Rabu, 2 Mac 2011

Dunia Berwarna Luna Version 2

Dunia Berwarna Luna Version 2


Demokraasi & Hak Bersuara: Di mana hak kita???

Posted: 01 Mar 2011 08:37 AM PST

Oleh: Dwen Puyau

 

Dalam Membincangkan Isu hak asasi Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan Malaysia (FC) memperuntukan "kebebasan bercakap" yg lebih kurang sama dengan "freedom of speech". Dalam 1st Amendment to the US Constitution,menarik juga ada "right of silence" dalam 5th Amendt..kat Malaysia lagi menarik sebab ada yg pandai-pandai cipta "right of kecoh & kepoh" mcm Hindraf buat tu. Persoalannya:Apa itu Hin Draf?

Walaupun artikel 10 kata macam tu. tetapi kena baca  artikel 10 itu sampai habis terutama 10(2) sebab pada prinsipnya "Kebebasan dengan Tanggungjawab".

Berdasarkan perkara 10(2) lah maka wujudnya Akta Fitnah, Akta Hasutan, Akta Polis yang mengeluarkan permit perhimpunan, Akta Mesin Cetak, Akta Penerbitan dan yang paling di geruni ialah Akta Keselamatan Dalam Negeri (hehehe....) …….

Pada tahun 2005 seorang saudara saya yg bertugas sebagai wartawan sinior di Indonesia membuat perbandingan kebebasan bercakap antara negaranya dan Malaysia. Dia katakan pada saya "Negara kami lebih bebas dari segi bersuara berbanding Malaysia yang penuh dengan sekatan dan undang-undang, kami boleh mengeluarkan apa-apa kenyataan atau pun berita tanpa ada sekatan dari pemerintah".

Saya katakan balik padanya, adakah itu yg kamu kehendaki?. Kamu harus lihat "kebebasan berkata-kata itu dari sudut global dan bukan individu, kami di Malaysia juga punya kebebasan untuk bersuara tetapi kebebasan dengan rasa penuh tanggung jawab, adakah kamu faham prinsip tanggung jawab kamu pada negara kamu?. Sebagai contoh: kalau berlaku sesuatu rusuhan kaum di sesuatu tempat, maka akhbar dan media tidak sepatutnya menyiarkan atau membesar-besarkan isu itu hingga diketahui seluruh pelosok negara. 

Kita harus memikirkan apa kesan dari penyebaran maklumat yang sedemikian. Yang paling penting kita harus sedar tentang menjaga keamanan lebih penting dan lebih bertanggungjawab daripada kita menyebarkan berita sedemikian walaupun berita itu benar dan kita ada hak untuk menghebah-hebahkannya. Kita harus ketepikan kebebasan pada ketika itu dan juga ketepikan "nilai berita" yang boleh membawa keuntungan pada syarikat demi rasa tanggungjawab kita menjaga keamanan negara kita sendiri. 

Sonyap dia bila saya kata begitu. Setelah saya mengkaji dengan penuh tawadhuknya, peruntukan hak asasi dalam perlembagaan dan undang-undang Malaysia, tidak dapat tidak (la budda alaih) kita dapati bahawa undang-undang adalah berat kepada pihak kerajaan. Undang-undang ini adalah sebagai senjata kepada kerajaan yang akan digunakan untuk menjaga dan memelihara kepentingan serta keselamatan negara. 

Bagaimana mustahaknya keselamatan negara dari sisi Perlembagaan boleh didapati dalam artikel 4(2). Jika undang-undang yang dibuat oleh Parlimen telah menyekat kebebasan rakyat bergerak di seluruh Malaysia atau menyekat kebebasan bercakap, berkumpul dan bersatu, dan sekatan-sekatan itu dibuat adalah untuk menjaga keselamatan negeri, ketenteraman dan akhlak awam, maka undang-undang itu tidaklah boleh dicabar sebagai tak sah. Oleh itu, masalah yang sebenarnya ialah, adakah kerajaan telah menyalahgunakan senjata-senjata ini?. Jawapannya tinggallah kepada puak-puak politik dan tidak patut dijawab oleh saya sendiri. Tentang mustahaknya senjata-senjata itu diberikan kepada kerajaan tidaklah boleh dinafikan apabila kita ingat akan pengalaman darurat yg disebabkan oleh pemberontakan komunis di negara kita. 

Namun demikian, kebebasan rakyat dalam ekonomi di negara kita ini masih lagi belum diganggu, melainkan untuk memelihara rakyat daripada perasaan tamak dan haloba sesetengah pihak dan juga untuk mengelokkan taraf ekonomi orang-oreang Melayu dan bumiputera. Tapi yg penting dan patut difahami oleh kita semua terutama politician "sejauh mana kita menggunakan (baca salah guna) kuasa dengan memperkudakan undang-undang untuk kepentingan politik kita. kerana "Matlamat sama sekali tidak pernah akan menghalalkan cara"


{Get Paid To Read Emails. Free To Join Now http://www.emailcashpro.com/?r=thatguy}

Tiada ulasan: