Jumaat, 25 Mac 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Pemilik Restoran Menyesal Beli 6 500 Kg Garam. Mengapa?

Posted: 25 Mar 2011 07:40 AM PDT


Seorang pemilik restoran menyesal kerana membeli 6 500 kg garam yang disangkanya dapat melindungi dirinya daripada radiasi radioaktif yang berpunca dari loji nuklear Jepun yang meletup baru-baru ini.

Lelaki yang dikenali dengan nama keluarga Guo dari Wuhan menghabiskan 27,000 yuan (RM12,460) untuk membeli garam.

Menurut  Wuhan Evening News, Guo bergegas ke pasar raya berdekatan selepas mendapati garam dijual bagai pisang panas berikutan kebocoran di loji nuklear Fukushima Daiichi. Pada 17 Mac lalu, dia membeli garam sebanyak yang mungkin dari pasar raya di sekitar bandar.

Malangnya, ketika dia sampai ke rumah bersama-sama dengan tiga buah lori yang sarat dengan garam, pihak kerajaan mendedahkan bahawa garam beriodin tidak dapat melindungi manusia daripada radiasi.

Aduhai!!!!

Lelaki itu cuba menjual garam-garam tersebut dengan harga diskaun untuk mengurangkan kerugiannya. Manakala pegawai kerajaan di Wuhan yang terlibat dengan khabar angin "khasiat" garam itu memberitahu bahawa mereka akan cuba membantu mengurangkan kerugian yang ditanggung oleh pemilik restoran itu.

P/s: Macam-macam saudara!

* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

Anjing Gigit Lelaki. Anjing yang Mati. Pelik?!!

Posted: 25 Mar 2011 06:30 AM PDT

Lu San menunjukkan kecederaan di tangan dan di kakinya.

Seekor anjing didapati mati secara misteri selepas menggigit seorang lelaki yang berusia 70-an di sebatang jalan di Yunan, China.

Menurut mangsa anjing tersebut, Lu San, seekor anjing hitam tiba-tiba mengigitnya ketika dia sedang bersiar-siar di Pekan Etnik Yao pada 1 Mac lalu.
 
Orang lalu lalang yang mendengar jeritan Lu San berjaya menangkap anjing itu lalu mengikatnya di sebatang pokok. Namun, mereka yang berada di tempat kejadian terkejut apabila anjing itu mati 30 minit kemudian.
Orang ramai kemudiannya memanggil polis untuk mengenal pasti pemilik anjing itu.

Selepas diperiksa, pihak polis mendapati tiada kesan kecederaan pada anjing itu. Dalam pada itu, Lu San yang mengalami kecederaan di tangan dan kaki kanannya telah diberi rawatan pencegahan penyakit bawaan anjing.

Pihak polis menawarkan 100 yuan (RM46) sebagai ganjaran kepada sesiapa yang dapat mengenal pasti pemilik anjing tersebut.

P/s: Sudah sampai masa agaknya, tetapi pelik juga!

* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

Tembelang Datuk T aka Eskay Pecah? Dendam dengan Anwar Ibrahim! Kantoi!!!

Posted: 25 Mar 2011 05:10 AM PDT

Nota tulisan tangan yang didakwa ditulis oleh Shazryl Eskay, ditunjukkan oleh Mohamad Mahti kepada pemberita di Kuang, Rawang hari ini.
Saya petik:
[TMI] RAWANG, 25 Mac - Seorang bekas anggota polis berkata Datuk Shazryl Eskay Abdullah ada memberitahunya bahawa beliau akan menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada arena politik sebelum mempertontonkan satu rakaman video seks kepada media, Isnin lalu. 

Rakaman video seks itu mendakwa seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur China.

Mohamad Mahti Abdul Rahim, bekas pengawal peribadi Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub berkata, Shazryl marah kerana Ahli Parlimen Permatang Pauh itu enggan menjadi saksi dalam kes samannya berkaitan projek jambatan bengkok yang diluluskan ketika era Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kes itu sedang berlangsung di mahkamah dan Megat Junid pernah menjadi menteri dalam Kabinet Dr Mahathir.

"Selepas beliau bercakap dengan marah mengenai Anwar, beliau mula bercakap buruk mengenai beliau (Anwar), berkata 'saya akan menjatuhkan Datuk Seri Anwar, dengan apa jua cara pun," katanya.

Mohamad Mahti sendiri bersetuju menjadi saksi dalam kes dibawa Shazryl mendakwa beliau dijanjikan akan dibayar RM20 juta kerana berjaya memperoleh projek jambatan bengkok RM460 juta yang menghubungkan Singapura dan Johor.

Katanya, selepas dia memberikan keterangan pada 8 Mac lalu, Shazryl mula bercakap buruk tentang Anwar ketika berhenti rehat dan disambung pada keesokan hari.

"Sama ada rakaman ini betul atau tidak, saya tidak tahu. Tetapi beliau mahu menjatuhkan Anwar Ibrahim. Beliau berkata Anwar curi wangnya," katanya lagi.

Mohamad Mahti juga berkata, Shazryl bertemu dengannya minggu lalu untuk bertanya sama ada boleh mendapatkan bekas anggota unit tindakan khas bagi tujuan keselamatan apabila menayangkan rakaman video.

Mohamad Mahti berkata, dia mengikut Shazryl ke rumah Datuk Shuib Lazim, seorang lagi Datuk T dan mendapati Bendahari Perkasa itu penasihat ahli perniagaan terbabit yang mengendalikan kilang baja dan akan menjadi pengerusinya dalam waktu terdekat.

"Eskay juga berkata beliau melakukan ini bagi (seorang) No. 1," katanya sambil menambah, Shuib kelihatan keberatan untuk membantu Shazryl.

"Saya tidak tahu siapa orang itu dan saya juga tidak tanya siapa yang dia maksudkan," kata Mohamad Mahti apabila ditanya sama Shazryl merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang Anwar menuduh terlibat dalam pendedahan video seks ini.

Mohamad Mahti, 53, berkata dia kali pertama bertemu dengan Shazryl ketika menjadi pakar fisioterapi bagi Persatuan Badminton Malaysia pada 1990-an.

Katanya, Shazryl kemudian diperkenalkan kepada Dr Mahathir dan Anwar di mana pada masa yang sama khidmatnya diperkenalkan kepada mereka.

Mohamad Mahti juga berkata, dia diberi wang saku RM5,000 kerana menguruskan pertemuan dengan Ahli Parlimen Salak Tan Sri Tajuddin Rahman, yang merupakan Pengerusi Felca, dipercayai untuk mendapatkan kontrak membekalkan baja.

Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, seorang lagi Datuk T pula merupakan Pengerusi Risda.
Mohamad Mahti berkata sebulan kemudian Shazryl memberikannya satu nota tulisan tangannya menjanjikan pelbagai pegawai termasuk Tajuddin potongan bagi setiap tan baja dijual kepada Felcra.

"Saya merasakan ini rasuah, jadi saya SMS kepada Tajuddin meminta agar melupakan segala-galanya," kata beliau sambil menunjukkan tulisan tangan yang menggunakan dakwat merah.

Mohamad Mahti berkata salah seorang pengawal peribadi Anwar yang bernama Moktar ada menghubunginya untuk bertanya mengapa Shazryl melakukan yang ini sedangkan baru seminggu lalu beliau ada membawa keluarganya bertemu dengan Ketua Umum PKR itu.

"Saya memberitahu bahawa saya tidak tahu apa-apa tentang video ini sehingga ia dikeluarkan," katanya kepada pemberita di Kuang dekat sini hari ini.

Mohamad Mahti menambah, Shazryl ada mengatakan bahawa beliau pernah banyak membantu Anwar dan membawa bekas timbalan perdana menteri itu ke Singapura untuk melakukan ujian DNA bagi membuktikan dakwaan akhir 1990-an bahawa beliau adalah bapa bagi anak Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, sebagai tidak benar.

Dia juga berkata, Shazryl mendakwa ada membantu Anwar untuk menghantar keluar blogger Raja Petra Kamaruddin untuk meninggalkan negara ke United Kingdom.

Katanya, dia tidak diminta oleh sesiapa agar membuat dakwaan ini sambil berkata "jika saya dibayar, kita sepatutnya mengadakan sidang media di bilik berhawa dingin."

Shazryl dan Abdul Rahim ditahan oleh polis awal hari ini berkaitan dengan seks video ini. - Shannon Teoh

P/s: Si Rahim pula dikatakan berang dan  berdendam kerana Anwar memintanya meletakkan jawatan ekoran kes rogol gadis bawah umur yang membabitkannya.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Harun Taib Tidak Percaya Anwar Difitnah2?

Posted: 25 Mar 2011 03:15 AM PDT


Kiriman "Pesuruhjaya PAS Terengganu, Harun Taib Tidak Percaya Anwar Difitnah1?" semalam boleh dibaca di sini.

Semalam, Harun Taib mengeluarkan kenyataan di Utusan dan hari ini saya tampal pula berita tentang kenyataannya di The Star. Yang menjadi masalah, kenyataannya boleh mencetuskan persepsi negatif kepada masyarakat, tambah-tambah pula PR kini sedang berdepan dengan PRN Sarawak.Orang yang bijak berpolitik tidak akan mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa kerana dia tahu bahawa kenyataan seumpama itu akan menimbulkan keraguan dalam kalangan rakyat dan merugikan dari segi politik.

Dalam hal ini, saya tidak kata beliau salah kerana berpendapat demikian, saya cuma mempersoal sebab kata-kata itu dilontarkan di depan wartawan dan menyuarakannya atas nama parti yang diwakilinya? Adakah kenyataannya itu suara rasmi PAS? Jika beliau ragu, simpan sahajalah keraguannya di dalam hati.

Kata-kata Harun Taib di atas menyerlahkan keraguan beliau terhadap moral Datuk Seri Anwar Ibrahim. Timbul dan terdetik di hatinya bahawa Anwar mungkin melakukan perbuatan itu tatkala pemimpin lain menolak bahawa video seks itu permainan politik pihak lawan! Adakah beliau juga yakin Anwar meliwat Saiful?

Timbul pula persoalan, adakah keyakinan Harun Taib tidak bertambah dengan pelbagai pendedahan yang telah dibuat? Adakah Harun Taib tidak berasa curiga tentang kes video seks ini selepas identiti Datuk T  terdedah? Adakah beliau mempercayai kata-kata Rahim Tamby Chik yang pernah terpalit dengan kes rogol gadis bawah umur?

Tidak beranikah Harun Taib berkata: "Kami yakin video itu direkayasa kerana kepentingan politik. Kami berharap berkuasa akan menyiasat kes ini dan menghukum dalang video tersebut."?

P/s: Berita dengan isi kandungan seperti ini amat digemari oleh UMCO!

* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.


Tidak Cukup Drama Liwat, Video Seks, Di Jalan Raya Pun Mereka Main Propaganda

Posted: 25 Mar 2011 01:30 AM PDT




 Buat banner, letak gambar rekayasa, ikat di pokok atau di papan tanda atau digantung di jejantas, selepas itu ambil gambar dan siarkan dalam blog.

Selepas itu, mereka dakwa masyarakat sudah meluat, marah, benci dengan Anwar Ibrahim.

Aduhai! Kes syok sendiri!


* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

Adakah Gambar Ini Sebahagian Aksi Seks Anwar Ibrahim?

Posted: 25 Mar 2011 12:14 AM PDT


Maaflah, 110% bukan! (Kalau tanya Zul Nordin mungkin jawapannya lain)

Namun, itulah pertanyaan "bodoh" dikemukakan oleh blog pro-UMCO yang menyiarkan gambar ini.

P/s: Gambar video lucah mana mereka rembat?

* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

Gempa Bumi di Myanmar, Semakin Hampir ke Malaysia

Posted: 24 Mar 2011 09:05 PM PDT


Tengah malam tadi, kita dikejutkan  dengan berita bahawa Myanmar dilanda gempa bumi. Myanmar, siapa sangka?

Menurut berita AFP, sekurang-kurangnya 25 maut dan berpuluh-puluh lagi dilaporkan cedera akibat runtuhan bangunan selepas berlaku gempa bumi kuat berhampiran sempadan Myanmar-Thai.

Gegaran gempa berukuran 6.8 magnitud itu turut dirasai hingga ke Bangkok yang letaknya kira-kira 800 kilometer dari pusat gegaran, begitu juga sebahagian Hanoi, di Vietnam, dan China. 

Pegawai Myanmar berkata, pihaknya yakin bahawa bencana itu mengakibatkan lebih banyak nyawa terkorban terutama di Bandar Tarlay, lokasi yang paling dekat dengan pusat gempa.  

Mangsa yang disahkan mati setakat ini ialah 10 lelaki, seorang budak lelaki dan 13 wanita.

Selain itu, 20 orang dilaporkan cedera di Tarlay, di Daerah Tachileik dan pegawai berkata jalan utama ke bandar itu ditutup kerana rosak teruk akibat gempa.  

Banyak juga yang berkata, Malaysia jauh dari lingkaran gempa bumi. Mereka tampak begiru yakin dengan jawapan yang diberikan. Namun, mereka lupa, jika negara penuh dengan maksiat dan fitnah berleluasa, kun fa ya kun, dengan kehendak-Nya, tanpa perlu mengira lingkaran gempa bumi, Malaysia bisa menjadi padang jarak padang tekukur.

Mohon Allah jauhkan bencana seumpama itu dari bumi Malaysia!

Pelajar Perempuan Ponteng & Maki Guru

Posted: 24 Mar 2011 07:18 PM PDT

Sekadar hiasan. Anak siapa?

Saya petik:
[BH] KUALA TERENGGANU: Pelajar perempuan berusia 14 tahun memaki guru dan anggota RELA yang menahannya bersama dua rakan dalam Operasi Ponteng Sekolah peringkat negeri, semalam.

Kejadian berlaku di Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, ketika pelajar berkenaan yang berpakaian biasa asyik menyaksikan acara sukan Majlis Sekolah Daerah Kuala Terengganu Utara kira-kira jam 10 pagi. 

Pelajar itu antara 53 pelajar berusia antara 14 dan 17 tahun yang ditahan dalam operasi ponteng sekolah bermula jam 8 hingga 11 pagi.  

Dalam operasi itu, seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun didapati positif dadah selepas menjalani ujian air kencing.

Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Terengganu, Azahar Abu Bakar, berkata 13 pelajar ditahan dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gong Badak), SMK Bukit Besar (14), SMK Bukit Tunggal (sembilan), SMK Seri Budiman (tujuh) dan masing-masing tiga dari SMK Bukit Guntong; SMK Agama Tok Jiring dan SMK Ibrahim Fikri serta dua SMK Panji Alam.

"Lokasi serbuan adalah port pelajar itu ponteng. Kita juga menahan beberapa pelajar ponteng kononnya untuk menyokong rakan yang menyertai acara sukan di kompleks itu," katanya selepas memberi taklimat kepada pelajar terbabit dan ibu bapa mereka di Dewan SMK Ibrahim Fikri, semalam. 
 P/s: Apa nak jadi?


MP Katak Ini Kini Bergelar "Datuk"

Posted: 24 Mar 2011 05:00 PM PDT




Saya tampal berita fasal MP Katak ini bukan mahu mengucapkan tahniah. Saya cuma berasa hairan sambil memikirkan sumbangan dan bakti MP ini!!!!

P/s: Nikmat dunia!


* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

Tiada ulasan: