Jadi Nenek pada Usia Muda. Apa Bezanya di Malaysia? Posted: 01 Mar 2011 06:00 AM PST
Saya baca cerita ini semalam di Daily Mail, walaupun talian 3G Selcom masih lagi bermasalah di kawasan rumah. Hari ini HM sudah menyiarkan terjemahan berita itu.
Menurut laporan di DM, seorang wanita berusia 29 tahun, Kelly John bakal menjadi nenek paling muda di Britain apabila anak perempuannya, Tia, berusia 14 tahun, hamil. Budak berusia 14 tahun hamil, bukanlah sesuatu yang luar biasa di Malaysia juga. Setuju? Cuma kes seumpama ini jarang-jarang diberitakan kerana masyarakat Melayu di negara ini lebih malu dalam hal-hal sebegitu berbanding malu mahu mengambil tindakan terhadap perlakuan anak masing-masing. Setuju? Tia yang masih bersekolah dan teman lelakinya, Jordan Williams, 15, berikrar akan membuktikan bahawa mereka mampu menjadi ibu bapa yang baik walaupun pada usia mentah. Errrr! Bapa Tia, Shem Davies yang berpisah dengan ibunya lama dahulu berkata, dia juga menaruh harapan sama untuk membesarkan anak mereka ketika Kelly hamil dahulu. Hah? Mengapa dia berkata begitu? Davies memberitahu News of the World: "Saya tidak tahu bagaimana untuk menjadi seorang bapa - saya sendiri masih budak ketika itu." Hah? Rupa-rupanya, ibu bapa Tia berpisah ketika mereka berusia 15 tahun. Maknanya, pasangan ini hamil pada usia yang terlalu muda - kini anak mereka pula yang hamil pada usia yang hampir sama.
Ringkasnya, kes ini "contoh melalui teladan", "bagai ibu ketam mengajar anaknya berjalan lurus", "bapa borek, anak rintik"!
P/s: Yang ada anak-anak remaja, jadikan kes ini sebagai ikhtibar. Moga-moga cerita anak anda tidak diberitakan di dalam akhbar!
|
Pemilik "DNA Y" Terjawab. Malangnya... Posted: 01 Mar 2011 04:10 AM PST
Rasa-rasanya, persoalan (yang bukan persoalan) tentang pemilik DNA Y sudah terjawab dalam berita Bernama di bawah ini. Baca kalau masih belum membacanya! Namun,... sambung selepas berita di bawah ini.
Saya petik: KUALA LUMPUR, 1 Mac — Seorang pegawai polis memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa pihak polis hanya membekalkan berus gigi, ubat gigi, tuala kecil dan sabun mandi kepada setiap tahanan polis di mana-mana lokap.
Timbalan Pegawai Turus Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Polis Kontinjen Kuala Lumpur DSP Yahya Abd Rahman berkata, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dibekalkan dengan barangan yang sama ketika beliau ditahan dilokap IPK Kuala Lumpur pada 16 Julai 2008.
Bagaimanapun, beliau telah menggunakan budi bicaranya untuk membenarkan Anwar membawa dua tuala dan sebotol air mineral ke dalam lokap di Tingkat 7 bangunan IPK berkenaan.
Ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nordin Hassan dalam kes perbicaraan Anwar yang menghadapi pertuduhan meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, adakah tahanan lain bersama Anwar di dalam sel lokap sama pada hari itu, Yahya berkata hanya Anwar seorang sahaja di sel berkenaan.
Beliau berkata Anwar telah dibawa keluar pada keesokkan hari (17 Julai 2008) dan beliau telah mengarahkan dua anggota polis untuk mengunci sel berkenaan.
Saksi pihak pendakwaan ke-17 itu juga memberitahu mahkamah bahawa ketika beliau membuat pemeriksaan dari luar sel selepas itu, mendapati ada sebotol air mineral, tuala dan berus gigi di dalam bilik itu.
Ketika pemeriksaan balas oleh peguam yang mewakili Anwar, Karpal Singh yang merujuk kepada gambar-gambar yang diambil di sel berkenaan seolah-olah seperti kandang haiwan, Yahya berkata keadaan itu adalah kerana bangunan sudah lama.
Bagaimanapun ketika pemeriksaan semula oleh Nordin, saksi itu berkata bilik sel memang dibersihkan dan ia nampak kotor disebabkan catnya sudah meluntur.
Untuk satu soalan lain oleh Karpal adakah kamera litar tertutup (CCTV) berfungsi di tingkat 7 banguan itu, Yahya berkata kamera tersebut memang ada dipasang tetapi tidak berfungsi.
Karpal juga menanyakan secara bertalu-talu siapakah sebenarnya mengeluarkan arahan untuk menahan Anwar.
Karpal: Siapa arahkan DSAI dimasukkan ke dalam lokap?
Yahya: Tak pasti.
Karpal: Pegawai atasan ataupun arahan sendiri? Nyatakan dengan tepat arahan siapa?
Yahya: DSP Judy Blacious Pereira.
Karpal: Bila arahan itu dibuat?
Yahya: Sewaktu berbincang selepas penahanan Anwar, di bilik mesyuarat D9.
Karpal: Anwar tidak dibekalkan katil, bantal dan selimut, kenapa tidak, beliau adalah manusia bukan?
Yahya: Memang tidak dibekalkan, itu merupakan amalan standard untuk semua tahanan. Karpal: Adakah semua balai di negara ini tidak membekalkan katil, selimut dan bantal?
Yahya: Saya tidak boleh menjawab.
Sebelum itu, Ketua Bahagian CSI Makmal Polis Diraja Malaysia di Cheras Supt Hamidon Adnan memberitahu mahkamah bahawa beliau telah memeriksa dua unit di Kondominium Damansara pada 17 Julai 2008.
Katanya, beliau telah menemui sehelai bulu di unit 11-5-1 dan seterusnya telah merampas satu karpet dan satu selimut tebal.
Ketika disoal oleh Nordin kenapa beliau mengambil bahan-bahan bukti berkenaan, Hamidon berkata ia untuk tujuan penganalisaan DNA.
Saksi pihak pendakwaan ke-15 itu juga memberitahu mahkamah bahawa beliau juga telah diminta menyiasat sel lokap di mana Anwar ditahan dan telah menemui sehelai rambut, berus gigi, sehelai tuala kecil di atas lantai.
Hamidon berkata, sebotol air mineral berjenama cactus di atas tembok berhampiran dengan tandas lokap.
Namun, malangnya barang-barang yang dikatakan bukti dalam kes ini diperoleh dengan cara yang salah seperti dakwaan Karpal Singh. Menurut Karpal, seperti yang dilaporkan oleh TMI, cara yang salah telah digunakan untuk memperoleh barang-barang tersebut pada malam DSAI ditahan pada 17 Julai 2008.
Karpal mengutarakan bantahan terhadap barang-barang yang dijadikan bahan bukti untuk Drama Liwat II seperti tuala "Good Morning", berus gigi, sehelai bulu, dan botol mineral. "Kami mahu bukti-bukti ini tidak diputuskan tidak boleh digunakan kerana kaedah-kaedah tidak sah digunakan untuk mendapatkan bukti," kata beliau.
Oleh itu kata Karpal, perbicaraan dalam perbicaraan diperlukan dan akan mengemukakan hujah esok untuk mengesahkan keperluan sedemikian.
P/s: Ada orang tanya sambil menyindir: "Itulah, dulu polis minta sampel DNA mengapa susah sangat mahu beri?" Bagi saya, dalam Drama Liwat I, sampel dan rekod DNA sudah ada dalam simpanan polis. Adakah sampel DNA yang diambil 10 tahun lalu sudah luput? Adakah sampel DNA seseorang itu berubah-ubah?
Kah kah kah!
|
Adakah Jurublog Ini Bakal Menerima Nasib Seperti Aduka Taruna? Posted: 01 Mar 2011 12:44 AM PST
Gosip lama, namun kembali dihangatkan oleh beberapa jurublog PR. Yang gerunnya, kandungan kiriman blog seperti dalam "screenshot" di atas dengan jelas menyentuh dan menyebut nama sultan yang dikaitkan dengan skandal seks. Malah frasa "Saya dahagakan Republik Malaysia jika..." sudah cukup mengerikan. Bukankah itu mencari nahas?
Bukanlah niat saya mahu mensensasikannya, namun kiriman blog ini dan beberapa blog lain sedang hangat diperkatakan oleh blog-blog UMCO. Hujah mereka bahawa tulisan ini hanya bersandar pada gosip dan prasangka ada benarnya, kerana rata-rata blog PR yang menyentuh hal ini tidak mempunyai bukti untuk membuktikan dakwaan mereka. Sama juga dengan kes Aduka Taruna, hal itu hangat diperkatakan di blog pro-UMCO sebelum laporan polis dibuat, dan sepantas kilat tindakan diambil terhadap jurublog tersebut. Jadi, adakah jurublog ini serta beberapa blog yang lain akan menerima nasib yang sama?
* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.
|
Jumlah Masjid Ukur "Keislaman" Sesebuah Kerajaan/Parti Bagi Najib? Posted: 28 Feb 2011 08:30 PM PST
Saya tahu pernyataan Najib ini memang merupakan "peluru" percuma untuk "menembak" UMCO dan BN. Malah pernyataan bahawa Kerajaan Kelantan hanya membina dua buah masjid dalam tempoh dua puluh tahun memerintah Kelantan menyerlahkan kejahilannya tentang Islam. Hujah saya mungkin dipertikaikan, namun hujah yang diberikan oleh TGNA sudah cukup bernas untuk menjawab pernyataan kurang cerdik Najib.
Kata TGNA di FBnya: "Jika beliau hidup pada zaman Nabi Muhammad, adakah beliau akan mengeluarkan pernyataan yang sedemikian apabila mengetahui Nabi hanya membina sebuah masjid semasa mentadbirkan Madinah?" Perlukah berhujah lagi untuk menjawab pernyataan kurang cerdik Najib?
P/s: Nyaris Najib tidak cakap tinggi songkok orang UMCO itu melambangkan betapa tingginya Islam orang UMCO berbanding ketayap orang PAS. Kalau tidak...ketawa dahulu..kah kah kah!
|
Drama Liwat II: Identiti Pemilik DNA Y Diketahui Hari Ini Posted: 28 Feb 2011 06:50 PM PST
Saya baca di Utusan, malah sudah heboh di blog yang menyatakan bahawa pihak pendakwaan dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengemukakan beberapa eksibit yang mungkin mendedahkan identiti 'Lelaki Y' melalui profil DNA, yang air maninya ditemukan di dalam dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Peguam Cara Negara 11, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abidin, yang mengetuai pendakwaan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa pihaknya akan memanggil saksi baharu memberikan keterangan berhubung sampel terbabit. Untuk sesiapa yang kurang maklum, DNA Y ini dikatakan ditemukan di dalam juboq Sayfool, di cadar, di karpet, berus gigi, tuala Good Morning, dan sebagainya. Nyaris DNA itu tidak ditemukan di tombol pintu, di langsir, atau di tab mandi. Kah kah kah!
P/s: Bukankah mudah kalau DNA itu dilabel sebagai "DNA A"? Tidak perlu saspens, orang sudah menjangkakannya.
|
Husam Ada 3 Dalil Tun M Pengkhianat Melayu Posted: 28 Feb 2011 06:45 PM PST Saya petik: [MK] Exco kanan kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa mengemukakan tiga dalil bagi membuktikan dakwaannya bahawa mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad "pengkhianat Melayu". Menurutnya, beliau sudah lama berpandangan sedemikian. Antara buktinya itu, termasuk pendaratan minyak dan gas ke Songkla dilakukan "secara sengaja dan terancang" bagi menafikan hak Kelantan yang majoriti penduduk Melayu mendapat apa sahaja peluang faedah berkenaan."Bila hak Kelantan ternafi sampai kini, hak rakyat Kelantan juga ternafi dan dikhianati. 95 peratus penduduk Kelantan adalah Melayu. Maknanya Tun M mengkhianati Melayu, Melayu Kelantan secara khusus," tulis Husam di blognya. "Kawasan JDA (perdaratan minyak dan gas) hanyalah 150 km dari pantai Kelantan berbanding 270 km ke Songkla."Dari Songkla, terpaksa dibina saluran paip gas daratan sejauh 180 km lagi untuk gas tersebut dibawa semula ke Malaysia melalui Kedah untuk mengelakkan Kelantan tersentuh!" kata Husam. Husam yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan berkata susulan itu, hak royalti Kelantan dan faedah industri hiliran turut dinafikan walaupun telaga itu paling hampir dengan Kelantan berbanding semua tempat lain sama ada di Malaysia atau Thailand."Namun sedikit pun faedahnya tidak dapat dikecapi oleh rakyat Kelantan, baik Melayu, Cina, India dan Orang Asli. Ia adalah program politik untuk memencilkan Kelantan. "Secara automatik Melayu Kelantan juga terpencil. Sebagai anak Kelantan, saya merasai bagaimana hak kami dinafikan. Dan saya adalah Melayu," coretnya lagi. Ahli jawatankuasa PAS pusat itu juga mendakwa "lebih jelas lagi pengkhianatan" Dr Mahathir apabila beliau membatalkan pemberian royalti kepada kerajaan Terengganu yang diberikan selama 22 tahun selepas negeri itu terlepas daripada BN." 95 peratus rakyat Terengganu adalah Melayu. Sekali lagi Tun M lupa kepentingan Melayu demi kepentingan kepartian Umno semata-mata. Melayu Terengganu juga dikhianati. "Tun M sanggup membatalkan apa yang telah menjadi amalan selama ini demi kerana politik. "Orang seperti ini meletakkan politik parti mengatasi segala-galanya dan soal Melayu dengan sendirinya adalah lebih kecil dari kepentingan politik," katanya.
Dalam tulisan itu juga, Husam berkata pilihan raya 1999 menyaksikan perubahan sokongan pengundi Melayu terhadap Umno berikutan isu pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri sehingga menyebabkan kuasa Umno tergugat.
"Pengundi bukan Melayu memilih untuk bersama BN pada waktu itu. Apa yang dilakukan oleh Tun M?
"(Beliau) mengubah sempadan pilihanraya dengan memasukkan kawasan pengundi bukan Melayu ke dalam DUN atau Parlimen majoriti pengundi Melayu di seluruh negara supaya peratusan pengundi Melayu mengecil untuk menjamin kemenangan Umno/BN," katanya.
Dengan nada sinis, Husam yang juga ADUN Salor mempersoal angkara siapa yang menyebabkan hari ini pemimpin Umno melaungkan 'ketuanan Melayu' terancam.
Sehubungan itu, beliau menyatakan kesediaannya untuk berdebat dalam diskusi ilmiah dengan bekas presiden Umno itu mengenai isu pengkhianatan Melayu oleh Umno
"Sementara itu, siapa sahaja yang mempunyai pandangan terhadap bagaimana Umno mengkhianati Melayu selama ini boleh berkongsi mengenainya dalam FB '54 tahun Umno Khianati Melayu'" katanya.
P/s: Orang UMCO yang tidak nampak-nampak lagi! Banyak lagi kalau nak buat senarai!
|
Penjenayah Ugut Perkosa Isteri Yang Baru Dikahwini 23 Hari Posted: 28 Feb 2011 06:00 PM PST Saya petik: [HM] MERSING: Seorang guru, Nik Mohd Nazrul Nik Husin, 28, yang baru 23 hari melangsungkan perkahwinan dengan Fadillah Ahmad, 27, berdepan detik mengerikan apabila tiga penjenayah mengugut mahu merogol isterinya jika dia cuba melawan dalam kejadian rompak di rumah sewanya di Felda Tenggaroh 6, di sini, Ahad lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.45 pagi itu, empat lelaki menceroboh rumah mangsa melalui tingkap belakang sebelum tiga daripada mereka mengacukan parang di leher pasangan berkenaan dan meluahkan ugutan itu. Nik Mohd Nazrul berkata, mereka sedang tidur apabila tiba-tiba dikejutkan suara penjenayah yang memaksa mereka mendiamkan diri.
"Tiga daripada penjenayah terbabit mengikat tangan saya dan isteri menggunakan tuala mandi. Sambil meletakkan parang di leher kami, saya diarahkan supaya mendiamkan diri dan jika melawan, mereka mengugut mahu merogol isteri. "Saya hanya mendiamkan diri dan berdoa supaya mereka tidak melakukan perkara buruk terhadap kami. Ia berakhir kira-kira 15 minit kemudian selepas keempat-empat penjenayah itu mengambil wang tunai serta barangan berharga sebelum melarikan diri," katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.
Menurutnya, mereka kerugian kira-kira RM10,000 termasuk kehilangan cincin perkahwinan yang dihadiahkan kepada isterinya.
Selain itu, pasangan berkenaan kehilangan satu unit komputer riba, seutas rantai leher, wang tunai RM500, pakaian, minyak wangi, telefon bimbit serta tiga raket badminton. "Kami dimaklumkan kumpulan penjenayah sama memecah masuk rumah seorang guru lain kira-kira 300 meter dari rumah kami, kira-kira setengah jam sebelum itu.
* Gambar sekadar hiasan. P/s: Sudah pasti kejadian ini menjadi mimpi ngeri yang tidak akan dilupakan.
|
Tukar Bini, Tukar Suami Posted: 28 Feb 2011 04:30 PM PST Saya petik: [HM] JOHOR BAHRU: Pakej pelancongan sambil bertukar-tukar suami dan isteri. Begitu aktiviti seks bebas hujung minggu dikenali sebagai 'swinger' anjuran segelintir pelancong dari negara jiran yang kini cuba menjerat pasangan di bandar raya ini untuk menyertainya.
Pelancong terbabit yang dinaungi lebih 10 kelab maksiat di negara itu serta kelab antarabangsa cuba mempengaruhi pasangan suami isteri berpendapatan sederhana di bandar raya ini dengan apa yang dianggap gaya hidup moden itu, kononnya boleh meningkatkan keseronokan masing-masing. Malah, pelancong terbabit sanggup mengumpan ganjaran tertentu termasuk membiayai percutian selain menyediakan kemewahan jika pasangan suami isteri tempatan sanggup memenuhi permintaan mereka. Kegiatan tidak bermoral itu didedahkan seorang ejen insurans di Taman Indahpura, dekat Kulaijaya, Arshad Mohd Ali, 27, yang mendakwa hampir terjebak selepas dipelawa sepasang suami isteri golongan profesional dari negara jiran berusia 30-an.
Arshad berkata, dia mengenali pasangan terbabit ketika membeli-belah bersama isterinya yang sebaya di sebuah pasar raya di bandar raya ini, akhir Oktober tahun lalu selepas tertarik sikap mesra mereka sebelum bertukar nombor telefon. Katanya, dia tidak sangka hasrat murninya menjalin persahabatan dengan pasangan terbabit mendatangkan masalah apabila pasangan itu sendiri mendedahkan niat buruk mereka.
"Pasangan suami isteri dikenali sebagai Nin dan Sue yang masing-masing bekerja sebagai jurutera itu beria-ia berkunjung ke rumah kami pada pertengahan November tahun lalu hampir setiap hujung minggu selain tidak ketinggalan menghubungi dan mengajak kami beriadah.
"Mulanya, tindakan itu menyebabkan hubungan kami suami isteri dengan pasangan terbabit semakin akrab dan bagi menghargai persahabatan, kami memenuhi permintaan mereka dengan berkunjung ke rumah mereka di negara itu," katanya. Arshad berkata, tembelang pasangan yang belum mempunyai anak itu mula terdedah selepas mereka menghantar SMS menghasut yang memintanya dan isteri mencuba aktiviti songsang itu.
Menurutnya, lebih mengejutkan, pasangan itu tanpa segan-silu mendedahkan identiti sebenar mereka yang turut menjadi ahli sebuah kelab seks di negara asal yang mahu menarik keanggotaan baru dalam kalangan penduduk negeri ini. "Saya terkejut apabila menerima SMS daripada Nin dan pasangannya yang memberitahu mahu mengajak saya dan isteri ke Melaka untuk berseronok bersama-sama pada 6 Disember lalu.
"Mereka memberitahu mahu membiayai kos penginapan kami di hotel selain makan minum sepanjang percutian itu.
"Mereka yang mendakwa sudah bosan melayan nafsu pasangan masing-masing juga meminta kami mendaftar sebagai ahli kelab maksiat di negara mereka secepat mungkin bagi memulakan kehidupan baru yang konon menjanjikan keseronokan," katanya ketika ditemui Harian Metro.
Arshad berkata, Nin memberitahunya pakej pelancongan yang mempromosi seks bebas itu bergerak melalui kelab maksiat konon bertujuan menyemarakkan semula hubungan seks yang suram dalam kalangan pasangan suami isteri dan setiap peserta akan bertukar pasangan masing-masing suka sama suka.
Katanya, ketika dia menghubungi lelaki itu bagi mendapatkan penjelasan mengenai SMS berkenaan, jurutera itu cuba meracuni pemikirannya dengan menyatakan amalan itu sudah menjadi trend masyarakat moden seluruh dunia.
"Saya dan isteri bimbang dengan perlakuan sumbang pasangan itu dan dan lebih rela memutuskan persahabatan songsang yang terjalin daripada terus hanyut dalam dunia maksiat.
"Kami berharap dengan pendedahan ini pasangan suami isteri lain lebih berhati-hati dengan taktik pasangan warga asing itu kerana boleh menghancurkan kebahagiaan rumah tangga selain merosakkan akidah," katanya. - Mary Victoria Dass
P/s: Gila! Sama gila dengan perkhidmatan BERUK BAND Selcom yang masih belum pulih seperti sedia kala!
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan