Jumaat, 11 Mac 2011

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Tsunami Jepun : Angka Korban Dijangka Terus Meningkat

Posted: 11 Mar 2011 04:41 PM PST







Ditulis oleh nurul fahimah abdul malik


JEPUN 11 MAC : Setakat ini seramai 60 terkorban manakala 39 hilang dalam kejadian gempa bumi dan tsunami melanda Jepun yang terburuk dalam jangkamasa lebih 100 tahun. Namun angka ini dijangka akan meningkat kerana usaha mencari dan menyelamat masih berjalan.

Dalam kejadian pada kira-kira 2.46 petang tadi waktu Jepun, gempa bumi dengan kekuatan 8.9 skala richter menggegarkan negara menyebabkan tsunami dianggarkan setinggi sepuluh meter.

Mengikut laporan Agensi Atom Antarabangsa, empat buah rektor nuklear di negara itu dihentikan operasinya serta merta berikutan gempa kuat itu.

Keadaan itu juga dilaporkan menyebabkan kebakaran dan tanah runtuh. Pusat penapisan di Chiba berhampiran Tokyo juga dilaporkan sedang terbakar.

Sementara itu lebih 50 buah negara mengeluarkan amaran tsunami sebagai langkah berjaga-jaga.

Di Rusia pihak berkuasa melaporkan lebih 11,000 dipindahkan daripada kawasan persisir pantai.

Sementara itu Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) ke Lapangan Terbang Narita dan Lapangan Terbang Haneda di Tokyo hari ini tergendala berikutan gempa bumi kuat yang melanda perairan timur laut Jepun.

Bagaimanapun, penerbangan MH52 ke Lapangan Terbang Kansai di Osaka malam ini akan diteruskan mengikut jadual pada 11.50 malam.

Pengurus Perhubungan Awam MAS Su Wong berkata penerbangan MH70 pagi ini dariKuala Lumpur ke Narita telah pun dilencongkan ke Taipei.

Semua penumpang dan anak kapal MAS di lapangan terbang yang terjejas di Jepun berada dalam keadaan selamat, kata beliau menerusi satu kenyataan hari ini.

Dalam kenyataan yang sama, Pengarah Operasi MAS Kapten Azharuddin Osman berkata syarikat penerbangan itu telah menerima notifikasi daripada pihak berkuasa

Lapangan terbang untuk menggantung semua penerbangan keluar dan masuk di Lapangan Terbang Narita serta Lapangan Terbang Haneda.

Bilik Operasi Wisma Putra [Gempa Bumi Di Jepun]: 03-88874570, 03-88892746, 019-2784566, 03-88892830, 03-88892380,03-88884770

Arab dan Zionisme

Posted: 11 Mar 2011 04:24 PM PST

Apa yang sebenarnya sedang berlaku di Timur Tengah hari ini? Kenapa anak-anak muda di negara negara Arab bangun melawan dan menjatuhkan ketua dan kepala negara mereka?

Para pembaca yang budiman – kita jangan tersalah baca dan tersalah tafsir. Semua ini berlaku kerana wujudnya hukum-hukum sosial dan syarat-syarat politik yang telah dan sedang memangkin berjuta juta rakyat Arab untuk bangun menunjuk perasaan dan menghumbankan kepala-kepala negara mereka.

Jangan risau dan jangan sangsi gerakan jalan raya ini juga akan sampai ke Tanah Semenajung. Sama seperti Revolusi Iran pada tahun 1979 dahulu – Revolusi Sungai Nil ini juga akan mengubah politik dunia. Revolusi ini pasti akan mempengaruhi anak-anak muda di seluruh dunia.

Bukti kenyataan diatas telah mula muncul. Apa yang sedang berlaku di Mesir dan di negara-negara Arab kini boleh ditonton dan dihayati oleh rakyat dunia. Ledakan turun ke jalan raya ini telah sampai juga ke Wisconsin di Amerika. Kini kaum buruh di Wisconsin telah menaikkan sepanduk – Kita Bersama Tunisia dan Mesir.

Sepanduk ini sedang membakar semangat ribuan buruh yang sedang berdemo minggu lalu di Wisconsin. Inilah demo yang paling besar yang pernah diadakan di Amerika. Kali terakhir demo besar seperti ini hanya berlalu di zaman Perang Vietnam pada tahun tahun 60-an. Inilah kali pertamanya kaum buruh di Amerika cuba mengadakan mogok nasional semenjak tahun 1950-an.

Mogok dan tunjuk perasaan besar ini adalah jawapan ke atas rancangan kaum pemodal yang merancang untuk melupuskan terus gerakan dan kesatuan buruh di Amerika. Dalam keadaan ekonomi gawat kaum pemodal Amerika melalui parti Republikan dan Demnokrat telah cuba untuk memecah-mecahkan kesatuan buruh. Tetapi suasana di Timur Tengah telah membakar semangat kaum buruh Amerika dan kini mogok besar sedang dirancang.

Apa sebenarnya hukum sosial dan syarat politik yang menjadikan rakyat Arab bangun serentak hingga mempengaruhi rakyat dunia?
Untuk memahaminya, kita wajib kembali kepada zaman sesudah Perang Dunia Pertama. Perang ini telah melunturkan pengaruh Empayar Ottoman dan memunculkan British sebagai kuasa imperial utama. Empayar Ottoman tidak ada kekuatan untuk menjaga tanah-tanah jajahan dari Istanbul hingga ke Rabat. Banyak tanah jajahan terlepas dari kawalan Khalifah Ottoman.

Morocco jatuh ke bawah pengaruh Sepanyol, Libya ke bawah pengaruh Itali, Tunisia dan Algeria menjadi tanah jajahan Perancis dan Mesir jatuh ke tangan British. Syria dan Lebanon dipengaruhi oleh Perancis. British mewujudkan keluarga Saud pada tahun 1932 di Semenajung Arab. Iraq dan negara Teluk dipecah-pecah untuk tujuan – pecah dan perintah. British, sebagai kuasa kolonial telah mengadu domba satu negara Arab dengan yang lain.

Kolonialisme wujud hasil daripada perkembangan kapitalisma. Latar belakang kolonialisme ialah pasaran dan pemasaran. Kuasa imperialis dan kaum pemodal memerlukan bahan mentah dari negara tanah jajahan. Negara kolonial juga mahu mereka yang di jajah menjadi pembeli dan pengguna produk yang telah dibuat. Hukum dan syarat ini tidak pernah berubah.

Pada tahun 1938 - dunia Arab berubah – minyak telah ditemui di Saudi Arabia. Penemuan minyak di Saudi ini telah menjemput banyak
syarikat-syarikat minyak dari luar negara untuk mencari gali. Akhirnya minyak bukan hanya terdapat di Saudi, malah telah ditemui di Negara Teluk, Iran, Iraq, Libya, Mesir dan Aljeria. Emas hitam telah membawa kekayaan tetapi dibelakang kekayaan ini ialah bencana dan malapetaka.

Sesudah penemuan minyak, sistem ekonomi kapitalis telah menjadikan bahan bakar petroleum ini sebagai bahan asas untuk mengembangkan sistem ekonomi kapitalis. Petroleum menjadi bahan yang amat strategik. Pengkaji sejarah akan mengetahui bagaimana Perang Dunia Ke Dua meletup berpunca dari perebutan bahan bakar petroleum ini.

Jerman telah dipinggir kerana kalah dalam Perang Dunia Pertama. Jerman tidak memiliki sebuah pun telaga minyak dan telah ketingalan dalam perlumbaan untuk menakluk tanah Arab. Ekonomi Jerman tidak mungkin berkembang tanpa minyak. Hitler mengambil keputusan untuk melancarkan perang.

Justeru, apabila perang pecah Hitler telah mengarahkan agar dibuat satu kereta - Volkswagen - yang tidak menggunakan air agar dapat
menyeberang padang pasir untuk merampas telaga-telaga minyak di negara-negara Arab yang dimiliki oleh British. Justeru bahan bakar petroleum inilah yang menjadi hukum dan syarat yang menjadikan suasana di Tumur Tengah terus hangat dan menggelodak semenjak 60 tahun lalu hingga ke hari ini.

Sesudah Perang Dunia Kedua tamat, kuasa imperial British telah mengalami kemerosotan ekonomi. Kuasa British kini sama seperti kuasa Ottoman dahulu. Negara-negara tanah jajahan telah menuntut kemerdekaan. India – tanah jajahan terkaya British telah merdeka tahun 1947. Di Tanah Melayu Parti Komunis Malaya telah mengangkat senjata memburu kuasa imperialis Britsih bermula pada 20 Jun 1948. Di Kenya gerakan Mau Mau pada tahun 1952 telah juga mengangkat senjata melawan British. Kuasa imperialis Bristish dipukul hebat. Keadaan British ketika itu sama seperti kuasa imperialis Amerika yang sedang di pukul oleh rakyat Iraq dan Afghanistan sekarang.

Kuasa imperial British amat licik dan berpengalaman dalam menjajah. British memiliki strategi berjangka panjang. Justeru pada tahun 1948 British telah bersekongkol dengan kuasa imperialis baru – Amerika Syarikat – untuk mendirikan apa yang dipanggil Israel - di bumi Palestin. Israel sebenarnya telah ditanamkan ke dalam dunia Arab. Tujuan penubuhan negara Israel ini adakah untuk memastikan satu pangkalan tentera yang tersusun rapi akan terus menerus wujud di Timur Tengah. Pangkalan tentera ini bertujuan untuk menjaga dan mengawal telaga minyak. Israel akan menjadi mata-mata dan soldadu kepada kuasa imperil Anglo-Amerika.

Israel telah dipersenjatai oleh kuasa imperial Anglo-Amerika. Hari ini Israel bukan sahaja memiliki bala tentera terbesar dan tercanggih, malah memiliki bom nuklear. Semua ini untuk memastikan negara-negara Arab pengeluar minyak tidak akan berani melakukan seperti apa yang telah dilakukan oleh Presiden Nasser - memilik-negarakan Terusan Suez pada tahun 1956 dan Raja Feisal - menutup aliran minyak dari di eksport pada tahun 1974.

Dari strategi berjangka panjang kuasa imperial Anglo-Amerika telah menjadikan semua negara Arab ini sebagai tanah jajahan baru. Negara-negara Arab ini menjadi pelanggan untuk kuasa imperial Anglo-Amerika. Pemimpin mereka wajib dipersenjatai dan diwarwarkan sebagai pemimpin yang berkaliber. Dalam masa yang sama Israel sebagai ' hantu' akan terus menakut nakutkan negara negara Arab ini. Apabila negara Arab takut maka tidak dapat tidak, negara Arab akan membeli senjata dari Britain atau Amerika atau Perancis.

Selama 40 tahun inilah strategi yang telah dilakukan oleh kuasa imperialis. Mereka memunggah minyak dan gas dari negara Arab. Hasil duit minyak dan gas ini akan digunakan oleh negara Arab untuk membeli senjata. Senjata ini dikatakan untuk mempertahankan diri dari Israel.

Kuasa Anglo-Amerika mendukung terus negara-negara Arab ini. Amerika atau Britain tidak pernah sekali pun berani mengkritik Arab Saudi walaupun saban minggu ada kepala yang dipancung di hadapan masjid sesudah sembahyang Jumaat. Segala bentuk pencabulan hak asasi berlaku di Arab Saudi. Tetapi Amerika, Britain dan negara Eropah tidak ambil 'pot'. Pencabulan hak asasi hanya dilihat berlaku di Iran kerana Iran tidak mahu menjadi barua Amerika.

Manakala regim Mubarak adalah contoh budak suruhan Amerika yang amat setia. Amerika telah bersekongkol dengan regim Mubarak untuk menahan dan menyeksa pejuang dan para mujahid Mesir. Senjata-senjata yang dibeli ini terbukti bukan untuk melawan Israel tetapi untuk menindas rakyat sendiri. Regim-regim Arab ini menjadi lembik dan tunduk kepada semua kehendak kuasa Anglo-Amerika. Justeru bila Amerika menyerang Iraq, semuanya menganggukkan kepala tanda bersetuju. Hari ini tidak ada lagi negara Arab yang berani bersuara tentang Palestin.

Kenapa regim Arab ini tunduk dan takut? Jawapannya cukup senang. Ini kerana kesemua regim Arab ini tidak memiliki mandat dari rakyat. Dari Maghribi hingga ke Negara Telok – pemimpin, sheikh dan malikul negara negara Arab dinaikan ke atas tahta bukan kerana sokongan orang ramai tetapi kerana didukung oleh kuasa imperialis Anglo-Amerika. Malah keluarga diraja Saudi dan Jordan sendiri diwujudkan oleh British.

Memang betul ada setengah negara, seperti Mesir, Jordan, Iraq atau Syria telah mengadakan pilihanraya – tetapi semuanya sandiwara untuk menipu orang ramai. Bayangkan 97.6 peratus menyokong Mubarak atau Basheer Al-Assad apabila pilihanraya dijalankan. Pembuangan undi kadangkala sampai ke 85 peratus. Angka-angka ini menakjubkan untuk menjadi lawak seram. Manakala warga Arab di Teluk dan di Arab Saudi langsung tidak tahu apa itu memilih perwakilan.

Apa yang jelas di sini, kontradiksi utama ialah dia ntara warga Arab dengan regim regim Arab yang telah menjadi perkakas Amerika dan Israel. Penentangan warga Arab ini juga bermakna mereka menentang Amerika dan regim zionis Israel. Amerika dan zionis Israel selama ini selesa apabila warga Arab ini tidak bersuara dan tidak berani menyuarakan tuntutan adil rakyat Palestin. Semua ini akan berubah.

Walaupun tidak dilihat satu tanda apa pun untuk menyatakan bahawa tunjuk-tunjuk perasaan ini ialah untuk Palestin. Tetapi dalam ruang lingkup yang luas, tunjuk perasaan ini bersifat anti-imperialis dan anti-zionis. Ini kerana regim yang di lawan itu semuanya barua kepada imperialisma Anglo-Amerika dan zionis Israel. Melawan Mubarak , Ben Ali, Bani Saud, Al-Makhtoum sama seperti melawan kuasa Amerika dan zionis Isreal.

Hukum dan syarat yang memangkin pejuangan ini semakin jelas apabila dunia luar dapat membaca tuntutan dan langkah-langkah yang akan diambil setelah Mubarak atau Ben Ali berundur. Kita akan lihat satu kontradisi baru akan muncul. Kuasa imperial Anglo-Amerika akan memastikan regim zionis Israel selamat. Kuasa imperial juga akan memastikan aliran minyak tidak terputus.

'Doktor Dalam Rumah': Memoir Propaganda, Tidak Layak Dirujuk

Posted: 11 Mar 2011 05:51 AM PST

Ditulis oleh nurul fahimah abdul malik



11/03/2011 Share


Memoir 'Doktor Dalam Rumah' nukilan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad dipenuhi dengan fakta- fakta yang tidak betul dan dihasilkan hanya untuk memulihkan kreadibilitinya yang terhakis teruk semasa pemecatan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998.

Ahli Parlimen Gopeng, Lee Boon Chye berkata Dr Mahathir menulis apa yang mahu ditulis sahaja dan tidak menulis apa yang sepatutnya ditulis.

"Memoir Mahathir ini bukan sekadar memoir, ia adalah agenda politik untuk memulihkan integriti beliau yang telah hancur dalam gerakan reformasi tahun 1998," ujar Boon Chye.

"Ini bukan memoir yang kredibiliti, sebab ada fakta- fakta yang tidak betul. Ada perkara yang beliau sebut bukan fakta tetapi perkara yang disebut untuk kepentingan politik," katanya.

Beliau berkata, jika dilihat amalam tokoh politik di luar negara, mereka akan menubuhkan satu pasukan bagi menyelidik dan mengesahkan kesahihan dan kebenaran setiap apa yang ditulis.

Ia bagi memastikan hasil naskah memoir itu berkreadibiliti dan berintegriti.

"Kalau kita lihat memo yang ditulis oleh ahli politik diluar negara, bukan setakat seseorang itu menulis apa yang patut ditulis, tetapi ada satu pasukan yang ditubuhkan bagi menyelidik dan mengesahkan apa yang dicakap itu betul," katanya lagi.

Sebaik sahaja naskah memoir Doktor Dalam Rumah dilancarkan, pelbagai kritikan dibuat terhadap kesahihan setiap fakta yang diutarakan Mahathir.

Malangnya banyak yang ditulis adalah tidak betul faktanya. contohnya kes dsai dan hubungannya dengan bekas Perdana Menteri singgapura, Lee Kwan Yuew. Begitu juga dengan akta ISA.

Terdahulu, dakwaan Mahathir berhubung Anwar pernah dibekalkan dengan dengan 4 wanita untuk hubungan seks, dibidas pelbagai pihak.

"Dua daripada mereka enggan mengadakan hubungan seks, tetapi yang dua lagi bersetuju. Mereka sudi untuk bercakap kepada polis dan kepada saya tetapi berkeras tidak mahu muncul di mahkamah untuk memberi keterangan," dakwa Mahathir.

Mahathir berkata bahawa 2 wanita itu menolak untuk mengadakan hubungan seks, manakala 2 lagi bersetuju. Namun mahathir berkata, beliau berkeras enggan ke mahkamah untuk memberi keterangan.

Dakwaan liar itu disusuli dengan penafian Anwar yang menyifatkan tuduhan Mahathir itu dibuat semata- mata mahu menutup penyelewengan yang dilakukannya semasa memegang tampuk pemerintahannya.

Pandangan Anwar turut disokong Lee, yang menyifatkan memoir Mahathir ini tidak lebih dari sekadar propaganda semata- mata.

"Ini bukan satu bahan yang boleh dirujuk sebagai bahan sejarah tetapi sekadar propaganda mahathir," tambahnya lagi.

Kes Anwar : Jude langgar peraturan polis dan Jabatan Kimia, kata peguam

Posted: 10 Mar 2011 11:35 PM PST

11/03/2011





KUALA LUMPUR 11 MAC : Pegawai Penyiasat, Timbalan Penguasa Jude Pereira tidak mematuhi prosedur Jabatan Kimia mahupun Polis Diraja Malaysia ketika menyimpan 12 spesimen yang diserah oleh pihak hospital termasuk pakaian yang dirampas daripada pengadu Saiful Bukhari Adzlan.

Jude akur beliau melanggar prosedur Jabatan Kimia Malaysia dengan menyimpan bahan bukti itu dalam peti simpanan pejabatnya dan bukan peti ais.

Manakala Jude melanggar peraturan polis dengan tidak memastikan semua sampel itu mempunyai maklumat tepat seperti tarikh ujian dijalankan, kata peguambela Sankara Nair.

Sankara yang menyoal Jude berkata, walaupun mendapat arahan daripada doktor HKL yang memeriksa Saiful untuk menyimpan bahan bukti dalam peti sejuk, Jude membuat keputusan menyimpan dalam kabinet besi di pejabatnya.

"Dr Siew ada beritahu untuk letak spesimen dalam peti sejuk, adakah kabinet besi itu peti sejuk?" tanya Sankara.

"Saya langgar arahan (prosedur) tapi saya memutuskan sendiri. Peti sejuk di stor telah penuh dan saya ingin menjaga keselamatan spesimen tersebut lalu menyimpan dalam kabinet besi pejabat saya," jelas Jude.

Kes Anwar: Selain Najib, Rosmah Turut Beri Kenyataan Polis

Posted: 10 Mar 2011 11:05 PM PST

11/03/2011









KUALA LUMPUR 11 MAC : Polis mengambil keterangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Rosmah Mansor berhubung aduan Saiful Bukhari Azlan atas dakwaan kononnya beliau diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jun 2008, pegawai penyiasat kes itu mendedahkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Timbalan Penguasa Jude Pereira berkata beliau merakamkan kenyataan daripada Rosmah dan Najib. Perdana Menteri berjumpa dengan Saiful pada 24 Jun 2008, empat hari sebelum Saiful membuat laporan polis terhadap Anwar.

Keterangan Jude bahawa Rosmah turut terbabit dalam siasatan polis mengejutkan mahkamah. Najib yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri pada mulanya menafikan beliau menemui Saiful tetapi kemudian mengaku berbuat demikian apabila perjumpaan itu didedahkan dalam media alternatif.

"Saya ada ambil kenyataan daripada Rosmah pada 17 Julai 2008," kata beliau di hadapan Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah.

Hadirin yang berada di dalam mahkamah terkejut dengan maklumat tersebut.

Peguam Karpal Singh kemudiannya mengarahkan Jude untuk mengesahkan kenyataan beliau.

"Ada" kata Jude.

Sebelum itu, Jude mengakui tidak ada cubaan merekodkan kenyataan Anwar susulan laporan polis Saiful sehingga Ketua Pembangkang ditangkap pada 16 Julai 2008.

Jude juga mengakui Anwar diberikan notis untuk memberi keterangan tetapi waran tangkap dikeluarkan terhadap Mantan Timbalan Perdana Menteri itu walaupun beliau ketika itu dalam perjalanan ke Balai Polis untuk memberi keterangan.

"Seksyen 112 adalah untuk merekodkan kenyataan, bukan untuk menangkap Anwar. Jadi kenapa Anwar ditangkap?", tanya Karpal.

Jude berkata beliau memohon waran itu atas pertimbangannya sendiri tetapi tidak pula menjelaskan asas-asas tindakannya itu.

Pengawai kanan polis itu terus menimbulkan kecurigaan apabila memeberitahu mahkamah beliau tidak pernah mengarahkan mana-mana petugas lokap D9 IPKKL supaya tidak menyentuh barang-barang di dalam lokap.

Sebelum ini, petugas-petugas lokap yang dipanggil ke mahkamah sebagai saksi mengesahkan Jude sememangnya mengeluarkan arahan sedemikian.

Kredibiliti Jude terus tercemar apabila Karpal mengeluarkan laporan rasmi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia yang membuat perakuan bahawa pegawai polis itu memberi keterangan palsu berhubung siasatan badan berkenaan ke atas penahanan lima peguam tanpa waran tahun lalu.

3 DNA Dalam Dubur: Saiful tidak tahu

Posted: 10 Mar 2011 11:04 PM PST

Ditulis oleh Edi Suleiman
11/03/2011


KUALA LUMPUR 11 MAC : Pengadu Saiful Bukhari Adzlan hari ini enggan mengakui beliau mengadakan hubungan sejenis dengan lebih daripada seorang berasaskan bukti DNA Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Ketua Pendakwaraya, Yusof Zainal Abiden pula membuat kejutan apabila tiba- tiba meminta Hakim Zabidin Mohd Diah untuk menarik balik keputusan tidak membenarkan barangan yang dirampas dari lokap Anwar dijadikan bahan bukti.

Zabidin sebelum ini mengishtiarkan sehelai tuala, berus gigi dan botol minuman air mineral diperolehi secara haram oleh polis pada Julai 2008 untuk ujian DNA terhadap Anwar.

Selepas menegaskan pihaknya tidak akan merayu keputusan hakim itu, Yusof berkata hari ini beliau tetap mahu keputusan itu di tarik balik.

Malah beliau mahukan perintah mahkamah untuk mewajibkan Anwar memberikan sampel DNA baru, sesuatu yang dibantah oleh peguambela Karpal Singh.

Zabidin akan mendengar hujah penuh kedua- dua pihak Isnin depan.

Sebelum itu, Saiful dipanggil semula ke kandang saksi oleh Karpal.

Saiful ditanya mengenai keterangan pakar Doktor Seah Lay Hong yang mengesahkan ada tiga sampel DNA berlainan dijumpai di dubur Saiful.

Saiful menafikan beliau diliwat oleh lebih daripada seorang tetapi tidak dapat menjelaskan hasil penemuan tiga DNA berlainan di kawasan duburnya.

Saiful turut memberitahu mahkamah beliau tidak mandi tetapi hanya membilas badan pada 26 Jun hingga 28 Jun 2008 sebelum menjalani pemeriksaan doktor.

"Saya ada bilas badan saya pada 26 hingga 28 di rumah iaitu selepas kejadian dan keesokkan harinya," kata Saiful.

Tiada ulasan: