Rabu, 9 Mac 2011

:: @ AL-BAKISTANI @ ::

:: @ AL-BAKISTANI @ ::


TAK SEMUA SEKULAR ANTI AGAMA?

Posted: 09 Mar 2011 11:26 AM PST

Dalam pandangan uruf rakyat Malaysia, sekular ini dimasyhurkan sebagai "agama suku, politik suku". Dengan maksud, urusan keagamaan itu tidak boleh dicampur adukkan dengan urusan kehidupan, lebih-lebih lagi dalam pemerintahan.

Sekular itu sendiri mempunyai pelbagai aliran. Ada yang anti agama, dan ada yang tidak anti agama.

Sekular aliran mustafa kamal art-tarturk adalah sekular yang anti agama. Ekoran itu, Turki di era mustafa kamal, tidak dibenarkan azan dalam bahasa turki, wanita islam dilarang memakai tudung dan banyak lagi.

Tidak dinafikan bahawa ada aliran sekular yang tidak anti-agama. Sekular di Amerika, mereka tidak seperti di turki waktu era mustafa kamal art-tarturk.

Malahan, pada tahun 1970, J gordon melton menemui sekitar 800 kelompok keagamaan di amerika [dlm ensiklopedia of amerika religion]. Pada tahun 1994, bahawa ditemui pertambahan sebagai 200 agama lagi.

Ekoran dari itu, tidak hairan didapati bahawa rakyat amerika boleh dikatakan rata2 menganggap bahawa mereka adalah bangsa yang paling religius. Ekoran itu, negara mereka terpaksa mengadakan pengisytiharan antara negara dan agama. [lihat buku membedah islam di barat : 21]

Jadi, pemisahan agama di sana, bukan kerana mereka anti-agama, tapi tidak dapat menentukan agama mana yang dapat menjadi dasar agama dalam pemerintahan.

namun begitu, memandangkan rata-rata rakyat amerika beragama kristian, maka dijadikan upacara sumpah mereka dengan menjunjung bible.

Dari sudut sejarah. Menurut alwi shihab dalam buku "membedah islam di barat", dinyatakan bahawa agama yg ada di amerika sebelum kedatangan eropa, adalah agama yg bercorak kebudayaan beragam dan kompleks, yg menekankan kepada upacara2 ritual-seremonial yg menyerupai kepercayaan animisme. Ia digelar oleh sam D. Gill sbgi agama primitif.

Secara sejarah, agama katolik roma adalah agama pertama yg diperkenalkan oleh eropa kpd amerika. Tetapi, Kemudiannya, kristen protestan lebih diminati oleh rata2 rakyat amerika.

Jadi, kelihatan bahawa sekular di amerika bukan sekular yang anti agama, sebaliknya wujud beberapa unsur agama dalam pemerintahan di amerika.

* komentar dari baca buku "membedah islam dibarat" tulisan Alwi Shihab

Sekian

Wallahu 'Alam.

Tiada ulasan: