Biaqpila |
- Protes saman ekor dengan kertas undi
- Kantung kering kontang... kahkahkah...
- Pemimpin Umno 'kencing' penduduk Merlimau
- Saman ekor: Ketahui hak anda
- Suami pi kerja, isteri asmara depan anak
- Saman trafik: TPM tolong jangan perlekeh rakyat sendiri
Protes saman ekor dengan kertas undi Posted: 03 Mar 2011 02:00 PM PST JASIN, 3 Mac: Timbalan Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka, Yusof Abdul Wahab (gambar) menyeru para pengundi PRK Dun Merlimau supaya menzahirkan protes terhadap saman ekor melalui kertas undi pada 6 Mac ini. Katanya, inilah masa yang terbaik dan peluang terdekat bagi rakyat khususnya para pengundi di Merlimau menunjukkan sikap mereka terhadap saman ekor yang seolah-olah merompak wang rakyat. Menurutnya, kerajaan BN perlu diajar melalui peti undi supaya mendengar keluhan dan rintihan rakyat ekoran menjadi mangsa saman ekor yang dipertikaikan pelaksanaannya sejak dahulu lagi. “Saya menyeru para pengundi di Dun Merlimau supaya menolak BN dan mengundi calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat untuk memberi peringatan kepada BN supaya jangan sekali-kali mendera rakyat melalui saman ekor,” katanya. Beliau berkata, walaupun banyak isu yang boleh membuka minda rakyat untuk menolak Umno BN terutama pada PRK Merlimau, namun saman ekor adalah isu yang melibatkan rakyat secara umum. “Kerajaan BN tidak mahu mendengar pandangan rakyat supaya dimansuhkan saman ekor, jadi eloklah rakyat membantah melalui peti undi dengan mengundi calon PAS di Merlimau dan Kerdau pada 6 Mac ini,” katanya. Sebelum ini, Ketua Pnerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad meminta semua jentera penerangan parti supaya menyemarakkan protes saman ekor yang tidak adil dan membebankan rakyat. Ini, katanya kerana masih kedapatan 17.1 juta saman ekor yang disenarai hitam sehingga pihak polis terpaksa melanjutkan tempoh bayaran saman diskaun sehingga 10 Mac ini. “Ini bermakna rakyat sudah protes secara senyap terhadap saman ekor. Sila naikkan kain rentang di seluruh negara,” ujarnya.-/ Harakahdaily KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Kantung kering kontang... kahkahkah... Posted: 03 Mar 2011 04:00 AM PST Duit dah banyak bertaburan, ya laa... setiap kali adanya PRK... beratus juta ringgit ditabur semata mata untuk membeli dan memberi gula gula dan kini tibalah masanya untuk kantung yang kering kontang diisi semula.... kahkahkah... Tak kira apa saja caranya, asalkan kantung yang kering diisi dengan fulus. Fulus yang banyak, lagi banyak yang boleh dibeli... Kesiankan.... nampak sangat kerajaan UBN dah terdesak, hanya mengharapkan duit rakyat hasil mahsul dari saman Polis terhadap rakyat marhaen saja untuk mengisi kantungnya yang semakin kontang. Walaupun kantong dah kering kontang tapi geng geng pekak badak ni masih boleh ranggi menabur janji pembangunan atau rasuah politik demi untuk memancing undi dan mempertahankan kuasa. Walaupun dah pokai, rakyat mesti digula gulakan agar ramai yang terpedaya bahawa kita masih kaya dan berupaya... kahkahkah.... Saman yang dikutip kelihatannya masih belum mencukupi untuk menyara sang penguasa yang biasa berbelanja mewah. Walaupun tarikh tutup telah di war warkan, masih ramai rakyat yang merasa jijik untuk tolong menderma... kahkahkah.... Maka, tanpa malu malu... sang penguasa mengumumkan diskaun saman masih ditawarkan sampai 10 Mac ini. Sekaligus menyerlahkan pada kita bahawa wang hasil mahsul dari saman terhadap rakyat marhaen yang telah dikutip setakat ini masih jauh dari mencukupi... kahkahkah.... Nampak sangat macam UBN merayu rayu kali ini supaya saman yang tertunggak dijelaskan segera untuk penuhkan kantung kering kontang mereka... kahkahkah... shalehudin KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Pemimpin Umno 'kencing' penduduk Merlimau Posted: 03 Mar 2011 02:00 AM PST JASIN, 2 Mac: Tidak kurang 700 penduduk di kawasan Dun Merlimau, di sini, kini telah menjadi mangsa penipuan pemimpin Umno BN, apabila mereka dijanjikan pinjaman Tekun berjumlah RM3,000 tetapi kemudian mulai menjauhkan diri daripada mereka. warkahdaily KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 02 Mar 2011 11:00 PM PST Ramai yang masih kabur dan tidak faham hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi Negara. Perlembagaan Persekutuan menjamin hak setiap rakyat Malaysia tanpa mengira agama, kaum, bangsa dan juga fahaman politik. Semua warganegara dijamin hak yang sama. Salah satu hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ialah hak rakyat terhadap harta. Ini disebut dalam Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan. Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan Hak terhadap harta. (a) Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang. (b) Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi. Selalunya Perkara 13 ini digunakan di dalam kes pengambilan tanah melalui Akta Pengambilan Tanah 1960. Sebenarnya Perkara 13 ini bukan sahaja melibatkan harta tak alih seperti tanah, tetapi meliputi harta alih seperti kenderaan. Justeru penafian hak memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga sebenarnya termasuk di dalam penafian hak rakyat terhadap harta. Alasannya jika seseorang rakyat itu dihalang dari memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka yang menyebabkan kenderaan itu tidak boleh digunakan maka rakyat itu telah dinafikan haknya terhadap harta. Jika seseorang rakyat telah dinafikan hak mereka menggunakan harta (kenderaan) mereka tanpa alasan yang berlandaskan peraturan dan undang-undang maka Perkara 13 (b) menyatakan bahawa pampasan hendaklah diberikan. Ini bermaksud jika JPJ menghalang seseorang memperbaharui cukai jalan yang menyebabkan kenderaan tidak boleh digunakan, maka JPJ hendaklah membayar pampasan kepada pemilik kenderaan tersebut. Hujah ini adalah bersandarkan keputusan kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak yang telah diputuskan pada tahun 2009. Di dalam kes ini, seorang rakyat bernama Leonard Lim Yaw Chiang telah disenarai hitam dan dihalang oleh JPJ Sarawak dari memperbaharui cukai jalan kereta beliau. Beliau telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuching untuk memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam dan menghalang beliau memperbaharui cukai jalan adalah salah. Beliau juga memohon gantirugi daripada JPJ di atas kehilangan penggunaan kereta beliau selama kereta tersebut tidak boleh digunakan kerana tiada cukai jalan. Mahkamah telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di Mahkamah. Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan. JPJ juga telah diarahkan membayar gantirugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain. Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda. Berbalik kepada tawaran Kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman sehingga hari ini 28/2/2011. Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah. Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300 atau RM150 atau pun RM50. Isu utamanya adalah, ADAKAH SESEORANG ITU BENAR-BENAR MELAKUKAN KESALAHAN YANG DIDAKWA SEHINGGA MEREKA WAJIB MEMBAYAR DENDA? Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak. Jika ada yang tertunggak maka ianya bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di Mahkamah. Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan hadir ke Mahkamah untuk menjawap saman itu. Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda. Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke Mahkamah, maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap suapaya OKS hadir mahkamah. Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mangakui kesalahan atau meminta bicara. Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak. Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan. Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesai lah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga samann itu. Tidak tertunggak. Soalannya kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke Mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja. Saman Ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi hadlaju. Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan. Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau dikenali dengan Notis Pol 170A. Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran. Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke Mahkamah bagi menjawap tuduhan memandu melebihi hadlaju. Kemudian proses mahkamah yang dijelaskan sebelum ini akan berlaku. Maka saman itu akan selesai dan tidak tertunggak. Masalah timbul apabila pihak berkuasa terus menghukum pemilik supaya membayar kompaun sedangkan kesalahan tidak dibuktikan. Kompaun bukan denda tetapi tawaran. Denda hanya boleh dikeluarkan dan diarahkan oleh Mahkamah. Bukan Polis dan bukan JPJ. Inilah penyalahgunaan kuasa dan peraturan oleh pihak berkuasa. Mereka bertindak melebihi kuasa yang diberikan. Mereka bertindak sebagai penghukum sedangkan tugas itu hanya ada pada Mahkamah. Justeru kepada semua rakyat Malaysia, ketahui hak anda, jangan mudah terpedaya dengan tawaran dan penindasan. Gunakan hak anda... TIADA SIAPA BOLEH MEMAKSA ANDA MEMBAYAR SESUATU YANG ANDA TIDAK LAKUKAN. Anda Mampu Mengubahnya. Bagaimana JPJ boleh menhalang pembaharuan cukai jalan? 1) Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010 JPJ berkuasa menghalang seseorang melakukan apa-apa transaksi termasuk perbaharui cukai jalan tetapi setelah JPJ BERPUASHATI bahawa seseorang ada perkara yang belum selesai dengan JPJ dan Polis. Bagaimana JPJ hendak BERPUASHATI? 2) Seksyen 17(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010 JPJ hendaklah memberikan peluang kepada seseorang membuat representasi. Ini bermaksud JPJ hendaklah menjalankan siasatan adakah seseorang itu ada perkara yang belum selesai. Maka semua pihak perlu hadir iaitu pemilik kenderaan, JPJ dan Polis yang mengeluarkan saman. Perlu disiasat adakah saman yang dikatakan ada kepada seseorang itu betul atau tidak. Sudah dibuktikan di mahakamh atau tidak. Jika tidak maka JPJ tidak boleh menyenarai hitam. Inilah maksud BERPUASHATI 3) Seksyen 17(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010 Jika dihalang daripada perbaharui cukai jalan maka Pengarah JPJ hendaklah maklumkan kepada Ketua Pengarah pengangkutan, di mana Ketua Pengarah hendaklah maklumkan secara bertulis dalam tempoh 14 hari kepada pemilik kenderaan tentang alasan halangan dibuat ke atas pemilik. Adakah notis ini pernah dikeluarkan kepada pemilik? Jika anda dihalang daripada perbaharui cukai jalan tanpa alasan yang sah anda boleh: a) Minta alasan bertulis daripada JPJ kenapa anda dihalang. b) Minta JPJ perbaharui cukai jalan dengan segera jika alasan bertulis itu tidak munasabah dan tidak betul. c) Jika JPJ enggan mematuhi permintaan anda, anda boleh menyaman/menuntut di Mahkamah untuk gantirugi kehilangan penggunaan kenderaan anda dan kesusahan anda kerana tidak boleh menggunakan kenderaan. sumber fb KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Suami pi kerja, isteri asmara depan anak Posted: 02 Mar 2011 08:00 PM PST KULIM: Seorang isteri berusia 23 tahun yang mempunyai dua anak sanggup bermain kayu tiga apabila ditahan berkhalwat bersama kekasih gelapnya dalam kejadian di Kampung Padang Tembak, malam kelmarin. Lebih mengejutkan, perbuatan durjana wanita berkenaan dilakukan di rumahnya sendiri ketika suaminya bekerja dan di depan dua anaknya berusia enam dan setahun setengah. Ketua Unit Penguat Kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK), Azmi Rejab berkata, dalam kejadian jam 9 malam itu, suami wanita berkenaan yang dihubungi penduduk kampung pulang ke rumahnya sebelum mendapati kekasih gelap isterinya berusia 20 tahun berbaring di sofa. Katanya, berang dengan tindakan isteri dan lelaki berkenaan, suami yang berusia 25 tahun terbabit memaklumkan kejadian itu kepada PADK untuk tindakan lanjut. "PADK menerima aduan kira-kira jam 9.30 malam sebelum bergegas ke tempat kejadian. Setibanya di rumah berkenaan, kami dapati berlaku pergelutan antara suami wanita itu dengan kekasih gelap isterinya," katanya. HM KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Saman trafik: TPM tolong jangan perlekeh rakyat sendiri Posted: 02 Mar 2011 05:00 PM PST Kata TPM Muhyiddin "Traffic summons have nothing to do with politics"..Bernama . Itu komen seorang ahli politik dan seorang Timbalan Perdana Menteri. Penjelasan seperti ini hanya layak didengari oleh mereka yang tidak kisah dengan kehidupan atau tidak tahu apa langsung tentang kejadian dan peristiwa semasa. Saya bukan seorang peguam atau hakim tetapi saya seorang graduan diantara jutaan graduan yang ada dan sedang melihat scenario politik di Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia saya mendoakan semoga peristiwa yang berlaku di Negara luar tidak berlaku di Malaysia melainkan jika pemimpin-pemimpin yang sedia ada tidak mengambil iktibar. Berbuih mulut kita memperingatkan pemimpin-pemimpin supaya tidak memperkecilkan rakyat sendiri. Kita juga selalu menyedarkan mereka bahawa zaman sekarang adalah zaman langit terbuka. Maksudnya maklumat sangat mudah diperolehi. Lihatlah apa yang dimiliki oleh Wikileaks. Tentang saman trafik kata TPM tidak kena mengena dengan politik adalah satu kenyataan yang boleh dikategorikan sebagai memperkecilkan rakyat atau merendahkan pemikiran rakyat sendiri. Apa tidaknya, mereka yang memperolehi saman sudah awal-awal lagi disabitkan kesalahan dan tidak diberi peluang untuk mempertahankannya secara adil di mahkamah. Rakyat yang ketakutan terpaksa membayar denda haram ini demi mengelak dari tindakan kejam seterusnya seperti disenarai hitamkan dan tidak dapat membayar cukai jalan walaupun ada wang. Bukankah tindakan seperti ini sudah melampaui batas undang-undang? Kekalutan seperti ini dikatakan tidak berkaitan dengan politik. Siapa yang boleh mempercayainya wahai memanda? Ambillah iktibar dari pergolakan dunia hari ini khususnya di Timur Tengah. Kasihilah rakyat sendiri. Jangan terlalu tamak dan rancanglah bagaimana mahu menjana wang dengan cara terhormat bukan mencari jalan senang dengan menadah kopiah atau topi. Kurangkan pembaziran dan program-program yang tidak menjana kewangan seperti rombongan keluar negeri oleh mereka yang tidak kena mengena dengan dasar dan perancangan kerajaan. Bezakan antara aktiviti NGO, parti politik dan kerajaan. Tunjukkan kecerdikan kita sebelum kita menunjukkan kebodohan orang lain. Man Libya kedahlanie zackryman said... Saya menyeru kepada penceramah di dua PRK untuk meggunakan isu saman ekor ini semaksima mungkin agar BN tertonggeng di sana dan dapat menyedarkan mereka bahawa rakyat sangat marah dengan isu ini. KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan