DIALOG RAKYAT |
- Demonstrasi di London desak beku aset Taib
- Kajian ketelusan: Petronas catat kedudukan lesu
- Karpal gagal heret CJ Zaki Azmi ke mahkamah
- Lima dituduh sertai pertubuhan haram Hindraf
- Bulu antara barang dirampas dari lokap D9
- Permintaan PIBG SMK Kerdau dilulus serta merta
- Pekida nafi pasang kain rentang hentam PERKASA
- Kenaikan premium insurans, bebankan pengguna
- Hapuskan saman ekor sekiranya Pakatan Ke Putrajaya
- Pilihan Raya Kecil Harapan perubahan di Kerdau, rakyat perlu sokong PAS
- Pilihan Raya Kecil RM5 Juta, PIBG SMK Kerdau Pandai!!
- 5,669 undi pos bertambah di Dun diwakili Zambry
- 2 Pelajar Kolej Berasmara Dicekup Di Paka
- PRK Merlimau: UMNO Ketandusan Isu Tuduh PAS Kuda Tunggangan DAP
- PRK Merlimau: Pengundi Bukan Melayu Semakin Buka Mata Tindakan Khianat Pihak Tertentu
- Betulkan PAS tak ada isu di PRK N 28 DUN Kerdau, Nan ?
- Calon BN Kerdau tidak paham perjuangan Islam
- Wartawan Harus Punya Prinsip Untuk Laporan Yang Adil
- Perhimpunan Hindraf Beri Imej Buruk Pada Negara: Dr Mahathir
- Persekolahan Satu Sesi Objektif Kerajaan
- PM, TPM Akan Jawab 'Buku Jingga' Pembangkang
- Ada Kebenaran Najib Burukkan Ikhwan Muslimin
- Langsung Dari Mahkamah - Kes DS Anwar : Barang Kes Dirampas Dilokap D9 IPK Kuala Lumpur
- Kuarters Guru Milik UMNO? Calon Pas DUN Kerdau Akan Keluar Dari Situ Malam Nie Jugak2, Tapi TPM Mesti Buktikan Dulu...
- Menteri Akui Mutu Persembahan RTM Teruk, Mungkin Menterinya Dah Terlalu Tua?
Demonstrasi di London desak beku aset Taib Posted: 01 Mar 2011 06:00 AM PST MALAYSIA KINI Kira-kira 20 orang, termasuk rakyat Malaysia dan warga asing, menyertai demonstrasi 'Hentikan Rasuah Balak' di Kota London semalam untuk mendedahkan dakwaan salahguna kuasa terhadap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Demonstrasi tersebut dianjurkan oleh NGO Bruno Manser Fund (BMF), di luar bangunan syarikat yang dikuasai oleh keluarga Taib, Ridgeford Properties Ltd, di tengah Kota London. Demonstrasi itu diketuai adik ipar bekas perdana menteri Britain, Gordon Brown - Clare Rewcastle Brown - dan rakyat asal Sarawak, Petrus John Jaban. Clare adalah pengasas lamanweb Sarawak Report yang mendedahkan dakwaan rasuah terhadap Taib dan empayar perniagaannya di peringkat global. Peter (kiri) adalah DJ Radio Free Sarawak, sebuah radio bebas bergelombang pendek yang dipancarkan dari London. Ia memfokus kepada aktivis Sarawak dan masyarakat yang Minggu lalu, BMF mengeluarkan senarai 49 syarikat empat benua yang didakwanya ada berkaitan dengan Taib dan keluarganya. | |
Kajian ketelusan: Petronas catat kedudukan lesu Posted: 01 Mar 2011 05:58 AM PST Kuek Ser Kuang Keng Syarikat minyak dan gas nasional, Petronas mencatatkan prestasi lesu dalam kajian antarabnagsa mengemai ketelusan pendapatan dan pendedahan awam. Kajian itu membabitkan 44 syarikat minyak dan gas di seluruh dunia. Menurut laporan yang diterbitkan oleh Transparency International (TI) dan Revenue Watch Institute (RWI) hari ini, prestasi Petronas dalam ketiga-tiga sektor yang dijalankan pada kajian itu menunjukkan prestasi buruk. Ia adalah adalah 'laporan program anti-rasuah', 'pendedahan organisasi' dan 'pendedahan peringkat negara untuk operasi antarabangsa.' Markah yang dicatatkan oleh Petronas adalah adalah 30, 38 dan kosong peratus, berbanding dengan skor purata pada 43, 65 dan 16 peratus. Kumpulan BG dari UK, India Oil dan Natural Gas Corporation Norway menduduki tempat teratas dengan masing-masing mendapat markah 93, 100 dan 69 peratus. Petronas disenaraikan di bawah 25 peratus daripada 20 syarikat antarabangsa dan 24 syarikat minyak kebangsaan yang dikaji. | |
Karpal gagal heret CJ Zaki Azmi ke mahkamah Posted: 01 Mar 2011 05:49 AM PST MALAYSIA KINI Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan daripada peguam kanan Karpal Singh untuk mengheret Tun Zaki Azmi ke mahkamah berhubung dakwaan salah laku ketua hakim negara itu semasa menjadi peguam pada 1987. Hakim Datuk Aziah Ali menolak permohonan Karpal membuat semakan kehakimanuntuk memaksa Zaki menjelaskan salah lakunya itu dengan kos RM10,000. Bagaimanapun menurut Karpal beliau akan membuat rayuan berhubung keputusan itu. Pada 12 Jan lalu, Karpal yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor, memfailkan permohonan untuk kebenaran membuat semakan kehakiman bagi mendapatkan perintah memaksa Zaki menjelaskan salah laku Ketua Hakim Negara itu berikutan pengakuan beliau mengenai perbuatan merasuah kakitangan dan pegawai mahkamah ketika menjadi peguam. Permohonan itu mengikut Seksyen 5 Akta Jawatankuasa Etika Hakim 2009. Menurut Karpal, pihak berkuasa yang sewajarnya mendengar aduan beliau terhadap Zaki seharusnya seorang ketua hakim atau hakim mahkamah persekutuan yang telah bersara.Karpal juga memohon perintah mahkamah bagi menghalang diri Zaki sendiri bagi menentukan merit aduan ke atas kes berkenaan. Zaki didakwa membuat kenyataan itu pada ucapannya di sebuah konvensyen di Kuching. | |
Lima dituduh sertai pertubuhan haram Hindraf Posted: 01 Mar 2011 05:48 AM PST Zaidatul Syreen Abdul Rashid Lima lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen Selayang di Kuala Lumpur hari ini terhadap pertuduhan bersama-sama menyertai satu pertubuhan yang menyalahi undang-undang iaitu Hindraf. Mereka didakwa mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1996. S Jayathas, K. Navakrishna, K Tamil Selvam, T Periasamy dan S Loshna Rau didakwa melakukan kesalahan itu di Bukit Kanching, Jalan Ipoh, Rawang pada 13 Februari lepas. Loshna turut didakwa menghalang tugas penjawat awam yang sedang bertugas ketika itu mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan. Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Ridha Abdah Subri manakala kesemua tertuduh diwakili peguam P Uthayakumar. Uthayakumar berkata, lima pelanggannya itu enggan membayar ikatjamin sebanyak RM2,500 kerana mereka percaya yang mereka tidak melakukan sebarang kesalahan. Fail rayuan Beliau berkata, arahannya ialah untuk memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi Shah Alam, dalam tempoh 10 tahun, untuk membatalkan kes tersebut. Uthayakumar berkata, beliau tidak tahu di mana kelima-lima mereka ditahan kerrana police enggan memberitahunya. Awal hari ini, polis menangkap Selvan di rumahnya di Kampung Benggali di Rawang. Pada kira-kira 3.15 petang, Jayathas dan tiga orang lagi ditangkap di ibupejabat HRP di Bangsar Utama, Kuala Lumpur, dan dibawa ke mahkamah. Pada 13 Februari lalu, berlangsung konvoi yang disertai oleh aktivis HRP dan Hindraf kerana membantah penggunaan novel Interlok di sekolah menangah. Polis bertindak terhadap peserta konvoi tersebut dan menangkap 59 orang. | |
Bulu antara barang dirampas dari lokap D9 Posted: 01 Mar 2011 05:41 AM PST Hafiz Yatim Seorang bekas pegawai polis memberitahu dia dan pasukannya telah merampas beberapa barang kes di lokap Cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur. Sebelum itu, Amidon berkata dia dihubungi pegawai penyiasat DSP Jude Blacious Perera yang meminta bantuannya untuk membuat siasatan forensik terhadap barang kes ke atas dua buah unit di kondo berkenaan. 'Lelaki Y' Perbicaraan kes hari ini juga dijangka hangat dengan usaha pihak pendakwaan mengaitkan sampel DNA yang diperolehi daripada botol air minuman, berus gigi dan tuala dengan 'Lelaki Y' berdasarkan keterangan tiga saksi sebelum ini.Setakat ini, pihak pendakwaan belum mendedahkan daripada mana mereka memperolehi barangan itu yang secara positif dikenalpasti oleh ahli kimia Nor Aidora Saedon mengandungi DNA 'Lelaki Y'. Persoalan yang ditimbulkan adalah sama ada sampel berkenaan diperolehi secara sah ataupun tidak. Setakat ini, juga pihak pendakwaan belum cuba mengaitkan perkara tersebut secara langsung dengan Anwar kecuali pada rakaman CCTV yang dipercayai menunjukkan ketua pembangkang itu keluar masuk di kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008. Imej yang dipercayai adalah pengadu kes ini, Mohd Saiful Bukhari Azlan juga dapat dilihat. Bagi pihak pembelaan, mereka masih belum selesai menyoal-balas,ASP Fauziah Che Mat, yang menjelaskan kepada mahkamah bahawa beliau diminta mengenal-pasti dan mencetak imej tujuh orang yang tidak disebutkan nama mereka. | |
Permintaan PIBG SMK Kerdau dilulus serta merta Posted: 01 Mar 2011 05:38 AM PST Jimadie Shah Othman Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meluluskan serta-merta permintaan ibu bapa dan guru bernilai jutaan ringgit bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Kerdau hari ini. Permintaan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut disampaikan oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang, Yahya Abidin ketika berucap di perjumpaan Muhyiddin dengan ibu bapa dan guru dalam parlimen Kuala Krau. Muhyiddin akur kepada kesemua permintaan itu, ataranya pembinaan blok tambahan bagi memuatkan bengkel kemahiran hidup dan makmal bernilai RM5 juta di sekolah berkenaan. Bagaimanapun, untuk dewan baru, Muhyiddin meminta supaya ibu bapa tunggu terlebih dahulu. "Antara bilik darjah dan dewan (mahu) mana dahulu?" Hadirin menjawab: bilik darjah. | |
Pekida nafi pasang kain rentang hentam PERKASA Posted: 01 Mar 2011 05:25 AM PST Elissa Helmy Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) Jasin hari ini membuat satu laporan polis menafikan pihaknya terbabit dalam pemasangan kain rentang yang menghentam Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA). Kain rentang itu tertera lambang Pekida dengan tulisan 'PERKASA baru setahun jagung, jangan nak jadi hero Melayu, sini Melaka bukan Kelantan'. Laporan itu dibuat oleh Pengerusi Pekida Daerah Jasin, Datuk Abdul Rahim Abu di balai polis Merlimau kira-kira jam 12.30 tengahari tadi. Abdul Rahim menyifatkan perbuatan itu sebagai satu fitnah untuk membangkitkan perasaan benci dan permusuhan terhadap PERKASA dan untuk melaga-lagakan ahli kedua-dua pertubuhan orang Melayu itu. Katanya, kain rentang itu dipasang di hadapan Maybank Merlimau, hadapan stesyen minyak BHP Jalan Muar, Merlimau, Taman Debunga, di sebelah bilik gerakan pilihanraya Merlimau Timur dan di hadapan Merlimau Point. "Pada 27 Februari lalu, lebih kurang jam 8 malam di Merlimau, saya telah dimaklumkan oleh Yang Dipertua PERKASA Melaka, Abd Rahim Osman mengenai kain rentang yang dipasang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. "Pekida dan PERKASA merupakan badan bukan kerajaan (NGO) yang dianggotai orang Melayu dan Pribumi dan menjadikan matlamat kami untuk menyatupadukan orang Melayu keseluruhannya. Kami bukan pendakyah. Ramai juga ahli kami dalam PERKASA. "Kami membuat laporan untuk menyatakan fakta sebenar dan mahu pihak polis bertindak serta melakukan siasatan bagi mengenalpasti pihak yang bertanggungjawab menyebar dan memasang kain rentang tersebut," katanya. Abdul Rahim menyatakan demikian ketika ditemui di perkarangan Balai Polis Merlimau hari ini. Hadir sama ialah Abd Rahim Osman serta puluhan pengikut Pekida dan PERKASA. Sementara itu, PERKASA Melaka juga turut membuat satu laporan polis di balai yang sama. Ketika ditemui Abd Rahim berkata, PERKASA tidak ada sebarang masalah dengan mana-mana pertubuhan dan dalam konteks hubungan PERKASA-Pekida, kedua-dua pertubuhan itu adalah saudara se-Islam. "Matlamat kami sama iaitu untuk agama, bangsa, negara dan tanahair dan kita tidak bertentangan, kita seiringan serta sehaluan. "Ini adalah satu usaha tangan ghaib dan satu tindakan bacul yang dianggap bagaikan baling batu sembunyi tangan. "Ini adalah satu perbuatan yang tidak baik dan bertujuan untuk melaga-lagakan antara ahli Pekida dan Perkasa," katanya. Laporan polis itu adalah yang kedua dibuat PERKASA Melaka sepanjang kempen pilihan raya kecil DUN Merlimau. Laporan pertama dibuat pada 24 Februari lalu apabila ada pihak mengedarkan risalah yang mendakwa pertubuhan itu bertindak rasis. | |
Kenaikan premium insurans, bebankan pengguna Posted: 01 Mar 2011 05:16 AM PST SELANGOR KINI SHAH ALAM – Susulan kenyataan yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia berhubung kenaikkan premium insurans kenderaan secara berperingkat dalam tempoh empat tahun mulai 2012 banyak perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum ia dilaksanakannya. Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia atau FOMCA, Mohd Yusof Abdul Rahman menyifatkan cadangan itu akan menekan pengguna kenderaan terutamanya bagi golongan yang berpendapatan rendah. "Kalau insurans ini terlalu tinggi ia akan menimbulkan masalah, sebab kita tahu insurans ini terutama sekali insurans kenderaan pertama sekali ia perlu diambil pengguna jadi kalau pengguna ia merasakan bahawa ia terbeban dengan kos yang tinggi mungkin pada satu peringkat dia tidak berkemampuan untuk mengambil insurans dan ia menggunakan kenderaan tanpa insurans dan ini merupakan satu kesalahan tetapi masalahnya dia tidak mampu mengambil insurans sebab kadar insurans tinggi," katanya. Sebelum ini, Bank Negara Malaysia memaklumkan akan menaikkan premium insurans kenderaan secara berperingkat pada kadar minimum yang tidak membebankan pengguna khususnya golongan berpendapatan rendah. Penolong Gabenornya, Abu Hassan Alshari, berkata, ia antara langkah yang akan dilaksanakan menerusi cadangan Rangka Kerja Baru Perlindungan Pemotoran dengan matlamat memudahkan pengguna kenderaan mendapatkan perlindungan serta meningkatkan kecekapan proses tuntutan insurans. "Kadar kenaikan premium itu masih belum dimuktamadkan, bagaimanapun ia tidak akan membebankan pengguna selepas mengambil kira maklum balas dan input pelbagai pemegang kepentingan," katanya. Abu Hassan berkata, sebagai contoh, bagi perlindungan pihak ketiga motosikal 100cc dan ke bawah, cadangan kenaikan adalah antara RM1 hingga RM3.50 setahun dan RM1 hingga RM2 untuk perlindungan komprehensif. Untuk perlindungan pihak ketiga kereta persendirian 1,400cc, kenaikan adalah antara RM6 hingga RM34 setahun untuk empat tahun dan RM7 hingga RM19 untuk perlindungan komprehensif. Sementara itu, Pengerusi Biro Kepenggunaan PKR, Yahya Saari berpendapat, kerajaan perlu mengkaji secara terperinci cadangan itu tanpa perlu menaikkan premium insurans sewenang-wenangnya berikutan kualiti perkhidmatan yang tidak setimpal dengan kenaikan tersebut. "Kerana dalam melibatkan insurans ini ia melibatkan semua , semua orang akan terlibat dalam keseluruhannya sedangkan dalam segi perkhidmatan itu sendiri yang diberikan kepada syarikat-syarikat insurans kepada penginsurans tidak seberapa yang diharapkan,bila menghadapi kemalangan isu tuntutan lambat, isu tak berpadanan. sepatutnya kualiti perkhidmatan kena setara dengan yang dibuat sebelum ini, " katanya. | |
Hapuskan saman ekor sekiranya Pakatan Ke Putrajaya Posted: 01 Mar 2011 05:14 AM PST DETIK DAILY Parti Islam SeMalaysia (PAS) berjanji akan menghapuskan saman ekor sekiranya diberi peluang memerintah negara dalam pilihanraya akan datang bersama Pakatan Rakyat. Kita akan bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat membincangkan kaedah paling baik bagi menyelesaikan masalah tersebut dan kita percaya PKR dan DAP akan bersetuju dengan tawaran tersebut. PAS ingin menegaskan bahawa pelaksanaan saman ekor bukanlah kaedah terbaik untuk mendidik rakyat supaya berhemah dalam memandu di jalanraya. Parti Islam SeMalaysia (PAS) berjanji akan menghapuskan saman ekor sekiranya diberi peluang memerintah negara dalam pilihanraya akan datang bersama Pakatan Rakyat. Kita akan bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat membincangkan kaedah paling baik bagi menyelesaikan masalah tersebut dan kita percaya PKR dan DAP akan bersetuju dengan tawaran tersebut. PAS ingin menegaskan bahawa pelaksanaan saman ekor bukanlah kaedah terbaik untuk mendidik rakyat supaya berhemah dalam memandu di jalanraya. Kita memahami keperitan rakyat berhadapan dengan saman ekor yang tidak memberi peluang kepada rakyat untuk dibicarakan, membela diri dan dibuktikan bersalah, sebaliknya rakyat terus dihukum dengan nama mereka disenarai hitamkan dan pelbagai tindakan tidak berperi kemanusiaan. Setelah beberapa bulan kita mengadakan kempen melalui KASE untuk mendesak dihapuskan saman ekor, tetapi kerajaan melayan dengan mengetatkan lagi akta berkaitan JPJ dan "menswastakan" urusan beberapa aspek saman ini, di mana tindakan ini akan lebih menyusahkan rakyat khususnya masyarakat luar bandar dan kurang berkemampuan. Sebab itulah, kita melihat bahawa rakyat tidak ada pilihan melainkan menukar pemerintahan BN kepada PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya yang akan datang bagi melihat usaha murni kami ini dapat direalisasikan. Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) Selasa, 26 Rabiul Awal 1432 / 1 Mac 2011 | |
Pilihan Raya Kecil Harapan perubahan di Kerdau, rakyat perlu sokong PAS Posted: 01 Mar 2011 05:11 AM PST
| |
Pilihan Raya Kecil RM5 Juta, PIBG SMK Kerdau Pandai!! Posted: 01 Mar 2011 05:07 AM PST Oleh laniisma "PIBG SMK Kerdau pandai juga bermain politik dengan Muhyiddin Yassin sehingga RM5 juta diperuntukkan untuk pembinaan blok tambahan bagi memuatkan bengkel kemahiran hidup dan makmal. Muhyiddin boleh 'aksen' dengan duit rakyat untuk meraih undi bagi politik UMNO. Kalau dengan kudrat UMNO sendiri telah lama terkangkang! Kembang-kembang lubang hidung Muhyiddin membuat tawaran dengan duit rakyat sama ada mereka berkehendak kepada dewan atau bilik darjah dahulu.PIBG SMK Kerdau juga mendapat khidmat istimewa Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang, Yahya Abidin untuk membuat permintaan itu. Timbalan Pengarah Pelajaran menjadi jurucakap untuk mendapatkan peruntukkan untuk sekolah dan juga undi untuk UMNO. Muhyiddin juga berjanji dengan duit rakyat untuk 18 sekolah di parlimen Kuala Krau akan diberikan peruntukan penyelenggaraan sebanyak RM1.9 juta. Tersengih lagi Muhyiddin. Kalau bukan kerana itu semua, telah lama UMNO terkangkang, nasiblah ada duit rakyat untuk UMNO 'hulur-hulur' memancing undi. | |
5,669 undi pos bertambah di Dun diwakili Zambry Posted: 01 Mar 2011 05:05 AM PST DETIK DAILY PETALING JAYA, Timbalan Pengarah Pilihanraya PKR Perak, Chan Ming Kai telah mendedahkan kemasukan pengundi pos besar-besaran di kawasan-kawasan Dun diwakili Umno BN di Perak pada tahun 2010. Bercakap dalam sidang media mingguan parti di sini, hari ini, beliau memberi contoh, di Dun Pangkor yang diwakili Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir telah menerima kemasukan 5,669 pengundi pos berbanding hanya 368 yang keluar pada 2010. Katanya, bilangan pengundi pos kini mencapai hampir separuh daripada jumlah 26,000 pengundi di Dun Pangkor yang merupakan sebahagian daripada Parlimen Lumut.Katanya, calon PKR tewas hanya 298 undi di Parlimen Lumut kepada calon MCA BN pada Pilihan Raya Umum 2008. Ming Kai juga menjangkakan Umno akan memberikan tumpuan untuk menambah pengundi pos di Dun Sungai Rapat yang diwakili oleh Exco Kanan, Hamidah Osman yang hanya menang tipis 636 undi dengan calon PAS. Katanya, pada 2010 sebanyak 248 pengundi pos masuk ke Dun itu. "Usaha ini jelas untuk memberi manfaat kepada Umno. Kawasan-kawasan majoriti Cina seperti Canning Garden yang juga mempunyai kem tentera tidak pula melihat pertambahan undi pos," katanya. Beliau yang juga Adun Simpang Pulai khuatir wujud penyalahgunaan undi pos dan meminta SPR serta Kementerian Pertahanan menjelaskan perkembangan itu. Selain Pangkor, pertambahan ketara pengundi pos ialah di Dun Kamunting yang menerima 1,102 berbanding keluar 146, Temenggor (masuk 690, keluar 38), Pengkalan Hulu (masuk 506, keluar 117), Chenderiang (masuk 255, keluar 31) dan Sungai Rapat (masuk 248, keluar 31). | |
2 Pelajar Kolej Berasmara Dicekup Di Paka Posted: 01 Mar 2011 05:02 AM PST SINAR HARIAN ONLINE Paka - Dua pelajar kolej swasta yang dilamun cinta sanggup menjadikan khemah yang dibina untuk aktiviti barbeku sebagai lokasi memadu asmara bersama kekasih mereka. Perbuatan tidak bermoral itu berjaya dibongkar sepasukan Pegawai Penguat kuasa Syariah setelah menerima maklumat daripada orang ramai, sebelum melakukan serbuan berhampiran lokasi peranginan dekat sini, kira-kira jam 4 pagi semalam. Bagaimanapun, mereka yang dicekup ketika berada dalam khemah dipercayai berselindung di sebalik aktiviti barbeku itu cuba mempertahankan perbuatan salah mereka. Namun kegagalan menunjukkan sebarang dokumen untuk membuktikan pertalian muhrim serta keadaan yang boleh menimbulkan syak itu membolehkan kesemua pasangan terbabit diambil tindakan atas kesalahan khalwat. Hasil soal siasat, salah seorang daripada gadis terbabit dikatakan menumpang di rumah sewa milik seorang rakannya yang ditahan itu dan mereka berkunjung ke pantai berkenaan untuk melakukan acara santai. Dua gadis yang menuntut di kolej swasta serta dua remaja lelaki itu bakal menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 31 (a) dan (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Negeri Terengganu kerana berkhalwat. Jika sabit kesalahan, mereka boleh dijatuhkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun. Sinar Harian difahamkan, hasil ujian saringan air kencing yang dilakukan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Dungun ke atas pasangan lelaki terbabit turut mendapati keduanya positif dadah jenis Methapethamine dan ditahan untuk siasatan lanjut. -SH | |
PRK Merlimau: UMNO Ketandusan Isu Tuduh PAS Kuda Tunggangan DAP Posted: 01 Mar 2011 05:00 AM PST KELAB GREENBOC Tindakan PAS bekerjasama dengan DAP dan berada dalam Pakatan Rakyat bukan 'perbincangan kedai kopi' sebaliknya mendapat sokongan daripada gerakan Islam di seluruh dunia, lapor harakahdaily. Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata, keputusan untuk menubuhkan Pakatan Rakyat (dahulu dikenali sebagai Barisan Alternatif) dan bekerjasama dengan parti bukan Islam dicapai hasil perbincangan panjang dengan pemimpin-pemimpin gerakan Islam yang dipengerusikan oleh Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia, Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi. Menurutnya, Presiden PAS ketika itu Datuk Fadzil Mohd Noor mengarahkan beliau yang ketika itu memegang lajnah antarabangsa PAS Pusat mengatur pertemuan dengan pemimpin-pemimpin gerakan Islam dunia untuk berbincang mengenai pendekatan politik yang harus dilaksanakan di Malaysia. Ini berikutan pergolakan politik melibatkan pemecatan jawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri dan dakwaan beliau terlibat dalam kes liwat. "Kita tubuhkan Pakatan Rakyat pada tahun 1998 bukan kita bincang di kedai kopi tapi dicapai selepas pertemuan 13 orang pimpinan terkanan PAS yang diketuai Allahyarham Ustaz Fadzil (Noor), Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi (Awang), Datuk Harun Taib dan pimpinan lain dengan 13 orang pemimpin gerakan Islam Antarabangsa. "Majlis itu dipengerusikan Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi di England. Tiga hari tiga malam kita bincang akhirnya keputusan dicapai, dibaca sendiri oleh Dr. Yusuf Qardhawi," katanya dalam ceramah di Kampung Chin Chin, dekat sini, malam tadi. Nasharudin berkata, menurut Dr Yusuf Al-Qardhawi, dalam konteks Malaysia, gerakan Islam harus berkerjasama dengan parti bukan Islam yang menyokong prinsip keadilan dan ingin melawan kezaliman Umno BN. "Untuk kita bawa risalah keadilan dan untuk rakyat rasa keadilan, menjadi satu dasar kepada pergerakan kerja kita ini, kita kena berganding bahu dengan mana-mana parti politik yang walaupun nama dan dasarnya tidak Islam asalkan mereka itu bersedia menerima prinsip yang diperjuangkan PAS. "kita kena berkawan dengan dia dan lawan kezaliman yang dilakukan Umno BN," katanya di hadapan kira-kira 200 penyokong yang hadir. Justeru ujar ahli Parlimen Bachok itu, dakwaan Umno BN bahawa PAS menjadi kuda tunggangan DAP adalah tidak berasas dan menggambarkan parti itu ketandusan isu. "Umno kata PAS ini kuda tunggangan DAP. Ini perkara yang dimainkan sebab (Umno BN) dah tak ada isu," katanya. Ahad lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap di Majlis Mesra Bersama Warga Felda Jengka 23 berkata, PAS sepatutnya bekerjasama dengan Umno untuk memperjuangkan isu-isu berkaitan umat Islam di negara ini dan bukannya memilih DAP untuk bersahabat. Petang sebelum ke Chinchin, Ustaz Nasharuddin telah menyampaikan bantuan kepada seorang pesakit di Taman Merlimau Utara di dalam program Muswah anjuran UPU Merlimau Utara. Beliau turut diiringi oleh Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, Ustaz Khamis Saat, Timb Pesuruhjaya PAS Melaka dan Cikgu Azrin Abdul Majid Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan PASTI Malaysia. Sejurus selepasnya, satu program hi-tea bersama dengan calon PAS, Tn Hj Yuhaizad Abdullah bersama penduduk tempatan diadakan di Merlimau Corner, di taman berkenaan. | |
PRK Merlimau: Pengundi Bukan Melayu Semakin Buka Mata Tindakan Khianat Pihak Tertentu Posted: 01 Mar 2011 04:55 AM PST KELAB GREENBOC Lagi perbuatan khianat, cermin kereta dipecah Kempen pilihan raya kecil dewang undangan negeri Merlimau terus dicemari perbuatan khianat. Jika semalam, sebuah pentas berdekatan bilik operasi DAP yang didirikan oleh parti itu untuk satu majlis anjurannya yang dijadualkan pada 4 Mac ini dibakar, hari ini cermin belakang kereta seorang penduduk pula dipecahkan. Pentas DAP dibakar, dipercayai angkara khianat Kereta itu diletak di hadapan bilik operasi DAP di pekan Merlimau. ADUN Ayer Keroh dari DAP Khoo Poay Tiong berkata beliau percaya kejadian berlaku sekitar jam 1 pagi hingga 5 pagi ini. Sehubungan itu, beliau menasihatkan penduduk berkenaan yang bukan ahli DAP membuat laporan polis. Dalam kejadian semalam, permaidani pentas DAP musnah tetapi bahagian lain pentas tetap utuh kerana ia diperbuat daripda keluli. Sebuah botol kosong dengan kesan petrol juga ditemui pada tempat kejadian. -mk Pentas DAP dibakar, dipercayai angkara khianat Sebuah pentas berdekatan bilik operasi DAP di Merlimau yang didirikan oleh parti itu untuk satu majlis anjurannya yang dijadualkan pada 4 Mac ini dibakar pagi ini. | |
Betulkan PAS tak ada isu di PRK N 28 DUN Kerdau, Nan ? Posted: 01 Mar 2011 04:52 AM PST BULETIN ONLINE Menteri Besar Pahang DS Adnan Yaakub, samada sememang dalam penafian atau memang tidak tahu. Tetapi penulis lebih cenderung untuk mempercayai bahawa apabila beliau dengan sombong menyatakan bahawa pembangkang tak ada isu, beliau sememangnya mahu berbohong kepada pengundi Kerdau khususnya dan seluruh rakyat Pahang amnya. Penulisan besiri ini bertujuan untuk menyanggah dakwaan Menteri Besar Pahang ini. Kalau benar bagai dek kata, beliau wajar menggunakan ruang kempen di PRK N28 Kerdau ini untuk memperagakan atau 'showcase' segala kejayaan kerajaan Pahang. Kalau kerja sudah disempurnakan dan rakyat sudah diberi khidmat yang cemerlang, apa perlu sibuk untuk mengumumkan projek-projek 'mee-segera' termasuk yang diumumkan oleh Perdana Menteri sendiri yang terpaksa turun pada hari pertama lagi sehingga terpaksa mengumumkan peruntukan berjumlah RM10 juta kepada warga Felda di Kerdau. Ini kali pertama dalam sejarah politik mutakhir negara ini, seorang PM turun pada hari pertama dalam satu PRK. Adnan sepatutnya perlu sedar dan insaf bahawa di bawah kepimpinannya Pahang telah mengalami defisit belanjawan untuk 13 tahun berturut-turut. Rakyat Pahang juga mengingatkan Menteri Besarnya bahawa kerajaan negeri sedang menanggung bebanan hutang sebanyak RM2.17 bilion mengikut Laporan Ketua Audit Negara yang mutakhir. Jumlahnya terus meningkat setiap tahun. Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan baru-baru ini banyak menyentuh tentang kelemahan Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Adnan Yaakub. Ianya merangkumi pelbagai skop dan aspek pembangunan dan pengurusan. Ayat yang kerap diulangi dalam Laporan Ketua Audit Negara ialah.."Pada pendapat Audit…..adalah tidak memuaskan kerana….." Ini menyangkut pelbagai skop dan aspek, samada yang berkaitan projek sakit dan lewat di bawah Projek Perumahan Rakyat Dimiliki (PPRD), prestasi agensi-agensi kerajaan, aktiviti pengambilan pasir sungai dan kesannya kepada alam sekitar di Sungai Benus, Bentong, pengurusan air tidak berhasil (NRW), pengurusan premis perniagaa sehinggalah kepada urusan pengendalian kes di Mahkamah Syari'ah Negeri Pahang. "Pada pendapat Audit ..tidak memuaskan ..kerana.. " diulangi pada setiap laporan audit yang dibuat. Rakyat seharusnya telah lama pecat CEO syarikat ini atau MB kerajaan negeri Pahang ini. Cukup mengecewakan dan menga'ibkan rakyat Pahang.. Tak ada isu kata Adnan! Sekadar mengambil contoh antara yang terbesar mengikut Laporan Ketua Audit Negara adalah kelemahan-kelemahan pentadbiran dan pengurusan yang mengakibatkan kerajaan negeri kehilangan sumber pendapatan sebanyak RM227.9 juta apabila empat (4) buah syarikat-syarikat berkaitan negeri (GLCs) gagal membayar balik pinjaman mengikut jadual. Laporan juga mendedahkan bahawa tidak wujud peruntukan dalam perjanjian yang membolehkan kerajaan negeri mengambil tindakan terhadap GLCs (contoh ASPA dan PKNP dll) apabila GLCs gagal membuat bayaran balik. Dalam suasana anak-anak syarikat kerajaan ini mengalami kerugian, Menteri Besarnya masih boleh mengarahkan serta mengharapkan 50% dari keuntungan GLCs ini disumbangkan kepada kerajaan negeri. Jelas dan nyata bahawa Adnan sudah tidak peka dan hilang 'touch'nya dengan realiti. inilah antara sebabnya mengapa pihak penganalisi mewawarkan bahawa kerajaan negeri Pahang berpotensi untuk bankrap kerana hutangnya jauh melampaui KDNKnya. Ketirisan dan kebocoran terus tidak dapat ditangani. Siri ini akan mendedahkan sebanyak yang boleh dalam tempoh kempen ini. Oleh kerana Lapuran Audit Negara adalah maklumat awam (public information), maka sewajarnyalah Kerajaan Negeri bersikap bertanggungjawab dan menerangkan kepada rakyat langkah-langkah yang telah diambil bagi membenteras kepincangan-kepincangan tersebut sebagai satu langkah 'Pertanggungjawaban Awam". PAS menuntut kerajaan negeri di bawah kepimpinan Barisan Nasional mendedahkan prestasi semasa GLCs negeri sebagaimana yang akan dilakukan oleh negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat seperti Selangor. Berdasarkan secebs pendedahan di atas, maka PAS/Pakatan Rakyat menyeru seluruh pengundi dalam PRK N28 Kerdau supaya membuat pilihan yang wajar dan tepat bagi membongkar segala kepincangan pengurusan kewangan negeri demi memperjuangkan kepentingan penduduk Kerdau khasnya dan kemaslahatan seluruh rakyat negeri Pahang amnya. Maka calon yang paling wibawa bagi merealisasikan tujuan dan menggalas tanggungjawab ini tentunya adalah mereka yang mempunyai keterlibatan dan pendedahan dalam bidang-bidang tersebut. Apakah seorang calon yang berlatar-belakang di bidang bahasa 'Arabkah atau yang berlatarbelakang di bidang 'profesional' dengan kemampuan serta pengalaman kerjayanya di luar negara dan dalam negeri? Rakyat wajar menilai siapakah yang lebih wajar mewakili suara rakyat di Dewan Undangan Negeri Pahang bagi suara 'semak-imbang' pelbagai kepincangan pengurusan kerajaan negeri Pahang ini yang di bawah kepimpinan Umno/BN. | |
Calon BN Kerdau tidak paham perjuangan Islam Posted: 01 Mar 2011 04:48 AM PST BULETIN ONLINE KUALA TERENGGANU – Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah mendakwa Umno dan Barisan Nasional (BN) hanya menjadikan golongan agama dan ulamak untuk mengumpan rakyat dengan tujuan mengekalkan sokongan politik terhadap parti mereka. Menurutnya, golongan itu tidak diberi kedudukan tertinggi untuk menentukan hala tuju parti sebagaimana tuntutan agama. Sebaliknya, beliau berkata, mereka hanya diberi peluang dalam politik dan diberi peranan tertentu sahaja dengan kuasa yang terhad. "Keadaan ini telah berlaku kepada ilmuwan seperti Profesor Datuk Dr Abdullah Md Zain, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, Tan Seri Wan Mukhtar Ahmad dan Tan Sri Yusof Noor. "Ulamak dalam UMNO tidak diberi kedudukan tinggi untuk tentu hala tuju parti dan mereka tetap dipimpin dari kalangan bukan ilmuwan atau golongan agama," katanya mengulas kenyataannya kepada Sinar Harian. Mengulas lanjut, situasi itu berbeza dengan Pas apabila golongan agama dan ilmuwan diberi tempat tertinggi dalam parti bagi menentukan dasar dan perjalanan parti berteraskan agama. "Dalam PAS, Ulamak menjadi pemimpin dan diberi kedudukan tertinggi dalam kepimpinan untuk memimpin mengikut tuntutan al-Quran dan hadis," katanya. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN) Bukit Payung, berkata, keadaan sama akan berlaku kepada calon Umno-Barisan Nasional (BN) di Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad yang merupakan lulusan Universiti Al-Azhar, Mesir. Mohd Nor turut menganggap calon BN lulusan Bahasa Arab itu lebih berminat kepada parti Umno-Barisan Nasional disebabkan tidak faham mengenai perjuangan Islam yang dibawa PAS, memandangkan beliau bukan dalam bidang Usuluddin. "Dia tiada pengkhususan dan asas dalam Usuluddin dan sangat jauh daripada Ulamak Sheikh Yusof Al-Qardhawi yang jelas menyatakan sekular terpinggir dan perlu ditinggalkan," katanya. | |
Wartawan Harus Punya Prinsip Untuk Laporan Yang Adil Posted: 01 Mar 2011 04:46 AM PST
KUALA LUMPUR: Setiap wartawan di negara ini terutama wartawan muda harus mempunyai prinsip untuk menghasilkan laporan dan berita yang adil. Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim berkata prinsip tersebut termasuklah menulis berdasarkan fakta, tidak menyakiti hati sesiapa dan mampu memberi sumbangan kepada masyarakat. "Tugas wartawan pada hari ini bukan sekadar melapor tetapi harus sentiasa mengimbangi antara yang baik dengan yang buruk tanpa meninggalkan fakta. "Prinsip ketegasan ketika menulis adalah penting. Orang boleh buat wartawan begitu dan begini tapi bila menulis mestilah berlandaskan fakta, jangan sampai menyakiti hati orang lain sehingga disaman malu atau mendapat saman mahkamah," katanya. Beliau berkata demikian ketika menghadiri majlis Zamalah Wartawan Muda 1Malaysia yang diadakan di Bangunan Sultan Abdul Samad, pada Selasa. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysian Datuk Chamil Wariya. Rais yang meluangkan masa berdialog bersama 18 wartawan muda selama kira-kira satu jam berkata setiap wartawan berperanan memberi sumbangan kepada tanah air melalui penulisan. Katanya, untuk mencapai matlamat itu amat penting bagi seseorang wartawan itu mempunyai kemahiran membuat analisis secara tepat, bukan hanya menonjolkan isu-isu keterlaluan sehingga memberi kesan tidak baik kepada masyarakat. "Penulis muda harus bertangungjawab supaya tidak berlaku keterlaluan dalam laporan. "Tidak seharusnya berlaku isu perkauman yang berpunca daripada penulisan atau berita yang disiarkan di televisyen atau radio," katanya. Katanya, dalam zaman yang serba mencabar ini penulis muda yang menulis untuk masa hadapan harus berkebolehan melihat dari dua sudut pandangan yang berbeza. Rais berkata, tidak menjadi masalah untuk wartawan melaporkan apa yang berlaku tetapi olahan ayat perlulah dibuat dengan betul agar seseuatu keadaan yang dianggap keterlaluan tidak menjadi lebih buruk. "Apabila wartawan berdepan dengan sesuatu isu keterlaluan, mereka boleh menghentam keadaan tersebut. "Tapi dalam masa yang sama berilah pandangan lain yang dapat melunakkan keterlaluan itu," katanya. Beliau berkata demikian sebagai mengulas sikap wartawan dan syarikat penerbitan hari ini yang kebanyakannya lebih gemar menyiarkan kisah berunsur 'kekitaan' berbanding memupuk perpaduan dalam negara. Program Zamalah Wartawan Muda 1Malaysia bertujuan meningkatkan pengetahuan kenegaraan di kalangan wartawan yang baru menceburi bidang kewartawanan dan menajamkan kemahiran kewartawanan terhadap mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia ini. Kursus yang berlangsung dari 21 Februari 2011 hingga 17 Mac 2011 ini dianjurkan MPI dengan kerjasama Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi melibatkan penyertaan 18 wartawan dari seluruh negara. | |
Perhimpunan Hindraf Beri Imej Buruk Pada Negara: Dr Mahathir Posted: 01 Mar 2011 04:45 AM PST BERNAMA TANJUNG MALIM: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan tindakan pertubuhan haram, Hindraf, mengadakan perhimpunan Ahad lalu memberi imej buruk kepada negara. "Cara itu bukan bersesuaian dengan kita, kerana negara kita aman, orang di sini semua mempunyai pekerjaan dan bukan seperti negara-negara luar," katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja ke Kilang Miyazu Malaysia Sdn Bhd di Proton City, Selasa. Katanya, kerajaan telah mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan dan memberi latihan untuk rakyat bagi mengisi pelbagai jawatan yang setaraf dan bersesuaian untuk mereka. Oleh itu, katanya, tiada sebab kumpulan tersebut melakukan demonstrasi kerana ia akan memberi imej buruk kepada negara. "Kita nak tunjukkan kebaikan negara kita. Cara tersebut tidak sesuai dilakukan di negara yang aman seperti Malaysia," katanya. Seramai 109 orang termasuk lapan pemimpin Hindraf ditahan semasa perhimpunan. Polis turut merampas sepanduk dan kemeja-T mengandungi perkataan berbentuk provokasi yang boleh menjejaskan perpaduan kaum di negara ini. - BERNAMA | |
Persekolahan Satu Sesi Objektif Kerajaan Posted: 01 Mar 2011 04:44 AM PST
TEMERLOH: Kerajaan meletakkan matlamat melaksanakan secara menyeluruh sistem persekolahan satu sesi sekiranya keperluan infrastruktur dan tenaga pengajar mencukupi. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin yassin berkata, sekiranya sistem berkenaan dilaksanakan ia akan menjadikan tempoh persekolahan lebih anjal bagi memberi ruang kepada guru dan pelajar menjalankan aktiviti kokurikulum. "Sekolah satu sesi itu memang objektif kita, sekarang ini kalau ada sekolah rendah pun mungkin 60 hingga 70 peratus (laksanakan) satu sesi, tapi kalau sekolah menengah kurang daripada itu. "Kalau sistem ini dapat kita laksanakan bermakna tempoh masa belajar boleh lebih anjal. Sekarang sekolah sesi pagi berlangsung sampai pukul 1 petang atau lebih sedikit, waktu petang ada sesi kedua dan ia akan tamat sampai larut petang. "Jadi kalau nak buat aktiviti kokurikulum atau sukan agak sukar kecuali hari-hari lain, (sistem satu sesi) memang ada faedahnya," katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan warga pendidik di Sekolah Menengah Kebangsaan Kerdau di sini, Selasa. Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai saranan Pengerusi Panel Penasihat Sekolah Kluster Kecemerlangan, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arsyad supaya kerajaan melaksanakan persekolahan satu sesi dari pukul 8 pagi hingga 4 petang dengan memperkenalkan jadual waktu anjal kepada guru supaya tiada bebanan kerja berlebihan. Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kerajaan tidak meletakkan sebarang sasaran tempoh masa tertentu untuk melaksanakan sistem berkenaan. "Untuk melaksanakannya, ia bermakna kita kena menyediakan lebih banyak sekolah dan yang lebih penting kita kena sediakan lebih banyak guru untuk tampung keperluan itu. "Ini sasaran kita, tapi saya kurang pasti bila kita boleh sampai ke tahap itu. Tapi apapun yang sedang berlaku, kalau kita tak mampu laksanakan satu sesi kita gunakan dua sesi, setidak-tidaknya pembelajaran masih dapat diteruskan," katanya. | |
PM, TPM Akan Jawab 'Buku Jingga' Pembangkang Posted: 01 Mar 2011 04:41 AM PST
TEMERLOH: Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak akan mengulas dan memberi penjelasan mengenai implikasi yang bakal dihadapi kerajaan berhubung tawaran 'pelan 100 hari' pembangkang pada siri jelajah ke seluruh negara yang akan diadakan bermula bulan ini. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penjelasan berhubung tawaran pembangkang menerusi 'Buku Jingga' perlu dilakukan bagi memastikan rakyat tidak terkeliru dan terpedaya dengan janji-janji kosong pembangkang. "Nanti sampai ke satu peringkat yang Perdana Menteri dan saya akan buat, kita akan ulas satu persatu supaya jangan ada pihak yang terpedaya dengan tarikan yang agak besar kononnya boleh ditawarkan oleh Pakatan Rakyat," katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis perjumpaan dengan warga pendidik di Sekolah Menengah Kebangsaan Kerdau di sini, Selasa. Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai sama ada kerajaan bimbang dengan tawaran pembangkang sekiranya berjaya mengambil alih pentadbiran negara selepas pilihan raya umum akan datang. Sebelum ini Perdana Menteri berkata menerusi Pelan Transformasi Politik (PTP), beliau dan timbalannya akan turun padang menjelajah ke seluruh negara untuk mendengar dan menyelesaikan masalah rakyat secara lebih dekat. Najib dan Muhyiddin akan memulakan sesi lawatan secara bersama bermula dengan Sarawak pada 18 dan 19 Mac ini sebelum kedua-duanya melakukan lawatan berasingan ke negeri-negeri lain. Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, sudah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menerangkan kepada rakyat mengenai kesan yang bakal berlaku sekiranya pembangkang memerintah negara. 'Kita tak bimbang soal itu (Buku Jingga). Tapi yang penting supaya rakyat tidak ditipu dengan kata-kata manis dan janji-janji kosong. "Sebab itu kita perlu jelaskan apa implikasi mereka (perlu hadapi) kalau yang disebut dalam buku jingga itu nak dilaksanakan. Kita sudah simulasi, kalau itulah keadaannya, dalam tempoh dua tahun Malaysia akan jadi bankrap," katanya. Tambah beliau pada masa ini pembangkang mudah berjanji untuk menggunakan segala sumber kekayaan negara bagi memenuhi janji kepada rakyat kerana mereka tidak mempunyai tanggungjawab mentadbir negara. "Mereka akan kata tak akan bankrap kerana akan gunakan segala sumber yang ada seperti Petronas dan sebagainya. Tapi kalau buat begitu habislah...dia nak punahkan negara. "Memang nampak mudah tapi implikasinya besar, mereka boleh buat tawaran begitu kerana mereka tak rasa bertanggungjawab...mereka tak fikir panjang. "Berbeza dengan BN, kalau nak buat sesuatu kita akan ambil kira kesan kepada negara," katanya. | |
Ada Kebenaran Najib Burukkan Ikhwan Muslimin Posted: 01 Mar 2011 04:37 AM PST MSO NAJIB Razak menjawab dan menjelaskan tohmohan dan dakwaan kononnya beliau telah melemparkan kata-kata kurang cerdik ke atas Yusuf Al Qardhawi dan Ikhwan Muslimin di Mesir dengan mengatakan Ikhwan Muslimin dan Al Qardhawi membantu keganasan. Najib menafikan yang beliau ada mengadakan Ikhwan Muslimin sebagai gerakan militan dan ekstremis. Kata Najib apa yang berlaku iaialah beliau menasihat Ikhwan Muslimin supaya membuang persepsi ganas dan militan yang dicapkan kepada gerakan tersebut dan menyertai pilihan raya demokrasi. Kata Najib persepsi itu adalah persepsi umum bukan darinya. Semalam timbalan presiden Pas Nasharudin Mat Isa dan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim melahirkan rasa kesal atas kritikan Najib kepada Ikhwan Muslimin. Kritikan itu dikesani disiarkan dalam web National Review Online. Dalam jawaban dan penjelasan di Kerdau siang tadi Najib tidak menafikan beliau ada berckap mengenai hal itu. Najib tidak kata yang laporan itu bertujuan untuk memburukkan Ikhwan Muslimin. Tetapi apa yang dijelaskan beliau tidak berkata seperti mana dilaporkan itu kemudian diulas oleh Nasharudin dan Anwar. Baiklah... apabila Najib memperakui bahawa persepsi negatif itu persepsi umum kemudian beliau memberi nasihat berpandikan pandangan umum itu ini bermakna beliau menerima persepsi itu. Kalau Najib tidak menerima beliau tidak akan memberi nasihat kepada Ikhwan Muslimin itu seperti mana dijelaskan. Salahnya Najib di sini secara tidak langsung beliau mengikhtiraf pandangan umum. Soalnya pula pandangan itu dari pihak mana? Bukankah ianya datang dari Amerika Syarikat dan Israel yang sangat benci dan bimbang dengan kebangkitan Ikhwan Muslimin? Pandangan jahat terhadap Ikhwan Muslimin seperti itu tidak datang dari gerakan Islam dan negara Islam lain di seluruh dunia. Saya tidak tahulah kalau Umno pimpinan Najib turut mempunyai pandangan berkenaan. Satu yang kena ingat kewujudan Hizbul Muslimin sebuah parti yang bersemangatkan Islam di negara ini pernah diharamkan oleh penjajah British. Pengharaman itu disokong sepenuhnya oleh Umno yang merasakan parti pimpinan Abu Bakar Baqir itu dirasakan boleh mengugat Umno. British menggelarkan Hizbul Muslimin ini sebagai 'hubaya' dari gunung. Sikap Umno terhadap pengharaman Hizbul Muslimin itu menyebabkan Umno dianggap anti Islam atau parti sekular. Seperkara lagi yang boleh dimusykilkan, penjelasan Najib yang konon beliau tidak beranggapan begitu kepada Ikhwan Muslimin juga akan dipertikaikan sejauh mana keikhlasan dan kebenarannya. Saya tidak pun ternampak pandangan dan ulasan Najib berhubung Ikhwan Muslimin itu disiarkan dalam mana-mana media massa negara ini. Beberapa agensi berita telah menyertai rombongan ramsi Najib ke Turki tempat di mana beliau mengeluarkan kenyataan itu tetapi tidak ada ulasan dan penyiaran ke atas kenyataan itu. Apakah ianya sudah ditulis oleh wartawan tetapi ditapis untuk pernyiarannya. Saya yakin kalau web bebas itu boleh dipengaruhi kenyataan itu juga tidak akan disiarkan sebab ia memberi implikasi kepada perdana menteri Malaysia itu khasnya di negara Arab dan oleh gerakan Islam lainnya. Kalau kenyataan dan pandangan Najib terhadap Ikhwan Muslimin itu tidak ada motif politik, atau positif kenapa ia tidak dilaporkan dalam media massa negara ini? Di sini menyebabkan saya merasakan tanggapan Anwar dan Nasharudin terhadap Najib yang menghina Ikhwan Muslimin itu semacam ada kebenarannya, atau ada asasnya. Justeru permintaan agar Najib memohon maaf kepada Ikhwan Muslimin dan Yusuf Al Qardhawi adalah dirasakan perlu. Bukan itu saja Najib juga perlu meminta maaf kepada umat Islam lainnya kerana penghinaan kepada Ikhwan Muslimin sebagai menghina mereka sama. Umum tahu Ikhwan Muslimim adalah gerakan Islam di Mesir yang sudah lama berjuang untuk menegakkan kebenaran dan menghapuskan kerajaan diktator dan munkar pimpinan Mubarak yang disambung dari rejim sebelum ini. | |
Langsung Dari Mahkamah - Kes DS Anwar : Barang Kes Dirampas Dilokap D9 IPK Kuala Lumpur Posted: 01 Mar 2011 04:35 AM PST SEDAKA SEJAHTERA Setakat ini, pihak pendakwaan belum mendedahkan daripada mana mereka memperolehi barangan itu yang secara positif dikenalpasti oleh ahli kimia Nor Aidora Saedon mengandungi DNA 'Lelaki Y'. Persoalan yang ditimbulkan adalah sama ada sampel berkenaan diperolehi secara sah ataupun tidak. Setakat ini, juga pihak pendakwaan belum cuba mengaitkan perkara tersebut secara langsung dengan Anwar kecuali pada rakaman CCTV yang dipercayai menunjukkan ketua pembangkang itu keluar masuk di kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008. Imej yang dipercayai adalah pengadu kes ini, Mohd Saiful Bukhari Azlan juga dapat dilihat. Bagi pihak pembelaan, mereka masih belum selesai menyoal-balas,ASP Fauziah Che Mat, yang menjelaskan kepada mahkamah bahawa beliau diminta mengenal-pasti dan mencetak imej tujuh orang yang tidak disebutkan nama mereka. Seorang pegawai polis memberitahu dia dan pasukannya telah merampas beberapa barang kes di lokap Cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur. Bekas Ketua Bahagian Siasatan Tempat Kejadian (CSI) Makmal Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Supritendan Amidon Anan memberitahu Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini, antara yang dirampas adalah sehelai rambut, sehelai tuala `good morning' dan sebatang berus gigi. Beliau memberitahu pemeriksaan di lokap berkenaan dilakukan berikutan arahan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner II, Ku Chin Wah. Saksi berkata demikian ketika memberi keterangan pada perbicaraan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim, 64, yang didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 26, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008 | |
Posted: 01 Mar 2011 04:29 AM PST SEDAKA SEJAHTERA Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya membuktikan bahawa kuarters sekolah yang didiaminya bersama isterinya yang merupakan seorang guru, adalah milik Umno.Yuhaizad membuat cabaran tersebut sebagai menjawab kenyataan Muhyiddin yang menyifatkan calon PAS itu sebagai tidak mengenang budi kerana tinggal di kuarters sekolah bersama isterinya itu, tetapi bertanding sebagai calon PAs. "Saya mencabar Umno dan beliau (Muhyiddin) untuk buktikan kompleks (kuarters itu) dibina oleh Umno," katanya dalam satu sidang akhbar bersama di pusat operasi pilihan raya DAP, dekat pekan Merlimau. Katanya, jika Umno dan Muhyiddin dapat membuktikan sedemikian, beliau akan berpindah malam ini. Jika tidak, kata Yuhaizad berkata, beliau akan terus tinggal di situ bersama isterinya. Beliau bagaimanapun enggan mengulas kenyataan Muhyiddin bahawa kerajaan akan mengambil tindakan terhadap keluarganya. Semalam, Muhyiddin menyuarakan rasa kecewanya terhadap Yuhaizad dan keluarganya yang tinggal di kuarters sekolah tetapi bertanding sebagai calon PAS dalam pilihan raya kecil Merlimau. | |
Menteri Akui Mutu Persembahan RTM Teruk, Mungkin Menterinya Dah Terlalu Tua? Posted: 01 Mar 2011 04:28 AM PST SEDAKA SEJAHTERA
KUALA LUMPUR: Orang awam tidak seharusnya keterlaluan memberi hukuman terhadap persembahan dan program-program yang diterbitkan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM). Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim berkata, sebagai stesen penyiaran milik kerajaan, RTM mempunyai matlamat berbeza berbanding stesen televisyen lain. "Jangan keterlaluan beri hukuman. Ini stesen kerajaan, bukan stesen nak cari duit atau stesen untuk mensensasikan sesuatu perkara. "Ini (RTM) stesen untuk tujuan tradisional. RTM memupuk kesejahteraan negara dan bangsa," katanya. Rais berkata demikian ketika menjawab pertanyaan media terhadap pandangan orang awam yang menganggap mutu dan persembahan program yang disiarkan RTM agak ketinggalan, ketika menghadiri majlis Zamalah Wartawan Muda 1Malaysia di sini, Selasa. Rais berkata, walaupun RTM merupakan stesen penyiaran tertua di Malaysia, namun beliau mengakui stesen tersebut masih mempunyai banyak kelemahan. "RTM ada kelemahan, sama juga seperti stesen televisyen lain seperti TV3, Tv9, Astro dan lain-lain saluran swasta yang juga ada kelemahannya," kata beliau. Pun begitu, beliau berkata kerajaan akan sentiasa mencari jalan bagi memperbaiki mutu persembahan stesen penyiaran itu dari masa ke semasa. "Kalau pun kita 'tua', kita akan terus-menerus cari perubahan. "RTM harus ada ruang untuk perbaiki program-program televisyen, berita, drama swasta dan sebagainya," kata beliau. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
1 ulasan:
curry 6
vans outlet
nike air max 97
timberlands
fila
fitflops sale clearance
hermes belt
cheap jordans
christian louboutin outlet
nike air max 2017
Catat Ulasan