Sabtu, 19 Mac 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Terkini ! DUN Sarawak Bubar Isnin

Posted: 19 Mar 2011 02:32 AM PDT

KUCHING 19 Mac : Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubarkan Isnin ini dan beliau akan bertanding pada pilihan raya negeri yang akan diadakan.

Beliau mengumumkan demikian pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, selepas mengiring Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang berlepas pulang selepas lawatan sehari ke Sarawak sebentar tadi.

Abdul Taib berkata, beliau sudah menemui Yang di-Pertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, untuk memaklumkan perkara itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mengumumkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi dalam masa terdekat.

Taib hanya akan bersara selepas rakyat ‘mengundurkannya’

Posted: 19 Mar 2011 02:00 AM PDT

KUCHING: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sarawak menyifatkan kenyataan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud kononnya akan berundur selepas pilihan raya negeri bersifat retorik politik, kata Naib Ketuanya, Kung Chin Chin.

Kung yang juga Ketua Cabang KEADILAN Sarikei berkata, kenyataan itu dibuat bagi mengendurkan kemarahan rakyat yang tekad menolak beliau pada pilihan raya negeri akan datang.

"Taib patut berundur sekarang, jika enggan, kita akan pastikan beliau 'diundurkan' oleh kuasa rakyat pada pilihan raya kali ini.

"Isunya bukan berundur selepas pilihan raya, isunya ialah Taib dalam proses membawa keluar hartanya ke luar negara sedikit demi sedikit dan jika BN menang lagi selepas ini, saya yakin dia mungkin tidak berundur," kata Kung kepada Keadilandaily.com.

Kung memberi contoh bagaimana Taib pada pertengahan 90-an pernah menyatakan akan berundur dalam masa lima tahun namun sehingga kini Pengerusi BN Sarawak itu kekal ditampuk kuasa.

Sejak penghujung tahun lalu, Taib berdepan kebangkitan rakyat yang mempertikaikan kekayaan luar biasa yang dimilikinya seperti didedahkan Sarawakreport.org dan Radiofreesarawak (RFS).

Taib merupakan Ketua Menteri paling lama di Malaysia dan pada 26 Mac ini, beliau genap mentadbir Sarawak selama 30 tahun dan menyamai tempoh pemerintahan rejim Mesir yang digulingkan rakyatnya, Hosni Mubarak.

Taib mula bergelar menteri sejak era Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj dan beliau bakal berusia 75 tahun pada 21 Mei ini.

Samseng kroni Taib Mahmud guna bom rampas tanah adat

Posted: 19 Mar 2011 01:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: Syarikat yang menjadi kroni Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sanggup mengupah samseng untuk membakar rumah bagi menghalau orang Asal, seterusnya merampas tanah milik mereka.

"Jika dulu, syarikat kroni menggunakan kaedah memujuk sebelum 'merampas' tanah rakyat tetapi kini sampai ke tahap membakar dan mengupah samseng untuk menyerang penduduk seperti yang berlaku di rumah panjang Ranggong.

"Saya tidak menolak kemungkinan masyarakat Orang Asal akan 'memenggal' mereka seperti zaman dahulu jika syarikat kroni terus-terusan menindas dan merampas hak kami," kata Minggat anak Nyakin.

Mingat antara orang Asal yang dibelasah samseng beberapa bulan lalu hingga kedua-dua penglihatannya terjejas dalam usaha mempertahan haknya sebagai pemilik tanah adat.

Beliau berkata demikian pada forum 'Tanah, Adat dan Pilihan Raya' malam tadi. Ahli panel ialah Pengarah Eksekutif BRIMAS Sarawak, Mark Bujang; Setiausaha Awam Persatuan Dayak Iban Sarawak (Sadia), Nicholas Mujah dan Koordinator Sarawak Indigenous Lawyers Alliance (SILA), Abun Sui Anyit.

Lebih 200 orang menghadiri forum anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) dengan kerjasama Jawatankuasa Hak Sivil dan NGO Peguam, Loyar Buruk.

Wakil rumah Ranggong, Sui anak Salleh turut menceritakan pengalamannya bersama rumah panjang Ranggong dan Belilie yang diserang kira-kira 100 samseng BN menyerang kampung mereka menggunakan bom dan sabit.

"Kami selaku pemilik tanah dan Orang Asal kesal dengan tindakan syarikat kroni yang mengahtar samseng untuk menghalau dan menakut-nakutkan kami.

"Serangan samseng itu termasuk menggunakan bom dan sabit dilakukan terhadap penduduk rumah panjang kira-kira seminggu," katanya.

Lagi blogger pro-Pakatan Rakyat ditahan polis, SKMM

Posted: 18 Mar 2011 04:55 PM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang blogger pro-Pakatan Rakyat ditahan polis tengah malam tadi dan komputer riba miliknya, dirampas.

Blogger yang dikenali sebagai Hanief kemudian dibawa ke balai polis Sentul selepas proses tangkapan yang turut disertai pegawai Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua melalui twitter, berkata beliau mengetahui tangkapan itu melalui bapa dan adik kepada blogger berkenaan.

"Polis dan SKMM juga meminta password. Malah, beberapa komputer dan modem milik bapa blogger itu turut dirampas," katanya.

Mengikut maklumat yang diterima KeadilanDaily, Hanief kemudian dibebaskan antara jam 2.30 pagi ini tetapi beliau diarah memberi keterangan di balai polis berkenaan, kira-kira jam 10 pagi.

Hanief terkenal di kalangan penyokong Pakatan Rakyat dan rakyat marhaen berikutan sentuhan krevitivitinya dalam mengupas isu politik tanah air melalui youtube.

Ini bukan tindakan atau tekanan pertama terhadap blogger pro-Pakatan Rakyat.

Pada 2 Februari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan injunksi kepada Datuk Seri Dr Rais Yatim bagi menghalang blogger, Amizudin Ahmat dari menerbitkan paparan berkaitan pendedahan yang menteri itu merogol seorang amah dari Indonesia.

Amizudin atau Din Binjai yang terkenal dengan blog sharpshooterblogger.blogspot.com hanya memapar semula pendedahan Wikileaks mengenai dakwaan berkenaan, dengan mengutip paparan Rockybru di blog pengamal media itu.

Ironinya, tindakan keras itu tidak pula dikenakan terhadap Rockybru yang kini dilihat cenderung mesra Umno Barisan Nasional (BN).

Tiada ulasan: