Sabtu, 19 Mac 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Mahathir Diktator Demokrasi III

Posted: 19 Mar 2011 02:03 AM PDT

Oleh Mohd Sayuti Omar

"MACAM mana Mahathir boleh terlibat dengan pemecatan Pas dari BN Tengku?" Tanya saya kepada Tengku Razaleigh. Tengku Razaleigh seorang yang kuat berpegang kepada amanah. Dia tidak akan mudah memecahkan apa-apa rahsia khususnya rahsia parti dan kerajaan yang dia tahu. Beliau juga seorang yang kuat berpegang kepada undang-undang

Sebab itu kalau kita tengok kenyataan atau kritikan beliau kepada mana-mana pihak penuh berwaspada dan berlapik. Beliau seorang yang sangat menghormati undang-undang. Dalam masa sama seorang yang naif. Sudah tiga kali beliau ditipu hidup-hidup oleh Mahathir Mohamad.

Satu kelebihan Tengku Razaleigh dia tidak akan mencampur adukkan politik dengan persahabatan. Walaupun Mahathir mengkhiantinya, tetapi persahabatan dengan Mahathir diteruskan juga. Tengku Razaleigh seorang politician yang profesional.

"Amba bersain (berkawan) dengan dia Sayuti. Sebagai sain amba akan hormati dia. Walaupun dia buat jahat ke ambo, tidak ada masalah, sebab itu soal politik. Tetapi ambo tidak akan membalas kejahatannya," begitulah kata Tengku Razaleigh.

Sebab itu apabila Mahathir menuduh bukan-bukan kepada beliau termasuk menggunakan wang RM20 juta untuk menewasnya dalam perlawanan merebut jawatan presiden Umno tahun 1987, memoir Mahathir itu boleh diragui akan kejujurannya. Di manakah Mahathir mendapat maklumat itu. Apakah daripada Ibrahim Ali?

Mulanya Tengku Razaleigh keberatan untuk mendedahkan rahsia bagaimana Dr Mahathir khianat kepada Pas. Tetapi setelah diasak dan berjanji tidak akan menulisnya dimana-mana (ketika itu), akhirnya beliau menceritakan kronologinya.

Menurut Tengku Razaleigh punca kenapa Pas ditendang dari BN ianya bermula dengan satu peristiwa di Johor, di tanah rancangan Felda. Ketika itu Datuk Mohd Asri Muda menjadi Menteri Kemajuan Tanah Dan Wilayah. Jadi semua tanah rancangan dan juga hal pembangunan tanah berada di bawah portfolionya.

Sesuai dengan kedudukan itu Asri cuba membuat reformasi ke atas tanah rancangan termasuk Felda. Salah satu refomasi itu ialah dengan mengaktifkan Pas di tanah-tanah rancangan yang selama ini merupakan kubu kuat Umno. Di sinilah kebijaksanaan politik Asri. Bagaiman pun usaha Asri itu mendapat tentangan dari Umno. Kononnya semasa bersetuju untuk bergabung dengan Umno dulu, syarat lisan dibuat, bahawa Pas tidak dibenarkan menubuhkan cawangan di mana-mana tanah rancangan.Check Spelling

Larang itu tidak dipatuhi. Maka wujudlah beberapa cawangan Pas. Keadaan ini tidak menyenangkan dan cukup membimbangkan sesetengah pemimpin Umno. Apa lagi cawangan Pas yang mulai ditubuh itu mendapat sambutan dari kalangan peneroka Felda. Mungkin ini kerana mereka dapat melihat perbezaan pendekatan dan juga pengisian aktiviti antara Pas dengan Umno.

Seperti mana cerita Tengku Razaleigh berlaku satu peristiwa di salah sebuah Felda di Johor. Ketika itu Pas mengadakan majlisnya di situ. Kebetulan pula Umno juga mengadakan majlis di tempat yang sama di mana jaraknya tidak berapa jauh.

Kerana jalanya tidak banyak, para pemimpin Umno yang hendak ke majlis mereka terpaksa melalui melewati majlis Pas. Sewaktu pemimpin Umno melintas majlis Pas inilah berlaku sorakan oleh orang Pas.

Menurut Tengku Razaleigh sorakan telah disalah sanggap oleh Umno sebagai memperli pemimpin mereka. Walhal apa yang berlaku penyokong Pas menyorak kerana bersemangat apabila majlis mereka lebih ramai dari majlis Umno. Dan sorakan itu juga bukan sesuatu yang serius pun, kata Tengku Razaleigh.

Bermula periswai itulah timbul salah anggap. Umno memandang serius. Kata Tengku Razaleig ia tidak berakhir disitu saja, tetapi kejadian itu dilaporkan kepada pihak atasan Umno di Johor. Kemudian ia terbawa pula ke peringkat pemimpin tertinggi di Kuala Lumpur.

Cerita Tengku Razaleigh lagi, akhirnya peristiwa itu sampai kepda Mahathir. Di sinilah Mahathir megambil peluang untuk menyocokkan jarum jahatnya. Dalam satu mesyuarat dengan Pemuda Umno di Kuala Lumpru, kata Tengku Razalegh Mahathir, Mahathir telah mencadangkan agar Umno mengambil tindakan kepada Pas. Beliau cadangkan agar perkara itu disampaikan kepada Hussein Onn.

Bila mesyuarat MT diadakan dan Mahathir ketika itu sebagai salah seorang naib Presiden Umno telah mendesak Hussein Onn supaya mengambil tindakan ke atas Pas. Alasan Mahathir kalau Hussein tidak mengambil tindakan kedudukan Umno akan terancam. Di sinilah puncanya.

Jadi kata Tengku Razaeigh atas cadangan Mahathir itulah akhirnya Hussein mengambil tindakan tanpa terlebih dahulu memberi warning kepada Pas. Apabila mendapat mandat dari Hussein Onn itu maka Mahathir terus menjalankan jarumnya dengan mencipta berbagai isu untuk menimbulkan kebencian Umno kepada Pas. Kemucak kepada rancangan jahat Umno- Mahathir itu kata Tengku Razaleigh, ialah dengan menghuruharakan Kelantan kemudian melatkkan Kelantan dibawah pemerintahan darurat.

Manakala sejarah bagamana berlaku ke atas kerajaan Kelantan gara-gara projek tunjuk perasaan itu sudah terbungkus dalam sejarah. Kerana itu kerajaan Kelantan yang berusia 18 tahun jatuh terguling.

Kesimpulannya orang bertanggungjawab mencampak Pas keluar atau yang memutuskan silaturahim antara Umno dengan Pas ialah Mahathir bukannya Hussein Onn.

Melihat kepada ketegangan orang Melayu hari ini seperti mana dianggapkan Umno, yang menuduh Pas sebagai punca pecah belah, ianya adalah disebabkan orang Umno sendiri bukannya Pas. Lebih merujakan lagi orang itu ialah bekas presidennya, Mahathir Mohamad. Adalah adil mungkin kalau Nik Aziz tindak hingin untuk berkawan dengan Umno kecuali parti itu menukar dasarnya

http://msomelayu.blogspot.com/

Demam pilihan raya Sarawak bermula

Posted: 19 Mar 2011 02:01 AM PDT

DETIK DAILY

Barangkali ramai wartawan yang kecewa apabila Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud enggan memberi sebarang ulasan selepas mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin di Astana Negeri di Kuching, pagi Khamis lalu.

Harapan wartawan ialah Abdul Taib akan mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas pertemuan itu. Ini menyebabkan mereka bergegas pula ke Wisma Bapa Malaysia di Petrajaya, tidak jauh dari Astana kerana Abdul Taib kemudian mempengerusikan mesyuarat Kabinet negeri di situ.

Akhirnya, tiada apa yang berlaku dan dua menteri Kabinet negeri cuma menyatakan bahawa mesyuarat Kabinet itu sebagai mesyuarat 'biasa', di sebalik khidmat pesanan ringkas (SMS) mengenai kemungkinan DUN dibubarkan kelmarin sudah tersebar luas di seluruh negara.

Hakikatnya, dalam sejarah hampir 30 tahun sebagai Ketua Menteri, Abdul Taib rasanya tidak pernah lagi membuat pengumuman pembubaran DUN secara 'impromptu', iaitu mengumumkannya sebaik melangkah keluar dari Astana atau di pintu keluar bilik mesyuarat Kabinet.

Seorang wartawan veteran yang mengikut perkembangan politik Sarawak berkata, jika ada sebarang pengumuman pembubaran DUN, Abdul Taib biasanya memanggil sidang media khas di Wisma Bapa Malaysia seperti dilakukannya pada beberapa pilihan raya negeri sebelum ini kecuali pada 1991.

"Pada 1991, Ketua Menteri membuat pengumuman itu pada satu acara di hadapan orang ramai di Kuching," katanya merujuk kepada pengumuman pembubaran DUN dilakukan ketika Abdul Taib menghadiri satu majlis di Padang Sentral (kini dikenali sebagai Padang Merdeka), Kuching, tanpa memanggil sidang media khas.

"Bayangkan, wartawan sudah bersiap sedia untuk balik kerana ucapan Taib sudah hampir ke penghujung, dengan tiada bayangan diberi mengenai pilihan raya. Tetapi sebelum mengakhiri ucapannya, Taib tiba-tiba mengumumkan bahawa DUN akan dibubarkannya keesokan hari menyebabkan wartawan terpinga-pinga," katanya.

Apa yang lazim dilakukan Pejabat Ketua Menteri ialah memanggil sidang media khas di Wisma Bapa Malaysia pada sebelah pagi atau tengah hari untuk majlis pengumuman pembubaran Dewan pada sebelah petang dan kebiasaannya RTM menyiarkan secara langsung.

Bagaimanapun, bayangan yang hampir tepat pada setiap kali pilihan raya negeri diadakan ialah pertemuan Abdul Taib dengan Perdana Menteri, sama ada di Kuala Lumpur (kini di Putrajaya) atau lawatan Perdana Menteri ke Sarawak.

Misalnya, pada pilihan raya negeri 1996, Abdul Taib membubarkan DUN seminggu selepas lawatan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad ke Sarawak. Dan, pengumuman itu dibuat sehari selepas mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertua Negeri. Malah sebelum itu, Abdul Taib memberitahu wartawan bahawa beliau akan membubarkan DUN selepas berbincang dengan Perdana Menteri.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga pernah membuat pengumuman tarikh penamaan calon dan pengundian pada hari sama Abdul Taib mengumumkan pembubaran DUN, seperti berlaku pada pilihan raya negeri lalu.

Pada 2006 Pengerusi SPR ketika itu, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman membuat pengumuman tarikh penamaan calon dan pengundian, cuma tiga jam selepas Abdul Taib mengumumkan pembubaran DUN.

Seperti yang berlaku pagi Khamis lalu, wartawan pada 2006 itu juga kecewa apabila ramai berkumpul di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menunggu Abdul Taib selepas mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN), tetapi ia berkesudahan dengan pengumuman pengagihan kerusi DUN di kalangan parti komponen, bukan pembubaran Dewan seperti diramalkan.

Sekarang senario sama hampir berlaku berkisar kepada pergerakan Abdul Taib, pertemuan dengan Yang di- Pertua Negeri, lawatan Perdana Menteri dan SPR. Hari ini dan esok, Najib melawat Sarawak dengan mempunyai acara agak padat, selain kehadiran timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin – kedua-duanya memulakan acara jelajah seluruh negara di Bumi Kenyalang.

Kesempatan lawatan itu juga, memungkinkan Abdul Taib 'membisik' kepada Najib mengenai tarikh untuknya membubarkan Dewan. Sabtu depan, 26 Mac pula adalah ulang tahun ke-30 Abdul Taib menyandang jawatan Ketua Menteri Sarawak.

Senario itu hampir sama dengan lawatan Dr Mahathir pada 7 dan 8 Ogos 2006 dan seminggu kemudian, Abdul Taib membubarkan Dewan, sehari selepas menemui Yang di-Pertua Negeri.

Namun, ada yang kata bahawa Abdul Taib akan sekali lagi menemui Yang di-Pertua Negeri, Isnin ini, tetapi ada pemerhati tidak menolak kemungkinan Yang di-Pertua Negeri sudah menandatangani writ pembubaran DUN itu dalam pertemuan mereka di Astana, pagi Khamis lalu.

Jika inilah senario, bermakna DUN bakal dibubarkan pada bila-bila masa minggu depan selepas Najib dan Muhyiddin kembali ke Kuala Lumpur, sekali gus menguatkan lagi spekulasi bahawa pilihan raya negeri ke-10 bakal diadakan bulan depan.

Pilihan raya negeri ke-9 diadakan pada Mei 2006 dan ke-8 pada September, bulan sama seperti pilihan raya negeri ke-7 pada 1996, kedua pada 1974, ketiga (September 1983) dan keenam (27 hingga 28 September 1991).

Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Seri Dr James Jemut Masing yang juga Menteri Kabinet negeri memberitahu bahawa Abdul Taib sudah memberi bayangan kuat meminta semua mereka bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya ketika mesyuarat Kabinet, Khamis lalu.

"Beliau (Taib) sudah memberi bayangan itu, meminta kami semua bersedia. Jika anda mahu bertaruh.... pilihlah April sebagai bulan untuk pilihan raya," katanya seperti dilaporkan akhbar tempatan.

Apa pun, kunjungan Perdana Menteri yang tiba di Kuching malam tadi menguatkan lagi spekulasi pilihan raya negeri itu. Apakah Abdul Taib akan membuat pengumuman pembubaran itu, hari ini atau pengumuman lain berkaitan peralihan kuasa. Ada yang kata Dewan dibubar Isnin ini?.B/H

Selepas berjaya mengantikan tugas Menteri Pelajaran, kini Ro$mah layak mengantikan tugas Menteri Pertanian pula

Posted: 19 Mar 2011 01:34 AM PDT

Oleh: mohdnoorawang

"mahathir in ijn day two 101106 rosmah mansor 2Hebat Dan Pintar, Isteri perdana menteri Datin Seri Puan Rosmah Mansor menderama kepada PERSATUAN IBU TUNGGAL 1 MALAYSIA RM600,000. Hasil dari menanan Rock Melon di kawasan lapang Seri Perdana seluas 0.4 hektar.

Cara dan kaedah Rosmah Mansor bercucuk tanam rock melon seluas 0.4 hektar boleh menghasilkan RM600,000 sungguh mengagungkan. Kementerian Pertanian diterajui oleh Datuk Noah Omar dikira gagal sebagai menteri.

Noah Omar hanya pandai bercakap dan cakap besar. Sepatutnya menteri pertanian belajar dari Datin Seri Rosmah Mansor bagaimana cara untuk mendapat hasil pertanian yang lebih lumayan. Jangan pandai buat kenyataan pertanian adalah perniagaan.

Hakikatnya Kementarian Pertanian dan Noah Omar gagal dan gendang kosong.

Rosmah Mansor tanam rock melon diusahakan oleh syarikat Iris Corporation Bhd. seluas 0.4 hektar sungguh menakjukkan.

Betul ke Rosmah Mansor tanam rock melon dapat hasil RM600,000?. Sukar untuk dipercayai. Hanya Rosmah dan Najib sahaja yang tahu.

Jika betul teknik Rosmah Mansor tanam rock melon mendapat hasil yang lumayan dengan diusahakan oleh Iris Corporation Bhd, Rosmah dan Najib Razak mengarahkan Noah Omar sebagai menteri pertanian sebagai "projek contuh".

Rosmah Mansor salah seorang calun dan bakal dicalun sebagai "Tokoh Tani @ Wiranita Tani dalan anugerah peladang jaya peringkat kebangsaan.

Jangan lupa Noah Omar sebagai menteri pertanian Datin Rosmah Mansor salah seorang calun yang layak pada tahun 2011/2012.

Anak pemimpin Umno Perlis dituduh miliki dadah

Posted: 19 Mar 2011 01:32 AM PDT

Faizal Nazaruddin

Anak Exco kena dakwa miliki dadah

KANGAR – Seorang anak Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perlis bersama tiga lagi rakannya mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan memiliki dadah tahun lalu.

Mohd. Faiz Mansor, 27, bersama Nuri Cham Churi Mat, 36, Nazeri Yusof, 39 dan Fuziana Muhammad, 25, didakwa memiliki 1.46 gram heroin dan 0.4 gram morfin di pekarangan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kong Aik, Padang Besar pukul 7 malam pada 7 Disember lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) Akta yang sama.

Bagaimanapun, kesemua tertuduh mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurshahida Abdul Rahim.

Guru sebagai pendidik perlu cetus kesedaran elak negara dirosak pengkhianat

Posted: 19 Mar 2011 01:31 AM PDT

WARKAH DAILY

Pada asas, guru adalah orang yang bertanggungjawab mencorakkan warna-warni kehidupan di dunia ini. Bak kata Sasterawan negara, Dato' (Dr.) Usman Awang, guru adalah pembentuk manusia termasuk pemimpin masa kini.

Berjayanya seorang guru membentuk seorang arkitek, doktor, penjawat awam dan pemimpin dunia...bukti peranan guru amat besar dalam mewarnai ke mana arah tuju sesebuah negara.

Jadi, usah lengahkan tanggungjawab seorang guru dalam mendidik bangsa dalam melakukan perubahan ke arah kehormanian negara daripada kebejatan dan penyalahgunaan kuasa yang teruk berlaku di negara kita ini.

Bagaimana seorang guru boleh mendidik muridnya menjadi seorang yang berguna, begitu juga guru boleh membentuk satu masyarakat yang lebih bertanggungjawab dalam memilih pemimpin yang tidak korupsi dan tidak amanah.


Normala Sudirman.
Harakahdaily - Para guru termasuk pesara guru seluruh negara diminta melakukan perubahan drastik terhadap lanskap politik tanah air untuk menghindarkan daripada terus dihinggapi anasir pengkhianatan, kata bekas calon PAS pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, Normala Sudirman.

Perubahan itu jelasnya, amat penting kerana negara sekarang seolah-olah hilang kawalan penguasaan ekoran politik yang tidak menentu serta terlalu banyak campur tangan yang membawa kepada tiadanya kebebasan.

"Guru merupakan pendidik yang setia, maka buatlah perubahan ke arah yang lebih baik kerana landkap politik masa kini telah musnah kerana campur tangan pihak tertentu.

"Apa salahnya kita yang dididik mewujudkan keharmonian anak bangsa menjadi lebih dihormati lakukan sedikit lonjakan pembaharuan pada pilihanraya umum ke 13 kelak," terangnya pada majlis pidato bersama Cikgu Mala di perkarangan Pusat Khidmat Dun Permatang Pasir, Selasa lepas.

Sebelum itu, beliau dijemput memberikan motivasi Menjana Kecemerlangan Pelajar Anak-Anak Ahli PAS di Dewan Haji Zabidi, Permatang Pauh dan sebelah petangnya menghadiri program Sepetang Bersama Cikgu Mala, bertempat di Balai Islam Berapit, Bukit Mertajam.

Pada rangka lawatan selama dua hari ke Pulau Pinang bermula semalam dan berakhir hari ini, beliau juga diajak bersama dalam program menjejaki pejuang muslimat anjuran
Dewan Muslimat Permatang Pauh manakala sebelah malam nanti beliau sekali lagi berada di pentas pidato srikandi di Pusat Pendidikan Islam Padang Menora, Tasek Gelugor.

Beliau yakin jika guru yang pernah menjadi pelopor politik satu waktu dulu boleh bangun kembali mengatasi golongan politik yang acapkali menggunakan kesempatan peribadi, masalah negara dapat diatasi.

"Dulu rata-rata golongan guru mempelopori politik di mana sahaja tetapi sekarang seolah lenyap begitu sahaja. Kenapa jadi begitu sebab kewujudan golongan yang tidak amanah sering mencari peluang untuk membina kekayaan," tambahnya.

Katanya, guru perlu membuang semua kerisauan bilamana politik berubah tangan kepada Pakatan Rakyat kerana Pakatan Rakyat nyata berjaya melakukan yang terbaik untuk rakyat contohnya di empat negeri yang dikuasai.

Tambahnya, banyak lagi tuntutan guru masih dibekukan tetapi apabila menjelang pilihanraya kecil, ia dimainkan semula seakan-akan 'durian runtuh' padahal jika disiasat, masih terpahat janji lama.

"Bila ada pilihanraya kecil, pasti terpancul keluar dari mulut Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddn Yassin kononnya jika rakyat atau guru memberikan kemenangan pada BN, masalah mereka akan dselesaikan," katanya.

Turut sama berceramah pada program malam tadi ialah Ketua Dewan Muslimat Permatang Pauh, Puan Suraya Saat dan Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Negeri, Aida Yusuf Rawa.

Faekah: UMNO tersepit lidah pula bercabang

Posted: 19 Mar 2011 01:22 AM PDT

MERDEKA REVIEW

Keputusan Kerajaan UMNO-Barisan Nasional (BN) melepaskan 35,000 naskhah kitab Injil dalam Bahasa Malaysia yang ditahan oleh Kementerian Dalam Negeri di Pelabuhan Kuching dan Pelabuhan Klang telah menimbulkan polemik di kalangan masyarakat Islam.

Sebelum ini, pemimpin-pemimpin UMNO dengan lantang menentang penggunaan kalimah ALLAH di kalangan bukan Islam kononnya bagi memelihara kesucian agama Islam yang didakwa akan tercemar jika kalimah suci itu turut digunakan oleh masyarakat bukan Islam khususnya penganut Kristian.

Hasutan dan adu domba yang mereka lakukan hampir menimbulkan ketegangan kaum dan agama. Beberapa gereja diserang termasuk Gereja Metro Tabernacle yang musnah dalam kebakaran. Beberapa surau dan masjid di Petaling Jaya dan Kerinchi dirosakkan. Kepala babi pula dilempar ke kawasan masjid; semuanya dikatakan akibat rasa tak puas hati isu penggunaan kalimah Allah.

Hari ini, demi pilihan raya Sarawak yang dikatakan akan diadakan bulan depan tiba-tiba UMNO-BN membuat satu kejutan hingga pimpinan UMNO di peringkat akar umbi tercengang-cengang. Tidak kurang juga pakcik makcik di kampung yang ternganga kehairanan. Mana mungkin UMNO yang begitu garang mempertahankan kalimah Allah dari turut diguna agama lain tiba-tiba meloloskan pengedaran Kitab Injil dalam bahasa Malaysia? Apakah sebenarnya pendirian UMNO? Berbagai persoalan timbul akibat keputusan cepu emas di ambang pilihan raya Sarawak ini.

Jawapan saya mudah. UMNO terdesak. Dalam keadaan terdesak manusia golongan ini akan tega menggadaikan apa sahaja walau maruah dan jati diri. Inikan pula satu pandangan dangkal yang hanya bermatlamatkan politik seperti penggunaan kalimah Allah secara eksklusif.

Justeru, kita tidak hairan apabila melihat sikap flip-flop pemimpin UMNO ini. Jelas menunjukkan UMNO sanggup melakukan apa sahaja demi pilihan raya dan bukannya atas dasar dan kepercayaan tulus.

Ke mana hilangnya pemimpin-pemimpin dan ulama UMNO yang sebelum ini begitu lancang membantah penggunaan kalimah ALLAH? Mengapa mereka tidak pula bangkit menentang tindakan Kementerian Dalam Negeri yang membenarkan kitab itu diedarkan di negara ini? GAPS dan PERKASA turut tersentap umpama tertelan biji salak.

Hari ini rakyat khususnya masyarakat Melayu-Islam sekali lagi dapat menilai wajah sebenar pemimpin UMNO yang mempunyai pendirian berubah-ubah mengikut kepentingan diri dan politik; bukannya memperjuangkan hak rakyat secara keseluruhannya. Sebaliknya, pemimpin PAS dan KEADILAN telah menyatakan pendirian yang hampir sama dengan isu penggunaan kalimah ALLAH.

*Kenyataan media oleh Faekah Husin selaku Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor.

Tahan Blogger tanpa waran, tindakan umpama negara polis

Posted: 19 Mar 2011 01:20 AM PDT

SINAR HARIAN ONLINE

Tindakan kerajaan UMNO Barisan Nasional (BN) menangkap penulis blog tanpa mengeluarkan waran dan alasan kukuh, menunjukkan sifat kuku besi sebuah negara polis, kata Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Khairul Anuar Zainuddin.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan polis menahan blogger Muhammad Nur Hanief Abdul Jalil, atau lebih dikenali sebagai Hanief di Balai Polis Sentul malam tadi.

"Kerajaan tak perlu sorok tindakan ini, biar jelaskan secara terbuka. Dia (Hanief) bukan penjenayah. Tindakan mereka ini dah seperti karektor negara polis, bukan lagi demokrasi," katanya kepada Keadilan Daily.

Khairul berkata, tindakan serupa juga dilakukan bekas Presiden Mesir Hosni Mubarak yang mengongkong internet dan menangkap sesuka hati mereka yang didapati mengkritik kerajaan.

Di Malaysia katanya, lebih teruk lagi apabila blogger yang terkenal dengan kreativiti mengolah isu politik Umno BN di youtube pula ditangkap.

"Kerajaan boleh teruskan tindakan sebegini. Tetapi, satu hari nanti, mereka (kerajaan) akan tahulah akibat sama ada tekanan dari masyarakat antarabangsa, anak-anak muda dan rakyat, yang setiap hari mengharapkan kekuatan media internet sebagai sumber informasi.

"Mereka (kerajaan) boleh teruskan tindakan suppressif, dan ketinggalan zaman ini. Buat saja, tapi tunggulah, rakyat sendiri akan buat penilaian nanti," tambahnya.

Tian Chua dalam twitternya jam 2.30 pagi tadi menmpersoal hak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk menahan Hanief tanpa waran tangkap.

Hanief ditahan polis tengah malam tadi. Komputer ribanya turut dirampas, selain modem dan beberapa komputer milik bapanya turut diambil bersama.

Malah, menurut Tian, SKMM turut mengambil password Hanief. Beliau kini dilaporkan dipaksa memberi keterangan di SKMM Cyberjaya.

Ini bukan kali pertama tekanan terhadap blogger pro-Pakatan Rakyat dilakukan. Pada 2 Februari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan injunksi kepada Datuk Seri Dr Rais Yatim bagi menghalang blogger, Amizudin Ahmat dari menerbitkan paparan berkaitan pendedahan yang menteri itu merogol seorang amah dari Indonesia.

Amizudin atau Din Binjai yang terkenal dengan blog sharpshooterblogger.blogspot.com hanya memapar semula pendedahan Wikileaks mengenai dakwaan berkenaan, dengan mengutip paparan Rockybru di blog pengamal media itu. Ironinya, tindakan keras itu tidak pula dikenakan terhadap Rockybru yang kini dilihat cenderung mesra Umno Barisan Nasional (BN).

Warga emas jadi mangsa kekejaman

Posted: 19 Mar 2011 01:18 AM PDT

SINAR HARIAN ONLINE


IPOH – Seorang warga emas yang juga pesara tentera ditemui hampir rentung dipercayai dibakar setelah dibunuh di rumahnya di Jalan Ampang Baru 4, Ampang Baru dekat sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Shukri Dahalan ketika mengesahkan kejadian berkata, mayat Ho Choong Fah, 84, ditemui sepasukan bomba yang bertugas memadamkan kebakaran rumah mangsa sekitar 1.50 pagi setelah kerja memadamkan kebakaran selesai dilakukan.

Menurut Shukri, siasatan mendapati mangsa yang tinggal bersendirian turut mengalami kecederaan pada bahagian �leher dipercayai dilakukan penyerang yang turut cuba membakar rumahnya.

"Difahamkan, pihak bomba dan penyelamat menerima laporan mengenai kebakaran itu sekitar 9 malam.

"Polis yang dimaklumkan mengenai kejadian itu kemudiannya bergegas ke lokasi dan menemui mayat Choong Fah terbaring di atas katil sebuah bilik di rumah terbabit," katanya.

Sementara itu, Shukri berkata, kes berkenaan diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung perkara berkenaan agar segera menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di talian 052451500, bagi membantu siasatan.

"Polis masih menyiasat punca sebenar kejadian itu dan menunggu laporan bedah siasat mangsa bagi mengenal pasti punca kematian.

SIAPA BERCAKAP BENAR, ROSNAH ATAU RAIME?

Posted: 19 Mar 2011 01:14 AM PDT


Oleh: MUTALIB M.D

WALAUPUN hampir seluruh negara di dunia sudah mengharamkan plumbum melalui Basel Convention, namun Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Rosnah Rashid Shirlin masih berada di dalam 'minda kelas tadika' kerana tidak menyedari bahaya plumbum dan cara plumbum tersebar di udara, terutama dalam bilik darjah yang dijadikan tempat mengecas bateri.

Menurut Presiden Penaja Banggi Green (NGO Alam Sekitar), Muslimin Arip, Rosnah sewajarnya turun padang melihat tahap bahaya kanak-kanak yang terdedah terus kepada plumbum yang dicaj dalam bilik darjah mereka disebabkan kecuaian semua pihak.

"Saya tidak tahu mau cakap apa lagi jika satu dunia bercakap tentang bahaya plumbum, tetapi Timbalan Menteri Kesihatan kita pula kata tidak bahaya. Apakah ini pandangan rasmi kerajaan?" tanya Muslimin yang merujuk kepada jawapan Rosnah kepada pertanyaan lisan Ahli Parlimen Malaysia (Tenom), Datuk Raime Unggi.

Muslimin mendesak agar Rosnah turun padang melawat kanak-kanak sekolah di Sekolah Padang Banggi di Kampung Maliyu Kudat dan menjalankan ujian darah bagi mengenalpasti tahap keracunan plumbum dan mengambil langkah perlu sebelum menjadi separah Nigeria atau China.

"Jawapan yang diberikan Rosnah di parlimen menghina Kerajaan Malaysia yang telah menandatangani Basel Convention kerana menurut persetujuan yang dimateri, jangankan mahu mengimport atau mengeksport, malah membenarkan transit bahan plumbum tanpa lesen adalah dilarang," ujar Muslimin yang meminta agar Rosnah lebih berhati-hati memberikan jawapan di masa akan datang.

Sikap Rosnah menjawab sambil lewa, sinonim dengan tanggapan Ahli Parlimen Nigeria apabila menganggap plumbum tidak berbahaya sehinggalah 400 kanak-kanak meninggal dunia akibat keracunan plumbum, barulah mereka menyesal dan bertindak.

Sehubungan itu, Muslimin menggesa agar Kementerian Kesihatan dan Jabatan Alam Sekitar bekerjasama menjalankan kajian kerana kajian Pusat Racun Negara dan Yayasan Sabah pada 1996 menunjukkan kadar keracunan plumbum dalam darah kanak-kanak tadika di Pantai Barat Sabah begitu tinggi.

Berikut cabutan daripada Hansard Parlimen, 16 Mac 2011.

Datuk Raime bin Unggi [Tenom] minta Menteri Kesihatan menyatakan apakah kajian atau tindakan pihak Kerajaan untuk mengenal pasti terhadap tahap keracunan plumbum di kalangan kanak-kanak atau murid-murid sekolah di sekolah-sekolah yang dibekalkan dengan sistem solar hybrid yang menggunakan bateri plumbum khususnya di negeri Sabah.

Timbalan Menteri Kesihatan [Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tenom. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui Program Pembangunan Pendidikan Luar Bandar telah menyediakan infrastruktur asas seperti bekalan elektrik 24 jam di kawasan luar bandar dan juga kawasan pedalaman.

Kementerian Pelajaran telah memperluaskan sistem solar hybrid dengan objektif untuk membekal tenaga elektrik yang lebih berkesan, reliable dengan izin, dan mesra alam di samping mengurangkan kos operasi, serta membolehkan pelaksanaan program berasakan ICT berjalan dengan lebih sempurna.

Sistem solar hybrid meliputi beberapa komponen utama seperti sistem solar photovoltaic (PV), sistem inverter, sistem bateri dan juga sistem diesel generator yang berfungsi untuk membekalkan keperluan tenaga elektrik kepada pengguna di sekolah tersebut.

Sistem bateri yang digunakan adalah jenis lead-acid yang menjadi pilihan yang disebabkan beberapa factor seperti ekonomi, mudah diperoleh kerana teknologi ini telah berada lama di pasaran dan meluas penggunaannya terutama di dalam bateri kenderaan. Di samping itu, bateri lead-acid boleh diperoleh dengan kapasiti yang besar.

Tuan Yang di-Pertua, plumbum yang digunakan dalam bateri plumbum berada dalam bekas yang tertutup dan tidak terdedah secara langsung kepada orang ramai. Oleh itu, tiada risiko keracunan plumbum daripada penggunaan bateri plumbum kepada orang awam, termasuk murid-murid sekolah di sekolah-sekolah yang dibekalkan dengan sistem solar hybrid yang menggunakan bateri plumbum.

Bagi mengelakkan risiko pencemaran, bateri plumbum yang telah tamat tempoh hendaklah dilupuskan mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Berjadual) 2005. Adalah menjadi tanggungjawab pihak pengguna termasuklah pihak sekolah bagi memastikan peraturan kualiti alam sekeliling berkenaan dipatuhi.

Tuan Yang di-Pertua, walaupun risiko keracunan plumbum di kalangan murid sekolah di Sabah adalah rendah, Kementerian Kesihatan akan sentiasa memantau keadaan melalui Program Kesihatan Sekolah di mana gejala keracunan plumbum di kalangan murid sekolah boleh dikesan. Sehingga kini belum ada laporan diterima daripada perkhidmatan kesihatan sekolah mengenai keracunan plumbum di kalangan murid-murid sekolah.

Sebagai langkah tambahan, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah akan melaksanakan dan menjalankan pemeriksaan khusus bagi gejala keracunan plumbum di sekolah-sekolah yang menggunakan bateri plumbum.

Di samping itu, promosi kesihatan kepada pelajar berkenaan mengenai kebersihan diri seperti amalan membersihkan tangan akan dipertingkatkan. Langkah mudah seperti ini telah terbukti boleh mengurangkan risiko keracunan plumbum. Terima kasih,

Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Raime bin Unggi [Tenom]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bak kata pepatah, 'sediakan payung sebelum hujan'. Terima kasih Timbalan Menteri di atas jawapan tadi. Saya ingin merujuk kepada kes yang baru terjadi di sekolah SK Semambu yang mana berlaku kebocoran, kebakaran yang saya khuatir di mana para pelajar ataupun penduduk kampong terlibat akan terkena plumbum ini.

Jadi saya ingin membuat soalan tambahan di sini, apakah langkah kementerian sekiranya berlaku kebocoran seperti yang saya nyatakan tadi, dan juga tindakan pemantauan yang dijalankan oleh pihak kementerian terhadap tapak-tapak pelupusan bateri. Di Sabah memang tidak ada, saya memang tidak tahu di sini tetapi saya dengar ada dan saya ingin tahu apakah tindakan pihak kementerian untuk menangani perkara ini. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: Terima kasih Yang Berhormat Tenom di atas soalan tambahan. Tuan Yang di-Pertua, pihak yang bertanggungjawab di dalam kejadian kebocoran ataupun dengan izin, leakage of plumbum adalah Jabatan Alam Sekitar.

Sekiranya Kementerian Kesihatan dimaklumkan mengenai insiden kebocoran, kementerian akan melaporkan perkara ini kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk tindakan dan di peringkat kementerian sendiri. Langkah-langkah pencegahan akan diambil oleh pihak kementerian terhadap murid-murid ataupun mereka yang terdedah kepada insiden ini.

Tuan Yang di-Pertua, pemantauan tapak pelupusan ataupun kawasan industri plumbum dengan izin, adalah di luar bidang kuasa kementerian. Namun begitu apa yang ingin saya maklumkan ianya sebenarnya di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) dan juga Jabatan Alam Sekitar. Dalam perkara ini sekiranya berlaku leakage tersebut Jabatan Alam Sekitar akan menggunakan Environmental Quality Act 1974 dan Environmental Quality Schedule Waste dengan izin, untuk menangani masalah ini.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tenom telah membangkitkan insiden yang melibatkan Sekolah Semambu, Tenom dan kita telah mendapatkan maklumat tidak ada insiden pendedahan dilaporkan terhadap kanak-kanak sekolah tersebut. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

KENAPA SEKAT TERJEMAHAN INJIL?

Posted: 19 Mar 2011 01:02 AM PDT

Share

Oleh: MEDIA PKR TENOM

PERKARA 11 Perlembagaan Persekutuan telah menjamin 'kebebasan beragama', maka tidak ada sebab kenapa Kerajaan BN menghalang kemasukan 'Al-Kitab Injil' dalam terjemahan ke Bahasa Melayu sehingga terpaksa menulis di atas Al-Kitab Injil itu untuk "Penganut Agama Kristian Sahaja".

Halik Zaman selaku Exco Teknologi Maklumat Majlis Presiden PKR Sabah menyatakan rasa kesalnya tindakan yang tidak bijak oleh Kerajaan BN ketika mengulas surat mengenai pelepasan kemasukan kitab Injil dalam bahasa Melayu ke Malaysia mungkin telahpun dikeluarkan, tetapi bagi pengerusi Persekutuan Kritian Malaysia (CFM), Bishop Ng Moon Hing, ceritanya masih belum selesai.

Dalam kenyataan akhbar lewat petang selasa lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Jala mengumumkan keputusan Putrajaya untuk melepaskan kitab Injil dalam bahasa Melayu yang ditahan di Pelabuhan Klang dan di Kuching.

"Kita difahamkan pelepasan tersebut dengan bersyarat mesti ditulis untuk 'Penganut Agama Kristian Sahaja', saya fikir tidak perlu ditulis begitu. Kecualilah Kerajan BN ada niat mahu menyekat," kata Halik lagi.

Tegas Halik, umum tahu bahawa Al-Kitab Injil itu untuk penganut agama Kristian dan kebanyakan penganut agama Kristian di pedalaman Sabah dan Sarawak tidak tahu berbahasa Inggeris dengan terjemahan ke bahasa Melayu maka mereka mudah faham dan tidak mungkin menjadi masalah kepada penganut agama Islam.

Seperti di negara Arab, kata Halik, Kitab Injil itu diterjemahkan ke dalam bahasa Arab, di Indonesia dalam bahasa Indonesia dan di Eropah pula dalam bahasa Inggeris, namun penterjemahan tersebut tidak pun menggugat keselamatan rakyat dan negara. Kenapa di Malaysia dikenakan pelbagai syarat?

"Perpaduan hanya boleh dicapai dalam negara yang berbilang bangsa dan agama seperti Malaysia dengan menanamkan perasaan hormat menghormati adat resam, budaya dan agama masing-masing seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan tapi Kerajaan BN sebaliknya. Kenapa begitu?," tanya Halik lagi.

Pemuda PAS lancar derma bantu mangsa Tsunami

Posted: 19 Mar 2011 12:56 AM PDT

Harakahdaily

IPOH: Dewan Pemuda PAS Perak telah melancarkan kutipan derma bagi membantu rakyat Jepun yang menjadi mangsa ge,pa bumi dan Tsunami baru-baru ini.

Pelancaran tersebut disempurnakan ketuanya, Zawawi Hasan sebaik sahaja selesai mesyuarat exconya malam tadi.

Ianya adalah hasil kerjasama Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda Pas Pusat dan turut mendapat sambutan daripada sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO), Perak Care yang dipengerusikan Salman Saleh.

Menurut Zawawi, bantuan itu diusahakan sebagai tanda simpati dan prihatin kepada mangsa bencana tsunami yang berlaku akibat gempa 9.0 skala ritcher baru-baru ini.

Tragedi itu telah mengakibatkan kehilangan ribuan nyawa dan ratusan ribu penduduk Jepun terpaksa berpindah keluar daripada rumah kediaman masing-masing.

Kejadian itu juga telah menyebabkan kebimbangan rakyat dunia ekoran peningkatan kadar radiasi selepas beberapa loji nuklear meletup

Lagi demo tuntut DNA Anwar

Posted: 19 Mar 2011 12:54 AM PDT

Elissa Helmy

Lebih 50 ahli dari beberapa NGO negeri Melaka, hari ini mengadakan perhimpunan secara aman bagi mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyerahkan sampel DNA beliau.

Barisan yang terdiri daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Pertubuhan Kebajikan Dan Dakwah Islamiah (Pekida) dan Persatuan Sidang-Sidang Negeri Melaka itu mengadakan perhimpunan di hadapan stesyen bas Melaka Sentral kira-kira jam 1 tengahari tadi.

Menurut Yang Dipertua PERKASA Melaka, Abd Rahim Osman, tujuan diadakan perhimpun itu adalah untuk mendapatkan keadilan bukan sahaja kepada mangsa dalam kes liwat yang sedang berjalan malah menuntut pihak terlibat bekerjasama agar memudahkan proses pengadilan.

Beliau berkata, perhimpunan itu juga bagi mendesak kerajaan untuk mempercepatkan perlaksanaan undang-undang bagi mewujudkan satu tabung DNA bagi rakyat negara ini.

"Saya difahamkan sudah digubal undang-undang untuk menguatkuasakan tabung ini. Ini satu keperluan yang dianggap perlu pada masa akan datang bagi memudahkan pihak polis dalam melakukan siasatan sesuatu kes yang melibatkan jenayah seksual.

"Ia sekali gus dapat menegakkan keadilan baik dipihak yang terduduh ataupun yang menjadi mangsa. Cadangan itu juga dapat memudahkan semua pihak terutama dalam mempercepatkan proses perbicaraan termasuk pengumpulan bukti untuk proses perbicaraan," katanya.

Abd Rahim berkata, dengan perlaksanaan undang-undang itu juga dapat membantu sekiranya terjadi sesuatu kes dan pihak berkuasa tidak perlu meminta-minta atau menunggu-nunggu untuk dapatkan sampel DNA.

"Kita melihat perjalanan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim begitu meyusahkan banyak pihak, malah keengganannya untuk menyerahkan sampel DNA telah melinggahkan proses dan melibatkan lebih banyak wang kerajaan sepanjang perjalanan perbicaraan.

"Kami sebagai rakyat berasa tidak puas hati kerana ia mengambil masa yang begitu panjang untuk diselesaikan sehingga rakyat pun naik meluat," katanya.

Beliau merasakan bekas Timbalan Perdana Menteri itu wajar bekerjasama untuk kebaikan semua pihak.

"Bagi Datuk Seri Anwar saya rasa eloklah dia bekerjasama. Inilah masanya untuk dia buktikan sama ada dia terlibat atau tidak," katanya sambil menyifatkan perkara itu sebenarnya peluang baginya "membersihkan diri"

PR Siap Sedia Hadapi Pilihan Raya Negeri Sarawak

Posted: 19 Mar 2011 12:53 AM PDT

Ditulis oleh shuaib ayob

SHAH ALAM – Pakatan Rakyat sentiasa bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri Sarawak sekiranya Ketua Menterinya, Tan Sri Abdul Taib Mahmud membuat keputusan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri dalam masa terdekat ini.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Sarawak, Baru Bian berkata, pihaknya juga telah menyediakan segala kelengkapan untuk menghadapi sebarang kemungkinan berikutan peratus DUN itu dibubarkan amat tinggi.

"Semalam Taib berkata beliau akan membuat pengumuman mengenai masa depan politiknya esok (hari ini) atau Isnin dan untuk itu kita telah lama bersedia kerana pembubaran DUN Sarawak sudah dijangkakan," katanya.

Baru berkata demikian ketika dihubungi Tv Selangor bagi mengulas kenyataan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud bahawa beliau akan membuat satu pengumuman penting hari ini.

Mengulas persoalan adakah sebarang permasalahan dalam isu pembahagian kerusi, Baru menegaskan tiada sebarang masalah yang dihadapi Pakatan Rakyat berikutan perkara tersebut telah dibincangkan dan ia dibuat secara bersama.

"Pengagihan kerusi dalam Pakatan Rakyat berjalan dengan lancar dan berhubung kenyataan yang dikeluarkan Parti Kebangsaan Sarawak melalui Naib Presidennya, Johnny Wong secara mudah membuat keputusan bertanding di lebih 50 kerusi DUN pada pilihan raya negeri ke-10 akan dibincangkan diperingkat parti,"

Jelas Baru lagi, beliau juga segala masalah dapat diatasi oleh pemimpin Pakatan Rakyat supaya hasrat PR untuk mencabar Barisan Nasional bagi saingan satu lawan satu akan direalisasikan pada pilihanraya negeri ke 10 ini.

Bagaimanapun mengulas tindakan Parti Kebangsaan Sarawak atau SNAP dengan mengingatkan PKR supaya 'mencermin diri' sebelum bertanding Baru berkata parti akan membuat satu keputusan untuk menyelesaikan perkara tersebut.

Baru berkata, PR juga akan mengadakan pertemuan dengan SNAP dalam masa terdekat ini dan yakin mampu mencapai satu keputusan yang akan memberi kepuasan kepada semua pihak.

Polis Dan SKMM Tahan Blogger Pro-PR

Posted: 19 Mar 2011 12:48 AM PDT

Ditulis oleh shuaib ayob

KUALA LUMPUR : Seorang penulis blog yang dikenali sebagai Hanief dibawa ke Balai Polis Sentul untuk disoal siasat dan didakwa ditahan tanpa sebarang waran selain pihak berkuasa merampas komputer riba miliknya.

Naib Presiden PKR, Tian Chua melalui twitternya berkata, beliau mengetahui tangkapan itu melalui bapa dan adik Hanief yang disiasat oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) selepas tiba di balai berkenaan tengah malam tadi.

"Polis dan SKMM juga meminta password. Malah, beberapa komputer dan modem milik bapa blogger itu turut dirampas," katanya.

Menurut Tian, Hanief kemudian dibebaskan antara jam 2.30 pagi tadi bagaimanapun beliau diarah memberi keterangan di balai polis berkenaan, kira-kira jam 10 pagi.

Hanief terkenal di kalangan penyokong Pakatan Rakyat dan rakyat marhaen berikutan sentuhan krevitivitinya dalam mengupas isu politik tanah air melalui youtube.

Tian berkata, ini bukan tindakan atau tekanan pertama terhadap blogger pro-Pakatan Rakyat.

Pada 2 Februari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan injunksi kepada Datuk Seri Dr Rais Yatim bagi menghalang blogger, Amizudin Ahmat dari menerbitkan paparan berkaitan pendedahan yang menteri itu merogol seorang amah dari Indonesia.

Amizudin atau Din Binjai yang terkenal dengan blog sharpshooterblogger.blogspot.com hanya memapar semula pendedahan Wikileaks mengenai dakwaan berkenaan, dengan mengutip paparan Rockybru di blog pengamal media itu.

Ironinya, tindakan keras itu tidak pula dikenakan terhadap Rockybru yang kini dilihat cenderung mesra Umno Barisan Nasional (BN).

Najib Dan Taib Cuba "Mengubat" Keresahan Pengundi Sarawak

Posted: 19 Mar 2011 12:44 AM PDT

TVS NEWS


KUCHING : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Taib Mahmud cuba melaksanakan serampang dua mata untuk mendesak pengundi di Sarawak supaya tidak menolak Barisan Nasional pada pilihanraya negeri yang bakal diadakan.

Taib, yang dicalar dengan dakwaan rasuah, penyelewengan kuasa dan rampasan tanah adat penduduk asal, berjanji untuk melepaskan jawatan itu selepas pilihanraya berkenaan yang perlu diadakan sebelum Julai ini.

Manakala pada majlis berasingan, Najib meminta golongan muda di Sarawak memberikan sokongan dan kepercayaan kepada beliau sebagai Perdana Menteri bagi membawa masa depan yang lebih baik untuk Sarawak.

Tanpa merujuk kepada pemerintahan Taib selama 30 tahun, Najib mengaku kerajaan yang ada sekarang " mungkin tidak sempurna," tetapi menegaskan pihaknya akan mencuba sedaya upaya untuk melindungi kepentingan rakyat.

Sebelum itu, Taib berkata "kemungkinan" beliau meletak jawatan semakin "hampir" namun ia hanya akan berlaku selepas pilihanraya negeri.

"Saya tetap akan memimpin (BN) pada pilihanraya negeri tetapi hanya untuk memastikan segalanya berjalan lancar," kata Taib.

"Saya akan memimpin (BN) dalam pilihanraya ini...tetapi selepas itu apabila orang yang saya asuh boleh membentuk sebuah pasukan yang berjuang untuk negara ini dan untuk rakyat pelbagai kaum...baru saya akan berundur," kata Taib.

Kenyataan terbaru Taib itu dilihat sebagai cubaan untuk 'mengubat" keresahan rakyat Sarawak yang semakin menolak kepimpinan beliau, termasuk mereka yang sebelum ini penyokong tegar Barisan Nasional.

Semalam badan pemantau anti-rasuah , Transparency International-Malaysia (TI-M) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Presidennya, Datuk Paul Low menyifatkan dakwaan-dakwaan yang membabitkan ratusan juta ringgit itu sebagai rasuah luar biasa dan penyalahgunaan kuasa yang boleh menyebabkan indeks rasuah negara terus merosot.

Beliau turut menggesa agensi-agensi penguatkuasa yang lain seperti Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara, untuk menyiasat Taib berhubung kemungkinan berlakunya aktiviti kewangan yang tidak sah.

Semalam, Taib membayangkan kemungkinan beliau akan mengumumkan pembubaran Dewan Undang Negeri bagi membolehkan pilihanraya negeri diadakan.

Kehadiran Perdana Menteri dan Timbalannya Muhyiddin Yassin di Sarawak sejak semalam menguatkan desas-desus pengumuman itu akan menjadi kenyataan

Taib undur selepas pilihan raya Sarawak, dijangka umum hujung minggu

Posted: 19 Mar 2011 12:37 AM PDT

TERKINI


Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud (tengah) bersama Timbalannya Tan Sri George Chan Hong Nam (kanan) selepas menghadiri Mesyuarat Kabinet Sarawak pada Mac 17, 2011 — Foto Bernama

KUALA LUMPUR — Tan Sri Abdul Taib Mahmud dijangka membuat pengumuman penting, yang bakal mengejutkan banyak pihak, hujung minggu ini — tidak akan kekal sebagai Ketua Menteri Sarawak selepas pilihan raya negeri.

Keputusan itu dilihat sebagai sebahagian usaha Barisan Nasional (BN) bagi mengurangkan kemarahan dan rasa tidak puas hati terhadap pemimpin veteran itu selain mahu menggunakannya sebagai peluang memperoleh kemenangan mudah kali ini.

The Malaysian Insider difahamkan pegawai-pegawai dalam kerajaan dan pentadbiran Najib percaya tindakan Taib, Ketua Menteri Sarawak paling lama berkhidmat, akan menggugat momentum pembangkang di negeri Malaysia Timur itu, yang hampir sama besar dengan Semenanjung.

Taib belum membayangkan tarikh pilihan raya negeri tetapi hari ini memberitahu pemberita di Kuching bahawa "tunggu hingga esok."

Taib akan menyertai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang akan berada di Sarawak — di mana beliau dijangka mengumumkan bahawa akan melepaskan jawatan ketua menteri dan juga keputusan mahu membubarkan Dewan Undangan Negeri, yang bakal membuka laluan kepada pilihan raya negeri.

The Malaysian Insider juga difahamkan Dewan Undangan Negeri yang memperuntukkan 71 kerusi akan dibubarkan seawal Isnin ini dengan penamaan calon dan pengundian dijangka bulan depan, tiga bulan sebelum mandat semasa berakhir pada 23 Julai.

Kepimpinan Taib sejak kebelakangan ini telah mengundang banyak kritikan ekoran keengganannya untuk meletakkan jawatan atau melahirkan pengganti beliau.

Selain itu beliau juga berhadapan dengan gelombang dakwaan rasuah dan nepotisme termasuk Transparency International Malaysia (TI-M) menggesa agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat segala tuduhan terhadap pemimpin berambut putih itu.

Ada juga pandangan bahawa Taib tidak harus bertading lagi kali ini tetapi ada juga pendapat yang mengatakan pemimpin itu mampu untuk mengekalkan kesepaduan perikatan mereka dan menyumbang kepada kemenangan BN.

Sarawak dan Sabah dilihat sebagai negeri "deposit hayat" bagi BN.

Bagaimanapun sebagai kompromi, Taib dikatakan bersetuju kepada syor bertanding tetapi meletakkan jawatan sebagai ketua menteri sebagai pilihan raya.

Penggantinya kemungkinan Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera (PBB) Datuk Amar Abang Johari Abang Openg atau Naib Presiden Datuk Amar Awang Tengah Awang Ali Hassan.

Nama Abang Johari sudah lama muncul dan kali pertama menamakan beliau sebagai kemungkinan penggantinya pada 1992.

Semalam, Taib mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua Negeri Tun Abang Mohammad Salahuddin Abang Barieng di Astana Negeri.

Pada pilihan raya negeri 2006, BN memenangi 62 kerusi, DAP enam manakala PKR, SNAP dan Bebas masing-masing satu.

DAP dan PKR telah membentuk Pakatan Rakyat (PR) dengan gandingan PAS selepas pilihan raya negeri 2008 dan akan bertanding pada pilihan raya negeri bersama SNAP meskipun empat parti itu belum merumuskan pembahagian kerusi.

Sumber-sumber PR berkata perikatan itu berharap untuk menafikan majoriti dua pertiga BN tetapi BN yakin akan mengekalkan prestasi lima tahun lalu.

"Kami harus mempertahankan majoriti kami walaupun kami kemungkinan hilang tambahan beberapa kerusi," kata satu sumber BN kepada The Malaysian Insider.

Katanya, BN Sarawak terjejas ekoran isu Alkitab selain dakwaan rasuah membabitkan Taib dan keluarganya.

Awal minggu lalu bekas perdana menteri Britain Gordon Brown memberi sokongan kepada adik iparnya yang memperjuangkan kepentingan rakyat Sarawak dan hutan negeri itu, yang didakwa telah dieksploitasi oleh Taib.

Menulis dalam akhbar The Independent, Brown menggambarkan penebangan hutan Sarawak sebagai "jenayah alam sekitar paling buruk pada zaman kita."

Clare Rewcastle-Brown, yang mengakui bertanggungjawab atas kelahiran Radio Free Sarawak dan blog Sarawak Report dua minggu lalu, kritikal dengan kepimpinan Taib sambil mendakwa wujudnya amalan-amalan rasuah yang berleluasa dan kegiatan politik tidak sah.

Rewcastle memulakan operasi kedua-dua saluran itu akhir tahun lalu dan mendedahkan identiti bulan lalu ketika pilihan raya negeri disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat.

Najib yakin pertumbuhan ekonomi Malaysia capai sasaran enam peratus tahun ini

Posted: 19 Mar 2011 12:35 AM PDT

BERNAMA

Najib
KUCHING — Datuk Seri Najib Razak hari ini melahirkan keyakinan bahawa pertumbuhan ekonomi Malaysia akan mencapai sasaran enam peratus tahun ini.

"Kita akan mendapat enam peratus (pertumbuhan ekonomi)(dan kita sedang) berusaha sebaik mungkin. Setiap minggu, majlis ekonomi akan bertemu (bagi membincangkan isu ini)" selain mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan (menarik) pelaburan," katanya semasa sesi "Mari Berjumpa Berhubung" dengan rakan-rakan Facebook tempatan di sini.

Pertemuan ini merupakan program kali pertama Najib bertemu peminat Facebook nya di luar Putrajaya. Dua sesi pertama diadakan di Putrajaya pada Mac tahun lepas dan Februari tahun ini.

Najib berkata kerajaan juga mewujudkan lebih banyak peluang kerja bagi peringkat pertengahan dan tinggi bagi memastikan matlamat kerajaan untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi dapat dicapai menjelang 2020.

Beliau juga berkata Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang bermatlamat untuk meningkatkan Pendapatan Dalam Negara Kasar (KDNK) daripada RM660 bilion pada 2009, sehingga hampir kepada RM1.7 trilion pada 2020, bukan satu igauan.

"Malah pelbagai usaha sedang dijalankan bagi mewujudkan momentum yang kuat bagi pertumbuhan ekonomi dalam negara," katanya.

Bagi Sarawak dan Sabah, beliau berkata peruntukan besar di bawah Enam Bidang Keberhasilan Utama Negara telah diperuntukkan bagi pelbagai projek infrastruktur di kedua buah negeri itu terutama dalam memastikan projek pembangunan jalan, bekalan air dan elektrik sampai ke kawasan luar bandar dan rakyat miskin.

Najib berkata kerajaan Persekutuan sedang berusaha mewujudkan pembangunan yang seimbang antara Sarawak dan Semenanjung, malah sejak dua tahun lepas pelbagai projek pembangunan di luar bandar di negeri ini telah rancak dijalankan.

Bagaimanapun, pembangunan di negeri yang terbesar di negara ini mengambil masa kerana saiznya yang besar, jika dibandingkan dengan negeri-negeri di Semenanjung yang lebih kecil.

Contohnya, projek pembinaan jalan sepanjang 60km di Sarawak hanya meliputi kawasan yang kecil di negeri ini, tetapi jika projek itu diadakan di Perlis, ia sudah meliputi satu negeri, katanya.

Menjawab satu soalan mengenai usaha kerajaan membawa balik golongan profesional Malaysia yang berkemahiran tinggi dari seberang laut, beliau berkata kerajaan bukan hanya melibatkan rakyat Malaysia di seberang laut tetapi juga memastikan golongan profesional berkemahiran tinggi tempatan kekal dalam negara.

Beliau berkata kerajaan bukan sahaja mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan tetapi juga memastikan pekerjaan itu memberi tawaran yang menarik tetapi para pekerja juga perlu meningkatkan produktiviti.

Najib berkata peluang pekerjaan berpendapatan tinggi dan gaji yang menarik merupakan kunci utama untuk mengekalkan bakat dan kemahiran pekerja dan asas bagi memastikan matlamat ETP tercapai.

Mengenai satu permintaan dari seorang kakitangan kontrak kerajaan bernama Maria yang telah bekerja selama enam tahun dan mahukan kerajaan meneliti keputusan menamatkan kontrak mereka pada 31 Mac ini, Najib berkata beliau akan berbincang perkara itu dengan pihak berkuasa berkaitan.

SU Agung PKR dakwa menteri belum beri lampu hijau luluskan Pakatan

Posted: 19 Mar 2011 12:33 AM PDT

KUALA LUMPUR — Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution Ismail mendakwa permohonan pendaftaran Pakatan Rakyat masih belum menjadi kenyataan kerana berhadapan dengan halangan di peringkat Kementerian Dalam Negeri, bukannya Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Beliau berkata sebenarnya Pakatan Rakyat sudah mendapat kelulusan peringkat RoS tetapi dipercayai terhalang kerana Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein (gambar) belum memberikan lampu hijau.

"RoS telah meluluskan permohonan Pakatan Rakyat, malah pegawai RoS juga telah memaklumkan kepada saya mengenai kelulusan itu.

"Tapi apa yang menjadi halangan adalah apabila menteri (Hishammuddin) tidak mahu tandangan permohonan kita... RoS dah luluskan tapi menteri tidak," katanya kepada The Malaysian Insider.

Tambah Saifuddin, kelulusan khas Menteri Dalam Negeri bagi mana-mana permohonan pertubuhan termasuk Pakatan Rakyat.

"Di peringkat RoS kelulusan memang sudah dibuat, tapi perlu mendapatkan kelulusan khas menteri. "Kita memang sudah membuat (permohonan) pendaftaran tetapi terperangkap dengan kerenah birokrasi," katanya.

Permohonan mendaftarkan Pakatan Rakyat, yang menjadi satu badan yang formal selepas pilihan raya umum ke-12 Mac 2008, dikemukakan kepada RoS awal tahun lalu.

Ditanya mengenai syarat tujuh anggota yang digariskan RoS, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, ia bukan halangan bagi Pakatan Rakyat.

Selain itu, jelas Saifuddin, pihaknya tidak pernah dimaklumkan mengenai syarat tujuh anggota itu namun beliau percaya ia bukan syarat utama yang ditetapkan.

"RoS kata (dalam media) pendaftaran tak boleh sebab tak cukup (anggota) tapi kita tidak pernah dimaklumkan secara rasmi mengenai halangan itu, sebaliknya hanya tahu melalui media.

"Saya percaya tujuh anggota itu bukan syarat utama, ia bukan halangan dan saya percaya ia boleh dibawa berbincang sebab itu saya tak fikir ia halangan utama," katanya.

Pakatan Rakyat kini mempunyai empat anggota iaitu PAS, PKR, DAP dan Parti Nasional Sarawak.

Sebelum ini, RoS dalam kenyataan menjelaskan Pakatan Rakyat boleh mendaftar sebagai sebuah parti gabungan kerana syarat tujuh anggota yang digariskan tidak terpakai bagi parti politik.

Syarat itu hanya terpakai untuk pertubuhan tidak berstatus kebangsaan yang ingin menjadi pertubuhan kebangsaan sedangkan parti politik sudah berstatus nasional.

Kali terakhir Pakatan Rakyat membuat kenyataan berhubung gabungan secara rasmi itu adalah pada tahun lepas oleh sekretariat yang ditubuhkan khusus untuk merangka dan meneliti soal penggabungan itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut menasihati PAS, PKR dan DAP supaya mendaftarkan Pakatan Rakyat bagi membolehkan ketiga-tiga parti itu menggunakan logo yang sama pada pilihan raya.

Taib akan ketuai BN pilihan raya DUN Sarawak

Posted: 18 Mar 2011 05:23 PM PDT

BERNAMA

SERIAN— Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata beliau akan mengetuai Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri yang akan diadakan tidak lama lagi bagi memastikan pemimpin baru dapat mengambil alih pentadbiran dengan baik.

"Saya akan ketuai pilihan raya negeri bagi memastikan pemimpin baru dibimbing, yang boleh membentuk satu pasukan dan boleh bekerja untuk negara," katanya pada pelancaran program "Sejiwa Senada" peringkat bahagian Kota Samarahan di sini hari ini.

Program itu dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang bertujuan merapatkan hubungan antara rakyat dan penjawat awam dengan pusat sehenti turut disediakan untuk memberi perkhidmatan segera kepada rakyat.

Taib (gambar) berkata langkah beliau itu bagi memastikan usaha membangunkan Sarawak ke peringkat yang lebih tinggi dan membawa kehidupan yang lebih baik kepada rakyat diteruskan walaupun kepimpinan negeri bakal bertukar.

Ketua Menteri Sarawak itu berkata biarpun satu hari kelak beliau akan bersara daripada menyandang jawatan yang dipegangnya hampir 30 tahun itu, beliau mahu melihat kualiti hidup rakyat Sarawak terus meningkat di bawah kepimpinan baru negeri akan datang.

"Ini cita-cita saya. Satu hari nanti saya akan pergi juga. Saya sudah tua dan saya tidak mahu cita-cita saya mati bersama saya," katanya.

Taib berkata cita-cita itu turut didukung oleh pemimpin-pemimpin negeri Sarawak yang seangkatan dengan beliau yang mahukan pemimpin-pemimpin baru nanti meningkatkan perkhidmatan mereka demi untuk memenuhi aspirasi rakyat.

Majlis itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa menteri Kabinet persekutuan dan negeri, termasuk Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Selangor tidak sembunyi salah laku pegawai

Posted: 18 Mar 2011 05:21 PM PDT

Harakahdaily

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor hari ini mengedarkan laporan audit Yayasan Selangor yang disemak oleh Bahagian Audit Dalaman Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, semakan audit Yayasan Selangor banyak menumpu hal-hal berkaitan pengurusan perbelanjaan Majlis Ulang Tahun ke-40 Yayasan Selangor yang dirancang ada 15 November 2010 lalu.

Katanya, hasil audit dalaman bertarikh 14 Disember 2010 mendapati terdapat beberapa isu berkaitan aturan perbelanjaan yang dikatakan tidak mengikut aturan biasa.

"Terdapat juga tindakan yang dikatakan tidak menjaga kepentingan Yayasan Selangor," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, antara tindakan yang menunjukkan tadbir urus korporat yang tidak baik ialah seramai 18 warga kerja telah berhenti dan 50 lagi ditukarkan dalam tempoh Mac hingga November 2010.

Beliau berkata, perbelanjaan yang tidak telus, tidak berhemah dan tidak munasabah menyebabkan kos perbelanjaan Ulang Tahun ke-40 Yayasan Selangor mencecah hampir RM1 juta malah terdapat perbelanjaan yang selesai dibayar kepada Pengurus Acara walaupun aktiviti belum dilaksanakan.

Tambahnya lagi, pengurus besar juga meluluskan elaun-elaun yang tidak sepatutnya dibayar kepada ahli mesyuarat.

Beliau menjelaskan, terdapat 12 keputusan tertinggi dibuat sepanjang 2010 hanya melalui Circular Resolusi malah tidak dimaklumkan atau diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri mengikut kehendak Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 12 1993-arahan bagi meningkatkan kualiti perancangan dan kawalan ke atas pengurusan syarikat-syarikat kerajaan.

Semakan Audit juga, katanya mendapati Timbalan Pengurusan Besar (Pengurusan) tidak menghormati arahan bercuti dalam siasatan dengan hadir mesyuarat yang dihadiri Pengurus Besar.

"Perbelanjaan tanpa perancangan menyebabkan kedudukan kewangan Yayasan Selangor mengalami defisit sebanyak RM7.41 juta sehingga November 2010," ujarnya lagi.

Kerajaan Selangor, tegasnya telah dan akan terus meneliti setiap syor yang diberikan dan akan menggunapakai cadangan tersebut dari semasa ke semasa demi menjaga kredibiliti Yayasan Selangor milikan penuh Kerajaan Negeri.

Justeru, katanya pada 5 Januari 2011, satu surat tunjuk sebab telah dikeluarkan kepada Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) bagi menjawab setiap kuiri yang ditimbulkan.

Beliau menjelaskan lagi, proses yang teratur, adil dan bebas telah dijalankan. Pandangan serta saranan dari Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri juga telah diperolehi.

Akhirnya, kata beliau pada 17 Februari 2011, Mesyuarat Khas Lembaga Pengarah Yayasan Selangor telah sebulat suara memutuskan untuk menamatkan kontrak Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) dengan alasan gagal menunaikan tanggung jawab dan urus tadbir kewangan yang baik serta tidak prihatin dengan prosedur yayasan.

Pada 18 Februari 2011, satu surat yang ditandatangani Menteri Besar telah dikeluarkan yang mengarahkan Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) ditamatkan kontrak dalam tempoh 24 jam berkuatkuasa serta merta.

"Kerajaan Selangor sentiasa berpegang pada prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban," tegasnya.

Beliau menambah, adalah menjadi harapan Kerajaan Negeri semua institusi termasuk Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri bukan sahaja mengamalkan perbelanjaan berjimat cermat dan berhemah malah menyediakan audit tahunan yang tertib, lengkap dan teratur untuk semakan umum.

"Kerajaan Selangor akan sentiasa bersikap telus dan tidak akan menyembunyikan sebarang salah laku yang dilakukan oleh mana-mana pegawai, kakitangan awam dan anak-anak syarikat di bawah Kerajaan Negeri.

"Kita juga tidak akan teragak-agak mengambil tindakan yang difikirkan perlu demi menjaga amanah yang diberikan rakyat Selangor," katanya lagi.

'Pertemuan empat mata Nik Aziz-Chua tidak munasabah'

Posted: 18 Mar 2011 05:12 PM PDT

Abdul Rahim Sabri

Syarat yang dikemukakan MCA yang mahu bertemu empat mata dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat bagi mendapat penjelasan berhubung pengharaman penjualan tiket loteri dianggap sebagai satu syarat yang 'pelik'.

Menurut setiausaha akhbarnya, Ahmad Fadhli Shaari berkata 'tidak munasabah' syarat yang diletakkan oleh presidennya Datuk Seri Chua Soi Lek sedangkan Nik Aziz mempunyai barisan exco, pegawai termasuk pembantunya.

"Adalah tidak munasabah meletakkan syarat (bertemu) satu sama satu. Saya rasa pelik. Tidak munasabah kerana tok guru kena ada pembantu, exco dan pegawai-pegawainya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Bahkan dengan nada menyidir, Ahmad Fadhli yang juga ketua penerangan Pemuda PAS Kelantan juga pelik mengapa presiden MCA "suka bertemu satu sama satu".

Sehubungan itu, Ahmad Fadhli berkata pihaknya "tidak boleh memenuhi" kalau syarat itu diletakkan oleh Chua sepertimana yang dilaporkan sewaktu presiden MCA itu mengadakan sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu, Ahad lalu.

Dalam sidang media itu, Chua dilaporkan berkata pihaknya "tidak beminat untuk berjumpa dengan sesiapapun selain Nik Aziz kerana beliau diiktiraf sebagai (mursyidul am) PAS".

"Kita tidak berminat untuk berdebat dengan sesiapapun... Kita cuma mahu faham, kenapa selepas 20 tahun barulah (langkah pengharaman) dikuatkuasakan," kata Chua.

Bagaimanapun Ahmad Fadhli sekali lagi menegaskan kesediaan Nik Aziz untuk bertemu dengan pemimpin MCA tanpa syarat sepertimana yang dilaporkan sebelum ini.

"Nak berjumpa dengan Tok Guru (Nik Aziz), tak ada halangan," katanya sambil menambah pihaknya belum menetapkan tarikh pertemuan tersebut seperti yang diminta MCA.

Ditanya mengapa pihaknya masih belum berbuat demikian, Ahmad Fadhli berkata Nik Aziz mempunyai urusan dan beberapa exco negeri kini berada di Eropah.

Keputusan tarikh pertemuan itu dijangka diketahui minggu depan, tambah Ahmad Fadhli.

Kajian penilaian tenaga nuklear akan diteruskan

Posted: 18 Mar 2011 05:10 PM PDT

Kow Gah Chie

Perbadanan Tenaga Nuklear Malaysia akan terus menerima tender daripada syarikat-syarikat untuk kajian penilaian terhadap loji tenaga nuklear yang dicadangkan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Maximus Johnity Ongkili berkata kabinet akan membuat keputusan muktamad selepas menerima kajian penilaian tersebut. biomalaysia 2008 071008 maximus ongkiliKatanya, kerajaan akan memanggil untuk tender tidak lama lagi bagi menilai projek tersebut berhubung saiz, lokasi dan teknologi yang bakal digunakan.

"Jadi, sehingga kabinet memutuskan (sebaliknya), pada pandangan kami, ia menjadi hasrat untuk (meneruskan) tenaga nuklear," kata Maximus.

Beliau berkata demikian selepas menpengerusikan mesyuarat pasca kabinet di kementeriannya di Putrajaya.

Namun, kata Maximus, jemaah menteri pada mesyuarat mingguannya hari ini tidak membincangkan perkara berkenaan.

Awal minggu ini, kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin enggan memberikan jawapan langsung apabila ditanya sama ada Malaysia akan meneruskan cita-cita nuklear selepas apa yang terjadi di Jepun.

Chin pada Disember tahu lalu mengumumkan Malaysia akan membina dua loji yang mampu menjana 1,000 megawatt kuasa bagi mengurangkan penggantungannya kepada minyak untuk menjana kuasa elektrik.

Pakatan S'wak sudah sedia hadapi p'raya awal

Posted: 18 Mar 2011 05:07 PM PDT

Kuek Ser Kuang Keng

Ekoran spekulasi kuat yang Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan membubarkan DUN Isnin depan - lebih awal daripada yang dijangka sebelum ini untuk memberi laluan kepada pilihan raya negeri ke-10 - Pakatan Rakyat Sarawak juga sudah bersedia untuk memberi saingan hebat kepada BN.

Hari ini beberapa akhbar utama dan portal berita melaporkan yang Taib mungkin membubarkan DUN Isnin ini selepas menemui Yang Dipertua Sarawak, Tun Abang Mohammad Salahuddin Abang Barieng, semalam.

Beberapa pihak berpendapat pembubaran lebih awal DUN akan 'memerangkap' Pakatan.

Bagaimanapun PKR dan DAP mengumumkan bahawa mereka sudah bersedia untuk berdepan dengan kemungkinan DUN dibubarkan lebih awal.

chong chieng jen interview 141108 03"Kita bersedia untuk bertanding pada bila-bila masa," kata setiausaha
DAP Sarawak Chong Chieng Jen (kiri).

Malah, kata ADUN Kota Sentosa dan ahli parlimen Bandar Kuching, partinya telahpun merangka tema kempen, poster, sepanduk, risalah dan bahan kempen yang lain.

"Kami tak ada masalah. Draf dan kandungan bahan kempen sudah disedia," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

DAP cawangan Kuching telah merekrutkan sukarelawan kempen sejak bulan lepas , dan Chong berkata, pasukan kempen Kuching akan terdiri daripada 100 hingga 200 anggota, tidak termasuk agen pengundian.

nicholas bawin pkr candidate for batang ai state seat 270209Beberapa pekerja dari ibupejabat DAP Kuala Lumpur juga telah ditempatkan di cawangan Kuching untuk membantu membuat persediaan menghadapi pilihan raya negeri.

Sementara itu, pengarah pilihan raya Sarawak PKR, Nicholas Bawin (kanan) berkata, parti itu lebih bersedia kali ini, berbanding sewaktu pilihan raya negeri 2006 dan pilihan raya parlimen 2008.

"Pemimpin cabang kami telah mendekati komuniti dan rakyat, untuk mewujudkan kesedaran di peringkat akar umbi. Persedian kami adalah lebih baik daripada masa lalu," katanya kepada Malaysiakini.

Normala sebagai aura baru PAS

Posted: 18 Mar 2011 05:05 PM PDT

"Saya seronok kerana ada kelompok Muslimah PAS menganggap saya sebagai aura baru," kata Normala.


PETALING JAYA: Normala Sudirman, calon PAS yang tewas ketika merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, Johor dalam pilihan raya kecil (PRK) 30 Januari lalu kini semakin sibuk bagaikan seorang artis.

Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Mala kini sibuk menjelajah ke seluruh negara berceramah di atas pentas PAS bersama pemimpin lain.

Semasa kempen PRU Merlimau dan Kerdau, Normala tidak ketinggalan berkempen membantu calon PAS Yuhaizad Abdullah dan Hasanuddin Salim.

"Lepas ini, insya'Allah saya ke Sarawak pula. PAS akan bertanding beberapa kerusi di negeri itu. Saya berharap dapat membantu calon PAS menang.

"Ini satu amanah kepada saya. Dan saya akan lakukan bersungguh-sungguh," katanya ketika dihubungi hari ini.

PAS dilaporkan akan bertanding enam kerusi Dun dalam pilihan raya negeri Sarawak yang dijangka April ini.

Dalam PRK Tenang, Normala kalah kepada Mohd Azhar Ibrahim dari Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 3,707 undi.

Pada penghujung minggu ini dan minggu depan, Normala akan berada di Terengganu, Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang untuk memenuhi program parti.

"Saya seronok kerana ada kelompok Muslimah PAS menganggap saya sebagai aura baru," tambahnya.

Menurut Normala, kesibukannya dalam dunia politik tidak menganggu tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.

Ini kerana, katanya, beliau mengadakan perbincangan dengan suami, Maarof Abdul Mutalib, sebelum menyertai program PAS.

"Kalau musim cuti sekolah, saya bawa anak-anak dan suami bersama ke program-program tersebut," katanya.

PRU 13: Kita tumpu kawasan majoriti undi kecil

Posted: 18 Mar 2011 04:53 PM PDT

Dalam perancangan awal, parti akan fokus kepada negeri Selangor, Pulau Pinang, Pahang, Melaka, Perak, Kedah dan Wilayah Persekutuan.


PETALING JAYA: Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) akan memberi tumpuan kepada kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) yang mempunyai persaingan sengit antara parti bertanding serta majoriti kemenangan adalah tipis ketika pilihan raya umum (PRU) lalu.

Demikian menurut Bendahari Kita, Rashid Azad Khan bahawa perancangan awal itu akan memfokuskan kepada negeri-negeri seperti Selangor, Pulau Pinang, Pahang, Melaka, Perak, Kedah dan juga Wilayah Persekutuan.

Menurut Rashid, walaupun Kita masih baru namun pelbagai perancangan sentiasa dilakukan dengan melihat situasi politik dan kemampuan parti untuk bertanding dalam PRU-13 akan datang.

"Saya melihat kepada situasi dan kemampuan parti buat masa ini. Kami masih mengumpulkan maklumat di mana kawasan-kawasan yang kita boleh menang.

"Contoh di Selangor kita berminat untuk bertanding di kawasan seperti di Kuala Langat, Puchong dan Kota Raja. Tapi kami juga fokus kepada kerusi yang mempunyai persaingan sengit serta majoriti kemenangan oleh parti bertanding itu adalah tipis.

"Selangor adalah salah satu contoh tetapi kenapa tidak Perlis, Kedah, Melaka, Perak dan negeri-negeri lain? Tetapi perkara itu akan kami umumkan pada masa yang sesuai," katanya kepada FMT.

Calon yang berkaliber

Menurut beliau, pembahagian kerusi itu tidak memerlukan perbincangan dengan mana-mana parti memandangkan Kita bukan seperti Pakatan Rakyat.

Maka pembahagian kerusi itu perlu menerusi perbincangan bersama dalam parti dan akan dimuktamadkan apabila mempunyai calon yang berkaliber.

Merujuk kepada kenyataan Penyelaras Pentadbiran Kita Selangor S Kottapan bahawa parti itu akan bertanding dalam 56 kerusi Dun Selangor, Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat Christopher Firdaus berkata perkara itu bergantung kepada calon yang bakal diketengahkan.

"Soal Kita mahu bertanding di Selangor itu bergantung kepada sumber-sumber dan calon. Jika ada yang mengetengahkan calon sekalipun ia perlu dipersetujui oleh parti terlebih dahulu dan akan disahkan oleh Pengarah Pilihan Raya Selangor Abdul Malek Shamsuddin.

"Kita memerlukan calon yang boleh menang dan kriteria tersebut diambil kira oleh parti. Namun perkara itu perlu mendapat persetujuan Datuk Zaid Ibrahim. Jika beliau kata Kita perlu bertanding semua kerusi…maka kita akan lakukan," katanya.

FMT sebelum ini melaporkan bahawa menurut Kottapan Kita akan bertanding di semua 22 kerusi Parlimen Selangor termasuklah di peringkat Dun malah seramai 28 calon Melayu; Cina (18) dan India (10) bakal mewakili parti dalam PRU akan datang.

Tiada ulasan: