DUNIACACAMARBA |
- Salahkah Jika Saya Kata "Demi Undi Semua Boleh!"?
- Rumah Ini Benar-Benar Terbang!
- [Video-Wajib Tonton] "Kalau orang Machang menyampah dengan TPM, kita boleh baling Batu kepada TPM..."
- [PANAS] Drama Liwat II: Sayfool Dakwa Dada Diramas, Liwat Guna Pelincir, Diminta Kulum Anu DSAI
- [PANAS] Drama Liwat II: Dr Tidak Pasti Berlaku Penetrasi, Akui Polis Isi Sebahagian Borang Proforma
- [PANAS] Menantu Tuntut Cerai, Tuntut RM400 Juta. Cuba Congak Kekayaan Keluarga Taib Mahmud
- Setiausaha Dicabul Pegawai Berahi
- Alahai Tuan Mufti!
- Patutlah Kelakuan Pelajar Macam Syaitan....Rupa-rupanya...
Salahkah Jika Saya Kata "Demi Undi Semua Boleh!"? Posted: 09 Mar 2011 05:40 AM PST
Inilah UMCO! Kalau Cikgu Mala bersalam dengan lelaki bukan muhrim menggunakan sarung tangan dihina dan dikeji oleh pemimpin UMCO, MCA, Gerakan, perbuatan berpeluk antara lelaki dengan wanita yang telah bersuami ini tidak diambil peduli oleh mereka. Lupa fasal haram, lupa istilah dayus. Cukuplah. Tidak perlulah saya menulis itu dan ini. * Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih. | ||
Rumah Ini Benar-Benar Terbang! Posted: 09 Mar 2011 04:10 AM PST Pasukan National Geographic membina sebuah rumah yang diilhamkan daripada wayang Pixar UP! yang kemudiannya berjaya diterbangkan seperti dalam wayang tersebut. Bagaimanakah rumah ini benar-benar diterbangkan? Rumah dengan keluasan 4.8m x 4.8 m x 5.5m itu berjaya diterbangkan dengan menggunakan 300 biji belon yang diisi dengan gas helium serta usaha keras dan kepakaran pasukan saintis, jurutera, juruterbang belon udara, dan sepasukan sukarelawan. Mereka berjaya menerbangkan rumah ini setinggi 10 ribu kaki selama dua jam di sekitar padang pasir di Carlifornia. Lebih menarik, ada dua orang krew yang turut berada di dalam rumah itu. Apabila ditanya, pasukan itu mengesahkan bahawa rumah itu bukanlah rumah sebenar, tetapi rumah yang dibina khas, iaitu lebih ringan daripada rumah sebenar. Menurut Penerbit Eksekutif Ben Bowie,"Dengan kejayaan ini, kami mendapati bahawa ada kemungkinan untuk menerbangkan rumah yang sebenar." Eksperimen ini adalah sebahagian daripada siri TV How Hard Can It Be? terbitan National Geographic yang bakal disiarkan tidak lama lagi. Selain sebagai eksperimen, usaha ini berjaya memecahkan rekod dunia, iaitu menerbangkan belon berangkai terbesar yang pernah dicuba oleh manusia. Sumber artikel ini DM. * Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih. | ||
Posted: 09 Mar 2011 01:30 AM PST Ucapan YB Saifuddin ketika membahas titah YDP Agong di Parlimen turut menyentuh kenyataan Muhyiddin mengenai kejadian baling batu terhadap kereta yang dinaiki DSAI. Hujah beliau ini menyerlahkan tahap pemikiran/pertimbangan politik TPM. "Mengikut media arus perdana, Timbalan Perdana Menteri berkata masyarakat Felda bertindak demikian kerana menyampah dengan Anwar. Kejadian berlaku di kawasan mereka, dan itu hak mereka. Menggunakan logik yang sama, saya kira jika Muhyiddin datang ke Machang,dan kalau orang Machang menyampah dengan beliau, maka orang Machang boleh baling batu ke kereta TPM. " Ini kenyataan yang tidak bertanggungjawab. Mana ada TPM yang berkata begitu. Beza politik, bezalah. Kena ingat, dulu kita pun berkawan. Takkanlah benci dan meluat sampai begitu sekali, sehinggakan perkara salah pun dikata betul." P/s: Layakkah orang yang mengeluarkan kenyataan ini memegang jawatan TPM? * Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih. | ||
[PANAS] Drama Liwat II: Sayfool Dakwa Dada Diramas, Liwat Guna Pelincir, Diminta Kulum Anu DSAI Posted: 09 Mar 2011 12:00 AM PST Saya tidak berniat mahu menyalin kesemua teks berita MK, "Doktor: Saiful Dakwa Dadanya Diramas" kerana berita yang dipautkan sebelum ini sudah menjelaskan inti pati keterangan melibatkan doktor tersebut. Saya cuma mahu menyalin apa-apa yang tidak dilaporkan dalam laporan KD sahaja. Saya petik:
P/s: Ingat bahawa dalam kes ini Sayfool mendakwa dia diliwat secara paksa, walaupun laporan polisnya mengatakan sebaliknya. Biarpun terdapat percanggahan, namun kes ini tetap diteruskan. Jika DSAI didakwa di bawah seksyen 337b (melakukan persetubuhan di luar tabii) mengapa hanya DSAI didakwa, mengapa Sayfool tidak didakwa di bawah seksyen yang sama? Persoalan ini pun sudah cukup membakulsampahkan kes ini. Saya tidak mahu lagi menulis logik akal berkaitan dengan orang muda diliwat secara paksa oleh orang tua berusia 60 tahun kerana saya sudah menulis panjang lebar fasal hal itu sebelum ini. Cuma tertarik dengan kenyataan Sayfool kepada Doktor Razuin. Pertama: Sayfool mendakwa dadanya diramas. Dada Si Sayfool ini berisikah sehingga perkataan "meramas" itu digunakan olehnya. Kalau dada sekeping macam papan, gunakanlah istilah "meraba". Kedua, Sayfool mendakwa kejadian rogol-liwat-paksa itu menggunakan pelincir. Seorang tua yang mempunyai penyakit tulang belakang masih mampu membuatkan pemuda yang gagah perkasa menahan juburnya tanpa melawan atau bertindak melarikan diri, sempat pula membiarkan si peliwat menyapu pelincir di anu sebelum menusukkan anu itu ke juburnya. Cuba anda fikirkan logiknya. Ketiga, orang tua berusia 60 tahun itu sempat pula meminta Sayfool menghisap anunya. logikkah ketika merogol/memaksa, si peliwat melakukan aksi seolah-olah kejadian itu berlansung atas kerelaan Sayfool? Kenyataan Sayfool ini seolah-olah menunjukkan bahawa dia tidak berdaya melawan peliwatnya yang sudah berusia. Dia seolah-olah dipukau sehingga mengikut sahaja kehendak peliwatnya. Saya pernah kata, kalau liwat ini benar-benar berlaku, kejadian itu bukanlah secara paksaan, tetapi secara rela.Adakah DSAI berperangai seburuk itu? Ish ish! Bercakap soal paksa, tahukah anda bahawa sebelum ini tersebar "screenshot" Sayfool dikatakan mengeluarkan kata-kata mahu memecahkan kepala seseorang apabila mengetahui gambar adiknya dimuat naik ke laman Friendster? Tidak percaya? Sila baca pautan ini. Anda mungkin tidak percaya pemuda "ganas" ini dengan begitu mudah tewas lalu menyerahkan juburnya yang amat berharga kepada lelaki tua berusia 60 tahun. Siapa yang mahu percaya kata-kata Sayfool? Angkat tangan! Kalau sesiapa yang mahu ketawakan orang yang mengangkat tangan itu, ketawalah! Kemas Kini: Kalau anda baca laporan lewat petang tadi, akhbar melaporkan bahawa Sayfool ada melawan semasa diarahkan untuk menghisap kemaluan DSAI. Apa impak "melawan" yang dimaksudkan oleh Si Sayfool ini? Tidak mampukah Si Sayfool yang gagah perkasa ini menewaskan lelaki tua yang didakwa meliwatnya? Jika Si Sayfool melawan mengapa dia mendakwa juburnya berkali-kali diliwat oleh DSAI? Kelentong! * Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih. | ||
[PANAS] Drama Liwat II: Dr Tidak Pasti Berlaku Penetrasi, Akui Polis Isi Sebahagian Borang Proforma Posted: 08 Mar 2011 10:05 PM PST Saya petik:
P/s: Apa sudah jadi? Kalau anda baca laporan keterangan yang sama di TMI, Dr Razuin menyatakan bahawa Saiful mengaku berlaku penetrasi penuh di juburnya. Namun apabila diperiksa doktor Dr Razuin tidak pasti sama ada berlaku atau tidak penetrasi tersebut. Apa sudah jadi? Lebih menarik, berdasarkan laporan di atas, Dr Razuin mendakwa pegawai penyiasat mengisi sebahagian daripada borang profarma. Skrip salah atau Tuhan mahu tunjuk? | ||
[PANAS] Menantu Tuntut Cerai, Tuntut RM400 Juta. Cuba Congak Kekayaan Keluarga Taib Mahmud Posted: 08 Mar 2011 08:00 PM PST Saya petik: [Mstar] KUALA LUMPUR: Menantu kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud memfailkan permohonan bercerai secara fasakh dan menuntut mutaah bernilai RM100 juta dan RM300 juta sebagai harta sepencarian. Datin Sri Shahnaz A. Majid memfailkan permohonan itu terhadap Datuk Sri Mahmud Abu Bekir Taib Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan kes itu disebut di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Rabu. P/s: Ini bukan fitnah.Kalau isteri anak Taib Mahmud ini meminta RM400 juta, agak-agak berapakah jumlah harta anak Taib Mahmud itu? Agak-agak berapa pula harta Taib Mahmud? Agak-agak, kalau dicampurkan semua, berapakah nilai harta keluarga Taib Mahmud? Masih adakah orang yang masih mahu menegaskan bahawa laporan laman sesawang dan blog tentang kekayaan "Raja" Sarawak ini sebagai suatu yang diada-adakan? | ||
Setiausaha Dicabul Pegawai Berahi Posted: 08 Mar 2011 06:30 PM PST Saya petik:
P/s: Berahi bodoh! | ||
Posted: 08 Mar 2011 05:00 PM PST Baca dahulu petikan berita di bawah ini. Saya petik:
P/s: Tegasnya, hujah tuan mufti ini amat menyedihkan, dan dalam masa yang sama jelas menunjukkan "kegentarannya" dan membiarkan kejahilan menguasai hujahnya semata-mata mahu mempertahankan sikap dan parti yang disokongnya. Apa kenyataan TGNA yang dikatakan bercanggah dengan kehendak agama Islam? Apa hukum agama yang digunakan oleh TGNA untuk mengelirukan umat Islam? Menggunakan hukum Islam untuk meraih undi? Apa masalahnya jika apa-apa yang dibangkitkan itu benar dan tidak bercanggah dengan Islam? Jika dia ada hujah yang kukuh, mengapa dia tidak mahu berjumpa dengan TGNA untuk mempertahankan kenyataannya? Kata orang berani kerana benar. Benar, syurga dan neraka itu hak Allah. Malah Allah yang akan menentukan siapa yang akan ke syurga dan neraka. Dalam konteks politik di Malaysia, berdasarkan logik akal, parti politik Melayu mana yang lebih dekat dengan Islam? Parti politik mana yang lebih cenderung mempertahankan Islam secara keseluruhan, bukannya bersifat hipokrit dan selektif? Selepas menjawab persoalan itu, timbul pula persoalan ketika seseorang mengundi, apakah hukumnya memilih parti yang pemimpinnya mempersendakan hukum hudud, enggan melaksanakan hukum Islam, pemimpin dan ahlinya terlibat dalam rasuah dan salah laku moral yang lain, pemimpin dan ahlinya menggelapkan wang rakyat, pemimpin dan ahlinya yang tidak mahu menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim sejati? Saya tidak kata PAS itu syumul dan maksum, saya juga tidak kata pemimpin PAS itu tidak tercemar dengan salah laku, namun antara PAS dengan UMCO, mana yang lebih baik? Apabila si tuan mufti mengatakan bahawa "Siapa nak jumpa saya, datang jumpa di pejabat saya, saya tak perlu untuk jumpa mereka. Bukan saya yang berhasrat untuk mengadakan pertemuan.", maka saya tertanya-tanya beginikah sikap tuan mufti yang nada percakapannya kedengaran agak bongkak. Walhal, dia seharusnya faham bahawa pertemuan antara dia dengan pihak yang satu lagi itu sepatutnya diadakan untuk meleraikan permasalahan yang timbul. Adakah tuan mufti ini takut berhujah? Apakah guna menjadi mufti jika gagal meleraikan permasalah yang timbul? Adakah tuan mufti ini hanya mampu mengeluarkan fatwa bahawa perbuatan MB kesayangannya ini tidak melanggar hukuman Islam, sedangkan majoriti orang baik yang pandai agama, mahupun orang biasa sepakat mengatakan perbuatan itu melanggar hukum agama? | ||
Patutlah Kelakuan Pelajar Macam Syaitan....Rupa-rupanya... Posted: 08 Mar 2011 04:00 PM PST
...sikap pihak yang berkaitan dengan hal ini begitu menyedihkan walaupun tahap pelanggaran disiplin dalam kalangan pelajar amat membimbangkan. Anda tahu apa kata Pengarah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohd Adenan Deraman ketika mengulas tindakan dua pelajar tingkatan tiga yang meletupkan bangunan sekolah mereka seperti dilaporkan Harian Metro, semalam? Katanya, "Kes ini tidak serius kerana tidak membabitkan kemalangan jiwa." Banyak sangat orang yang dipertanggungjawabkan dalam hal ini masih berada dalam sindrom penafian, bersikap "cover line". Patutlah, segelintir pelajar sekarang baik di sekolah menengah, mahupun di sekolah rendah berperangai seperti Jin Ifrit. Usahkan meletup atau membakar sekolah, kanak-kanak berusia 9 tahun pun ada yang ditangkap kerana merogol rakan sekelas. P/s: Menteri Pelajaran pula sibuk mengulas kesepakatan Pakatan Rakyat, sedangkan pelajar sekolah kini semakin ganas dan berahi dengan pelbagai macam salah laku. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan