Selasa, 8 Mac 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


4 Sasterawan Sokong "Interlok", DCM Pun Sama

Posted: 08 Mar 2011 07:45 AM PST


Saya petik:
[MK] Empat sasterawan negara hari ini tampil mempertahankan novel Interlok, karya, Datuk Abdullah Huseein dan menganggap tidak ada masalah dilihat pada istilah dan lukisan yang digambarkan oleh pengarang dalam novel berkenaan.

Malah keempat-empat mereka - Muhammad Haji Salleh, Datuk Anwar Ridhwan, Datuk Shahnon Ahmad dan Noordin Hassan - menyifatkan tujuan penulis itu cukup mulia, iaitu melukis gambaran kaum-kaum di negara ini, dengan masalah dalamannya sendiri, dan di akhirnya bersatu menerima negara dan harapan baru.

"Kami juga tidak mengesan tujuan untuk menghina mana-mana kaum. Akhiran karya ini menawarkan harapan dan kecerahan. Itulah tujuan terpenting pengarang," kata mereka dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, keempat-empat sasterawan negara tersebut mengajak rakyat membaca sastera dari pendekatan sastera dan menghormatinya secara wajar dan pintar, supaya dapat dikutip pemikiran dan kearifan sasterawan negara.

"Kami, Sasterawan Negara Malaysia, ingin menegaskan bahawa sebuah teks sastera bukanlah sebuah teks politik, dan bukan juga teks sejarah atau geografi. Sebuah karya sastera ialah sebuah teks yang melukis jiwa manusia, perasaannya, nilai dan kepentingannya dalam konteks zaman dan sejarahnya.

"Yang dilukis didekatkan sehampir mungkin kepada kenyataan di dalam dan di luar diri manusia, kerana karya sastera tidak tercipta daripada kekosongan atau vakum. Peristiwa di luar - peperangan dan kedamaian, kesusahan dan kesenangan, kerusuhan dan ketenangan - dilukis oleh kata-kata dan peribadi pengarang. Ini telah dilakukan sejak beribu tahun oleh semua pengarang, di semua negara," kata mereka.
Tidak selau rapi dan cantik

Mereka berkata sastera bukan dokumen rasmi pemerintah, atau maklumat yang dirapikan serta dicantikkan untuk disebarkan. Sebaliknya, sastera ialah lukisan kehidupan, dan kehidupan tidak
selalu rapi dan cantik.

"Inilah bahan sastera, dan untuk berlaku adil kepada bahan ini sastera melukis dengan warna berbagai-bagai - ada yang merah, kuning, kelabu dan hitam. Itulah warna kehidupan yang lebih banyak jalurnya. Malah pengarang- pengarang dari benua kecil India, telah turut menyentuh isu dalam Interlok yang oleh segelintir orang di sini disensasikan, kerana sistem sosial masyarakatnya telah dinormakan dalam perjalanan panjang peradabannya," kata mereka.

Menurut mereka Interlok adalah sebuah novel yang melukis suatu deretan waktu, watak dan latardari 1910 hinggalah sebelum merdeka.

"Tujuan penulis cukup mulia, iaitu melukis gambaran kaum-kaum yang terdapat di negara ini, dengan masalah dalamannya sendiri, dan di akhirnya telah bersatu untuk menerima negara dan harapan baru.

"Inilah tujuan pengarang. Manusia yang dilukiskan juga cukup mulia, terutama Maniam, yang besar hati dan jiwanya, dan masih ingin membantu orang lain, walau pun dia pernah dimangsakan," kata mereka.
Dicairkan

Sehubungan itu, keempat-empat sasterawan negara berkenaan berkata mereka merasa sangat prihatin sekiranya pengarang terus didesak untuk merubah karya mereka sehingga gagasan awal mereka sudah dicairkan.

"Dan sekiranya perubahan pada lukisan satu kaum hanya dibuat, dan tidak pada kaum yang lain, maka akhirnya terdapat suatu lukisan yang tidak lagi berimbang dan benar – hanya cantik pada suatu kaum dan comot pada yang lainnya," kata mereka.

Justeru, mereka meminta masyarakat membenarkan penulis negara ini melukis kenyataan Malaysia, walau betapa pun tidak manis kenyataan itu.

"Kerana mereka juga berfikir bagi pihak kita, dengan sudut pandangan mereka sendiri, yang walau pun berlainan, masih diperlukan di negara yang demokratis, yang memberi kebebasan kepada sasterawannya untuk menulis,berfikir dan berpendirian," kata mereka lagi.

P/s: Sehingga kini, saya masih mahu bertanya, berapa banyak orang yang mempertikaikan novel ini telah membacanya dari awal hingga akhir, sepatah demi sepatah kata, sebaris demi sebaris ayat, dari perenggan ke perenggan yang lain, dan dari bab ke bab seterusnya?

Awas, Labah-labah Ini Bisa Membuatkan "Burung" Anda Aktif Lebih 4 Jam!

Posted: 08 Mar 2011 04:16 AM PST


Mungkin akan ada kelompok lelaki yang mencari spesies labah-labah di atas selepas membaca artikel ini. mungkin ada yang gerun melihatnya.

Lazimnya, orang yang menemukan seekor labah-labah di dalam bilik tidur akan segera membuang atau membunuh haiwan itu kerana pelbagai alasan termasuklah bimbang disengat oleh haiwan itu. Namun, kajian terbaharu menunjukkan bahawa sejenis araknid ini mungkin sebenarnya lebih baik dibiarkan berkeliaran di tempat tidur anda. Mengapa?

Akhbar melaporkan bahawa gigitan sejenis labah-labah yang lazimnya terdapat di Brazil telah terbukti mempunyai kesan sampingan termasuk mampu menegangkan kemaluan lelaki sehingga empat jam lamanya. Fuh!

Berminat untuk meneruskan bacaan? Makhluk berkaki lapan tersebut yang juga dikenal sebagai armed spider, banana spider, atau phoneutria nigriventer berasal dari Amerika Selatan dan Amerika Tengah. Sayang saudara, labah-labah itu tidak ada di Malaysia. Mungkin spesies ini bakal menjadi haiwan popular di serata dunia suatu sedikit masa lagi, tetapi awas. Mengapa?

Para saintis di Medical College of Georgia percaya spesies ini mungkin dapat membantu mengatasi masalah  ereksi yang dihadapi oleh kaum lelaki. Dr Kenia Nunes berkata: "Racun labah-labah phoneutria nigriventer adalah campuran beberapa molekul. Molekul-molekul ini dipanggil toksin, terdapat pelbagai campuran toksin dalam bisa labah-labah ini dengan aktiviti yang berbeza. Oleh itu, apabila seorang digigit labah-labah ini, kita dapat mengamati berbagai-bagai gejala, termasuklah priapisme, suatu keadaan yang menyebabkan zakar terus menegang."

Namun terdapat beberapa gejala yang mungkin menyebabkan lelaki enggan digigit oleh labah-labah ini. Selain menyebabkan kemaluan menegang berjam-jam, bisa labah-labah ini boleh menyebabkan seseorang kehilangan kawalan otot, kesakitan melampau, kesulitan untuk bernafas dan jika mangsanya tidak dirawat dengan antibisa, dia mungkin akan mati kerana kekurangan oksigen.


* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.


Kuku Ibu Jari Kaki Beri Petunjuk Hidap Kanser Paru-paru

Posted: 08 Mar 2011 01:00 AM PST


Saintis dari Universiti San Diego mendakwa kuku ibu jari kaki dapat memberikan petanda seseorang akan menghidap kanser paru-paru. Hal ini berdasarkan sampel level nikotin yang terdapat pada kuku tersebut. Kajian yang melibatkan golongan perokok dan bukan perokok itu mendapati orang yang mempunyai paras nikotin tertinggi tiga kali berisiko menghidap kanser tersebut. Yang mengejutkan apabila kajian itu mendapati, 10 peratus daripada kalangan orang yang didapati mengandungi paras nikotin tertinggi pada kuku kaki mereka ialah golongan yang tidak merokok. Hal ini menunjukkan kesan kerosakan yang berlaku kepada perokok pasif.

Sambung bacaan anda di sini.


* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.


Ayah Loh Berkahwin dengan 29 Wanita

Posted: 07 Mar 2011 11:10 PM PST


Saya petik:
[SH] BESUT - Umurnya kini sudah menjangkau 90 tahun, dan sekali imbas, tiada apa-apa istimewa mengenai warga emas ini. Namun, bila dia membuka cerita pernah berkahwin dengan 29 wanita, nyata dia bukan calang-calang orang.

Abdullah Awang Besar, 90, atau lebih mesra dengan panggilan Ayah Loh memberitahu, dia berkahwin pertama kali ketika berusia 14 tahun, selepas sebulah berkhatan.

Sejak itu, berkali-kali lagi Ayah Loh bertemu jodoh, menggenggam tangan kadi dan naik pelamin, hinggalah mencecah angka 29.

Dia mula 'rancak' berkahwin ketika umur 40 hingga 50 tahun, dan ketika itu kebanyakan isterinya adalah anak dara sunti berusia 20-an.

Hasil perkahwinannya sebanyak 29 kali, Ayah Loh dikurniakan tujuh anak, dua daripadanya sudah meninggal dunia.

"Kalau ikutkan hati memang mahu kahwin lagi. Tetapi tidak terdaya kerana sudah tua sangat," luah warga emas, Abdullah Awang Besar, 90, yang pernah berkahwin dengan 29 wanita.

Penghuni Pondok Agama (Pondok Paku) itu memberitahu, dia melangsungkan pernikahan dengan isteri pertama ketika berusia 14 tahun, selepas sebulan berkhatan.

Dia yang lebih mesra dengan panggilan Ayah Loh atau Pak Ngah Dollah mula memasuki pondok itu kira-kira lima tahun lalu, tidak lama selepas berpisah dengan isteri terakhirnya, dari Seberang Jertih.

"Dahulu mas kahwin murah biasanya sekitar RM52 sahaja untuk kahwin dengan anak dara. Biasanya bila bercerai baru saya berkahwin lain.

"Tetapi pernah juga saya ada tiga isteri sekali gus, memandangkan isteri tua tidak mahu berpisah. Namun, akhirnya semua bercerai," katanya yang masih sihat tanpa menghidap sebarang penyakit, malah penglihatannya juga jelas dan tidak menghadapi masalah pendengaran.

Menurutnya, walaupun berkahwin ramai, tetapi dia hanya memperoleh tujuh cahaya mata. Dua daripadanya, hasil perkongsian hidup dengan isteri pertama, sudah meninggal dunia hasil. Isterinya pertamanya, Habsah Abdullah juga telah meninggal dunia.

Abdullah berkata, kebanyakannya dia berkahwin untuk tempoh sebulan hingga setahun, bergantung terhadap perangai isterinya, malah dia pernah berkahwin tiga kali dalam setahun.

"Sekarang empat anak saya menetap di Kuantan, Pahang dan yang sulung tinggal di Kampung Telaga Nibong, Besut," katanya yang pernah bekerja sebagai pekerja biji timah dengan sebuah syarikat Inggeris di Sungai Lembing, Kuantan, Pahang pada 1 Januari 1951.

Menurutnya, dia rancak berkahwin silih berganti ketika usianya mencecah 40 hingga 50 tahun, dan sebahagian besar isterinya adalah anak dara berusia bawah 20 tahun.

"Dahulu Ayah Loh nakal sikit. Hendak buat macam mana, kadang kala orang gilakan Ayah Loh. Malah kalau ada yang berkenan, Ayah Loh akan pergi minta dengan keluarga perempuan itu dan pasti tidak ditolak," ceritanya cuba menyembunyikan ilmu yang penuh di dadanya.

Malah katanya, ada dalam kalangan wanita yang pernah dikahwininya sanggup menawarkan diri tidur bersama madu dalam satu kelambu, tetapi ditolaknya kerana bertentangan dengan agama.

Apa Kata kalau Memoir Tun M Itu Berisi Fitnah?

Posted: 07 Mar 2011 09:45 PM PST


Berdasarkan laporan MK, Tun Dr Mahathir Mohamad memuatkan 20 halaman tentang cara beliau mendapat tahu kisah seks Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan lelaki dan wanita, yang membawa kepada pemecatannya pada tahun 1998 dalam memoirnya yang bertajuk - A Doctor In The House -.

Hal itu diceritakan dalam bab bertajuk 'Anwar's Challenge' di dalam memoir setebal 800 halaman itu. Tun M menulis, empat tahun selepas KPN Tun Hanif pertama kali memberitahunya tentang dakwaan yang mengaitkan DSAI dengan aktiviti homoseksual, seseorang menghantar kepadanya buku '50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri'.Katanya, buku itu jelas merupakan satu percubaan untuk mensensasikannya untuk mengaut keuntungan. Oleh sebab itu, beliau mendakwa tidak membacanya, tetapi khabar angin tentang DSAI tidak pernah berakhir. Menurutnya, kemudian pada tahun 1997, beliau menerima sepucuk surat yang berisi tuduhan khusus dan terperinci tentang dakwaan liwat DSAI daripada Ummi Hafilda Ali.

Apabila menyentuh peristiwa yang membawa kepada pemecatan Anwar, Mahathir menceritakan beliau menemu bual empat orang gadis yang memberitahunya tentang dakwaan bahawa mereka dipujuk untuk bertemu seorang yang sangat berpengaruh, oleh seorang lelaki India yang dikenal sebagai Nalla.

Kata Che Det, lelaki itu telah membawa setiap gadis itu secara berasingan ke sebuah rumah di Kenny Hills. Di situ mereka bertemu seorang yang mereka yang dikenal pasti sebagai Timbalan Perdana Menteri. Mereka dikatakan telah diminta menanggalkan pakaian untuk mengadakan hubungan seks. Menurut Che Det, dua orang gadis bersetuju untuk membuat seperti yang diarahkan, manakala dua lagi gadis enggan berbuat demikian. Mereka bersedia bercakap dengan polis dan beliau, tetapi berkeras tidak mahu memberikan keterangan di mahkamah. Tidakkah pelik apabila gadis ini tidak mahu memberikan keterangan di mahkamah, sedangkan mahkamah boleh mengadakan sidang perbicaraan tertutup.

Tun M berkata beliau kemudiannya memanggil Menteri Besar dan Ketua Menteri Umno ke Sri Perdana dan memberikan taklimat kepada mereka tentang perkara yang diketahuinya tentang Anwar dan menunjukkan kepada mereka gambar-gambar saksi tersebut. Inilah sebahagian ulasan yang ditulis dalam MK.

Kalau ditanya kepada DSAI, sudah tentu beliau menegaskan apa-apa yang terkandung dalam memoir itu adalah fitnah jahat yang mahu menjatuhkannya. Malah, Mahkamah Persekutuan juga telah mengugurkan kes liwat tersebut dan DSAI dibebaskan daripada pertuduhan tersebut, walaupun kini sedang bergelut untuk satu lagi edisi kes liwat yang kini terlihat tempang dari pelbagai segi.

Soal saya mudah sahaja, bagaimanakah jika kandungan memoir Tun M tentang DSAI itu berunsur fitnah? Sedangkan beliau sedar bahawa buku itu akan secara tidak langsung menyebarkan fitnah yang sudah tentunya memberikan  impak kepada dirinya nanti bukan sahaja di dunia malah di akhirat nanti. Mahukah Tun M "merangkap" memohon maaf daripada DSAI di dunia satu lagi nanti?

P/s: Ironi, sejak bila UMCO begitu prihatin terhadap skandal seks dan salah laku moral yang lain, sedangkan kita tahu sesetengah skandal seks pemimpin UMCO tidak pernah pun dipandang oleh PM atau kerabat UMCO yang lain. Ironi, dalam kes DSAI, mereka begitu prihatin walaupun sebahagian besar masyarakat menolak kes salah laku tersebut. 



Drama Liwat II: Hakim Tolak Bahan Bukti Diperoleh Secara Tidak Sah

Posted: 07 Mar 2011 07:55 PM PST


Saya petik:
[MK] Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini memerintahkan tiga barangan - berus gigi, botol air minuman dan tuala 'Good Morning' tidak boleh diterima sebagai bukti.

Hakim, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah dalam penghakiman dalam bicara dalam perbicaraan berkata barangan berkenaan diperolehi dengan cara yang tidak sah.

"Mahkamah mendapati tiga barang itu diperoleh secara tidak adil. Barang-barang dan perkara yang berkaitan akan ditolak daripada perbicaraan ini," katanya. 

Justeru, katanya, sampel DNA yang diperolehi itu juga tidak boleh diterima.

Sehubungan keputusan itu, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata pihak pendakwaan belum bersedia untuk meneruskan perbicaraan, meskipun beliau mempunyai tiga saksi lagi.
Mahkamah kemudiannya ditangguhkan hingga pagi esok.

Sebelum itu, peguam Karpal Singh pagi tadi menjawap hujah Yusof semalam dalam usaha tidak membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk menjadikan tiga barangan kontroversial itu sebagai bukti.

Menurut Karpal, memandangkan tangkapan ke atas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dijalankan secara tidak sah dan barang berkenaan diperolehi secara tidak adil, justeru ia harus ditolak.

Sebaliknya, Yusof pula berkata mahkamah perlu mempertimbangkan sama ada barangan itu adalah relevant meskipun cara ia diperolehi mengkin 'tidak sah'.

Sambil memetik kes mahkamah di negara-negara Komanwel seperti Britain, Amerika, Jamaica dan Afrika, Yusof dalam hujahnya selama dua jam setengah itu berkata puntung rokok dan botol air minuman daripada tertuduh juga diterima sebagai bukti dalam kes serangan seksual dan pembunuhan.

Berdasarkan hujah kedua-dua pihak, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat penghakimannya hari ini.

P/s: Tamparan untuk geng pendakwaan. Penolakan ini juga menjatuhkan kredibiliti polis dan pihak pendakwaan seterusnya sistem kehakiman negara.

Sebelum Ini:

Nenek Paling Muda: Rekod yang Tidak Membanggakan

Posted: 07 Mar 2011 07:00 PM PST

Rifca dan cucunya Ion yang kini berusia 2 tahun.

Sebelum ini, DCM ada menyiarkan kisah nenek muda di Britain. Anda boleh membaca kisahnya di sini.

Semalam, saya baca satu lagi artikel yang memeranjatkan apabila seorang wanita yang berusia 25 tahun diiktiraf sebagai nenek paling muda di dunia seperti yang dilaporkan dalam  akhbar atas talian DM. Saya terjemahkannya semalam untuk dikirimkan hari ini. Rupa-rupanya akhbar Malaysia pun ada mengambil cerita yang sama. Tidak mengapalah.

Wanita yang dimaksudkan ialah Rifca Stanescu dari kelompok gipsi yang berasal dari Kampung Investi, Romania. Rifca kini berusia 25 tahun menurut laporan DM, bukannya 23 tahun seperti yang dilaporkan dalam HM. Mungkin ada kekeliruan kerana berdasarkan laporan DM, Rifca menjadi nenek pada usia 23 tahun apabila anaknya Maria melahirkan anak pada usia 11 tahun.

Rifca bersama suami dan cucunya.

Rifca sendiri melahirkan anak sulungnya Maria pada usia yang 13 tahun. Ketika berusia 11 tahun, Rifca berkahwin dengan suaminya, Ionel yang pada ketika itu berusia 13 tahun.Dia melangsungkan perkahwinan tanpa restu itu apabila bapanya mahu mengahwinkannya dengan pemuda yang tinggal di kampung lain. Biarpun begitu, perkahwinan mereka akhirnya direstui apabila Rifca melahirkan Maria. Rifca melahirkan anak kedua, Nicolae setahun kemudian.

Biarpun menegaskan bahawa perkahwinan pada usia terlalu muda adalah amalan biasa masyarakat di sana serta gagal memujuk anaknya agar tidak berkahwin pada usia muda, Rifca berkata remaja/kanak-kanak tidak sepatutnya mengikuti langkahnya memiliki anak pada usia terlalu muda.

Adakah rekod ini membanggakan? Sudah tentu tidak. Banyak alasan untuk berkata demikian. Fikirkan!


 P/s: Nenek paling muda di Britain yang namanya dirahsiakan berusia 26 tahun. Dia berasal dari Rotheram, Yorkshire. Berdasarkan laporan akhbar, dia dinobatkan sebagai nenek paling muda di sana apabila anak perempuannya berusia 12 tahun melahirkan anak pada tahun 1999. Di Malaysia?


* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

2 Lahanat Perkosa Budak OKU

Posted: 07 Mar 2011 05:36 PM PST

Gambar ini tiada kaitan dengan kes ini. Sekadar hiasan. Namun berdasarkan keterangan, gambar ini berkaitan dengan kes rogol yang melibatkan budak berusia 10 tahun.

Saya petik:
[HM] AMPANG: Dua lelaki layak dilabelkan bernafsu syaitan apabila tergamak merogol kanak-kanak kurang upaya (OKU) berusia 12 tahun secara bergilir-gilir di rumahnya Jumaat lalu.

Difahamkan ketika kejadian, mangsa yang tinggal berseorangan di rumah teres di Bandar Baru Ampang didatangi dua lelaki tidak dikenali berusia 20-an yang mengambil kesempatan merogolnya selepas ibu mangsa keluar bekerja.

Menurut sumber, mangsa yang mendengar ketukan pintu rumah terus membukanya sebelum dua lelaki berkenaan menyerbu masuk.

Sumber berkata, kejadian itu dikesan ibu mangsa yang pelik dengan sikap anaknya yang berdiam diri dan murung. 

Selepas didesak, mangsa menceritakan kejadian yang berlaku dan ibunya membuat laporan di Balai Polis Ampang pada hari yang sama," katanya. 

P/s: Persoalan yang perlu kita bangkitkan ialah: mengapa budak ini ditinggalkan seorang diri? Selain menghukum penjenayah lahanat itu, polis sewajarnya mempersoal tindakan si ibu meninggalkan anaknya seorang diri di rumah sehingga mendedahkan kanak-kanak malang ini dengan pelbagai risiko jenayah.

Harga PETROL Bakal NAIK Lagi. Mukadimah Sudah Ada!

Posted: 07 Mar 2011 04:30 PM PST


Sebelum pilihan raya kecil di Kerdau dan di Merlimau, langsung tidak ada ura-ura kenaikan harga minyak. Kata orang Perak "soh" = senyap sunyi. Seperti yang dijangka banyak pihak dan disiarkan juga dalam blog-blog pro-PR meramalkan minyak petrol akan dinaikkan selepas PRK Kerdau dan Merlimau ada asasnya berdasarkan berita di atas. 

Modus operandi untuk menaikkan harga minyak petrol di Malaysia sejak belakangan ini bermula dengan pandangan pakar ekonomi yang mengutarakan kewajaran kenaikan minyak, sebelum kenaikan itu diputuskan oleh Kabinet Najib. Kali ini, tampaknya mukadimahnya sudah ada. Mungkin dalam masa terdekat ini, menteri yang menjanjikan tiada kenaikan harga minyak, dan kantoi dengan temberangnya akan mengumumkan kenaikan harga petrol dengan mewajarkan dengan pelbagai alasan.

Mungkin ada yang bersetuju dengan kenaikan tersebut termasuk memberikan alasan kenaikan harga minyak mentah dunia, namun sudah banyak kali saya menyiarkan kewajaran kerajaan mengekalkan harga minyak minyak termasuk membandingkan harga minyak di negara pengeluar termasuk kewajaran kerajaan menarik subsidi yang diberikan syarikat kroni yang berjumlah lebih daripada RM15 bilion setahun.

Berita sedih bagi rakyat marhaen, dan gembira bagi pengundi BN ini tidak perlu diulas panjang-panjang!

P/s: Terima kasihlah pengundi BN di Kerdau dan di Merlimau.

* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

Tiada ulasan: