Jumaat, 25 Mac 2011

Biaqpila

Biaqpila


Eskay : Saya Lurus, Bukan Homoseks Macam Saiful

Posted: 25 Mar 2011 03:00 PM PDT



Dalam keghairahan untuk memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay semalam mendedahkan bahawa pengadu kes liwat fitnah dua, Saiful Bukhari Azlan adalah pengamal hubungan seks sejenis.

Bagaimanapun ahli perniagaan itu menegaskan 'beliau bukan seperti Saiful " kerana telah mengerjakan umrah dan haji.

Saya telah menunaikan umrah dan haji. Saya rasa saya telah lama dipergunakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya bukan macam Saiful, saya lurus saya bukan homoseks.

Eskay tidak mendedahkan sumber maklumatnya atau pun sama ada beliau mengenali Saiful secara peribadi. Beliau membuat kenyataan mengejut itu pada sidang akhbar semalam.

Ketika memberi keterangan di mahkamah bulan lalu, pakar kimia Seah Lay Hong mengesahkan kehadiran beberapa sampel DNA dari individu berlainan dalam dubur Saiful.



Dalam pada itu, Ahli Parlimen Sungei Petani, Datuk Johari Abdul menjelaskan bahawa fitnah video lucah diketengahkan ketika ini bagi memastikan UMNO mempunyai modal yang cukup untuk mengaibkan Anwar dalam menghadapi pilihanraya umum.

Ini kerana perbicaraan fitnah liwat terhadap Anwar mungkin akan selesai dalam sedikit masa dan UMNO akan ketandusan fitnah untuk menyerang moral ketua pembangkang itu.

"Pilihan Raya Sarawak makin dekat. Kes Mahkamah semakin hampir habis. Perlu ada isu berlarutan. Beberapa keputusan sudah tidak berpihak kepada kerajaan. Dan buku jingga pun dia orang (Kerajaan) dah tak larat nak berdebat. Jadi kena buat isu baru….kena cipta perkara lain," kata Johari .

TVS

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

5,000 saksi Anwar diheret polis dari pentas ceramah, 3 ditahan

Posted: 25 Mar 2011 11:49 AM PDT


Antara ribuan yang hadir program pelancaran kempen DNA: Datuk Najib-Altantuya

KUALA LUMPUR: Lebih 5,000 rakyat pelbagai lapisan kaum hadir program pelancaran Kempen Tolak kes Fitnah II anjuran KEADILAN di perkarangan Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Gombak, Taman Melawati di sini, malam ini.
Seperti kelaziman, program anjuran KEADILAN itu dihalang polis hingga menyebabkan majlis yang dijadual bermula jam 9 malam ditangguh kira-kira sejam.
Polis dikatakan hanya membenarkan sesi ucapan selama 30 minit sahaja, menyebabkan pegawai kepada Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali terpaksa berunding dengan polis Ampang.
Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang turut muncul hingga menggamatkan hadirin.
Bagaimanapun, polis hanya membenarkan Anwar memberi ucapan selama 15 minit sahaja, malah mematikan pembesar suara dan mengheret Ketua Umum KEADILAN itu turun dari pentas, hingga menimbulkan kemarahan orang ramai.


Kehadiran polis, FRU hanya menyebabkan kekecohan berlaku

Pada jam 11.30 malam, polis menyerbu ke arah orang ramai hingga menimbulkan kekecohan sedangkan program itu, asalnya berlangsung aman.
Suasana terus kecoh dan tiga orang dipercayai ditahan polis.
Dalam pada itu, seorang wartawan Free Malaysia Today, Fazy Sahir cedera terkena lontaran kerusi dalam suasana kecoh itu.
Kempen itu dinamakan sebagai 'DNA' atau 'Datuk Najib-Altantuya' bertujuan mengupas perkembangan terkini kes yang dihadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan fitnah terbaru mengenai rakaman video seks yang didalangi Umno melalui 'Datuk T'.
Turut hadir dalam ceramah ialah Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang, Saari Sungib.

keadilandaily


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

AKU NAK JUGAK JADI DATUK MACAM ZUL YANGOAT

Posted: 25 Mar 2011 05:00 AM PDT



Anwar sanggup sumpah demi kepentingan politik......UTUSAN MELOYA

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sanggup bersumpah bagi menjaga kepentingan politiknya dan melepaskan diri daripada semua pertuduhan yang dihadapi ketika ini.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor berkata, Anwar akan melakukan apa sahaja bagi menyelamatkan diri serta 'nyawa politiknya' termasuklah bersumpah dengan memegang al-Quran.

"Saya tidak akan terkejut kerana Anwar berada dalam keadaan terdesak ketika ini. Pelbagai tuduhan dihadapinya dan beliau sanggup lakukan apa sahaja untuk melepaskan dirinya.

"Saya percaya beliau akan melakukan sumpah untuk memulihkan imejnya setelah pelbagai tuduhan buruk dihadapinya, tetapi percayalah bahawa sumpah yang dilakukan itu bertujuan politik dan bukannya berlandaskan kepada agama Islam," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Sementara itu, Mohamad Ezam meminta pihak berkuasa merampas pasport antarabangsa Anwar bagi mengelakkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu melarikan diri ke luar negara.

Ini kerana katanya, Anwar suka memburukkan nama Malaysia di luar negara dan tindakan tersebut perlu dihalang.

"Tindakan beliau itu jelas merosakkan nama negara. Jadi beliau sewajarnya dihalang keluar dari Malaysia," jelasnya..........

KWAH KWAH KWAH....DULU SENATAK INI CAKAP SURUH DATUK SERI ANWAR IBRAHIM BERSUMPAH...BILA DIJANGKAKAN BELIAU AKAN MELAKUKAN SEDEMIKIAN CAKAP PULAK AKAN MELAKUKAN APA SAJA TERMASUK BERSUMPAH....kwah kwah kwah INILAH CONTOH REPTILIA KACUKKAN KATAK DENGAN BIAWAK... kwah kwah kwah...DULU SENATAK INI MERAYAU KELUAR NEGARA HENTAM KERAJAAN GEROMBOLAN UMNO SAMPAIKAN PEMUDA UMNO GELAR BELIAU INI PENGKHIANAT DAN DIDESAK SUPAYA CABUT KERAKYATANNYA...KINI BILA BERADA DALAM KELOMPOK UMNO BERCAKAP LAGI DAHSYAT...INI MESTI KES NAK BODEK DAN TAWAN HATI NAJIB RAZAK SUPAYA DIBERIKAN JAWATAN MENTERI KABINET....kwah kwah kwah...WOIT!! MAMAT SENATAK... BUKANKAH DULU KAMU JUGA YANG BERCAKAP SEMUA MAKLUMAT MEREKA AKAN RUJUK KAPADA KEDUTAAN BESAR ATAU PEJABAT PESURUHJAYA TINGGI MASING-MASING DIMALAYSIA UNTUK PENGESAHAN... MEREKA TIDAK NYA BODOH TELAN BULAT-BULAT APA YANG DIBERITAHU...KAMU SUDAH LUPA?.. ATAU SENATAK MUDAH LUPA... kwah kwah kwah....UNTUK KES VIDEO SEKS FITNAH MELAMPAU INI SUDAH PASTI KERAJAAN NEGARA-NEGARA LUAR AKAN MINTA LAPORAN DARI KEDUTAAN/PESURUHJAYA TINGGI MASING-MASING....LAGI SATU SEBELUM LUPA MENGAPA KAMU TAK DESAK LAGI SUPAYA PEGUAM NEGARA TERUSKAN PENDAKWAAN TERHADAP KES RASUAH RAHIM TAMBI CHIK..BUKANKAH KERTAS PERTUDUHAN SUDAH SIAP DAN KAMU KENA SUMBAT PENJARA KERANA PENDEDAHAN INI...KATA KAMU MANUSIA BERPRINSIP TEGUH..... RASUAH AMAT DEKAT DIHATI...POODDAAHH!!... KWAH KWAH KWAH.....SEKARANG SIAPAKAH YANG SANGGUP LAKUKAN APA SAJA DEMI KEPENTINGAN POLITIK?....kwah kwah kwah........KATA DULANG PAKU SERPIH..BURUKKAN ORANG TAK TAHU DIRI TU LAGI LEBIH-LEBIH.....KWAH KWAH KWAH...

bumiputera.berjaya

sumber


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Video Seks: Pendedahan Oleh Bekas Pengawal Peribadi Megat Junid

Posted: 25 Mar 2011 02:40 AM PDT



'Bekas' ahli konspirator video seks dedah tembelang Eskay

SUNGAI BULOH: Seorang kenalan rapat Datuk Shazril Eskay Abdullah yang turut dipelawa sebagai sebahagian pasukan konspirator penayangan video seks di Hotel Carcosa Isnin lalu, hari ini mendedahkan bahawa Eskay memang berniat untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui cara kotor.
Ia didedahkan Mohamad Mahti Abd Rahim, bekas pengawal peribadi kepada Tan Sri Megat Junid selama lebih 20 tahun, yang turut mengenali Eskay sejak 1996.
"Bagi saya, Datuk Eskay ini merupakan si Kitul. Dia ingin memporak-perandakan negara. Dia memberitahu saya yang dia memang mahu menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya ketika membuat pendedahan itu dibuat di sebuah premis di Sungai Buloh.
Beliau mengetahui penayangan video itu dan turut diajak bersama menyertai kumpulan berkenaan tetapi menolaknya.keadilandaily



Eskay Minta Saya Dapatkan 'UTK', Kata Bekas Pengawal Peribadi Megat Junid

Dari The Malaysian Insider

Seorang bekas anggota polis hari ini mendakwa Datuk Shazryl Eskay Abdullah telah mendampinginya minggu lalu untuk mendapatkan beberapa bekas anggota unit tindakan khas (UTK) khusus untuk sesi tayangan rakaman video seks Isnin lalu, yang pendedahannya mendakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rakaman itu menunjukkan seorang lelaki mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita, dipercayai pelacur asing.

Mohamad Mahti Abdul Rahim, yang pernah berkhidmat sebagai pengawal peribadi Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub berkata, dia bertemu dengan ahli perniagaan itu minggu lalu.

"Beliau bertanya saya sama ada boleh membantu mendapatkan dua bekas anggota UTK. Apabila beliau berkata ia untuk menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya memberitahu beliau saya tidak mahu tahu apa-apa langsung," katanya.

Mohamad Mahti, yang pernah bekerja untuk bekas menteri itu selama 18 tahun menambah, dia tidak mahu terlibat dalam apa-apa masalah meskipun mengenali Shazryl (kiri) sejak 1980-an.

"Tetapi sekarang, dengan adanya semua dakwaan, saya merasakan saya perlu mendedahkan kebenaran. Datuk Eskay adalah Si Kitol," katanya.

Mohamad Mahti berkata Shazryl mengenali Anwar sejak Ketua Umum Pakatan Rakyat itu menjadi menteri kerajaan pusat pada 1990-an.

Katanya, Shazryl kemungkinan marah selepas Ketua Pembangkang itu tidak mahu memberikan keterangan dalam kes saman berkaitan komisen RM20 juta berkaitan pemerolehan projek jambatan bengkok menghubungkan Johor dan Singapura.

"Sama ada pita (rakaman) ini betul atau tidak, saya tidak tahu tetapi ia satu tindakan tidak bermoral," katanya lagi.

Mohamad Mahti berkata dia pertama kali bertemu dengan Shazryl ketika beliau berkhidmat sebagai pakar fisioterapi Persatuan Badminton Malaysia tahun 1990-an.

"Datuk Megat pernah mengalami masalah otot dan Shazryl disyorkan kepada saya, jadi saya perkenalkan kepada Datuk Megat," kata beliau.

"Tetapi apabila Datuk Megat berhadapan dengan barah dan malah ketika beliau meninggal dunia, Eskay tidak pernah melawat beliau langsung," katanya.

Kini katanya, Shazryl mengusahakan lima kilang baja di Thailand dan rapat dengan (Tan Sri) Abdul Rahim (Thamby Chik) sebab beliau merupakan Pengerusi RISDA manakala Shuib pula bapa mertua Menteri Luar Bandar dan Pembangunan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal.

Shafie juga merupakan naib presiden Umno.

"Beliau juga cuba rapat dengan Pengerusi Felcra Datuk Tajuddin Rahman agar dapat kontrak jual baja," katanya lagi.

"Eskay adalah pembohong. Apa saja dia kata adalah pembohongan," kata beliau kepada pemberita di ladang kambingnya di Kuang dekat sini hari ini.

"Saya akan membantu jika polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mahu menyoal siasat. Jika Eskay mahu menyaman saya, silakan. Saya tidak bimbang," katanya lagi.

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

OTAK MIKE TERGELIAT KE YOP?

Posted: 25 Mar 2011 12:00 AM PDT


MESTI BACA!! ZOL KULIM TAK BERANI BILA DICABAR BERDEBAT

Heh. Kesian aku dengan yb neh. Aku dah guna segala kesopanan dan kesantunan untuk ajak dia masuk kbsb untuk berdebat bagi mempertahankan hujah dia atas dua perkara ;


1. Berhujah bagi membuktikan sang pelaku seks adalah 110% "dia" seperti yang dia sebutkan dalam berita malam tadi.


2. Berhujah membuktikan bahawa kepimpinan ulama pas meminta dsai serahkan dna ataupun kepimpinan ulama pas akan mempertimbangkan semula kerjasama dengan pkr dan anwar ibrahim.


Fitnah berat tue. Satu dia tuduh orang berzina. Satu dia tuduh pemimpin tertinggi pas atas sesuatu perkara yang mereka tak pernah buat. Dan di bawah ini adalah hasil perbualan aku dengan dia. Aku fikir bila dia tuduh dsai asyik belit situ belit sana mestilah dia bukan kaki pembelit. Tapi rupanya tuduhan dia tue jatuh ke atas dirinya sendiri. Cukup tak sangka. Inilah yb yang ada di antara korang pernah undi. Heh










Sila klik pada image untuk besarkan


Aku sebenarnya bukan apa, aku cuma nak berbincang dengan yb neh secara berdepan dan berterus terang je tapi dah nasib badan le yb neh asyik mengelak je.. dia yang takmo berdiskusi dengan anak-anak muda zaman sekarang.. payahlah macam neh ada kemudahan teknologi tapi dia taknak gunakan untuk menyelami isi ahti rakyat macam mana? Lepas tue nak suruh kita percaya cakap dia?


Apa pun terima kasih la yb sebab menunjukkan sikap sendiri.. ha ha ha.. lawak siottt..


Ameno : Perasan tak dia tak menafikan pun yang dia fitnah dsai dan pas dalam ayat di atas tue? Heh.





bulatdusun

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Lalai Solat Kerana Pengaruh Duniawi

Posted: 24 Mar 2011 09:30 PM PDT

Oleh Mohd Zawawi Yusof

PERNAHKAH kita bersedih kerana tertinggal sembahyang, terlewat mengerjakannya atau pernahkah perasaan rugi kerana tidak sempat melakukan solat secara berjemaah? Pernahkah kita terasa berdosa tidak ‘beradab’ menghadapi Allah? Jawapannya ada pada diri kita sendiri. Kali ini penulis ingin menyentuh soal lalai dalam solat.

Lawan lalai ialah khusyuk dan ia bukan setakat dapat menumpukan perhatian dan faham apa yang dibaca dalam sembahyang tetapi menimbulkan rasa-rasa dengan Tuhan. Kalau tidak ada rasa-rasa yang berubah dalam sembahyang seperti gerun, hebat, cinta, takut, berharap kepada Tuhan maka itu tanda tidak khusyuk.

Lalai dalam sembahyang ada beberapa peringkat seperti berikut:

1. Lalai habis. Takbir sahaja sudah ingat perkara lain di luar sembahyang yang tidak ada kena mengena langsung dengan sembahyang. Ia berterusan sampai salam. Tidak ada rasa apa-apa dengan Tuhan sepanjang sembahyang. Malahan sedar pun tidak.

2. Dalam sembahyang. Ada masa lalai dan ada masanya ingat dan sedar bahawa dia sedang bersembahyang. Sembahyang diselang-seli dengan lalai dan mengingat hal-hal dunia.

3. Boleh ikut dan menyorot apa yang dia baca dalam sembahyang tetapi tidak faham akan maksud apa yang dibaca dan dilafazkan. Kalau hendak diukur dengan nisbah khusyuk, ini masih dianggap lalai.

Bila tidak faham, masakan boleh menghayati. Kalau tidak menghayati, masakan boleh merasa apa-apa dengan Tuhan.

4. Boleh faham segala apa yang dibuat, dibaca dan dilafazkan di dalam sembahyang. Sembahyang seperti ini sudah agak baik. Namun ini masih dianggap lalai mengikut kehendak dan tuntutan sembahyang kerana belum ada apa-apa rasa dengan Tuhan. Khusyuk adalah rasa bukan setakat tahu atau faham.

5. Faham akan segala apa yang dibaca dan dilafazkan dalam sembahyang dan kadang-kadang ada rasa tetapi tidak pada sepanjang masa dan waktu di dalam sembahyang.
Walaupun ini sudah baik tetapi masih ada lalai. Walaupun tidak membawa dunia ke dalam sembahyang tetapi rasa-rasa dengan Tuhan tidak wujud sepanjang waktu dalam sembahyang.

6. Sembahyang yang tidak lalai itu ialah yang sentiasa mempunyai rasa dengan Tuhan yang berubah-ubah dari satu rasa ke satu rasa yang lain mengikut apa yang dibaca dan apa yang dilafazkan, bermula dari takbiratul ihram hinggalah kepada salam. Inilah sembahyang yang tidak lalai. Inilah sembahyang yang benar-benar khusyuk.

Lalai berpunca daripada pengaruh dunia. Kalau dunia berada di hati amat sukar untuk mendapat khusyuk dalam sembahyang. Dunia akan terbawa dalam sembahyang.

Sebab itu kalau dalam sembahyang hanya ada rasa-rasa keduniaan seperti seronok baru berjumpa kawan, teringat polis saman kereta kita salah parking atau bimbang tak sempat pergi ke bank sebelum bank tutup dan sebagainya.

Rasa-rasa ini ialah rasa dunia yang melalaikan, bukan rasa-rasa khusyuk. Sekiranya kita tidak kenal Tuhan, hanya setakat tahu dan percaya sahaja,
kita tidak akan dapat rasa khusyuk.

Paling tinggi ketauhidan kita hanya di peringkat akal atau fikiran sahaja kerana tahu dan percaya itu perkara akal. Kita dikatakan orang yang berfikiran tauhid, bukan yang berjiwa tauhid.

Mengenal Tuhan ialah langkah pertama untuk mendapat khusyuk. Setelah mengenali Tuhan barulah kita akan dapat merasakan kehebatan dan keagungan Tuhan di hati kita kerana kenal itu perkara hati.

Barulah kita akan dapat rasa bertuhan. Selagi hati kita tidak dapat rasa bertuhan, ia tidak akan dapat rasa kehambaan dan ia tidak akan dapat rasa khusyuk.

Ada hadis berbunyi: “Awal-awal agama adalah mengenal Allah” Maksudnya, selagi kita tidak kenal Allah, agak sukar untuk kita beragama. Kita tidak akan boleh khusyuk.

Selagi kita tidak boleh khusyuk kita sebenarnya belum berjiwa Tauhid. Kalau kita belum berjiwa Tauhid kita tidak akan mampu mengamalkan dan menegakkan syariat Islam secara lahir dan batin.

Mungkin kita boleh laksanakan syariat lahir tetapi batinnya kosong. Tidak ada khusyuk, tidak ada roh dan tidak ada jiwa. Padahal Islam itu mesti ada lahir dan batinnya.




zabidi-morad

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

LU ORANG NAK TEGAKKAN BATANG ATAU TEGAKKAN KEBENARAN?

Posted: 24 Mar 2011 06:00 PM PDT


LIHATLAH BETAPA PATRIOTIK MEREKA INI DEMI MENEGAKKAN KEBENARAN.
(Ini agak lucah...tapi tarak apa,asal boleh menegakkan kebenaran.Sori la nazri..Ini gambar pertama yang diperolehi dari google imej yang dicari menggunakan perkataan TEGAK)

DEY MACHA!!!
TAYANGAN BLUE ADA LAGI KA KAT CARKOSA?
GUA NAK PI TENGOK NI
KAH! KAH! KAH!

GUA BUKAN NAK TEGAKKAN BATANG
GUA NAK TEGAKKAN KEBENARAN
KAH! KAH! KAH!

NAK BUAT LAGUMANA
POLITIK MALAYSIA CUMA DOK PIKIR TU SAJA
MODUS OPERANDINYA BERTERASKAN SEKS
CUMA DITRANSFORMASIKAN DALAM BERBAGAI VARIASI
KAH! KAH! KAH!



KAMI NAK TEGAKKAN KEBENARAN
DI MASA YANG SAMA KAMI BOLEH TEGAKKAN BATANG
ITULAH NAMANYA WIN-WIN SITUATION
KAH! KAH! KAH!

SEBAB APA GUA CAKAP LU ORANG NAK TEGAKKAN BATANG?
BUKAN NAK TEGAKKAN KEBENARAN..

SEBABNYA KALAU BETUL LU MEMBER KAMCING ANWAR
LU MESTI SOUND DIRECT SAMA DIA LEPAS LU JUMPA ITU VIDEO
LU CAKAP BAIK-BAIK SURUH DIA UNDUR
KALAU TAK JALAN,BARU LA LU KASI SATU DUNIA TAU

INI LU SALAH STEP BAI
DAH LA JAM YANG LU CARI TARAK JUMPA
ADA LU KASI TAU ITU ANWAR ITU JAM TARAK JUMPA?
LU TAK KASI TAU ITU ANWAR
LU PIGI CARI ITU THAMBY JUGAK
KAH!KAH!KAH!
INI MACAM PUNYA KAWAN PUN BOLEH PECAYA KA BAI?
LU PIGI CARI JAM,TAPI JUMPA VIDEO LUCAH

ITU JAM LU CAKAP TARAK JUMPA
TAPI LU ADA BAWA ITU JAM JENIS OMEGA
MACAMANA LU BOLEH KONTEK ITU AMOI PELACUR
KASI DAPAT BALIK ITU JAM?
GUA PIKIR LU ORANG MISTI KAMCING SAMA ITU AMOI
KAH! KAH! KAH!

LAGI SATU HAL
BUAT APA LU KASI TUNJUK SAMA ITU WAKIL MEDIA
PADAHAL LU BELUM TAU KESAHIHAN VIDEO TU
LU BELUM KASI FORENSIK PERIKSA
AYOYO..INI JALAN CERITA KURANG MANIS LA
LAGI LU CAKAP MAU KASI SATU DUNIA TAU
SATU MALAYSIA PUN SUDAH TARAK PERCAYA
KAH! KAH! KAH!



KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Pulau Pinang akan saman kerajaan BN

Posted: 24 Mar 2011 03:00 PM PDT




GEORGETOWN, 23 Mac: Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang, akan memfaikan saman terhadap kerajaan negeri BN sebelum ini kerana mengakibatkan kerugian RM30 juta dalam skandal tanah Pulau Jerejak.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, keputusan tersebut dibuat berikutan keengganan serta kegagalan Tropical Island Resort (TIR) untuk membayar premium tanah tersebut mengikut masa yang ditetapkan.

Kerajaan negeri pimpinan Dr Koh Tsu Koon sebelum ini didakwa menyerahkan tanah seluas 32 hektar di Pulau Jerejak kepada Urban Development Authority (UDA) dan TIR yang mengakibatkan kerugian kepada rakyat.

"Mesyuarat kerajaan negeri hari ini memutuskan Tropical Island Resort perlu membayar premium untuk tanah yang diluluskan.

"Mereka telah membuat bayaran premium tanah sebelum ini tetapi selepas ansuran pertama itu mereka tidak lagi membayarnya dan mengakibatkan TIR berhutang dengan kerajaan negeri sebanyak RM10.6 juta," katanya.

Kerugian itu katanya merujuk kepada pelaburan agensi kerajaan negeri, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dalam TIR sebanyak RM15.435 juta dan pinjaman RM3.6 juta serta premium tanah RM10.6 juta yang belum dijelaskan kepada kerajaan negeri.

TIR adalah syarikat usaha sama UDA Holdings dan PDC dengan pegangan ekuiti masing-masing 51 peratus dan 49 peratus.

Syarikat itu juga diperbadankan pada 18 Ogos 1992 dengan modal berbayar RM31.5 juta, termasuk pelaburan PDC sebanyak RM15.435 juta untuk membangunkan Pulau Jerejak sebagai pusat eko-pelancongan.

Menurut Guan Eng, pembangunan tersebut dicadangkan dalam empat fasa, tetapi hanya fasa pertama dilaksanakan membabitkan pembinaan 13 chalet, bangunan yang mempunyai 52 bilik, tapak rekreasi, spa dan jeti yang siap pada Ogos 2003 dan beroperasi sejak Januari 2004.

Guan Eng berkata, bagi menarik lebih ramai pengunjung, kerja menaik taraf resort itu dilakukan dan siap pada September 2007 yang menelan kos keseluruhan sebanyak RM34.84 juta.

Bagaimanapun, sejak TIR beroperasi ia belum memperoleh sebarang keuntungan.

Jelas Guan Eng, projek yang dilaksanakan Umno BN sebelum ini mengalami defisit RM 30 juta dan kerajaan Pulau Pinang sekarang menuntut supaya wang terbabit dikembalikan.

Tambah Guan Eng lagi, sebagai Menteri Kabinet yang menjaga KPI, Koh Tsu Koon harus bertanggungjawab dalam mengarahkan UDA untuk memulangkan semula wang serta Pulau Jerejak kepada rakyat Pulau Pinang.

HD


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: