ALHUSSEYN |
- Kawalan keselamatan peribadi untuk Pornthip
- Biadap seorang mufti merosak diri sendiri
- Pelancaran KASE Perak
Kawalan keselamatan peribadi untuk Pornthip Posted: 10 Mar 2011 01:22 PM PST Pakar forensik Thailand, Dr Pornthip Rojanasunan akan diberi perkhidmatan pengawal keselamatan peribadi sepanjang tempoh beliau berada di negara ini untuk memberi keterangan pada Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock. NONESeperti permintaannya yang dikemukakan melalui peguam kerajaan negeri Selangor, Malik Imtiaz Sarwar, Pornthip juga memohon tarikh beliau dijadual memberi keterangan pada 16 dan 17 Mac ditukar kepada 18 hingga 20 April. Berhubung permintaan itu, setiausaha suruhanjaya, Datuk Saripuddin Kasim dalam satu kenyataan berkata mereka telah meminta pakar itu untuk datang pada minggu pertama April. "Berhubung permohonan menjadualkan semula tarikh memberi keterangan, suruhanjaya telah meminta Dr Pornthip menimbang semula tarikh lebih awal iaitu sebelum minggu pertama bulan April 2011, malah suruhanjaya bersedia menjalankan prosiding pada hari minggu. "Ini berikutan suruhanjaya perlu menyelesaikan tugasan sebelum atau pada 25 April 2011," kata Saripuddin. Selain Pornthip, suruhanjaya itu juga sebelum ini berjaya mendapat persetujuan lisan daripada seorang lagi pakar forensik yang terbabit dalam kes tersebut, iaitu, Professor Dr Peter Vanezis dari United Kingdom. Suruhanjaya Diraja itu ditubuhkan pada penghujung bulan januari selepas inkues selama 18 bulan yang dijalankan membuat keputusan penghakiman terbuka dengan memutuskan Teoh, seorang pembantu politik DAP tidak membunuh diri mahupun dibunuh. Pornthip, dibawa oleh kerajaan negeri Selangor semasa inkues lalu berkata berdasarkan bedah siasat kedua yang disaksikannya mendapati Teoh tidak membunuh diri. NONEPakar yang berkhidmat dengan Institut Sains Forensik Thailand itu juga mendakwa kemungkinan Teoh dibunuh adalah 80 peratus. Vanezis yang dibawa oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tidak bersetuju dengan penemuan Pornthip dan berkata kecederaan Teoh dialami ketika beliau sedar. Teoh dijumpai mati pada 16 Julai 2009 di Plaza Masalam selepas disoal-siasat semalaman oleh SPRM di pejabatnya di Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan itu, sebagai saksi dalam kes membabitkan salah guna dana oleh seorang exco Selangor. |
Biadap seorang mufti merosak diri sendiri Posted: 09 Mar 2011 10:32 PM PST Sebagaimana yang kita maklum, Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah mengutus surat resmi kepada Mufti Perak, Harussani menyatakan hasrat mahu berjumpa bagi merungkai perselisihan pendapat antara mereka. Namun, Harussani enggan untuk bersemuka dengan Nik Aziz, sebaliknya dengan lagak sombong dan angkuh berkata : "Siapa nak jumpa saya, datang jumpa di pejabat saya, saya tak perlu untuk jumpa mereka. "Bukan saya yang berhasrat untuk mengadakan pertemuan," kata Harussani. Nik Aziz kelihatan lebih beradab bilamana beliau menulis surat menyatakan hasratnya untuk mengadakan pertemuan tersebut.Beliau tidak akan datang ke pejabat mufti tanpa memaklumkannya terlebih dahulu atau tanpa mendapat restu atau persetujuan mufti. Kita risau, kalau-kalaulah Nik Aziz main langgar saja tanpa ikut protokol pergi ke pejabat mufti dan mufti yang memang tidak sanggup bersemuka dengannya akan lari menyorok di bawah meja seperti mana kisah dulu-dulu bila sang ceti datang ke pejabat kerajaan untuk mengutip hutang! Tetapi apa yang kita musykilkan ialah adakah begini sikap seorang berstatus Mufti terhadap seorang ulama yang mu'tabar? Kalau pun Harussani tidak mahu mengi'tiraf ketokohan Nik Aziz sebagai seorang Ulama' , Harussani sebagai seorang Mufti negeri, seharusnya melayan baik hasrat seorang yang berjawatan sebagai ketua sebuah negeri seperti Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan. Harussani sepatutnya menjawap surat resmi daripada Nik Aziz tersebut. Setidak-tidaknya, begitulah tindakan beliau sekiranya Harussani mempunyai adab dan tahu menghormati orang lain. Harussani perlu berani bertanggung jawab keatas segala kenyataan yang pernah beliau keluarkan terhadap Nik Aziz. Tetapi malangnya, Harussani menolak untuk bersemuka dengan Nik Aziz umpama orang yang hanya berani melempar batu sembunyi tangan. Ingatlah ayat Allah yang bermaksud : Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab dan binasalah dia bersama.Walaupun tangan Harussani tidak binasa sekarang ini, namun kredibiliti beliau sendiri dan institusi Mufti Perak kini rosak binasa lantaran sikap biadap beliau itu. Kalau begini sikap Harussani, yang tidak berani bertanggung jawab dengan tohmahan yang pernah beliau lemparkan keatas Nik Aziz, lebih baik Harussani tutup mulut sahaja. Seperkara lagi, Harussani tidak menunjukan akhlak yang baik dan beradap dan tidak tahu menghormati orang lain. Bagaimana orang lain mahu beradap dan menghormati beliau? Kata Harussani, "Saya tegaskan masalah Nik Aziz kerana mengaitkan hukum agama dalam politik, saya tahu dalam Islam politik dan agama memang tak boleh lari …. Terbukti bahawa beliau tahu dan menyedari bahawa dalam Islam politik dan agama memang tak boleh lari. Namun beliau menambah, " Tapi masalahnya apabila ada pemimpin yang gunakan hukum Islam untuk raih undi," Sangat peliknya dengan masalah yang ditimbulkan oleh Hrussani itu. Apa masalahnya menggunakan hukum Islam untuk meraih undi? PAS adalah parti yang berjuang atas dasar Islam, maka sudah tentulah berpaksikan dengan hukum Islam. |
Posted: 09 Mar 2011 04:29 PM PST Kempen Anti Saman Ekor (KASE) peringkat negeri Perak akan dilancarkan pada 13 Mac 2011 disebuah restoran Nasi Ayam Nusantara berhadapan dengan Medan Gopeng, Ipoh. Majlis santai ala 'High Tea' itu bermula jam 2.00 petang dan mengenakan bayaran penyertaan RM3.00/ seorang sahaja.Untuk maklumat lanjut sila hubungi Pengerusi KASE Perak, Saudara Abdul Rahim di talian 0195700168 Majlis tersebut akan dilancarkan sendiri oleh Pengerusi KASE Pusat, Dato Mahfoz Omar.Selain beliau turut bersama nanti ialah YB Taufik Bin Abd Ghani,Pengarah KASE Pusat dan peguam Zulhazmi untuk memberi penjelasan perundangan terperinci berhubung 'Saman Ekor' yang sedang hangat diperkatakan kini dan ditentang hebat oleh segolongan besar rakyat Malaysia. Mereka yang terlibat dengan saman ekor ini adalah sangat dialu-alukan menyertai majlis penerangan tersebut dan mendaftar nama bagi tujuan tindakan bersama untuk menyaman pihak yang berkenaan. Pihak KASE ada menyediakan panel peguam bagi tujuan tersebut. Jangan biarkan diri anda terus dibuli oleh kerakusan pemimpin UMNO/BN.Perjuangkanlah hak anda yang dijamin oleh perlembagaan negara.Katakan tidak kepada Saman Ekor! |
You are subscribed to email updates from ALHUSSEYN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan