Selasa, 15 Mac 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


TPM: Malaysia akan teruskan cita-cita nuklear

Posted: 15 Mar 2011 04:21 AM PDT

Regina Lee

Di sebalik kebocoran radioaktif di Jepun berikutan gempa bumi kuat yang mengegarkan negara itu, Malaysia tetap dengan cita-citanya membina loji tenaga nuklear, kata timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

NONEKatanya agensi tempatan akan melakukan yang terbaik bagi menjamin keselamatan di dua loji tenaga yang dijadual dibina di negara ini.

"Semua negara di dunia memantau dan meneliti perkembangan di Jepun.Yang penting ialah soal keselamatan negara dan rakyat. Jadi dalam soal ini kita ada agensi yang bertanggungjawab. Mereka tahu apa yang mereka lakukan dan kita yakin mereka melaksanakan yang terbaik," katanya.

Muhyiddin bercakap kepada pemberita selepas majlis Perasmian Penutupan Program Keluarga 1Malaysia, anjuran Kementerian Pelajaran, di Putrajaya hari ini.

Berikutan magnitud 8.9 pada skala Richter yang menggoncang Jepun, tiga daripada reaktor nuklearnya di Fukushima, yang hanya kira-kira 250 km dari Tokyo menghadapi kemungkinan musnah.

NONEPuluhan ribu masyarakat yang tinggal berhampiran pusat itu juga terpaksa dipindahkan kerana kebimbangan kebocoran radiasi.

Sebelum ini, Menteri Teknologi Hijau, Tenaga dan Air, Datuk Seri Peter Chin pada Disember lalu mengumumkan Malyasia akan membina dua loji tenaga nuklear yang mampu menjana 1,000 megawatts setiap satu. Loji pertama dijadual beroperasi pada 2021 manakala yang kedua setahun kemudian.

'Tidak pasti'

Chin juga dilaporkan berkata semalam bahawa Agensi Nuklear Malaysia akan memberi penjelasan dalam tempoh terdekat mengenai impak letupan dan kebocoran radiasi di loji di Jepun itu.

NONEDitanya mengenai kelulusan loji pemprosesan tanah jarang di Gebeng dekat Kuantan yang dikatakan telah diberikan kepada sebuah syarikat di Australia, dan mencetuskan kebimbangan ramai, Muhyiddin berkata beliau tidak pasti.

"Kami faham penduduk bimbang tetapi beberapa syarat mesti dipatuhi seperti soal keselamatan dan alam sekitar.

"Jadi agensi-agensi yang relevan mesti kaji sebelum satu keputusan dibuat. Sama ada ia sudah dibuat keputusan atau tidak, saya tidak pasti," katanya.

Minggu lalu, akhbar harian Amerika, the New York Times (NYT) melaporkan pekan industri Gebeng berhampiran Kuantan bakal menyaksikan pusat pemprosesan tanah jarang (rare earth) yang paling besar di dunia.

NONEPusat penapiasan bernilai RM700 juta itu sedang dibina oleh syarikat Australia, Lynas Corp. Mereka akan menghantar tanah jarang yang dilombong di barat negara itu di Mount Weld dengan kapal.

Ini adalah percubaan kedua Malaysia dalam penapisan tanah jarang, kali pertama menimbulkan kontroversi dan bantahan apabila ia cuba didirikan di Bukit Merah, Perak pada sekitar 1980an.

'Jangan percaya SMS'

Muhyiddin juga menasihatkan orang ramai supaya tidak mempercayai khidmat pesanan ringkas (SMS) kononnya Malaysia juga terdedah kepada bahaya kesan radiasi akibat kebocoran loji janakuasa nuklear Fakushima Daiichi di Jepun.

NONEMenyifatkan penyebaran sms itu sebagai tidak bertanggungjawab, Muhyiddin berkata Malaysia selamat daripada sebarang ancaman dengan agensi terbabit sentiasa memantau perkembangan di Jepun dan di negara ini.

Justeru beliau meminta orang ramai supaya tidak terpedaya atau panik sebelum meneliti kesahihan maklumat tersebut.

"SMS itu dikeluarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Jangan kita mudah menerima apa sahaja yang dilaporkan itu dengan tidak menyemak.

"Jangan kita timbulkan kebimbangan yang agak luar biasa, walaupun berlaku di Jepun tetapi sehingga orang ramai rasa takut untuk mengurus atau buat kerja seperti biasa," katanya.

Pendakwaan malang Anwar Ibrahim

Posted: 15 Mar 2011 04:17 AM PDT

Asia Sentinel

Kerajaan Malaysialah sebenarnya pihak yang kalah dalam suatu perbicaraan yang bersifat parodi.

Bahkan setiap seseorang rakyat Malaysia yang sudah lali dengan selok-belok skandal seks luar tabii, Mohamed Saiful Bukhairy Azlan mungkin telah memberikan makna baru kepada ungkapan "go f**k yourself."

Saiful, 25, tahun bekas pembantu kepada ketua pembangkang Anwar Ibrahim, adalah saksi utama pendakwaan dalam perbicaraan marathon sodomi Anwar. Dr Seah Lay Hong, seorang ahli kimia dan saksi pendakwaan, telah dipaksa oleh peguambela semasa berada di kandang saksi pada penghujung Februari lalu untuk mengakui bahawa DNA yang ditemui di bahagian dubur Saiful boleh berasal dari 10 orang yang berbeza - termasuk dirinya sendiri.

Saiful telah melaksanakan satu tugas yang cukup bagus untuk kerajaannya, negaranya dan juga Anwar. Hal ini kerana kes ini telah menjadi sesuatu yang mengaibkan, membawa kembali kenangan kes liwat Anwar yang pertama tahun 1998, yang mendapat perhatian umum dicap sebagai parodi oleh pertubuhan antarabangsa hak asasi manusia. Kesilapan yang dibuat terhadap bukti DNA yang sepatutnya konklusif dalam perbicaraan yang telah lama berjalan ini telah menimbulkan pertanyaan apakah bukti-bukti tersebut boleh bertahan di sebuah mahkamah undang-undang yang rasional. Testimoni yang lain pula menunjukkan bahawa Perdana Menteri Najib Tun Razak dan isterinya, Rosmah Mansor, antara lain, mungkin telah memainkan peranan peribadi dalam membawa kes ini ke mahkamah.

Selasa lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Zabidin Mohamid Diah telah memberikan Anwar satu kemenangan besar dengan membuang bukti DNA yang dipercayai dapat membuktikan bahawa beliau ada melakukan hubungan intim dengan Saiful. Beliau telah memutuskan bahawa bukti tersebut tidak boleh diterima kerana telah diambil tanpa kebenaran Anwar dari item dalam penjara ketika beliau ditangkap pada kali pertamanya ekoran aduan Saiful pada bulan Julai 2008.

Dengan kelimpahan pelbagai kesilapan, kerajaan kini menghadapi dilema. Sekiranya menyerah kalah dalam pendakwaan, Anwar akan menerima satu kemenangan besar dan memberikan peluru yang cukup untuk kepada pembangkang untuk menuduh bahawa kerajaan dan khususnya Najib sengaja mewujudkan bukti dalam satu percubaan untuk mengusir Anwar daripada politik. Oleh hal yang demikian, daripada menyerah kalah sekarang walaupun pertalian fizikal terakhir antara Anwar dan Saiful nampaknya telah berjaya disangsikan, pendakwaan masih enggan membuang kes tersebut.

Jumaat lalu, pendakwaraya telah cuba menggunakan mahkamah untuk memaksa Anwar untuk memberikan sampel DNA tambahan bagi menggantikan bukti yang telah dilemparkan keluar oleh Hakim Zabidin. Pendakwaraya Yusof Zainal Abiden telah meminta Hakim Zabidin untuk menimbang kembali keputusan tersebut di samping memaksa Anwar untuk menyerahkan satu sampel.

Situasi ini juga menimbulkan satu situasi bahaya bagi Anwar jika pihak pendakwaan merayu ke peringkat Mahkamah Persekutuan, mahkamah tertinggi di Malaysia. Mahkamah peringkat ini telah menunjukkan kecenderungannya dalam sistem politik, dengan memberikan keputusan yang tidak berpihak pada pembangkang dalam kes-kes penting, termasuk satu kes yang menyebabkan penyerahan kuasa di Perak kepada parti pemerintah selepas pembangkang memenanginya ketika Pilihan Raya Umum 2008.

Saiful, dahulunya seorang pembantu Anwar sebelum membuat dakwaan terhadapnya, telah mengakui di mahkamah bahawa dia pernah bertemu dengan Najib dan isterinya, Rosmah, pada tarikh 24 Jun 2008, di rumah Najib dua hari sebelum kejadian sodomi. Dia juga mengakui bahawa dia telah bertemu dengan orang kepercayaan Rosmah iaitu Mumtaz Jaafar.

Dia juga mengakui adanya pertemuan rahsia dengan Senior Assistant Commissioner (SAC II) Rodwan Mohd Yusof, dua kali sebelum kejadian liwat terjadi. Rodwan menjadi terkenal pada pembicaraan Anwar tahun 1998 ketika dia secara tidak sah mengambil sampel DNA Anwar dan meletakkannya di atas tilam yang didakwa pernah digunakan oleh Anwar untuk melakukan hubungan homoseksual. Untuk melindungi integriti kes pendakwaan, hakim ketika itu, Augustine Paul, telah membuang keseluruhan bukti DNA tersebut pada perbicaraan waktu itu.

Menurut undang-undang Malaysia, polis sebelum ini dilarang mengambil sampel DNA daripada defendan tanpa izin mereka. Ketika Anwar menolak untuk memberikan sampel DNA, dengan mengatakan bahawa sampel sebelumnya yang pernah digunakan dalam kes 1998 terhadapnya telah disalahgunakan, Barisan Nasional telah meluluskan satu rang undang-undang melalui parlimen untuk membolehkan polis mengumpul sampel dalam kes-kes jenayah tanpa kelulusan daripada suspek .

Namun, kerana kes pendakwaan berlaku sebelum undang-undang tersebut diluluskan, mungkin Anwar akan dikecualikan dalam memberikan bukti DNA.

Dalam hal apapun, cara pihak pendakwaan mengendalikan bukti yang dikumpulkan daripada tubuh dan pakaian Saiful adalah amat tidak cekap. Bahkan jika mereka dibenarkan mengambil sampel lain daripada Anwar, juga amat susah untuk dibandingkan dengan bukti yang diambil dari Saiful.

Menurut testimoni di mahkamah, tidak ada bukti yang diambil dari tubuh Saiful sehingga 56 jam selepas berlakunya kejadian liwat yang didakwa. Ketika kesan DNA daripada air mani dipercayai ditemui di mulutnya, dia mengatakan bahawa dia tidak mandi, menggosok gigi ataupun pergi ke bilik mandi antara waktu kesalahan dan tempoh masa dia diuji. Walaupun sampel DNA masih boleh diambil secara berkesan dalam masa 72 jam, namun dalam hal ini pengendalian bukti tampaknya boleh dikatakan dilakukan secara bersahaja pada tahap terbaik.

Walaupun Seah menemui bukti DNA daripada laki-laki tidak dikenali di dubur Saiful, dia mengatakan dia tidak menguji untuk mengetahui identiti lelaki yang lain. Ditanyakan oleh seorang peguam pembela apakah bukti DNA boleh menghasilkan 10 kombinasi berbeza atau individu, Seah setuju.

Jumaat lalu, pegawai penyiasatan, Jude Pereira mengatakan bahawa selepas mengumpul bukti daripada Saiful, dia telah meletakkan sampel bukti tersebut di dalam peti arkib logam di markas polis Brickfield selama 43 jam, mengabaikan arahan oleh Siew Sheue Feng, ahli patologi forensik, untuk menempatkan mereka dalam freezer (peti sejuk). Mengikut peraturan penyelidikan Biro Persekutuan Amerika Syarikat, "faktor persekitaran, seperti panas dan kelembapan, juga dapat mempercepat degradasi DNA."

Pereira mengakui bahawa degradasi sampel boleh terjadi kerana dia mengabaikan nasihat pakar patologi dan juga perintah Ketua Polis Malaysia.

Sebelum diserat ke dalam kancah pendakwaan ini, Anwar telah memimpin pakatan pembangkang (Pakatan Rakyat) mencipta sejarah merampas lima negeri di Malaysia dan memenangi 82 kerusi parlimen pada pilihanraya tahun 2008 serta menghalang penguasaan dua pertiga majoriti Barisan Nasional di parlimen.

Namun begitu, pembangkang Malaysia - gabungan DAP, PAS dan parti Anwar, Parti Keadilan Rakyat telah diperlahankan kerana Anwar yang disibukkan oleh kes mahkamahnya, tidak dapat menumpukan sepenuhnya kepada politik. Anwar juga telah terhambat oleh penggantungan enam bulan oleh parlimen atas tuduhan bahawa beliau telah mengelirukan parlimen.

Kes ini telah berlangsung selama 13 bulan. Seiring dengan penggantungan dan pelbagai tindakan lain, pembangkang semakin dineutralkan. Ujian besar seterusnya adalah pilihan raya negeri Sarawak yang perlu dilakukan sebelum akhir tahun 2011.

Radiasi nuklear Jepun akan tiba di Malaysia?

Posted: 15 Mar 2011 04:16 AM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar (gambar) berharap Kerajaan Pusat bertindak lebih pantas tetapi tepat dalam menerangkan situasi sebenar di Jepun serta apakah akibat yang mungkin dialami rakyat Malaysia di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

"Apakah peratusan kemungkinan radiasi dari loji tenaga nuklear ini akan tiba di Malaysia, berdasarkan senario full meltdown?" soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai turut bertanya apakah langkah berjaga-jaga yang harus diambil rakyat Malaysia.

"Adakah Kerajaan Pusat benar-benar bersedia menghadapi situasi pencemaran nuklear yang mungkin terjadi?" soalnya lagi.

Pada masa yang sama, katanya Kerajaan Pusat wajib menghentikan dahulu sebarang perancangan untuk membina loji tenaga nuklear mahupun pusat pemprosesan tanah jarang (rare earth refinery) di negara ini.

Ini ekoran pagi ini dunia dikejutkan lagi dengan berita letupan ketiga di loji tenaga nuklear Daiichi di Fukushima, Jepun.

Mengikut laporan agensi berita Reuters serta The New York Times, letupan di reaktor No 2 telah berlaku jam 6.14 pagi waktu Jepun dan kerosakan yang timbul mungkin bersifat lebih kritikal, lalu menyebabkan senario full meltdown semakin mungkin berlaku.

Reuters menambah bahawa kadar radiasi sekitar loji nuklear tersebut telah meningkat empat kali ganda.

Umno nodai hak istimewa orang Melayu

Posted: 15 Mar 2011 04:14 AM PDT

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, hak istimewa orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan pada masa ini dinodai 'fanatik kepartian' Umno.

Katanya, hak itu hanya berlegar dan dirasai kelompok parti pemerintah sahaja dan rakyat selainnya tidak merasai keistimewaan yang dijanjikan perlembagaan itu.

"Apa yang merisaukan kita, hak istimewa ini tidak dijaga dengan baik menyebabkan fanatik kepartaian berlaku.

"Yang dipentingkan adalah bumiputera yang menyokong Umno, yang sokong parti pemerintah di Sabah dan Sarawak, kemudian ditambah lagi kroni-kroni pemimpin tertentu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap membahaskan Titah Diraja di Dewan Rakyat semalam.

Pakatan Rakyat sebelum ini sering dituduh cuba menghapuskan hak istemewa itu biarpun mereka dalam konvensyen membuat resolusi untuk mempertahan segala peruntukan yang termaktub dalam perlembagaan.

Tambah Ahli Parlimen Marang itu, parti pemerintah sewajarnya menunjukkan contoh yang baik dalam menunaikan hak perlembagaan dan sepatutnya adil terhadap semua rakyat bukan kepada kelompok mereka sahaja.

Katanya, perkara tersebut berlaku akibat pemimpin negara melebihkan perjuangan bangsa berbanding agama.

Ia ditambah lagi dengan sikap pemimpin Melayu yang tidak mengamalkan akhlak Islam sebenar seperti terlibat rasuah dan salahguna kuasa.

"Pimpinan utama Umno sendiri, Tun Mahathir Mohamad menyatakan secara terbuka bahawa parti pemerintah dibejati gejala rasuah dalam pemilihan mereka," katanya.

Dalam perlembagaan ujarnya lagi, hak istimewa orang Melayu diletakkan kerana menerima hakikat bahawa orang Melayu adalah majoriti Islam dan diakui kaum lain.

"Tapi kita mesti ingat, bahawa jati diri orang Melayu dan kewibawaan mereka terletak kepada sejauhmana mereka berpegang kepada ajaran Islam," katanya.

Demo: Pakatan Rakyat Perak buat laporan polis

Posted: 15 Mar 2011 04:12 AM PDT

Mohd Hafez Sabri

IPOH: Pakatan Rakyat Perak telah membuat satu laporan polis berkenaan isu demonstrasi haram di hadapan pejabat PAS, DAP dan PKR di Jalan Medan Istana, Ipoh pada Ahad lepas.

Demo itu dihadiri oleh sekumpulan individu yang dikenali sebagai ahli Umno bersama Datuk Hamidah Othman, Adun Sungai Rapat yang juga merupakan ketua penerangan wanita Umno Malaysia.

Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat negeri yang diwakili Sivakumar (DAP), Ismad Shahril (PAS), Chan Ming Kai (PKR), Wong Kah Woh (DAP) dan Ustaz Hafez Sabri (PAS) telah hadir ke Balai Polis Ipoh, hari ini untuk membuat laporan tersebut.

Poster-poster yang berbaur hasutan dan ugutan ditampal di depan pintu pejabat PAS, DAP dan PKR Perak dengan tujuan untuk menimbulkan kekacauan dan mempengaruhi keputusan mahkamah.

Tujuan demonstrasi haram itu kononnya untuk mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyerahkan DNA, kumpulan demonstrasi haram itu juga telah menampal poster-poster yang mempunyai perkataan "subjudice" seperti andaikata PAS dan DAP gagal mendesak Anwar Ibrahim memberikan DNA, maka sahlah DNA lelaki Y adalah DNA Anwar Ibrahim dan Anwar Ibrahim bakal Hosni Mubarak Malaysia dan beberapa kata-kata kesat yang ditulis di atas poster kumpulan demonstrasi haram itu.

Bagi PAS dan Pakatan Rakyat Perak, kes yang melibatkan Anwar masih dalam perbicaraan dan pertimbangan mahkamah.

Oleh yang demikian pihak luar tidak boleh campur tangan dan mempengaruhi keputusan hakim dan mahkamah.

Tindakan demonstrasi haram yang diketuai Hamidah itu jelas menunjukkan bahawa bahawa Umno bertindak secara tidak professional serta mereka menghina mahkamah yang sedang membicarakan kes tersebut.

Pakatan Rakyat Perak menggesa agar pihak polis membuat penyiasatan dan menghentikan segera segala provokasi yang cuba menimbulkan iklim politik kotor di Perak supaya tindakan seperti desakan dan demonstrasi haram itu tidak mempengaruhi keputusan mahkamah dalam membuat sebarang keputusan kes berkenaan.

Tahyul: PAS mahu libatkan ahli agama tapis filem

Posted: 15 Mar 2011 04:08 AM PDT

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR: PAS mahu ahli yang mahir hukum hakam agama, dilibatkan sama dalam Lembaga Penapis Filem (LPF) bagi memastikan filem yang mahu ditayangkan tiada unsur yang boleh merosakan akidah.

Perkara itu dilontarkan Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) sewaktu mencelah perbahasan Titah Diraja oleh Datuk Ismail Kassim (BN-Arau).

Ismail yang turut bersetuju dengan cadangan itu berkata, bukan sahaja filem yang mahu ditayangkan ditapis oleh LPF, tetapi juga perlu melepasi tapisan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Semalam dalam sesi soal jawab lisan, Siti Zailah meminta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan untuk menyatakan mengapa filem yang ditayangkan melalui televisyen Malaysia banyak berunsur tahyul, khurafat serta ganas yang memberi kesan negatif kepada penonton remaja.

Beliau juga bertanya sejauh mana penguatkuasaan dibuat pihak kementerian.

Timbalan Menteri, Datuk Joseph Salang Gandum ketika menjawab soalan itu berkata, rancangan berunsur tahyul, khurafat, seram dan ganas yang ada disiarkan hanya mengandungi kadar minima unsur-unsur tersebut dan mempunyai unsur pengajaran di pengakhiran cerita.

Kerajaan juga katanya memastikan kandungan mematuhi Akta komunikasi dan multimedia Malaysia 1998 (AKM'98) dan ditapis pihak LPF.

Isu tayangan filem dan cerita berunsur tahyul sebelum ini menjadi perdebatan hangat ekoran ianya banyak ditayangkan sama ada di stesen televisyen kerajaan mahupun swasta sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Ekoran itu banyak pihak mahu kerajaan meneliti semula penapisan yang dibuat kerana ada di antara filem itu menonjolkan amalan syirik yang boleh menjejaskan akidah umat Islam.

Kerajaan Umno-BN Elak Jawab Isu Rasuah, Akui Masih Gunakan Surat Sokongan

Posted: 15 Mar 2011 04:04 AM PDT

TVS NEWS


KUALA LUMPUR : Kerajaan Umno-BN masih lagi mengelak daripada menjawab soalan berkenaan rasuah yang dilemparkan oleh wakil Pakatan Rakyat di parlimen, sebaliknya memberi alasan kerajaan tidak memberi keutamaan kepada angka atau indeks yang dikeluarkan oleh pihak ketiga.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Ahli Parlimen Teluk Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas berkata soalan beliau kepada Perdana Menteri semalam adalah bertujuan untuk mengenalpasti tindakan kerajaan dalam usaha untuk membasmi kadar rasuah yang semakin serius di setiap agensi kerajaan terutamanya isu pemberian tender-tender kerajaan secara runding terus ataupun melalui sokongan pegawai atasan.

Soalan beliau semalam berikutakan anggaran Perunding Morgan Stanley yang menyatakan Malaysia telah kehilangan USD100 bilion akibat rasuah sejak tahun 1980.

"Anggaran yang dikeluarkan oleh perunding tersebut perlu diambil serius dan kerajaan tidak boleh menganggap ia hanyalah sebagai andaian semata-mata kerana angka akibat amalan rasuah itu adalah amat besar dan dalam tempoh 20 tahun kerajaan telah kehilangan USD100 bilion disebabkan oleh rasuah," jelas beliau.

Kata beliau, kegagalan kerajaan menggunakan perangkaan tersebut sebagai satu aras petanda kehilangan dana negara akan menyebabkan usaha kerajaan untuk mengatasi gejala rasuah dalam agensi kerajaan sukar dicapai.

Melalui jawapan bertulis, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz turut memberitahu, kerajaan tekad dan komited dalam usaha membina masyarakat Malaysia yang bebas dari rasuah.

Nazri juga memberitahu, beliau tidak menolak fakta bahawa masih terdapat amalan pemberian surat sokongan oleh ahli-ahli politik untuk mempengaruhi dan memintas dasar serta tatacara standar kerajaan dalam mendapatkan kontrak berpandukan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Ketua Setiausaha Negara pada 8 Mac, 2010.

Kamarul seterusnya berkata, beliau bersetuju dengan usaha kerajaan yang ingin mengatasi aktiviti rasuah tetapi dalam masa yang sama beliau turut menekankan perlunya kesungguhan kerajaan untuk meliputi semua lapisan pagawai mahupun pemimpin politik.

Tambah beliau, amalan rasuah paling dapat dilihat paling ketara setiap kali berlakunya Pilihanraya kecil (PRK) yang mana bukan hanya pegawai bawahan yang mengamalkan rasuah malah ia melibatkan pucuk pimpinan tertinggi di dalam kerajaan dan juga Umno.

"Sikap SPRM yang gagal mengambil tindakkan amalan rasuh PRK ini akan memperlihatkan wang negara akan terus meningkat kehilangannya, jika dalam masa 20 tahun kehilangan USD100 bilion dan tidak mustahil dalam tempoh 5 tahun boleh mencecah USD200 bilion," tegas beliau lagi.

Nasib Penduduk Kg Baru Terus Dibela PR

Posted: 15 Mar 2011 04:03 AM PDT

TVS NEWS


KUALA LUMPUR : Ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat akan terus komited mempertahankan hak penduduk Kampung Baru walau dengan apa cara sekalipun.

Wakilnya, Salahuddin Ayub yang juga ahli parlimen Kubang Kerian berkata, semangat perjuangan dan peruntukan undang-undang sedia ada akan digunakan sepenuhnya supaya tanah Kampung Baru kekal menjadi milik mereka yang hak ke atasnya.

" Saya mewakili ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat, kami berjanji atas nama Allah SWT, atas nama kemanusiaan, kita bersama dengan penduduk Kampung Baru
memperjuangkan tanah warisan ini dengan apa jua cara sekalipun,"kata Salahuddin.

Beliau berkata demikian pada majlis Deklarasi Pemilik dan Pewaris Tanah Kampung Baru di Dewan Kelab Sultan Sulaiman malam tadi.

Program anjuran Sekretariat pembangunan Kampung Baru (SPKB) malam tadi sepatutnya dihadiri oleh semua ahli parlimen Malaysia, BN dan Pakatan Rakyat, namun
malangnya ia hanya berjaya mengumpulkan ahli parlimen pembangkang sahaja.

Bercakap tentang hal itu, Salahuddin berkata, ia sememangnya satu petunjuk jelas tentang sikap ahli parlimen BN dalam membela nasib rakyat.

"Mengapa mereka tidak datang, mengapa mereka tidak berani berdepan dengan rakyat dan mempertahankan tanah Kampung Baru ini? Saya cuma mahu katakan satu sahaja, hari ini kita dapat menilai berapa bernilainya satu kerusi dalam parlimen,"katanya lagi.

Majoriti pemilik dan pewaris Kampung Baru menolak Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PPKB) dan mahukan rang undang-undang itu ditarik balik.

Walau bagaimanapun, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin sebelum ini mendakwa 90 peratus penduduk Kampung Baru bersetuju dengan rang undang-undang berkenaan.

Namun beliau kemudiannya menyatakan hasrat kerajaan untuk menangguhkan perbahasan (RUU PPKB 2010) dalam sesi Parlimen bermula 7 Mac hingga 7 April ini.

Bacaan kali pertama RUU itu sebelum ini dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat, Disember tahun lalu.

Hakikatnya, keputusan kerajaan itu tidak memenuhi aspirasi penduduk Kampung Baru yang mahukan rang undang-undang tersebut dibatalkan.

Oleh yang demikian ujar Salahuddin, tiba masanya untuk rakyat Kampung Baru bangkit dan tidak diperkotak-katikkan oleh mereka yang mempunyai kuasa dan
kedudukan.

Nasihatnya, di samping ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat bekerja keras untuk membantu penduduk Kampung Baru di parlimen, penduduk juga harus menguatkan
dokongan kepada usaha gagasan itu.

" Selagi ada inci tanah dalam negara kita ini, selagi ada ruang undang-undang dan inci tanah yang menjadi hak kita, selagi ia termaktub dalam perlembagaan,kita gunakan untuk perjuangkan hak tuan-tuan," luah Salahuddin lagi.

Meskipun katanya, tentangan hebat akan diterima gagasan itu dalam parlimen Malaysia kerana jumlah undi BN yang lebih tinggi untuk meluluskan rang undang-undang, perjuangan tidak akan berahir semudah itu katanya.

" Itu tidak mengapa (BN menang undi dalam parlimen), kita masih ada Allah SWT, kita masih ada perjuangan. Kita ada anak muda pada hari ini untuk kita jatuhkan mereka secara demokratik, kita gunakan jari-jemari kita untuk jatuhkan mereka pada pilihanraya akan datang," katanya.

Baginda Pula Jelajah 'Bongkar' Ummi Hafilda

Posted: 15 Mar 2011 03:59 AM PDT

TVS NEWS



KUALA LUMPUR : Bekas rakan niaga Ummi Hafilda Ali hari ini mengancam menjelajah ke seluruh negara bagi berceramah untuk mendedahkan apa yang dikatakan "skandal" wanita itu di masa lalu.

Baginda Minda, yang mendakwa rakan niaga untuk projek berkaitan pembinaan Lapangan Terbang Antarangsa Kuala Lumpur (KLIA), berkata beliau tidak dapat menahan lagi dakwaan Ummi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Baginda mendakwa, ketika Ummi membuat pelbagai dakwaan, termasuk tentang moral ketua pembangkang itu, wanita itu sendiri mempunyai skandal dengannya di London, lapor Malaysiakini.

Menurut Baginda, Ummi tidak jujur apabila terlibat dalam kempen pilihan raya kecil Merlimau dan Kerdau awal bulan ini.

Beliau yang mendakwa cukup mengenali Ummi mendakwa, wanita itu tidak akan melakukan sesuatu perkara jika tidak dibayar.

Menyingkap perbicaraan liwat pertama terhadap Anwar pada lebih 10 tahun lalu, Baginda menuduh Ummi membuat perjanjian dengan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin supaya membuat pengakuan yang menentang ketua pembangkang.

Baginda mendakwa perjanjian itu memerlukan Ummi berbohong di kandang saksi bagi membolehkan diberikan bahagian kecil dalam projek KLIA yang bernilai berbilion ringgit.

Justeru, Baginda mendakwa Ummi telah ditipu Daim yang menyebabkan dia tidak mendapat apa-apa dan terpaksa "menjaja" isu Mohd Saiful Bukhari Azlan bagi mendapatkan wang.

Rosmah Patut Minta Maaf Beri Kenyataan Dangkal Isu Tsunami Jepun

Posted: 15 Mar 2011 03:57 AM PDT

TVS NEWS



KUALA LUMPUR : Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor digesa meminta maaf kepada rakyat serta kerajaan Jepun kerana kerana mengeluarkan kenyataan dangkal berkenaan bencana gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun hingga menjadi tajuk utama portal berita antarabangsa, CNN.

Dalam satu sidang media di Parlimen hari ini, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin berkata Rosmah juga perlu meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana memalukan nama negara di mata masyarakat antarabangsa.

"Akibat komennya yang dangkal, seluruh Malaysia diketawakan dan dicemuh dunia. Ini lebih teruk kerana ia berlaku selepas kontroversi kartun yang menghina sensitiviti rakyat Jepun dan seluruh dunia," kata beliau.

Beliau yang juga Ketua Wanita Keadilan mengingatkan seluruh rakyat Malaysia bahawa tragedi yang menimpa negara Jepun merupakan sesuatu yang berada di luar kawalan manusia malahan rakyat Jepun berhak dipuji atas sikap tenang serta menerima malapetaka ini dengan penuh kesabaran.

Zuraida seterusnya berkata, kenyataan Rosmah itu bukan sahaja memalukann tetapi juga bertentangan dengan pengakuan beliau dan kerajaan Umno-BN Malaysia kononnya beliau banyak membantu hubungan diplomatik antara Malaysia dengan negara-negara lain sebagai 'First Lady'.

"Najib harus mengawal Rosmah kerana beliau telah melampaui batasan sebagai seorang isteri PM. Jadi, kita takut dia akan memalukan kerajaan Malaysia. Hari ini terbukti bahawa Rosmah telah terang-terangan telah memalukan kerajaan Malaysia dan rakyat Malaysia dengan kenyataan dangkal mengenai bencana tsunami di Jepun," tegas beliau.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul menyuarakan rasa terkejutnya kerana kenyataan Rosmah itu berbunyi seolah-olah Rosmah mewakili suara keseluruhan rakyat Malaysia sedangkan peranan tersebut lazimnya diambil oleh PM.

"Suami dia ada dalam kabinet, ada dalam Parlimen, biar suamilah buat kerja. Ini yang dia masuk campur dan lazimnya setiap kali dia membuak mulut, akan jadi masalah pada kerajaan. Jadi, kita amat kesal dan kita minta kalau boleh dia duduk diamlah, buatlah peranannya sebagai seorang isteri, bukan sebagai seorang pemerintah," tegas beliau lagi.

CHRI: Malaysia cabul hak asasi manusia

Posted: 15 Mar 2011 03:55 AM PDT

TVS NEWS

KUALA LUMPUR : Malaysia gagal mengotakan janjinya untuk memperbaiki rekod hak asasi, di sebalik dilantik menganggotai Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, kata sebuah laporan antarabangsa.

Menurut kumpulan Insiatif Hak Asasi Komanwel (CHRI), Malaysia bukan sahaja meneruskan undang-undang kuku besi tetapi gagal mempertahankan hak kumpulan tertindas yang dijanji negara ketika dilantik ke majlis PBB pada 2006.

"Di sebalik ikrar Malaysia bagi menyokong tindakan antarabangsa bagi memperjuangkan hak mereka yang tertindas termasuk kanak-kanak, pelarian, pencari suaka politik, pendatang asing sama ada sah ataupun tidak, - golongan itu terus merana manakala perkahwinan kanak-kanak pula berlarutan," petik laporan itu.

Apabila dilantik, kata laporan CHRI, Malaysia menunjukkan bagaimana negara itu berjaya mengimbangi keperluan keselamatan dan pada masa yang sama menegakkan hak asasi.

Namun sepanjang tempoh masa Malaysia menganggotai majlis itu, Akta Keselamatan Dalam Negara digunakan ke atas ahli parlimen pembangkang, Teresa Kok, seorang wartawan yang melaporkan kenyataan rasis oleh ketua bahagian Umno dan seorang bloger, Raja Petra Kamaruddin, kata laporan itu lagi.

Memilih untuk tidak mempertahankan kerusinya di majlis PBB itu pada 2009, Malaysia terus menyalah-gunakan ISA bagi menyekat kebebasan beragama dengan menangkap sembilan rakyat asing yang didakwa menghadiri mesyuarat Syiah pada Januari tahun lalu.

Menurut laporan itu, terdapat bukti pencabulan penggunaan Akta Hasutan ketika Malaysia menduduki kerusi majlis itu apabila aktivis seperti Wong Chin Huat ditangkap mengikut ISA kerana menganjurkan orang ramai supaya berpakaian hitam ketika rampasan kuasa di Perak. -Malaysiakini-

Ean Yong Gesa SPRM Bebaskan Beng Hock

Posted: 15 Mar 2011 03:52 AM PDT

TVS NEWS



KUALA LUMPUR : Seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memberitahu Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat punca kematian mendiang Teoh Beng Hock, bahawa EXCO Selangor, Ean Yong Hian Wah meminta beliau melepaskan mendiang pada malam bekas setiausaha politik itu disoal siasat.

Pemangku Penolong Pesuruhjaya SPRM, Hairul Ilham Hamzah berkata Ean Yong turut mempersoalkan mengapa siasatan perlu diteruskan pada malam 15 Julai 2009 dan meminta supaya Beng Hock dibenarkan pulang.

Bagaimanapun, Hairul Ilham berkata beliau tidak dapat membenarkan Beng Hock pulang berikutan soalsiasat belum selesai.

"Saya memaklumkan kepada Ean bahawa siasatan terhadap Teoh akan dibuat secepat mungkin dan memberitahu beliau saya akan melepaskan Beng Hock sebelum pukul 5 pagi," katanya.

Ketika disoal pegawai pengendali Awang Armadajaya Awang Mahmud mengapa Hairul membuat keputusan sedemikian, Hairul Ilham berkata dalam kes SPRM, kebanyakan saksi adalah penting.

"Sekiranya saksi dilepaskan, kemungkinan mereka akan mereka-reka cerita dan jikalau saksi ditahan akan mengurangkan potensi saksi untuk berbuat demikian," katanya.

Ketika disoal Awang Armadajaya bagaimana Hairul Ilham mengetahui akan kehadiran Ean Yong, Hairul Ilham berkata beliau dimaklumkan oleh pengawal keselamatan iaitu Amran bahawa berlaku kekecohan di ruang legar utama di pejabat SPRM di tingkat 14, Plaza Masalam.

"Saya dimaklumkan berlaku kekecohan di ruang legar utama pada pukul 11.45 malam (15 Julai 2009) dan apabila saya ke tempat itu saya dapati Ean Yong dan beberapa lelaki dan perempuan berbangsa Cina yang tidak dikenali berada di situ dan pada waktu itu juga Ean meminta saya melepaskan Teoh," katanya.

Hairul Ilham memberitahu pada waktu itu beliau tidak perasan sama ada Ean Yong membawa peguamnya, M.Manoharan.

Beng Hock, 30, bekas setiausaha politik EXCO Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, selepas disoalsiasat semalaman oleh SPRM.

Penduduk LBJ Peroleh Injuksi Halang DBKL Roboh Rumah

Posted: 15 Mar 2011 03:49 AM PDT

TVS NEWS

KUALA LUMPUR : Penduduk Ladang Bukit Jalil berjaya mendapatkan injunksi mahkamah bagi menghalang DBKL merobohkan penempatan yang didiami mereka sejak tahun 1930.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga peguam hak asasi manusia, N. Surendren berkata injuksi itu diperolehi semalam justeru memberikan masa 21 hari untuk menghalang pihak DBKL daripada meneruskan usaha perobohan penempatan penduduk.

Beliau juga mengecam tindakan DBKL yang menggunakan Ordinance Kecemasan yang bertentangan dengan prinsip Perlembagaan Negara untuk menafikan hak rakyat.

"Salah satu alasan utama perolehan injunksi ini adalah kerana DBKL menggunakan Ordinan Kecemasan 1969 untuk cuba merobohkan penempatan ini. Ia salah kerana ia bukan penempatan haram untuk menggunakan ordinan tersebut. Mereka telah berada di sini beberapa generasi.

"Kedua, penggunaan ordinan itu sendiri adalah tidak berperlembagaan dan bercanggah di sisi undang-undang. Ini adalah undang-undang dari tahun 1969 dan digunakan untuk rusuhan 13 Mei 1969. Atas alasan itu hakim memberi kebenaran kerana penduduk di sini ada hak," jelas Surendren.

Sebelum ini, DBKL telah mengeluarkan notis untuk merobohkan penempatan pada 15 Mac melibatkan 40 buah keluarga dan sebuah sekolah Tamil.

Pengusiran secara paksa tersebut didakwa melanggar Artikel 11 (1), Kovenan Hak Asasi Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan dan Artikel 25, Deklarasi Hak Asasi Sejagat.

Susulan itu, demostrasi hari ini mendesak Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Fuad Ismail agar menyelesaikan tuntutan mereka pada kadar segera namun tidak mendapat sebarang respon.

Menurut Surendren lagi, kerajaan telah berjanji untuk membina rumah teres di kawasan itu sejak 1976 selepas diambil alih daripada syarikat swasta, namun tiada penyelesaian sehingga kini.

Dalam pada itu peguam yang dilantik masyarakat Bukit Jalil, Faadiah Nadwa Fikri menjelaskan injunksi tersebut diperolehi lewat petang semalam dan telah dihantar kepada DBKL awal pagi tadi.

Beliau turut mengucapkan tahniah atas kerjasama penduduk memperjuangkan kepentingan masyarakat agar tidak ditindas mana-mana pihak.

"Tahniah dan syabas di atas perjuangan penduduk Bukit Jalil kerana kita telah berjaya mendapat perintah injunksi menghalang Datuk Bandar Kuala Lumpur daripada datang untuk merobohkan secara haram penempatan Bukit Jalil pada hari ini," katanya.

Bekas OCPD Diarah Bayar RM200 Ribu

Posted: 15 Mar 2011 03:42 AM PDT

TVS NEWS

KUANTAN : Mahkamah hari ini memerintahkan bekas Ketua Polis Rompin, Hanafi Daud membayar kepada Dr Hatta Ramli dan dua pimpinan PAS Pahang, Mazlan Yassin dan Nazri Ahmad sebanyak RM200,000 sebagai ganti rugi dan kos akibat daripada penangkapan dan penahanan yang tidak sah ke atas mereka bertiga di Markas PAS Rompin di Muadzam, Pahang pada 10 Mei 2004 lalu.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuantan, Puan Sazlina Safie membuat keputusan tersebut hari ini setelah Peguam Kanan Persekutuan yang mewakili defendan menyatakan kepada mahkamah bahawa anak guam beliau bersetuju membayar plaintif-plaintif RM200 ribu lapor Harakah Daily.

Kes hari ini ditetapkan untuk perbicaraan taksiran gantirugi.

Pada 26 Ogos 2009, Hakim Datuk Mariana Yahya telah memutuskan bahawa defendan telah menyalahgunakan kuasanya apabila membuat serbuan ke atas markas PAS dan menangkap serta menahan Dr Hatta, Mazlan dan Nazri.

Hakim juga memutuskan bahawa ceramah PAS yang diadakan di dalam kawasan markas tersebut adalah satu perhimpunan yang sah dan tidak memerlukan permit polis kerana ia bukan tempat awam.

Mahkamah juga memutuskan bahawa defendan juga telah melanggar Artikel 5 (3) Perlembagaan Persekutuan kerana gagal memberitahu plantif-plaintif atas alasan apa mereka ditangkap.

Setakat ini, inilah kali pertama pihak OCPD disaman oleh pimpinan PAS di atas gangguan yang dilakukan oleh pihak polis ke atas ceramah PAS, hatta hakim sendiri menemplak defendan kerana mengganggu ceramah PAStersebut sedangkan ia berjalan secara aman dan telah banyak kali dijalankan di markas tersebut.

Dr Hatta yang juga Bendahari PAS Pusat dan ahli Parlimen Kuala Krai, Mazlan dan Nazri diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin manakala Hanapi Daud diwakili oleh Kamal Azira Hassan.

Isu DNA: Zaid Ibrahim jadi alat Umno, kata Anwar

Posted: 15 Mar 2011 03:41 AM PDT



SHAH ALAM — Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Presiden Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) sebagai "alat Umno" apabila meminta Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR itu menyerahkan sampel DNA secara sukarela dalam liwat yang dihadapinya sekarang.

Kata Zaid, dengan menyerahkan DNA ia akan membantu Anwar membuktikan yang beliau tidak bersalah, sekali gus menaikkan kredibilitinya.

Beliau yang keluar PKR hujung tahun lalu berkata, orang ramai merasakan sukar untuk menerima hakikat bahawa seorang pemimpin enggan memberikan bukti bagi membersihkan namanya sendiri.

Menurut Anwar (gambar), beliau enggan menyerahkan sampel DNA kerana bertindak berdasarkan fakta dalam kes liwat yang melibatkan Mohd Saiful Bukhari sebagai mangsa dalam kejadian itu.

"Itu pendapat beliau (Zaid) mewakili Umno, buat apa nak ikut cakap beliau.

"Saya melihat dari segi undang-undang dan fakta," jawab beliau ringkas pada sidang media selepas program Wacana Ekonomi - Federalisme: Keadilan Dalam Mengagihkan Kekayaan Negara di sini.

Semalam, pihak pendakwaan berhujah bahawa Mahkamah Tinggi boleh dan patut membenarkan permohonannya bagi dikeluarkan perintah supaya Anwar memberikan sampel DNA beliau.

Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden berkata, permohonan itu mungkin tidak pernah dibuat sebelum ini tetapi dibenarkan mengikut undang-undang manakala Akta Keterangan 1950 memberikan kuasa kepada mahkamah untuk mengeluarkan perintah itu.

Tunang Teoh setuju ditemu bual pakar psikiatri forensic

Posted: 15 Mar 2011 03:40 AM PDT

BERNAMA

KUALA LUMPUR — Soh Cher Wei, tunang mendiang Teoh Beng Hock, telah bersetuju untuk ditemu bual oleh pakar psikiatri forensik di Melaka, demikian menurut Suruhanjaya Siasatan bagi menyiasat kematian bekas pembantu seorang anggota exco kerajaan Selangor itu.

Setiausaha suruhanjaya Datuk Saripuddin Kasim berkata Soh telah mengemukakan beberapa syarat kepada suruhanjaya sebelum ditemu bual, antaranya keseluruhan temu bual tersebut mesti dirakamkan dengan menggunakan kamera video dan peguam beliau harus hadir bersama sepanjang sesi temu bual tersebut.

Beliau berakta dalam satu kenyataan di sini hari ini bahawa suruhanjaya turut menghubungi abang kepada Teoh, Teoh Meng Kee, semalam dan beliau telah memaklumkan bahawa segala perbincangan berhubung perkara itu perlu dibuat melalui peguam yang mewakili keluarga mereka, Gobind Singh Deo.

Sebelum ini Pengerusi suruhanjaya itu Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen meminta tiga pakar psikiatri iaitu perunding forensic psikiatri Hospital Permai Johor Dr Bada''iah Yahya, pakar perunding psikiatri Kementerian Kesihatan Dr Nor Hayati Ali dan Pengarah Hospital Permai Johor Dr Benjamin Chan, menemu bual Soh dan rakan media kerana Teoh sebelum ini bekerja sebagai setiausaha akhbar.

Ketiga-tiga pakar psikiatri itu diperlukan untuk membantu suruhanjaya bagi mengenal pasti sifat dan sikap Teoh.

Teoh, 30, setiausaha politik anggota Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, selepas memberi kenyataan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.

Suruhanjaya siasatan itu dianggotai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk T.S.Nathan, Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh dan Pakar Perunding Psikiatri Forensik serta Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 26 Jan lepas, antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner membuat keputusan terbuka.

Gempa Jepun: 43 staf UTHM termasuk empat gagal dikesan selamat

Posted: 15 Mar 2011 03:39 AM PDT

KUALA LUMPUR— Kesemua 43 kakitangan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia yang menuntut di Jepun termasuk empat yang dilaporkan gagal dikesan kini disahkan berada dalam keadaan selamat.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam UTHM Shafry Salim, pihaknya telah berjaya menghubungi kesemua 43 kakitangan yang menuntut di Jepun yang dilanda gempa bumi dan tsunami paling buruk Jumaat lalu.

"Pihak UTHM telah berkomunikasi dengan kesemua kakitangan yang berada di sana dan mereka telah mengesahkan keadaan masing-masing," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata daripada jumlah itu hanya dua kakitangan iaitu Nabilah Ibrahim yang menuntut di Universiti Tohoku dan Mohammad Kamil Abdullah (Universiti Iwate) yang berada di kawasan itu.

"Daripada jumlah tersebut (43 orang) hanya dua orang kakitangan UTHM yang berada di wilayah yang yang dilanda bencana iaitu Nabilah dan Mohammad Kamil.

"Kedua-dua mereka telah pun dihubungi dan memaklumkan situasi mereka yang berada dalam keadaan selamat," katanya.

Tambah Shafry, pihaknya akan terus memantau perkembangan yang berlaku di Jepun demi memastikan keselamatan kakitangan berada di tahap terbaik.

"UTHM sedang merancang untuk menyalurkan bantuan yang sewajarnya kepada kedua-dua mereka demi memastikan pengajian mereka tidak terjejas.

"UTHM akan terus memantau secara rapat perkembangan di Jepun demi memastikan keselamatan dan kebajikan staf yang berada di sana di tahap yang terbaik," katanya.

Semalam The Malaysian Insider melaporkan UTHM gagal mengesan empat kakitangannya yang belajar di Jepun.

Kesemua kakitangan itu ditaja oleh pihak universiti dan ada yang ditaja Kementerian Pengajian Tinggi untuk melanjutkan pelajaran di peringkat PhD.

Pada Jumaat lalu, Jepun dilanda gempa bumi dan tsunami - memusnahkan kawasan timur laut negara itu.

Kawasan Fukushima, antara bahagian paling turuk dilanda gempa bumi dan tsunami.

Lima sekeluarga keracunan akibat makan cendawan tahun

Posted: 15 Mar 2011 03:34 AM PDT

BERNAMA

ALOR SETAR — Akibat memakan cendawan tahun yang tumbuh di tepi sebuah terusan, lima sekeluarga di Kota Sarang Semut dekat sini dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini petang semalam selepas mengalami sakit perut dan muntah yang teruk.

Mahdzir Baharom dan isterinya serta tiga anak mereka dipercayai mengalami keracunan makanan selepas memakan cendawan itu tengah hari semalam.

Cendawan tahun ialah sejenis cendawan yang tumbuh beberapa hari selepas berlakunya petir dan hujan lebat di sesuatu kawasan dan dipercayai tumbuh setahun sekali sahaja dan selalunya tumbuh di kawasan ladang kelapa sawit, getah atau kawasan berbusut.

Mahdzir, 53, yang merupakan pesara tentera ketika ditemui di HSB hari ini berkata dia menjumpai cendawan itu yang tumbuh di tepi Terusan Wan Mat Saman.

"Semasa saya pulang dari pekan Kota Sarang Semut, saya terlihat cendawan itu tumbuh subur di tepi terusan itu dan mengambilnya...hanya lauk itu sahaja makanan kami sekeluarga untuk tengah hari semalam," katanya.

Katanya dia berasa pening ketika menunggang motosikal untuk berniaga ais kacang dari rumah ke rumah dan kemudiannya muntah-muntah dan mengambil keputusan pulang ke rumahnya di Taman Impian dan ketika sampai di rumah dia lihat isteri dan tiga anaknya juga mengalami keadaan yang sama.

"Memandangkan keadaan semakin teruk, saya menghubungi abang untuk meminta bantuan, dia (abang) menghubungi polis dan ambulans dan membawa kami ke hospital," katanya.

Isterinya, Faridah Yusof, 50, telah dibenarkan keluar dari hospital malam tadi manakala tiga anaknya Siti Nur hidayah, 22, Siti Nor Bazuri, 17, dan Syafikah, 13, masih di rawat di hospital yang sama.

Pengarah HSB, Datuk Dr Juita Ghazalie berkata mereka disahkan mengalami keracunan makanan dan keadaan mereka kini stabil dan menasihatkan orang ramai berhati-hati ketika makan cendawan yang tumbuh liar di sesuatu kawasan.

Radioaktif: Rakyat Jepun, warga asing di Tokyo mula panik

Posted: 15 Mar 2011 03:32 AM PDT

TERKINI
THE MALAYSIAN INSIDER


TOKYO — Tokyo diselubungi perasaan panik selepas kerajaan mengesahkan paras radioaktif di sekitar kawasan timur laut negara itu yang dilanda gempa bumi, menyebabkan sebahagian kecil penduduk mula meninggalkan ibu negara Jepun itu.

Laporan dari Jepun juga menyebut penduduk tempatan mula menambah simpanan stok keperluan rumah.

Beberapa kedutaan asing juga menasihatkan kakitangan dan rakyat negara masing-masing agar meninggalkan tempat-tempat yang terjejas dan syarikat-syarikat multinasional juga mengambil langkah sama ada menggesa kakitangannya menjauhi kawasan terbabit atau menimbang untuk memindakan mereka ke luar Tokyo.

Menggambarkan perasaan panik di kalangan warga kota Tokyo, tinjauan Reuters hari ini menunjukkan Don Quixote, kedai 24 jam di daerah Roppongi telah kehabisan radio, lilin, tin-tin minyak dan beg tidur.

Gambar kombinasi menunjukkan pemandangan dari satelit di kompleks Fukushima Daiichi pada 21 November 2004 (kiri) dan 14 Mac 2001. — Foto Reuters
Terdahulu Perdana Menteri Jepun mengesahkan kebocoran radiasi pada kadar yang tinggi di kawasan timur laut yang menempatkan loji-loji tenaga nuklear.

Pelancong-pelacong asing seperti Christy Niver dari Egan, Minnesota berkata mereka mengalami pengalaman menakutkan dan mahu meninggalkan Tokyo segera.

Anak perempuannya berusia 10 tahun, Lucy kelihatan lebih tegas untuk meninggalkan Tokyo.

"Saya takut. Saya sangat takut, saya lebih rela hadapi tornado," katanya.

"Saya mahu tinggalkan (kawasan ini)," katanya lagi.

Pasukan Czech Symphony Orchestra juga meninggalkan Tokyo dengan bas menuju wilayah Ishikawa di sebelah barat Jepun selepas konsert mereka di sini dibatalkan.

"Sebahagian mahu kembali ke kampung halaman mereka selepas gempa bumi, tetapi sukar untuk mendapatkan tiket bagi seratus orang sekarang," kata Hitomi Sakuma, pemain piano.

Bank utama Amerika Syarikat, Citigroup juga berkata pihaknya secara konsisten memaklumkan pekerjanya berhubung perkembangan semasa tetapi belum ada arahan supaya memindah keluar mereka dari Tokyo.

Beberapa wartawan antarabangsa yang membuat liputan di kawasan bandar raya Sendai, yang teruk dilanda gempa bumi dan tsunami yang meragut sekurang-kurangnya 10,000 orang, juga meningalkan kawasan tersebut.

Pejabat Michael Page International, syarikat perkhidmatan pengambilan pekerja Britain di sini, juga ditutup selama seminggu.

"Saya akan pergi ke Singapura esok dan akan bekerja dari pejabat kami di Singapura," kata seorang pekerjanya.

Agensi berita Kyodo kadar radiasi setiap minit juga dikesan di Tokyo dengan paras radiasi di Saitama dekat ibu negara Jepun itu sekitar 40 kali lebih tinggi berbanding paras normal - tidak cukup untuk menyebabkan kemudahan ke atas orang ramai tetapi ia sudah cukup untuk mencetuskan rasa panik.

Sekitar 12 juta orang tinggal di kawasan metropolis itu.

Angin sedang menerbangkan secara perlahan-perlahan radiasi dari loji tenaga nuklear Fukushima Daiichi, yang terletak kira-kira 240 kilometer ke utara Tokyo.

Royalti: Kelantan dakwa pindah kes salah, mahu kekal di bahagian dagangan

Posted: 15 Mar 2011 03:31 AM PDT

TERKINI

KUALA LUMPUR — Kerajaan negeri Kelantan hari ini memfailkan permohonan agar kes tuntutan royalti minyak, yang difailkan Ogos lalu, dipindahkan semula ke bahagian dagangan Mahkamah Tinggi, bukannya didengar oleh bahagian sivil.

Permohonan itu dibuat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang ini.

Dalam permohonan yang dibuat menerusi Exco Kerajaan Negeri Datuk Husam Musa, kerajaan negeri Kelantan berkata pihaknya terkilan dengan keputusan memindahkan kes tersebut, yang dibuat secara pentadbiran dan tanpa pengetahuan atau persetujuannya.

"Oleh yang demikian ia merupakan satu keputusan yang salah di sisi undang-undang, dan hendaklah diperbetulkan.

"Saya telah seterusnya dinasihatkan oleh firma tersebut dan sesungguhnya percaya bahawa guaman ini hendaklah dipindahkan kembali ke Bahagian Dagangan selaras dengan Arahan Amalan No. 1 Tahun 1989 yang menyatakan panduan untuk menentukan perkara-perkara yang terangkum di bawah setiap bahagian dalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur," kata Husam dalam permohonan tersebut.

Pada 30 Ogos lalu, kerajaan negeri Kelantan memulakan tindakan perundangan dengan memfailkan saman terhadap Petronas mendakwa syarikat petroleum nasional itu tidak membayar royalti yang dianggarkan RM800 setahun sejak 2005.

Menurut kerajaan negeri Kelantan, tindakan Petronas itu bukan sahaja melanggar undang-undang sedia ada, tetapi juga mendakwa bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Kes difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Kerajaan Kelantan mengambil keputusan muktamad pada 25 Ogos lalu untuk mengemukakan saman terhadap Petronas berhubung tuntutan royalti minyak yang diperoleh dari perairan negeri itu — di sempadan Thailand-Kelantan.

Sebelum ini, Husam berkata dalam kes saman itu kerajaan negeri tidak menetapkan jumlah tuntutan yang dibuat dan terserah kepada mahkamah untuk menentukannya.

Writ saman itu dikemukakan atas nama Petronas dan bukannya kerajaan Malaysia.

Dalam permohonan hari ini, Husam berkata, kerajaan negeri Kelantan telah memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 30 Ogos lalu dan hanya seorang defendan iaitu Petronas disaman.

"Saya telah dinasihatkan oleh firma tersebut dan sesungguhnya percaya bahawa pembelaan telah difailkan oleh Petronas, yang mana Kelantan telah memfailkan jawapan terhadapnya. Kemudian, pliding telah ditutup.

"Saya telah dinasihatkan oleh firma tersebut dan sesungguhnya percaya bahawa selepas pliding telah ditutup, kerajaan persekutuan pada atau kira-kira 16 November lalu memfailkan suatu permohonan untuk dicantumkan defendan kedua dalam guaman ini," kata Husam sambil menambah, Kelantan menentang permohonan percantuman tersebut.

Permohonan menentang percantuman masih belum selesai, kata Husam lagi.

Husam berkata pengurusan kes saman mereka telah ditetapkan pada 15 Disember lalu untuk memberikan peluang kepada Kelantan memfailkan afidavit jawapan terhadap permohonan percantuman tersebut.

Permohonan percantuman itu kemudian ditetapkan untuk pendengaran di hadapan Hakim Nalini Pathmanathan di Mahkamah Dagang pada 24 Januari lalu dan pihak-pihak terbabit diarahkan memfailkan dan saling bertukar hujahan bertulis masing-masing semasa pengurusan kes seterusnya pada 18 Januari.

Walau bagaimanapun semasa menyerahkan hujahan bertulis pada 18 Januari, Husam dalam permohonannya hari ini menambah, pihaknya dimaklumkan bahawa guaman tersebut telah dipindahkan ke Bahagian Sivil Mahkamah Tinggi.

"Ini (ketika itu) merupakan kali pertama Kelantan dan firma tersebut dimaklumkan berkenaan pemindahan tersebut," katanya.

Husam berkata alasan yang diberikan ialah kerana ia melibatkan isu-isu perlembagaan dan hakim yang akan mendengar permohonan tersebut akan ditentukan kemudian.

Husam menjelaskan pada 24 Februari Hakim Mohd Yusof di bahagian sivil telah menetapkan pendengaran permohonan percantuman pada 22 Mac ini dan memberikan arahan berkenaan pemfailan hujahan bertulisan pendengaran tersebut.

"Saya telah dinasihatkan oleh firma tersebut dan sesungguhnya percaya bahawa setakat pengetahuan mereka, tiada satupun pihak dalam guaman tersebut telah memohon untuk pemindahan kes ini dari bahagian dagang ke bahagian sivil.

"Pemindahan kes ini ke bahagian sivil oleh yang demikian tidak dibuat berikutan daripada suatu keputusan kehakiman selepas suatu permohonan rasmi oleh suatu pihak dalam kes ini," katanya lagi.

Tiada ulasan: