Selasa, 15 Mac 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Berita Buruk: Tahap Radiasi Loji Nuklear Fukushima Daiichi Hampir Samai Loji Chernobyl

Posted: 15 Mar 2011 08:00 AM PDT


Menurut Reuters, pihak berkuasa keselamatan nuklear Perancis mengeluarkan kenyataan bahawa keseriusan nahas nuklear loji Fukushima Daiichi di Jepun, milik Tokyo Electric Power, hari ini mencecah paras enam. Skala antarabangsa yang digunakan sekarang adalah antara satu hingga tujuh.

 Semalam, ASN memutuskan bahawa malapetaka itu di tahap lima atau enam. Paras tujuh hanya digunakan sekali iaitu iaitu membabitkan loji Chernobyl di Ukraine pada 1986. Nahas di loji tenaga nuklear Three Mile Island di Amerika Syarikat pada 1979 hanya diklasifikasikan sebagai lima.

Awal hari ini Perdana Menteri Jepun mengesahkan kebocoran radioaktif di loji itu manakala hampir 200,000 orang dipindahkan. Loji itu terletak 240 kilometer ke utara Tokyo.


P/s: Saudara, bayangkan betapa bahayanya radiasi stesen nuklear jika berlaku kebocoran/letupan. Malaysia khabarnya bertegas mahu membina stesen nuklear. Jika bina stadium boleh runtuh, bagaimana jika bina stesen nuklear? Ngeri!!!


Khabar Sedih, Bil Elektrik Pula Bakal Naik!!

Posted: 15 Mar 2011 06:00 AM PDT


Tarif elektrik mungkin dinaikkan dalam tempoh enam bulan seperti yang dinyatakan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.
Alasan yang diberikan ialah harga gas asli dan arang batu yang dijangka naik di pasaran dunia. Alasan ini merupakan jawapan bertulis kepada anggota Parlimen Batu Gajah Fong Po Kuan.

Malang! 

Seperti biasa, saya bukan berpegang bahawa semua barangan dan perkhidmatan perlu dikekalkan harganya sampai bila-bila. Cuma, rakyat miskin macam saya ingin mempersoalkan fasal:
* ...subsidi RM15 bilion yang diberikan kerajaan kepada syarikat IPP sedangkan rakyat marhaen perlu membayar kenaikan harga uitiliti. Syarikat-syarikat ini mengutip keuntungan setiap tahun dengan bantuan duit rakyat yang begitu besar jumlahnya.
* ...gaji tahunan CEO TNB yang sangat besar jumlah seperti tersebar di internet sebelum ini. Jumlah yang heboh diperkatakan ialah sekitar RM1 107280 00. Jumlah tersebut sebelum kenaikan sebanyak 100% yang heboh diperkatakan sebelum ini.

Rumah saya, tanpa alat pendingin hawa, bil elektriknya mencecah RM70-RM80 sebulan. Di rumah keluarga saya di kampung bil elektriknya sekitar RM50-60 sebulan. Tidakkah anda sedar bahawa bil elektrik begitu tinggi sekarang? Jika berlaku kenaikan, berapa pula jumlah bil elektrik yang perlu kita bayar?

Bayangkan bil elektrik di rumah yang mempunyai alat pendingin hawa atau peralatan elektrik yang canggih dan hebat? Bagaimana pula dengan keluarga yang berpendapatan rendah?

Cuba tanya Menteri Kabinet Najib, adakah mereka perlu membayar bil utiliti setiap bulan?

P/s: "Terima kasih" penyokong BN!

Bayi Ajaib: Terselamat Selepas Hilang dalam Kejadian Tsunami di Jepun

Posted: 15 Mar 2011 05:00 AM PDT


Seorang bayi perempuan berusia 4 bulan yang dikhuatiri hilang dibawa arus tsunami akhirnya ditemui selamat di bawah runtuhan rumah yang musnah. Selepas mengalihkan kayu dan sisa runtuhan rumah, pasukan penyelamat membawa keluar bayi tersebut yang didapati hanya mengalami kecederaan ringan.

Selama tiga hari ibu bapa bayi yang berasal dari Kampung Ishinomaki itu mencari bayi tersebut dan menganggapnya mungkin sudah meninggal dunia selepas kampung yang letaknya di daerah Sendai itu teruk dilanda tsunami.

Allah Maha Besar!

[PANAS] Selepas Dimaki Saudara Kandung, Ummi Hafilda Akan "Dibogelkan" Baginda. Tunggguuuu!!!

Posted: 15 Mar 2011 02:00 AM PDT

Baginda

Saya petik:
[MK] Bekas rakan niaga Ummi Hafilda Ali hari ini mengancam menjelajah ke seluruh negara bagi berceramah untuk mendedahkan apa yang dikatakan "skandal" wanita itu di masa lalu.

Baginda Minda, yang mendakwa rakan niaga untuk projek berkaitan pembinaan Lapangan Terbang Antarangsa Kuala Lumpur (KLIA), berkata beliau tidak dapat menahan lagi dakwaan Ummi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Baginda mendakwa, ketika Ummi membuat pelbagai dakwaan, termasuk tentang moral ketua pembangkang itu, wanita itu sendiri mempunyai skandal dengannya di London.

Menurut Baginda, Ummi tidak jujur apabila terlibat dalam kempen pilihan raya kecil Merlimau dan Kerdau awal bulan ini.

Beliau yang mendakwa cukup mengenali Ummi mendakwa, wanita itu tidak akan melakukan sesuatu perkara jika tidak dibayar.

Menyingkap perbicaraan liwat pertama terhadap Anwar pada lebih 10 tahun lalu, Baginda menuduh Ummi membuat perjanjian dengan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin supaya membuat pengakuan yang menentang ketua pembangkang.

Baginda mendakwa perjanjian itu memerlukan Ummi berbohong di kandang saksi bagi membolehkan diberikan bahagian kecil dalam projek KLIA yang bernilai berbilion ringgit.

Justeru, Baginda mendakwa Ummi telah ditipu Daim yang menyebabkan dia tidak mendapat apa-apa dan terpaksa "menjaja" isu Mohd Saiful Bukhari Azlan bagi mendapatkan wang.- Hazlan Zakaria

P/s: Siapa bogel siapa? Baginda tentu lebih "kenal" Ummi Hafilda berbanding orang lain. Kah kah kah! Bila Ummi mahu saman Baginda kerana menuduhnya berzina dengan lelaki itu?

Ummi kena tipu? Kah kah kah!

Dahulu Jantan, Kini Bapuk Cun

Posted: 15 Mar 2011 12:00 AM PDT




Bekas ahli bina badan lelaki, Chrisie Edkins di Southampton, Britain kini bergelar model glamor selepas dia menukar identitinya menjadi seorang wanita, lapor sebuah akhbar semalam.

Edkins, 31, ditawarkan banyak kontrak peragaan yang menyaksikannya beraksi sebagai model wanita malah dia juga menceburi bidang nyanyian.

Lelaki tersebut yang memiliki seorang anak perempuan berusia sembilan tahun, Chloe, hidup sebagai seorang wanita selama bertahun-tahun sebelum dia tampil secara terbuka dengan identiti barunya itu pada tahun 2003.

"Saya masih melaksanakan tanggungjawab sebagai penjaga dan anak saya memahami kehidupan baru saya," katanya.

Edkins yang dahulunya dikenali dengan nama lelaki, Chris pernah bekerja sebagai seorang mekanik dan juruelektrik dengan tujuan untuk membuktikan kepada dirinya bahawa dia ialah seorang lelaki 'sejati'.

Namun, dia kemudian memutuskan untuk akur kepada naluri kewanitaan yang kuat dalam dirinya.

Edkins kemudian menjalani terapi hormon dan pelbagai rawatan kosmetik termasuk rawatan membesarkan payu dara untuk tampil sebagai seorang wanita yang cantik.

Dia mengubah profil diri di Facebook kepada wanita pada tahun 2003.


* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.


Judi Bermaharajalela di bawah Kerajaan BN. Apa Hukum Undi Kerajaan Bersekongkol dengan Judi?

Posted: 14 Mar 2011 10:45 PM PDT


Saya sokong sepenuhnya langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri Kelantan di bawah pimpinan PAS yang mengharamkan sebarang bentuk judi. Untuk penegtahuan penyokong UMCO, Kerajaan Kelantan pimpinan PAS mengharamkan sebarang bentuk aktiviti perjudian sejak mengambil alih negeri itu 20 tahun lalu.

Kita maklum bahawa Islam melarang sebarang bentuk judi. Saya ada pautkan kiriman fasal hukum dan sebab pengharamannya sebelum ini. Jadi, saya malas mahu meyalintampalkannya di sini.

Timbul persoalan, mengapa haramkan juga judi sedang orang bukan Islam tidak dihalang berbuat demikian? namun dari segi moral, judi adalah perbuatan yang tidak baik. Mungkin kerajaan memperoleh jutaan RM hasil cukai kegiatan perjudian, namun impak negatifnya terlalu besar untuk masyarakat umum. Saya perturunkan satu kesan buruk judi, selebihnya anda boleh fikirkan sendiri:

* Judi mendorong seseorang menghabiskan wang dan berhutang. Ada yang sanggup berhutang dengan "ah long" untuk membiayai tabiat itu apabila kehabisan. Akibatnya, ahli keluarga diganggu oleh "ah long" apabila  kaki judi gagal mebayar hutang. Kerana tidak tahan diganggu "ah long", ibu bapa memutuskan hubungan kekeluargaan, manakala si isteri menuntut cerai. Lebih malang, ada yang sanggup melacurkan isteri dan anak untuk membayar hutang judi. Berdasarkan kesan ini, tanpa mengira kaum dan agama, apa alasan anda untuk menyokong judi?

Malaysia Kini melaporkan bahawa  Exco Terengganu Toh Chin Yaw berkeras menyatakan bahawa pengharaman judi dan aktiviti maksiat yang lain di Terengganu  telah ditarik balik sejak BN mengambil alih kuasa daripada PAS pada 2004.

"Sejak BN mengambil alih, semua larangan terhadap premis hiburan seperti karaoke, kedai penjualan minuman keras, pusat snuker, konsert dan lain-lain telah ditarik balik."

Anda faham maksud kenyataan yang dikeluarkan oleh Exco Terengganu itu? Maksudnya, UMCO yang kononnya terlebih Islam daripada orang lain, terlebih Melayu daripada orang lain, bermuka-muka dan hipokrit dalam isu halal dan haram apabila bersekongkol menarik semula larangan judi selepas perkara itu diharamkan oleh PAS ketika mengambil alih pemerintahan di Terengganu. Dalam hal ini, saya mahu tanya, apakah hukum rakyat Terengganu mengundi UMCO yang menarik balik pengharaman tersebut?



Selepas kes Kerajaan Pusat didakwa memberikan lesen judi bola sepak Piala Dunia kepada sebuah syarikat kroni, kini isu berkaitan dengan judi kembali  hangat apabila Majlis Perbandaran Kota Bharu baru-baru ini menyerbu kedai alat tulis yang menjual tiket loteri di Kelantan.

Tindakan itu telah membuatkan "pelakon porno" aka Presiden MCA Dr Chua Soi Lek membuat bantahan dan memohon bertemu muka dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk  membincangkan perkara itu. Keinginan Chua Soi Lek itu disambut dengan tangan terbuka oleh TG Nik Aziz dan bersedia bertemu dengan Chua tanpa syarat.

Poin saya, sokong BN, bersemaraklah judi di negara kita. Jika tidak, masakan negara memiliki pusat judi antara yang terbesar di dunia!


ADUN Bukit Payung Buat Laporan Polis terhadap "Berita Harian". Mengapa?

Posted: 14 Mar 2011 06:00 PM PDT


Saya petik:
[HD] Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payung, Ustaz Mohd Nor Hamzah membuat satu laporan polis terhadap akhbar Berita Harian hari ini.

Laporan polis tersebut dibuat pada jam 3.00 petang tadi di Balai Polis Chendering, Kuala Terengganu kerana berunsur fitnah serta memalukan wakil rakyat berkenaan.

Katanya, pihak polis diminta segera bertindak membuat siasatan terhadap penulis serta akhbar terbabit agar tidak meneruskan laporan bersifat fitnah dan memalukan itu.

"Kami buat laporan polis ini supaya pihak polis segera buat siasatan terhadap akhbar yang terlibat agar jangan meneruskan lagi.

"Kita minta mereka (akhbar) segera menunaikan beberapa tanggungjawab terhadap kesilapan yang mereka buat dengan menjatuhkan imej saya selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang dipilih oleh rakyat," tegasnya.

Beliau berkata demikian selepas membuat laporan polis di Balai Polis Chendering dengan diiringi oleh beberapa orang ahli jawatankuasa Majlis Tindakan Dun (MTD) Bukit Payung.

Ini berikutan, laporan sebuah akhbar arus perdana itu yang melaporkan 'Pegawai Adun mengaku khalwat' serta dikaitkan dengan Adun Bukit Payung.

Mohd Nor turut melahirkan rasa kesal dan malu dengan fitnah yang dikaitkan isu khalwat dengan Pegawai Adun Bukit Payung.

"Saya buat laporan fitnah dan malu. Memalukan saya dan rakyat di Bukit Payung. Fitnah 'jahat' yang menyatakan saya melantik seorang pegawai yang terlibat dengan skandal seks, sedangkan saya tidak memiliki mana-mana pegawai.

"Ini (laporan) bukan hanya memalukan saya tetapi memalukan rakyat di Dun Bukit Payung, yang mereka memilih saya menjadi wakil rakyat mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-12, lalu," ujarnya.

Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Terengganu menafikan mengenali individu terbabit berdasarkan laporan berita tersebut.

Katanya, dalam Dun Bukit Payung mempunyai lebih 19,000 pengundi yang terdiri dari kalangan rakyat Umno, PAS dan lain-lain.

"Saya tidak kenal individu itu berdasarkan laporan berita tersebut. Pengundi di Dun Bukit Payung seramai 19,000 orang yang terdiri dari rakyat Umno, PAS dan sebagainya.

"Nama Mohd Din Jusoh mungkin ramai yang terdapat di Dun Bukit Payung. Saya tidak pernah melantik dia (Mohd Din) sebagai pegawai Adun.

"Ini fitnah 'jahat' yang menyatakan saya melantik seorang pegawai yang terlibat dengan skandal seks sedangkan, saya tidak memiliki mana-mana pegawai," jelasnya.

Sehubungan itu, Ustaz Mohd Nor telah menyerahkan kepada pihak peguam dari Dewan Pemuda PAS negeri bagi meneliti serta mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terbabit.

Hadir sama mengiringinya, Ketua Penerangan Dun Bukit Payung, Mohd Nasir Ismail.

P/s: DCM ada menyiarkan berita kes ini semalam.

Tiada ulasan: