Biaqpila |
- MANGKUK AYUN UTUSAN MELOYA TOLONG JAWAB SAT
- Remaja 18 tahun dicekup selepas baru selesai laku hubungan seks
- JAWAPAN KEPADA SOALAN MANGKUK AYUN UTUSAN MELOYA
- Yusri KRU tentukan ketulenan video seks?
- VIDEO SEKS HITAM PUTIH
- Bekas SB Nasihat Polis Bertegas Dengan Ahli Politik
MANGKUK AYUN UTUSAN MELOYA TOLONG JAWAB SAT Posted: 26 Mar 2011 10:01 AM PDT TENGOK BETAPA AL MANGKUK WAL HAYUNNYA UTUSAN MELOYA CUBA MEMPERKASAKAN FITNAH MALAON GEROMBOLAN UMPORNO. PATUTLA NASI LEMAK PUN DAH BUANG SEDARA,TAK TERIMA PAPER UTUSAN DIJADIKAN PEMBALUTNYA.PADAN DENGAN BUAT LAP PUNGKOQ KUCING SAJA. KAH! KAH! KAH! BUAT UTUSAN MELOYA PKR kemuka bukti Pejabat PKR hari ini tampil memberi urutan catatan Twitter dan Facebook oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membuktikan ketua umum parti itu berada di rumah dan berhubung menerusi alam siber ketika rakaman sebuah video lucah dikatakan berlangsung di sebuah hotel. Dua akhbar kawalan Umno, Utusan Malaysia dan New Straits Times hari ini mendakwa tidak ada catatan Twitter atau Facebook Anwar pada 21 Februari antara jam 10.23 hingga 10.45 malam – masa yang dikatakan adengan seks membabitkan pemimpin kanan pembangkang dirakamkan di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Pengarah Strategi Komunikasi PKR Rafizi Ramli dalam satu kenyataan menyertakan bukti dari petikan skrin akaun Facebook Anwar yang menunjukkan beliau menghantar pesanan ke akaun Twitter dan disambut oleh pengikutnya pada 21 Februari lalu. Tertera adalah catatan yang dimaksudkan: 1040 malam: “Inshaallah” Jelas Rafizi, masa yang dicatatkan di Facebook adalah dua minit lebih lambat dari masa pesanan sebenar di akaun Twitter kerana menggunakan khidmat 'Selective Tweets'. Sembilan pesanan Rafizi berkata, Anwar menghantar sembilan pesanan ke akaun Twitternya di antara jam 10.38 hingga 11.06 malam. Waktu rakaman video berkenaan adalah antara 10.20 hingga 10.41 malam. “Semua laporan setakat ini oleh mereka yang menonton rakaman tersebut tidak menyebut mengenai si pelaku sedang melakukan seks sambil memegang telefon untuk menghantar pesanan ke akaun Twitter,” jelas beliau. Malah Rafizi menegaskan pesanan-pesanan yang dihantar dan dilampirkan jelas adalah pesanan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang itu sendiri kerana lenggok bahasa dan interaksinya dengan pengikut-pengikutnya diketahui umum. “Oleh yang demikian, mustahil si pelaku yang dirakam di dalam video adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya. Rafizi berkata ada pihak termasuk blog upahan Umno mendakwa wujud perbezaan masa sejam di antara catatan di laman Facebook dan laman Twitter. Bohong besar Itu kata beliau adalah pembohongan besar yang direka cipta kerana hakikatnya adalah Anwar di rumah dan berinteraksi melalui Twitter pada masa yang didakwa. “Saya sertakan dua petikan skrin yang diambil dari laman Twitter dan Facebook Datuk Anwar yang menunjukkan bahawa pesanan yang dibuat melalui laman Twitter akan dihantar ke laman Facebook dua minit kemudian. Oleh itu kata beliau, penjelasan-penjelasan ini sudah cukup untuk membuktikan kepada rakyat Malaysia betapa hinanya akhbar-akhbar milik Umno itu yang tanpa segan silu menyiarkan fitnah tanpa usul periksa, asal dapat menyebarkan dakyah tuan punyanya iaitu Umno. “Dengan pendedahan ini, PKR mendesak Utusan Malaysia memohon maaf dan sekiranya enggan berbuat demikian, PKR akan mempertimbangkan tindakan lanjut untuk diambil terhadap Utusan Malaysia dan penulis blog Umno tersebut,” katanya. Dalam laporan muka depannya hari ini bertajuk “Di Manakah Anwar Ibrahim” akhbar kawalan Umno itu mendakwa Ketua Pembangkang 'hilang' kira-kira dua jam pada 21 Febuari lalu, kerana tidak ada catatan dalam Twitter dan Facebooknya. Niat jahat Rafizi berkata, laporan itu jelas berniat jahat, dan bertujuan untuk menyambung fitnah dan serangan Umno ke atas Anwar dan Pakatan Rakyat. Menurut Rafizi, tembelang Utusan Malaysia yang melambangkan rendahnya kawalan mutu kewartawanan. “Malah isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hanya menjawab ringkas dengan menyatakan rasa terkejut dengan skandal terbaru suami beliau,” katanya di dalam blog http://novandri.blogspot.com. Menurut Datuk T yang mendedahkan rakaman video seks Isnin lalu ia dirakamkan di sebuah hotel di ibu negara pada 21 Februari lalu. |
Remaja 18 tahun dicekup selepas baru selesai laku hubungan seks Posted: 26 Mar 2011 05:00 AM PDT Kadar sewa bilik yang murah menjadikan dua hotel di Damansara Damai ini cukup popular sebagai ‘port’ maksiat. Pasangan yang dicekup sedang disoalsiasat anggota Cegah Maksiat. | foto Sinar Harian Pasangan pertama masing-masing berusia 18 tahun ketika ditahan mengakui baru selesai melakukan hubungan seks. Menjawab pertanyaan Sinar Harian, pasangan tersebut mengakui pernah beberapa kali menyewa dan memilih untuk membuat hubungan seks di hotel bajet di situ kerana sewanya yang murah selain ’selamat’. ”Kami selalu ke hotel bajet ini kerana ianya boleh disewa mengikut jam selain harganya yang murah. ”Kalau orang Islam datang bawa pasangan dalam buku pendaftaran ditulis dengan maklumat butiran bahawa penyewanya sudah keluar,”katanya. Satu lagi pasangan berusia 31 dan 22 tahun yang merupakan kakitangan di sebuah kafe hospital turut dicekup. Pintu bilik pasangan itu diketuk hampir hampir 15 minit sebelum dibuka oleh seorang gadis. Ketika ditahan lelaki tersebut memberi alasan mahu menghantarnya kekasihnya pulang tetapi singgah sebenar di hotel tersebut untuk mandi. Hotel yang mempunyai lebih 30 buah bilik yang boleh disewa sekitar RM 30. hingga RM 50. untuk beberapa jam. Imam Masjid Al-Muhtadeen Mohd Fadhil Mohd Nor berkata pemilik hotel tersebut bijak mengabui mata pihak berkuasa agama dengan memberi pelbagai alasan termasuk tidak mempunyai kunci pendua ketika operasi dilakukan. ”Melalui pemeriksaan MBPJ juga, hotel bajet tersebut dikompaun kerana beroperasi tanpa lesen manakala sebuah lagi hotel permohonan lesen masih lagi dalam proses. -SH warkahdaily KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
JAWAPAN KEPADA SOALAN MANGKUK AYUN UTUSAN MELOYA Posted: 26 Mar 2011 01:55 AM PDT TENGOK BETAPA AL MANGKUK WAL HAYUNNYA UTUSAN MELOYA CUBA MEMPERKASAKAN FITNAH MALAON GEROMBOLAN UMPORNO. PATUTLA NASI LEMAK PUN DAH BUANG SEDARA,TAK TERIMA PAPER UTUSAN DIJADIKAN PEMBALUTNYA.PADAN DENGAN BUAT LAP PUNGKOQ KUCING SAJA. KAH! KAH! KAH! Meh hamba hendak jawab soalan cap ayam mangkuk ayun si Faizah Utusan Meloya (baca sini). Hendak tahu mana Anwar Ibrahim dari jam 9.20pm hingga jam 11.39pm pada 21 Februari itu? Yang dikatakan tidak berTwitter pada ketika itu. Jawapannya; Anwar Ibrahim telah ke Restoran Mc D 24jam untuk membeli 50 biji Big Mac untuk dimakan sekali gus agar perut Anwar yang kempis itu akan menjadi boroi dalam masa 30 saat. Kemudian Anwar telah membeli air Coca cola juga dalam kuantiti 50, tetapi berunitkan liter untuk diminum juga dengan cara sekali gus agar perut Anwar akan kekal boroi untuk dirakam oleh Dato Eskay yang rupa sebiji macam Anwar Ibrahim. Disebabkan juga Dato Eskay adalah lebih hitam dari Anwar, maka adalah lebih elok filem biru keluaran mamat Melaka itu dibuat dalam hitam putih agar ke'real'an filem itu dapat direalkan lagi untuk memaksimumkan proses pengeliruan orang ramai yang suka tengok filem lucah menontonnya. (Baru hamba tahu, ramai wartawan suka tengok cerita biru) Sekian makluman jawapan fitnah yang hamba telah buat agar orang yang suka sangat berfitnah-fitnah ini boleh berfikir dengan kepala lutut, bukan dengan kepala kaki. ibnmustaffa UNTUK ORANG UTARA MALAM INI SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK BESARKAN Lawan Tetap Lawan *Program Dato' Seri Anwar Ibrahim di Pulau Pinang* *Membongkar Konspirasi Politik Terkini* 26 Mac 2011 (Sabtu) Program 1 4.30 ptg – Hi-Tea dan Sumbangan Kepada Mangsa Ribut Kampong Besar Lokasi: Pusat Khidmat DUN Permatang Pasir Program 2 7.00 mlm –Solat Maghrib/Hajat dan Tazkirah Lokasi: Masjid Daerah Bandar Perda, Seberang Jaya Program 3 9.00-12.00 mlm – Membongkar Konspirasi Politik Terkini Lokasi : Taman Pauh Indah, Bandar Perda* Penceramah: 1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim 2. YAB Lim Guan Eng 3. YB Dato' Mansor Othman 4. YB Dato' Johari Abdul (MP Sg Petani yg telah menonton video lucah) Mai...jangan tak mai.. KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Yusri KRU tentukan ketulenan video seks? Posted: 25 Mar 2011 11:00 PM PDT Tunggu pakar sahkan aktor seks KUALA LUMPUR - Polis sedang menunggu pemeriksaan pakar bagi mengesahkan lelaki yang melakukan adegan seks dengan seorang pelacur wanita yang didakwa dirakamkan di sebuah apartmen di Ampang dekat sini pada 21 Februari lalu merupakan seorang pemimpin pembangkang. Sumber polis berkata, daripada aspek undang-undang, polis buat masa ini hanya membuat andaian bahawa lelaki itu merupakan seorang pemimpin pembangkang seperti yang didakwa oleh kumpulan trio Datuk T. Bagaimanapun, kata sumber itu, perkara itu hanya andaian semata-mata kerana pengesahan siapa sebenarnya pelakon dalam video seks itu memerlukan penyiasatan dan pengesahan daripada pakar. "Sehingga semalam polis belum mengetahui sama ada imej (aktor) dalam video tersebut sudah diganggu (direka-reka). "Polis juga tidak boleh sahkan pelakon tersebut adalah si A atau si B. Kita perlu tunggu pakar (untuk pengesahan)," kata sumber itu kepada Kosmo! semalam. Sehubungan itu, sumber itu berkata, pasukan penyiasat kini dalam pertimbangan untuk meminta khidmat pengarah filem Merong Mahawangsa, Yusry Abdul Halim (Yusri KRU) bagi membantu polis mengesahkan ketulenan rakaman video seks itu terlebih dahulu. "Rakaman itu sendiri perlu disahkan adalah tulen sebelum polis melakukan langkah kedua untuk mengesahkan pelakon yang dimaksudkan itu," kata sumber itu. Bagaimanapun, sehingga malam tadi pasukan polis belum memutuskan perkara itu dan ada kemungkinan pakar-pakar lain yang berkemahiran dalam rakaman video turut dipanggil memberi bantuan. kosmo UNTUK ORANG UTARA MALAM INI SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK BESARKAN KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 25 Mar 2011 07:00 PM PDT 1. KENAPA VIDEO SEKS DIBUAT DALAM FORMAT HITAM PUTIH? A. KERANA PRODUSER MODAL CIPUT - Jawapan ini tidak masuk akal kerana pasaran video seks amat besar dan boleh menguntungkan produser.Lagipun produser mestilah orang yang mempunyai sumber kewangan yang kukuh.Jika tidak baik tak payah jadi produser.Jadi penjual nasi lemak lagi bagus. B. KERANA TIADA PERALATAN KAMERA CANGGIH - Jawapan ini lagi tidak masuk akal di zaman yang serba canggih ini.Lainlah di zaman Allahyarham P.Ramlee. C. KERANA TIDAK MAHU PENONTON MELIHAT DENGAN JELAS WAJAH SERTA TUBUH PELAKONNYA - Jawapan ini paling tepat.Selain daripada tak nak bagi penonton stim dan ghairah, dengan menggunakan video hitam putih,pelakon yang mempunyai wajah yang hampir sama boleh digunakan bagi menggantikan pelakon lain yang tidak hadir ke lokasi kerana penonton tidak dapat melihat dengan jelas pelakonnya.Asalkan ada mirip muka yang hampir sama dan bentuk badan yang sama.Jika perut boroi sikit-sikit mungkin boleh diterima asalkan tidak kantoi semasa tayangan perdana. Kesimpulannya pembikinan video hitam putih itu bukannya bertujuan untuk skodeng ataupun tujuan komersial lain.Jadi apa lagi yang boleh dikatakan selain untuk tujuan konspirasi. Hujahnya sangat mudah iaitu,sekiranya kaki skodeng yang memasang kamera di bilik hotel untuk tujuan skodeng tentulah mereka akan menggunakan kamera berwarna dan berdefinasi tinggi.Apa kejadah tengok video lucah hitam putih.Mana ada feel beb. Jadi jika bukan kaki skodeng yang memasang kamera tersebut,siapa yang memasangnya?Persoalan siapa yang memasang kamera atau bagaimana rakaman video itu boleh wujud sudah terjawab jika tuan-tuan memahami apa yang gua maksudkan.Kalau tak faham,biaqpila... apa ada hal. Berbalik kepada soal konspirasi pula,gua percaya jika pelakon itu 'aktor' yang sebenar sudah tentu mereka tidak akan menggunakan kamera hitam putih.Bukan saja tidak perlu menggunakan kamera hitam putih atau warna,malah secara on the spot boleh memanggil Jabatan Agama Islam menangkap 'aktor' yang beragama Islam itu.Jika tidak,apa tujuan mereka pergi ke lokasi penggambaran itu? Takde maknenye kalau setakat nak pergi sewa bilik kemudian tinggalkan seutas jam tangan. Tuan-tuan percaya? UNTUK ORANG UTARA MALAM INI SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK BESARKAN KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Bekas SB Nasihat Polis Bertegas Dengan Ahli Politik Posted: 25 Mar 2011 05:00 PM PDT KUALA LUMPUR 25 MAC : Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas (Special Branch), Datuk Seri Yuen Yuet Leng menggesa pihak berkuasa supaya bertegas dengan semua ahli politik tanpa perlu bersikap diskriminasi. Menurut Yuen, polis tidak boleh dikawal oleh mana-mana parti politik kerana amanah yang dipertanggungjawabkan kepada pihak berkuasa itu meliputi segenap lapisan masyarakat, maka ia perlu dilaksanakan dengan adil dan telus. "Kita tidak boleh dikawal oleh parti politik tetapi mesti menyokong parti politik yang memerintah selagi mereka bertindak dalam ruang lingkup Perlembagaan Persekutuan," kata Yuen. Yuen berkata, secara teknikalnya, polis boleh menolak untuk bertindak atas kehendak parti politik yang memerintah. "Kita boleh menangkap Perdana Menteri, tetapi ini memerlukan keberanian yang luar biasa untuk melakukannya," kata Yuen kepada akhbar The Sun selepas majlis pelancaran rancangan mini siri yang menceritakan kisah hidup beliau dalam "Suatu Ketika...Darah Di Bumi". Yuen merupakan bekas Ketua Polis Perak dan Pesuruhjaya Polis Sarawak yang menyertai pasukan polis walaupun tidak mempunyai lagi sijil kewarganegaraan ketika itu. Dalam laporan itu juga, Yuen mengaku bahawa imej polis kini jatuh ke paras paling bawah sejak beberapa tahun lalu berikutan pelbagai persepsi negatif yang terpalit pada pihak berkuasa itu. tvs KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan