Rabu, 9 Mac 2011

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Memasang PapanTanda PAS Cawangan Sungai Rokam

Posted: 09 Mar 2011 09:05 AM PST

Para petugas berdiri megah setelah baru sahaja selesai
meletakan signboard cawangan PAS Sungai Rokam

Malam tadi, dengan hanya menggunakan tenaga 4 orang petugas, PAS Cawangan Sungai Rokam berjaya meletakan semula papan tanda cawangannya di simpang masuk ke Kampung Sungai Rokam.

Sedang membersihkan papan tanda yang dah lama dicabut dari tapak lamanya

Papan tanda tersebut dengan gahnya mengucapkan 'Selamat Datang' sebagai mengalu-alukan kedatangan orang ramai masuk ke Kampung Sungai Rokam.Ianya diletakan bersebelahan dengan papan tanda Umno.

Sedang menyediakan bancuhan simen untuk tapak tiang papan tanda

Orang-orang kuat cawangan Sungai Rokam sedang
membanting tulang menjayakan projek ini

Saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat yang tidak pernah menolak tugas yang diamanahkan, melainkan dilaksanakan dengan memuaskan.

Nampak berselera sungguh walaupun ditengah-tengah malam...

Pengorbanan tenaga mereka Allah jua yang akan membalasnya.Saya sekadar memasakan mereka bihun goring dan dihidang bersama air sejuk sahaja.

Hanya mahkamah yang boleh menentukan kesalahan dan menjatuhkan hukum - bukan polis atau JPJ

Posted: 08 Mar 2011 11:05 PM PST

Satu kes Mahkamah di Sarawak, kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak tahun 2009 telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di mahkamah. Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan. Lihat laporan Utusan Meloya di sini

Bahawa yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja, iaitu notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi had laju.

Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan. Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau dikenali dengan Notis Pol 170A.

Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran. Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke mahkamah bagi menjawab tuduhan memandu melebihi had laju.Hanya mahkamah yang boleh menentukan kesalahan dan menjatuhkan hukum - bukan polis atau JPJ
Sila ikuti penjelasan Dato Makfudz melalui video klip berikut :


Jom boikot bayar saman ekor seluruh negara

Posted: 08 Mar 2011 04:54 PM PST

Bagaimana kalau diadakan suatu demontrasi besar-besaran membantah 'saman ekor', dan kalau perlu diadakan kempen 'boikot bayar saman ekor' di seluruh negara. Hal perlu diadakan, dan yang layak menerajuinya adalah Pakatan Rakyat beserta NGO-NGO.

Demikian dinyatakan editor weblog Ibnu Hasyim di sini , demi menyambut seruan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Beranikah Pakatan Rakyat menganjurkannya? Ini merupakan satu cabaran kepada Ketua Dewan Pemuda PAS memandangkan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar sendiri menganjurkan Kempen Anti Saman Ekor (Kase).Begitu juga Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad yang turut menyeru agar protes saman ekor ini disemarakan. Lihat di sini

Menurut statistik Idris, terdapat 17.1 juta saman ekor yang disenarai hitam.Jumlah tersebut amat besar dan sekiranya Pakatan Rakyat dapat menggerakan 10% sahaja daripada jumlah mereka yang disenarai hitamkan itu untuk buat protes secara aman dijalanraya, sudah barang tentu akan menggentarkan Menteri Dalam Negeri , Hishamudin Hussien!

Tapi, maaf cakaplah, saya sangat optimis bahawa rakyat Malaysia belum sampai tahap keberaniannya sebagaimana pejuang-pejuang di negara-negara Arab yang bangkit menentang kezaliman pemimpin mereka di Mesir, di Libya dan lain-lain.

Kita telah banyak kali mengalaminya melalui demonstrasi jalanan setelah sekian kali. Kena water cannon dan bom asap sikit, kita semua habis bertempiaran lari meninggalkan kawan!Sebab itu Umno/BN masih terus dapat berkuasa.

Tiada ulasan: