Jumaat, 25 Mac 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Video seks: SPRM sahkan terima laporan Pemuda PKR

Posted: 25 Mar 2011 04:26 AM PDT

BERNAMA

PUTRAJAYA — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan menerima laporan daripada Angkatan Muda Keadilan (AMK) berhubung isu video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang.

Perkara itu disahkan Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali ketika dihubungi Bernama di sini.

Mustafar bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkara berkenaan.

Difahamkan Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin tiba di ibu pejabat SPRM di sini, kira-kira pukul 10 pagi dan selesai membuat kenyataan dua jam kemudian.

Polis periksa lokasi kejadian rakaman video seks

Posted: 25 Mar 2011 04:21 AM PDT

BERNAMA

KUALA LUMPUR — Siasatan polis terhadap rakaman video aksi seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang mendapat petunjuk awal apabila bilik sebuah hotel di ibu negara yang dikatakan menjadi lokasi rakaman video itu diperiksa.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman Datuk Ghazali Md Amin berkata siasatan di tempat kejadian itu dijalankan bersama unit forensik PDRM selepas memperoleh maklumat.

"Dua individu telah ditahan semalam bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis... kita turut memperoleh beberapa bahan bukti daripada mereka.

"Salah seorang daripada individu yang terbabit telah mendedahkan tempat di mana rakaman perlakuan seks itu berlaku," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik bersama ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, disoal siasat selama lima jam di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Mereka turut menyerahkan video aksi seks seorang lelaki dengan seorang wanita serta seutas jam tangan Omega.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis sedang mengenal pasti identiti individu yang kelihatan dalam rakaman video aksi seks tersebut.

Beliau berkata siasatan kes itu masuk hari ketiga hari ini dan pasukan khas menjalankan siasatan dari pelbagai sudut, termasuk bagaimana rakaman video itu boleh wujud.

"Kita sendiri hendak tahu apa yang telah berlaku dan banyak isu lagi, justeru hentikan semua spekulasi dan beri peluang kepada pasukan polis untuk jalankan siasatan," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Peringatan Hari Polis ke-204 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini.

Ismail berkata beliau percaya maklumat dan fakta baru akan diperoleh dalam masa terdekat hasil penyiasatan yang dijalankan.

"Siasatan mungkin akan berkembang terus dari fakta-fakta yang kita akan jumpa nanti," katanya.

Ketika ditanya sebab trio yang mendedahkan video tersebut tidak ditahan, beliau menjawab, "Atas kesalahan apa? Kalau sampai masa sudah cukup bukti dan sudah disahkan kesalahan mereka, barulah kita akan bertindak ikut undang-undang.

"Semalam kita panggil dua daripada mereka untuk diambil kenyataan. Kalau tahan mereka tetapi tidak cukup bukti, esok orang gelakkan polis nanti," katanya.

Video seks: Eskay mahu balas dendam Anwar, bekas staf Megat Junid

Posted: 25 Mar 2011 04:16 AM PDT



Nota tulisan tangan, didakwa ditulis oleh Shazryl Eskay, yang ditunjukkan oleh Mohamad Mahti kepada pemberita di Kuang, Rawang hari ini.

RAWANG — Seorang bekas anggota polis berkata Datuk Shazryl Eskay Abdullah ada memberitahunya bahawa beliau akan menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada arena politik sebelum mempertontonkan satu rakaman video seks kepada media, Isnin lalu.

Rakaman video seks itu mendakwa seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur China.

Mohamad Mahti Abdul Rahim, bekas pengawal peribadi Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub berkata, Shazryl marah kerana Ahli Parlimen Permatang Pauh itu enggan menjadi saksi dalam kes samannya berkaitan projek jambatan bengkok yang diluluskan ketika era Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kes itu sedang berlangsung di mahkamah dan Megat Junid pernah menjadi menteri dalam Kabinet Dr Mahathir.

"Selepas beliau bercakap dengan marah mengenai Anwar, beliau mula bercakap buruk mengenai beliau (Anwar), berkata 'saya akan menjatuhkan Datuk Seri Anwar, dengan apa jua cara pun," katanya.

Mohamad Mahti sendiri bersetuju menjadi saksi dalam kes dibawa Shazryl mendakwa beliau dijanjikan akan dibayar RM20 juta kerana berjaya memperoleh projek jambatan bengkok RM460 juta yang menghubungkan Singapura dan Johor.

Katanya, selepas dia memberikan keterangan pada 8 Mac lalu, Shazryl mula bercakap buruk tentang Anwar ketika berhenti rehat dan disambung pada keesokan hari.

"Sama ada rakaman ini betul atau tidak, saya tidak tahu. Tetapi beliau mahu menjatuhkan Anwar Ibrahim. Beliau berkata Anwar curi wangnya," katanya lagi.

Mohamad Mahti juga berkata, Shazryl bertemu dengannya minggu lalu untuk bertanya sama ada boleh mendapatkan bekas anggota unit tindakan khas bagi tujuan keselamatan apabila menayangkan rakaman video.

Mohamad Mahti berkata, dia mengikut Shazryl ke rumah Datuk Shuib Lazim, seorang lagi Datuk T dan mendapati Bendahari Perkasa itu penasihat ahli perniagaan terbabit yang mengendalikan kilang baja dan akan menjadi pengerusinya dalam waktu terdekat.

"Eskay juga berkata beliau melakukan ini bagi (seorang) No. 1," katanya sambil menambah, Shuib kelihatan keberatan untuk membantu Shazryl.

"Saya tidak tahu siapa orang itu dan saya juga tidak tanya siapa yang dia maksudkan," kata Mohamad Mahti apabila ditanya sama Shazryl merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang Anwar menuduh terlibat dalam pendedahan video seks ini.

Mohamad Mahti, 53, berkata dia kali pertama bertemu dengan Shazryl ketika menjadi pakar fisioterapi bagi Persatuan Badminton Malaysia pada 1990-an.

Katanya, Shazryl kemudian diperkenalkan kepada Dr Mahathir dan Anwar di mana pada masa yang sama khidmatnya diperkenalkan kepada mereka.

Mohamad Mahti juga berkata, dia diberi wang saku RM5,000 kerana menguruskan pertemuan dengan Ahli Parlimen Salak Tan Sri Tajuddin Rahman, yang merupakan Pengerusi Felca, dipercayai untuk mendapatkan kontrak membekalkan baja.

Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, seorang lagi Datuk T pula merupakan Pengerusi Risda.

Mohamad Mahti berkata sebulan kemudian Shazryl memberikannya satu nota tulisan tangannya menjanjikan pelbagai pegawai termasuk Tajuddin potongan bagi setiap tan baja dijual kepada Felcra.

"Saya merasakan ini rasuah, jadi saya SMS kepada Tajuddin meminta agar melupakan segala-galanya," kata beliau sambil menunjukkan tulisan tangan yang menggunakan dakwat merah.

Mohamad Mahti berkata salah seorang pengawal peribadi Anwar yang bernama Moktar ada menghubunginya untuk bertanya mengapa Shazryl melakukan yang ini sedangkan baru seminggu lalu beliau ada membawa keluarganya bertemu dengan Ketua Umum PKR itu.

"Saya memberitahu bahawa saya tidak tahu apa-apa tentang video ini sehingga ia dikeluarkan," katanya kepada pemberita di Kuang dekat sini hari ini.

Mohamad Mahti menambah, Shazryl ada mengatakan bahawa beliau pernah banyak membantu Anwar dan membawa bekas timbalan perdana menteri itu ke Singapura untuk melakukan ujian DNA bagi membuktikan dakwaan akhir 1990-an bahawa beliau adalah bapa bagi anak Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, sebagai tidak benar.

Dia juga berkata, Shazryl mendakwa ada membantu Anwar untuk menghantar keluar blogger Raja Petra Kamaruddin untuk meninggalkan negara ke United Kingdom.

Katanya, dia tidak diminta oleh sesiapa agar membuat dakwaan ini sambil berkata "jika saya dibayar, kita sepatutnya mengadakan sidang media di bilik berhawa dingin."

Shazryl dan Abdul Rahim ditahan oleh polis awal hari ini berkaitan dengan seks video ini.

Video seks: Wan Azizah memang nak tonton, kata Abdul Rahim

Posted: 25 Mar 2011 04:14 AM PDT



KUALA LUMPUR — Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, salah seorang "Datuk T" sekali lagi menegaskan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Azizah sebenarnya mahu menonton rakaman video seks yang kononnya melibatkan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim secara peribadi.

Selain Abdul Rahim (gambar), dua lagi Datuk T adalah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Agung Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Kata bekas ketua menteri Melaka itu, hanya Dr Wan Azizah yang boleh buktikan lelaki dalam video seks itu Anwar atau pun tidak.

"Dr Wan Azizah nak video itu dihantar sendiri kepadanya tetapi Datuk Shazryl takut video seks itu terdedah.

"Hanya Dr Wan Azizah tahu siapa lelaki dalam video seks itu, siapa lelaki dalam video itu sama ada suami beliau atau tidak," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Bagaimanapun semalam Dr Wan Azizah (gambar) berkata beliau tiada keinginan untuk menonton video seks itu.

Abdul Rahim juga menafikan dakwaan bekas ahli majlis tertinggi PKR Badrul Hisham Shaharin bahawa Datuk T memintanya menjadi "orang tengah" untuk menyerahkan salinan video seks itu kepada Dr Wan Azizah.

"Beliau (Badrul Hisham) yang menawarkan diri untuk serahkan video seks itu kepada Dr Wan Azizah, kita tidak minta pun.

"Tapi akhirnya ia tidak jadi kerana kita tak mahu video itu jatuh ke tangan orang lain," katanya.

Semalam Badrul Hisham berkata beliau diminta oleh Datuk T agar menjadi "orang tengah" untuk serahkan video seks itu kepada Dr Wan Azizah.

Abdul Rahim juga mengejek Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul yang secara tegas mengatakan lelaki dalam video seks itu bukan Anwar.

Selain Johari, Badrul Hisham juga menafikan lelaki dalam video itu adalah Anwar yang juga Ketua Umum PKR.

"Dias (Johari) tahukah bentuk badan Anwar ketika dia telanjang... dia pernah tengok Anwar telanjangkah?

"Dia tahukah perut Anwar macam mana? Dia tahukah macam mana Anwar waktu telanjang? Lainlah kalau dua-dua pernah telanjang bersama," katanya.

Awal minggu ini,"Datuk T telah menayangkan videk seks itu kepada media pada Isnin lalu di hotel Carcosa Seri Negara.

Selain media, rakaman video seks itu juga turut ditayangkan Johari dan Badrul Hisham pada hari sama.

Dalam pada itu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendesak Abdul Rahim meletakkan jawatan dengan serta-merta selaku Pengerusi Risda kerana terlibat dengan pendedahan video seks itu yang disifatkan sebagai jenayah.

Kumpulan itu mengadakan demonstrasi aman di hadapan pejabat Risda di sini sebagai membantah pendedahan video seks yang dikaitkan dengan Anwar itu.

"Abdul Rahim kena meletakkan jawatan dengan serta-merta kerana terlibat dengan aktiviti jenayah.

"Beliau (Abdul Rahim) sendiri yang mengaku terlibat dengan pendedahan ini dan beliau perlu bertanggungjawab dan meletakkan jawatan dengan serta-merta," kata Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Kata beliau, pihaknya mengecam secara keras tindakan Datuk T dan mendesak agar politik berunsur jahat dan fithan yang dibuat terhadap Anwar dihentikan.

"Kita tegas dengan pendiria mengecam kempen politik jahat dan fitnah yang dilakukan terhadap Anwar.

"Kita mesti hentikan politik khianat dan keji ini," katanya.

Shamsul Iskandar juga berkata beliau telah membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat Abdul Rahim sambil mendakwa wujud amalan rasuah dalam pendedahan video seks itu.

NIAT mula kempen pulangkan novel Interlok tanda protes

Posted: 24 Mar 2011 09:52 PM PDT

KUALA LUMPUR — Badan Bertindak Interlok Kebangsaan (NIAT) memulakan kempen meminta pelajar-pelajar yang dibekalkan novel kontroversi Interlok, yang jumlahnya dianggarkan 180,000 orang di Zon 2, agar memulangkan kepada pengetua masing-masing sebagai tanda "protes."

Kempen itu dimulakan hari ini, sehari selepas kerajaan bersetuju dengan dapatan Pane Bebas Mengkaji Pindaan Novel Interlok (Panel Bebas) yang mendapati hanya 19 perkara daripada 106 bentuk cadangan pindaan boleh dianggap menyentuh sensitiviti masyarakat India.

Pengerusinya Datuk Thasleem Mohamad Ibrahim Al-Haj berkata, langkah itu diambil sebagai "protes" kerana Kementerian Pelajaran masih berpegang teguh mahu mengekalkan Interlok sebagai buku teks sastera tingkatan lima sekolah.

"Kempen ini dimulakan esok (hari ini)... langkah susulan kami, kami tetap mahukan novel ini ditarik balik daripada digunakan sebagai bahan buku teks sastera.

"Kami masih berpendirian bahawa novel ini tidak sesuai digunakan sebagai buku teks di sekolah, kami tidak berubah dalam pendirian kami . . . kami sudah memaklumkan ahli-ahli dalam NGO ini supaya memulakan tindakan ini mulai esok (hari ini)," kata Thasleem Mohamad ketika ditemui selepas mesyuarat NIAT di sini malam tadi.

"Pelajar sebagai golongan kanak-kanak ada hak untuk menolak bahan-bahan bacaan yang bertentangan dengan nilai dan kepercayaan mereka, kami mendapati kandungan novel ini bertentangan dengan nilai-nilai dan kepercayaan kita sebagai masyarakat Malaysia. Buku ini akan memusnahkan integrasi sesama bangsa dan 1 Malaysia," kata beliau lagi.

"Saya tidak perlu membaca sesuatu yang bertentangan dengan nilai saya," kata Thasleem Mohamad.

Sebelum ini, NIAT menyifatkan langkah Putrajaya menjadikan novel Interlok sebagai buku teks sastera tingkatan lima sebagai "menggadai" masa depan pelajar.

NIAT mendakwa terdapat banyak elemen dalam Interlok, novel tulisan Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain boleh menyumbang kepada pergaduhan dan perpecahan kaum.

Oleh itu, NIAT meminta Kementerian Pelajaran menarik segera penggunaan novel Interlok yang digunakan di Zon 2 iaitu di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Negeri Sembilan. Sekitar 180,000 murid dari zon tersebut menggunakan novel itu.

Kata Thasleem Mohamad, sudah ada kes di mana murid sudah memulangkan novel tersebut kepada sekolah.

"Memang sudah ada kejadian di Kuala Kubu Baru, jadi kami yakin ia akan diperluaskan di sekolah-sekolah lain di Zon 2 melibatkan Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan," katanya lagi.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan bersetuju dengan dapatan Panel Bebas Mengkaji Pindaan Novel Interlok yang mendapati hanya 19 perkara daripada 106 bentuk cadangan pindaan boleh dianggap menyentuh sensitiviti masyarakat India.

Muhyiddin berkata panel bebas itu berpendapat baki 87 perkara lagi adalah tidak berkaitan dengan isu pokok termasuk cadangan supaya nama penulis dipaparkan pada kulit hadapan novel dan ejaan "tali" dipinda kepada "taali."

"Daripada 19 perkara yang boleh dianggap sensitif ini pula, tiga daripadanya adalah berkaitan dengan penggunaan perkataan kasta yang telah dianggap selesai kerana penulis telah bersetuju untuk menggugurkan perkataan itu (Paria) dalam novelnya.

Tiga perkara lagi iaitu yang berkaitan dengan fakta lembu sebagai binatang suci orang Hindu, keselamatan isteri Maniam di India dan upacara perkahwinan yang digambarkan sebagai meletihkan juga telah selesai.

Muhyiddin menambah daripada 13 perkara yang berbaki, tujuh perkara dapat diselesaikan apabila Panel Bebas mencapai kata sepakat untuk memasukkan "errata" di dalam novel terbabit bagi membuat pembetulan dan pengguguran terhadap beberapa frasa yang dianggap sensitif dalam amalan kebudayaan dan keagamaan masyarakat India.

Selepas kenyataan Muhyiddin semalam, tiga wakil kaum India dalam panel bebas novel Interlok mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa Timbalan Perdana Menteri ada memberi jaminan kelmarin bahawa "kesemua 105 pindaan" termasuk kesilapan bahasa, kesalahan fakta dan perkara menyentuh sensitiviti kaum India akan dilaksanakan.

Kesemua pindaan itu diperakukan oleh panel bebas secara konsensus pada 4 Mac lalu.
"Pindaan itu akan dilakukan dalam tiga bentuk iaitu gugur atau ganti frasa atau perkataan yang salah atau silap; errata iaitu senarai pembetulan fakta dan kesilapan suntingan; dan glosari sedia ada ditambah bagi memperjelaskan beberapa huraian dan konsep," kata kenyataan mereka yang disiarkan menerusi blog salah seorang wakil berkenaan, Uthaya Sankar SB. Dua wakil yang lain ialah Dr N. S. Rajendran dan G. Krishnabahawan.

Wakil kaum India dalam panel itu akan mengadakan sidang media di ibu negara pagi ini.

Perkasa pun sokong tayang video seks

Posted: 24 Mar 2011 09:42 PM PDT

WarkahDaily

Kumpulan yang sebelum ini begitu lantang memperjuangkan bangsa Melayu dan kesucian Islam, Perkasa semalam bertindak mempertahankan tindakan bendaharinya, Datuk Shuib Lazim bersama dua lagi ahli 'Datuk T' menayang video lucah kepada para wartawan di hotel Carcosa Seri Negara.

Alahai Perkasa!...mana lebih baik, ajak wartawan pergi menonton video lucah atau serahkan video berkenaan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat?

Apa jadah ajak wartawan yang tiada kuasa untuk menyiasat...bahkan lebih teruk lagi jika dipanggil wartawan menonton, kemudian keesokan hari, keluarlah berita yang bermacam-macam rencah yang tidak sepatutnya diberitahu kepada umum. Sehingga ramai sudah mula menuding jari ke arah Anwar Ibrahim padahal ianya belum disahkan lagi kesahihannya. Maka terjadilah fitnah.

Wahai pemimpin Perkasa, lain kali kalau mahu sokong, pakailah otak sikit.

Tindakan Perkasa itu seolah-olah menyokong tindakan bermoral 'Datuk T' menayang video seks kepada wartawan secara beramai-ramai. Di sana, kesucian Islam sudah tidak dipandang lagi. Asalkan niat kotor dapat dilunaskan,nilai moral diletak ketepi.

Padahal sebelum ini, Perkasa memang begitu lantang berdemonstrasi konon menjaga kesucian Islam dan memperjuangkan Islam. Namun bila ahli sendiri terlibat, ia dilihat seperti berpaling arah.

Kaum dan bangsa lain yang memerhati akan mula menilai tahap moral dan kredibiliti bangsa Melayu sendiri. Betapa tidak bermaruahnya bangsa Melayu yang mengaku Islam bila secara terang-terangan menayang dan menonton video lucah di bilik hotel.

Padahal sebelum ini, ramai pesalah yang memiliki video lucah akan ditahan bahkan yang ada dalam telefon bimbit pun turut terkena kerana kesalahan memiliki video kotor berkenaan. Inikan pula, bukan sahaja memiliki, bahkan mengajak orang lain menontonnya. Lebih dahsyat lagi tu!.

Skandal seks video: Pertembungan fakta dan pembabitan pimpinan UMNO

Posted: 24 Mar 2011 09:36 PM PDT

MERDEKA REVIEW

Saya merujuk kepada kenyataan yang dibuat semalam oleh Shazryl Eskay Abdullah, salah seorang dari tiga dalang yang menamakan diri mereka "Dato T" berhubung pembabitan mereka di dalam skandal seks video yang memfitnah Anwar Ibrahim.

Eskay (gambar kiri) menyatakan bahawa dia juga turut dirakam di dalam video tersebut. Ini mengesahkan teori bahawa lelaki yang pada awalnya dilihat sedang mengaturkan sesuatu di dalam bilik dan disyaki bertanggungjawab memasang alat perakam adalah Eskay sendiri. Ia juga selari dengan persoalan yang ditimbulkan oleh Johari Abdul semalam bahawa si pelaku tahu perbuatan seks akan dirakamkan kerana pada awalnya dia dirakam bersama-sama seorang lelaki lain yang disyaki sedang menyiapkan peralatan rakaman.

Pengakuan Eskay menimbulkan keraguan besar kepada jalan ceritanya iaitu kononnya dia disuruh oleh Anwar Ibrahim untuk mengambil jamnya yang tertinggal, lalu terjumpa peralatan rakaman semasa mencari jam tersebut.

Jelas bahawa itu pembohongan kerana dia sendiri mengaku bahawa dia adalah lelaki terbabit yang disyaki bertanggungjawab memasang alat rakaman di permulaan rakaman video tersebut. Dakwaannya kononnya dia terjumpa video itu adalah penipuan semata-mata dan tidak masuk akal.

Saya juga mendesak Perdana Menteri sendiri memberi maklumbalas kepada satu laporan bahawa ketiga-tiga orang dalang ini berjumpa dengan Perdana Menteri di Pejabat Perdana Menteri di Parlimen untuk berbincang mengenai perkara ini. KEADILAN telah dimaklumkan bahawa Perdana Menteri mempengerusikan mesyuarat Biro Politik UMNO di pejabatnya di Parlimen petang semalam, maka Perdana Menteri memang berada di Parlimen ketika ketiga-tiga dalang ini dilihat di Parlimen semalam.

Perkara ini menimbulkan tanda tanya yang serius mengenai setakat manakah pembabitan pimpinan kerajaan dalam pembikinan dan penayangan video seks ini, yang melanggar beberapa peruntukan undang-undang secara jelas.

Keengganan kerajaan mengambil tindakan tegas dan segera ke atas semua dalang yang terbabit menguatkan lagi persepsi rakyat bahawa ada penglibatan pimpinan kerajaan yang serius di dalam konspirasi ini, tidak ubah seperti mana konspirasi tahun 1998 dahulu.

Demi membersihkan namanya dan UMNO, Perdana Menteri perlu membuat kenyataan segera mengenai hasil perbincangannya dengan ketiga-tiga dalang video seks yang memalukan Malaysia ini.

*Kenyataan media oleh Nik Nazmi Nik Ahmad (gambar kanan) selaku Pengarah Komunikasi PKR.

14 pelajar dicekup

Posted: 24 Mar 2011 09:31 PM PDT

SINAR HARIAN ONLINE


BUKIT PAYONG – Seramai 14 pelajar sekolah, kebanyakannya dari sekitar tiga buah sekolah di sini, dicekup dalam satu operasi khas memerangi masalah ponteng sempena pelancaran Kempen Basmi Ponteng peringkat daerah di sini, semalam.

Kempen itu dilancarkan Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Razali Daud dan Pegawai Pembangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong, Zaidi Muda di Pusat Khidmat Masyarakat dan berakhir di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Payong.

Semua pelajar yang dicekup kemudiannya dibawa ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Payong untuk tindakan susulan, termasuk sesi kaunseling dan menjalani ujian air kencing bagi memastikan mereka tidak terbabit dalam penyalahgunaan dadah.

Menurut Pegawai Pelajaran daerah, Md Yasin Mohd Salleh, pelancaran kempen itu bukanlah bermakna gejala berkenaan semakin serius, tetapi ia sebagai langkah awal menghalang gejala itu menular dalam kalangan pelajar lain.

"Dalam kempen itu, seramai 14 pelajar dari tiga buah sekolah ditahan seawal jam 10 pagi dan ketika ditahan berdekatan sekolah masing-masing, kebanyakan mereka memberikan alasan keluar untuk membeli makanan," katanya.

Md Yasin yang ditemui di SMK Seri Payong berkata, operasi yang dijalankan itu berjaya mencapai matlamatnya dalam membantu usaha kementerian memerangi masalah ponteng sekolah dan akan diadakan secara berterusan dari masa ke masa.

Menurutnya, ibu bapa pelajar turut diminta datang ke sekolah untuk diberikan penjelasan mengenai masalah anak-anak mereka, termasuk meminta ibu bapa memantau pergerakan anak masing-masing bagi mengelak mereka terjebak dengan kegiatan negatif.

Dalam pada itu, Md Yasin juga berterima kasih kepada jabatan kerajaan yang terlibat dalam menjayakan kempen tersebut antaranya polis, Pejabat Agama daerah (Bahagian Penguat kuasa), Majlis Daerah Marang (MDM), Pejabat Daerah Marang dan Rela.

KC UMNO DESAK TUTUP KOLEJ TIRAM

Posted: 24 Mar 2011 09:27 PM PDT

Oleh: SURIATI MAHMUD

KETUA Cawangan UMNO Tg. Labian, Tungku, Kunsul Nahul mendesak Kementerian Pelajaran menutup segera Kolej Tiram sehingga siasatan selesai bagi mengelak kolej berkenaan terus memanipulasi undang-undang dan menipu pelajar.

"Jika sekolah ini tidak berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Swasta, mereka daftar di mana? Sedangkan Pusat Tuisyen dan Tadika pun kena daftar apa lagi Kolej sebesar ini? Bukankah Kolej ini sudah beroperasi secara haram sejak 1980-an lagi? Kenapa tiada tindakan daripada Jabatan Pelajaran? Mesti ada yang tidak kena," ujar Kunsul yang mempersoalkan akreditasi Kolej Tiram yang diterajui oleh tokoh MIC.

Dalam hal ini kata Kunsul, tidak harus ada pihak yang terlepas dan Jabatan Pelajaran lebih berminat menghukum guru-guru yang mencari wang poket secara halal dengan membuka kelas tuisyen di rumah mereka.

"Apakah kerana dia tokoh MIC maka dia kebal? Bagaimana dengan nasib pelajar terutama yang mengadakan Twinning Programme? Bukankah ini menganiaya pelajar kita? Apa Ketua UMNO Silam merangkap Adun Lahad Datu buat bagi atasi masalah ini kerana ramai pelajar terdiri daripada anak ahli UMNO?," tanya Kunsul yang kesal dengan kelalaian semua pihak sehinggalah isu ini didedahkan Sabahkini.net.

Menurut Kunsul, beliau telah melaporkan isu ini kepada Menteri Pelajaran, tan Sri Muhyiddin Yassin untuk tindakan lanjut.

Inflasi 2011 : Dijangka 2.5 – 3.5 Peratus

Posted: 24 Mar 2011 09:26 PM PDT

BERNAMA

KUALA LUMPUR– Inflasi dijangka berpurata antara 2.5-3.5 peratus pada tahun 2011 dan akan terus didorong oleh faktor penawaran,terutama harga komoditi global yang lebih tinggi, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

BNM dalam Laporan Tahunan 2010 menyatakan harga komoditi global dijangka meningkat disebabkan oleh gangguan dalam bekalan akibat keadaan cuaca, perkembangan geopolitik, kegiatan spekulatif dan permintaan yang kukuh daripada ekonomi sedang pesat membangun.

Dalam negeri, sebagai sebahagian daripada langkah pengurangan subsidi kerajaan, satu siri pelarasan harga barangan tadbir dijangka dilaksanakan pada 2011.

"Bagaimanapun, pelarasan harga dijangka beransur-ansur, dan ini akan membantu membendung kesan inflasi secara keseluruhan," kata BNM.

Julat ramalan yang lebih luas mencerminkan bertambahnya ketidakpastian dalam persekitaran luar dan dalam negeri, terutama harga makanan dan tenaga global,serta masa dan tahap pelarasan pada harga tadbir oleh kerajaan.

Dari segi penawaran, harga komoditi global dijangka meningkat berikutan gangguan dalam bekalan akibat keadaan cuaca, perkembangan geopolitik,kegiatan spekulatif dan permintaan yang kukuh daripada ekonomi sedang pesat membangun.

Bagi minyak mentah, laporan terkini Prospek Ekonomi Dunia Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF WEO) pada Januari 2011 mengunjurkan kenaikan harga minyak mentah kepada purata AS$90 setong pada 2011 (AS$79.5 setong pada 2010).

Unjuran IMF ini adalah sama dengan tinjauan ramalan penganalisis oleh Bloomberg pada awal Februari 2011, yang menunjukkan unjuran median yang menghampiri paras AS$90 setong.


Kerajaan Selangor Kutuk Video Fitnah Terhadap Anwar Ibrahim

Posted: 24 Mar 2011 09:25 PM PDT

SELANGOR KINI

SHAH ALAM - Penyebaran rakaman video lucah yang memfitnah Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim amat memalukan dan menjatuhkan maruah umat Islam dan orang Melayu, tegas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di sini hari ini.

"Hari ini tiga orang telah mengaku menyimpan, menonton dan mempertontonkan video lucah ini yang menunjukkan betapa rendah moral pemimpin yang mengakui mereka mewakili orang Islam Melayu di Malaysia," katanya.

Tegas Khalid, perbuatan ini bukan saja menyalahi etika, malah ia turut bercanggah dengan ajaran mana-mana agama yang menekankan keadilan, keamanan dan kebaikan.

Jelas beliau, perbuatan ini adalah untuk meraih sokongan orang Melayu dengan cara yang amat memalukan serta menjijikkan.

"Tetapi saya amat yakin, orang Melayu Islam adalah lebih bijak dan tidak mudah disogok dengan fitnah seperti ini," tegas Tan Sri Khalid.

Justeru Tan Sri Khalid berharap agar pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan dengan adil dan telus terhadap laporan polis yang dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim termasuk mengambil tindakan terhadap tiga individu yang telah mengaku memiliki, menonton dan mempertontonkan rakaman video lucah tersebut.

Hari ini dilaporkan bahawa Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik mengaku beliau adalah dalang di sebalik penyebaran video lucah yang cuba mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut sama dikaitkan dengan trio 'Datuk T' itu adalah Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Agung Perkasa merangkap bekas Senator Dewan Negara, Shuib Lazim.

NGO 1M'sia kini di Kuching, ditaja jutawan

Posted: 24 Mar 2011 05:15 PM PDT

MALAYSIA KINI

Menjelang pilihan raya negeri Sarawak, NGO 1Malaysia mengumumkan bahawa ia akan menganjurkan siri jamuan makanan percuma dan pertandingan untuk penduduk Kuching - semuanya ditaja oleh seorang jutawan.

Menurut satu laporan dalam akhbar harian berbahasa cina, China Press, perkara itu diumumkan oleh penyelaras NGO tersebut, Sia Teck Keong dalam satu kenyataan semalam.

Sia berkata, objektif aktiviti tersebut diadakan adalah untuk menggalakkan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kumpulan tersebut, tegasnya lagi, adalah sebuah NGO bebas tanpa sebarang kaitan politik, dan kos operasinya ditanya oleh seorang jutawan yang menyokong konsep 1Malaysia.

Beliau tidak mendedahkan identiti jutawan tersebut.

NGO itu akan menganjurkan satu pertandingan bola keranjang di Batu Lintang pada hari Sabtu, satu majlis makan malam mega di Kenyalang keesokan harinya dan satu jamuan makanan Indonesia di Pusat Maklumat Islam di Kuching pada 2 April.

Semua majlis tersebut adalah terbuka kepada orang ramai.

SNAP nafi laporan wujud pakatan sulit dengan BN

Posted: 24 Mar 2011 05:14 PM PDT

Stephen Tiong

Parti Nasional Sarawak (SNAP) menyifatkan laporan blog Sarawak Report yang mendakwa wujudnya perjanjian sulit antara parti itu dengan BN di Kuala Lumpur sebagai satu cerita rekaan yang paling teruk.

Edmund-Stanley-JugolSebaliknya, tegas setiausaha agung SNAP, Stanley Jugol (kiri), kebenarannya
ialah tidak pernah ada sebarang perjanjian antara SNAP dan BN.

Di samping itu, katanya, juga tidak pernah ada sebarang pertemuan antara ketua penerangan Umno, Datuk Ahmad Mazlan dengan pemimpin atau wakil SNAP baru-baru ini.

"Ataupun terdapat sebarang perjumpaan dengan mana-mana wakil BN untuk berunding," kata Stanley dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, artikel tersebut adalah jelas satu perbuatan kotor untuk melemahkan SNAP ketika parti itu sedang bangkit semula dan bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya negeri.

"Penulisnya mahu menghancurkan SNAP sebagai sebuah parti politik berdaya maju. Ini (perbuatan) nakal dan jahat.

"Hakikat sebenarnya ialah SNAP adalah sebuah parti politik bebas yang berjuang untuk kepentingan rakyat Sarawak khususnya dan rakyat Malaysia amnya.

"Objektifnya ialah untuk menyatu-padukan penduduk asal, terutama masyarakat Dayak di bawah satu payung politik.

"Terdapat banyak sebab mengapa Dayak perlu bersatu di bawah satu parti. Kami tahu masyarakat Dayak pada umumnya mahukan perpaduan kerana mereka kini sedar bahawa mereka telah dipecahbelahkan selama empat puluh tahun, dan menyebabkan tanah dan harta mereka dirampas oleh pentadbiran tamak.

"Punca kemiskinan masyarakat Dayak ialah perpecahan politik di kalangan mereka dan SNAP berazam untuk menghentikan perkara itu.

"Parti pilihan di kalangan masyarakat Dayak adalah SNAP. Kita mahu bertanding di semua kerusi Dayak adalah diasaskan premis ini," tegasnya.

MP Sibu kesal 'Iklan' kerusi Dudong

Posted: 24 Mar 2011 05:10 PM PDT

BERNAMA

Adakah satu lagi krisis dalaman menyelubungi Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) cawangan Sibu berhubung pemilihan calon bagi pilihan raya negeri akan datang?

Ini susulan iklan satu muka penuh dalam akhbar harian berbahasa Cina bertarikh 21 Mac, yang mengeluarkan 'amaran' terhadap pihak yang 'mengganggu' kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dudong.

Penyandangnya ialah Datuk Dr Soon Choon Teck yang menyuarakan hasrat untuk mempertahankan kerusi itu sungguhpun Presiden parti Tan Sri Dr George Chan telah mengumumkan bahawa beliau dan Dr Soon bercadang untuk bersara.

Khabar angin bertiup kencang bahawa Anggota Parlimen Lanang Datuk Tiong Thai King bakal menggantikan Dr Soon.

Mengulas mengenai iklan itu, Tiong berkata beliau kesal kerana beberapa pihak tertentu bertindak melakukan taktik kotor seperti itu.

"Ia bertujuan mencemarkan imej politik saya dan ini amat mengecewakan. Ia ada motif yang terselindung," katanya kepada pemberita di Sibu hari ini.

Tiong berkata beliau masih memikirkan sama ada untuk bertanding bagi kawasan Dudong meskipun, menurutnya, Dr George Chan dan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud telah memaklumkan kepadanya tentang hasrat mereka supaya beliau bertanding bagi kerusi Dudong.

"Bukanlah sifat saya untuk menuntut kerusi itu. Terpulang kepada kepimpinan pusat parti untuk membuat keputusan berhubung semua kerusi dan calon, bukan hanya kerusi Dudong sahaja. Kami akan akur dengan apa jua keputusan yang dibuat," katanya.

Tiong, Setiausaha SUPP cawangan Sibu, juga adalah pengerusi Majlis Perbandaran Sibu.

Baru-baru ini, Persatuan Chiang Chuan di sini menyatakan sokongannya kepada Dr Soon - satu-satunya anggota daripada komuniti Hokkien yang dipilih sebagai wakil rakyat di wilayah tengah negeri ini - supaya dikekalkan untuk mempertahankan kerusi berkenaan.

Kerusi Dudong turut menjadi tumpuan kontroversi apabila Dr Soon ingin menubuhkan cawangan Dudong namun gagal memperoleh kebenaran SUPP cawangan Sibu yang menentang cadangan itu kerana menurutnya, tidak dilakukan mengikut prosedur yang betul.


Zaid: Saya pun tonton video itu

Posted: 24 Mar 2011 05:08 PM PDT

MALAYSIA KINI

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim mengakui beliau juga telah menonton video seks yang didakwa memalitkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan seorang perempuan.


azlanDalam tulisan terbaru di blognya, Zaid berkata berdasarkan apa yang ditontonnya beberpa persoalan mesti dijawab dan sebaik-baiknya ia dilakukan oleh sebuah badan bebas.

"Tidak seperti kebanyakan rakyat Malaysia yang belum menonton pita itu, saya dalam kedudukan yang baik bagi membentuk pendapat. Bagi saya ketulenan video berkenaan mesti ditentukan.

"Memandangkan rasa skeptism terhadap institusi sendiri, makmal forensik dan pakar di negara ini, biar kita minta panel antarabangsa bebasyang terdiri daripada pakar (membabitkan) Scotland Yard, FBI, dan juga Pasukan Polis Berkuda Kanada, bersama-sama polis di negara ini bagi mengesahkan sama ada pita itu tulen atau palsu," tulisnya.Zaid bagaimanapun tidak mengulas sama ada beliau mempercayai lelaki dalam video lucah yang ditontonnya itu adalah ketua umum PKR.

Beliau juga tidak menyatakan bagaimana dia memperolehi seks video berkenaan.

Taib: Manifesto BN S'wak 'ringkas dan mudah'

Posted: 24 Mar 2011 05:03 PM PDT

MALAYSIA KINI

Manifesto Barisan Nasional (BN) Sarawak bagi pilihan raya negeri ke-10 adalah 'ringkas dan mudah' dan akan diumumkan kepada orang ramai selepas penamaan calon, kata Pengerusi BN negeri dan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

"Saya baru saja meneliti draf akhir. Ia ok, sangat ringkas dan mudah," katanya selepas merasmikan Pameran Bangunan Perdagangan anjuran Institut Arkitek Malaysia Bahagian Sarawak di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) di Kuching.

Taib, yang juga presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata kandungan manifesto itu dipermudahkan untuk membolehkan anggota BN memahami dan mengaitkannya dengan kawasan pilihan raya masing-masing.

"Di peringkat negeri, kami telah banyak kali berbincang mengenainya... asasnya sangat mudah hinggakan setiap anggota BN akan mendapati senang untuk mengaitkannya dengan kawasan pilihan raya mereka," katanya.

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pencalonan pada 6 April manakala pengundian pada 16 April.

Dalam pilihan raya negeri Sarawak 2006, BN Sarawak mengetengahkan slogan 'Sarawak yang Aman, Progresif dan Makmur' menerusi manifesto yang melakar masa depan negeri, kisah kejayaan dan janji ke arah pengagihan kekayaan secara saksama dalam kalangan semua kaum di negeri ini.

Sementara itu, timbalan presiden PBB dan timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu berkata sebuah jawatankuasa khas sedang giat merangka manifesto berkenaan.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa persiapan pilihan raya PBB di ibu pejabat parti itu di sini, Jabu berkata meskipun beliau tidak menganggotai jawatankuasa khas itu, secara umumnya manifesto BN Sarawak akan menyentuh tentang falsafah dan kejayaan di sebalik perkembangan politik yang merangkumi potensi pelbagai peluang ekonomi di negeri ini seperti Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (Score) dan Hab Halal Tanjung Manis.

Mengenai persiapan parti, beliau berkata jentera pilihan raya BN di peringkat akar umbi telah pun digerakkan.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan perinciannya memandangkan ia merupakan sebahagian daripada strategi pilihan raya parti komponen BN itu.

BN Sarawak menguasai 63 daripada 71 kerusi DUN, manakala DAP memperoleh enam kerusi dan Parti Keadilan Rakyat serta Parti Cinta Malaysia (PCM) menerusi seorang calon bebas, masing-masing satu kerusi.

Kali terakhir pilihan raya negeri diadakan di Sarawak ialah pada 20 Mei 2006.

Interlok karya propaganda Umno

Posted: 24 Mar 2011 05:00 PM PDT

Menurut Lee Ban Chen, ia juga menonjolkan semangat Ketuanan Melayu.



KUALA LUMPUR: Kolumnis Malaysiakini dan Merdeka Review, Lee Ban Chen menyifatkan karya Sasterawan Negara Abdullah Hussain Interlok 'berunsur politik dalam kerangka Umno'.

"Ia mempertahankan dasar ideologi Umno yang diwarisi daripada penjajah British. Ideologi ini dipupuk agar kerajaan negara ini menjadi kerajaan boneka British," kata Lee pada forum bertajuk "Interlok: Antara Kesusasteraan, Pendidikan dan Hubungan Kaum" di sini malam tadi.

Ideologi Umno, jelasnya adalah berteraskan Ketuanan Melayu, pro-British, anti-rakyat dan anti-komunis.

Beliau turut mengecam gambaran tentera komunis yang digambarkan sebagai perogol.

"Komunis bukan perogol. Mereka cukup berdisiplin. Apakah kita lupa bahawa mereka membela negara ini?," Lee menyoal sambil menegaskan bahawa keadilan mesti diberikan kepada tentera komunis anti-Jepun dan anti-British.

'Karya tempang'

Profesor Dr Chong Fah Hing dari Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia pula menyifatkan Interlok sebagai 'karya tempang'.

Dari sudut ilmiah, karya Abdullah Hussain ini juga tidak menepati definasi sastera dunia ketiga yang menitikberatkan nasionalisme.

"Abdullah Hussain hanya melihat nasionalisme Melayu dan menekan nasionalisme masyarakat lain lantas menjadikan novel ini tempang."

Dalam analisanya terhadap kontroversi ini beliau telah menempelak pendirian Persatuan Penulis Nasional (Pena).

"Alasan Pena ialah Interlok edisi murid perlu dikekalkan untuk menjaga maruah Melayu? Apa kena-mengena Interlok dengan menjaga maruah Melayu?," Chong menimbulkan persoalan.

Pandangan empat Sasterawan Negara yang mempertahankan Interlok atas alasan karya ini membicarakan aspek kemanusiaan turut disangkal sebagai kaedah mengaburkan permasalahan sebenar yang menekankan aspek imigran.

Beliau menambah bahawa Interlok juga merupakan karya bermasalah kerana condong kepada politik Umno-Barisan Nasional dan prejudis terhadap pergerakan nasionalisme kiri.

'Rasisme wujud dan diinstitusikan'

Sementara itu, pensyarah undang-undang dari Universiti Malaya, Profesor Madya Azmi Sharom berhujah bahawa anugerah Sasterawan Negara tidak bermakna karya yang dihasilkan adalah bagus.

Beliau turut menjelaskan bahawa karya-karya berbaur perkauman boleh diterbitkan di Barat kerana masyarakat di sana menolak perkauman atas alasan bahawa ia adalah salah.

"Masalah kita adalah kita belum sampai ke tahap di mana masyarakat kita mengatakan rasisme adalah salah kerana ia wujud dan telah diinstitusikan."

Beliau turut menyifatkan negara ini gagal mengambil pendekatan intelek untuk menyelesaikan permasalahan berkaitan Interlok kerana sikap hipokrasi.

Selain mereka, forum ini turut disertai Presiden Persatuan Kavyan, Uthaya Sankar SB dan Pengerusi Badan Bertindak Interlok Kebangsaan (Niat), Dato' Thasleem Mohamed Ibrahim.

Ketika berhadapan dengan persoalan mengapa kerajaan liat untuk menarik balik Interlok, Azmi berkata, "kerajaan takut berhadapan dengan kumpulan pendesak perkauman Melayu seperti Perkasa."

Selain daripada Ahli Parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran, forum turut dihadiri Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Chong Eng dan M Manogaran (Telok Intan). Ketiga-tiga mereka dari parti DAP.

Kira-kira 70 peserta menghadiri forum anjuran Pusat Pembangunan Kebudayaan (LLG), Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Niat dan pertubuhan hak asasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

PAS yakin terus berkuasa di Kedah

Posted: 24 Mar 2011 04:56 PM PDT

FREE MALAYSIA TODAY

Saya tidak nampak Umno-BN boleh mengambil alih kerajaan negeri - kata Dr Hayati Othman.

KUALA LUMPUR: PAS yakin dapat terus berkuasa di Kedah seusai pilihan raya umum (PRU) akan datang melainkan Umno-Barisan Nasional (BN) melakukan penipuan secara besar-besaran.

"Saya tidak nampak Umno boleh mengambil alih kerajaan negeri kerana pada ketika ini sokongan kepada Pakatan Rakyat, kedudukannya 60 peratus dan BN 40 peratus," kata Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Dr Hayati Othman ketika ditemui di Parlimen hari ini.

Pakatan Rakyat, yang diterajui oleh PAS, mengambil alih pentadbiran negeri Kedah selepas memenangi PRU pada 2008.

Hayati yang juga Ahli Parlimen Pendang berkata, rakyat Kedah gembira dengan kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak.

"Walaupun nampak garang tetapi beliau mengamalkan pentadbiran yang telus dan terbuka," katanya.

Beliau berkata, "memang tidak nampak projek-projek mega tetapi dasar kerajaan negeri mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan rakyat. Pelaburan terus masuk ke Kedah dengan jumlah yang banyak dan projek-projek swasta terus berjalan."

Sementara itu, dalam sidang dewan hari ini, Hayati membangkitkan mengenai kehadiran pekerja asing dari utara Thailand yang menganggu penduduk kampung di daerah Pendang dan Padang Terap.

Menurutnya, gangguan ini menimbulkan kebimbangan kepada penduduk kampung di kawasan terbabit dan meminta pihak berkuasa bertindak tegas mengatasi masalah itu.

17 diskriminasi kerajaan Pusat terhadap Kelantan

Posted: 24 Mar 2011 04:52 PM PDT

Aziz Muda

KUALA LUMPUR: Kerajaan PAS Kelantan terus menjadi mangsa diskriminasi Kerajaan Persekutuan sejak memerintah negeri itu 20 tahun lalu dengan pelbagai cara, terutama menerusi 17 aspek yang dapat dikesan dengan nyata.

Tindakan diskriminasi pertama yang dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan terhadap Kelantan berlaku apabila Kerajaan Pusat menubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), sebaik sahaja PAS berjaya memerintah negeri itu pada tahun 1990, bagi tujuan mengganggu sistem pentadbiran kerajaan negeri.

Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah menjelaskan, dengan wujudnya JPP, berlakulah sistem dualisme dalam pentadbiran negeri Kelantan, apabila turut diwujudkan kakitangan jabatan di peringkat negeri, jajahan, daerah sehingga di kampung-kampung.

Menurut beliau, disebabkan keadaan itu, di negeri Kelantan turut terdapat dua penghulu bagi setiap daerah, apabila seorang darinya dilantik oleh kerajaan negeri dan seorang lagi dilantik oleh Kerajaan Persekutuan yang memainkan peranan menerusi JPP.

Katanya, tindakan tersebut merupakan satu penderaan yang amat nyata dari Kerajaan Persekutuan kepada rakyat Kelantan, akibat permainan politik kotor para pemimpin Umno BN yang marahkan rakyat Kelantan menyokong PAS pada PRU tahun itu.

"Lanjutan dari itu, Tok Guru Nik Aziz selaku Menteri Besar Kelantan hanya sempat mempengerusikan sekali sahaja Majlis Tindakan Negeri Kelantan. Selepas itu majlis itu dibubarkan dan tidak lagi dibenarkan mana-mana agensi Persekutuan hadir ke dalam Majlis Tindakan Negeri yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Kelantan," katanya.

Ketika ditemui di lobi Parlimen, di sini, beliau menjelaskan, tindakan diskriminasi ketiga, Menteri Besar tidak lagi dilantik menjadi Pengarah Keselamatan Negeri Kelantan, tempatnya digantikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri.

Keempat, baja subsidi tidak lagi diberikan secara menyeluruh oleh Kerajaan Persekutuan kepada rakyat Kelantan, khususnya yang bekerja sebagai petani, tetapi hanya diberikan kepada mereka yang mendapat sokongan dari JPP yang tentunya hanya kepada para penyokong Umno BN sahaja.

"Akibatnya, Kerajaan Negeri Kelantan mulai tahun 1991 terpaksa membelanjakan RM3.2 juta di dalam belanjawan negeri bagi menampung pembiayaan baja subsidi kepada para petani," katanya.

Kelima, menurut beliau, Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak lagi dijemput di dalam Mesyuarat-mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang dikatakan MBs Club, sebaliknya dijemput pemimpin Umno yang kalah dalam pilihanraya menghadiri mesyuarat itu mewakili Menteri Besar.

"Keenam, geran Persekutuan dalam benteuk capitation grant, federal road grant, growth grant, dalam bentuk geran keseimbangan dan lain-lain diberi amat lewat. Ini kami di negeri Kelantan untuk tahun ini dibayar tahun hadapan, sedangkan di negeri-negeri lain ada yang dibayar tiap-tiap bulan, ada yang dibayar pada bulan Januari dan Jun," tegasnya.

Ketujuh, peruntukan geran rumah awam kos rendah sebanyak RM12 juta yang telah dipersetujui oleh Kerajaan Persekutuan melalui pihak Perbadanan Kemajuan Iktisas Negeri Kelantan telah ditarik balik sebaik sahaja PAS berjaya memerintah Kelantan.

Kelapan, jelas beliau, permintaan Tuan Guru Nik Aziz sejak tahun 1991, menerusi pertemuannya dengan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad agar diwujudkan satu pelabuhan di Kelantan, tetap tidak dilayan oleh Kerajaan Persekutuan hingga kini.

"Kesembilan, Tok Guru minta supaya tanah yang telah pun diambil di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa untuk memanjangkan landasan penerbangan, sampai ke hari ini pun tidak dapat digunakan lagi," katanya.

Kesepuluh, royalti petroleum kepada kerajaan Kelantan tetap terus dinafikan sehingga hari ini, sehingga kerajaan Kelantan terpaksa membawanya ke mahkamah untuk mendapatkan royalti minyak dan gas hak rakyat negeri Kelantan.

"Kesebelas, apabila berubah kerajaan, wakil kerajaan negeri untuk berada di dalam Lembaga Pengarah KESEDAR tidak lagi diminta daripada kerajaan negeri, tetapi dilantik mengikut kesukaan pihak Kerajaan Persekutuan sendiri.

"Keduabelas, pengambilan peneroka untuk menduduki Felda dihentikan. Kemudian mereka majukan sendiri dan mengambil untung melalui apa yang dinamakan ladang Felda Plantation. Pada hal, tanah Felda diberikan oleh kerajaan negeri untuk dimajukan, dibangunkan dan menempatkan peneroka," jelasnya.

Pentadbiran Majlis Sukan Negeri Kelantan, menurut Wan Abdul Rahim, sehingga kini turut didiskriminasikan oleh Kerajaan Pusat terhadap kerajaan Kelantan, sehingga menjadikannya tidak ada kena mengena dengan kerajaan negeri dan seperti mempunyai dua identiti, tidak seperti di negeri-negeri lain.

"Begitu juga dengan agensi-agensi pelancongan. Pada hal kita sudah ada Pusat Penerangan Pelancongan (TIC) yang di bawah Exco yang jaga portfolio pelancongan, ada pegawai kerajaan yang ditugaskan menjadi pengarahnya, tetapi Kementerian Pelancongan melantik pula satu agensi lain untuk mengendalikan soal-soal pelancongan di Kelantan," ujarnya.

Beliau turut kesal kerana Yang di-Pertua Dewan Rakyat sendiri turut terpengaruh dengan suasana politik negara, apabila Majlis Persidangan Speaker-Speaker Malaysia yang dipengerusikan oleh Speaker Dewan Rakyat sudah tidak diadakan lagi, sejak PRU tahun 2008 lalu.

"Kemuncak penderaan yang dilakukan oleh pihak berkenaan di Kelantan, apabila Umno Negeri Kelantan menjemput pemimpin-pemimpinnya pada satu hari dalam tahun 1993, buat satu pentas di Padang Sekolah Ketereh di Kota Bharu, jemput seorang kerabat kononnya dari Kuala Lumpur naik ke pentas dan mengangkat tangan.

"Serentak dengan itu dilaungkan "Daulat Tuanku", "Daulat Tuanku", "Daulat Tuanku", "Daulat Tuanku", "Daulat Tuanku", "Daulat Tuanku", "Daulat Tuanku" dan diikuti oleh semua orang Umno di situ. Tabal Raja baru di Kelantan pada tahun 1993. Ini bukan pembohongan. Ini bukan fitnah. Ini ada rakaman yang dibuat oleh polis dan agensi-agensi.

"Jadi sampai ke hari ini, saya sebagai rakyat negeri Kelantan tertanya-tanya, bilakah pendakwaan akan dilakukan terhadap penderhaka ini?

"Ini yang betul-betul menderhaka. Kita, budaya Melayu, kita orang Melayu. Kalau kita angkat tangan kepada satu orang menyatakan "Daulat Tuanku", sebenarnya kita menderhaka kepada Raja yang ada di negeri masing-masing," ujar beliau.

Beliau turut membangkitkan perkara itu dalam persidangan Dewan Rakyat pada 16 Mac lalu, ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong.

Nanyang minta maaf, PAS tunggu The Star

Posted: 24 Mar 2011 04:50 PM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Pejabat Presiden PAS sehingga kini masih menunggu apa reaksi akhbar milik MCA, The Star ekoran laporan palsu yang dibuat oleh akhbar berkenaan mengenai judi.

"Kita masih menunggu reaksi The Star setelah akhbar Cina Nanyang Siang Pau memohon maaf dan menarik balik laporan salahnya," kata Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Setiausaha Politik Presiden PAS.

Akhbar The Star hari ini hanya menyiarkan berita bahawa akhbar Nanyang telah menarik balik laporan yang tidak benar tersebut namun akhbar itu sendiri tidak memberikan sebarang reaksi terhadap tuntutan Pejabat Presiden PAS sebelum ini.

Ahmad Samsuri sebelum ini dalam kenyataannya mendesak akhbar The Star dan Nanyang menarik balik laporan palsunya berkaitan dengan ucapan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Besut, Terengganu.

(GAMBAR: Laporan akhbar Nanyang iaitu pembetulan dari Ahmad Samsuri dan kenyataan minta maaf di bawahnya)

Menurut The Star, Nanyang Siang Pau telah memohon maaf kepada Presiden PAS kerana tersalah petik kenyataan beliau apabila berkata Pakatan Rakyat akan menutup semua aktiviti judi jika berjaya mengambil alih Putrajaya.

Dalam permohonan maafnya, Nanyang berkata laporannya Isnin lepas tersilap kerana salah terjemahan.

"Apa yang Hadi kata pada hari itu adalah Pakatan akan mansuhkan saman ekor jika mereka mengambilalih Kerajaan Persekutuan.

"Kami memohon maaf atas kekeliruan dan kesilapan ini," kata akhbar Nanyang sebagaimana yang dilaporkan The Star hari ini.

Dr Ahmad Samsuri sebelum ini dalam kenyataannya berkata, PAS membantah terhadap berita bertajuk DAP clashes with PAS over gambling ban, again yang dimuatkan dalam portal berita Malaysiakini, 21 Mac 2011 dan The Star, 22 Mac 2011 dengan tajuk Hadi: Pakatan will ban all gambling in Islamic state.

Artikel berita yang yang dimuatkan dalam portal berita Malaysiakini dengan tajuk di atas, di perenggan enam dan tujuh adalah dirujuk, iaitu: According to reports by Chinese dailies Nanyang Siang Pau and China Press, Hadi allegedly announced during a rally in Jerteh last Saturday that PAS would implement Islamic policies should the party come to power, including a nationwide ban on gambling. He was quoted as saying that the other Pakatan parties had reached a consensus with PAS over the matter.

Manakala Portal The Star pada 22 Mac 2011 juga melaporkan berita dengan tajuknya: Hadi: Pakatan will ban all gambling in Islamic state.

"Adalah dengan ini ingin dipertegaskan bahawa Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tidak pernah menyebut sama sekali perkara yang dinyatakan sebagaimana di atas dalam ceramah beliau di Jerteh pada Sabtu lepas atau bila-bila masa di mana-mana tempat," kata Dr Ahmad Samsuri dalam kenyataan itu.

Ujarnya, persoalan bahawa PAS bercanggahan dengan DAP dalam isu berkenaan adalah tidak berbangkit sama sekali.

Rakaman ucapan Presiden PAS itu boleh dirujuk di web www.terengganukini.net.

"Kami amat kesal dengan pemberitaan yang salah ini dan meminta kepada pihak yang melaporkannya untuk memohon maaf secara terbuka dan seterusnya menarik balik berita berkenaan dengan membuat pembetulan terhadap kesilapan yang sangat besar itu," tegasnya.

(GAMBAR: Laporan akhbar The Star yang melaporkan Abdul Hadi berkata demikian dalam ceramahnya)

Malaysiakini dalam laporannya memetik laporan akhbar Cina Nanyang sebagai sumbernya namun akhbar The Star telah menjadikan ucapan Abdul Hadi di Jertih, Besut Terengganu sebagai sumbernya yang jelas tidak wujud.

PKR desak Najib jelaskan bincang dalang video

Posted: 24 Mar 2011 04:48 PM PDT

Harakahdaily

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu membuat kenyataan segera mengenai hasil perbincangannya dengan ketiga-tiga dalang video seks yang memalukan Malaysia demi membersihkan namanya dan Umno.

Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, keengganan kerajaan mengambil tindakan tegas dan segera ke atas semua dalang yang terbabit menguatkan lagi persepsi rakyat bahawa ada penglibatan pimpinan kerajaan yang serius di dalam konspirasi itu, tidak ubah seperti mana konspirasi tahun 1998 dahulu.

Beliau menyatakan demikian dengan merujuk kepada kenyataan yang dibuat semalam oleh Datuk Shazryl Eskay Abdullah, salah seorang dari tiga dalang yang menamakan diri mereka 'Dato T' berhubung pembabitan mereka di dalam skandal seks video yang memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Datuk Eskay menyatakan bahawa dia juga turut dirakam di dalam video tersebut.

"Ini mengesahkan teori bahawa lelaki yang pada awalnya dilihat sedang mengaturkan sesuatu di dalam bilik dan disyaki bertanggungjawab memasang alat perakam adalah Eskay sendiri," kata Nazmi dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Katanya, ia juga selari dengan persoalan yang ditimbulkan oleh Datuk Johari Abdul semalam bahawa si pelaku tahu perbuatan seks akan dirakamkan kerana pada awalnya dia dirakam bersama-sama seorang lelaki lain yang disyaki sedang menyiapkan peralatan rakaman.

Beliau menambah, pengakuan Eskay menimbulkan keraguan besar kepada jalan ceritanya iaitu kononnya dia disuruh oleh Anwar untuk mengambil jamnya yang tertinggal, lalu terjumpa peralatan rakaman semasa mencari jam tersebut.

"Jelas bahawa itu pembohongan kerana dia sendiri mengaku bahawa dia adalah lelaki terbabit yang disyaki bertanggungjawab memasang alat rakaman di permulaan rakaman video tersebut.

"Dakwaannya kononnya dia terjumpa video itu adalah penipuan semata-mata dan tidak masuk akal," ujarnya.

Justeru, beliau mendesak Perdana Menteri sendiri memberi maklum balas kepada satu laporan bahawa ketiga-tiga orang dalang itu berjumpa dengan Perdana Menteri di Pejabat Perdana Menteri di Parlimen untuk berbincang mengenai perkara itu.

Beliau berkata, pihaknya telah dimaklumkan bahawa Perdana Menteri mempengerusikan mesyuarat Biro Politik Umno di pejabatnya di Parlimen petang semalam, maka Perdana Menteri memang berada di Parlimen ketika ketiga-tiga dalang ini dilihat di Parlimen semalam.

"Perkara ini menimbulkan tanda tanya yang serius mengenai setakat manakah pembabitan pimpinan kerajaan dalam pembikinan dan penayangan video seks ini, yang melanggar beberapa peruntukan undang-undang secara jelas," katanya.

Sekolah Tamil terima sumbangan PAS

Posted: 24 Mar 2011 04:40 PM PDT

Khaulah Azwar

BATU CAVES: Pelajar dan warga Sekolah Rendah Tamil Batu Caves di sini merasa gembira apabila menerima sumbangan cek bernilai RM5,000 daripada PAS bagi membantu pelajar membeli buku latihan.

Pengerusi PIBG sekolah berkenaan, RT Raja a/l Raju telah menerima cek tersebut, semalam.

Sebelum itu, cek tersebut telah disampaikan oleh petugas Pejabat Agung PAS, Syed Mohamad kepada BR Rajan, mantan AJK PIBG Sekolah Tamil Batu Caves di Ibu Pejabat PAS Pusat, Kuala Lumpur (gambar).

"Kita mengucapkan terima kasih kepada Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang begitu prihatin dengan pelajar-pelajar sekolah Tamil di sini dan hari ini beliau telah melunaskan janjinya untuk membantu pelajar-pelajar sini," kata RT Raja.

Katanya, kehadiran Tuan Guru Abdul pada bulan April 2010 untuk menghulurkan bantuan kepada 100 pelajar dari kalangan keluarga miskin, berpendapatan rendah serta OKU.

Pelajar-pelajar tersebut tidak mampu beli buku latihan walaupun sekolah telah bermula kerana masalah kewangan yang dihadapi oleh keluarga mereka.

"Seperti tidak disangka, suara hati kami telah diterima oleh Presiden PAS, Tuan Guru Hadi dengan berjanji akan membantu sekolah ini.

"Ini merupakan satu sejarah buat sekolah kami apabila menerima bantuan daripada Presiden PAS. Dengan bantuan dihulurkan sekaligus telah meringankan beban semua keluarga pelajar tersebut," katanya

Rentetan daripada masalah itu, Balasubramaniam, Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan penyokong PAS yang mewakili kaum India yang telah menerima maklumat itu telah menyuarakan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk mencari dana bagi membantu pelajar-pelajar berkenaan.

Pihak sekolah juga telah menerima bantuan daripada Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2009 sebanyak RM10,000 dan tahun lepas dengan jumlah tersebut.

Dr. Xavier Jayakumar, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin negeri telah menyampaikan sumbangan kepada pihak PIBG.

Konspirasi Ke- 2 : Pihak Pendakwaan Tawar Najib Dan Rosmah Sebagai Saksi

Posted: 24 Mar 2011 04:38 PM PDT

Ditulis oleh Hadri Yaziz

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor adalah antara 73 saksi yang ditawarkan pihak pendakwaan dalam kes konspirasi kedua terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut mengisi senarai nama saksi pendakwaan adalah bekas ketua polis negara, Tan Sri Musa Hasan serta senator Muhamad Ezam Mohd. Nor, beberapa kenalan Anwar dan tunang Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Hakim mahkamah tinggi kuala lumpur, Zabidin Mohd Diah sebelum ini menolak permohonan peguambela Karpal Singh untuk mempertimbangkan semula keputusan menerima tiga barang yang diperolehi dari lokap D9 Ibu Pejabat Kontijen Kuala Lumpur sebagai bahan bukti.

Sehubungan itu pihak pendakwaraya memanggil semula bekas ketua forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Supritenden Amidon Adnan dan ahli kimia, Nor Aidora Saedon untuk menandakan barangan tersebut sebagai bahan bukti pendakwaan.

Tiga barangan tersebut adalah sehelai tuala muka 'good Morning, berus gigi dan botol air mineral.

Semua barangan ini diperolehi daripada sel Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas beliau ditahan semalaman oleh polis pada 16 Julai, 2008.

Jamil Khir hanya untuk dokong agenda Umno, kata Anwar

Posted: 24 Mar 2011 04:36 PM PDT

Ditulis oleh shuaib ayob



KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal dengan sikap Menteri di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir Baharom yang hanya menjaga agenda politik UMNO Barisan Nasional dan tidak bersungguh- sungguh menegakkan syiar Islam.

Anwar merujuk kepada arahan Jamil kepada pihak berkuasa Islam untuk menyiasat teks ucapannya bertajuk 'Agama dan Pluralisma dalam Dunia Yang Berbelah' yang disampaikan di London School of Economics (LSE), 18 Mac tahun lalu.

Anwar mempertahankan ucapannya itu dan membidas Jamil kerana mempunyai kefamanan cetek dalam menghayati ucapannya itu.

"Kekuatan Islam di negara kita dan di rantau ini kerana kekuatan itu lebih inklusif. Ia mampu berhubung baik dengan semua agama dan kerana sikap ini maka orang dapat menerima dengan baik.

"Itu maksud kita 'pluralisma'. Bukan merendahkan kedudukan Islam, bukan menyamakan soal akidah Islam dengan agama-agama lain," jelas Anwar sebentar tadi.

Dalam temuramah itu Anwar menjelaskan beliau mengambilkira pandangan daripada pemimpin-pemimpin agama lain termasuk Yahudi, Sikh dan Hindu untuk dimuatkan dalam kertas kerja.

Katanya, maklumat-maklumat yang diterima daripada pemimpin tersebut merumuskan kefahaman yang lebih arif tentang hubungan antara agama di seluruh negara.

Minggu lalu, Jamil Khir mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk menyiasat Anwar berhubung ucapannya itu.

Anwar berkata fitnah video lucah yang terbaru serta pembohongan pengadu Saiful Bukhari Adzlan berhubung tuduhan liwat fitnah kedua menuntut pengadilan syariah namun Jamil lebih memetingkan agenda politik UMNO BN.

"Keduanya hal-hal jenayah besar termasuk video seks, dibiarkan. Lepas itu mahu cari saya bersabit dengan ucapan saya di London School of Economics tahun lalu di mana saya mengutarakan sikap sederhana, menghormati agama sementara mempertahankan akidah, akhlak dan prinsip Islam kita,

"Saya kesal dengan sikap seorang ada pendidikan agama begini kerana masa saya bawa Mahkamah Syariah (Qazaf), dia yang menjadi penghalang. Jadi bagi saya dia yang patut disiasat. Mengapa seorang menteri agama boleh menghalang pendakwaan," jelas beliau lagi.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuat laporan qazaf (tuduhan palsu) terhadap Mohd Saiful Bukhari di Bahagian Penguatkuasaan Jawi mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 pada Julai 2008.

Jamil Khir bersama Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali kemudian menfailkan bantahan terhadap permohonan itu.

Video Lucah : Empat Kamera, Tapi Muka Pelakon Tak Jelas

Posted: 24 Mar 2011 04:24 PM PDT

TVS NEWS

PETALING JAYA : Ahli Parlimen Sungei Petani Johari Abdul hari ini mendedahkan video lucah "Datuk T" sepanjang 21 minit tidak jelas menunjukkan wajah pelaku lelaki sungguhpun dirakam menerusi lensa empat kamera yang di pasang di bilik hotel berkenaan.

Sebaliknya apa yang jelas hanyalah tubuh badan lelaki dan wanita yang melakukan hubungan seks pada 21 Febuari lalu.

"Last sekali dah habis masa tu dia hadap kamera tapi dia tunduk dan bangkit. Masa tu nampak badan tapi tak nampak muka. Tapi minda kita dah tentukan nak cari Anwar contohnya kalau cerita dalam bilik ni ada hantu, tak nampak, tapi siling tiba-tiba jatuh kita kata sah memang ada hantu. Kerana minda kita nak pastikan," kata beliau dalam sidang media khas di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat hari ini.

Semalam bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik mengakui beliau , ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Agung Perkasa Datuk Shuib Lazim yng mengelar diri mereka sebagai Datuk T mengaku bertanggungjawab terhadap video berkenaan.

Johari adalah Ahli Parlimen PKR yang pertama menonton video itu pada Isnin lalu.

Beliau semalam menolak fitnah Rahim dan Eskay bahawa video itu kononnya jelas merakamkan Datuk Seri Anwar sebagai mengadakan hubungan seks.

Hari ini Johari menyatakan secara terperinchi kenapa dakwaan itu fitnah semata-mata.

Beliau berkata dakwaan bahawa video itu jelas menunjukan kehadiran Anwar adalah rekayasa manakala kenyataan Eskay bahawa rakaman itu dibuat di sebuah hotel di Kuala Lumpur juga amat mencurigakan.

"Dia kata dia bimbang sangat-sangat kalau Pihak Berkuasa Thailand akan mengambil kesempatan untuk ugut Anwar. Bila saya tanya Hotel di mana dia kata di KL. Maknanya semua ini afterthought. lepas dengar PC saya semalam mereka reka cerita," terang Johari.

Menurut Johari lagi, sidang media 'Datuk T' semalam menimbulkan lebih banyak persoalan dari menjawab kemusykilan umum, contohnya kenapa Hotel Carcosa di pilih untuk menayangkan video itu kepada wartawan. .

"Kenapa buat di Carcosa Sri Negara dengan sekuriti ketat seolah-olah sedang tunjukkan sebuah formula senjata nuklear yang takut didedahkan kepada negara asing, sedangkan nak tengok video sahaja. maksudnya ada motif" sindir beliau.

Johari berkata beliau yakin Rahim Thamby Chik menerima restu pucuk pimpinan tertinggi Umno kerana orang yang hendak di fitnah adalah seorang tokoh politik. .

"Samada ada arahan di atas saya tak tahu tapi mengenali Tan Sri, saya yakin ada arahan dari seseorang. Sebab yang dia nak 'frame' Datuk Seri Anwar Ibrahim, bukan Pak Ali Nasi Lemak. Cakap pasal Anwar mesti ada implikasi politik di Malaysia dan rantau asia. Ia makan kos banyak. Jadi mesti sekurang-kurangnya dia dah berbincang dengan pemimpin tinggi UMNO yang lain.

Tiada ulasan: