahun itu, saya disahkan mengandung enam kali sebelum menggugurkan kandungan itu menyebabkan berat badan saya susut kepada 47 kilogram," katanya.
P/s: Kerja GILA!
|
1 Gay Tipu Lebih 100 Gay Posted: 09 Mar 2011 05:05 PM PST
Saya petik: [Kosmo] KUALA LUMPUR – Seorang lelaki gay menunjukkan kehebatannya apabila dia yang mempunyai rupa paras kacak dan pandai berkata-kata mampu memikat 100 lelaki untuk dijadikan teman seks sebelum mencuri barang-barang berharga mangsanya.
Sasaran suspek yang masih bebas itu melibatkan remaja lelaki berusia 17 tahun hingga 20-an. Mangsa-mangsa dipikat melalui rangkaian laman sosial Facebook dan sebahagiannya menerusi panggilan telefon.
Semalam, tembelang lelaki berusia 20-an yang menggunakan pelbagai nama samaran seperti Kevin, Alvin, Alex dan Elvis itu terbongkar apabila empat mangsa tampil membuat aduan di Jabatan Perkhidmatan dan Pengaduan MCA, Wisma MCA sini semalam.
Mengikut maklumat dari Facebook, suspek sehingga kini dipercayai telah berjaya memperdaya seramai 193 mangsa dengan mencuri barang berharga mereka manakala 100 daripada mangsa itu pula mengaku mengadakan hubungan seks dengan suspek itu.
Mangsa-mangsa yang melakukan hubungan seks dengan suspek dikhuatiri dijangkiti HIV (Immunodeficiency virus) ekoran pengakuan suspek dia mempunyai HIV.
Seorang mangsa dari Cheras yang mahu dikenali sebagai Tai, 17, mendakwa, dia mengenali suspek yang menggunakan nama Kevin pada bulan Oktober 2010 melalui sebuah majalah mencari kenalan.
P/s: Saya tidak simpati!
|
PAKATAN RAKYAT Tidak Dapat Didaftarkan Secara Sah Kerana... Posted: 09 Mar 2011 04:00 PM PST alasan remeh. Jika ROS bertegas mahukan PR memenuhi syarat tujuh anggota yang ditetapkan oleh badan itu, maka sampai bila-bila pun PR tidak dapat digabungkan secara rasmi kecuali, parti-parti ini mendapat sokongan daripada parti-parti lain.
Saya malas mahu mengulas panjang kerana situasi ini seolah-olah cuba menghalang PR menjadi suatu gabungan yang sah, walhal ROS boleh mencari jalan untuk memudahkan PR digabungkan secara sah. * Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan