Khamis, 3 Mac 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Gambar 18 SX] Aksi Berahi-EDAN di Pentas Konsert

Posted: 03 Mar 2011 05:30 AM PST





Maaflah! 

Kiriman berahi-edan malam ini. Saya jumpa di sebuah laman sesawang. Cerita lama, tetapi menarik! (Bergantung pada niat anda)

Sepasang aktivis alam sekitar Tommy dan Leona dari Norway (kalau tidak silap) melakukan hubungan seks haram di atas pentas konsert. Perbuatan tidak bermoral itu dilakukan di depan puluhan ribu penonton yang menyaksikan persembahan kumpulan The Cumshots (nama kumpulan pun berahi juga!) di Festival Quart di Kristiansand, Norway sekitar tahun 2004 dahulu.

Cerita lama!

Berdasarkan berita yang disiarkan di aftenposten, pasangan gila ini mendakwa melakukan hubungan seks haram itu semata-mata mahu mengalihkan perhatian dunia untuk melindungi hutan hujan tropika. Malah pasangan ini turut membina laman sesawang "F*** For Forest" yang memaparkan bahan lucah berbayar yang kononnya untuk mengumpul dana melindungi hutan hujan tropika.

Kedua-duanya telah disoal siasat oleh pihak berkuasa dan kemudiannya dikenakan denda sebanyak
NOK10 000 (AS1 400 dolar) kerana beraksi tidak senonoh di depan publik.


Dunia akhir zaman tuan-tuan!

* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.


Anwar Ibrahim, Ummi Hafilda di Kerdau Malam Ini

Posted: 03 Mar 2011 04:10 AM PST


Tengah hari tadi, berita Awani mengatakan bahawa DSAI dan Ummi Hafilda akan menyampaikan ceramah di lokasi yang sama. Sebentar tadi, ada beberapa laman sesawang mengatakan bahawa kedua-dua seteru itu akan menyampaikan ceramah di Rumpun Makmur. Kem PAS akan menampilkan DSAI, manakala kem BN akan menampilkan Ummi dan Rahimi Osman.

Mungkin ada kejutan. Siapa yang tahu? Sesiapa yang berdekatan sila ke lokasi ceramah sebelum pukul 9 malam.

Tupai Junior Kaki Cabul/Tebuk

Posted: 03 Mar 2011 02:22 AM PST

Anak siapa?

Saya petik:
[SH] Ayer Keroh - Tiga pelajar dituduh di Mahkamah Majistret, di sini, semalam, kerana mencabul rakan sekolah mereka, minggu lalu.

Dua daripada tiga tertuduh berumur 17 tahun dan seorang lagi 16 tahun,
mengaku bersalah selepas faham pertuduhan yang dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa mahkamah.

Berdasarkan pertuduhan, ketiga-tiga pesalah juvana itu didapati menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul seorang pelajar perempuan berumur 13 tahun 10 bulan.

Kesalahan itu dilakukan di dalam sebuah kelas di sebuah sekolah di Daerah Melaka Tengah kira-kira jam 2.30 petang pada 22 Februari lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman berkenaan.

Pegawai Pendakwa, Zaini A Aziz ketika pendakwaan menawarkan kepada mahkamah jaminan RM2,500 terhadap setiap tertuduh.

Majistret Aishah Hijriah Arshad yang membenarkan jaminan RM2,300 kemudian turut menetapkan 14 April depan sebagai tarikh sebutan untuk mendengar laporan akhlak sebelum dijatuhkan hukuman.

 P/s: Kalau tupai junior ini membuntingkan putik kelapa, maka Malaysia pun boleh berbangga jika ada yang jadi nenek atau datuk termuda di Malaysia!


Apa Harga Makanan Naik 160%? Harga Air Kosong Naik 100%?

Posted: 02 Mar 2011 10:00 PM PST


Saya petik:
[MK] Persatuan Pengguna Pulau Pinang mendakwa harga pelbagai makanan telah melonjak antara 20 peratus hingga 167 peratus sejak bulan lalu akibat kenaikan harga pelbagai barangan keperluan.

Presidennya, SM Mohamed Idris berkata peningkatan harga makanan itu telah menyebabkan kesukaran yang amat sangat kepada kehidupan pengguna.

"Satu hidangan sayuran yang dijual pada harga 60 sen enam bulan yang lepas, kini dijual pada harga 80 sen hingga RM1.00 setiap hidangan, peningkatan 25 peratus hingga 66 peratus; udang (saiz sederhana) daripada RM1.50 hingga RM4.00 setiap satu, peningkatan 167 peratus," katanya dalam satu kenyataan media. 

Menurut SM Mohamed, pengusaha restoran dan pemilik gerai makanan yang ditemubual oleh pegawai CAP, berkata kenaikan harga makanan dan minuman ringan adalah akibat daripada kenaikan harga barangan keperluan yang diimport seperti bawang, bawang putih, kacang dal dan rempah; ayam, daging, daging kambing, ikan, udang, sayuran, tepung beras, telur, susu pekat manis, biji kopi, serbuk teh daripada antara 20 peratus sehingga 200 peratus serta peningkatan dalam harga gas dan bahan api.

Katanya kajian yang dijalankan sekitar gerai-gerai di Pulau Pinang itu mendapati kenaikan bukan sahaja membabitkan kedai makanan orang Islam tetapi juga menjejaskan makanan orang Cina dan India.

"Harga char koay teow di gerai makanan Cina menunjukkan peningkatan 50 peratus daripada RM3.00 kepada RM4.50 sepinggan. 

"Barangan makanan lain seperti moey daging atau bubur meningkat daripada RM3.50 kepada RM4.50; mee udang daripada RM4.50 kepada RM5.50; mee tomyam RM4.00 kepada RM4.50; nasi goreng daripada RM3.50 kepada RM4.00," katanya.

Menurut beliau bagi makan India pula, harga tosai yang dijual RM1.00 setiap satu kini meningkat RM1.20, peningkatan 20 peratus harga roti canai dan nasi lemak masih sama tetapi kandungannya telah dikurangkan.

"Harga kopi dan teh telah meningkat daripada 80 sen kepada RM1.00 hingga RM1.10 segelas; Nescafe, Horlicks dan Milo meningkat daripada RM1.20 kepada RM1.30 segelas; minuman tin dan jus segar pula meningkat daripada RM1.50 kepada RM2.00, peningkatan 33 peratus.

"Di sesetengah tempat ais kosong telah meningkat daripada 20 sen kepada 40 sen segelas iaitu peningkatan 100 peratus," katanya.

Presiden CAP itu berkata memandangkan kenaikan kos, bayaran bagi perkhidmatan lain seperti pembaikan paip, elektrik, bengkel kereta, membaiki motosikal juga telah meningkat bayarannya daripada antara 20 peratus kepada 30 peratus dalam tempoh lebih enam bulan lalu.

Sehubungan itu, SM Mohamed menggesa kerajaan mempertimbangkan perkara ini dengan serius bagi mencari jalan bagaimana untuk mengatasi kenaikan kos....

P/s: Undi BN, anda dapat BN=barang naik! Suatu yang akronim yang sinonim! Bukanlah melulu jika melabelkan undi BN, barang naik, kerana sesiapa yang memerintah tidak dapat mengekang kenaikan harga barang. Namun, jika parti yang memerintah itu jujur, amanah, dan prihatin, kenaikan harga barang dapat dikawal dan diminimumkan melalui pelbagai cara. Fikirkan! Saya tidak mahu menulis panjang.

Hakikatnya, kenaikan harga barang bukan sahaja di Pulau Pinang, malah bahang kenaikan harga barang sudah dirasai oleh penduduk-penduduk di ceruk-ceruk kampung. Kenaikan harga barangan bukan sahaja melibatkan makanan, malah berus pencuci mangkuk tandas pun dinaikkan oleh peniaga atas alasan kenaikan kos pengeluaran dan pengangkutan.

Di sekitar tempat kerja saya, untuk makan tengah hari dengan hidangan nasi campur berlauk (ikan/daging/ ayam + sayur) dan minuman biasa, anda memerlukan sekurang-kurangnya RM8. Bayangkan betapa mahalnya harga makanan sekarang.

Usah tanya Pak PM dan barisan Menterinya, kerana gaji dan elaun yang diterima mereka sebulan bersamaan dengan gaji kita selama tiga tahun. Orang-orang ini tidak pernah benar-benar merasa kesusahan, keresahan kita. Mereka cuba membayangkan (jika ada yang mencubanya), tetapi hakikatnya tidak pernah merasakan kesusahan itu.

"Terima kasih" pengundi BN!

Petua Panjang Umur

Posted: 02 Mar 2011 08:30 PM PST


Saya petik: 
[BH] NEW YORK: Mereka yang tidak berasa bimbang dan sentiasa gembira mempunyai peluang lebih tinggi untuk hidup lebih lama dan panjang umur, kata satu kajian.

Penyelidikan diketuai Profesor Emeritus Universiti Illinois, Ed Diener, berkata penilaian ke atas lebih 160 kajian untuk menentukan kaitan antara minda positif, kesihatan keseluruhan dan umur panjang memperoleh bukti jelas dan meyakinkan. 

"Saya terkejut dan teruja apabila melihat perbandingan jelas yang mengaitkan antara tahap kesihatan yang baik dengan umur panjang," kata beliau dalam laporannya yang diterbitkan Jurnal Applied Psychology: Health and Well-Being. 

Diener berkata, walaupun beberapa kajian yang dinilai memberi pandangan bertentangan, pendapat keseluruhan menyokong kesimpulan bahawa kegembiraan mempunyai kaitan dengan kesihatan dan umur panjang. – Reuters

 P/s: Senyum-ketawalah selalu.

Awas, Seorang Maut Kerana H1N1!

Posted: 02 Mar 2011 07:45 PM PST


H1N1 mengganas lagi. Kali ini, seperti yang diberitakan di akhbar, sebuah sekolah menengah di Sungai Long, Kajang ditutup sekurang-kurangnya seminggu mulai hari ini selepas seorang pelajarnya yang berusia 16 tahun disahkan meninggal dunia akibat dijangkiti virus Influenza A (H1N1) pada 24 Februari lalu.

Jadi, bagi pembaca yang tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi, ambillah langkah pencegahan dan pastikan anda mengamalkan langkah kebersihan seperti yang disyorkan oleh pihak kesihatan.

* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

Awas, 3 Produk Farmaseutikal Ada DNA KHINZIR! Apa yang BODOH Fasal Berita Ini?

Posted: 02 Mar 2011 06:30 PM PST


Saya petik:
[BH] KUALA LUMPUR: Kajian Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi terhadap 15 sampel produk farmaseutikal tempatan yang dibungkus dengan kapsul gelatin yang diambil secara rambang dari pasaran mendapati tiga daripada produk itu positif DNA khinzir

Kehadiran DNA itu dikesan menggunakan kit diagnosis yang dibangunkan sebuah syarikat multinasional tempatan menerusi projek perintis bersama kementerian berkenaan, baru-baru ini, dalam usaha membangunkan produk standard halal di Malaysia. 

"Kajian menggunakan kaedah bioteknologi terkini itu menunjukkan 15 peratus produk yang dibungkus dengan kapsul gelatin di negara ini disyaki diperoleh dari sumber khinzir.

"Oleh itu, umat Islam perlu berhati-hati menggunakan produk farmaseutikal dan memilih yang mempunyai logo halal bagi mengelakkan mereka terpedaya," kata Timbalan Menterinya, Datuk Fadillah Yusof yang dihubungi, semalam.

Fadillah berkata, tindakan boleh diambil terhadap mereka yang menjual produk tidak halal menggunakan logo halal.

"Bila kami bangunkan standard halal, ia berasaskan kepada sukarela, mana-mana syarikat yang mahu memasarkan produk mereka sebagai produk halal, mereka perlu patuh garis panduan dan syarat yang ditetapkan.


"Kalau mereka tidak letak tanda halal, kami tidak boleh ambil tindakan, terpulang kepada pengguna Islam yang prihatin untuk membeli produk halal dengan logo halal," katanya.

Fadillah berkata, kerajaan sedang berusaha untuk menjadikan Malaysia hab halal global bagi pengeluaran dan perdagangan barangan dan perkhidmatan menjelang 2020.

Sehubungan itu, katanya, pelbagai langkah dilakukan bagi merealisasikan hasrat itu, termasuk memperkenalkan Standard Malaysia – MS 2424:2020 (P): Farmaseutikal Halal: Garis Panduan Umum, iaitu garis panduan umum pertama diperbadankan di dunia untuk farmaseutikal halal.
..............

P/s: Saya malas mahu salin dan tampal kesemua teks berita ini. Sebab apa? Sebab tidak ada faedahnya! Mengapa? Kerana berita ini memerihalkan persoalan pada tajuk kiriman ini.

Bayangkan, berita ini menyatakan amaran bahawa tiga produk farmaseutikal disahkan mengandungi DNA babi, namun berita ini tidak memerincikan produk tersebut. Ubat apa? Jenama apa? Bukankah lebih baik berita ini tidak disiarkan!

Begitu jugalah jika produk makanan disahkan mengandungi kandungan terlarang, media atau pihak berkuasa bertindak merahsiakan jenama dan nama syarikat pengeluarnya. Bukankah lebih baik berita itu tidak disiarkan langsung?

Cuba baca frasa/ayat berita yang saya hitamkan. Macam mana Malaysia mahu jadi hab halal sedangkan, dalam kes ini, tiada ketegasan dalam soal halal.

Jangan marah kalau saya kata, orang Islam di Malaysia ini mungkin pernah makan suatu yang mempunyai unsur khinzir. Setuju?


Tiada ulasan: