DUNIACACAMARBA |
- Wanita Gigit Buah Zakar Teman Lelaki. Ouccccchhh!
- Aduhai, Zaid Lapor Polis Kerana "Terancam" dengan Ugutan Karpal Singh!
- [Kemas Kini] Gambar Separuh Berahi Artis: Baju Dedah Payu Dara
- Pilihan Raya Negeri Sarawak: Bukan Julai tetapi April 2011
- Mengapa Mahiaddin BUKAN Muhyiddin?
- KANTOI: Saifudin Dakwa Bukan RoS, tetapi Menteri Dalam Negeri "Dalang" Lengahkan Pendaftaran Pakatan Rakyat
- Cuba Bunuh Diri Selepas "Menyerah Diri" untuk Di-"gang bang" Tiga Rakan Lelaki
- Sah,Taib Mahmud BERUNDUR Selepas Pilihan raya Negeri!
Wanita Gigit Buah Zakar Teman Lelaki. Ouccccchhh! Posted: 19 Mar 2011 07:30 AM PDT Seorang lelaki di UK terpaksa menjalani pembedahan untuk menyambung semula buah zakarnya selepas kedua-duanya putus digigit oleh teman wanitanya. Ngeri! Menurut laporan The Mirror, Maria Georgina Topp dihadapkan ke mahkamah di Newcastle atas kesalahan menyebabkan kecederaan serius terhadap teman lelakinya, Martin Douglas. Kejadian tersebut dilaporkan berlaku selepas pasangan itu kembali ke flat Douglas dalam keadaan mabuk. Selepas dicederakan teman wanitanya, Douglas berusia 45 tahun yang bekerja sebagai DJ telah menghubungi talian 999 sebelum dibantu oleh pasukan paramedik. Douglas menjalani pembedahan kecemasan dan terpaksa ditempatkan di wad selama beberapa hari sebelum dibenarkan pulang. P/s: Kejadian ini berlaku apabila lelaki ini dalam keadaan mabuk. bayangkan saudara, jika dia digigit ketika dalam keadaan sedar. Saya tidak boleh membayangkan kesakitannya. Ouccchhh! * Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih. | ||
Aduhai, Zaid Lapor Polis Kerana "Terancam" dengan Ugutan Karpal Singh! Posted: 19 Mar 2011 06:42 AM PDT Saya baca berita Bernama yang melaporkan bahawa Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Datuk Zaid Ibrahim pada Sabtu membuat laporan polis mendakwa diugut Pengerusi DAP Karpal Singh berhubung kenyataannya menasihati Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyerahkan sampel DNA tanpa perlu menunggu perintah mahkamah dalam perbicaraan kes liwat. Zaid, yang diiringi beberapa penyokongnya, membuat laporan itu di Balai Polis Kota Baharu pada 9.36 pagi. Bercakap kepada pemberita selepas itu, beliau mendakwa laporan tersebut dibuat berikutan ugutan Karpal menerusi kenyataan di beberapa portal dan akhbar iaitu Malaysiakini, Malaysian Insider dan The Star. "Saya mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa ugutan Karpal Singh ini mendatangkan satu ancaman yang sangat serius ke atas keselamatan saya, sekaligus menyebabkan saya berada dalam keadaan ketakutan, sedangkan nasihat saya kepada Anwar dibuat secara baik, malah turut dibuat pelbagai pihak lain. "Perbuatan mengugut adalah satu kesalahan jenayah di bawah Kanun Keseksaan. Saya meminta polis membuat siasatan ke atasnya dan meminta polis melindungi keselamatan saya," katanya. Zaid juga berkata Anwar tidak perlu takut jika dia tidak bersalah. "Pemimpin seperti Anwar ini cakap bergetar (lantang), oleh itu, saya hanya cadangkan beliau tidak berselindung dari segi teknikal," katanya. P/s: Alahai, Zaid! Sebelum ini, Zulkifli Nordin berbuih-buih mulut menyeru bekas anak guamnya memberikan sampel DNA. Walhal sewaktu dia mewakili DSAI, apa respon dia terhadap desakan tersebut? Bukankah mereka tahu tujuan sampel DNA itu diminta? Yang boleh bikin orang gelak apabila Zaid, peguam ternama "rasa terancam dengan ugutan" bekas rakan yang berkerusi roda. (Opps, maaf tuan Karpal)! | ||
[Kemas Kini] Gambar Separuh Berahi Artis: Baju Dedah Payu Dara Posted: 19 Mar 2011 05:00 AM PDT
Saya tidak berhajat menulis panjang fasal artis yang tidak dikenali ini. Cuma tertarik dengan jawapan yang diberikan apabila ditanya tentang bajunya yang mendedahkan sebahagian besar payu daranya dari arah sisi. Katanya: "Nampak sikit je. Pilih baju ni sebab nak nampak kelainan." Seperti biasa, saya harap artis ini akan memberikan jawapan yang sama ketika ditanya di depan Allah SWT kelak. P/s: Gambar di atas sudah di"censored". Kalau mahu lihat bahagian yang terdedah, carilah laman sumber gambar ini. Ada tanya, siapa artis ini? Namanya kalau tidak silap Miera. Carilah di laman Beautiful Nara. * Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih. | ||
Pilihan Raya Negeri Sarawak: Bukan Julai tetapi April 2011 Posted: 19 Mar 2011 02:33 AM PDT Saya petik: [MK] Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini mengumumkan DUN Sarawak dibubarkan Isnin ini, dan notis mengenainya telah dihantar kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng. Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Sehubungan pembubaran itu, pilihan raya negeri hendaklah diadakan dalam masa 60 hari. Khabar angin juga bertiup kencang bahawa hari pengundian akan jatuh pada 16 April. Bagaimanapun masih belum jelas bilakah tarikh penamaan calon dijalankan kerana ia bergantung kepada tempoh berkempen. Menurut undang-undang pilihan raya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menentukan tarikh untuk hari penamaan dan penamaan calon. Bagaimanapun, dijangkakan tempoh berkempem selama lapan hari berdasarkan amalan dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini. Dalam pilihan raya pada Mei 2006 BN hilang lapan kerusi kepada pembangkang. Enam dimenangi DAP dan masing-masing satu untuk PKR dan bebas. P/s: Perang sudah bermula. . | ||
Mengapa Mahiaddin BUKAN Muhyiddin? Posted: 19 Mar 2011 02:00 AM PDT Semalam, rata-rata akhbar perdana ada menyiarkan berita fasal pelancaran album sulung Najwa Mahiaddin, bertajuk Innocent Soul di Restoran Ecoba. Yang mahu dipersoalkan di sini bukanlah album anak TPM Muhyiddin ini, namun nama Mahiaddin yang digunakan oleh Najwa. Mengapa tidak gunakan nama bapanya, Muhyyidin? Logiknya nama Mahiaddin itu bukan juga nama gabungan ibu bapanya kerana nama ibunya Norainee. Apa dan siapa Mahiaddin? P/s; Apa fatwa TPM apabila anak gadisnya menjadi penyanyi dan mendedahkan aurat? Bukan apa, TPM adakalanya terlebih Islam daripada orang lain apabila menjelang sesuatu pilihan raya! * Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih. | ||
Posted: 19 Mar 2011 12:32 AM PDT Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution mendakwa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjadi "dalang" melengahkan pendaftaran Pakatan Rakyat sebagai gabungan yang sah. Kata Saifuddin, kelewatan tersebut hasil campur tangan Kementerian Dalam Negeri bukannya Pendaftar Pertubuhan (Ros). Menurut Saifuddin seperti yang dilaporkan oleh TMI, PR sebenarnya telah memperoleh kelulusan untuk didaftarkan sebagai entiti politik yang sah, namun kelewatan itu disebabkan oleh Kementerian Dalam Negeri. "Ros telah meluluskan pendaftaran Pakatan Rakyat...hakikatnya, pegawai RoS telah memaklumkan kepada saya tentang kelulusan tersebut. namun yang menghalang pendaftaran itu apabila menteri (Hishammudin) enggan menandatangani permohonan tersebut - RoS beri kelulusan tetapi menteri tidak," kata Saifuddin kepada pemberita. Saifudin turut menjelaskan bahawa syarat minimum 7 parti bukanlah penghalang kepada pendaftaran Pakatan Rakyat. Menurut TMI, RoS pernah menyatakan sebelum ini bahawa PR boleh mendaftar sebagai gabungan yang sah kerana syarat minimum 7 parti tidak lagi dipraktikkan pada hari ini. * Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih. | ||
Cuba Bunuh Diri Selepas "Menyerah Diri" untuk Di-"gang bang" Tiga Rakan Lelaki Posted: 18 Mar 2011 11:30 PM PDT
Saya petik:
* Gambar sekadar hiasan. P/s: Mula-mula baca tajuk berita ini (dalam Berita Harian semalam) timbul juga rasa simpati terhadap remaja perempuan ini. Apabila membaca lanjut berita tersebut hilang rasa simpati. Saya kira anda faham maksud saya. | ||
Sah,Taib Mahmud BERUNDUR Selepas Pilihan raya Negeri! Posted: 18 Mar 2011 10:24 PM PDT Saya petik: Taib announces he will quit after S'wak polls Seperti yang dilaporkan MK, Taib Mahmud mengumumkan bahawa beliau akan mengundurkan diri selepas Pilihan Raya Negeri yang akan diadakan Julai tahun ini. Persoalannya, adakah pengunduran Taib memberikan kesan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya tersebut? * Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan