Sabtu, 26 Mac 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Video seks: Asri ajak rakyat tolak pemimpin politik suka selak kain orang lain

Posted: 26 Mar 2011 04:28 AM PDT

TERKINI

KUALA LUMPUR— Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata rakyat perlu menolak semua pemimpin politik yang "suka menyelak kain" orang lain dengan sanggup "menghalalkan apa sahaja" demi kepentingan politik mereka.

"Marilah kita bermufaraqah atau meninggalkan segala pelakon atau watak yang selekeh dan rela menghalalkan apa sahaja untuk kepentingan politik mereka.

"Tanpa mengira parti, mereka mesti diusir dari pemainan bodoh ini. Kita tentang semua pelakon politik yang suka menyelak kain orang," kata beliau dalam tulisannya merujuk kepada perkembangan semasa skandal pendedahan rakaman video seks awal minggu ini.

Tokoh agama yang menjadi tumpuan Umno dan PAS sebelum ini berkata, tidak kira kerajaan atau pembangkang rakyat telah dijadikan "penonton bodoh" yang seakan merelakan apa sahaja watak yang mereka lakonkan.

Sehubungan itu katanya, politik kita memerlukan nafas baru dan dibersihkan daripada golongan yang jijik dan kotok.

"Kita perlukan politik idea, bagaimana dan cara membangunkan umat dan rakyat agar hidup berdisiplin, bermaruah dan bertamadun. Bukan cerita-cerita bodoh seperti ini," kata Mohd Asri.

Negara dikejutkan dengan pendedahan rakaman video seks, yang dikaitkan dengan seorang pemimpin kanan Pakan Rakyat, di hotel Carcosa Seri Negara Isnin lalu oleh lelaki yang mengelar dirinya "Datuk T".

Dua hari kemudian misteri di sebalik "Datuk T" yang mengemparkan negara dengan pendedahan sebuah klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks itu terjawab apabila Datuk Shazryl Eskay Abdullah, seorang ahli perniagaan mengaku bahawa beliaulah yang menunjukkan video itu kepada media terpilih Isnin lalu.

Pendedahan itu dibuat pada satu sidang media bersama bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik.

Shazryl juga mendedahkan bahawa "Datuk T" sebenarnya bermakna "trio" iaitu beliau sendiri, Rahim dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim, yang tidak hadir pada persidangan akhbar Rabu lalu.

Shazryl dan Rahim mengulangi pendirian "Datuk T" bahawa mereka mahu sebuah suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menentukan kesahihan video tersebut untuk membuktikan pelaku seks dalam rakaman itu adalah seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat.

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dinamakan sebagai lelaki dalam rakaman video seks menafikan penglibatannya, sebaliknya mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein ada kaitan dengan pendedahan tersebut.

Bagaimanapun Najib yang juga Presiden Umno menafikan dakwaan itu malam tadi.

Dalam tulisan kali ini, Mohd Asri berkata, Muslim hendaklah mengelakkan diri dari terlibat dalam kes-kes seperti ini dan isu semasa menjadi pengajaran kepada semua parti politik.

"Manusia-manusia yang rendah nilai dan maruah sanggup untuk terbabit dalam hal seperti ini sejak lama dahulu. Mereka ini ada dalam Umno, PKR dan PAS," kata beliau sambil menambah, sedangkan Allah berfirman "wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang dan janganlah setengah kamu mengumpat antara satu sama lain."

Kata beliau, dalam budaya manusia tiada nilai agama dan tamadun berakhlak, isu keaiban peribadi dijadikan mainan golongan yang selekeh.

Oleh itu katanya, maka muncullah kisah seks dan skandal peribadi tokoh politik itu dan ini sebagai senjata beracun membunuh musuh politik masing-masing.

"Dalam Islam, perbuatan mendedahkan keaiban peribadi sebagai senjata politik adalah perbuatan yang dilarang oleh Allah dan rasul-Nya. Ia haram.

"Hanya mereka yang jahil nas-nas agama sahaja yang menyangka itu adalah suruhan syarak. Malangnya praktik ini telah diamalkan oleh ramai tokoh dan penceramah politik sejak dahulu lagi di negara kita ini," katanya.

Kata beliau, sama ada PAS, Umno dan PKR ramai individu dalam parti-parti itu telah terbabit dalam perkara yang diharamkan oleh syarak ini.

"Tuduhan seks, arak, kaki judi dan seumpamanya sudah menjadi ringan di lidah mereka. Bahkan kadangkala mereka menghina rupa ciptaan Allah yang ada musuh-musuh politik mereka seperti mengatakan si botak, gagap, hidung besar, mamak dan lain-lain. "Mereka melanggar pantang larang agama dalam berpolitik. Wabak inilah sedang memakan diri mereka sendiri. Mereka yang tiada etika dan akhlak telah dan akan terus terbabit dalam hal ini," ujar beliau.

Mengenai desakan diadakan suruhanjaya, Mohd Asri berpendapat bahawa tiada keperluan menubuhkan suruhanjaya khas bagi kes-kes maksiat peribadi kerana pendekatan sedemikian hanya akan membazirkan harta rakyat.

Video seks: PKR kecam laporan Utusan dakwa Anwar ‘hilang’ hampir dua jam

Posted: 26 Mar 2011 04:25 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER


Paparan skrin Facebook menunjukkan catatan mesej pada pukul 10.40 malam 21 Februari lalu. — Imej ihsan sekretariat PKR

KUALA LUMPUR — PKR menafikan dan mengecam laporan Utusan Malaysia edisi hari ini, yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim 'hilang' kira-kira dua jam pada 21 Februari lalu — hari aksi seks melibatkan pemimpin pembangkang dengan pelacur asing dirakamkan, sebagai "satu fitnah."

Pengarah Strateginya Mohd Rafizi Ramli berkata, laporan itu berniat jahat, yang hanya bertujuan untuk menyambung fitnah dan serangan ke atas Anwar dan Pakatan Rakyat.

"Ia tidak berasas dan hanya memetik satu penulisan blog seorang pimpinan bawahan Pemuda Umno yang diketahui umum sering menimbulkan fitnah terhadap Pakatan Rakyat," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Kata beliau, tembelang Utusan Malaysia yang melambangkan rendahnya kawalan mutu kewartawanan terdedah apabila ia menyiarkan dakwaan blog tersebut bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak membuat sebarang pesanan tweet ke akaun Twitternya kononnya pada masa rakaman itu berlaku.

Dalam kenyataan itu, beliau turut menyertakan bukti dari petikan skrin akaun Facebook Anwar menunjukkan beliau menghantar pesanan ke akaun Twitter dan disambut oleh pengikutnya pada 21 Februari lalu, iaitu:

- 1040 malam: "Inshaallah"
- 1049 malam: "That's dsNajib's plan. Our task: pursue reform agenda"
- 1050 malam: "Varsity students: Conscience of the majority"
- 1052 malam: "Modus operandi of rogue leaders"
- 1058 malam: "Bisa"
- 1103 malam: "Waras"
- 1103 malam: "Ada ruang bias ja"
- 1105 malam: "Ngak. Tapi ada sampaikan kuliah diUGM"
- 1108 malam: "RT @gst183 Revolution is the festival of d oppressed"

"Masa yang dicatatkan di Facebook adalah dua minit lebih lambat dari masa pesanan sebenar di akaun Twitter kerana menggunakan khidmat 'Selective Tweets'.

"Oleh yang demikian, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghantar sembilan pesanan ke akaun Twitternya di antara pukul 10.38 hingga 11.06 malam," kata Rafizi lagi.

Katanya, pada masa itu jugalah iaitu antara 10.20 hingga 10.41 malam kononnya seorang yang mirip dengan wajah beliau dirakam sedang melakukan hubungan seks di sebuah bilik.

"Semua laporan setakat ini oleh mereka yang telah menonton rakaman tersebut tidak menyebut mengenai si pelaku sedang melakukan seks sambil memegang telefon untuk menghantar pesanan ke akaun Twitter," jelas beliau.

Malah Rafizi juga berkata pesanan-pesanan yang dihantar dan dilampirkan disini juga jelas adalah pesanan yang dibuat oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim kerana lenggok bahasa dan interaksinya dengan pengikut-pengikutnya yang diketahui umum.

"Oleh yang demikian, mustahil si pelaku yang dirakam di dalam video adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.

Rafizi berkata mereka mendakwa bahawa ada perbezaan masa di antara laman Facebook dan laman Twitter iaitu pesanan yang dirakam di laman Facebook adalah sejam lebih lambat dari masa di laman Twitter.

Justeru katanya, ia adalah pembohongan besar yang direka-reka semata-mata kerana sudah jelas bahawa Anwar berada di rumah dan berinteraksi melalui Twitter pada masa yang didakwa.

"Saya sertakan dua petikan skrin yang diambil dari laman Twitter dan Facebook Datuk Anwar yang menunjukkan bahawa pesanan yang dibuat melalui laman Twitter akan dihantar ke laman Facebook dua minit kemudian.

"Maka, pesanan yang dibuat pada pukul 12.22 tengah hari 26 Mac 2011di laman Twitter mengenai rakaman penuh pidato Datuk Seri Anwar di Taman Melawati dicatat waktunya sebagai 12.24 tengah hari 26 Mac 2011 di laman Facebook," katanya lagi.

Oleh itu kata beliau, penjelasan-penjelasan ini sudah cukup untuk membuktikan kepada rakyat Malaysia betapa hinanya Utusan Malaysia yang tanpa segan silu menyiarkan fitnah tanpa usul periksa, asal dapat menyebarkan dakyah tuan punyanya iaitu Umno.

"Dengan pendedahan ini, PKR mendesak Utusan Malaysia memohon maaf dan sekiranya enggan berbuat demikian, PKR akan mempertimbangkan tindakan lanjut untuk diambil terhadap Utusan Malaysia dan penulis blog Umno tersebut," katanya.

Dalam laporannya, Utusan Malaysia mempersoalkan di mana Anwar berada antara pukul 9.20 sehingga 11.38 malam pada 21 Februari apabila satu video seks yang didakwa melibatkan pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur dari China dirakamkan.

Dakwa akhbar tersebut, itu antara persoalan yang timbul apabila Anwar yang mengadakan sidang akhbar pada 22 Mac lalu menolak dakwaan yang menyatakan beliau terbabit dalam aksi video seks tersebut.

Menurut akhbar itu, penulis blog Minda Intelek Melayu (M.I.M), Dr. Novandri Hasan Basri menimbulkan persoalan yang mana pada sidang akhbar itu Isnin lalu, tidak ada seorang pun mengaku berada bersama Anwar ketika tarikh dan waktu video seks itu dikatakan dirakamkan.

"Malah isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail hanya menjawab ringkas dengan menyatakan rasa terkejut dengan skandal terbaru suami beliau," katanya di dalam blog http://novandri.blogspot.com.

Menurut Datuk T yang mendedahkan rakaman video seks Isnin lalu ia dirakamkan di sebuah hotel di ibu negara pada 21 Februari lalu.

Ku Li: BN boleh menang di Sarawak tapi majoriti besar sukar

Posted: 26 Mar 2011 04:22 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

Ku Li berkata ada kemungkinan besar dia akan ke Sarawak untuk membantu jentera pilihan raya negeri itu.
GUA MUSANG— Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yakin Barisan Nasional (BN) kekal memerintah Kerajaan Negeri Sarawak pada pilihan raya negeri itu 16 April ini.

Bagaimanapun, kata beliau, hanya untuk mendapat majoriti besar mungkin sukar berikutan penduduk kawasan bandar itu kurang memberi sokongan kepada BN disebabkan terpengaruh dengan isu pembangkang.

Ini pilihan raya negeri pertama selepas tsunami politik ketika pilihan raya umum ke-12 tiga tahun lalu.

"BN mendapat sokongan kuat daripada penduduk luar bandar negeri itu kerana masih memerlukan banyak pembelaan daripada kerajaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Umno cawangan Lebir di sini, hari ini.

Dipetik Bernama, Tengku Razaleigh berkata, pandangan awal mengenai kedudukan pilihan raya negeri Sarawak itu diperolehi daripada rakan-rakan yang sudah pergi ke sana menjelang hari penamaan calon 6 April ini.

Dewan Undangan Negeri Sarawak menawarkan 71 kerusi.

"Saya juga mungkin akan pergi ke sana bagi membantu jentera pilihan raya negeri berkenaan dan ingin melihat sendiri kedudukan sebenar kekuatan BN," kata Ketua Umno Gua Musang itu.

Sebelum itu, ketika berucap, beliau berkata, kerajaan BN mampu melakukan apa sahaja untuk kemajuan rakyat di seluruh negara termasuk di Kelantan untuk membawa kesenangan.

Katanya, kedudukan kampung luar bandar juga seperti Gua Musang turut diberi tumpuan untuk melaksanakan pelbagai kemudahan seperti jalan perhubungan dan kemudahan asas yang lain.

Video lucah dan dosa politik

Posted: 26 Mar 2011 04:18 AM PDT

Oleh Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Dalam budaya manusia yang tiada nilai agama dan tamadun berakhlak, isu keaiban peribadi dijadikan mainan golongan yang selekeh. Maka muncullah kisah seks dan skandal peribadi tokoh politik itu dan ini sebagai senjata beracun membunuh musuh politik masing-masing.

Dalam Islam, perbuatan mendedahkan keaiban peribadi sebagai senjata politik adalah perbuatan yang dilarang oleh Allah dan rasul-Nya. Ia haram

Hanya mereka yang jahil nas-nas agama sahaja yang menyangka itu adalah suruhan syarak. Malangnya praktik ini telah diamalkan oleh ramai tokoh dan penceramah politik sejak dahulu lagi di negara kita ini.

Sama ada PAS, Umno dan PKR; ramai individu dalamp arti-parti itu telah terbabit dalam perkara yang diharamkan oleh syarak ini. Tuduhan seks, arak, kaki judi dan seumpamanya sudah menjadi ringan di lidah mereka.

Bahkan kadang-kala mereka menghina rupa ciptaan Allah yang ada pada musuh-musuh politik mereka seperti mengatakan si botak, gagap, hidung besar, mamak dan lain-lain. Mereka melanggar pantang larang agama dalam berpolitik.

Wabak inilah sedang memakan diri mereka sendiri. Mereka yang tiada etika dan akhlak telah dan akan terus terbabit dalam hal ini.

Sedangkan Nabi SAW bersabda: "Sesiapa yang menutup (keburukan) seorang muslim, Allah tutup (keburukannya) di dunia dan akhirat." (Riwayat Muslim).

Aib peribadi

Islam melarang didedahkan aib peribadi yang tidak membabitkan kezaliman terhadap orang lain. Aib peribadi seperti zina, minum arak, berjudi dan seumpamanya hendaklah ditutup semampu mungkin.

Jika hendak didakwa, hendaklah di mahkamah dan bukan untuk tontonan orang ramai. Pun begitu, Islam mengetatkan syarat saksi dan proses penyaksian. Bagi kes zina, jika gagal dipenuhi syarat, penuduh boleh dijatuhkan hukuman qazaf.

Tujuannya, untuk mengelakkan perangai suka menuduh dan mendedahkan aib peribadi orang lain. Sebab itu penzina dihukum 100 sebatan dan yang menuduh tanpa empat orang saksi 80 sebatan. Angka yang hampir bagi menunjukkan kesalahan menuduh tanpa empat orang saksi - sekalipun mungkin benar - adalah berat di sisi agama.

Firman Allah (maksudnya): "Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik. (Surah al-Nur: Ayat 4).

Nabi SAW sendiri mengelakkan agar aib itu didedahkan, bahkan disuruh bertaubat secara sendirian; dengan solat dan istighfar.

Dalam riwayat Muslim, seorang lelaki datang kepada Rasulullah dan berkata:

"Wahai Rasulullah, aku mengubati seorang wanita di hujung bandar. Aku telah melakukan kepadanya (seks), cuma aku tidak menyetubuhinya. Inilah aku, maka hukumlah aku apa yang engkau mahu. Lalu 'Umar (Ibn Khattab) berkata kepadanya: Allah telah tutupi keaibanmu jika engkau menutupi dirimu. Nabi s.a.w tidak berkata apa-apa. Lalu lelaki itu bangun dan pergi. Nabi SAW menyuruh seorang lelaki memanggilnya dan membaca kepadanya firman Allah (maksudnya) Dan dirikanlah sembahyang pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari malam. Sesungguhnya kebaikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat (Surah Hud ayat 114). Maka ada seorang bertanya: Wahai Nabi Allah, ini khas untuknya sahajakah? Jawab Nabi SAW: Bahkan untuk manusia keseluruhannya."

Bukan bukti Asas

Rakaman video bagi kes maksiat peribadi tidak boleh dijadikan asas bukti. Bagi kes zina hendaklah dengan empat orang saksi. Tiada keperluan untuk pencarian bukti sampingan. Itu soal dosa insan dengan Allah bukan dengan orang lain.

Jika ia terlepas, mahkamah Allah di mahsyar tetap ada, atau mungkin dia bertaubat. Tiada pihak yang rugi atau untung melainkan dirinya sendiri.

Kata Dr Yusuf al-Qaradawi mengenai usaha mencegah kemungkaran:

"Kemungkaran itu mesti nyata dan dilihat. Adapun jika pelakunya melakukannya secara sembunyian dari pandangan manusia dan menutup pintu rumahnya, maka tidak seorang pun boleh mengintipnya atau merakamnya secara diam-diam dengan menggunakan alat elektronik atau kamera video atau menyerbu rumahnya untuk memastikan kemungkarannya. Inilah yang ditunjukkan pada lafaz hadis 'barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya...."

Dikaitkan kewajipan mengubah itu dengan melihat atau menyaksikan kemungkaran. Tidak dikaitkan dengan mendengar tentang kemungkaran dari orang lain. Ini kerana Islam tidak menjatuhkan hukuman kepada orang yang mengerjakan kemungkaran secara bersembunyi dan tidak menampakkannya.

Diserahkan hanya kepada Allah untuk menghisabnya pada hari kiamat. Hisab ini bukan menjadi wewenang seseorang di dunia. Sehinggalah dia melakukannya secara terang-terangan dan menyingkap keaibannya.

Bahkan hukuman Ilahi itu lebih ringan bagi orang menutupi kemungkarannya dengan menggunakan tabir Allah dan tidak menampakkan kederhakaannya sebagaimana yang disebutkan dalam hadis sahih (bermaksud):

"Setiap umatku diberikan keampunan kecuali orang-orang yang menampakkan (dosanya)" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Justeru, tiada seorang pun mempunyai wewenang untuk menjatuhkan hukuman terhadap kemungkaran-kemungkaran yang dilakukan secara sembunyian. (Al-Qaradawi, Min Fiqh al-Daulah fi al-Islam, hal 124, Kaherah: Dar al-Syuruq).

Berbeza Dengan Kes Kezaliman

Ia berbeza dengan kes jenayah terhadap lain seperti bunuh, curi, rompak, rogol, diliwat secara paksa, rasuah dan seumpamanya. Kes-kes ini perlu dibongkar dan diambil tindakan demi keadilan terhadap mangsa.

Rakaman dalam kes-kes ini perlu diusahakan. Islam mengizinkan, bahkan menyuruh didedahkan bahaya atau kezaliman yang dilakukan yang boleh memudaratkan orang ramai dan rakyat. Jika ada perasuah, atau perompak, atau perogol maka hendaklah diberi amaran kepada orang yang mungkin menjadi mangsa.

Itu pun hendaklah atas asas bukti yang kukuh, bukan sekadar andaian. Demikian juga boleh mendedahkan kepada pihak yang berkaitan seperti hakim, pengundi dan orang awam tentang kezaliman yang boleh menimpa diri atau orang lain.

Firman Allah (maksudnya): "Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dizalimi, dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan, atau menyembunyikannya, atau kamu memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Berkuasa". (Surah al-Nisa: Ayat 148-149).

Tidak Perlu Suruhajaya

Tiada keperluan menubuhkan suruhanjaya khas bagi kes-kes maksiat peribadi. Ini hanya akan membazirkan harta rakyat. Al-Imam al-Ghazali (meninggal 505H) dalam kitabnya Ihya 'Ulum al-Din telah menyebut mengenai rukun-rukun perlaksanaan Hisbah.

Hisbah bermaksud perlaksanaan al-Amr bi al-ma'ruf (menyuruh kepada makruf) apabila ia nyata ditinggalkan, dan al-Nahy 'an al-munkar (pencegahan kemunkaran) apabila ia nyata dilakukan.

Rukun ketiga yang disebut oleh al-Imam al-Ghazali ialah:

"Hendaklah kemungkaran tersebut zahir (jelas) kepada ahli hisbah tanpa perlu melakukan intipan. Sesiapa yang menutup sesuatu kemaksiatan di dalam rumahnya, dan mengunci pintunya maka tidak harus untuk kita mengintipnya. Allah Ta'ala telah melarang hal ini. Kisah 'Umar dan 'Abd al-Rahman bin 'Auf mengenai perkara ini sangat masyhur. Kami telah menyebutnya dalam kitab Adab al-Suhbah (Adab-Adab Persahabatan). Begitu juga apa yang diriwayatkan bahawa 'Umar RA telah memanjat rumah seorang lelaki dan mendapatinya dalam keadaan yang tidak wajar. Lelaki tersebut telah membantah 'Umar dan berkata: Jika aku menderhakai Allah pada satu perkara, sesungguhnya engkau telah menderhakai-Nya pada tiga perkara. 'Umar bertanya: Apa dia? Dia berkata: Allah Ta'ala telah berfirman (maksudnya): Jangan kamu mengintip mencari kesalahan orang lain. Sesungguhnya engkau telah melakukannya. Allah berfirman (maksudnya: Masukilah rumah melalui pintu-pintunya. Sesungguhnya engkau telah memanjat dari bumbung. Allah berfirman: (maksudnya): Janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya). Sesungguhnya engkau tidak memberi salam. Maka 'Umar pun meninggalkannya... Maka ketahuilah bahawa sesiapa yang mengunci pintu rumahnya dan bersembunyi di sebalik dindingnya, maka tidak harus seseorang memasuki tanpa izin daripadanya hanya kerana ingin mengetahui perbuatan maksiat. Kecuali jika ia nyata sehingga diketahui oleh sesiapa yang berada di luar rumah tersebut." (Al-Ghazali, Ihya 'Ulum al-Din, 3/28, Beirut: Dar al-Khair 1990).

Ingatan

Muslim hendaklah mengelakkan diri dari terlibat dalam kes-kes seperti ini. Ia menjadi pengajaran kepada semua parti politik. Manusia-manusia yang rendah nilai dan maruah sanggup untuk terbabit dalam hal seperti ini sejak lama dahulu.
|
Mereka ini ada dalam Umno, PKR dan PAS. Sedangkan Allah berfirman (maksudnya):

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha mengasihani." (Surah al-Hujurat: 12).

Bangkit generasi baru

Marilah kita bermufaraqah atau meninggal segala pelakon atau watak yang selekeh dan rela menghalalkan apa sahaja untuk kepentingan politik mereka. Tanpa mengira parti! Mereka mesti diusir dari pemainan bodoh ini.

Kita tentang semua pelakon politik yang suka mengelak kain orang. Tak kira kerajaan atau pembangkang. Kita dijadikan 'penonton bodoh' yang seakan merelakan apa sahaja watak yang mereka lakonkan.

Politik kita memerlukan nafas baru dan dibersihkan dari golongan yang jijik dan kotor ini! Kita perlukan politik idea, bagaimana dan cara membangunkan umat dan rakyat agar hidup berdisiplin, bermaruah dan bertamadun. Bukan cerita-cerita bodoh seperti ini!

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin merupakan bekas mufti kerajaan Perlis. Tulisan ini adalah pendapat peribadi penulis.

Saf Anti Fitnah (SAF)

Posted: 26 Mar 2011 04:16 AM PDT

Oleh Mohd Azmi Abdul Hamid

Kami pada hari ini 26hb Mac 2011 mengumumkan pelancaran Saf Anti Fitnah (SAF) . Sehingga pelancaran hari ini kami dianggotai oleh NGO berikut : TERAS , SHURA , PAKSI , Budayawan Bertindak , SALIMAH , Kelab GADIS –SALIMAH ,ISRA (Insititut Penyelidikan dan Pengembangan Syariat ,MBWM( Majlis Bertindak Wanita Islam Malaysia) , Pusat Tassawur Islam Perak, Jaringan Kuliah Dhuha Perak , Muafakat Perubuhan Islam Kedah (WEHDAH), (JAMA'IY) Jaringan Muafakat Pertubuhan Islam Perak.

Kami mengambil inisiatif ini adalah berdasarkan perkembangan politik tanah air yang sangat memprihatinkan kami.

Kami menyatakan ketegasan dan bantahan keras kami terhadap gejala berkembangnya budaya politik fitnah yang kini sudah menjadi amalan sebahagian ahli politik Negara. Beberapa hari yang lalu muncul lagi isu video seks yang didalangi oleh sekumpulan ahli polItik yang mengelar diri mereka Datuk T .

Kami berpendirian bahawa isu fitnah seks yang nampaknya menjadi-jadi dinegara ini bakal menghunjam negara dan rakyat ini ke kancah kehancuran dan kehinaan yang tidak akan boleh dirawat jika ia tidak dibentaras dari sekarang.

Implikasinya amat berat kerana jika budaya politik begini terus menjadi wajah politik tanah air ia bukan sahaja akan menjadikan Negara ini bahan ketawa seluruh dunia malah akan menjadikan bangsa Melayu dan Islam dihina .

Pemerhatian kami mendapati kini ujud ahli politik dan pihak-pihak yang berkepentingan terlalu ghairah untuk mempertahankan kuasa walaupun dengan cara yang kotor.

Malang sekali ia semacam mendapat restu pihak yang berwewenang dan mereka yang menjadi musuh politik antara parti yang memberi komen yang tidak bertanggungjawab bertujuan untuk mempengaruhi sikap dan pemikiran khalayak awam. Sementara pendalang fitnah dilihat sebagai pahlawan moral , pihak media tertentu pula secara sengaja turut memanaskan fitnah terhadap tertuduh sebagai suatu berita murahan hanya untuk melariskan akhbar.

Natijahnya seluruh rakyat diheret kedalam kekacauan pemikiran yang tidak karuan sehingga politik tanah air dilihat sarat dengan isu-isu yang penuh dengan adegan cantas-mencatas dan fitnah-menfitnah.

Amalan saling menjatuh dan mengaibkan seteru politik melalui apa cara sekalipun sehingga sanggup berkonspirasi dengan isu perlakuan seks ,sudah sangat keterlaluan dan berunsur jahat.

Kami berpendirian sesungguhnya fitnah merupakan satu elemen yang cukup bahaya, apatah lagi fitnah yang membabitkan pertarungan untuk mendapat kuasa politik.

SAF diujudkan adalah bertujuan untuk mengabungkan tenaga NGO Islam dengan para ulama bagi mengemblengkan tenaga melancarkan perang keatas budaya dan konspirasi fitnah dalam Negara semada dalam aspek sosial , budaya , ekonomi mahupun politik.

SAF berhasrat untuk mengujudkan kesedaran kepada rakyat mengenai bahaya fitnah dan akibatnya dan bagaimana rakyat tidak boleh bertoleransi dengan fitnah , konspirator fitnah , pencanang dan penyebar fitnah serta segala alat komunikasi dan media yang mempromosi fitnah.

SAF menggariskan pendiriannya dalam usaha memerangi fitnah kepada 4 sikap :

1. Fitnah mesti diperangi habis-habisan

2. Fitnah yang berkait dengan hukum Qazaf dalam Islam mesti dikuatkuasakan 3. Fitnah mesti dibanteras dalam semua budaya hidup masyarakat

4. Fitnah politik untuk menjatuhkan lawan ditolak dan dibantah sekeras-kerasnya.

Kami mewakili suara rakyat Malaysia yang sudah tidak lagi boleh bertolak ansur dengan budaya politik fitnah yang melampau dan berniat jahat.

SAF menuntut mana-mana pihak yang terbabit dengan fitnah yang terbukti bersalah menyebarkan fitnah hendaklah dihukum dengan hukuman yang sejajar dengan peruntukan undang-undang. Jika ia disabitkan bersalah mengikut hukum Qazaf dalam Islam , maka penguatkuasaan undang-undang syariah hendaklah dilaksanakan.

SAF mengumumkan bahawa bermula hari ini kegiatan kempen dan pendedahan terhadap mereka yang menyebarkan fitnah akan diketengahkan kepada masyarakat agar masyarakat menilai keburukan mereka yang terlibat dengan penyebaran firnah.

SAF bersandarkan hujahnya untuk memerangi fitnah berdasarkan sikap dan prinsip Islam mengenai amalan fitnah. Demikian beratnya implikasi fitnah sehingga al-Quran ada menegaskan bahawa fitnah itu lebih dahsyat daripada pembunuhan. (Maksud ayat 191 dan 217 surah al-Baqarah)

Allah berfirman: وَ الَّذِينَ يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَ الْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَانًا وَ إِثْمًا مُبِينًا ) [ الأحزاب : 58 ] .

Orang-orang yang menyakiti mu'min lelaki dan mu'minah wanita mengenai perkara-perkara yang mereka tidak melakukannya maka mereka telah melakukan pembohongan dan dosa yang jelas nyata

و قال جلّ و علا : ( إِنَّ الَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ الْغَافِلاتِ الْمُؤْمِنَاتِ لُعِنُوا فِي الدُّنْيَا وَ الآخِرَةِ وَ لَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ ) [ النور : 23

Orang-orang yang membuat pertuduhan palsu terhadap wanita mu'minah , Muhsanah yang alpa mereka dilaknat di dunia dan di akhirat . Untuk mereka disediakan azab yang sangat besar. Rasulullah bersabda:
وروى أبو داود في سننه و أحمد في مسنده بإسنادٍ صحيحٍ عَنْ ‏ ‏سَعِيدِ بْنِ زَيْدٍ ‏عَنْ النَّبِيِّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ ‏ ‏قَالَ ‏: ( ‏إِنَّ مِنْ ‏ أَرْبَى ‏ ‏الرِّبَا الاسْتِطَالَةَ ‏ ‏فِي عِرْضِ الْمُسْلِمِ بِغَيْرِ حَقٍّ ‏) .

Riba yang paling dahsyat ialah perbuatan menjatuhkan maruah individu muslim lain tanpa asas dan bukti yang benar.

وقال تعالى : ( وَ الَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاءَ فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَ لا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَ أُولَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ ) [ النور : 4 ] .

Orang yang menuduh wanita Muhsanat berzina kemudian tidak menampilkan empat orang saksi yang sah maka deralah mereka dengan lapan puluh kali sebatan . Janganlah terima lagi kesaksian mereka untuk selama-lamanya dan golongan itu adalah golongan orang –orang fasiq

Dengan sanadaran dalil yang kukuh berdasarkan SAF mengambil tanggungjawab untuk mengembleng rakyat supaya bangkit menentang fitnah sehingga ke akar puncanya.

SAF mengesa rakyat diseluruh peringkat berwaspada terhadap fitnah yang disebarkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan politik sempit dan politik penting diri.

SAF menyeru agar para ulama , cendekiawan serta para budayawan yang berpegang kepada prinsip kebenaran dan keadilan memainkan peranan yang aktif dan proaktif agar menjadi pemandu kepada rakyat untuk membentaras fitnah sehingga ke akar umbi. Rakyat harus sentiasa mendapat isyarat yang betul dari para ilmuan supaya budaya fitnah tidak dibenarkan berleluasa dalam Negara ini. Rakyat perlu menilai dengan matang antara politik kebenaran dan politik fitnah.Sudah sampai masanya rakyat menolak dan tidak bertolak ansur dengan politik fitnah demi membangunkan masa depan Negara yang lebih terhormat dan bermaruah.

SAF mengesa semua pihak yang bertanggungjawab dalam penguatkuasaan undang-undang bertegas supaya tindakan menfitnah dihukum mengikut peruntukan yang ada dan tidak tunduk kepada mana-mana pihak yang cuba mengguna kuasa politik untuk kepentingan diri.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Jurucakap SAF

Siapa Percaya Umno Tak terlibat Dalam Fitnah Video Seks Anwar?

Posted: 26 Mar 2011 04:07 AM PDT

Oleh Angkasanuri

Pada peringkat awal penerbitan Video Seks Fitnah yang melibatkan Dato Seri Anwar Ibrahim, pemimpin Umno seperti bersorak dan bertepuk tangan dalam soal ini. Maka keluar kenyataan daripada beberapa orang Menteri dalam Umno yang menambah perisa dengan memburukkan Anwar.

Pada peringkat awal penerbitan Video Seks Fitnah yang melibatkan Dato Seri Anwar Ibrahim, pemimpin Umno seperti bersorak dan bertepuk tangan dalam soal ini. Maka keluar kenyataan daripada beberapa orang Menteri dalam Umno yang menambah perisa dengan memburukkan Anwar.

Nada mereka hampir serupa... Maka sekali lagi berlaku demontrasi di merata tempat di negara ini. Akhbar dan media milik Umno seperti Utusan dan TV3 bergegar-gegar memburukkan Anwar. Anwar dimalu dan diaibkan sedemikian rupa untuk menggambarkan betapa tidak bermoralnya Anwar. Ada yang yang kata ada 18 video lucah, ada yang minta Anwar serah pasport, ada yang kata 110% betul dan tidak kurang juga yang mendesak Anwar meletak jawatan.

Setelah menyerang Anwar dari pelbagai sudut dan dakwaan tak masuk akal tiba-tiba Umno kata mereka tak terlibat! Siapa yang nak percaya? Bermula dari awal sehingga hari ini jelas menunjukkan bahawa Umno dan pemimpin mereka menjadi dalang dalam fitnah video seks ini. Umno seolah-olah cuba cuci tangan apabila isu ini menjadi senjata makan tuan.

Jika tidak berlaku pembongkaran berserta bukti dan saksi saya yakin Umno terus akan menjaja dan menokok tambah untuk memburukkan Anwar. Umno ternyata cukup tertekan dengan isu ini sehingga memaksa Dato Seri Najib semalam menafikan Umno terlibat. Umno kena bertanggungjawab 110% atas tangan dan perbuatan jijik mereka selama ini.

Tunggu sahaja hukuman rakyat pada pilihanraya Negeri Sarawak dan pilihanraya umum akan datang. Terima kasih dan tahniah kepada penerbit dan produser video lucah dalam Umno yang terlibat menjayakan video seks ini. Harap-harap filem ini akan menjadi Box Office memecahkan rekod pecah panggung Rahim Tamby Chik dan Chua Soi Lek!

Mustahil Anwar terlibat

Posted: 26 Mar 2011 04:00 AM PDT

"Pada 21 Februari lalu, saya ada di rumah Anwar"

PASPB

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEismuSzrpR2IKLjJm6GINCe3XjQFWlfm7a_iofxrlBA0rjMxCbWCK_CgSRBTB_8tzRdeWXswB_L1XhPKYYYO_U3xObdTB9shlWPwabUf7qLQZLgKQBWHpbpY5I_X9FcPK-IEx_7f-nXDzPi/s400/25022010249.jpg

KUALA TERENGGANU – "Mustahil Anwar terlibat video salah laku seks memandangkan saya bersama beliau pada petang hari kejadian," demikian kata Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Dungun, Abd Rahman Yusof.

Beliau berkata demi-kian ketika mempersoalkan video salah laku seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

Abd Rahman menganggap isu yang kononnya dibongkar satu kumpulan diketuai Datuk 'T' itu hanyalah fitnah sambil menyifatkannya melampau dan melebihi had.

"Pada 21 Februari lalu, saya ada di rumah Anwar kerana terlibat dengan mesyuarat staf bagi tujuan pengurusan program pada bulan itu dan Mac ini. Jadi bagaimana kejadian tersebut boleh berlaku, sedangkan kami bersama," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Seorang individu menggelari dirinya Datuk 'T' mendedahkan kepada media didakwa rakaman video salah laku seks pemimpin tertinggi PKR di hotel.

Rakaman berdurasi 21 minit itu menunjukkan individu terbabit mengadakan hubungan seks dengan pelacur asing, dirakam pada 21 Februari lalu.

Abd Rahman turut khuatir sekiranya semakin ramai orang Islam di negara ini 'difasikkan' berikutan fitnah yang dilempar terhadap Anwar.

Beliau turut difahamkan bahawa video itu hanya merakam individu dikatakan Anwar dari pandangan tepi, selain bentuk badan tidak menunjukkan bahawa ia adalah Anwar.

"Saya bimbang orang ramai yang percaya dan menyebarkan perkara sedemikian boleh termasuk golongan fasik," katanya.

Maklumat jerebu pun disekat, apatah lagi kebocoran nuklear?

Posted: 26 Mar 2011 03:57 AM PDT

Chan Wei See

Fenomena menyekat maklumat amat biasa dalam industri nuklear, dan rakyat tidak dimaklumkan situasi krisis yang sebenar seandainya berlaku kebocoran radioaktif. Persoalannya di Malaysia, sejauh manakah rakyat yakin bahawa kerajaan kita akan menjamin ketelusan informasi nuklear, sedangkan kerajaan ini sangggup menyekat maklumat ketika jerebu melanda tanahair kita?

Justeru itu, aktivis menentang nuklear menyeru agar rakyat Malaysia meneliti hakikat yang terpampang di depan mata kita, tegas berpegang kepada hak demokrasi - mendesak agar kerajaan mengadakan referendum (pungutan suara) dalam isu pembinaan loji nuklear.

Sungguhpun banyak negara lain mula mengkaji, atau mengetepikan projek pembinaan loji nuklear, ekoran krisis nuklear yang menimpa Jepun; namun tiada petanda menunjukkan bahawa kerajaan Malaysia bakal membatalkan rancangan pembinaan loji nuklear yang dijadualkan pada tahun 2021.

Dalam satu forum berjudul "Igauan Nuklear di Jepun dan untuk Malaysia" (Nuclear Nightmares in Japan and for Malaysia) anjuran kerajaan Selangor di Hotel PJ Hilton pada malam 22 Mac 2011, Presiden Malaysian Physicians for Social Responsibility, Ronald McCoy melontarkan soalan-soalan berikut untuk direnungi bersama.

Radioaktif adalah sesuatu yang tidak dapat dilihat. Bagaimana kita sedar bahawa kita sedang berada dalam keadaan merbahaya? Sampai bilakah keadaan yang merbahaya ini berkekalan? Bagaimana kita menurunkan tahap bahaya yang bakal menimpa diri kita dan keluarga?

Selain itu, apakah ukuran paras radioaktif yang boleh dianggap selamat? Bagaimana kita memperolehi maklumat yang penting ini, agar mengelakkan atau mengurangkan risiko untuk diancam radioaktif? Apakah penyakit yang dibawa kesan radioaktif? Maklumat mana yang boleh kita yakini? Bagaimana kita mengekalkan kehidupan yang sihat, selepas malapetaka nuklear berlaku?

Ronald McCoy (gambar kiri) menganggap soalan-soalan sedemikian adalah sukar untuk dijawab. Seandainya kerajaan dan industri nuklear menyekat informasi yang berkenaan, termasuk maklumat teknikalnya, laporan sains, kajian biologi dan sebagainya, maka adalah lebih sukar untuk soalan tersebut menemui jawapan.

Jepun menyekat maklumat ancaman letupan

Ronald McCoy berkata, penapisan informasi bermula sejak awal pembangunan bidang tenaga nuklear. Industri nuklear memberi persepsi negatif bahawa informasi sentiasa dikawal selama ini. Kepercayaan orang umum terhadap tenaga nuklear menghampiri sifar. Rakyat di British, Amerika Syarikat, Jerman, Russia, Jepun dan negara lain tidak didedahkan kepada kebenaran mengenai nuklear. Malah, Jepun yang sedang bergelut dengan krisis nuklear pun telah lama menyekat maklumat tentang nuklear. Pada tahun 2002, pengurus atasan TEPCO dipaksa untuk meletak jawatan, setelah mendedahkan kebenaran bahawa wujudnya kebocoran radioaktif.

Sumber: Reuters

Selepas malapetaka menimpa loji nuklear Fukushima Daiichi, kerajaan Jepun dan TEPCO melaporkan bahawa hanya berlaku kerosakan yang kecil. Kemudian, barulah dilaporkan bahawa berlakunya kebocoran hidrogen, tetapi pegawai kerajaan tetap mendakwa ia tidak menjejaskan kesihatan. Selepas berlakunya letupan hidrogen, sekali lagi rakyat diberitahu bahawa ia tidak mengancam kesihatan manusia.

Menurut Ronald McCoy, pada hakikatnya, hidrogen yang terbocor mengandungi Tritium. Isotope yang mempunyai hayat separuh selama 13 tahun dan 6 bulan ini boleh diserap tubuh manusia, atau masuk ke dalam badan melalui air minuman, sehingga mengakibatkan keracunan pada bahagian buah pinggang, malah meningkatkan risiko manusia dijangkiti barah.

Beliau berkata, "radioaktif tidak mengancam kesihatan jika berada pada paras rendah" hanyalah mitos yang dicipta oleh kerajaan dan industri nuklear. Pada zaman persaingan nuklear ketika perang dingin, laporan kajian sains yang membuktikan ancaman radioaktif nuklear terhadap kesihatan manusia telah ditapis, malah saintis yang bercakap benar dimasukkan ke dalam senarai hitam. Pada tahun 1994, jawatankuasa eksperimen radioaktif terhadap manusia menyimpulkan bahawa, laporan kajian yang dibuat ketika zaman perang dingin semuanya pernah ditapis dan disunting untuk mengelakkan protes orang awam.

Jadi, muncullah hujah-hujah seperti "adalah sesuatu yang semulajadi untuk manusia hidup dalam keadaan yang mempunyai radioaktif"; "tubuh manusia hanya 'tak kena' apabila tercemar dengan radioaktif berparas tinggi (secara kemalangan, atau kadang-kala)". Namun, menurut laporan yang diklasifikasikan Amerika Syarikat dan Russia, kebocoran radioaktif telah mencemarkan lautan dan darat, dan akhirnya masuk ke dalam rantai makanan dan mengakibatkan krisis kesihatan, misalnya meningkatkan risiko manusia menjangkiti barah, mengancam sistem keimunan badan, mengakibatkan kemandulan, menjadikan penyakit semakin tenat, mengancam pertumbuhan janin dalam kandungan dan sebagainya.

Kerajaan pernah menyekat maklumat jerebu

Setelah mendedahkan fenomena di mana kerajaan di serata dunia menyekat maklumat bersama industri nuklear, Ronald McCoy bertanya kepada hadirin, "Seandainya krisis yang sama berlaku di Malaysia, apa pula reaksi kerajaan Malaysia, menurut ramalan anda?"

"Ingatkah kamu, ketika jerebu menyelubungi Malaysia ekoran kebakaran hutan di Indonesia, apakah reaksi kerajaan ketika itu? Media tidak dibenarkan untuk melaporkan indeks pencemaran udara, kerana ia akan menambat langkah pelancong."

Beliau menambah, banyak pengajaran dalam dunia nuklear sebelum ini. Jadi, negara yang ingin membangunkan nuklear memerlukan masyarakat sivil yang menuntut ketelusan dan integriti, namun kedua-dua elemen ini adalah amat kekurangan di bumi Malaysia. Selain itu, negara yang membangunkan tenaga nuklear memerlukan kerajaan yang jujur dan ikhlas untuk menjamin hak asasi rakyat dan keadilan sistem kehakiman.

Dengan terus-terang Ronald McCoy mengkritik kerajaan Malaysia kerana angkuh, rasuah dan terlalu lama berkuasa. Malah, seperti biasa, kerajaan ini memutuskan untuk membangun tenaga nuklear tanpa mendengar suara yang berbeza. Sesebuah negara yang benar-benar demokratik gagal dibentuk tanpa kehadiran kebebasan media, kebebasan bersuara dan berhimpun.

Malah beliau menyeru agar rakyat Malaysia tegas mempertahankan hak asasi demokrasi, mendesak agar referendum diadakan di seluruh Malaysia oleh badan berkecuali. Malah, Ronald McCoy menyeru agar rakyat Malaysia menubuhkan pakatan untuk menjana gerakan anti-nuklear di peringkat kebangsaan.

Betulkan tiada bencana alam di Malaysia?

Ronald McCoy melontarkan satu lagi persoalan, bahawa keselamatan loji nuklear bergantung kepada kestabilan alam sekitarnya, dan kerajaan bergantung kepada pakar geologi untuk menilai keselamatan tersebut. Namun demikian, banyak juga gempa bumi yang gagal diramalkan pakar geologi. Justeru itu, ia tetap menimbulkan keraguan walaupun kajian geologi menunjukkan bahawa keadaan tanahnya adalah stabil.

Beliau berkata, Malaysia tidak mempunyai masalah gempa bumi, tsunami setakat ini, tetapi negara jiran kita seperti Indonesia dan Filipina berdepan dengan keadaan itu. Pengetahuan kita terhadap geologi tidak lengkap dan tidak sempurna, kita terlalu bergantung kepada pengetahuan sedemikian untuk menentukan di mana binanya projek teknologi yang beracun ini, misalnya loji nuklear.

Ronald McCoy berkata, design basis accident sesebuah loji nuklear adalah berasaskan penilaian geologi. Silap selangkah maka ia bakal mengundang situasi seperti loji nuklear Fukushima Daiichi. Rekaan loji nuklear Fukushima Daiichi boleh menanggung kesan gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter, dan tsunami setinggi 6.7 meter. Namun, gempa bumi di Jepun pada 11 Mac 2011 telah mencecah ukuran 8.9 pada skala Richter, dan impak tsunami yang jauh lebih berkuasa daripada tahap yang boleh ditampungnya. Maka, bencana berlaku dalam keadaan sedemikian.

"Jadi, pakar geologi turut melakukan kesilapan, ada kalanya. Malah ahli politik juga melakukan kesilapan, kerana penilaian mereka tidak semestinya tepat," katanya.

Beliau memberi contoh bahawa gempa bumi berskala 6.3 Ritcher yang berlaku di Christchurch, New Zealand berasal dari satu kuasa yang gagal dikenalpasti. Kuasa ini tidak pernah wujud dari kaca mata pakar geologi, sehinggalah gempa bumi berlaku.

"Pada hakikatnya, adalah sesuatu yang biasa apabila gempa bumi dicetuskan kuasa yang tidak diketahui. Jadi, adalah satu masalah seandainya menilai keselamatan loji nuklear berasaskan ramalan geologi, kerana ia tidak semestinya tepat," tekan Ronald McCoy.

Selain keadaan tanah yang stabil, pembinaan loji nuklear juga memerlukan syarat kestabilan politik. Negara yang mana senario politiknya tidak stabil akan berdepan dengan risiko di mana loji nuklear mungkin dijadikan sasaran serangan pengganas.

*Chan Wei See ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting dari teks asal yang disiarkan pada 23 Mac 2011.

Perbuatan tidak bermoral

Posted: 26 Mar 2011 03:29 AM PDT

SINAR HARIAN ONLINE


KOTA BHARU - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan perbuatan menayangkan rakaman video seks yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin pembangkang bersama seorang pelacur warga China di sebuah hotel kepada pihak media sebagai perbuatan tidak bermoral.

Mursyidul Am Pas itu berkata, lebih memalukan apabila perbuatan itu didalangi tiga 'individu bergelar' dan pernah menjadi pemimpin sebuah kerajaan negeri.

Katanya, beliau berasa amat malu untuk membaca berita mengenai pendedahan skandal terbabit ­kerana ia dilaporkan oleh ­semua media massa di negara ini.

"Saya berasa malu, berasa seolah-olah berada di negara lain. Saya tak tahu kenapa pemimpin yang rata-ratanya berbangsa Melayu dan beragama Islam menjadi individu yang tidak bermoral.

"Kita orang Melayu sudahlah duit tak ada, ilmu tak ada, moral pula hancur. Mana lagi bahagian yang bangsa lain boleh tertarik dengan kita?" katanya kepada pemberita selepas ­menyampaikan kuliah mingguan di Dataran Ilmu, di sini, semalam.

Nik Aziz berkata, pemimpin atau tokoh yang mempunyai gelaran sepatutnya menunjukkan tauladan yang baik, bukan mempamerkan keaiban orang lain.

"Mereka ini diberikan gelaran sedemikian rupa dengan harapan boleh membimbing rakyat, tapi apa yang berlaku adalah ­sebaliknya.

"Kalau pemimpin sanggup buat macam ini, rakyat apa lagi. Seks ini benda yang aib tetapi tiba-tiba ia dipertontonkan kepada umum, macam tak ada ­agama," katanya.

Isnin lalu, rakaman video aksi seks yang dikatakan membabitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri ­Anwar Ibrahim dipertontonkan kepada editor kanan dan wartawan di Carcosa Seri Negara.

Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim ­Tamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim (kumpulan Datuk T) mengakui terlibat dalam pendedahan video terbabit.

Jamil Khir enggan ulas isu qazaf kerana babitkan pihak berkuasa

Posted: 26 Mar 2011 03:27 AM PDT

BERNAMA

ALOR SETAR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, beliau memilih untuk mendiamkan diri dalam isu-isu yang didakwa pihak tertentu sebagai qazaf (tuduhan zina) kerana ia membabitkan pihak berkuasa seperti polis.

Katanya dalam hal itu pihak-pihak yang berkaitan perlu membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

"Mereka kata saya mendiamkan diri. Kalau rasa itu tuduhan bawa kepada polis dan mahkamah yang berkaitan. Hal ini perlu dilaporkan kepada polis," katanya kepada pemberita selepas meraikan konvoi motosikal Pemuda Umno Padang Besar, Perlis di sini hari ini.

Sebuah akhbar yang dikaitkan dengan pembangkang, Fitrah dalam laporannya mengatakan Jamil Khir dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim tidak bersuara dalam isu qazaf seperti tuduhan liwat terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isu video lucah palsu yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang.

Sementara itu, Jamil Khir berkata, fatwa berbeza antara negeri-negeri dalam sesuatu perkara bukanlah sesuatu yang mengelirukan tetapi bagi memperlihatkan pandangan yang luas dalam isu berkaitan.

Katanya, fatwa bukanlah undang-undang, jadi ia tidak akan sampai ke tahap menimbulkan konflik.

Ketika berucap pada majlis itu, Jamil Khir yang juga Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah berkata, trend kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil sejak kebelakangan ini menunjukkan pengundi muda sudah kembali kepada BN.

"Walaupun beberapa pilihan raya kecil yang awal selepas Pilihan Raya Umum 2008 berpihak kepada pembangkang tetapi kini sejak akhir-akhir ini BN pula yang menang. Keputusannya sekarang dah jadi 8-8...seri," katanya.

Baja satukan 'Datuk T', kata pengawal peribadi

Posted: 25 Mar 2011 11:02 PM PDT

Adila Razak

Seorang bekas pengawal peribadi kepada allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob mendakwa 'baja' menyatukan ketiga-tiga individu yang menamakan kumpulan mereka 'Datuk T'. Kumpulan itu juga mengaku bertanggung jawab di sebalik tayangan video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin kanan pembangkang.

NONEMohamad Mahti Abdul Rahim (kanan), 53, dalam penjelasannya berkata ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah memiliki kilang baja, Aman Agroprenuers Sdn Bhd, di Naka, Kedah dan cuba mendapatkan tender bagi membekalkan baja kepada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda).

Mahti yang kini seorang penternak kambing berkata Eskay cuba mendapatkan bantuan daripada pengerusi Risda yang kebetulan adalah bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, bagi mendapatkan tender membekalkan baja.

Menurut sekeping kad perniagaan Aman Agroprenuers yang ditunjukkan oleh Mahti, Datuk Shuib Lazim, seorang bekas senator, adalah penasihat syarikat itu. Semakan di laman sesawang syarikat itu pula menyenaraikan nombor telefon dan maklumat mengenai Eskay.

NONEWalaupun Mahthi membenarkan Malaysiakini melihat kedua-dua belah kad perniagaan itu, beliau tidak membenarkan kami merakamkan gambar pada sebelah satu lagi bagi melindungi identiti beberapa individu.

Menurut Mahti beliau mengetahu perhubungan Eskay dengan Risda apabila pada Januari diminta melobi kepada pegawai atasan Lembaga Penyatuan Dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra).

Dakwanya lagi, Eskay cuba mendapatkan kontrak bagi membekalkan bajanya kepada Felcra tetapi beliau kurang senang dan menarik diri.

"Dia beri saya RM500 untuk perbelanjaan saya. Pengurus dia ada berjumpa tentang baja ini.

NONE"Dia kata jika dapat jual ini bahagian-bahagian yang akan dia bagi pada pegawai Felcra... Bila saya kaji semula ini satu rasuah jadi saya tak setuju dengan apa yang dikemukakan. Saya sms katakan lupakan saja," kata Mahti.

Bekas anggota polis yang kemudiannya menjadi pengawal peribadi itu juga mendakwa beliau memperkenalkan Eskay, yang ketika itu seorang ahli pysioterapi kepada adik-beradik Sidek dalam pasukan badminton negara kepada bossnya ketika itu, Megat Junid pada 1996 apabila beliau memerlukan rawatan terapi.

Berikutan itu, Megat Junid memperkenalkan Eskay kepada perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memerlukan rawatan terapi setelah mengalami kecederaan akibat jatuh dari kuda.

anwar ibrahim and mahathir and the half scenic crooked bridge"Masa itu lah dia kenal dengan (mereka semua). Dia selalu kata Mahathir anggap dia sebagai anak dan Anwar tu abang dia.

"Memang betul yang dia selalu datang ke rumah Megat Junid. Dia kata Megat Junid pun macam ayah dia. Tapi (apabila) Megat Junid sakit selama setahun dia tak datang jenguk sekali pun.

"Ini amat menyedihkan saya," kata Mahti yang berkhidmat kepada timbalan menteri dalam negeri itu selama 16 tahun.

"Sama ada video itu tulen atau tidak, saya tak tahu. Tetapi apa yang berlaku adalah blackmail."

azlanMahti juga ada memberi keterangan bagi Eskay dalam saman ahli perniagaan itu ke atas Merong Mahawangsa Sdn Bhd yang didakwa melanggar perjanjian kontrak.

Eskay sedang menyaman Merong Mahawangsa untuk RM20 juta yang didakwa hutang syarikat itu kepadanya kerana bantuan melobi pegawi kerajaan bagi mendapatkan projek 'jambatan bengkok'.

Video Seks: Konspirasi atau...

Posted: 25 Mar 2011 10:56 PM PDT

Wira Arjuna

Khamis lalu, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shazryl Eskay memberi kenyataan kepada polis Bukit Aman dan juga menyerahkan rakaman video seks dan jam tangan yang didakwa milik lelaki yang beraksi dengan seorang pelacur dalam video berkenaan.

NONEKeseluruhan proses bagi siasatan berhubung video lucah yang cuba dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu hanya mengambil masa kira-kira lima jam.

Secara perbandingan, kes video lucah yang dibawa oleh dua daripada tiga "Datuk T" ini amat berat kerana membabitkan ketua pembangkang dan seperti kata Rahim (tentunya secara sinis), orang yang boleh menjadi perdana menteri Malaysia.

Namun, lima jam sahaja… berbanding dengan soal siasat ke atas pembantu politik DAP Teoh Beng Hock yang berlangsung 10 jam dan tamat kira-kira jam 3.30 pagi di tangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

NONEKes Teoh hanya membabitkan dakawaan salah guna dana kira-kira RM2,000. Kita maklum apa yang berlaku kepada Teoh susulan soal siasat itu dan masih mencari kebenaran bersabit kematian tragisnya.

Lima jam untuk Rahim dan Eskay… berbanding penahanan semalaman yang terpaksa ditempohi oleh Anwar sendiri pada 16 Julai 2008 di lokap Polis Kuala Lumpur, semata-mata untuk memberi kenyataan kepada polis berhubung pertuduhan liwat untuk kali kedua.

Dendam...

Sekali lagi, tidak perlu dihuraikan apa berlaku kepada botol mineral, tuala dan berus gigi yang ditinggalkan oleh Anwar dalam bilik penjara itu.

NONEKhamis lalu juga, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar tidak menolak kemungkinan pihaknya akan menyiasat kes itu di bawah peruntukan undang-undang selain daripada yang membabitkan penayangan filem lucah.

Pembabitan Rahim yang secara langsung mendalangi video lucah sudah pun mencetuskan pelbagai spekulasi yang mengaitkan Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada siri pusingan fitnah terbaru untuk mengaibkan Anwar.

Terpalit dengan tuduhan merogol gadis bawah umur yang memusnahkan karier politiknya pada tahun 1994, Rahim tidak dapat menyembunyikan dendamnya terhadap Anwar atas detik hitam hidupnya itu.

NONEHujah bahawa wujud tangan Umno di sebalik video lucah diperkuatkan dengan laporan Najib menemui Rahim, Eskay dan Bendahari Perkasa Shuaib Lazim di Bangunan Parlimen hari Selasa, selepas identiti DatuK T dibongkar oleh PKR.

Apa pun, polis bukan sahaja harus menjalankan siasatan adil tetapi mesti dilihat menjalankan siasatan secara profesional dan paling penting - adil. Jika tidak, maka akan bergemalah teori polis sekali lagi bersekongkol dengan Umno untuk mencantas Anwar.

Pembohongan...

Tempoh yang agak singkat untuk mengambil keterangan Rahim dan Eskay Khamis lalu sudah pun merangsang pelbagai teori, spekulasi dan perbandingan.

NONEKredibiliti rapuh polis yang sedia ada tidak dibantu dengan keengganan pasukan itu menahan gandingan Datuk T walaupun mereka melakukan jenayah menayangkan filem lucah di Hotel Seri Carcosa Isnin lalu - satu kesalahan yang membawa hukuman penjara tiga tahun.

Seseorang yang mengikuti sidang akhbar Rahim dan Eskay Selasa lalu tentu tertanya-tanya sama ada dalam mengambil keterangan, polis telah memperinci beberapa pembohongan oleh dua individu itu kepada pihak media.

azlanEskay dan Rahim mendakwa wartawan menjadi barisan yang diutamakanuntuk ditunjukkan video itu supaya ada penilaian bebas dan berkecuali mengenai kesahihan rakaman itu.

Malah menurut mereka, video itu juga tidak akan diserahkan kepada polis (ketika itu) supaya tidak ada tuduhan polis berat sebelah dalam siasatan.

Namun, apa yang jelas adalah gandingan Datuk T turut berusaha keras memancing wakil rakyat PKR dan individu berpengaruh dalam parti itu.

NONEJusteru video lucah itu ditunjukan kepada ahli parlimen Sungai Petani Johari Abdul dan Badrulhisham Shahrin, seorang pemimpin pelapis PKR yang berwibawa dan berprinsip, sungguhpun kadang kala tidak sehaluan dengan pimpinan tertinggi parti.

Apabila umpan tidak mengena (Johari dan Badrul yakin orang dalam rakaman itu bukan Anwar) maka tiba-tiba Datuk T bersedia bekerjasama dengan polis, malah Rahim memberitahu media "kalau polis nak ambil seluar dalam kami pun, ambillah."

Nyata polis tidak perlu mengambil seluar dalam Rahim ataupun Eskay (buat masa ini). Namun polis mempunyai tanggungjawab untuk tidak diheret dalam agenda politik mana-mana pihak dan menjalankan siasatan berwibawa, secara professional dan berkecuali.

Kekeliruan jumlah pindaan sebenar Interlok terjawab

Posted: 25 Mar 2011 10:45 PM PDT

Sejumlah 106 pindaan, kesemuanya saranan ahli panel pindaan Interlok edisi murid dikemukakan wakil masyarakat India.



KUALA LUMPUR: Kekeliruaan tentang jumlah pindaan sebenar dalam novel Interlok telah terjawab, kata mantan ahli panel bebas Interlok yang mewakili masyarakat India, Uthaya Sankar SB hari ini.

Beliau menjelaskan sebanyak 106 pindaan akan dibuat ke atas buku Komsas, Interlok edisi murid dengan persetujuan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Uthaya berkata, dari jumlah tersebut, sebanyak 19 pindaan melibatkan sensitiviti masyarakat India, 84 kesalahan bahasa dan fakta manakala enam lagi berkaitan Sasterawan Negara Abdullah Hussain.

Dari 19 pindaan itu, tiga pindaan melibatkan penggunaan kata kasta "Paria", satu berkaitan pemaparan isteri Maniam, satu berkaitan adegan lembu dan satu lagi melibatkan adegan perkahwinan. Terdapat enam pembetulan manakala baki tujuh lagi melibatkan errata.

Beliau memberitahu bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) diarahkan membetulkan kesemua kesalahan bahasa dan fakta dalam mesyuarat panel bebas pada 23 Mac lalu di DBP di sini.

Walau bagaimanapun, secara peribadi Uthaya melahirkan rasa sedih kerana pindaan melibatkan bab cerita masyarakat Melayu dan Cina tidak dikemukakan.

"Sebagai Presiden Kavyan saya berasa sedih kerana pihak yang menyenaraikan "sensitiviti" masyarakat Cina dan Melayu pada 4 Mac lalu menarik balik senarai pindaan mereka," kata Uthaya ketika taklimat Interlok anjuran MIC di Dewan Tan Sri KR Soma pada pagi tadi.

Seorang lagi ahli panel, G Krishnabahawan memberitahu hadirin bahawa pegawai khas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, P Ravin memberi jaminan bahawa Najib akan membaca edisi pindaan sebelum diedarkan.

Masyarakat Melayu, Cina perlu bantah

Isu pendirian MIC yang tidak menentu turut dipersoal hadirin di dalam sesi taklimat kerana pada peringkat awal, MIC bertegas mahu penggunaan novel ini dihentikan tetapi kemudian akur kepada kehendak Muhyiddin untuk melaksanakan pindaan.

Ketua Pemuda MIC, T Mohan memberitahu hadirin bahawa MIC berjaya dalam isu berhubung kontroversi Interlok.

"Kita berjaya kerana semua bahagian cerita yang tidak menyenangkan masyarakat India telahpun dipinda.

Uthaya mengakui bahawa Presiden MIC, G Palanivel dan timbalannya Datuk Dr S Subramaniam meminta agar buku tersebut tidak digunakan semasa pertemuan dengan Muhyiddin.

Berkenaan isu pendirian partinya yang mahu Interlok edisi murid ditarik balik, Mohan berkata: "Desakan untuk penarikan buku tersebut harus datang daripada masyarakat Melayu dan Cina."

Usaha menggugurkan Interlok diteruskan

Bagaimanapun pindaan ke atas Interlok yang mengambil kira pandangan masyarakat India tidak memuaskan hati beberapa pihak.

Pengerusi Badan Bertindak Interlok Kebangsaan (Niat), Dato Haji Thasleem Mohamed bertegas dengan pendirian mahu penggunaan Interlok ditarik balik berasaskan surah Al-Quran.

Sehubungan itu beliau melontarkan cabaran kepada pihak tertentu kerana gagal melihat isu ini dari perspektif agama.

"Saya cabar Muhyiddin, ahli parlimen Melayu – Islam dan Majlis Fatwa Kebangsaan untuk membuktikan bahawa budaya lebih penting berbanding agama."

Beliau turut mengutarakan pandangan bahawa selaras dengan konsep 1Malaysia apa-apa perkara yang sensitif kepada satu kaum sepatutnya sensitif kepada semua kaum kerana kesemua mereka terdiri daripada rakyat Malaysia.

Sehubungan itu, Thasleem memberi jaminan bahawa Niat akan meneruskan usahanya sehingga Interlok digugurkan daripada sukatan mata pelajaran.

Ahli Niat, A Rajaretnam turut senada dengan Thasleem berasaskan hujah bahawa pindaan perkataan tidak mengubah intipati watak dalam novel Interlok.

Ceramah Anwar tergendala; kerusi,batu turut melayang

Posted: 25 Mar 2011 10:43 PM PDT

Kekecohan bermula apabila Anwar yang hanya diberi 15 minit untuk berceramah diheret polis keluar turun dari pentas.



GOMBAK: Pelancaran Kempen Tolak Kes Fitnah II anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) di perkarangan Pusat Khidmat Rakyat ahli parlimen Gombak, Taman Melawati malam tadi bertukar kecoh apabila sesi ceramah oleh Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim diganggu pihak polis.

Majlis yang dijadual bermula jam 9 malam ditangguh sejam disebabkan wujud rundingan pemimpin PKR dan polis untuk menjalankan program pelancaran tersebut.

Namun FMT difahamkan alasan 'tiada permit' menyebabkan hanya beberapa tempoh masa diberi bagi para pemimpin PKR termasuk Anwar dan timbalannya Azmin Ali menyampaikan ceramah mereka.

Seawal jam 8.30 malam tiga trak polis dengan kekuatan 50 anggota mula membuat sekatan terutama di tiga jalan masuk ke tapak ceramah terbabit.

Melalui rundingan bersama polis, Azmin hanya sempat menyampaikan ceramah selama 30 minit dan buat pertama kalinya beliau menggunakan 'slide show' bagi menerangkan Kempen Tolak Fitnah II kepada orang ramai yang hadir.


Kekecohan bermula apabila Anwar yang hanya diberi 15 minit untuk berceramah diheret polis keluar turun dari pentas sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan penyokong dan orang ramai.

Lebih 500 orang yang rata-ratanya penyokong PKR kemudian berang dan cuba melindungi Anwar daripada dihampiri polis sehingga memaksa anggota unit simpanan persekutuan (FRU) menggunakan perisai untuk merempuh mereka.

Anwar kemudian bertindak menenangkan keadaan namun gagal, malah 10 anggota polis dan FRU mula menghampiri pentas sehingga berlaku insiden tolak menolak yang memaksa Anwar serta Azmin Ali dibawa turun.

Namun penyokong PKR cuba mengagalkan usaha polis dan FRU dengan membuat benteng di hadapan pentas dan kekecohan bermula sehingga 25 minit lamanya.

Dua orang ditahan polis

Keadaan tidak terkawal apabila penyokong yang bertindak agresif mula membaling kerusi, botol,batu-bata dan kayu yang turut mengenai wartawan dan sekumpulan polis dan FRU.

Anggota polis akhirnya terpaksa berundur apabila para penyokong mula bertindak agresif.


Ekoran kekecohan itu dua individu ditangkap yang dikenali sebagai Mazlan Mohamad Raos dan Helmy Rizal.

Kedua-dua mereka ditahan di balai berbeza dengan Mazlan yang merupakan orang awam di balai polis Hulu Kelang.

Manakala Helmy yang merupakan seorang ahli AMK Gombak ditahan di balai polis Ampang.

Antara pemimpin Pakatan yang kelihatan termasuklah ahli parlimen Yusmadi Yusoff (Balik Pulau), Amirudin Shari (Adun Batu Caves), dan Saari Sungib (Adun Hulu Kelang).

Adakah pandangan mufti lebih baik dari Al Quran?

Posted: 25 Mar 2011 10:35 PM PDT

Pandangan mufti Selangor dan Perak bercanggah dengan Al Quran mengenai kalimah "Allah".



Berhubung kontroversi yang menyelubungi kitab Injil dalam bahasa Melayu yang dikenali sebagai Al-Kitab, Mufti Selangor Datuk Tamyes Abdul Wahid dilaporkan berpandangan bahawa penggunaan kalimah Allah adalah dilarang berdasarkan enakmen agama Islam negeri Selangor 1988.

Di bawah Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988, selain kalimah Allah, istilah lain yang tidak boleh digunakan bagi agama lain termasuk firman Allah, ulama, hadis, ibadah, Kaabah, kadi, ilahi, wahyu, mubaligh, syariah, kiblat, haji, mufti, rasul, iman, dakwah, solat, khalifah, wali, fatwa, imam, nabi dan syeikh.

"Saya masih berpandangan bahawa ia (pengedaran Kitab Injil Bahasa Melayu) harus dihalang kerana mereka menterjemah 'Tuhan' sebagai 'Allah'. Terjemahan ini merbahaya dan mengelirukan, terutamanya kepada generasi muda," kata Tamyes.

Beliau menjelaskan bahawa kekeliruan akan timbul kerana di dalam Al-Kitab (Injil Bahasa Melayu) Allah digambarkan sebagai Bapa, mempunyai isteri dan anak.

Pandangan ini adalah senada dengan pandangan Mufti Perak Tan Sri Harussaini Zakaria yang meramalkan kebangkitan umat Islam di negara ini akan menyebabkan ketegangan di dalam hubungan antara kaum.

Di dalam kontroversi ini sebanyak 35,000 buah Al-Kitab ditahan pihak berkuasa di Pelabuhan Klang dan pelabuhan Kuching sejak dua tahun lalu. Bagaimanapun kerajaan pusat membenarkan pengedarannya setelah meletakkan cop 'Untuk Kristian sahaja'.

Namun pandangan kedua-dua mufti di atas mungkin ada cacat celanya kerana mereka juga manusia biasa.

Berdasarkan pembacaan saya berkenaan agama Islam, Surah al-Kafirun secara jelas menunjukkan Tuhan yang disembah orang bukan Islam dan orang Islam adalah berlainan sama sekali.

Surah tersebut berbunyi:

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Katakanlah: "Hai orang-orang kafir, Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah, Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah,

Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah.

Untukmu agamamu, dan untukku agamaku

Surah di atas sama sekali tidak menunjukkan kekeliruan antara Tuhan dengan Allah.

Malah di dalam Surah al-Zukhruf pula tidak mempersoalkan penggunaan nama Allah oleh masyarakat bukan Islam.

Surah al-Zukhruf ayat 87 berbunyi:

"Dan Demi sesungguhnya! jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka:

"Siapakah yang menciptakan mereka?" Sudah tentu mereka akan menjawab:

"Allah!". (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakanNya)?

Pertembungan di antara enakmen undang-undang negeri dan surah Al-Quran menimbulkan persoalan, adakah undang-undang buatan manusia lebih tinggi martabatnya berbanding surah Al-Quran?

Selain itu, penerbitan Al-Kitab bukannya diterbitkan di dalam Bahasa Melayu sepertimana diwar-warkan oleh semua pihak. Ia ditulis dan diterbitkan di dalam Bahasa Indonesia.

Justeru itu, pihak-pihak tertentu yang menentang penyebaran Al-Kitab tidak perlu bimbang kerana Bahasa Melayu tidak ternoda sama sekali.

Hujah terakhir yang menunjukkan pandangan kedua–dua mufti tersebut ialah salah adalah berdasarkan perkara pertama di dalam Perjanjian 18 Perkara Sarawak.

Perkara pertama adalah berkaitan agama. Ia secara jelas menyatakan tiada agama rasmi untuk negeri Sabah dan Sarawak meskipun mereka menerima Islam sebagai agama rasmi negara ini.

P’raya Sarawak: Pemuda Pakatan keluar manifesto bersama

Posted: 25 Mar 2011 10:34 PM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) dan Pemuda Pakatan Rakyat bersetuju membuat ketetapan mengeluarkan manifesto bersama khusus untuk generasi anak muda dan belia sekiranya berjaya menawan negeri Sarawak nanti.

Timbalannya, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani berkata perkara itu dicapai pada pertemuan bersama-sama dengan Pemuda Pakatan Rakyat yang dihadiri oleh pemuda DAP, PKR dan SNAP pada 23 Mac lalu di Kuching.

"Kami telah bersetuju bergading bahu dan bersepakat bersama untuk berusaha serta berazam menguasai Negeri Sarawak selepas Pilihan raya Negeri yang dijadualkan pada 16 April ini," ujarnya.

Sehubungan itu, katanya Pemuda Pakatan akan melancarkan jenteranya pada 27 Mac inidi bandar.

Menurutnya, wakil-wakil daripada setiap parti komponen Pakatan Rakyat akan memberikan motivasi, dan membakar semangat pemuda pada hari tersebut.

Beliau juga memaklumkan DPPP baru sahaja mengakhiri lawatan kerja ke Sarawak pada 22 hingga 24 Mac bertujuan untuk mengemaskini dan memastikan kelancaran Jentera Pilihanraya Pemuda PAS di Sarawak.

Azman mengetuai lawatan itu dengan Setiausaha DPPP, Khairul Faizi Ahmad Kamil dan Ketua Penerangan, Suhaizan Kaiat.

Katanya, pada 22 Mac, DPPP telah mengadakan pertemuan dengan Pemuda PAS Negeri Sarawak berbincang dan memperkemaskan lagi jentera pemuda.

"Untuk memperincikan lagi susunan gerak kerja di Sarawak, pada 23 Mac 2011 DPPP mengadakan perbincangan dengan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Adam Ahid di kediamannya dan seterusnya bertemu dengan pemuda-pemuda Pakatan Rakyat di sebelah petangnya," katanya.

Beliau menambah, DPPP akan membuat mesyuarat susulan segera di peringkat pusat, untuk menentukan serta memfokuskan peranan pemuda negeri-negeri untuk turun di dalam pilihan raya Sarawak.

"Kita berharap pemuda-pemuda PAS daripada Semenanjung Malaysia dan Sabah yang mempunyai kelapangan masa, mempunyai kekuatan wang dan fizikal dapat turun ke Sarawak bagi memberikan sokongan moral dan melicinkan gerak kerja pemuda-pemuda di Sarawak," ujarnya.

Unit Amal mahu melampaui 'Jaga Parkir' sahaja

Posted: 25 Mar 2011 10:32 PM PDT

Mohd Sabri Said

KEPALA BATAS: Sekembalinya Unit Amal Kawasan Kepala Batas dari jambori di Kem Latihan Motivasi, Merbok, Kedah selama tiga hari bermula 11, 12 dan 13 Mac lalu menjadi penyuntik semangat baru untuk bergerak lebih tangkas daripada biasa yang dianggap 'Jaga Parkir' sahaja.

Ketua Komader Kawasan Kepala Batas, Abdullah Saad berkata, selain bertekad bekerja kuat demi parti pasukanya juga bersedia menyusun aktiviti untuk kelihatan lebih menyerlah.

"Kali ini kami sedia berkhidmat lebih daripada biasa samada di waktu banjir, ribut dan sebagainya demi meningkatkan imej PAS yang mengutamakan kebajikan dan dakwah," jelasnya.

Bukan itu sahaja malahan pasukan itu juga akan didisplinkan agar kelihatan lebih kemas dan berdaya maju dalam usaha melaksanakan bantuan kecemasan bila-bila masa.

Generasi muda katanya, cuba dicari supaya ada kesinambungan seandainya wujud individu yang sudah tidak bermaya mengikuti aktiviti yang makin mencabar di era globalisasi.

"Memang kita tidak nafikan ada individu yang rebah di tengah jalan ketika menanggung tanggungjawab besar itu. Namun, tidak mengapa kita cuba cungkil generasi baru yang mahu bersama pasukan yang terkenal dengan 'tentera merah' itu," tambahnya.

Justeru itu, semua cawangan dan anak ahli diseru melibatkan diri ke dalam pasukan beruniform itu selain dapat mempelajari ilmu kemahiran diri dapat pula memahami beberapa kaedah yang lebih baik sebagai cabaran pada masa depan.

Selepas selesai Jombori Amal di lokasi persekitaran peranginan tersebut, Unit Amal Kepada Batas akan bergerak dengan lebih tersusun dan mantap tidak lagi beragak-agak serta tiada haluan sebagai panduan.

"Kami akan mendapatkan pandangan daripada Unit Amal Negeri yang diketui oleh Norazman Ishak bagaimana untuk kelihatan mantap dari segi persiapan pasukan dan imej," tegasnya bangga dengan sambutan yang diberikan sejak akhir-akhir ini.

Semasa latihan di Kem Latihan Motivasi itu berbagai aktiviti disusun khas untuk meningkatkan kecergasan antaranya ialah jungle Tracking, penempak tepat, lastik, belajar ikatan, motivasi, nasyid dan tidak ketinggalan yang menjadi nadi kemenangan 'Qiamulail'.

"Program berkenaan dirasmikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kepala Batas, Hafiz Kasim manakala majlis penutupan diserikan oleh Pengarah Unit Amal Negeri, Norazman Ishak," jelasnya.

Lagi NGO kesal dengan video seks

Posted: 25 Mar 2011 10:23 PM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Sebuah NGO Islam, Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) pula memandang berat tuduhan salahlaku seks terhadap ketua pembangkang dan mendedah penuduh kepada jenayah Qazaf.

Presidennya, Dr. Mohd Parid Sheikh Haji Ahmad dalam kenyataannya berkata, isu yang ditimbulkan dan cara pendedahannya mencerminkan keaiban masyarakat negara ini.

"Ia menimbulkan persoalan sama ada masih wujud saluran amr makruf nahi mungkar. Ia bagaikan tidak mengutamakan pandangan agama, adab dan tata susila," kata beliau dalam kenyataannya itu.

Apa pun motif pendedahan ini, Ikram mengingatkan, dalam Islam, tuduhan melakukan zina memerlukan bukti dan persaksian yang kukuh dan kegagalan membawa saksi yang cukup mendedahkan penuduh kepada jenayah Qazaf.

Ikram juga, katanya, memandang berat perbuatan membuat, memperoleh, memiliki dan menayangkan video lucah.

"Ia merupakan satu jenayah menurut Seksyen 292 Kanun Keseksaan. Sesiapa yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali," katanya.

Maruah semua yang terlibat dan berkaitan harus dijaga. Penuduh bertanggungjawab membuktikan tuduhannya, kata beliau.

Jika penyiasatan membawa kepada pendakwaan, tertuduh perlu diberi hak untuk membela diri.

"Kita perlu berpegang kepada prinsip seseorang itu tidak bersalah sehingga disabitkan kesalahannya (Innocent until proven guilty)," katanya.

Sehubungan itu, Ikram menggesa supaya:

1. Pihak Polis menjalankan penyiasatan yang rapi,

2. Institusi-institusi media rasmi dan persendirian menyebarkan maklumat-maklumat secara tepat, adil dan bertanggungjawab,

3. Masyarakat menghindar dari membuat sebarang tanggapan sehingga penyiasatan dan proses undang-undang (due proses) selesai,

4. Masyarakat berpegang teguh dengan adab dan akhlak yang mulia di dalam kehidupan.

Penduduk rumah panjang tidak dibela tuduhan jahat BN

Posted: 25 Mar 2011 10:16 PM PDT

Aziz muda

KUALA LUMPUR: Tuduhan yang mengatakan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak mempedulikan nasib penduduk rumah panjang PJS1, Petaling Jaya, tidak benar sama sekali dan ternyata hanya tuduhan jahat pihak BN.

Sebaliknya, sejak memerintah, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah berusaha membantu mereka dengan mengambil beberapa langkah sewajarnya.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad menegaskan, antara bantuan yang diberikan kepada mereka termasuk membina rumah kos rendah di tapak baru.

Menurut beliau, sementara rumah tersebut siap, kerajaan negeri turut menawarkan bantuan sewa dan perpindahan ke rumah transit baru kepada mereka.

Katanya, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sebenarnya telah berusaha bersungguh-sungguh membantu mereka, tetapi terdapat maklumat yang mengatakan bahawa ada parti Barisan Nasional yang cuba menjadi juara di dalam isu itu.

"Walau bagaimanapun rakyat tahu Barisan Nasional telah gagal membantu penduduk ketika mereka mentadbir Selangor. Mereka hanya pandai berkokok setelah kehilangan kuasa," tegasnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini.

Nasib penduduk rumah panjang PJS1, Petaling Jaya telah mendapat perhatian media akhir-akhir ini. Rumah panjang tersebut merupakan penempatan transit bagi 29 keluarga peneroka bandar sehingga rumah kos rendah mereka disiapkan.

Menurutnya, rumah kos rendah mereka telah mula dibina dalam tahun 2004 pada satu tapak berdekatan, tetapi telah mendapat bantahan dari penduduk tempatan yang telah mengambil tindakan mahkamah untuk memberhentikan projek tersebut.

Katanya, walau bagaimanapun pada tahun 2009, Kerajaaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor telah berjaya mendapatkan persetujuan pemaju untuk membina rumah kos rendah itu di tapak alternatif yang bertentangan dengan rumah panjang tersebut.

"Sebagai sebahagian dari penyelesaian bagi penduduk rumah panjang itu, pada 4 Mac 2010, setiap keluarga telah ditawarkan RM10,000 oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk bantuan sewa dan perpindahan ke rumah transit lain sehingga rumah kekal mereka siap dibina," katanya.

Bantuan sewa dan perpindahan itu, jelas beliau, akan ditanggung bersama oleh Kerajaan Negeri, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan pemaju dan akan dibayar secara sekali gus.

"Kerajaan Negeri mahu penduduk rumah panjang itu berpindah keluar agar mereka dapat tinggal di dalam keadaan yang lebih sempurna. Rumah panjang mereka adalah terlalu dhaif untuk dibaikpulih.

"Tambahan pula, tapak tersebut diperlukan untuk membina sebuah sekolah kebangsaan. Namun tawaran Kerajaan Negeri ini telah ditolak oleh penduduk pada 2 Mei 2010," jelasnya.

Memandangkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor merupakan kerajaan yang prihatin, bantuan sewa dan perpindahan itu telah ditambah.

"Maka pada 12 Mei 2010, setiap keluarga telah ditawarkan RM14,285. Walau bagaimanapun tawaran ini hanya diterima oleh 9 buah keluarga sahaja," jelas beliau yang juga Adun Cempaka.

Untuk membantu mereka, tegasnya, Kerajaan Negeri telah berjaya melakukan tindakan yang gagal dilakukan oleh Kerajaan BN sewaktu memerintah Selangor dulu, iaitu dengan mendapatkan persetujuan pemaju supaya membina rumah kos rendah mereka di tapak yang baru.

"Kerajaan Negeri juga telah menawarkan bantuan sewa dan perpindahan kepada penduduk sehingga rumah kos rendah itu siap. Kerajaan Negeri Barisan Nasional telah gagal menawarkannya.

"Dengan penyelesaian ini, penduduk akan dapat menikmati kediaman yang lebih sempurna dan sebuah sekolah akan dapat dibina untuk ribuan pelajar-pelajar di PJS1," ujarnya.

Namun, akibat dari keengganan penduduk untuk berpindah, Kerajaan Persekutuan pada 11 Ogos 2010 telah menangguhkan pembinaan sekolah kebangsaan itu.

Sehubungan itu, beliau berharap agar mereka yang terlibat mengabaikan sama sekali sebarang hasutan dari pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab yang hanya memikirkan kepentingan politik dan bukan kepentingan penduduk rumah panjang atau kepentingan seluruh penduduk PJS1.

Mahasiswa desak UM tarik balik gantung pelajar

Posted: 25 Mar 2011 10:14 PM PDT

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR: Mahasiswa Universiti Malaya (UM) mendesak pihak pentadbiran universiti menarik semula hukuman tatatertib yang dikenakan ke atas dua calon mereka pada pilihan raya kampus Februari lalu, Tan Tiong Yih dan Yeong Lee Kee.

Kedua-duanya dikenakan hukuman gantung satu semester, dikehendaki membayar denda RM200 dan diberi amaran oleh pihak universiti kerana didakwa memalsukan dokumen cuti sakit yang dikemukakan bagi tujuan pengecualian menghadiri bengkel persediaan calon yang dilaksanakan pihak Hal Ehwal Pelajar &Aalumni (HEPA) pada fasa pilihan raya lepas.

Yang Dipertua Majlis Perwakilan Mahasiswa UM (MPMUM) Mohd Syahid Mohd Zaini berkata, hukuman itu terlalu berat terhadap kedua mereka dan hukuman penggantungan pengajian satu semester yang berkuat kuasa serta merta adalah tidak wajar memandangkan baki semester hanya tinggal dua minggu sebelum minggu peperiksaan akhir.

"Mahasiswa mengingatkan pihak universiti, jika mereka masih kekal dengan keputusan hukuman tatatertib yang dikenakan ke atas kedua mahasiswa tersebut sehingga tamat tempoh rayuan, hal ini akan memalukan dan merosakkan nama baik universiti sebagai universiti contoh di negara ini," kata beliau pada sidang media di Akademi Pengajian Islam UM hari ini.

Pro M UM juga mempertikai prosedur mahkamah universiti yang dilaksanakan terhadap kedua-duanya apabila mereka tidak boleh membawa sesiap kecuali diwakili pekerja atau pelajar sedangkan mereka mempunyai saksi yang boleh membantu dalam sesi pembelaan.

Selain itu, turut dipersoal mengenai tempoh masa yang terlalu panjang untuk menjatuhkan hukuman iaitu 24 hari selepas selesai pilihan raya.

"Kalau benar mereka bersalah, kenapa tak bantah masa tempoh bantahan? Calon Pro M hanya menerima satu bantahan mengenai perkara lain, tapi itu pun ditolak. Langsung tidak ditimbulkan mengenai surat cuti sakit ini," katanya.

Tiong dan Lee Kee yang masing-masing merupakan pelajar fakulti Kejureteraan dan fakulti Sains Sosial diberi tempoh 14 hari iaitu sehingga 7 April untuk mengemukakan rayuan.

Sehubungan itu, sepanjang tempoh itu, Pro M UM akan turun ke setiap fakulti bagi memberikan peneranagn kepada mahasiswa mengenai perkara itu.

Surat cuti sakit sah

Sementara itu, kedua mereka dalam kenyataan yang dibacakan bendahari MPM UM, Kelvin Tee Tin Loong pada sidag media sama menegaskan bahawa surat cuti sakit yang dikemukan adalah sah dan ditandatangani oleh doktor.

Mereka sebaliknya mengesyaki hukuman berat itu telah ditetapkan oleh pihak universiti sebelum prosiding sebagai tindakan terhadap mahasiswa yang dilabel sebagai anti-universiti.

"Kami ingin mengulangi bahawa surat cuti cakit yang dihantar kepada pihak universiti adalah sah dan ditandatangani oleh doktor,"katanya.

Selain itu mereka turut mendakwa prosiding dijalankan secara tergesa-gesa tanpa memberi masa kepada mereka untuk membuat persediaan membela diri.

"kami mendapati hukuman berat ini adalah tidak adil, malah bermotif politik di sebaliknya," katanya.

Turut bersama pada sidang media berkenaan ialah Setiausaha Solidariti mahasiswa Malaysia (SMM), Izzuddin Hilmi, pengerusi Pro-M Nasional Mohd Taufiq Abdul, dan ahli jawatankuasa Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) UM, Mohd Sofwan Anang.

Malangnya rakyat, pemimpin macam serigala jaga kambing

Posted: 25 Mar 2011 10:11 PM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPURc: Ketika pemimpin dan tukang juak Umno atas nama pakar ekonomi mengutuk dan memperlekehkan Buku Jingga Pakatan Rakyat, tiba-tiba Datuk Seri Najib Tun Razak mengulangi sekali lagi kehilangan RM52 bilion saham bumiputera.

"Semuanya lambang kebijaksanaan Umno menjaga orang Melayu di negara ini," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

PAS, katanya hendak dengar juga komen daripada pakar-pakar ekonomi yang akan memberi komen mengenai kehilangan peruntukan saham kepada bumiputera.

Selama ini, ujarnya penganalisa itu hanya membuat analisa mengenai janji 100 hari Pakatan Rakyat, tetapi tidak pernah membuat analisa secara menyeluruh tentang Buku Jingga.

Menurutnya, perkara prinsip yang diketengahkan di dalam Buku Jingga seperti soal ketelusan, melawan rasuah dan penindasan tidak dibincang dalam setiap komen mereka.

Beliau menambah, perkara asas yang mengukuh sebuah kerajaan yang hebat tidak pernah diuar-uarkan oleh penganalisa politik dan ekonomi yang menjadi pengampu kepada BN.

Pada hal, katanya sifat berhemah dan berjimat cermat serta tidak rasuah di dalam kerajaan PR menyebabkan wang ini dipulang balik kepada rakyat dalam bentuk perkhidmatan.

"Contohnya kerajaan Kedah dalam Bajet 2010 telah berlaku lebihan sebanyak RM 19 juta," katanya.

Begitu juga, tambahnya kemampuan kerajaan Kelantan yang sudah melebihi 20 tahun memerintah.

Beliau berkata, sebenarnya prinsip yang terdapat dalam Buku Jingga yang merakyatkan ekonomi seperti program kifalah, air percuma, tusyen rakyat, menaikkan gaji guru Kafa sudah dilaksanakan dilaksanakan di negeri PR.

PAS, ujarnya merasa pelik dengan teori ekonomi songsang Umno, jika untuk kepentingan rakyat maka bankrap, tetapi jika untuk kroni ia sebagai membantu ekonomi orang Melayu.

Tambahnya lagi, alangkah bahagianya rakyat Malaysia jika mendapat pemimpin seperti PR yang boleh menggunakan dana saham bumiputera yang lesap sebanyak RM52 bilion.

"Kalau wang ini diuruskan oleh pemimpin yang baik nescaya tidak ada lagi rakyat yang tidak bertanah dan berumah.

"Malang sungguh rakyat Malaysia memperolehi pemimpin seperti pemimpin Umno BN seperti serigala menjaga kambing," ujarnya.

Polis Usah Terjebak Konspirasi Video Seks

Posted: 25 Mar 2011 05:28 PM PDT

Oleh Wira Arjuna


Semalam, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shazryl Eskay memberi kenyataan kepada Polis Bukit Aman dan juga menyerahkan jam Omega yang mereka dakwa kepunyaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Keseluruhan proses melibatkan video lucah yang dikaitkan kepada Anwar itu hanya mengambil masa kira-kira lima jam.

Secara perbandingan, kes video lucah yang dibawa oleh dua daripada tiga "DATUK T" ini amat berat kerana membabitkan Ketua Pembangkang Negara dan seperti kata Rahim Thamby Chik (tentunya secara sinis), orang yang boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Namun, lima jam sahaja… berbanding dengan soal siasatan ke atas Teoh Beng Hock yang berlangsung 10 jam dan tamat kira-kira pukul 3.30 pagi di tangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Kes Beng Hock membabitkan peruntukan kira-kira RM2,000. Kita maklum apa yang berlaku kepada Beng Hock susulan soal siasat itu dan masih mencari kebenaran bersabit kematian tragisnya.

Lima jam untuk Rahim dan Eskay …berbanding penahanan semalam yang terpaksa ditempuhi oleh Anwar sendiri pada 16 Julai 2008 di lokap Polis Kuala Lumpur, semata-mata untuk memberi kenyataan kepada polis berhubung pertuduhan liwat untuk kali kedua.

Sekali lagi, tidak perlu dihuraikan apa berlaku kepada botol mineral, tuala dan berus gigi yang ditinggalkan oleh Anwar dalam bilik penjara itu.

Semalam juga, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar tidak menolak kemungkinan pihaknya akan menyiasat kes itu di bawah peruntukan undang-undang selain daripada yang membabitkan penayangan filem lucah.

Pembabitan Tan Sri Rahim Thamby Chik secara langsung mendalangi video lucah sudah pun mencetuskan pelbagai spekulasi yang mengaitkan Umno dan Perdana Menteri Najib Razak kepada siri pusingan fitnah terbaru untuk mengaibkan Anwar.

Terpalit dengan tuduhan merogol gadis bawah umur yang memusnahkan karier politiknya pada tahun 1994, Rahim tidak dapat menyembunyikan dendamnya terhadap Anwar atas detik hitam hidupnya itu.

Hujah bahawa wujud tangan Umno di sebalik video lucah diperkuatkan dengan laporan Najib menemui Rahim, Eskay dan Bendahari Perkasa Shuaib Lazim di Bangunan Parlimen hari Selasa, selepas identiti DatuK T dibongkar oleh Parti Keadilan Rakyat.

Apa pun, polis bukan sahaja harus menjalankan siasatan adil tetapi mesti DILIHAT menjalankan siasatan adil. Jika tidak, maka akan bergemalah teori polis sekali lagi bersekongkol dengan Umno untuk mencantas Anwar.

Tempoh yang agak singkat untuk mengambil keterangan Rahim dan Eskay semalam sudah pun merangsang pelbagai teori, spekulasi dan perbandingan.

Kredibiliti rapuh polis yang sedia ada tidak dibantu dengan keengganan pasukan itu menahan gandingan Datuk T walaupun mereka melakukan jenayah menayangkan filem lucah itu di Hotel Carcosa Seri Negara Isnin lalu, satu kesalahan yang membawa hukuman penjara tiga tahun.

Seseorang yang mengikuti sidang akhbar Rahim dan Eskay Selasa lalu tentu tertanya-tanya sama ada dalam mengambil keterangan, polis telah memperinci beberapa pembohongan jelas oleh dua individu itu kepada pihak media.

Eskay dan Rahim mendakwa wartawan menjadi barisan yang diutamakan yang ditunjukkan video itu supaya ada penilaian bebas dan berkecuali mengenai kesahihan rakaman itu.

Malah menurut mereka, video itu juga tidak akan diserahkan kepada polis (ketika itu) supaya tidak ada tuduhan polis berat sebelah dalam siasatan.

Namun, apa yang jelas adalah gandingan Datuk T turut berusaha keras memancing wakil rakyat PKR dan individu berpengaruh dalam parti itu.

Justeru video lucah fitnah itu ditunjukan kepada Ahl iParlimen Sungei Petani Johari Abdul dan Badrul Hisham Shaharin, seorang pemimpin pelapis PKR yang berwibawa dan berprinsip, sungguhpun kadang kala tidak sehaluan dengan pimpinan tertinggi parti.

Apabila umpan tidak mengena (Johari dan Badrul yakin orang dalam rakaman itu bukan Anwar) maka tiba-tiba DATUK T bersedia bekerjasama dengan polis, malah Rahim memberitahu media "kalau polis nak ambil seluar dalam kami pun, ambillah."

Nyata polis tidak perlu mengambil seluar dalam Rahim atau Eskay (buat masa ini). Namun polis mempunyai tanggungjawab untuk tidak diheret dalam agenda politik mana-mana pihak dan menjalankan siasatan berwibawa, secara professional dan berkecuali.

Eskay Bak Si Kitol Dendam Anwar, Kata Bekas Pegawai Megat Junid

Posted: 25 Mar 2011 05:20 PM PDT

TVS NEWS


RAWANG : Bekas Pegawai Peribadi Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob tampil untuk mengesahkan Datuk Shazryl Eskay "berdendam" terhadap Anwar Ibrahim dan bertekad untuk menjatuhkan Ketua Pembangkang itu.

Mohamad Mahti Abdul Rahim berkata Eskay memberitahunya bahawa beliau amat marah kerana Anwar enggan memberi keterangan dalam sebuah kes tuntutan saman RM20 juta membabitkan ahli perniagaan itu.

"Beliau (Eskay) memberitahu saya, biar apa pun terjadi, dia akan jatuhkan Anwar,' Mahti memberitahu pemberita di Kuala Lumpur.

Eskay menzahirkan kemarahannya itu kepada Mahti semasa mahkamah berhenti rehat ketika perbicaraan itu pada awal bulan ini.

Eskay adalah satu daripada tiga Datuk T yang mendalangi fitnah video lucah untuk dikaitkan kepada Anwar sejak Isnin lalu.

Selain Eskay, turut terbabit adalah bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Bendahari Perkasa Shuaib Lazim.

Mahti berkata beliau tidak mengetahui pembabitan Eskay dalam video lucah itu secara terperinci namun beliau mengambil keputusan untuk mendedahkan dendam Eskay terhadap Anwar.

"Beliau (Eskay) sangat marah dengan Datuk Seri Anwar sebab Anwar tidak mahu menjadi saksi" kata Mahti. "Bagi saya, Eskay ini adalah si Kitol yang memporak-perandakan negara. Saya tidak sanggup rakyat diperbodohkan oleh dia,"katanya.

Si Kitol dikenali dalam Sejarah Melayu sebagai watak yang menabur fitnah dan pandai mengadu domba sehingga menyebabkan keruntuhan Kesultanan Melaka.

Mahti berkata majikannya Allahyarham Megat Junid telah memperkenalkan Eskay kepada tokoh-tokoh politik termasuk Anwar dan Mahathir Mohamad.

Mahti, seorang bekas pegawai polis berkerja dengan Allahyarham Megat Junid dari tahun 1984 hingga 2000.

Shazryl sebelum ini menfailkan saman terhadap syarikat Merong Mahawangsa Sdn Bhd dan Datuk Yahya A. Jalil kerana mendakwa beliau tidak dibayar RM20 juta sebagaimana dijanjikan.

Eskay menuntut bayaran itu kerana mendakwa mendapatkan projek Jambatan Bengkok di Johor untuk Syarikat Merong Mahawangsa.

Interlok: Belum cukup murni, desakan ditarik balik berterusan

Posted: 25 Mar 2011 05:16 PM PDT

TERKINI

KUALA LUMPUR — Novel Interlok yang kontroversial masih "belum cukup murni" dan Putrajaya terus digesa supaya menggugurkan sama sekali karya itu daripada digunakan di sekolah, demikian diberitahu pada forum anjuran MIC hari ini.

Sementara sebuah badan penulis berpendapat novel berkenaan tidak dimurnikan secara "keseluruhan" kerana bahagian-bahagian sensitif melibatkan kaum lain, selain masyarakat India, tidak mengalami sebarang perubahan.

Sedangkan peserta-peserta forum, sekitar 150 orang, rata-rata berpendapat bahawa novel tersebut wajar ditarik balik daripada digunakan sebagai buku teks sastera tingkatan lima di Zon 2 melibatkan Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Negeri Sembilan.

Pendirian ini dibuat pada forum yang diadakan sehari selepas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan rumusan pindaan yang dikemukakan oleh panel bebas di Dewan Rakyat semalam.

Salah seorang wakil kaum India dalam panel bebas itu, Uthaya Sankar SB berkata, pendirian wakil kaum India sejak dilantik ke dalam panel tersebut adalah tetap dan dan tidak berubah iaitu jika segala pindaan yang diperakukan tidak dilakukan sepenuhnya, maka buku itu perlu dikeluarkan daripada dijadikan teks Komsas.

Katanya, perkara yang sama ditekankan oleh Presiden MIC Datuk G Palanivel dan timbalannya Datuk Dr S. Subramaniam dalam pertemuan dengan Muhyiddin kelmarin.

"Malah, sehingga kini, pendirian wakil kaum India adalah sama. Malangnya, seperti diketahui umum, pada 16 Mac 2011, pihak tertentu sudah bersetuju untuk menarik balik senarai yang mereka kemukakan dan ada kaitan dengan sensitiviti kaum Melayu dan kaum Cina.

"Maka, wakil kaum India tidak dapat bertegas mempertahankan saranan pindaan itu kerana sudah ditarik balik oleh pihak yang mengemukakan cadangan itu," katanya sambil menambah, beliau berpandangan bahawa selagi ia tidak murni selengkapnya, ia tidak wajar digunakan.

Bagaimanapun beliau enggan menyatakan bilangan pindaan yang disyorkan berkaitan aspek-aspek sensitiviti masyarakat Melayu dan Cina.

"Saya tidak boleh cakap, itu kena tanya mereka (wakil mereka), kalau saya berkata, mungkin akan ada yang berkata saya berbohong," kata beliau yang juga Presiden Kumpulan Sasterawan Kavyan.

"Kita tidak boleh perjuangkan kaum lain dalam panel bebas itu, ini sangat jelas," katanya dengan merujuk kepada terma rujukan.

Uthaya turut menjelaskan mengenai terma rujukan yang digunakan panel bebas sepanjang melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh Menteri Pelajaran.

"Begitu juga dengan cadangan pindaan yang diperakukan panel bebas secara konsensus pada 4 Mac 2011," katanya.

Seterusnya, Uthaya berkata, "jangan sentuh (penulis) Pak Lah, Abdullah tidak bersalah dan panel tiada prasangka terhadap Abdullah untuk menjelaskan bahawa wakil kaum India dan Kumpulan Sasterawan Kavyan dan saya sendiri sejak awal berjuang mempertahankan maruah Pak Lah."

Novel itu dihasilkan oleh Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain akhir 1960-an.

"Malah, enam perkara pertama dalam senarai pindaan dikemukakan wakil kaum India adalah berkaitan Pak Lah," katanya lagi.

Penulis bebas itu juga berkata, secara peribadi sebagai seorang sasterawan dan Presiden Kavyan melahirkan "rasa sedih" kerana "bahagian yang menyentuh sensitiviti saudara kaum Melayu dan kaum Cina tidak dapat dipinda" berikutan pihak tertentu memutuskan untuk menarik balik saranan pindaan yang mereka sendiri kemukakan atas alasan tersendiri.

"Mujurlah enam perkara berkaitan maruah dan martabat Pak Lah terkandung dalam senarai dikemukakan wakil kaum India; maka mampu dipertahankan oleh mereka bertiga hingga akhir," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda MIC T. Mohan berkata, partinya telah melakukan yang terbaik bagi memastikan aspek yang menjadi perhatian masyarakat dipinda.

Bagaimanapun kata beliau, usaha menggesa kerajaan agar menggugurkan novel Interlok tidak akan berjaya hanya dengan tindakan MIC dan masyarakat India semata-mata.

"Novel ini melibatkan tiga kaum, kami berpandangan bahawa kaum Melayu dan Cina juga perlu tampil menyatakan bantahan mereka," kata beliau sambil menambah, "tetapi orang Melayu dan Cina tidak berbuat demikian.

"Apa kita boleh buat? Saya juga ada membangkitkan perkara ini pada mesyuarat Pemuda BN dua hari lalu, saya bertanya kepada Ketua Pemuda MCA (Datuk Dr Wee Ka Siong), beliau berkata bagi mereka tiada masalah.

"Beliau sendiri berkata demikian, apa yang kami boleh lakukan? Jadi, sementara kita terima sentimen orang India yang mahu novel ini ditarik balik, kita juga memerlukan suara masyarakat Melayu dan Cina," katanya.

Selain Uthaya, panel bebas itu dianggotai oleh Pengarah Pusat Pendidikan Global Aminuddin Baki Universiti Pendidikan Sultan Idris, Prof Dr N.S Rajendran dan bekas pegawai Kementerian Pelajaran, G Krishnabahawan.

Panel itu kini sudah dibubarkan.

Selain Mohan dan Uthaya, panel forum hari ini terdiri daripada Ahli Parlimen Subang dari PKR R. Sivarasa, Presiden Badan Bertindak Interlok Kebangsaan (NIAT) Datuk Thasleem Mohamad Ibrahim Al-Haj dan Krishnabahawan.

Kedua-dua Uthaya dan Krishnabahawan membentangkan kronologi isu ini termasuk hasil perbincangan panel pertama Januari lalu dan panel bebas bulan ini.

Forum hari ini diadakan susulan kenyataan dibuat Muhyiddin di Parlimen semalam.

Muhyddin berkata kerajaan bersetuju dengan dapatan Panel Bebas Mengkaji Pindaan Novel Interlok (Panel Bebas) yang mendapati hanya 19 perkara daripada 106 bentuk cadangan pindaan boleh dianggap menyentuh sensitiviti masyarakat India.

Muhyiddin berkata panel bebas itu berpendapat baki 87 perkara lagi adalah tidak berkaitan dengan isu pokok termasuk cadangan supaya nama penulis dipaparkan pada kulit hadapan novel dan ejaan "tali" dipinda kepada "taali".

"Daripada 19 perkara yang boleh dianggap sensitif ini pula, tiga daripadanya adalah berkaitan dengan penggunaan perkataan kasta yang telah dianggap selesai kerana penulis telah bersetuju untuk menggugurkan perkataan itu (Paria) dalam novelnya.

"Tiga perkara lagi iaitu yang berkaitan dengan fakta lembu sebagai binatang suci orang Hindu, keselamatan isteri Maniam di India dan upacara perkahwinan yang digambarkan sebagai meletihkan juga telah selesai," katanya dipetik Bernama semalam.

Muhyiddin berkata daripada 13 perkara yang berbaki, tujuh perkara dapat diselesaikan apabila Panel Bebas mencapai kata sepakat untuk memasukkan "errata" di dalam novel terbabit bagi membuat pembetulan dan pengguguran terhadap beberapa frasa yang dianggap sensitif dalam amalan kebudayaan dan keagamaan masyarakat India.

Katanya, enam perkara lain juga telah dapat diselesaikan kerana penulis sekali lagi telah bersetuju untuk meminda perkata "tuhan" kepada perkataan "dewa" dan menggugurkan frasa "orang berkulit hitam" daripada novel itu.

"Oleh yang demikian, kesemua ahli panel termasuk wakil masyarakat India telah bersetuju untuk menyerahkan perkara ini kepada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai penerbit untuk membuat suntingan yang wajar kepada novel ini dalam cetakan akan datang," katanya.

Selain itu, katanya, kementerian akan menyediakan satu glosari untuk memperjelaskan beberapa frasa dan konsep yang terkandung dalam novel Interlok bagi memudahkan murid memahami teks dan konteks novel yang memaparkan kehidupan yang harmoni dalam masyarakat pelbagai kaum di negara kita.

Kerusi: Perak sedih kenyataan Nazri Aziz

Posted: 25 Mar 2011 05:14 PM PDT

BERNAMA

IPOH— Pengerusi MIC Perak Datuk S.Veerasingam berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan mengenai pengagihan kerusi dalam pilihan raya umum akan datang.

"Kami anggota MIC berasa sedih dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Nazri yang selama ini dilihat sebagai seorang yang berpengalaman," katanya ketika mengulas kenyataan Nazri yang meminta MIC menyerahkan kerusi berkenaan kepada Barisan Nasional (BN) kerana parti komponen itu dikatakan boleh kalah jika ia terus bertanding di kawasan terbabit.

Veerasingam berkata sehingga hari ini, MIC bersahabat baik dengan semua parti komponen Barisan Nasional (BN) dan sentiasa memberi komitmen yang tinggi kepada pentadbiran negeri Perak di bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata analisis daripada aktiviti 'turun padang' yang dijalankan oleh MIC mendapati peratusan kaum India menyokong BN kembali meningkat dan golongan yang tidak pernah mengundi juga kini tampil mendaftar bagi menyokong BN.

Katanya beliau berpendapat jika ada anggota BN yang tidak berpuas hati atau mempunyai sebarang masalah dengan pihak MIC, mereka seharusnya menyuarakan perkara itu dalam mesyuarat tertutup BN.

MIC diperuntukan dua kerusi Parlimen iaitu Sungai Siput dan Tapah pada pilihan raya umum lepas, yang menyaksikan calon BN M. Saravanan memenangi kerusi Tapah manakala Datuk Seri S. Samy Vellu gagal mempertahankan kerusi di Sungai Siput.

Selain itu, empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Pasir Panjang, Behrang, Sungkai dan Hutan Melintang kesemua calon BN yang diwakili oleh MIC, tewas kepada pembangkang.

Tiada ulasan: