Selasa, 15 Mac 2011

Ajijoi

Ajijoi


PAKATAN RAKYAT PERAK BUAT LAPORAN POLIS ISU DEMONSTRASI HARAM UMNO PERAK

Posted: 15 Mar 2011 12:07 AM PDT


IPOH , 15 MAC , Pakatan Rakyat Perak telah membuat satu laporan Polis berkenaan isu demonstrasi haram di hadapan pejabat PAS , DAP dan PKR di Jalan Medan Istana Ipoh pada ahad lepas yang dihadiri oleh sekumpulan individu yang dikenali sabagai ahli UMNO bersama Dato Hamidah Othman, Adun Sungai Rapat yang juga merupakan ketua penerangan wanita UMNO Malaysia.

Beberapa orang wakil yang terdiri dari PAS, DAP dan PKR, yang diwakili Yb Sivakumar ( DAP ), Sdr Ismad Shahril ( PAS ) , Yb Chan Ming Kai ( PKR ), Yb Wong Kah Woh ( DAP ), dan Ustaz Hafez Sabri ( PAS ) telah hadir ke Balai Polis Ipoh, untuk membuat laporan tersebut

Poster-poster yang berbaur hasutan dan ugutan ditampal di depan pintu pejabat PAS, DAP dan PKR Perak dengan tujuan untuk menimbulkan kekacauan dan mempengaruhi keputusan mahkamah.

Tujuan demonstrasi haram itu kononnya untuk mendesak Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk menyerahkan DNA beliau, kumpulan demonstrasi haram ini juga telah menampal poster-poster yang mempunyai perkataan " subjudice " seperti andaikata PAS dan DAP gagal mendesak Anwar Ibrahim memberikan DNA, maka sahlah DNA lelaki Y adalah DNA Anwar Ibrahim dan Anwar Ibrahim bakal Hosni Mubarak Malaysia dan beberapa kata-kata kesat yang ditulis diatas poster kumpulan demonstrasi haram itu.

Bagi PAS dan Pakatan Rakyat Perak, kes yang melibatkan Dato' Seri Anwar Ibrahim masih dalam perbicaraan dan pertimbangan mahkamah, Oleh yang demikian pihak luar tidak boleh campur tangan dan mempengaruhi keputusan hakim dan mahkamah.

Tindakan demonstrasi haram yang diketuai Dato Hamidah Othman itu, jelas menunjukkan bahawa bahawa UMNO bertindak secara tidak professional serta mereka menghina mahkamah yang sedang menguruskan kes tersebut.

Pakatan Rakyat Perak menggesa agar pihak polis membuat penyiasatan dan menghentikan segera segala provokasi yang cuba menimbulkan iklim politik kotor di Perak, hal ini penting supaya tindakan seperti desakan dan demonstrasi haram ini tidak mempengaruhi keputusan mahkamah dalam membuat sebarang keputusan berkenaan kes ini.

PAS dan Pakatan Rakyat komited mansuhkan saman ekor

Posted: 15 Mar 2011 12:04 AM PDT


IPOH, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menyatakan Parti Islam SeMalaysia (PAS) komited akan menghapuskan saman ekor sekiranya diberi peluang memerintah negara dalam pilihanraya akan datang bersama Pakatan Rakyat.

Menurut beliau PAS bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat akan membincangkan kaedah paling baik bagi menyelesaikan masalah tersebut. PAS ingin menegaskan bahawa pelaksanaan saman ekor bukanlah kaedah terbaik untuk mendidik rakyat supaya berhemah dalam memandu di jalanraya.

Beliau menyatakan PAS dan Pakatan Rakyat sangat memahami keperitan rakyat berhadapan dengan saman ekor yang tidak memberi peluang kepada rakyat untuk dibicarakan, membela diri dan dibuktikan bersalah, sebaliknya rakyat terus dihukum dengan nama mereka disenarai hitamkan dan pelbagai tindakan tidak berperi kemanusiaan.

Menurut beliau lagi, setelah beberapa bulan kita mengadakan kempen melalui KASE untuk mendesak dihapuskan saman ekor, tetapi kerajaan melayan dengan mengetatkan lagi akta berkaitan JPJ dan "menswastakan" urusan beberapa aspek saman ini, di mana tindakan ini akan lebih menyusahkan rakyat khususnya masyarakat luar bandar dan kurang berkemampuan. Sebab itulah, kita melihat bahawa rakyat tidak ada pilihan melainkan menukar pemerintahan BN kepada PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya yang akan datang bagi melihat usaha murni kami ini dapat direalisasikan.

ustazabubakar.wordpress.com

Pelancaran KASE peringkat negeri Perak

Posted: 14 Mar 2011 04:24 PM PDT

IPOH (13.3.2011): Pelancaran Kempen Anti Saman Ekor (KASE) peringkat negeri Perak telah dilangsungkan di Dewan Makan, Restoran Nasi Ayam Nusantara, Medan Gopeng, Ipoh jam 2.00 petang.

Pengerusi KASE Perak, Sdr Abdul Rahim tidak menyangka bahawa kehadiran yang begitu ramai melebihi sasaran sehinggakan ruang dewan penuh sehingga berasak-asak. Beliau begitu bangga dengan sokongan dan kepercayaan orang ramai terhadap kempen tersebut.

Turut hadir bersama didalam majlis pelancaran pada petang ini adalah Adun Changkat Jong, YB Haji Mohd Anuar Bin Sudin.

Lokasi pelancaran

Mendaftar kehadiran dan juga butir-butir saman ekor

Kehadiran yang memenuhi dewan

Sdr Kamil mengacarakan majlis pada petang ini

Ucapan aluan oleh Pengerusi KASE Perak, Sdr Abdul Rahim


Ucapan daripada Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Dr Khairuddin Dato' Abdul Malek


Sdr Zulhazmi, peguam yang mengendalikan kes-kes saman ekor

Masing-masing menjebik akan kekejaman saman ekor yang dikenakan kepada rakyat

Seorang muslimat berkipas dengan lajunya menandakan panas sungguh isu saman ekor ini

Panjang menung Ustaz Misbah, entah berapalah saman ekor yang 'mengekorinya'

Sungguh bersemangat sekali peguam Zulhazmi memberikan penerangan akan hak-hak orang awam apabila berhadapan dengan kes saman ekor

Mendengar dengan penuh kusyuk akan undang-undang yang telah ditunggang-langgangkan pihak berkuasa

Banyak dah berhabis membayar saman ekor kot? Sampai pengsan apabila mengetahui hak-hak kita yang sepatutnya tak perlu dibayar saman-saman ekor tersebut

Laporan lanjut mengenai hari pelancaran KASE peringkat negeri Perak boleh diikuti diblog Alhusseyn dan Ustaz Misbah

Tiada ulasan: