Rabu, 2 Mac 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Calon PAS Tegaskan Betapa Pentingnya Pengundi Pilih Parti Pembangkang Kiranya Mahu Kerajaan Beri Perhatian Sewajarnya Kepada Nasib Mereka !

Posted: 02 Mar 2011 01:13 AM PST

KERDAU, 2 Feb [5.16 pm] - Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau, Hasanuddin Salim (foto) menegaskan betapa pentingnya pengundi DUN Kerdau memilih pembangkang (Pakatan Rakyat) dalam pilihan raya kecil ini. "Berilah undi kepada pembangkang, berilah undi kepada PAS yang mewakili Pakatan Rakyat. Insya Allah kerajaan ini akan memberi perhatian kepada kita bersama. Kenapa saya berkata demikian, tuan-tuan tengok di tempat yang adanya pembangkang "balance" maknanya ada imbangan. Kerajaan dia tengok masyarakat di sini bijak, dia cerdik, dia pilih pemimpin berdasarkan kepada keperluan dia. Maka kerajaan yang memerintah dia akan pergi kepada rakyat, dia akan bantu rakyat sejajar dengan perkembangan pada masa itu. Ini yang kita nak, hari ini tuan-tuan tengok itu contoh jalanraya. Contoh yang lain kita tengok di masjid-masjid, saya berterima kasih kepada pegawai-pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) yang diarahkan ke seluruh masjid dalam DUN Kerdau bersempena pilihan raya kecil", katanya. "Dia kena kuliah antara Maghrib dengan Isyak. Tak tau lah mungkin dia takut orang PAS kuliah dan sebagainya itu kita tak kisah. Itu satu perkara yang lain, tetapi saya berterima kasih kepada pegawai JAIP ini yang sepanjang berkempen mereka beri kuliah. Itu satu perkara yang baik".


Ceria, Hasanuddin Salim dan Ustaz Fadhil Nor (Exco Pemuda PAS Pahang)
ketika singgah untuk bersarapan di Felcra Rumpun Makmur pagi tadi

"Tetapi saya minta kebaikan ini dikekalkan. Kerajaan Negeri sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab tidak sahaja menyusun kuliah ini pada masa pilihan raya kecil. Kenapa tidak setahun, daripada awal tahun hingga ke akhir tahun supaya rakyat di dedahkan dengan ilmu. Tok-tok guru , alim ulamak dan pegawai JAIP diletakkan di masjid-masjid untuk mengadakan kuliah. Alangkah indah dan baik, saya tak marah dengan rakan-rakan saya pegawai-pegawai JAIP, mereka ini kerja dan mereka bukan pembuat polisi. Pembuat polisi adalah orang yang dipilih dalam pilihan raya seperti Menteri Besar, Timbalan dan Exco, ini semua orang yang membuat polisi. Dia dipilih melalui pilihan raya, tetapi pegawai JAIP itu tidak", katanya di Felda Jengka 25 malam tadi.

[Sememangnya amat wajar sekali rakyat dan pengundi di DUN Kerdau memilih calon PAS (pembangkang) menang dalam pilihan raya kecil ini. Ia kerana, limpahan projek pembangunan sudah pasti akan datang mencurah-curah ke kawasan Kerdau apabila senario ini berlaku. Lihat saja apa yang terjadi sekarang. Banyak projek-projek yang tidak dijangka kini dipunggahkan ke kawasan DUN Kerdau. Semuanya kerena mahu membuktikan konon "rakyat didahulukan". Padahal sudah sekian lama BN berkuasa di kawasan itu, Kerdau dilihat begitu "daif" jika dibandaingkan dengan kawasan-kawasan lain di negeri ini. Sedangkan Kerdau letakkan berhampiran dengan Temerloh dan mempunyai stesyen keretapinya sendiri. Tapi sungguh "teruja" sekali apabila melihat Pekan Kerdau umpama "pekan koboi" yang terasing dari arus pembangunan itu sendiri. Soalnya, apakah yang dilakukan oleh wakil rakyat terdahulu agaknya. Sekadar berjanji dan terus berjanji tetapi tidak ditunaikan. Mujurlah ada pilihan raya kecil, jika tidak sudah pasti penduduk di kawasan DUN Kerdau akan terus ketinggalan].

Dato' Tuan Gesa "Adnan Jawab Isu" Kepincangan Pentadbiran Serta Pengurusan Kewangan Seperti Yang Telah Di Dedahkan Oleh Ketua Audit Negara

Posted: 02 Mar 2011 12:09 AM PST

KERDAU, 2 Mac [3.2o pm] - Pesuruhjaya PAS Pahang dan Naib Presiden PAS Pusat, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (foto) hari ini berkata Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob harus menjawab isu yang dibangkitkan oleh PAS dalam Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau ini iaitu yang berkaitan dengan kepincangan pentadbiran dan pengurusan kewangan Kerajaan Negeri Pahang seperti yang telah didedahkan dalam Laporan Audit Negara 2009. "Adnan mengatakan kita tiada isu untuk dibangkitkan, sedangkan prestasi buruk UMNO memimpin kerajaan negeri seperti yang didedahkan oleh Ketua Audti Negara itu adalah isu besar yang sepatutnya dijawab oleh Adnan. Bukannya dengan memberi helah dan alasan yang remeh temeh bagi menggelakkan isu sebenarnya yang perlu diketahui oleh rakyat", katanya ketika mengadakan sidang media di Markas Induk PAS dekat sini. "Meneliti laporan-laporan media BN hari ini, kami dapati BN khususnya Menteri Besar gagal menjawab pembongkaran yang telah kami dedahkan sejak bermula hari kempen. Laporan prestasi buruk tentang pengurusan kerajaan negeri masih belum terjawab," katanya. Dato, Tuan juga menegaskan Kerajaan Negeri Pahang pimpinan Adnan Yaakob pernah digemparkan dengan kes saman sebanyak RM63 juta oleh sebuah syarikat pembalakan Seruan Gemilang Makmur (SGM). "Terkini rakyat Pahang digegarkan pula oleh dua lagi kes saman daripada dua syarikat bernilai lebih RM200 juta. Syarikat tersebut ialah Spag'n Plantation Sdn Bhd dan Upayapadu (M) Sdn Bhd yang masing-masing bernilai RM209 juta dan RM24 juta juga melibatkan kes pembalakan", katanya.

[Berdasarkan kepada sumber dokumen yang berkenaan, kedua-dua syarikat terbabit telah menyaman kerajaan negeri kerana mengingkari janji. Turut disaman ialah Unit Perancangan Ekonomi Negeri dan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang. Menurut fakta kes, Spag'n telah membuat satu cadangan Projek Ladang Hutan di atas tanah kerajaan seluas 3500 ekar yang terletak di Mukim Penyor, Daerah Pekan dan telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 16 Jun 1999. Melihat bukti dan pendedahan yang dibuat oleh Ketua Audit Negara itu, sememangnya sungguh memalukan kerana banyak penyelewengan dan ketirisan yang berlaku tanpa ada kawalan. Malahan, banyak hasil ekonomi kerajaan negeri mengalir kepada orang lain tanpa dapat disekat dengan sewajarnya oleh MB Pahang itu. Tambahan pula jika libatkan proksi atau pun kroninya].

Panas: Tamparan Cukup Hebat Buat UMNO BN Di Kerdau, Pengasas Serta 'Bekas Ketua UMNO' Felda Jengka 25 Bertindak Keluar UMNO Dan Sertai PAS

Posted: 01 Mar 2011 11:16 PM PST

KERDAU, 2 Mac [1.45 pm] - UMNO Barisan Nasional menerima tamparan cukup hebat apabila bekas Ketua UMNO Cawangan Jengka 25, Muzamil Mualif (foto), 51, dekat sini mengisytiharkan keluar parti itu malam tadi. Beliau berbuat demikian kerana kecewa dengan permainan politik Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak yang cuba memperbodohkan warga peneroka dalam isu potongan bayaran balik bantuan tanaman semula (SES). Ketika mengumumkan perkara itu baru-baru Najib dengan bangganya memberi tiga pilihan kepada peneroka berhubung dengan isu itu. Menurut Najib, tiga pilihan berkenaan ialah pertamanya peneroka menerima bayaran kira-kira RM13,000 tetapi bayaran kembali (BK) mereka akan bertambah sebanyak RM650 sebulan. Sementara pilihan kedua ialah peneroka akan mendapat separuh iaitu sebanyak RM6,500 manakala jumlah BK ialah RM500 sebulan. "Cadangan yang dibuat oleh Najib itu jelas sekali cuba untuk menipu peneroka sebenarnya. Duit RM13,000 yang disimpan itu adalah potongan wang peneroka selama ini dan itu adalah hak mereka. Kenapa perlu ada bayaran kembali atas duit mereka sendiri", katanya. Muzamil telah menyerahkan borang menyertai PAS kepada Presiden parti Tuan Guru Hj.Abd Hadi Awang dirumahnya malam tadi. Beliau yang juga merupakan pengasas UMNO selama lebih 25 tahun dan merupakan bekas Naib Pengerusi Jawatan Kuasa Kemajuan Rancangan (JKKR) menyerahkan borang berserta dengan 11 orang pemimpin UMNO cawangan terbabit. Difahamkan beliau juga adalah merupakan bekas Pembantu Khas kepada ADUN Kawasan Sanggang, Abdullah Kia dulu.

[Perkembangan ini jelas sekali memberikan satu kesan mendalam buat puak-puak UMNO BN, kerana Jengka 25 adalah kubu kuat BN sejak azali lagi. Kini pemimpin UMNO sudah mula melihat adanya kepincangan yang ketara dalam pentadbiran kerajaan pimpinan UMNO. Mereka sudah boleh belajar dari kesilapan lalu. Mahu projek sokong pembangkang dan bukannya sokong BN. Buktinya ialah apa yang dapat dilihat sekarang. Banyak projek mee segera ditaburkan kepada rakyat, biar pun berkali-kali pemimpin mereka menafikan ia bukan bertujuan untuk memancing undi. Terkadang sebagai rakyat kita merasa malu melihat tindakan sebegini. Apapun, syabas dan tahniah kita ucapkan kepada pemimpin UMNO terbabit atas keberanian beliau untuk membuat satu keputusan besar ini].

Posted: 01 Mar 2011 10:56 PM PST


Dato' Tuan Ibrahim Dedahkan UMNO Sebenarnya Di Peralatkan Oleh MCA Dan Aniaya Orang Melayu Sejak Sekian Lama Mereka Memerintah Negara Ini

Posted: 01 Mar 2011 09:01 AM PST

KERDAU, 2 Mac [1.04 am] - Pesuruhjaya Pahang dan Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (foto), menegaskan UMNO BN sebenarnya yang telah ketandusan isu apabila mengatakan beliau takut kalah dan tidak bersedia menjadi calon PAS dalam Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau 6 Mac ini. "Mereka sebenarnya terpedaya dengan taktik kita, mereka menyangka saya yang jadi calon. Mereka mainkan isu saya bukan anak tempatan Kerdau sebelum hari pencalonan, dengan harapan rakyat akan menolak PAS. Tapi akhirnya kita memilih Hasanuddin Salim sebagai calon, tambahan pula dia adalah anak tempatan. Ini membuatkan UMNO BN kebingungan sebenarnya. Sebab itulah Perdana Menteri, Najib Razak sendiri kecewa bila nama saya tidak dicalonkan", katanya kepada penyokong PAS di Felda Jengka 25 malam tadi. Sementara itu, beliau turut menegaskan UMNO semakin terdesak bila mengatakan "PAS jadi alat DAP" berikutan keenganan PAS berkawan dengan UMNO dan memilih DAP untuk bersama berjuang dalam Pakatan Rakyat. "UMNO tuduh PAS kawan dengan Cina DAP sedangkan mereka juga kawan dengan Cina MCA. Mereka tuduh DAP peralatkan PAS (Melayu), padahal UMNO itu sendiri diperalatkan oleh MCA", katanya. "Bukti jelas UMNO yang gadaikan kawasan majoriti Melayu kepada Cina MCA. Di Pahang misalnya, kerusi Parlimen Raub milik UMNO diserahkan kepada MCA", katanya.



"Begitu juga dengan kerusi Parlimen Kuantan diberikan kepada MCA. Kerusi itu kini diwakili oleh orang Melayu iaitu Fuziah Salleh dari Parti Keadilan Rakyat (PKR). Bukankah Fuziah itu Melayu. Maknanya kerusi Melayu bertambah di parlimen. Soalnya kenapa UMNO kata PAS gadaikan perjuangan orang Melayu kepada DAP",
tambah beliau lagi. Dato' Tuan Ibrahim juga menegaskan UMNO sebenarnya yang telah menganiaya orang Melayu di negara ini. "Sejak 20 tahun lalu, negeri-negeri majoriti Melayu seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah tidak mendapat tambahan satu pun kerusi parlimen. UMNO hanya membenarkan SPR menambahkan kerusi parlimen yang begitu banyak di Sabah dan Sarawak. Maknanya, siapakah yang menganiaya orang Melayu di negara ini?", tambahnya lagi.

[Dalam ceramah penerangan di Felda Jengka 25 malam tadi, Dato' Tuan turut memaklumkan pernyertaan bekas pemimpin UMNO kawasan itu ke dalam PAS. Pemimpin yang banyak berjasa kepada UMNO dan masyarakat disitu berbuat demikian bersama beberapa orang kuat UMNO disitu. Pengumuman itu memberi tamparan cukup hebat kepada BN di Peti Undi Jengka 25 yang dipercayai turut menjadi kubu kuat mereka. Difahamkan, ramai lagi ahli UMNO akan berbuat demikian sebenarnya. Appaun tahniah kepada mereka yang terlibat. Ceramah yang berakhir sekitar jam 11.30 malam itu turut menampilkan Presiden PAS, Tuan Guru Hj.Hadi Awang, Hasnuddin Salim (Calon PAS DUN Kerdau) dan Ustaz Kamal Ashaari. Melihat kepada isu yang dimainkan oleh Pakatan Rakyat, maka dilihat PAS berupaya menyaingi kehebatan BN yang tidak habis-habis menggunakan wang dan projek pembangunan untuk memancing undi. Perbuatan yang sepatutnya salah itu kini dihalalkan oleh SPR, atas alasan projek yang termasuk dalam Bajet bukanlah satu perbuatan rasuah. Walhal ia adalah sebaliknya. Justeru rakyat diseru memberi sokongan padu kepada calon PAS demi menjamin kebajikan dan kesejahteraan hidup mereka lebih dihargai pada masa yang akan datang].

Tiada ulasan: