dollah yankee |
Ini pun boleh dikategorikan sebagai 'Amaran Tsunami' Posted: 11 Mar 2011 08:01 PM PST Berjuta ikan mati... ini di pantai di sebelah Amerika Syarikat sana tiga empat hari yang lepas... Manakala di sekitar Pantai Bersih,Bagan Ajam Butterworth suasana yang sama juga telah berlaku bila beribu-ribu ekor telah dijumpai mati minggu lepas. Sembilang, gelama, todak, bawal, kerapu singa, kertang dan ikan lembu antara yang terdampar. Kejadian ini telah mengingatkan gurkah-gurkah politik di'port' kepada tragedi yang berlaku ada 'Hari Bertumbuk'?? Boxing Day daa ... pada 26 disember tahun 2004 bila tsunami telah melanda beberapa negara Asean, Penang juga tidak terkecuali. Sebelum kejadian itu beribu-ribu ekor ikan-ikan telah timbul dan terdampar kepantai. dollah yankee - Gempa bumi, tsunami, gunung berapi yang meletus, manusia mati beramai-ramai, masjid-masjid yang besar-besar dan indah tapi saf jemaah hanya dua barisan... begitu MEMBIMBANGKAN gurkah-gurkah politik di'port'. |
Anak-anak melayu terus dibunuh Posted: 11 Mar 2011 06:10 AM PST Alamatnya bila anak-anak melayu (bangsa kita) yang tak ada kerja (menganggur), bila dah terlalu banyak masa sebab menganggur, dah tak tau nak buat apa, maka merempitlah mereka atau mereka akan buat benda-benda yang merepet untuk mengisi masa-masa mereka yang membosankan. Nak belajar? Tak boleh sebab gagal peperiksaan. Nak kerja? Pun tak boleh sebab semua peluang untuk kerja-kerja yang sesuai dengan kelulusan mereka telah tiada sebab telah diambil alih oleh warga-warga asing yang berlambak-lambak, yang halal ada yang haram pun ada. Pasal apa boleh jadi macam ni?? Sebabnya ialah kerajaan (BNlah..siapa lagi??!!) akan terus melanjutkan permit perkhidmatan pekerja-pekerja warga asing yang sudah pun menamatkan lima tahun permit mereka kepada tambahan lagi lima tahun untuk semua sektor. Maknanya permit mereka akan jadi sepuluh tahun. *Bila sudah lebih 10 tahun, dah boleh layak minta taraf penduduk tetap ... Kah..Kah..Kah.. dollah yankee - Kalau anak-anak melayu nak minta kerja...dikilang-kilang contohnya, mereka akan diberi macam-macam 'IQ Test', tapi bila segala Myanmar,Nepali,Cambodia,Vietnam yang dibawa masuk, tak gaduh pula nak ber 'test-test'. |
You are subscribed to email updates from dollah yankee To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan