RAKYAT MARHAEN |
- Pakatan can be 'killed off' even before GE13 if it is not careful
- Anwar ulangi agenda menawan Putrajaya
- Piagam Madinah contoh perlembagaan sebenar
- Arab dan Zionisme
- Tuntutan harta sepencarian dedah aset anak Taib Mahmud lebih RM1 bilion
- Mahathir: Apa Lagi Selepas Ini
- DEB Sudah Tidak Relevan
- 'Doktor Dalam Rumah': Memoir Propaganda, Tidak Layak Dirujuk Kerana Ia Fitnah Terlampau Mahafiraun..!!!
- Tsunami Datang Lagi. Ada Berita Baikkah Untuk Rakyat Malaysia?
- Isu agama, tanah tak selesai selagi Umno berkuasa
- Kerajaan sedia korbankan nyawa rakyat demi keuntungan?
- Perang Orang Lama : Ku Li nafi semua dakwaan Mahathir
- Foto Tsunami Melanda Jepun.. 11.3.2011
- Pemusnahan hutan Sarawak jenayah alam sekitar terbesar zaman ini – Gordon Brown
- Bazar Tok Guru: Harga tawaran kekal, Nik Aziz tidak ganjak
- Anwar diingat tak cakap besar nak ambil Sarawak
- ‘Curi’ DNA Anwar tapi ‘sorok’ DNA Najib dalam kes Altantuya
- Ulama parti jangan hanya pikul kitab
- Kg Baru: Pemilik tanah mahu deklarasi depan MP
- Amnesty International: Lebih 29 ribu migran disebat
- PAS dakwa polis, tentera diberi MyKad semasa PRK
- Pengharaman Injil atas keputusan kabinet 1986
- Kitab Injil: ABIM minta Najib jelaskan dakwaan badan Kristian
- Proses pilihan raya gagal didik rakyat berfikir kritis
- Tsunami Mac 2008 terbukti masih bersisa
Pakatan can be 'killed off' even before GE13 if it is not careful Posted: 11 Mar 2011 04:07 PM PST Pakatan Rakyat can be killed off even before the 13th General Election if it is not careful, warns PAS MP for Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud. This is evident from the media blitz attacking the coalition from all sides on a daily basis. According to the PAS leader, it is this media onslaught that is the top culprit and the main source of artillery fire that could rock the Pakatan. Of late, the mainstream press including government-controlled TV stations have played a tremendous role in highlighting Prime Minister Najib Razak's 'achievements'. Pages and pages of such "advertorial" can be found almost daily in the newspapers who hire writers, journalists, reporters and analysts and instruct them to lavish praise on Najib and his BN government. For instance, the My 1stHome initiative recently launched by Najib received widespread publicity. The coverage created an image of a PM who is caring for the rakyat as he wants everyone to own a home. But will the poor and the low-income group really benefit from this initiative? What about the burden of household debt incurred in the twilight years or if one loses one's job suddenly due to accident or poor health? Yet, unquestioningly, everything in the mainstream media these days glorify the deeds of Najib and the BN Government. According to Siti Mariah, constant media bombardment against Pakatan leaders will rub off one way or another - even if few Malaysians believe what they read or see and hear on TV these days. Come polling, Pakatan may lose out due to the mainstream media painting a very black and bleak picture of Pakatan and the future it offers. "So much damage has been done to vilify us that it is going to be difficult for the general population to tell fact from fiction or to separate lies from truth," Siti told Malaysia Chronicle. Criminals for hiding the truth from the people Even former premier Mahathir Mohamad's mudslinging comments about Anwar Ibrahim has been given top coverage in the news. These comments which degrade Anwar's character and moral standing will surely be lapped up by the rural folks, who more often than not will believe wholeheartedly what they read from Utusan Malaysia and Berita Harian. During the reign of Adolf Hitler's Third Reich, the Nazi dictator also used a propaganda team to influence the masses and garner support for the Nazi regime. As a sign of how strongly Hitler believed in the power of the press, he appointed the notorious Goebbels as his propaganda chief. "I have information that it was the 'higher-ups' who instructed the mainstream media not to print any criticism on Najib and the whole BN cohort along with their plans, programmes and initiatives," DAP MP for Beruas Ngeh Koo Ham told Malaysia Chronicle. How the mainstream media plays up issues to "dupe" the public is evident in the coverage of the RM50billion KL MRT network - Najib's pet project that was hammered through in secrecy and without any open tender. On Tuesday, PKR in a press conference at the Parliament lobby requested that the MRT project be temporarily halted until all the questions pertaining to it - especially in regards to cost, suitability of the station's locations, inter-connectivity, et al - were answered satisfactorily. However, on Thursday, a feature appeared in an English daily highlighting that many people wanted the MRT and a few members of the public were interviewed to give the effect of public clamoring. This may be subtle propaganda to promote the notion that Najib was again "thinking of the people's needs" first. It also puts PKR in a bad light and make it seem as if it was uncaring of the transportation problems faced by the man-in-street. "This systemic attack and concerted effort in the mainstream media to tarnish Anwar and discredit PR is part of BN's ploy before the 13th General Election. BN is now laying the groundwork for victory as Najib last year has announced that they will defend Putrajaya at all cost. At all cost means he will stop at nothing and leave no holds barred in his effort to stay in power," PKR assemblyman for Teja Chang Lih Kang told Malaysia Chronicle. Brainwashing, the press and BTN Ngeh also gave examples that in matured democracies like USA and UK, the newspapers were allowed to be critical of the government unlike in Malaysia, where all the government's moves are praised and lauded with maximum effect while a blanket ban is applied on dissent and the opposition. During the heyday of the Third Reich, Adolf Hitler won the support of the masses due to Goebbels' success in spreading the Nazi propaganda Even the youth of Nazi Germany worshipped Hitler as a great hero thanks to the Third Reich recruiting them into organisations set up to specially brainwash and manipulate their young minds. In Malaysia, Mahathir has been accused of trying to do the same with Biro Tata Negara or the National Civics Bureau. Try as it may, all the good that has been done by the Pakatan has often been burnt out by the intentional mis-reporting and information black-outs by the media. The merits of the Pakatan's pride - its Buku Jingga or Orange Book that highlights its blueprint for economic reforms gets nearly zero coverage compared to comments by Najib, Muhyiddin, their BN colleagues and analysts even though many of their proposals are so extravagant it only takes common sense to realize that they will bankrupt the nation. "We are at the mercy of the ruthless mainstream media. Hopefully the more well-informed rakyat and those in the know will not be so gullible," said Ngeh. | ||
Anwar ulangi agenda menawan Putrajaya Posted: 11 Mar 2011 04:04 PM PST Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim mengulangi hasrat untuk menawan Putrajaya dan menyeru kerajaan agar menjalankan pilihan raya yang adil dan bebas. "Kita mesti menang semua kerusi. Parlimen di Selangor mesti kita tawan semua untuk kita pergi ke Putrajaya". Selain itu, Anwar (gambar kanan) meletakkan harapan yang sama kepada kerusi parlimen di Pulau Pinang. Beliau juga menegaskan bahawa kerajaan yang ada sekarang ini tidak boleh zalim kepada rakyat dan menuntut agar rakyat membuat perubahan. Pakatan Rakyat dilihat komited dengan cita-cita "merampas Putrajaya" dari BN. Demikian inti utama yang terkandung dalam ucapan hampir 60 minit Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat tersebut. Anwar berucap di hadapan kira-kira lebih 2,000 orang audien yang hadir ke Majlis Sambutan Tiga Tahun Pentadbiran Negeri Selangor yang bertempat di Dewan Sukan MPK Sri Andalas Klang. Majlis yang dianjurkan oleh PKR Kota Raja itu juga dihadiri oleh wakil-wakil dari PAS dan DAP. Antara mereka yang hadir adalah Timbalan Presiden PKR merangkap ahli parlimen Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa Azmin Ali, ahli parlimen Kota Raja Siti Mariah Mahmud, EXCO Selangor Ronnie Liew dan ramai lagi. Turut memberi ucapan adalah ADUN Sri Muda Suhaimi Shafie. Anwar Ibrahim mengingatkan seluruh jentera Jakatan Rakyat agar memperkukuh kerjasama (work together) antara satu dengan yang lain dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang. Dalam ucapannya Anwar menyatakan perkara perlu diutamakan adalah memberi kefahaman dan informasi sebenar kepada rakyat Malaysia mengenai dasar-dasar Pakatan Rakyat dan perkara yang akan dilaksanakan sepertimana terkandung dalam Buku Jingga. "Kita perlu baca dan faham Buku Jingga - Kuatkan Pakatan Rakyat PAS, PKR dan DAP," katanya. Pada kali ini secara jelas beliau mengulangi hasrat Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga minyak, mengurangi tarif elektrik dan pada masa yang sama berusaha meningkatkan pendapatan rakyat. Jentera Pakatan Rakyat juga diingatkan agar bekerja keras (work hard) dalam meraih sokongan rakyat. Dalam ucapannya, Anwar menaruh harapan yang tinggi kepada anak-anak muda untuk melakukan perubahan politik di Malaysia sambil menggungkapkan beberapa potong ayat al- Quran dari surah Al-Kahfi yang antara lain menyingkap mengenai golongan "pemuda yang beriman dan kental semangat". Tidak ketinggalan juga, beliau sempat menyorot kembali bagaimana bermulanya Revolusi di Tunisia dan kebangkitan golongan anak-anak muda di Mesir melawan pemerintah yang zalim, "Kita akan lawan agar rakyat menang..." Berucap sebelum itu, Anwar juga sempat mengulas mengenai tuduhan rasuah dan cercaan peribadi oleh UMNO kepada Menteri Besar Kelantan Nik Aziz Nik Mat, beliau menempelak mereka dengan isu skandal berbilion-bilion ringgit duit negara yang didiamkan. Pada masa yang sama menekankan bahawa rakyat perlu tahu mengenai isu penyelewengan yang berlaku. Menyifatkan golongan itu (UMNO) sebagai golongan kaya - golongan atasan selamat dan seolah-olah boleh buat apa sahaja termasuk bunuh dan rogol tetapi apabila ada rakyat bersalah "curi ayam" pun dikenakan tindakan. Ujarnya lagi "sebab itu, rakyat kena tahu. Dalam Negara merdeka, bebas dan berdaulat. Rakyat yakan menentukan. Sebab itu saya katakan, suara rakyat suara keramat...," disambut dengan tepukan dan sorakan audien. Pada masa yang sama, Anwar tidak mahu ketinggalan menyentuh isu salah urus pemberian kontrak Petronas sebanyak RM 23 billion kepada tiga syarikat yang berkait rapat dengan keluarga mantan PM Mahathir dan Abdullah juga sebuah syarikat yang berkait rapat dengan Najib-Rosmah. Mengakhiri ucapan beliau, Anwar menyeru seluruh pejuang Pakatan Rakyat dan golongan agar mempunyai kekuatan moral dan percaya serta yakin dalam membawa misi perubahan dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang. *Hafiz Zainuddin | ||
Piagam Madinah contoh perlembagaan sebenar Posted: 11 Mar 2011 03:53 PM PST Oleh QARNAIN "Piagam dalam kata lainnya perlembagaan undang-undang yang tertinggi di dalam sesebuah Negara yang memayungi sekalian rakyat". Berdasarkan ayat yang dinyatakan diatas dapat difahami oleh sesiapapun akan ketinggian perlembagaan. Perlembagaan adalah nadi bagi undang-undang lain, sebagai contoh undang-undang negeri mestilah selari dengan apa yang terdapat dalam perlembagaan, kalau tidak terbatallah undang-undang yang diluluskan itu, ia dinyatakan dengan jelas sekali dalam perkara 4(1). Ringkasnya, perkara 4 adalah tentang kekuasaan perlembagaan persekutuan merangkumi semua undang-undang dan "regulation" dalam Negara. Jadi jikalau kita tanya balik, apakah undang-undang yang tertinggi dan diguna pakai di Malaysia ini? Jawapannya adalah seperti diatas…undang-undang persekutuan yang teragung! Itulah hakikatnya di Malaysia yang nampak keislamannya pada zahir, tetapi terang-terang sekali negara dikawal undang-undang sivil. Dengan adanya alat yang bernama undang-undang ini, maka segala tindakan hendaklah sejajar dengan apa yang terdapat didalamnya, kalau tidak diikut itu adalah suatu kesalahan, maka Islam nyata di Malaysia hanyalah agama yang disempitkan", iaitu hanya untuk sembahyang, haji dan selalunya bab berkahwin dan cerai sahaja. Itulah syariah agaknya! Dalam hal ehwal sosio politik, dalam keduniaan dan undang-undang sivillah yang paling agung kata golongan sekularis. Golongan ini adalah yang paling pantang apabila hak-hak agama Islam diangkat, maka kata ahli sekularis itu "Itu salah, tiada dalam undang-undang, syariah tidak boleh…salah tu, mesti ikut undang-undang perlembagaan persekutuan. Bukankah perkara 4 sudah jelas? Namun apa yang pasti masyarakat Malaysia yang majoritinya Islam pasti menolak ideologi sekular yang jelas memisahkan agama dengan perkara duniawi. Itu Malaysia yang selalu megaku Islam, tetapi hakikatnya berlainan sekali. Maka bagi berlaku adil, marilah bandingkan dengan negara Turki yang sah-sah dah memang sekular hasil tangan pemimpin mereka, Mustafa Kamal Attartuk, Bapa Kemodenan Turki. Di Turki agama hanyalah untuk sembahyang dan ibadah sahaja. Perkara dunia, undang-undang dan politik adalah dipisahkan sama sekali dari agama. Namun semenjak kebelakangan ini, Turki seakan sedar dari lamunan sekularisma mulai bangkit kearah seruan agama. Maka dapat dilihat perlanggaran 2 kelompok utama disana. Satu kumpulan yang menyokong kebangkitan Islam, yang lagi satu mahu mengekalkan dunia sekular mereka. Namun yang pasti pemimpin Turki, Recip Tayyip Endrogan adalah kearah pemulihan Islam dan golongan sekularis adalah pihak tentera. Setakat ini tiada pertempuran besar sesama mereka, hanya takat mogok besar-besaran. Yang nyata kebangkitan Islam makin meningkat disana, pastilah kerana kesedaran supaya kembali kepada Islam yang suci. Kita pula pada masa yang sama masih lagi dengan isu perlembagaan. Perlembagaan adalah undang-undang yang tertinggi yang mesti diikuti namun ia hanyalah undang-undang buatan manusia yang lemah, nyata akan kelemahannya. Perlembagaan boleh diubah mengikut kesesuaian, bukannya "rigid" macam tu hingga akhir zaman. Namun begitu bukanlah bermaksud kita menolak perlembagaan sepenuhnya, akan tetapi mengubahnya ikut kearah "cara kita". Ini disebabkan perlembagaan itu adalah hasil tangan penjajah, kalau kita dah 50 tahun merdeka masih ikut lagi undang-undang tu, maka tiada maknanya kemerdekaan itu sebab musuh masih mengawal kita dari jauh dengan menggunakan undang-undang ciptaan mereka. Maka kita harus lebih cerdik dari mereka, dengan mengubah apa yang tidak sesuai dalam perlembagaan itu. We cannot change our surrounding to suit us, but we must change ourselves in accordance with our surrounding". Undang-undang sudah dalam tangan, maka mengapa masih memilih dan berharap pada hasil tangan penjajah? Contoh yang terbaik adalah Piagam Madinah, perlembagaan pertama yang bertulis di dunia. Kalau setinggi mana undang-undang itu, Al Quran tingkatnya adalah diatas perlembagaan itu. Maka perlembagaan mesti mengikut hukum Tuhan (Al Quran) dan pada zaman Nabi Muhammad, golongan Yahudi, Nasrani dan penyembah berhala menghormati dan mengikuti perlembagaan madinah. Jikalau maraca tidal path, maraca tiara hack di Madianah. Maka hal yang sama patut berlaku di Malaysia, iaitu perlembagaan harus diikuti oleh golongan minoriti dan juga majoriti, kerana mereka memilih untuk berada di Malaysia. Kita tidak boleh nak ikut sedap hati kita jikalau kita berada di sesebuah negara, kita mestilah menghormati undanng-undang di negara itu dengan mematuhinya. Jikalau enggan patuh, memang patut hak golongan yang enggan mengikuti undanng-undang itu ditarik haknya. Maka apa yang dapat disampaikan adalah Islam itu agama rasmi, maka zahirkanlah kesuciannya dalam undang-undang negara, amalan harian dari segi politik hinggalah sosial. Politik Islam bukan hanya berserban tinggi dan berjubah labuh, akan tetapi yang sepatutnya hendaklah berakhlak mulia dan berbakti kepada rakyat Muslim dan bukan Muslim ikhlas kerana Allah, bukan kerana gila kerusi atau mendapat habuan politik. Fitnah juga bukan budaya politik Islam, apatah lagi mencemuh dan menghasut, Nabi kita melarang itu semua. Maka apabila kejiwaan Islam itu diamalkam, maka secara beransur-ansur sekularisma itu akan hilang… bukan takat dalam perlembagaan, malah dalam amalan hidup kita seharian, Insyallah mudah-mudahan… | ||
Posted: 11 Mar 2011 03:50 PM PST Oleh Hishamuddin Rais Apa yang sebenarnya sedang berlaku di Timur Tengah hari ini? Kenapa anak-anak muda di negara negara Arab bangun melawan dan menjatuhkan ketua dan kepala negara mereka? Para pembaca yang budiman – kita jangan tersalah baca dan tersalah tafsir. Semua ini berlaku kerana wujudnya hukum-hukum sosial dan syarat-syarat politik yang telah dan sedang memangkin berjuta juta rakyat Arab untuk bangun menunjuk perasaan dan menghumbankan kepala-kepala negara mereka. Jangan risau dan jangan sangsi gerakan jalan raya ini juga akan sampai ke Tanah Semenajung. Sama seperti Revolusi Iran pada tahun 1979 dahulu – Revolusi Sungai Nil ini juga akan mengubah politik dunia. Revolusi ini pasti akan mempengaruhi anak-anak muda di seluruh dunia. Bukti kenyataan diatas telah mula muncul. Apa yang sedang berlaku di Mesir dan di negara-negara Arab kini boleh ditonton dan dihayati oleh rakyat dunia. Ledakan turun ke jalan raya ini telah sampai juga ke Wisconsin di Amerika. Kini kaum buruh di Wisconsin telah menaikkan sepanduk – Kita Bersama Tunisia dan Mesir. Sepanduk ini sedang membakar semangat ribuan buruh yang sedang berdemo minggu lalu di Wisconsin. Inilah demo yang paling besar yang pernah diadakan di Amerika. Kali terakhir demo besar seperti ini hanya berlalu di zaman Perang Vietnam pada tahun tahun 60-an. Inilah kali pertamanya kaum buruh di Amerika cuba mengadakan mogok nasional semenjak tahun 1950-an. Mogok dan tunjuk perasaan besar ini adalah jawapan ke atas rancangan kaum pemodal yang merancang untuk melupuskan terus gerakan dan kesatuan buruh di Amerika. Dalam keadaan ekonomi gawat kaum pemodal Amerika melalui parti Republikan dan Demnokrat telah cuba untuk memecah-mecahkan kesatuan buruh. Tetapi suasana di Timur Tengah telah membakar semangat kaum buruh Amerika dan kini mogok besar sedang dirancang. Apa sebenarnya hukum sosial dan syarat politik yang menjadikan rakyat Arab bangun serentak hingga mempengaruhi rakyat dunia? Untuk memahaminya, kita wajib kembali kepada zaman sesudah Perang Dunia Pertama. Perang ini telah melunturkan pengaruh Empayar Ottoman dan memunculkan British sebagai kuasa imperial utama. Empayar Ottoman tidak ada kekuatan untuk menjaga tanah-tanah jajahan dari Istanbul hingga ke Rabat. Banyak tanah jajahan terlepas dari kawalan Khalifah Ottoman. Morocco jatuh ke bawah pengaruh Sepanyol, Libya ke bawah pengaruh Itali, Tunisia dan Algeria menjadi tanah jajahan Perancis dan Mesir jatuh ke tangan British. Syria dan Lebanon dipengaruhi oleh Perancis. British mewujudkan keluarga Saud pada tahun 1932 di Semenajung Arab. Iraq dan negara Teluk dipecah-pecah untuk tujuan – pecah dan perintah. British, sebagai kuasa kolonial telah mengadu domba satu negara Arab dengan yang lain. Kolonialisme wujud hasil daripada perkembangan kapitalisma. Latar belakang kolonialisme ialah pasaran dan pemasaran. Kuasa imperialis dan kaum pemodal memerlukan bahan mentah dari negara tanah jajahan. Negara kolonial juga mahu mereka yang di jajah menjadi pembeli dan pengguna produk yang telah dibuat. Hukum dan syarat ini tidak pernah berubah. Pada tahun 1938 - dunia Arab berubah – minyak telah ditemui di Saudi Arabia. Penemuan minyak di Saudi ini telah menjemput banyak syarikat-syarikat minyak dari luar negara untuk mencari gali. Akhirnya minyak bukan hanya terdapat di Saudi, malah telah ditemui di Negara Teluk, Iran, Iraq, Libya, Mesir dan Aljeria. Emas hitam telah membawa kekayaan tetapi dibelakang kekayaan ini ialah bencana dan malapetaka. Sesudah penemuan minyak, sistem ekonomi kapitalis telah menjadikan bahan bakar petroleum ini sebagai bahan asas untuk mengembangkan sistem ekonomi kapitalis. Petroleum menjadi bahan yang amat strategik. Pengkaji sejarah akan mengetahui bagaimana Perang Dunia Ke Dua meletup berpunca dari perebutan bahan bakar petroleum ini. Jerman telah dipinggir kerana kalah dalam Perang Dunia Pertama. Jerman tidak memiliki sebuah pun telaga minyak dan telah ketingalan dalam perlumbaan untuk menakluk tanah Arab. Ekonomi Jerman tidak mungkin berkembang tanpa minyak. Hitler mengambil keputusan untuk melancarkan perang. Justeru, apabila perang pecah Hitler telah mengarahkan agar dibuat satu kereta - Volkswagen - yang tidak menggunakan air agar dapat menyeberang padang pasir untuk merampas telaga-telaga minyak di negara-negara Arab yang dimiliki oleh British. Justeru bahan bakar petroleum inilah yang menjadi hukum dan syarat yang menjadikan suasana di Tumur Tengah terus hangat dan menggelodak semenjak 60 tahun lalu hingga ke hari ini. Sesudah Perang Dunia Kedua tamat, kuasa imperial British telah mengalami kemerosotan ekonomi. Kuasa British kini sama seperti kuasa Ottoman dahulu. Negara-negara tanah jajahan telah menuntut kemerdekaan. India – tanah jajahan terkaya British telah merdeka tahun 1947. Di Tanah Melayu Parti Komunis Malaya telah mengangkat senjata memburu kuasa imperialis Britsih bermula pada 20 Jun 1948. Di Kenya gerakan Mau Mau pada tahun 1952 telah juga mengangkat senjata melawan British. Kuasa imperialis Bristish dipukul hebat. Keadaan British ketika itu sama seperti kuasa imperialis Amerika yang sedang di pukul oleh rakyat Iraq dan Afghanistan sekarang. Kuasa imperial British amat licik dan berpengalaman dalam menjajah. British memiliki strategi berjangka panjang. Justeru pada tahun 1948 British telah bersekongkol dengan kuasa imperialis baru – Amerika Syarikat – untuk mendirikan apa yang dipanggil Israel - di bumi Palestin. Israel sebenarnya telah ditanamkan ke dalam dunia Arab. Tujuan penubuhan negara Israel ini adakah untuk memastikan satu pangkalan tentera yang tersusun rapi akan terus menerus wujud di Timur Tengah. Pangkalan tentera ini bertujuan untuk menjaga dan mengawal telaga minyak. Israel akan menjadi mata-mata dan soldadu kepada kuasa imperil Anglo-Amerika. Israel telah dipersenjatai oleh kuasa imperial Anglo-Amerika. Hari ini Israel bukan sahaja memiliki bala tentera terbesar dan tercanggih, malah memiliki bom nuklear. Semua ini untuk memastikan negara-negara Arab pengeluar minyak tidak akan berani melakukan seperti apa yang telah dilakukan oleh Presiden Nasser - memilik-negarakan Terusan Suez pada tahun 1956 dan Raja Feisal - menutup aliran minyak dari di eksport pada tahun 1974. Dari strategi berjangka panjang kuasa imperial Anglo-Amerika telah menjadikan semua negara Arab ini sebagai tanah jajahan baru. Negara-negara Arab ini menjadi pelanggan untuk kuasa imperial Anglo-Amerika. Pemimpin mereka wajib dipersenjatai dan diwarwarkan sebagai pemimpin yang berkaliber. Dalam masa yang sama Israel sebagai ' hantu' akan terus menakut nakutkan negara negara Arab ini. Apabila negara Arab takut maka tidak dapat tidak, negara Arab akan membeli senjata dari Britain atau Amerika atau Perancis. Selama 40 tahun inilah strategi yang telah dilakukan oleh kuasa imperialis. Mereka memunggah minyak dan gas dari negara Arab. Hasil duit minyak dan gas ini akan digunakan oleh negara Arab untuk membeli senjata. Senjata ini dikatakan untuk mempertahankan diri dari Israel. Kuasa Anglo-Amerika mendukung terus negara-negara Arab ini. Amerika atau Britain tidak pernah sekali pun berani mengkritik Arab Saudi walaupun saban minggu ada kepala yang dipancung di hadapan masjid sesudah sembahyang Jumaat. Segala bentuk pencabulan hak asasi berlaku di Arab Saudi. Tetapi Amerika, Britain dan negara Eropah tidak ambil 'pot'. Pencabulan hak asasi hanya dilihat berlaku di Iran kerana Iran tidak mahu menjadi barua Amerika. Manakala regim Mubarak adalah contoh budak suruhan Amerika yang amat setia. Amerika telah bersekongkol dengan regim Mubarak untuk menahan dan menyeksa pejuang dan para mujahid Mesir. Senjata-senjata yang dibeli ini terbukti bukan untuk melawan Israel tetapi untuk menindas rakyat sendiri. Regim-regim Arab ini menjadi lembik dan tunduk kepada semua kehendak kuasa Anglo-Amerika. Justeru bila Amerika menyerang Iraq, semuanya menganggukkan kepala tanda bersetuju. Hari ini tidak ada lagi negara Arab yang berani bersuara tentang Palestin. Kenapa regim Arab ini tunduk dan takut? Jawapannya cukup senang. Ini kerana kesemua regim Arab ini tidak memiliki mandat dari rakyat. Dari Maghribi hingga ke Negara Telok – pemimpin, sheikh dan malikul negara negara Arab dinaikan ke atas tahta bukan kerana sokongan orang ramai tetapi kerana didukung oleh kuasa imperialis Anglo-Amerika. Malah keluarga diraja Saudi dan Jordan sendiri diwujudkan oleh British. Memang betul ada setengah negara, seperti Mesir, Jordan, Iraq atau Syria telah mengadakan pilihanraya – tetapi semuanya sandiwara untuk menipu orang ramai. Bayangkan 97.6 peratus menyokong Mubarak atau Basheer Al-Assad apabila pilihanraya dijalankan. Pembuangan undi kadangkala sampai ke 85 peratus. Angka-angka ini menakjubkan untuk menjadi lawak seram. Manakala warga Arab di Teluk dan di Arab Saudi langsung tidak tahu apa itu memilih perwakilan. Apa yang jelas di sini, kontradiksi utama ialah dia ntara warga Arab dengan regim regim Arab yang telah menjadi perkakas Amerika dan Israel. Penentangan warga Arab ini juga bermakna mereka menentang Amerika dan regim zionis Israel. Amerika dan zionis Israel selama ini selesa apabila warga Arab ini tidak bersuara dan tidak berani menyuarakan tuntutan adil rakyat Palestin. Semua ini akan berubah. Walaupun tidak dilihat satu tanda apa pun untuk menyatakan bahawa tunjuk-tunjuk perasaan ini ialah untuk Palestin. Tetapi dalam ruang lingkup yang luas, tunjuk perasaan ini bersifat anti-imperialis dan anti-zionis. Ini kerana regim yang di lawan itu semuanya barua kepada imperialisma Anglo-Amerika dan zionis Israel. Melawan Mubarak , Ben Ali, Bani Saud, Al-Makhtoum sama seperti melawan kuasa Amerika dan zionis Isreal. Hukum dan syarat yang memangkin pejuangan ini semakin jelas apabila dunia luar dapat membaca tuntutan dan langkah-langkah yang akan diambil setelah Mubarak atau Ben Ali berundur. Kita akan lihat satu kontradisi baru akan muncul. Kuasa imperial Anglo-Amerika akan memastikan regim zionis Israel selamat. Kuasa imperial juga akan memastikan aliran minyak tidak terputus. | ||
Tuntutan harta sepencarian dedah aset anak Taib Mahmud lebih RM1 bilion Posted: 11 Mar 2011 03:48 PM PST KETIKA menamatkan zaman bujangnya, Abu Bekir telah memilih gadis sebagai isteri yang berkelulusan MBA dalam bidang kewangan yang boleh kita anggap paling ideal baginya. Keluarga Bekir juga telah meletakkan pengantin perempuan itu untuk menggotai lembaga pengarah syarikat CMS. Namun, ini bermakna Datin Sri Shahnaz Majid, yang kini menyaman Bekir untuk menuntut perceraian, tetap kelihatan layak untuk membuat anggaran ke atas nilai anak Taib Mahmud itu – dan isterinya itu kini menuntut RM400 juta! Menurut peguam yang pakar dalam kes-kes perceraian sebagai mana yang telah ditanya oleh Sarawak Report, si isteri layak menuntut 30% dari kekayaan sepencarian, yang membuat Abu Bekir yang berusia 48 tahun itu seorang jutawan.! Pendedahan seperti ini tidak seharusnya dilakukan memandangkan keluarga Taib Mahmud baharu saja mewar-warkan berita untuk meletakkan Bekir bertanding di Sadong Jaya, sebuah kerusi DUN yang mereka anggap amat selamat. Taib dikatakan bercadang untuk meletakkan penggantinya, Bekir di kawasan itu. Malah, Perdana Menteri Najib Razak juga diketahui akan melawat kawasan tersebut pada 19 Mac ini. Namun, kini para pengundi perlu mengetahui dengan lebih lanjut maklumat-maklumat tambahan bakal calon wakil rakyat mereka itu! Sikap yang buruk? Shahnaz, saudara kepada penyanyi terkenal jazz Sheila Majid, dan disukai ramai, berkata Abu Bekir telah mendatangkan kecederaan fizikal dan mental terhadapnya. Menurut beberapa laporan, Shahnaz telah mendakwa suaminya itu pernah menumbuk kepala, muka dan matanya; menerajang rusuknya, dan mencekiknya. Dia juga mendakwa dirinya pernah dihamburkan dengan kata-kata kesat dan jijik. Dakwaan ke atas Abu Bekir itu tidak jauh berbeza dengan dakwaan seorang teman wanita Sulaiman Abdul Rahman Taib, adik kepada Abu Bekir, ketika di sebuah bar di KL beberapa ketika dahulu. Pasangan Bekir dan Shahnaz, berkahwin pada tahun 1992 dan kini mempunyai seorang anak lelaki berusia 17 tahun, telah tidak lagi berhubungan sejak 2001. (Isteri Bekir, Shahnaz, mendakwa ia selalu dipukul dan diherdik) Shahnaz mendakwa, sejak 1999, suaminya jarang pulang ke rumah dan enggan mendengar nasihatnya, sukar dihubungi dan diketahuinya sering aktif berinteraksi dengan perempuan-perempuan lain. Sebaik saja Bekir berkahwin kali kedua dengan wanita muda berambut perang berketurunan Russia, dia terus mengabaikan Shahnaz dan anak mereka. Namun yang menarik perhatian umum adalah aset-aset milik Abu Bekir dan bagai mana dia memperolehi segala kekayaan yang akan melayakkannya untuk mewakili kawasan berkenaan. Shahnaz mengatakan Bekir memilik beberapa buah rumah mewah dan kawasan tanah beribu-ribu hektar, yang tidak sedikitpun menjadi kejutan kepada mana-mana pembaca Sarawak Report. Menurut Shahnaz lagi, Bekir memiliki tujuh buah kereta mewah termasuk yang berjenama Lamborghini, Ferrari, Bentley dan Mesarati. Menurut isteri pertamanya itu lagi, harta-harta milik bersama mereka adalah termasuk saham-saham dalam 15 buah syarikat yang berlainan, termasuk Cahaya Mata Sarawak dan Sarawak Cable Bhd dan juga simpanan-simpanan mereka dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (EPF) dan dalam unit-unit Amanah Saham Bumiputera. Sarawak Report telah menjalankan penilaian ke atas harta-harta yang dimaksudkan oleh Shahnaz itu. CMS Abu Bekir merupakan Pengarah utama dan juga pemegang utama ke atas saham-saham dalam CMS bersama-sama saudaranya, Sulaiman Taib. CMS seharusnya sebuah syarikat awam yang mempunyai aset-aset yang diperolehi dari bumi Sarawak menerusi keputusan yang dibuat oleh Ketua Menteri. Namun, sebahagian besar saham-saham CMS dipegang oleh ahli-ahli keluarga Taib Mahmud. Laporan Tahunan 2009 CMS yang merupakan laporan yang terkini yang ada pada kami masih mendaftarkan arwah isteri Ketua Menteri, Laila, sebagai pemegang utama saham-saham di situ (walaupun kini kita percaya bahawa saham-saham arwah telah dibahagikan antara kedua-dua anak lelakinya itu). Bagaimana arwah isteri Taib, yang bukannya dari golongan peniaga dan juga bukan pencari nafkah keluarganya, dapat mengumpulkan harta yang sebegitu banyak dan tidak pula pernah mengisytiharkannya kepada umum ataupun kepada pemegang-pemegang saham yang lain dalam CMS! Ketua Menteri gemar menyalurkan banyak kontrak awam menerusi CMS, untuk mempastikan saham-saham itu berada pada harga yang memuaskan. Salah sebuah kontrak yang berprofil tinggi dan mewah yang telah diberikannya kepada ahli-ahli keluarganya adalah Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) yang baru siap dibina dan telah dijadikan tempat perhimpunan politik BN pada hujung minggu lalu. Dasar 'kemajuan dan pembangunan' yang telah dicanai oleh Taib telah sebenarnya secara langsung menguntungkan CMS. Projek-projek besar yang lain pula, seperti rancangan SCORE, merupakan 'lembu susu' bagi keluarganya! Syarikat Titanium Management milik Abu Bekir telah menerima bahagian tanah yang amat luas dari negeri Sarawak beberapa tahun yang lalu, kesemuanya djelaskan kepada kerajaan negeri secara misteri "payment in kind" (i.e. dalam sebarang jumlah, atau bentuk bayaran)! Pengiraan yang dibuat oleh Sarawak Report ke atas semua tanah yang diterima oleh syarikat Abu Bekir berjumlah sekitar 70,000 hektar, sama dengan keluasan pulau Singapura, terima kasih kepada keputusan ayahanda Taib yang juga seorang menteri yang mengawal sumber-sumber alam negeri ini. Setelah tercetusnya persengketaan menerusi mahkamah-mahkamah, maka diketahui umum bahawa tanah-tanah yang diterima Bekir adalah tanah hak orang lain! Cubaan Ketua Menteri untuk meminda perundangan mengenai tanah NCR telah diperintahkan oleh mahkamah sebagai tidak berteras dan wajar. Hanya pada minggu lalu syarikat Polar Horizon milik Abu Bekir telah mengeluarkan notis-notis pengusiran ke atas beberapa orang Iban yang pemilik secara sah ke atas tanah NCR, terpaksa berundur setelah peguam PKR See Chee Howe mengheret syarikat tersebut ke mahkamah dan kes itu juga telah disiarkan menerusi Radio Free Sarawak dan juga di mana-mana. Orang-orang Abu Bekir telah secara lisan memberitau orang-orang kampung bahawa pengusiran itu tidak diteruskan, walaupun tiada sebarang arahan secara bertulis telah diterima. Dengan bertambahnya bilangan persengketaan tanah, mungkin Datin Shahnaz perlu menyelaraskan semula perkiraannya ke atas nilai-nilai tanah-tanah yang dituntutnya dari suaminya itu dalam mahkamah nanti! Harta-harta di luar negara! Mahmud Abu Bekir Taib adalah salah seorang ahli lembaga Pengarah dan peneraju syarikat Sakto Corporation di Kanada, yang kini memilik harta bernilai berjuta-juta USD. Dia telah menubuhkan syarikat tersebut dengan gandingan saudaranya Jamilah Taib dan bapa-saudara mereka, Onn Mahmud, semasa dia masih sebagai penuntut kolej berusia 20 tahun lagi! Pada tahun pertama operasinya, syarikat berkenaan telah melabur sebanyak $7 juta untuk membeli 400 buat unit kediaman di Ottawa, di Kanada. Kini ia memiliki ruang-ruang pejabat, kedai dan kediaman serba moden yang mencecah nilai ratusan ribu dollar. Kemudian, Bekir dilantik sebagai salah seorang Pengarah dan pemegang utama saham dalam syarikat Sakti International yang ditubuhkan di US dalam tahun 1987. Bekir bertindak selaku presiden dalam syarikat itu sehingga ianya diserahkan kepada adiknya, Sulaiman, yang pada ketika itu sedang menuntut di sebuah universiti di San Francisco. Harta dalam Sakti International dan syarikat-syarikat yang berkaitan di rantau itu bernilai berjuta-juta dollar juga. Seperti yang telah didedahkan oleh Sarawak Report sebelum ini, pegangan secara rahsia ke atas saham-saham itu bermaksud separuh dari saham yang dipegangnya dalam Sakti adalah sebenarnya dipegang bagi pihak bapanya Abdul Taib Mahmud! Abu Bekir telah sebenarnya diletakkan sebagai saudagar utama dan penjana pendapatan sejak dia berusia 20 tahun lagi kerana kononnya bapanya dilarang oleh undang-undang untuk memperoleh kekayaan dalam apa jua cara sekali pun. Kononnya! Namun, Taib belum pernah memberikan penjelasan mengapa saham-saham yang besar yang dipegang oleh anak-anak dan saudara-saudaranyanya bagi pihak dirinya itu boleh mencecah sehingga 50% dari keseluruhannya! Sarawak Cable Syarikat ini, yang telah dikorporatkan sekitar 1990an, telah lama tidak aktif sehinggalah pada tahun 2008 apabila ianya dilihat hidup semula dengan penuh tenaga setelah mengambil-alih Universal Cable (Sarawak) Sdn Bhd, yang membuat kabel-kabel elektrik. Di Sarawak Cable Abu Bekir Taib merupakan Pengerusi dan memiliki 36% saham, manakala sepupu bapanya, Hamid Spawi, memiliki 20%. Harga saham yang terkini , yang diniagakan pada bulan November lalu, bernilai RM1.29. Maka kami boleh anggarkan saham 43 juta dalam pegangan Abu Bekir bernilai sekitar RM55 juta. Apa-apa seharusnya berjalan lancar bagi syarikat itu memandangkan negeri Sarawak kini merupakan pelabur terbesar sebuah projek bersama mereka. Pada bulan November 2010 mereka diberikan projek mengeluarkan kabel elektrik bertransmisi tinggi yang bernilai RM98.68 juta oleh Sarawak Energy Bhd, sebagai usahasama mereka dengan Sinohydro! Sudah pasti Abu Bekir tidak mempunyai sebarang masalah memujuk para pengundinya bahawa dia adalah seorang yang sangat kaya dan berpengaruh, suatu langkah yang sering digunakan oleh ahli-ahli politik BN untuk meraih sokongan. Bekir mungkin akan mengikut jejak langkah bapanya yang gemar menghulurkan empat-lima ratus ringgit untuk membeli undi mereka. Tetapi para pengundi haruslah berfikir sedalam-dalamnya dari manakah Abu Bekir mendapat wangnya dan sama ada hasil dari tanah-tanah NCR rakyat dan harta-harta negeri. Jika ya, maka para pengundi harus mempertimbangkan sama ada mereka mengundi dengan betul untuk mengembalikan kesemua aset-aset rakyat itu! ----- Petikan sarawakreport.org | ||
Mahathir: Apa Lagi Selepas Ini Posted: 11 Mar 2011 03:46 PM PST Oleh Tun Telanai Bekas Perdana Menteri ke-4, Dr.Mahathir Mohamad pada hari Isnin 7 Mac lalu telah melancarkan memoirnya bertajuk ' A Doctor In The Hosuse' . Pelancaran buku tersebut bertujuan mempertahankan dirinya dari persepsi rakyat bahawa tindakan beliau menyingkir, menghina, memalu dan menghukum Anwar Ibrahim adalah tepat dan betul demi menyelamatkan agama, rakyat dan Negara ini dari kekuasaan Anwar Ibrahim. Sebelum itu, khususnya setelah mahkamah membebaskan Anwar dari tuduhan meliwat Jilid 1 pada tahun 2004, persepsi rakyat pada umumnya terhadap batang tubuh Anwar Ibrahim ialah beliau dizalimi oleh Mahathir kerana kuasa, kedudukan dan kekayaan. Ini dapat dibuktikan dalam 'isu mata lebam' yang mana Mahathir telah menjelaskan kepada seluruh masyarakat dalam dan luar Negara bahawa Anwar yang mencederakan dirinya sendiri bagi meraih simpati rakyat. Kenyataan Mahathir ini menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat kerana sifat Mahathir keturunan India migrant adalah suka memutar-belitkan isu sehingga tertubuhnya Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat kes ini sehingga terbukti bahawa yang melakukannya ialah Abdul Rahim Noor, Ketua Polis Negera ketika itu. Di penghujung hayatnya ini, sebelum malaikat maut meragut nyawanya, Mahathir akan muncul dengan berbagai hujah 'dalih' berbentuk tulisan dan akan dibuatkan dalam bentuk buku, majalah, journal dan sebagainya dan beliau akan bertindak melakukan pembohongan demi pembohongan serta akan memasukkan fakta-fakta falsu terhadap sejarah yang dilakarkannya dalam tempoh 22 tahun ia memerintah. Mahathir terpaksa berbuat demikian untuk mempertahankan dirinya dan kridibilitinya. Mahathir tahu, tidak ada sesiapa yang sudi termasuk anak-anaknya yang akan membelanya selepas beliau dimakan cacing tanah nanti.Oleh itu beliau sendiri terpaksa membela dirinya sendiri sebelum beliau mati. Ekuran itu, tidak hairanlah apabila ia memulakan siri bercakap bohong dan memesongkan fakta sejarah sebenar mengenai Operasi Lalang pada tahun 1987 dulu dengan menyalahkan pasukan polis bagi menutup kedurjanaannya itu. Begitu juga dengan isu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) juga pasukan polis disalahkannya juga kerana bertindak menghalang beliau untuk menghapuskan ISA, sebaliknya beliaulah yang banyak membuat kenyataan di merata tempat untuk mempertahankan akta 'draconian' ini bagi menyelamatkan kuasanya dan juga kuasa UMNO terus memerintah Malaysia. Selepas ini, jangan terperanjat apabila Mahathir akan menulis semula dan memesongkan fakta sejarah penubuhan tribunal yang bagi memecat Tun Salleh Abas sebagai Ketua Hakim Negara pada tahun 1988. Kita dapat menjangkakan siapa pula yang akan menjadi kambing hitamnya. Sudah tentu Almarhum Sultan Johor yang akan menjadi mangsanya kerana kes itu berlaku, Almarhum menjadi Yang DiPertuan Agong. Mahathir akan katakan bahawa Agong yang mahukan Salleh dipecat kerana Salleh didapati melanggar beberapa disiplin kehakiman dan sebagainya. Isu sebenarnya ialah perpecahan maha hebat dalam UMNO angkara beliau yang gilakan kuasa dan tamakan harta dunia. Manakala Tengku Razaleingh Hamzah akan dipersalahkan mengakibatkan UMNO diharamkan dan beliaulah yang sebenarnya yang membela dan pejuang UMNO tulin. Kemudian, beliau akan menulis lagi yang membicarakan tentang system keadilan dalam Negara ini. Masyarakat umum percaya bahawa system keadilan ini musnah ditangan beliau, di era beliaulah system keadilan menghadapi krisis keyakinan yang meluas seluruh dunia yang mana pihak eksekutif (beliaulah) yang mencampuri dan mempengaruhi system keadilan memihak kepada kerajaan. Skandal video tape Linggam menjadi saksinya. Suruhaniaya DiRaja yang dibentuk membuktikan yang beliau terlibat dalam memusnahkan system kehakiman di Malaysia. Hujah beliau sudah dapat dijangka. Beliau berhujah tenguk system keadilan cukup adil kerana ada kes yang kerajaan kalah. Hujah ini merupakan hujah popular yang selalu dimainkan oleh beliau dan hujah ini juga sering dimainkan oleh para pemimpin UMNO haram jadah, babi laknatullah dalam mempertahankan system pilihan raya di Negara ini menyatakan bahawa pilihan raya di Negara ini dijalankan secara adil, tulus, tidak ada penyelewengan dan menyalahgunaan kuasa kerana pembangkang juga menang dalam pilihan raya dan UMNO juga kalah dalam pilihan raya. Pembangkang boleh menubuhkan beberapa bujah kerajaan negeri dan UMNO hilang kuasa 2/3 di parlimen. Dalih pak pandir. Melayu otak lembu pawah bolehlah UMNO perbodohkan. Sejarah Memali juga dijangka Mahathir akan menuliskannya semula. Mahathir akan menyalahkan Musa Hitam yang terlibat dalam peristewa Memali. Beliau tidak terlibat kerana beliau bercuti keluar Negara, Musa diberi tanggungjawab memangku jawatan PM ketika beliau ke luar Negara menjalankan tugas rasmi. Pendik kata apa sahaja isu yang boleh menjejaskan nama baiknya akan dipadamkan. Mahathir akan tulis semula sejarah bagi mengambarkan yang beliau adalah negarawan ulung. Mahathir takut generasi akan datang akan menghina dan mengkeji segala perbuatanya ketika ia berkuasa. Yang paling beliau takut apabila ada manusia yang akan kencing dan buang najis di atas kuburnya kelak. Mahathir faham benar dengan sejarah para pemimpin seperti dia. Selepas mati, pemimpin itu dihina dan dikeji. Menjadi tanggungjawabnya sendiri membersih namanya supaya generasi akan datang terus menghormatinya buat selama-lamanya. Walau bagaimana bijak sekali pun, Mahathir tetap tidak berupaya membersih namanya dengan sepenuhnya. Barry Wain,bekas Editor Pengurusan Asian Wall Street Journal menulis buku Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times (Critical Studies of the Asia-Pacific). Sepanjang 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri negara ini, Mahathir telah membazirkan RM100 bilion ringgit dalam skandal kewangan yang berlaku di zamannya, di samping kerugian langsung dalam berbagai skandal itu adalah berjumlah sekitar RM50 bilion.Namun, setiap yang yang dilupuskan, ada dua kali ganda kos yang tidak kelihatan. RM100 bilion jumlah kerugian itu adalah setara dengan US$40 bilion pada kadar pertukaran yang berlaku kemudian. Mahathir dengan dasar gejala penyelewengan, pecah amanah, rasuah, nepotisma dan kronisma yang sudah menjadi 'trademark' pemerintahan Mahathir adalah punca utama berlakunya kemerosotan ekonomi pada tahun 1997 yang menghanguskan wang rakyat bernilai berbillion ringgit. Hutang-hutang syarikat-syarikat kroni seperti Renong, Berjaya Group, Land & General, YTL, Maxis dan lain-lain yang berbillion ringgit dan tidak mungkin terbayar tanpa bailout oleh beliau. Hutang Renong bernilai RM13 billion di'bailout'kannya kerana Renong ada hubungkait yang rapat dengan UMNO malah dikatakan sebagai 'flag ship' UMNO dalam dunia perniagaan. Mahathir membangunkan 'bubble economy' dan rakyat dilalaikan dengan kemewahan yang palsu yang sebenarnya berteraskan pinjaman wang secara sewenang-wenangnya dari luar negeri (yang menurut sesetengah pihak berjumlah US$360 billion, iaitu hampir satu trillion ringgit). Kerajaan dan syarikat kroni-kroni telah memboroskan duit pinjaman tersebut dengan melaksanakan projek-projek mega yang diinginkan sangat oleh Mahathir, seperti pembinaan KLCC Twin Towers, yang menelan berbillion ringgit tetapi tidak ada pulangan ekonomi, malah membebankan negara dengan hutang yang terlalu banyak. Duit rakyat yang digunakan dari sumber-sumber seperti Petronas, EPF dan Tabung Haji (dan juga dari budget kerajaan sendiri) untuk membailout syarikat-syarikat kroni tersebut tidak dimenafaatkan dengan betul tetapi dilarikan juga sebahagiannya ke akaun-akaun bank persendirian di negara-negara Barat. Ekonomi Malaysia di bawah Mahathir menghidupkan budaya pecah amanah, rasuah, salah urus wang, dasar membolot kekayaan, nepotisma dan kronisma menjadi warisan kini. Mahathir membeli sepenuhnya United Engineers Malaysia Bhd (UEM) yang hampir bankrupt itu dengan harga RM3.67 billion. UEM adalah anak syarikat kepada Renong Bhd, dan keputusan kerajaan untuk menguasai sepenuhnya UEM diakui sebagai langkah permulaan untuk seterusnya mengambil alih Renong Bhd yang juga hampir bankrupt dengan hutang tidak terbayar sebanyak RM13 billion. Bailout UEM oleh Mahathir sebenarnya adalah satu lagi pengkhianatan wang rakyat oleh regim Mahathir ketika itu. Ini hanya secebis kisah pengurusan ekonomi gaya Mahathir yang menimbulkan banyak skandal seperti skandal BMF, Daya Bumi, Melayu hilang banknya yang dicetus oleh Kongkres Bumiputra dan berbagai lagi skandal yang wujud dalam tempoh 22 tahun beliau memerintah. Adalah agak sukar bagi Mahathir untuk memadamkan semuanya. Ia pasti menerima kutukan di hari kemudian. InsyaAllah. "NYAHKAN UMNO, RAKYAT PASTI SEJAHTERA" | ||
Posted: 11 Mar 2011 03:30 PM PST ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, menganggap Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan kerajaan pada 1970-an, tidak lagi relevan untuk digunakan pada zaman sekarang berikutan gagal mencapai matlamatnya untuk membela bangsa Melayu. Beliau berkata demikian ketika dalam forum Meritokrasi dan Kuota: Ke Mana Melayu di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dekat sini malam tadi. "DEB itu dianggap sebagai satu dasar sementara untuk bertahan sehingga 1990 dan saya nak memetik kata-kata Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr Ismail, dia menggambarkan kelebihan yang diberi oleh DEB ini sama seperti handicap golf maknanya kalau yang lemah diberi kelebihan," katanya. Tambah Nik Nazmi lagi, kesesuaian dasar yang perlu dilaksanakan pada zaman ini adalah mengikut merit dan keperluan dan bukan sahaja mengutamakan meritokrasi semata-mata. "Kita perlu pendekatan yang berasaskan merit dan keperluan, tindakan informatif berdasarkan keperluan, saya tidak setuju meritokrasi semata-mata, di Singapura misalnya yang mana tidak langsung melihat keadaan sosio-ekonomi tetapi dia kena ada merit dan keperluan yang mana soal kaum itu boleh kita anggap persoalan diversiti (kepelbagaian) dan sebagainya," katanya. Katanya lagi, dengan memberi keseimbangan antara merit dan keperluan ini, maka kebanyakkan rakyat Malaysia yang mempunyai pendapatan isi rumah bawah daripada RM1,500 dapat dilindungi sekaligus dapat memberikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan. "Majoriti ramai rakyat negara kita, 40% daripada rakyat kita berpendapatan bawah daripada RM 1,500 sebulan (pendapatan isi rumah) dan 3/4 daripada mereka adalah Melayu. Dasar yang mengimbangi merit dan juga keperluan akan memelihara keperluan atau kepentingan masyarakat Melayu yang benar-benar perlukan perlindungan tersebut," katanya. Perkara ini turut dipersetujui oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir, di mana DEB mungkin lebih sesuai digunakan sehingga tahun 1990. "Sebenarnya kebanyakkan yang berhormat Nik sebut tadi, saya bersetuju sebab kita faham mengenai meritokrasi dan DEB yang sekarang ni kita dah ubah istilah kuota tu jadi DEB lah dan kedua-duanya diperlukan, DEB tu mungkin sesuai pada masanya," katanya. Bagaimanapun menurut Ahli Parlimen Jerlun, beliau turut tidak menolak, dasar pengakhiran DEB hanya boleh diputuskan oleh orang Melayu sama ada mereka boleh berdikari sekiranya sistem kuota tidak lagi diberikan. "Prinsip disebalik DEB itu saya fikir masih diperlukan dan biarlah orang Melayu itu sendiri yang putuskan bila kita nak mengakhiri DEB ini," katanya. Sebelum ini DEB dikatakan gagal mencapai sasaran itu dan ini turut diakui oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang merupakan bapa kepada Mukhriz, dalam memoirnya yang dipasarkan Isnin lalu. DEB juga didakwa hanya melahirkan sekumpulan kecil jutawan Melayu yang rapat dengan parti-parti politik. | ||
Posted: 11 Mar 2011 03:26 PM PST Memoir 'Doktor Dalam Rumah' nukilan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad dipenuhi dengan fakta- fakta yang tidak betul dan dihasilkan hanya untuk memulihkan kreadibilitinya yang terhakis teruk semasa pemecatan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998. Ahli Parlimen Gopeng, Lee Boon Chye berkata Dr Mahathir menulis apa yang mahu ditulis sahaja dan tidak menulis apa yang sepatutnya ditulis. "Memoir Mahathir ini bukan sekadar memoir, ia adalah agenda politik untuk memulihkan integriti beliau yang telah hancur dalam gerakan reformasi tahun 1998," ujar Boon Chye. "Ini bukan memoir yang kredibiliti, sebab ada fakta- fakta yang tidak betul. Ada perkara yang beliau sebut bukan fakta tetapi perkara yang disebut untuk kepentingan politik," katanya. Beliau berkata, jika dilihat amalam tokoh politik di luar negara, mereka akan menubuhkan satu pasukan bagi menyelidik dan mengesahkan kesahihan dan kebenaran setiap apa yang ditulis. Ia bagi memastikan hasil naskah memoir itu berkreadibiliti dan berintegriti. Sebaik sahaja naskah memoir Doktor Dalam Rumah dilancarkan, pelbagai kritikan dibuat terhadap kesahihan setiap fakta yang diutarakan Mahathir. Terdahulu, dakwaan Mahathir berhubung Anwar pernah dibekalkan dengan dengan 4 wanita untuk hubungan seks, dibidas pelbagai pihak. "Dua daripada mereka enggan mengadakan hubungan seks, tetapi yang dua lagi bersetuju. Mereka sudi untuk bercakap kepada polis dan kepada saya tetapi berkeras tidak mahu muncul di mahkamah untuk memberi keterangan," dakwa Mahathir. Mahathir berkata bahawa 2 wanita itu menolak untuk mengadakan hubungan seks, manakala 2 lagi bersetuju. Namun mahathir berkata, beliau berkeras enggan ke mahkamah untuk memberi keterangan. Dakwaan liar itu disusuli dengan penafian Anwar yang menyifatkan tuduhan Mahathir itu dibuat semata- mata mahu menutup penyelewengan yang dilakukannya semasa memegang tampuk pemerintahannya. Pandangan Anwar turut disokong Lee, yang menyifatkan memoir Mahathir ini tidak lebih dari sekadar propaganda semata- mata. "Ini bukan satu bahan yang boleh dirujuk sebagai bahan sejarah tetapi sekadar propaganda mahathir," tambahnya lagi. | ||
Tsunami Datang Lagi. Ada Berita Baikkah Untuk Rakyat Malaysia? Posted: 11 Mar 2011 03:24 PM PST Tahun 2004. Amat ngeri untuk mengingatinya. Lebih ngeri daripada Tragedi 13 Mei, Rusuhan Baling, Rusuhan Natrah dan lain-lain. Tak ada sesiapa pun (mungkin kalau ada cuma sebilangan) yang menjangkakan tsunami akan melanda Malaysia. Ingatkan Malaysia ini selamat, aman, makmur, kaya-raya. Rupa-rupanya tak terlepas juga daripada bencana alam. Nah, bukankah ini suatu bukti mudah bahawa kita sentiasa berada dalam genggaman Allah? "Maha Suci Allah yang di dalam genggaman kekuasaan-Nya seluruh kerajaan dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu..."- Surah al-Mulk ayat 1 Dan apakah yang berlaku selepas daripada itu? Petunjuk daripada tsunami 2004 itu, lanskap politik Malaysia rupa-rupanya mengalami perubahan. Pilihanraya 2008 menyaksikan "tsunami" berlaku dimana keputusan pilihanraya umum ke-12 memeranjatkan semua pihak. Baik dari parti pemerintah mahupun parti pembangkang. Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti mudah tetapi hilang penguasaan dua pertiga di parlimen. BN gagal untuk mempertahankan kekuasaan di beberapa buah negeri seperti Selangor, Perak Kedah dan Pulai Pinang sementara Kelantan gagal ditawan dan kekal di bawah pemerintahan PAS. Semua kerusi parlimen di Kuala Lumpur dirampas oleh pakatan pembangkang kecuali Setiawangsa berjaya dipertahankan oleh Zulhasnan Rafique. Selatan tanahair yang menjadi kubu kuat BN juga "dirobek" sedikit demi sedikit sehinggakan BN Negeri Sembilan hilang majoriti dua pertiga. Di Melaka, DAP berjaya menawan lima kerusi DUN dan satu kerusi parlimen. Johor yang merupakan negeri kelahiran Umno juga tidak ketinggalan menjadi mangsa apabila DAP mendapat empat kerusi DUN dan satu kerusi parlimen sementara PAS pula mendapat dua kerusi DUN. Peralihan undi yang besar kepada pakatan pembangkang tanpa dijangka itu, menyebabkan ramai penganalisa politik menggelarkannya sebagai situasi ini sebagai Tsunami. Buat pertama kalinya Barisan Nasional (BN) yang ditubuhkan pada 1973 hilang kuasa dua pertiga di parlimen dan mengulangi sejarah Perikatan pada pilihanraya 1969. Pakatan BN yang ditubuhkan sebagai formula baru untuk mengatasi kegagalan Perikatan pada pilihanraya 1969 akhirnya tempang selepas 38 tahun berdiri gagah. Prestasi BN pada pilihanraya umum 2008 lebih teruk daripada Perikatan pada pilihanraya tahun 1969 oleh kerana kehilangan lima negeri kepada pakatan pembangkang. Abdullah Ahmad Badawi telah berjaya mencipta sejarah apabila menjadi ketua BN pertama yang menyebabkan kehilangan majoriti dua pertiga, tulis Amin Iskandar secara sinis. Keputusan pilihanraya umum 2008 juga menyaksikan beberapa menteri dan timbalan menteri mengalami kekalahan yang mengejut. Shahrizat Jalil tewas ditangan Nurul Izzah yang kali pertama bertanding dalam pilihanraya umum. Samy Vellu yang menjadi Ahli Parlimen Sungai Siput semenjak tahun 1974 terpaksa akur dengan Dr Jeyakumar. Manakala Zainuddin Maidin yang menjadi Menteri Penerangan sebelum ini dimalukan oleh Johari Abdul di Sungai Petani. Di Shah Alam, Aziz Shamsuddin terpaksa akur dengan kemenangan Khalid Samad. Mengapakah ini terjadi? BN yang menang besar dalam pilihanraya umum 2004 menjadi begitu kuat sehinggakan tiada kuasa pengimbang dalam menentukan hala tuju negara. Dalam bahasa yang mudah, BN boleh membuat apa sahaja dengan kuasa dua pertiga mereka di parlimen. Selepas pilihanraya 2004 sehingga 8 Mac 2008 rakyat dibebani dengan kenaikan kos hidup yang mendadak. Kenaikan harga minyak, tol, pengangkutan awam dan barang keperluan harian telah menyebabkan ramai yang hidup menderita. Tambahan lagi apabila wujudnya "watak-watak jahat" seperti Samy Vellu yang bersungguh-sungguh mempertahankan kenaikan harga tol telah menyebabkan rakyat mula menyesal kerana memberikan mandat begitu besar kepada BN dalam pilihanraya umum 2004. Dan kini amaran tsunami datang lagi. Memberi peringatan kepada UMNO BN di bawah pemmerintahan Najib bahawa rakyat bakal melakukan perubahan lagi terhadap lanskap politik di negara ini. Jika dahulu UMNO BN pernah mentertawakan pembangkang yang berhasrat untuk menghapuskan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat, kerana kelihatan ia seperti mustahil berlaku, tetapi pilihanraya 2008 menyaksikan UMNO BN benar-benar kehilangan majoriti dua pertiga itu. Begitu juga jika sebelumnya UMNO BN mempersendakan Projek Tanjung tajaan DAP, tetapi pilihanraya 2008 benar-benar menjadi kenyataan malah UMNO BN menderita bukan sahaja kehilangan Pulau Pinang, malah kehilangan Selangor, Perak, Kedah di samping gagal menawan Kelantan. Najib kemudian dengan cara yang tidak demokratik merampas Perak. Menggunakan segala jentera kerajaan termasuk Polis, PDRM, SPR, SPRM, Peguam Negara dan sekalian agensi kerajaan pusat untuk menekan dan menindas kerajaan-kerajaan negeri di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat. Segala tipu daya dan muslihat digunakan untuk memenangi pilihanraya-pilihanraya kecil dengan SPR menjadi kuda tunggangan paling hebat. Dan kini loceng amaran berbunyi lagi. Tsunami kini menggegar negara Jepun, tempias kecilnya kini dirasai di pantai Kuala Terengganu yang terdedah di hadapan Laut Cina Selatan. Gempa bumi terburuk dalam 140 tahun di Jepun, yang melanda timur laut negara itu tengah hari ini (waktu Malaysia), meragut 59 nyawa dengan angka kematian dijangka terus meningkat. Bencana ini bukan sahaja mencetuskan tsunami 10 meter, tetapi menyebabkan kebakaran loji penapisan gas asli di Tokyo. Perdana Menteri Jepun Naoto Kan berkata gempa bumi menyebabkan "kemusnahan besar" di bahagian timur laut Jepun. Laporan Reuters menyebut sebuah kapal yang membawa 100 orang dihanyutkan oleh tsunami. Itu di Jepun. UMNO BN sepastinya mengharapkan tsunami itu tidak datang menimpa Malaysia. Itu harapan mereka. Tetapi tiada siapa tahu perancangan dan pekerjaan Allah s.w.t. Apakah Najib akan terus angkuh dan sombong untuk melakukan pengkhianatan terhadap federalisma dan akan terus menekan negeri-negeri Pakatan Rakyat seperti mengebas wang royalti Kelantan disamping cuba membuli kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat? Kita katakan: Silakan. Ketawakanlah kami seperti mana kamu pernah tertawakan kami sewaktu kami menyatakan kami akan hapuskan majoriti dua pertiga UMNO BN di Dewan Rakyat. Tsunami akan datang lagi untuk mengajar kamu-kamu dari UMNO BN untuk ayuh bungkus dari Putrajaya bagi memberi laluan kepada pemerintah baru Malaysia - semestinya dari Pakatan Rakyat! -GB
| ||
Isu agama, tanah tak selesai selagi Umno berkuasa Posted: 11 Mar 2011 03:22 PM PST KOTA KINABALU: Selagi Umno Barisan Nasional (BN) kekal berkuasa, jangan harap isu agama dan tanah adat di Sabah dapat diselesaikan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketua Umum KEADILAN itu berkata isu tanah adat tidak pernah selesai sepanjang pentadbiran kerajaan Umno BN, seolah-olah negara masih diperintah penjajah. "Di Malaysia, bicara soal tanah macam berada bawah penjajah. Yang nak rebut tanah ini, apa dia? Kita ini diperintah oleh siapa? Yang susah sangat, yang kita minta ini, tanah orangkah? Kita mintak tanah kerajaan? Tidak. "Kita hanya nak pertahan hak kita dan tanah kita. Itu pun bergelut setengah mati," katanya pada ceramah perdana di Karamunsing di sini, malam tadi, sempena program forum Tanah Adat: Isu, Polisi dan Cabaran di Sabah. Program lawatan itu juga bersempena Konvensyen Sabah hari ini. Turut hadir, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua dan Fuziah Salleh, Ahli Majlis Presiden Sabah dan pimpinan KEADILAN negeri. Dalam majlis itu, Anwar turut menerima sembilan memorandum daripada wakil-wakil orang Asal dari seluruh Sabah. "Soal tanah tak boleh diselesai oleh satu kaum. Soal pentadbiran bersih tak boleh dijamin oleh satu kaum," kata Anwar lagi, merujuk kepada Umno yang kerap memainkan sentimen Melayu bagi meraih sokongan politik. Dalam pada itu, Anwar berkata, Umno kerap menggunakan sentimen keagamaan apabila mencetuskan isu penggunaan nama Allah dan terbaru, pengharaman kitab Injil yang dilakukan Kementerian Dalam Negeri (KDN). Justeru, beliau mengingatkan semua kaum di Sabah supaya bersatu dan tidak terpedaya dengan strategi Umno yang sentiasa mewujudkan sengketa dan syak wasangka antara satu sama lain. Beliau juga meminta rakyat beragama Islam berhati-hati dalam menangani isu penggunaan nama Allah, malah turut mengulangi fatwa ulama terkenal dunia, Dr Sheikh Yusuf Al Qaradawi. "Saya jumpa dia (Qaradawi) di Qatar. Saya tanya dia, dia jawab, apa masalahnya? Dia hairan. Dia jawab, Muhammad itu rasul kita, bapanya nama Abdullah, Muhammad menjadi Rasul masa umur 40 tahun. Maknanya, 70 tahun, 80 tahun sebelum itu, orang Arab sebelum Islam sudah mengguna nama Allah. Macam mana kita nak sekat? "Saya nak sebut isu nama Allah ini supaya clear. Mengapa kita pertikai yang Umno dan BN tak dapat selesai. Jangan nak selesai soal besar lain, soal ini pun dia tak dapat selesai. "Isu agama, kamu (Umno BN) tak boleh selesai, Kamu ingat isu tanah boleh selesai? Justeru, kawan-kawan kena fikir, nombor satu – tukar Umno BN," kata Anwar. | ||
Kerajaan sedia korbankan nyawa rakyat demi keuntungan? Posted: 11 Mar 2011 03:18 PM PST
| ||
Perang Orang Lama : Ku Li nafi semua dakwaan Mahathir Posted: 11 Mar 2011 03:17 PM PST Ketika itu Tengku Razaleigh (gambar) mencabah Dr Mahathir bagi jawatan presiden tetapi tewas tipis. "Sekai lagi saya dituduh membawa parti ke mahkamah. Saya juga dituduh terlibat dalam politik wang semasa pemilihan parti dalam tahun 1987," kata Tengku Razaleigh dalam satu kenyataan dikeluarkan malam ini. Tengku Razaleigh menegaskan beliau tidak mempunyai wang untuk tujuan membeli undi ketika pemilihan paling sengit dalam sejarah Umno. "Saya tidak ada kroni. Sebenarnya, saya menentang politik wang. Allah Maha Mengetahui bahawa saya tidak pernah membuat segala perkara itu. "Sungguhpun demikian, saya dipilih setiap kali saya bertanding di Gua Musang," kata Ketua Umno Gua Musang ini sambil menambah, "saya tidak pernah mencuri. Saya tidak pernah menipu." Dalam buku berjudul "A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad", bekas presiden Umno itu berkata, Tengku Razaleigh sepatutnya telah menjadi perdana menteri sekiranya beliau bersabar sedikit. Tengku Razaleigh Beliau bergandingan dengan Tun Musa Hitam yang bersaing jawatan timbalan presiden Umno. Bekas perdana menteri itu juga mendakwa puak "Team B" yang diketuai oleh Tengku Razaleigh, yang lebih mesra dikenali sebagai "Ku Li", membawa kempen kotor untuk menjatuhkan beliau pada pemilihan itu, yang kemudiannya menyumbang kepada keputusan mahkamah mengharamkan Umno. "Sekiranya Tengku Razaleigh bersabar beliau kemungkinan telah menggantikan tempat Tun Musa sebagai timbalan perdana menteri dan kemudiannya menjadi perdana menteri," tulis Dr Mahathir. "Malah saya juga telah mempertimbangkan untuk melantik semula Tengku Razaleigh ke dalam Kabinet, tetapi selepas beliau memberikan temu bual kepada majalah Far Eastern Economic Review yang sangat kritikal tentang saya dan kerajaan, saya telah mengubah fikiran saya," katanya lagi. | ||
Foto Tsunami Melanda Jepun.. 11.3.2011 Posted: 11 Mar 2011 05:30 AM PST Tsunami swirls near a port in Oarai, Ibaraki Prefecture (state) after Japan was struck by a strong earthquake off its northeastern coast Friday, March 11, 2011. Tsunami swirls near a port in Oarai, Ibaraki Prefecture (state) after Japan was struck by a strong earthquake off its northeastern coast Friday, March 11, 2011. Waves of tsunami hit residences after a powerful earthquake in Natori, Miyagi prefecture (state), Japan, Friday, March 11, 2011. The largest earthquake in Japan's recorded history slammed the eastern coast Friday. A tsunami tidal wave washes away houses in Kesennuma, Miyagi Prefecture, Friday, March 11, 2011 after strong earthquakes hit the area. Earthquake-triggered tsumanis sweep shores along Iwanuma in northern Japan on Friday March 11, 2022. The magnitude 8.9 earthquake slammed Japan's eastern coast Friday, unleashing a 13-foot (4-meter) tsunami that swept boats, cars, buildings and tons of debris miles inland. A tsumani triggered by a powerful earthquake makes its way to sweep part of Sendai airport in northern Japan on Friday March 11, 2022. The magnitude 8.9 earthquake slammed Japan's eastern coast Friday, unleashing a 13-foot (4-meter) tsunami that swept boats, cars, buildings and tons of debris miles inland. In this video image taken from Japan's NHK TV, a wave from the tsunami heads to the coast in Miyagi Prefecture on the north east coast of Japan Friday March 11, 2011 following a massive earth quake. A magnitude 8.9 earthquake slammed Japan's northeastern coast Friday, unleashing a 13-foot (4-meter) tsunami that swept boats, cars, buildings and tons of debris miles inland. Fires triggered by the quake burned out of control up and down the coast. In this video image taken from Japan's NHK TV, a tsunami surge sweeps boats, cars and other debris over a highway in the Sendai City area, Miyagi Prefecture, Japan Friday March 11, 2011 following a massive earth quake. A magnitude 8.9 earthquake slammed Japan's northeastern coast Friday, unleashing a 13-foot (4-meter) tsunami that swept boats, cars, buildings and tons of debris miles inland. Fires triggered by the quake burned out of control up and down the coast. People watch the aftermath of tsunami tidal waves covering a port at Kesennuma in Miyagi Prefecture, northern Japan, after strong earthquakes hit the area Friday, March 11, 2011 Tarmac, parking lot and surrounding area are covered with mud and debris carried by tsunami at Sendai Airport in Sendai, Miyagi Prefecture (state) after Japan was struck by a strong earthquake off its northeastern coast Friday, March 11, 2011. In this video image taken from Japan's NHK TV, houses, cars and debris half submerged is swept towards a highway by a tsunami in the Sendai city area, Miyagi Prefecture (state) after Japan Friday March 11, 2011 following a massive earth quake. A magnitude 8.9 earthquake slammed Japan's northeastern coast Friday, unleashing a 13-foot (4-meter) tsunami that swept boats, cars, buildings and tons of debris miles inland. Fires triggered by the quake burned out of control up and down the coast. In this video image taken from Japan's NHK TV, water surrounds the airport building at Sendai Airport, Miyagi Prefecture, Japan Friday March 11, 2011 following a massive earth quake. A magnitude 8.9 earthquake slammed Japan's northeastern coast Friday, unleashing a 13-foot (4-meter) tsunami that swept boats, cars, buildings and tons of debris miles inland. Fires triggered by the quake burned out of control up and down the coast. Cars and other Debris swept away by tsunami tidal waves are seen in Kesennuma in Miyagi Prefecture, northern Japan, after strong earthquakes hit the area Friday, March 11, 2011. Light planes and vehicles sit among the debris after they were swept by a tsumani that struck Sendai airport in northern Japan on Friday March 11, 2022. A magnitude 8.9 earthquake slammed Japan's eastern coast Friday, unleashing a 13-foot (4-meter) tsunami that swept boats, cars, buildings and tons of debris miles inland. Houses, cars and other debris are washed away by tsunami tidal waves in Kesennuma in Miyagi Prefecture, northern Japan, after strong earthquakes hit the area Friday, March 11, 2011. Vehicles are crushed by a collapsed wall at a carpark in Mito city in Ibaraki prefecture on March 11, 2011 after a massive earthquake rocked Japan. massive 8.9-magnitude earthquake hit Japan on March 11, unleashing a monster 10-metre high tsunami that sent ships crashing into the shore and carried cars through the streets of coastal towns. Houses are in flame while the Natori river is flooded over the surrounding area by tsunami tidal waves in Natori city, Miyagi Prefecture, northern Japan, March 11, 2011, after strong earthquakes hit the area. Fire smokes billow from residences as a coastal area is flooded by waters after a tsunami in Iwaki, Fukushima prefecture (state), Japan, Friday, March 11, 2011. The powerful tsunami spawned by the largest earthquake in Japan's recorded history slammed the eastern coast Friday, sweeping away boats, cars, homes and people as widespread fires burned out of control. In this video image taken from Japan's NHK TV, a wave from the tsunami sweeps boats inland in Kamaishi, Iwate Prefecture, Japan Friday March 11, 2011 following a massive earth quake. A magnitude 8.9 earthquake slammed Japan's northeastern coast Friday, unleashing a 13-foot (4-meter) tsunami that swept boats, cars, buildings and tons of debris miles inland. Fires triggered by the quake burned out of control up and down the coast. Tarmac, parking lot and surrounding area are covered with mud and debris carried by tsunami at Sendai Airport in Sendai, Miyagi Prefecture (state) after Japan was struck by a strong earthquake off its northeastern coast Friday, March 11, 2011. Flames rise from houses and debris half submerged in tsunami in Sendai, Miyagi Prefecture (state) after Japan was struck by a strong earthquake off its northeastern coast Friday, March 11, 2011. RETRANSMISSION WITH REDUCED RESTRICTION AS AP GOT PERMISSION FOR USE ONLINE FROM THE SOURCE – In this image made off Japan's NHK TV video footage, houses are washed away by tsunami in Sendai, Miyagi Prefecture (state) eastern Japan, after Japan was struck by a magnitude 8.9 earthquake off its northeastern coast Friday, March 11, 2011. Residents walk through the rubles of residents collapsed by a powerful earthquake in Iwaki, Fukushima prefecture (state), Japan, Friday, March 11, 2011. The largest earthquake in Japan's recorded history slammed the eastern coast Friday. A truck remains stranded on a road damaged by a powerful earthquake in Iwaki city, Fukushima prefecture (state), Japan, Friday, March 11, 2011. The largest earthquake in Japan's recorded history slammed the eastern coast Friday. 8.9 quake, tsunami HIT japanHawaii remained in the crosshairs of a potentially destructive tsunami this morning after a massive 8.9-magnitude quake hit off Honshu, Japan.While the first waves weren't expected to hit the islands until 3:07 a.m., scientists warned that the series of waves could last for hours. Civil Defense ordered the evacuation of coastal inundation zones and the state opened emergency "refuge" centers. John Cummings, a spokesman for city Department of Emergency Management, said about 30,000 residents live in the coastal inundation zone, according to recent estimates. Even before Civil Defense sirens began sounding just before 10 p.m., Honolulu motorists began lining up at gas stations to top off their tanks. Police dispatch reported arguments over gas in Ewa Beach and many stations had long lines. The Pacific Tsunami Warning Center, based in Ewa Beach, issued a tsunami watch at 7:56 p.m. after the quake struck 231 miles northeast of Tokyo. The watch was upgraded to a more serious warning about 9:30 p.m. "A tsunami has been generated that could cause damage along coastlines of all islands in the state of Hawaii," the warning center said in a statement. "Urgent action should be taken to protect lives and property." The warning center said wave heights could not be predicted, but the first wave may not be the largest. The warning center said "all shores are at risk" in Hawaii no matter which direction they face. Chip McCreary, director of the warning center, said the latest forecast models show "wave amplitudes of up to 2 meters (6 feet) beyond normal sea levels in Hawaii. "What these waves look like is an elevation of sea level, where the sea level will rise above its normal level and stay high for 10 or 15 minutes before they recede," McCreary said. Because of the long length of tsunami waves, "they wrap around our islands very efficiently" so there is no point of impact that may see higher waves than other areas. Because of the direction of the waves, the first major island hit would be Kauai, he said. It would only take 20 minutes for the first waves to move through the entire island chain, he said. The city opened its Emergency Operations Center at the Frank F. Fasi building, where police, firefighters and Mayor Peter Carlisle assembled. "We're looking at a potentially very serious event here," said Cummings. Hawaiian Electric has opened its emergency command center and is implementing its tsunami plans, according to Peter Rosegg, HECO spokesman. The striking IBEW union workers are still out, Rosegg said, adding that the electric company has an agreement with the union that workers will return to work in case of a "major emergency." Crews of Pearl Harbor ships were summoned, but the vessels will remain in the harbor, the Navy said. | ||
Pemusnahan hutan Sarawak jenayah alam sekitar terbesar zaman ini – Gordon Brown Posted: 11 Mar 2011 05:18 AM PST LONDON: Pemusnahan hutan Sarawak yang didalangi Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud mungkin jenayah alam sekitar terbesar pada zaman ini, kata bekas Perdana Menteri, Gordon Brown. Mengikut artikel The Independent, sebuah akhbar berpengaruh di London, beliau juga bersimpati dengan penduduk peribumi Sarawak berikutan pemusnahan hutan besar-besaran dalam tempoh singkat. "Pemusnahan hutan itu adalah satu bentuk pemusnahan masa depan sesebuah negara dan perlu dihentikan segera serta memuji rakyat Bumi Kenyalang yang melawan perbuatan terkutuk itu," katanya. Beliau menyanjung usaha adik iparnya, Clare Rewcastle Brown yang mendedahkan penyelewengan dan kekayaan pimpnan kerajaan Sarawak hingga meminggirkan penduduk peribumi minoriti dan penebangan hutan secara besar-besaran. Katanya, Clare menghabiskan lapan tahun pertama persekolahannya di Sarawak sebelum kembali ke United Kingdom (UK) untuk melanjutkan pengajian dalam bidang kewartawanan. "Kerana hubungannya dengan negara itu dan latar belakangnya dalam alam sekitar, beliau dijemput berucap pada sidang alam sekitar di Sarawak pada 2005. "Selepas ucapannya, beliau dikerumuni wartawan tempatan dan orang ramai yang merayu bantuannya bagi mendedahkan kepada dunia berhubung apa yang berlaku di negara mereka. "Beliau sedar penebangan balak besar-besaran berlaku di Sarawak – negeri itu kehilangan satu batu persegi hutannya setiap hari. Kadar penebangan balak itu adalah antara yang paling pantas dan terburuk di dunia," kata Brown. Brown juga memuji usaha Clare membangunkan laman web Sarawak Report dan Radio Free Sarawak berpusat di London bagi mendedahkan rasuah dan penyelewengan kekayaan Taib Mahmud. "Sejak beliau mula menyiasat perkara yang berlaku ke atas hutan-hutan di Sarawak, beliau kini menjadi persona non grata di Malaysia. Beliau diganggu setiap kali melawat Malaysia. "Beliau kini disenarai hitam dan sentiasa diperhati. Beliau juga menerima ancaman bunuh," kata Brown. Sebelum ini, mereka yang mengkritik Taib Mahmud dilapor kerap berdepan ugutan mahupun ancaman bunuh. Terbaru, Bekas Naib Presiden Eksekutif Antarabangsa Sakti International, Ross Boyert ditemui mati dalam bilik hotel di Los Angeles pada musim gugur lalu. Sakti International Holdings adalah syarikat induk yang sahamnya dimiliki adik beradik dan anak Taib. Ross dalam satu temu bual yang dirakamkan beberapa minggu sebelum kematiannya, diganggu pihak tertentu selepas membawa keluarga Taib ke mahkamah atas tuduhan secara tidak adil. | ||
Bazar Tok Guru: Harga tawaran kekal, Nik Aziz tidak ganjak Posted: 11 Mar 2011 05:15 AM PST KOTA BARU, 11 Mac — Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kerajaan negeri tetap tidak berganjak dengan tawaran harga RM63,000 bagi ruang premis baru di Bazar Tok Guru di Jalan Sultan Ibrahim di sini walaupun dibantah kalangan peniaga. Katanya terpulanglah kepada peniaga Arked Uda dan Pasar Lama Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) untuk menduduki premis baru itu. Nik Aziz (gambar) mendakwa tawaran harga RM63,000 adalah berdasarkan konsep sewa-beli dan beberapa tawaran menarik kepada 415 peniaga di dua kawasan itu. "Pasar itu tetaplah begitu, nak terima, terima dan lebih 100 orang dah terima, yang saya sudah tandatangan, baru nak tandatangan. Kita tidak berganjak, yang tolak... tolaklah, cari lainlah, yang terima pun ada," katanya kepada pemberita selepas kuliah mingguanya di sini, hari ini. Semalam, dua persatuan yang mewakili 415 peniaga Arked Uda dan Pasar Lama MPKB menolak tawaran yang dibuat kerajaan negeri kerana mereka masih menuntut janji ketika pilihan raya umum 2008 iaitu ruang niaga berkeluasan 3.04 x 3.65 meter persegi pada harga RM40,000, bukannya 1.82 x 2.4 meter persegi ketika ini. — Bernama | ||
Anwar diingat tak cakap besar nak ambil Sarawak Posted: 11 Mar 2011 05:14 AM PST Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya bercakap besar tentang keinginannya untuk mengambil alih Sarawak dalam pilihan raya negeri akan datang. Menyifatkan Anwar sebagai telah hilang kewibawaan selaku seorang pemimpin, Awang Tengah (kiri) berkata 'impian Sept 16, 2008' Anwar untuk mengambil alih Putrajaya juga telah gagal. "Jadi dia tidak sepatutnya cakap besar sekarang," katanya sebelum menyerahkan pampasan tanah berjumlah RM3.1 juta kepada lebih 200 pemilik tanah di Tanjung Manis, dekat Sarikei hari ini. Awang Tengah berkata malah wakil rakyat daripada PKR turut beramai-ramai meninggalkan parti itu. Sebagai tambahan, banyak anggota pengasas dan anggota biasa PKR yang turut berbuat demikian, kata Awang Tengah. Beliau memberi amaran kepada rakyat agar sentiasa berwaspada terhadap percubaan untuk memujuk mereka menyertai parti pembangkang yang berpusat di Semenanjung seperti PKR, PAS atau DAP. "Mereka akan datang untuk memanipulasi anda demi memenuhi kepentingan mereka. Dalam usaha berbuat demikian, mereka akan menyemai perasaan benci dalam kalangan kaum yang berlainan, menghasut anda supaya bermusuhan terhadap satu sama lain, terhadap kerajaan dan pada akhirnya anda dan negeri ini yang akan rugi," katanya. Sebaliknya, kata beliau, gaya kepimpinan BN adalah berlainan. "BN sejak dari mula lagi memberi tumpuan kepada membawa pembangunan, kemajuan, kemakmuran, perpaduan dan kestabilan politik. "Ia turut memberi tumpuan kepada membasmi kemiskinan luar bandar. Ia mungkin mempunyai kelemahan tetapi sedang dalam proses menambahbaik menerusi inisiatif seperti Program Transformasi Kerajaan, Program Transformasi Ekonomi, Model Baru Ekonomi, Bidang Keberhasilan Utama Negara dan sebagainya," katanya. - Bernama | ||
‘Curi’ DNA Anwar tapi ‘sorok’ DNA Najib dalam kes Altantuya Posted: 11 Mar 2011 05:13 AM PST KUALA LUMPUR: Pendakwa raya kes Fitnah II bersungguh-sungguh mahu mendapatkan DNA Datuk Seri Anwar Ibrahim termasuk menggunakan tipu helah, sebaliknya pendakwa dalam kes pembunuhan warga Monggolia, Altantuya Shaariibuu, tidak pernah berusaha mendapatkan DNA Datuk Seri Najib Razak. "Dalam kes Altantuya, kenapa mereka tidak minta DNA Najib?" soal Anwar selepas perbicaraan kes Fitnah II berakhir petang ini. Anwar juga hairan kerana pihak pendakwa seolah-olah cuba mengalihkan beban pembuktian kes kepada peguam bela sedangkan ia tanggungjawab mereka dan menyifatkan permintaan pendakwa untuk mendapatkan DNA beliau, membuktikan kes Fitnah II sebenarnya bermotifkan politik. "(Pendakwa) hanya untuk menyampaikan mesej politik. Mereka seolah-olahnya berkata 'kita sudah ada semua bukti dan sekarang apa yang kita perlukan adalah DNA Anwar (untuk mensabitkan beliau)'. Ini tidak masuk akal. "Beban pembuktian terletak pada pihak pendakwa," kata Ketua Umum KEADILAN itu. Tidak seperti kes Fitnah II, pelbagai tekanan dihadapi Anwar dan pasukan peguamnya – dari dinafi hak memiliki dokumen dan salinan laporan polis, selain percanggahan keterangan saksi pendakwa, kes Altantuya pula tidak sedemikian. Walaupun Najib dikait dengan ketara dalam kes berkenaan tetapi Perdana Menteri itu tidak dipanggil mahupun DNAnya diminta, malah polis pengiringnya juga tidak pernah dipanggil mahkamah sekalipun pembabitannya menonjol. Dalam pada itu, Sankara Nair juga menganggap permintaan pihak pendakwa untuk mendapatkan DNA Anwar tidak wajar kerana ia tidak pernah berlaku dalam mana-mana perbicaraan kes jenayah. Katanya, pendakwa sebelum ini menggunakan tipu daya dan cara tidak sah untuk mengambil DNA Anwar kerana tiada peruntukan undang-undang yang boleh memaksa mana-mana individu menyerahkan DNA mereka. Beliau berkata, peruntukan undang-undang sedia ada hanya memperuntuk pendakwa untuk mendapat cap jari dan tandatangan tertuduh dalam mana-mana kejadian jenayah. "Seksyen 165 dan Seksyen 73 Akta Bukti yang diguna pakai pihak pendakwa, sebenarnya cuma meliputi cap jari dan tandatangan, bukannya DNA," kata Sankara. Beliau berkata demikian mengulas permohonan lisan pihak pendakwa untuk mendapatkan DNA Anwar dan ia dijangka didengar Isnin depan. | ||
Ulama parti jangan hanya pikul kitab Posted: 11 Mar 2011 04:24 AM PST Apakah politik yang dimaksudkan dalam Islam dan apakah sebenarnya politik Islam? Di Malaysia ada parti PAS – keanggotaannya untuk orang Islam, tidak kira bangsa, diterajui oleh ulama-ulama seperti didakwa pengikut mereka. Pada zaman jahiliyah juga wujud parti politik seperti yang wujud kini, tetapi dalam bentuk suku-suku kaum yang tebal semangat perkaumannya iaitu assabiyah. Nabi tidak menyertai suku-suku itu walaupun ditawarkan jawatan pemimpin. Sebaliknya nabi menyatukan kaum-kaum ini dengan ikatan Islam. Bagaimanakah nabi melakukannya? Jelas Nabi tidak mementingkan kekuasaan. Walhal jika baginda menerima tawaran itu, baginda akan berkuasa. Tetapi apakah yang didahulukan baginda? Adakah Islam itu terbina dengan kuasa? Pada mata kasar, kuasa menguatkan Islam tetapi kekuasaan bagaimanakah yang menguatkan Islam? Merasuah rakyat Adakah kuasa itu didapati melalui cara merasuah masyarakat melalui tawaran keduniaan seperti gaji lebih tinggi, cuti lebih panjang atau menghapuskan saman kesalahan trafik? Semua tawaran popular ini akan memusnahkan masyarakat pada akhirnya. Usaha berkenaan hanyalah untuk mengambil kesempatan ke atas sifat masyarakat itu sendiri kerana tawaran seperti itu akan menyebabkan masyarakat menjadi malas, tidak berdisiplin dan tidak menghormati undang-undang. Politik sebenar dalam Islam dan politik nabi adalah dakwah, tarbiah dan tabligh kerana Islam bukan sekadar mengucap kalimah syahadah dan amalan solat, puasa, haji dan zakat untuk diulang ajar. Kita harus akui bahawa kita sekarang berada pada zaman jahiliah moden dengan segala maksiat berleluasa. Tidakkah di sini perlunya dakwah dan bukannya politik kepartian? Politik kepartian hanya boleh hidup dan menang jika dasar-dasarnya memuaskan kehendak dan nafsu pengundi. Politikus kepartian tidak akan dapat membentuk masyarakat untuk menuruti ajaran yang dimahukannya. Kehendak masyarakat itu berbau keduniaan semata-mata dan akhirnya parti yang mendakwa Islam itu akan terpaksa mengalah dengan kehendak masyarakat. Misalnya, PAS sebelum ini tegas dalam soal hiburan dan konsert. Namun, untuk memenuhi kehendak dan nafsu masyarakat, mereka terpaksa menceburi diri dengan unsur-unsur yang suatu masa dulu dikecam sebagai maksiat. Sebagai contoh, PAS meraikan Kota Bharu sebagai bandaraya Islam. Namun dalam sambutannya, kerajaan negeri itu turut menyediakan artis-artis sebagai hiburan. Di dalam mencemuh pihak lawan, ulama-ulama parti politik begini tidak menyedari bahawa mereka sendiri bersikap riak atau ujub. Mereka mendakwa Islam itu sempurna. Tetapi mengapa mereka mencemarkan Islam? Jika parti politik mereka yang didakwa Islam itu baik, mengapa mereka perlu mencela parti lawan sebagai khianat? Paksa tutup kedai arak tidak Islamik Parti politik bukanlah cara nabi seperti yang difahami para ulama yang menyertai parti politik. Jika parti politik itu cara Islam, terimalah jika pemimpin yang dipilih adalah perasuah, kerana suara teramai adalah pemenang. Masyarakat yang baik akan memilih pemimpin yang baik dan begitu sebaliknya. Namun ulama-ulama ini hanya ingin mengubah negara, sedangkan mereka lupa negara itu terdiri daripada individu-individu. Para ulama ini lebih berminat untuk mengambil-alih tampuk pemerintahan negara bagi tujuan misalnya untuk melaksanakan hukum hudud. Menutup kedai arak nampak sangat Islamik, tapi yang sebenarnya Islam adalah keadaan di mana kedai arak ditutup kerana tiada pelanggan. Bagaimana untuk meniadakan pelanggan? Mustahil. Namun setidak-tidaknya usaha dilakukan untuk mengurangkan pelanggan, walaupun tujuan kita adalah menghapuskan arak di kalangan orang Islam. Tiada cara lain untuk mencapainya selain melalui dakwah dan bukan dengan pemaksaan seperti menutup kedai arak. Sememangnya ulama-ulama parti ini ada menyebarkan ayat-ayat dakwah dalam ceramah mereka. Namun tujuan ayat-ayat itu disebarkan adalah untuk memenangi undi dan bukan bertujuan merebut hati masyarakat supaya menjadi berakhlak. Banyak ayat-ayat al-Quran dipetik untuk membenarkan puak mereka. Dengan itu, Islam telah dipolitikkan. Parti ini hanya mengumpul penyokong, tapi tidak membina individu Islam yang sebenar. Mereka tiada pengikut tulen, tetapi terpengaruh dengan label Islam. Habuan kepada pengundi Cuba kita renung sejenak. Bolehkah parti ini menentang rasuah sedangkan pada musim pilihan raya ia telah mengagihkan habuan kepada bakal pengundi? Habuan ini dalam bentuk gula, kain pelikat dan sebagainya. Ini adalah rahsia umum. Mereka mendakwa lawan mereka juga membahagikan wang untuk bakal pengundi tetapi sama ada sebutir gula, atau sejuta duit, semua itu terhisab sebagai rasuah. Bezanya mereka tiada dana yang besar untuk membahagikan wang yang banyak. Jika mereka telah berjaya memurnikan pegangan penyokong mereka, mengapa mereka perlu mengagihkan habuan tersebut? Sedangkan para ulama ini telah mengajar penyokong mereka bahawa kaedah Islam adalah berjuang tanpa mengharapkan balasan dunia. Para ulama ini sebahagiannya mempunyai cita-cita murni untuk membentuk sebuah masyarakat Islam seperti di Madinah. Tetapi mereka telah sesat jalan dalam mencapai tujuan mereka dan tidak mengambil iktibar dari perjalanan sirah nabi. Untuk mengamalkan kewajipan agama, kita tidak perlukan negara Islam. Tetapi negara Islam perlukan umat Islam yang mengamalkan akhlak Islam yang tulen. Apalah gunanya sebuah rumah yang bersih, tetapi penghuninya pengotor? Akhirnya sampah-sarap akan memenuhi rumah tersebut. Ringkasnya, penghuni itu sendiri perlu dibersihkan terlebih dahulu. Soalnya, apakah sumbangan mereka dalam membentuk cara hidup dan akhlak Islam? Para ulama sebegini akan terbelit dengan hujah-hujah untuk membenarkan puak mereka semata-mata. Kita ambil contoh mudah – isu seorang pembesar yang ditawarkan pakej umrah ke Mekah. Kenapa dia ditawarkan pakej itu? Layakkah dia menerimanya? Apa tujuan dia ditawarkan? Atas dasar apa? Siapakah penawarnya? Tidakkah ia dikhuatiri ada unsur-unsur rasuah? Banyak soalan perlu ditanya dan dijawab. Namun tiada jawapan diberikan kerana taksub dengan kebenaran yang diyakini berada di pihak mereka, tiada jawapan yang diberi. Maka bersuaralah puak-puak mereka menyatakan pembesar parti lawan juga menerima tawaran yang berbau rasuah. Assabiyah moden sembah pengundi Dengan angkuh mereka menyatakan, lawan mereka lagi dahsyat kerana menerima pakej ke tempat-tempat maksiat, bukan ke tempat suci. Lagi hujah mereka, kafir Quraisy moden telah menghalang pembesar tadi ke Mekah sepertimana terjadi kepada baginda nabi suatu masa dahulu. Tidakkah di sini berbelit-belit? Kenapa isu ini tidak dijawab dan dirujuk dengan sirah perjalanan nabi? Inilah sikap politik ulama dalam parti. Jika lawan mereka berbuat salah, mereka merujuk al-Quran dan sunnah nabi untuk menjatuhkan hukum. Jika mereka melakukan kesalahan yang sama, mereka mengelak dari menjawab dengan menuduh pihak lawan juga melakukan kesalahan yang sama. Tindak-tanduk ini melemparkan diri mereka sendiri ke lembah assabiyah iaitu sifat perkauman yang hanya mengenal kaum dan puak sendiri. Sifat-sifat ini menjadikan parti politik yang mereka dakwa Islam itu juga assabiyah. Assabiyah tidak mengenal siapa betul siapa salah. Sama ada puak mereka betul atau tidak, puak mereka mesti dipertahankan. Puak lawan harus ditentang walaupun kebenaran berada di pihak lawan. Dalam senario hari ini, semua tindakan yang dibuat oleh lawan mereka dikritik dan dikatakan tidak betul. Adalah tidak logik jika semua tindakan lawan mereka itu salah dan tidak ada yang betul. Semua ini terjadi kerana mereka hanya mengejar kemenangan dalam politik. Inilah assabiyah moden yang tanpa sedar telah menyembah masyarakat pengundi sebagai tuhan. Seperti yang kita maklumi, nabi mengajar dan menghidupkan agama namun baginda tidak mengutamakan negara. Nabi mengutamakan individu-individu yang membentuk masyarakat itu. Lupakah mereka pada janji Allah bahawa Allah akan membantu urusan dunia kita jika kita membantu menegakkan agama-Nya? Politik dakwah Diulangi lagi, politik dalam Islam bukanlah politik seperti yang ditafsirkan oleh ulama-ulama parti hari ini. Politik nabi adalah dakwah, tabligh, tarbiah dalam memenangi hati manusia demi mencapai keredhaan Allah. Politik yang diamalkan ulama-ulama parti hari ini adalah mengikut tafsiran barat, iaitu parti politik untuk memenangi negara. Seeloknya ulama-ulama ini mengambil iktibar surah Al-'Asr – selepas beriman dan beramal soleh, dakwah mengambil peranan, iaitu menyebarkan kebenaran. Dan usaha ini mesti dilakukan dengan penuh kesabaran. Bagi saya, warganegara biasa ini, jika perubahan politik di Malaysia berlaku pada pilihan raya akan datang, tiada apa yang berubah ke arah yang lebih baik. Yang berubah hanya siapa pula yang akan dituduh perasuah dan penipu. Begitu juga sebaliknya kerana pemimpin yang akan dipilih tergolong dari kalangan masyarakat yang sama. Pemimpin yang zalim adalah bayangan masyarakat yang zalim di bawahnya dan keadaan ini akan dipersalahkan kepada pemerintah yang terdahulu. Akhirnya, musuh sebenar orang Islam bukanlah orang Islam. Dalam konteks Malaysia, musuh sebenar PAS bukanlah Umno. Musuh sebenar manusia adalah kejahilan, seperti kata khalifah keempat Saidina Ali. Di sinilah peranan ulama yang sebenarnya seperti diwariskan nabi. Tulisan ini diharap tidak selesai di sini. Seperti anjuran nabi, "pendapat saya mungkin salah, dan pendapat kamu mungkin juga betul." Marilah kita berbincang. Bukan mengajak berdebat di hadapan awam untuk mendapatkan kemenangan dan sokongan undi. Kepada semua, marilah kita menguatkan agama. Dengan menghayati dan menghidupkan amalan-amalan agama, semua yang kita dakwa rasuah, kezaliman dan semua kebatilan akan menyingkir. Janganlah kita menjadi keldai yang sekadar membawa kitab-kitab di atas pundaknya. Azman Hussin berkarya dalam bidang sastera sejak tahun 1998 dan pernah memenangi Hadiah Sastera Perdana 1998-1999 dalam kategori cerpen. | ||
Kg Baru: Pemilik tanah mahu deklarasi depan MP Posted: 11 Mar 2011 04:21 AM PST KUALA LUMPUR, 11 Mac: Satu majlis Deklarasi Pemilik dan Pewaris Tanah Kampung Baru kepada Ahli-ahli Parlimen Malaysia akan diadakan pada 14 Mac ini bertempat di Dewan Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru. Program yang akan bermula jam 9 malam itu dianjurkan Sekretariat Pembangunan Kampung Baru (SPKB) yang ditubuhkan atas inisiatif Pusat Khidmat Parlimen Titiwangsa. Penasihat Undang-undang sekretariat itu, Ahmad Zamri Asaad Khuzaimi berkata, program tersebut adalah usaha menemukan penduduk di enam buah kampung di Kampung Baru dengan semua ahli-ahli parlimen Malaysia untuk menyatakan permasalahan dan kebimbangan mereka terhadap Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2010 (RUU PPKB 2010) yang kini datangguhkan untuk dibentang di Parlimen. "Untuk program ini kita jemput semua ahli parlimen sama ada dari pembangkang ataupun kerajaan. "Penduduk sendiri akan bercakap dengan mereka," jelasnya sambil menafikan isu pembangunan Kampung Baru yang dibawa selama ini bukan retorik politik Pakatan Rakyat semata-mata. Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin sebelum ini menyatakan hasrat kerajaan untuk menangguhkan perbahasan (RUU PPKB 2010) dalam sesi Parlimen bermula 7 Mac hingga 7 April ini. Bacaan kali pertama RUU itu sebelum ini dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat, Disember tahun lalu. Penangguhan itu didakwa ekoran desakan dan luahan rasa pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru yang tidak senang dengan akta itu kerana mereka tidak dilibat sama dalam perbincangan jawatankuasa itu sebelum ini. "Majoriti pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru ini sebenarnya mahu rang undang-undang itu dimansuhkan, bukan ditangguhkan. "Melalui program ini kita nak supaya ahli-ahli parlimen dengar suara penduduk dan boleh membawanya ke Dewan Rakyat," katanya. Dalam program itu juga katanya, pemimpin atau wakil-wakil parti termasuk Umno akan deberi peluang untuk bercakap dan menyatakan pandangan balas. Ianya juga merupakan program kemuncak selepas sebulan mereka turun ke kampung-kampung dalam siri roadshow mereka bagi menjelaskan kesan RUU tersebut. "Jika tidak ada apa-apa perkembangan positif juga dari kerajaan selepas ini, kami akan bergerak untuk menghantar memorandum kepada Sultan Selangor dan Yang di-Pertuan Agong," katanya. | ||
Amnesty International: Lebih 29 ribu migran disebat Posted: 11 Mar 2011 03:40 AM PST Amnesty International menggesa kerajaan Malaysia menghentikan amalan merotan pelarian dan pekerja asing yang disifatkan kumpulan itu sebagai 'amalan kejam' dan 'penyiksaan'. Merujuk kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Parlimen pada 9 Mac lalu, seramai 29,759 rakyat asing disebat antara tahun 2005 dan 2010 kerana kesalahan imigresyen, Amnesty International berkata amalan itu dilarang oleh undang-undang antarabangsa. "Perangkaan kerajaan mengesahkan Malaysia menyiksa dan memberi layanan buruk kepada ribuan orang setiap tahun. "Amalan ini jelas dilarang mengikut undang-undang antarabangsa, tidak kira apa alasannya sekalipun. "Sebagai langkah pertama, kerajaan Malaysia mesti dengan segera mengisytihar moratorium terhadap amalam kejam ini, " kata pengarah Asia Pasifik, Amnesty International. Merujuk kajian oleh Amnesty International yang diterbitkan pada Disember tahun lalu, kumpulan itu berkata daripada 57 kes yang dikaji, kesimpulan mereka adalah merotan satu bentuk penyiksaan. "Pihak berkuasa dengan sengaja memberi kesakitan yang amat perit melalui hukuman merotan itu. "Ketika banyak negara mengahpuskan hukuman rotan, malaysia sebaliknya memperluaskan amalan itu. Parlimen telah meluluskan 60 kesalahan yang boleh disebat." | ||
PAS dakwa polis, tentera diberi MyKad semasa PRK Posted: 11 Mar 2011 03:32 AM PST KUALA LUMPUR, 11 Mac: PAS mempersoalkan tindakan kerajaan BN yang memberikan MyKad kepada polis dan tentera semasa PRK Merlimau dan Kerdau 6 Mac lalu, memandangkan mereka sudah mempunyai kad polis dan tentera masing-masing. Tindakan tersebut menimbulkan pelbagai tanda tanya kepada pelbagai pihak, memandangkan setiap anggota tentera terutamanya tidak dibenarkan memegang MyKad masing-masing sepanjang mereka masih berada dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin ketika mempersoalkan perkara itu menegaskan, walaupun MyKad-MyKad itu sememangnya kepunyaan anggota polis dan tentera itu sendiri, tetapi tindakan tersebut jelas di luar kebiasaan dan menyalahi undang-undang. Menurut beliau, setiap anggota polis dan tentera sepatutnya tidak lagi dibenarkan menyimpan MyKad masing-masing, sebaliknya dipegang oleh unit tertentu sepanjang mereka berada dalam perkhidmatan, disebabkan mereka telah mempunyai kad polis dan tentera yang lengkap dengan nombor masing-masing. "Tetapi semasa pilihanraya kecil (PRK) Merlimau dan Kerdau 6 Mac lalu, polis dan tentera turut diberikan MyKad masing-masing. Ini menjadikan mereka mempunyai dua kad pengenalan diri dalam suatu masa. "Kenapa Kerajaan BN bertindak begitu? Apakah tujuannya? Inilah yang menjadi tanda tanya kepada kita dan perlu dijelaskan oleh Kerajaan BN," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, semalam. Setiap anggota tentera terutamanya, menurut beliau, lazimnya mengundi secara pos, tetapi dengan memberikan MyKad kepada mereka yang terbabit, mereka juga boleh mengundi seperti orang awam. Jadi dengan tindakan itu, anggota polis dan tentera terbabit sememangnya berpeluang mengundi dua kali. Satunya dengan mengundi secara pos (undi pos) dengan menggunakan kad polis dan tentera masing-masing dan satu lagi mengundi seperti orang ramai dengan menggunakan MyKad masing-masing. Sehubungan itu, beliau mendesak kerajaan BN menjelaskan matlamat sebenar penyerahan MyKad-Mykad tersebut kepada anggota polis dan tentera terbabit kerana ia amat menghairankan pelbagai pihak. Beliau juga mendesak SPR memberikan jawapan yang benar sama ada pegawai-pegawai dan anggota-anggota polis dan tentera terbabit sememangnya mengundi dua kali pada PRK Dun Merlimau dan Kerdau 6 Mac lalu. Terdahulu dari itu, beliau menyuarakan rasa kesalnya dengan tindakan pihak polis dan SPR yang membenarkan ceramah dari pihak Umno BN dan PAS diadakan di tempat berhampiran, semasa kempen kedua-dua PRK itu. "Semua itu jelas mengganggu program Pakatan Rakyat dan ia tidak sepatutnya berlaku," ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang. | ||
Pengharaman Injil atas keputusan kabinet 1986 Posted: 11 Mar 2011 03:24 AM PST Salinan kitab Injil yang dicetak di Indonesia tidak boleh dibawa masuk ke Malaysia kerana keputusan yang dibuat oleh jemaah menteri lebih suku abad yang lalu, kata Kementerian Dalam Negeri. Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan Teks aL-Quran kementerian itu Datuk Zaitun Ab Samad berkata kabinet pada Mei 1986 mengeluarkan arahan mengharamkan masyarakat bukan Islam daripada menggunakan kalimah Allah, Solat, Kiblat dan Kaabah. Menurut Zaitun: "Ia bukan peraturan kementerian tetapi pihak pentadbiran perlu mematuhi keputusan kabinet." Kabinet, katanya tidak pernah membuat keputusan atau memberi kebenaran kepada kementerian untuk tidak lagi menahan 5,000 salinan kitab Injil yang disimpan di Pelabuhan Klang sejak Mac 2009. "Kami juga tidak boleh mengambil sebarang tindakan (untuk tidak lagi menahan kitab berkenaan) kerana perbicaraan mahkamah dengan penerbitan Katholik, Herald masih tertangguh. "Jadi sebarang tindakan akan membawa maksud sub judice (menghina mahkamah). Kita terpaksa hanya menunggu keputusan Mahkamah Rayuan," kata Zaiton.Injil dalam bahasa Melayu itu dikenali sebagai Perjanjian Baru, Mazmur dan Amsal. Semalam, Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) mendakwa janji-janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa tiada pengharaman kitab Injil dalam bahasa Melayu, telah tidak dipatuhi oleh pihak berkuasa. CFM, yang merupakan badan gabungan bagi semua kumpulan Kristian di negara ini berkata, Najib pada perjumpaan tahun lalu berkata kitab-kitab berkenaan akan dibenar diagihkan secara bebas sekurang-kurangnya di Sabah dan Sarawak. | ||
Kitab Injil: ABIM minta Najib jelaskan dakwaan badan Kristian Posted: 11 Mar 2011 03:23 AM PST Menurut Setiausaha Agung Abim Mohamad Raimi Ab Rahim, dakwaan Persekutuan Kristian Malaysia itu amat berat dan ia perlu dibuktikan bagi meredakan kegelisahan di kalangan rakyat terutamanya yang beragama Islam. "Abim memandang berat kenyataan yang dikeluarkan Persekutuan Kristian Malaysia yang mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memaklumkan tiada pengharaman dibuat ke atas kitab Injil dalam bahasa Malaysia, kita juga memandang serius kenyataan Persekutuan Kristian Malaysia yang turut mendakwa Perdana Menteri telah menjanjikan pengedaran kitab-kitab tersebut di Sabah dan Sarawak secara bebas. "Sebagai pemerintah eksekutif tertinggi di negara ini, sebarang kenyataan yang dikeluarkan menggambarkan pendirian serta polisi kerajaan mengenai sesuatu perkara, dalam konteks ini, dakwaan Persekutuan Kristian Malaysia ini seakan-akan menggambarkan persetujuan kerajaan untuk pengedaran kitab Injil berbahasa Malaysia dalam negara ini sedangkan tiada sebarang pewartaan rasmi dikeluarkan oleh kerajaan," katanya dalam satu kenyataan. Justeru, Mohamad Raimi berkata pihaknya menuntut penjelasan Najib dalam perkara itu. "Kenyataan yang dikeluarkan Persekutuan Kristian Malaysia ini amat berat dan perlu dibuktikan kepada umum bagi meredakan kegelisahan di kalangan rakyat di samping menjunjung tinggi ketelusan. "Dalam hal ini, Abim menuntut penjelasan terbuka Perdana Menteri mengenai isu ini untuk mengelakkan sebarang kekeliruan serta salah faham yang boleh mengganggu keharmonian hubungan di antara kaum yang ingin dijayakan kerajaan selama ini," katanya. Semalam Pengerusi Persekutuan Kristian Malaysian Biskop Ng Moon Hing berkata kerajaan telah memberikan jaminan bahawa kitab injil dalam Bahasa Malaysia akan digunakan dengan bebas sekurang-kurangnya di Sabah and Sarawak. Katanya, sejak Mac 2009 kesemua usaha untuk mengimport kitab injil dalam Bahasa Malaysia iaitu "Alkitab" sama ada menerusi Pelabuhan Klang atau Pelabuhan Kuching telah dihalang. Jelas Ng, kargo sebelum ini sebanyak 5,000 naskhah Alkitab yang dimport pada Mac 2009 masih ditahan oleh Kementerian Dalam Negeri di Pelabuhan Klang meskipun pelbagai rayuan sudah dibuat. Ng menambah, rayuan itu telah membuahkan hasil apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memutuskan untuk membenarkan naskhah-naskhah yang ditahan di Pelabuhan Klang pada Disember 2009, yang dimaklumkan kepada pemimpin-pemimpin persekutuan oleh beberapa anggota Kabinet dan pembantu mereka. Menurut Mohd Raimi, pihaknya berpendapat kebebasan beragama di negara ini tidak seharusnya melangkaui ketetapan Perlembagaan Persekutuan bahawa agama Islam merupakan agama rasmi negara. "Justeru, sebarang enakmen berkaitan seperti Enakmen Pengawalan Pengembangan Agama yang mengawal pengembangan agama-agama lain ke atas umat Islam harus dipatuhi serta dihormati. "Abim menilai ketetapan-ketetapan yang digariskan dalam lunas perundangan negara merupakan teras keharmonian serta kestabilan di antara masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini," katanya. Tambah beliau, sebarang kekeliruan serta percanggahan yang wujud harus diselesaikan menerusi dialog serta perbincangan tertutup di kalangan wakil-wakil ketua agama. "Abim juga menggesa agar mana-mana pihak tidak memberikan tekanan melampau sehingga melangkaui mana-mana autoriti dalam negara dalam memperjuangkan tuntutan masing-masing terutamanya dalam isu-isu yang sensitif sebegini," katanya. | ||
Proses pilihan raya gagal didik rakyat berfikir kritis Posted: 11 Mar 2011 12:11 AM PST leh: Mat Zain Mat Isa Barisan Nasional (BN) sekali lagi menepati jangkaan awal apabila berjaya meningkatkan majoriti kemenangan calon-calonnya di dua pilihan raya kecil yang berlangsung serentak, Ahad lalu. Dalam pertarungan di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Merlimau, Melaka, calonnya Roslan Ahmad menewaskan calon PAS, Yuhaizad Abdullah dengan majoriti 3,643 undi. Roslan, yang juga anak bekas Ahli Parlimen BN, Dato' Ahmad Ithnin dan anak saudara bekas Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Abu Zahar Ithnin, memungut 5,962 undi. Manakala Yuhaizad mengutip 2,319 undi. Kemenangan itu sekaligus melonjakkan majoriti BN sebanyak 1,489 undi berbanding 2,154 undi pada 2008. Di Dun Kerdau, Pahang pula, calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad mengalahkan calon PAS, Hassanuddin Salim dengan majoriti 2,724 undi. Ia juga lonjakan 1,109 undi bagi BN berbanding 1,615 undi majoriti diraihnya pada 2008. Syed Ibrahim mendapat 5,060 undi, manakala Hassanuddin memperolehi 2,336 undi. Tidak syak lagi kejayaan itu disambut penuh gembira para pemimpin dan segenap lapisan pendukung BN. Berbagai ungkapan dan luahan dapat didengar dan dibaca lewat berbagai saluran media. Kesemuanya merakamkan pujian dan tanggapan positif terhadap BN. Kemenangan berganda parti itu dianggap bukti rakyat yakin dengan kepimpinan negara. Bahawa segala perancangan dan pembangunan dicanangkan BN telah menambat hati rakyat untuk terus bersama parti itu. Ia juga didakwa bukti pengundi di kedua-dua kawasan pilihan raya itu menolak segala isu dan isi kempen dikemukakan pakatan pembangkang, khususnya PAS. Bahawa parti-parti pembangkang tidak diyakini rakyat untuk membawa perubahan dan meneruskan pembangunan negara sekiranya diberi peluang. Sementara kesemua pihak terlibat dengan proses demokrasi itu bakal menerima seadanya apa yang dianggap keputusan dibuat pengundi secara telus dan adil, dan hasil itulah yang diraikan BN sebagai pencapaian membanggakan untuk partinya, jangan kita lupa bahawa proses sepenting itu hanya tidak lebih sebagai ulangan episod serupa yang telah pun puluhan kali berlangsung sebelum ini. Ia bukan suatu kesimpulan politik luar biasa atau di luar jangkaan. Kemenangan dan kekalahan itu juga bukan bakal menjadi keadaan mutlak yang tidak mungkin berubah hingga bila-bila. Sering disebutkan medan pilihan raya kecil tidak boleh dijadikan ukuran sebenar kekuatan BN atau kelemahan pembangkang. Suasana dan natijah itu besar kemungkinan bakal berubah apabila berlangsungnya pilihan raya umum. Namun seperkara yang kurang diberikan perhatian tetapi dirasakan tidak wajar diremehkan ialah sejauh manakah proses yang berlangsung selama berminggu itu berjaya meninggalkan kesan positif terhadap perkembangan pemikiran rakyat? Dalam ertikata lain, apakah tindak-tanduk dan perlakuan politik kedua-dua parti bertanding sedikit-sebanyak membantu pertumbuhan minda lebih kritis di kalangan rakyat, khususnya penduduk di dua kawasan terbabit? Secara jujur wajar diakui bahawa berdasarkan nilaian luaran perkara itu tidak begitu terhasil. Sekurang-kurangnya kita boleh menegaskan bahawa ucapan dan tindakan para pemimpin parti, laporan dan sorotan media arus perdana serta analisa dan ulasan pelbagai pihak mengenai berbagai sudut perjalanan pilihan raya itu keseluruhannya tidak membantu pembentukan warga yang berfikiran lebih cerdik dan matang. Perhatikan saja isu-isu disumbatkan kepada pengundi, terutamanya dari pihak BN selaku penyandang kerusi dan penguasa pemerintahan kedua-dua negeri serta Pusat. Keseluruhan taktik dan strategi BN mengekalkan sokongan pengundi berkisar kepada isu pembangunan dan curahan kebendaan. Untuk itu, sama ada di Merlimau atau di Kerdau, agenda kempen BN tidak sunyi dari manipulasi kuasa ke atas berbagai agensi dan jabatan. Secara tiba-tiba kesemua agensi itu menjadi anggota kempen BN dan turun menghulurkan berbagai bantuan kepada sektor sasaran di kalangan pengundi. Malangnya, kebaikan dan keprihatinan menggunung yang wujud secara tiba-tiba itu gagal dinilai secara kritis oleh rakyat. BN sebaliknya berjaya menguasai segala alat propaganda dan saluran media bagi membentuk persepsi kononnya keprihatinan bermusim itulah yang terbaik untuk diterima rakyat. Rakyat tidak dididik untuk menyatakan pendirian lebih tegas agar tidak dipermainkan parti pemerintah dengan janji-janji yang gagal ditunaikan sejak bertahun lamanya. Terlalu kecil jumlah mereka yang mempersoalkan kenapa hanya apabila berlaku pilihan raya baru BN berusaha secepat kilat menyelesaikan tuntutan itu dan ini. Mulut mereka malah seakan dihalang untuk bersuara secara lebih kritis apabila secara tak semena-mena disumbat BN dengan limpahan "nikmat" segera. Hampir tidak ada masalah, yang sekian lama tidak selesai, tidak dapat diselesaikan BN. Hampir tidak ada tuntutan dan permintaan yang tidak segera ditunaikan BN. Segalanya berlaku bagaikan permainan silap mata! Malangnya, perlakuan yang sepatutnya dinilai sebagai memperbodoh dan memperkotak-katikkan pemikiran rakyat ini gagal dianggap sebegitu, terutama oleh para pengundi di dua kawasan tersebut. Lebih teruk, keputusan dua pilihan raya itu sebaliknya didakwa bukti rakyat menyokong slogan BN melabelkan parti lawan sebagai pihak yang menabur fitnah dan pembohongan. | ||
Tsunami Mac 2008 terbukti masih bersisa Posted: 11 Mar 2011 12:06 AM PST Oleh Lanjusoh "TIADA sesiapa pun yang mampu mendabik dada terhadap keputusan pilihan raya kecil selepas tsunami 8 Mac 2008. Umno tidak boleh bersikap hidung tinggi," ujar pegawai pencen sambil menikmati nasi di sebuah kedai di pinggir Kota Bharu. Sambil meneguk 'milo tunggeng' katanya, Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) masing-masing menang lapan pilihan raya kecil. BN menang di Parlimen Batu Sapi, parlimen Hulu Selangor, Dun Galas, Dun Tenang, Dun Bagan Pinang, Dun Batang Ai, Dun Kerdau dan Merlimau. Ujarnya lagi kalau hendak dimegah pun kerana BN berjaya merampas kerusi di Galas dan Hulu Selangor. Manakala kerusi lain sekadar mengekalkan kedudukan lama. Begitu juga PR mampu berbangga kerana berjaya merampas kerusi parlimen Kuala Terengganu dan parlimen Sibu. Pilihan raya kecil lain iaitu di Permatang Pauh, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Penanti, Manek Urai dan Permatang Pasir kekal tidak berubah dengan parti lama. Berdasar kepada 16 pilihan raya kecil yang diadakan PR dapat mengukuhkan kedudukan di kawasan bandar yang tidak banyak undi pos. Buktinya PR diterima pengundi di Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan Sibu. BN pula lebih banyak bergantung tuah undi pos dan Melayu Felda. Kawasan yang ada Felda memberi Umno bonus percuma, antaranya Tenang, Kerdau dan Hulu Selangor. Undi pos pula membantu Umno di Bagan Pinang. Manakala undi masyarakat Orang Asal menjadi senjata berkesan BN di Galas. Kalau diamati pertaruhan sebenar antara BN dan PR hanya benar-benar berlaku di Kuala Terengganu, Manek Urai, Bukit Gantang, Bukit Selambau, dan Sibu. Permatang Pauh dan Penanti sudah dimaklumi kubu KeADILan. Begitu juga di Permatang Pasir sudah banyak penggal diwakili PAS. Umno dan BN seperti sukar digugat di Tenang, Merlimau, Kerdau, Batang Ai dan Batu Sapi. Kawasan berkenaan pengundi masih diselimuti tradisi lama. Mereka tidak mahu melakukan transformasi, jauh sekali mahu menjejaki reformasi. Berdasar kepada fenomena tersebut, ia memberi makna 16 siri pilihan raya kecil selepas Mac 2008 memperlihatkan lanskap politik baru tidak banyak berubah. Mungkin boleh dikatakan momentum tsunami pilihan raya umum ke-12 masih bersisa. Umno dan BN hanya mampu menghela nafas lega apabila ada kekosongan kerusi berlaku di kawasan majoriti pengundi Melayu. Felda merupakan kawasan deposit tetap bagi Umno. Oleh itu bagi melihat kekuatan sebenar politik muktahir antara BN dan PR perlu ada satu lagi pilihan raya kecil. Carilah mana-mana wakil rakyat yang sering berulang alik ke hospital. Pilihan raya kecil edisi ke-17 mungkin boleh memberi sedikit jawapan. Namun syaratnya, kawasan berkenaan tidak diliputi Felda, pengundi pos atau Orang Asal. Bagaimanapun tempoh edah pilihan raya kecil hanya tinggal sebulan lagi sekiranya berlaku kekosongan selepas ini. Namun bagi mencari parti mana yang diterima rakyat juga boleh diukur prestasi pilihan raya negeri Sarawak tidak lama lagi. Sekiranya BN mampu mempertahankan 62 kerusi Dun, bermakna tiada polarisasi baru politik di Sarawak. Begitu juga seandainya PR kekal dengan sembilan kerusi daripada 73 kerusi Dun Sarawak. PR kelihatan ada ruang sekiranya Tan Sri Taib Mahmud meneruskan hasratnya memimpin Sarawak selepas pilihan raya negeri ke-10 ini. Tahun ini sudah menghampiri 30 tahun Taib menduduki kerusi empuk di Petrajaya. Taib mendapat suntikan semangat muda daripada isterinya, Puan Sri Ragad Kurdi, 28. Taib, pemimpin lama yang berdarah muda seperti menyinga apabila ada sindiran menganggap beliau sebagai liabiliti kepada BN Sarawak. Beliau marah apabila akhbar Semenanjung yang proUmno menyamanya dengan Tan Sri Wan Mokhtar Wan Ahmad di Terengganu. Taib tersinggung terhadap laporan itu. Ekoran itu dilaporkan penyokongnya berhimpun menyambut beliau ketika pulang ke Kuching selepas bercuti di luar negara tahun lepas. Pada sambutan kepulangannya itu beliau dilaporkan memberitahu "saya sudah fikirkan betul atau tidak khidmat saya masih diperlukan negeri. Walau pun keluarga tidak suka melihat saya tidak berehat degan menikmati kehidupan bersama, mereka bersetuju kami sekeluarga tidak boleh menghampakan hasrat rakyat Sarawak. "Perjuangan kita sudah berjaya, namun orang tidak mahu bercakap mengenainya," ujar Taib lagi. Benarkah begitu. Jawapan ada pada pengundi di Sarawak. Isu kedua, kemelut membelit Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP). Masyarakat Cina dikatakan sudah muak dengan 'aksi' bercakaran sesama sendiri. Masalah dalaman parti berusia 50 tahun itu memberi ruang DAP merampas kerusi parlimen Kuching pad a pilihan raya umum lalu. SUPP juga gagal di enam kerusi Dun majoriti pengundi Cina. Kegagalan SUPP terbukti lagi apabila gagal mempertahankan parlimen Sibu pada pilihan raya kecil 16 Mei tahun lepas. DAP lebih diminati pengundi Cina kerana keberanian wakil rakyatnya menyuara masalah rakyat di Dun atau parlimen. Sedangkan tugas itu seperti gagal dipikul SUPP. Ketiganya isu hak tanah adat Bumiputera (NCR) yang gagal diselesaikan kerajaan BN sejak zaman berzaman. Isu tersebut menjadi senjata penting buat PR. Kerajaan BN gagal menangani masalah terbabit sehingga ke hari ini. Cuma tahun lepas kerajaan Sarawak dikatakan baru memberi perhatian apabila melulus peruntukan RM20 juta bagi mengukur tanah NCR. Di seluruh Sarawak terdapat lebih 30,000 hektar tanah NCR di 27 kawasan. Malangnya ia belum lagi diukur. Namun dalam tempoh edah pilihan raya negeri sekarang, sudah parti isu NCR tidak mampu diselesaikan Taib. Ini peluang terbuka buat PAS, KeADILan, DAP dan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP). Biar pun cuba diungkitkan masalah pengagihan kerusi oleh media proBN, namun PR di Sarawak kelihatan semakin serasi. Berlainan dengan Parti Cinta Malaysia (PCM). Parti baru itu masih lagi dalam kesamaran. Biar pun begitu PCM mengharap dapat mengembang sayap ke kawasan majoriti kaum Iban termasuk di Kakus, Sri Aman, Saratok, Engkilili dan Serjan. Bagi penganalisis politik Sarawak, Dr Jeniri Amir landskap dan percaturan politik negeri di bumi Kenyalang itu sudah banyak berubah. "Semakin ramai golongan muda akan mengundi. Rakyat juga semakin sedar dan kritikal terhadap pemimpin. Mereka masih ingat janji pemimpin pada pilihan raya umum lalu," tulisnya dalam akhbar tempatan lebih setahun lalu. Bagaimana pun kekekurangan kemudahan asas, geografi luas dan berbukit bukau, tidak mudah untuk pengundi di luar bandar mengintai parti lain. Lagi pun jentera kempen PR tidak mungkin mampu menjejaki ke seluruh pelusuk pedalaman Sarawak dengan mudah. BN pastinya mengeksploit seluruh jentera kerajaan. Namun sekiranya PR mampu menarik simpati pengundi di kawasan bandar dan pinggiran, sudah cukup untuk meletihkan Taib dan BN Sarawak. Lagi pun Taib yang ada hari ini bukan segagah dahulu. Cuma hatinya agak berjiwa muda. "Usahkan hendak jaga hati rakyat, kehendak isteri muda pun sudah membuatkan Taib termengah-mengah," ujar seorang guru dari Petrajaya. |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan