"Perjuangan Yang Berpanjangan.. Jangan Takut, Jangan Gentar" |
Posted: 01 Mar 2011 08:54 PM PST Kebangkitan rakyat terus bergema di sana sini. Tidak ketinggalan di negara kita. Kekuatan yang ada, diperguna sebaiknya bagi mereka menggemburkan suasana menuntut sesuatu keinginan terutamanya dari pemerintahan yang menindas, pemerintah yang menakluki kuasa besar. Beberapa hari ini, keadaan sangat meruncing di Tanah Arab. Bermulanya Tunisia dan Mesir, di mana rakyat-rakyatnya inginkan revolusi dari pemerintahnya dan kini, Libya mengikut jejak nagara jirannya itu setelah Syiria dan beberapa negara lainnya. Sasaran yang logik dan realistik digunakan rakyat untuk menggulingkan presidennya sebagimana Tunisia dan Mesir. Namun kerakusan kuasa itu, membuatkan mereka 'tidak bersedia' berundur walaupun rakyat sudah lagi tidak menginginkan mereka dan menggesa berundur. Mungkinkah angin semilir Tunisia, Mesir dan khususnya Negara Arab yang memuncak kini akan berlegar di Asia, utamanya Malaysia? Segalanya tidak mustahil sebagaimana tidak ada siapa pun yang meramalkan pemimpin negara Arab yang terkenal sombong, angkuh, kuku besi, zalim dan rejim yang ganas ini bakal tumbang. Boleh sahaja ianya terjadi atau ianya tidak akan terjadi. Segala itu adalah berbalik kepada pemerintahan. Jangka masa pemerintahan dan kewibawaan pemimpin itu tentunya 'dimata-matai' rakyat. Namun kiranya tidak dikisahkan, sebagai contoh apa yang telah terjadi itu, tempiasnya akan terkena hingga ke mana pun. 'Revolusi' Wujud sebilangan persekitaran kita yang agak takut atau mungkin gerun dengan perkataan ini. Mungkinkah perkataan ini pedas atau memutuskan urat leher mereka, tidaklah tahu. Menurut Kamus Dewan, revolusi bermaksud perubahan. Tenang sahaja bunyinya jika di sebut demikian. Seperti gah bunyinya pabila disebut sebaliknya itu. Ianya biasa diguna untuk sesuatu mengenai pemerintahan. Sungguh mengenai satu perkataan keramat itu, ianya mampu menumbang atau mempertahankan sesuatu pemerintahan sesebuah kerajaan. Tidak dapat tidak ianya tidak mampu dihalang sesiapa. Kekuatan membuak revolusi itu yang akan menentukan. Mungkin sahaja percikan revolusi itu makin menghampiri. Siapa tahu, bersedialah. |
You are subscribed to email updates from "Perjuangan Yang Berpanjangan.. Jangan Takut, Jangan Gentar" To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan