Isnin, 21 Mac 2011

SINGAMARAJA

SINGAMARAJA


PILIHANRAYA SARAWAK PENUH DENGAN ISU MAKSIAT

Posted: 21 Mar 2011 01:24 AM PDT

Ahlan Wasahlam

Kempen pilihanraya Sarawak akan dipenuhi dengan isu maksiat yang dicanangkan oleh pehak BN dengan mendedahkan isu Amuar Ibrahim yang telah dimulai oleh BN, isu yang tidak memberikan sedikitpun faedah kepada rakyat ini mungkin akan ditolak oleh rakyat Sarawak nanti

BN menyedari bahawa rakyat Sarawak mahukan perubahan dari BN kepada PR kerana mereka mahu merasakan suatu yang baru didalam politik negeri tersebut akan tetapi mereka didedahkan pula dengan isu individu yang dikatakan telah melakukan maksiat sebagai isu untuk menarik perhatian mereka

Rakyat Sarawak tentunya tidak mahukan isu pribadi ini didengarkan kepada telinga mereka kerana ia tidak membawa apa-apa faedah yang boleh membawa kepada perubahan hidup dan ekonomi mereka, apa yang mereka mahu ialah tarap hidup mereka diubah dan harta benda mereka dijaga dengan sebaik mungkin

Menjadikan isu maksiat sebagai isu didalam pilihanraya Sarawak seolah-olah mahu memperkenalkan ransangan maksiat didalam kehidupan sosial mereka sedangkan isu itu dilihat sebagai isu yang jahat dan tidak bertanggungjawab kerana menjatuhkan maruah orang lain sedangkan ia adalah dilarang oleh semua agama




Tiada ulasan: