Ahad, 6 Mac 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Benteng terakhir Umno di Felda

Posted: 06 Mar 2011 01:56 AM PST

DETIK DAILY

BeritaParti KeADILan Rakyat (PKR) menyifatkan pemimpin Umno dan BN menggunakan taktik kotor bagi mengepung sokongan orang Melayu terhadap parti itu.

Setiausaha Agungnya, Saifuddin Nasution berkata pemimpin Pakatan Rakyat terutama PAS dan KeADILan (PKR) digambarkan sebagai mengkhianati orang Melayu. Malah, katanya juga mengkhianati Islam, menderhakai Raja dan menjadi kuda tunggangan kepada orang Cina di negara ini.

"Ini adalah taktik kotor untuk mengepung sokongan orang Melayu terhadap Umno supaya orang Melayu tidak bersama dengan kita.

"Kita dalam Pakatan Rakyat ini terutama PAS dan KeADILan mestilah digambarkan sebagai pemimpin yang mengkhianati orang Melayu. Pemimpin yang mengkhianati Islam, pemimpin yang menderhaka terhadap Raja, pemimpin yang menjadi kuda tunggangan kepada orang Cina khususnya DAP," jelasnya.

Beliau berkata demikian pada Ceramah Himpunan Warga Felda Negeri Terengganu di Pasti Kertih I, Ketengah Jaya, Paka, Dungun, baru-baru ini.

Menurutnya, pada masa sama diberi gambaran bahawa jika Umno-BN kalah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) kelak negara akan diperintah bukan Melayu.

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang menaruh keyakinan masa depan politik Umno terancam jika Pakatan Rakyat berjaya meroboh benteng terakhir BN di tanah rancangan.

"Saya percaya jika kita berjaya merobohkan benteng dan kubu terakhir Umno-BN di kawasan tanah rancangan (Felda) ini, sudah tidak ada lagi masa depan politik buat Umno-BN di bumi Malaysia ini. Dia bertahan di sini sahaja," ujarnya.

Beliau mendakwa sokongan bukan Melayu terhadap Pakatan Rakyat jauh lebih baik berbanding siri-siri pilihan raya sebelum ini.

Ini kerana, katanya semakin lama bukan Melayu bersama Pakatan Rakyat akan hilang segala rasa ketakutan tersebut.

"Jika dahulu ditakutkannya menyokong kita ini. Jika dahulu betapa sukarnya kita mendapat sokongan bukan Melayu terhadap kita.

"Tapi hari ini, sokongan bukan Melayu kepada kita jauh lebih baik berbanding siri-siri pilihan raya sebelum ini. Semakin lama mereka berkawan dengan kita, semakin lama mereka mengenali kita, semakin dekat mereka dengan perjuangan kita. Bukan Melayu ini sudah tidak ada lagi rasa takut," tegasnya.

Muhyiddin Amaran Rakyat, Kita Amaran Muhyiddin

Posted: 06 Mar 2011 01:53 AM PST

MSO

MUHYIDDIN Yassin, Zaid Hamidi dan Hishamuddin Hussein memberi amaran supaya golongan tertentu tidak asak rakyat daripada melakukan apa yang rakyat Mesir lakukan. Pada saya Muyiddin tidak perlu bersusah payah memberi apa-apa amaran, sebaliknya beliau dan UBN mengenal pasti apa yang rakyat mahukan hari ini.

Apa yang mereka itu kena ingat kalau rakyat sudah berang, hilang sabar, rakyat akan melakukan apa saja. Mereka akan bangkit tanpa mempedulikan apa-apa lagi. Jangan perkecil suara rakyat. Hari ini ada beberapa lompongan yang perlu diisi segera oleh kerajaan UBN kalau mereka tidak mahukan rakyat mengamuk. Kalau mereka tidak mahu melihat pertumpahan darah, UBN kena perbaiki segera kepincangan ini.

Apa juga kepincangan yang berlaku dalam negara ini sehingga boleh membawa kepada keributan, perbalahan hatta pertumpahan darah kerajaan UBN kena bertanggungjawab. Jangan bila sudah berlaku tragedi semuanya disalahkan kepada pembangkang. Pihak kerajaan kena sedar yang mereka juga ada saham dalam sebarang cetus timbul.

Mungkin UBN merasa selesa selama ini kerana rakyat negara ini agak penakut dan berhati-hati dalam tindakan mereka ke atas kerajaan. Bila diadakan tunjuk perasaan, rakyat mudah dihurai. Hanya dengan pancutan water cannon saja rakyat akan lari. Atau bawa beberapa ekor anjing bersama FRU memegang cotal rakyat akan bercelidar lari.

Tetapi akan sampai ke satu tahap di mana rakyat tidak akan pedulikan water cannon lagi. Rakyat akan balik dan tumbangkan kereta kebal atau black maria. Akan ada rakyat yang akan sanggup mengorbankan nyawa demi melahirkan keadilan dan perubahan menyeluruh. Iya keadaan itu akan sampai juga nanti kalau kerajaan tidak mempeduli atau mendengar dengan baik suara dan rintihan rakyat. Jadi amaran tidak bermakna lagi.

Rakyat Mesir juga begitu. Mulanya mereka takut dengan Mubarak. Bagi rakyat Mesir Mubarak adalah helang yang gagah dan cekap menyambar. Mereka selalu lari menyembunyikan diri bila Mubarak bersuara. Suara Mubarak bagaikan halilintar. Tetapi apa sudah jadi akhirnya. Kerana sudah melampau akhirnya rakyat Mesir kehilangan takut berganti dengan keberanian luar biasa.

Mereka ramai-ramai keluar dari gubuk persembunyi mendesak Mubarak berundur. Akhirnya Mubarak jatuh terjelapak.

Banyak yang berlaku kini tidak menyenangkan rakyat. Rakyat merasakan mereka diperbodohkan oleh kerajaan.

1. Saman ekor yang tidak masuk akal itu menyusahkan rakyat.
2. Pembahagian projek kepada kroni, diskriminasi dan penindasan secara 'berpelembagaan' masih terus berlaku.
3. Kenaikan harga barang yang sesuka hati tanpa sebab dan kawalan berpatut.
4. Pengangguran yang ramai dan tidak ada usaha mengatasi masalah ini.
5. Untuk mengatasi masalah penganggur kerajaan ambil mereka sebagai kakitangan kontrak kemudian bila cukup tempoh setahun atau dua tahun dihentikan begitu saja tanpa diserap ke jawatan tetap.
6. Ketirisan dalam sistem pembahagian subsidi dan peruntukan kepada rakyat. Kontrak hanya diberi kepada 'lembu jambu' dan 'gajah biru' saja.
7. Tidak ada pembaikian terhadap sistem pilihan raya.
8. Ketidak tegasan dalam tindakan undang-undang dan berlakunya pendakwaan terpilih masih berlaku. Perwujudan SPRM dan pembaikian sistem kehakiman hanya gimik saja.
9. Kian banyaknya berlaku penyelewengan dalam sistem pentadbiran, demokrasi dan sebagainya.

Inilah antara faktor atau pun hambatan kepada kerajaan yang mana satu hari nanti kalau mereka hilang sabar menyebabkan mereka akan bangkit memberontak. Mereka bukan saja setakat berhimpun tetapi juga akan membakar negara ini. Apa yang berlaku di Mesir, Tunisia dan negara Timur Tengah dan Afrika antaranya disebabkan oleh perkara disebutkan di atas tadi.

Muhyiddin atau Najib dan menteri lain perlu ingat, amaran dan larangan mereka itu yang bunyinya keras dan tegas ia tidak akan dipedulikan rakyat. Rakyat yang hilang sabar dan sudah ditindas melampau tidak akan peka dan prihatin kepada amaran itu.

Rakyat seperti harimau lapar yang dikurung, kalau ia tidak diberikan makanan atau tatkala ia hendak mengawan dan tidak diberikan kawan, dia akan mengamuk mengoyak sangkar. Sang harimau sanggup mati dalam sangkar besi asal dia merasai puas dan aman dengan kematian itu. Tunggulah Muhyiddin keadaan akan muncul juga kalau tuntutan tidak diselesaikan. Sebab rakyat bukan selamanya bodoh.

Justeru jalan terbaik ialah UBN tidak begitu sombong dan bongkok dan merasakan mereka boleh menipu dalam segala hal dan merasakan mereka akan berkuasa sampai khiamat

Proses Pengundian DUN Merlimau, Kerdau Ditutup

Posted: 06 Mar 2011 01:33 AM PST

BERNAMA

JASIN: Proses pengundian bagi dua pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Merlimau, di sini dan Kerdau, Pahang ditutup tepat pukul 5 petang ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata semua tujuh pusat pengundian di Merlimau dan 13 di Kerdau telah ditutup dan peti undi kini dibawa ke pusat penjumlahan undi di kawasan masing-masing.

Jurucakap SPR bagi DUN Merlimau menjangka keputusan dapat diumumkan pada pukul 8 malam ini.

Sementara itu di TEMERLOH, Pengawai Pengurus pilihan raya kecil DUN Kerdau Datuk Tarif Abdul Rahman berkata semua peti undi di DUN itu dijangka tiba di pusat penjumlahan sebelum pukul 7 petang.

"Proses penundian berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan," katanya ketika dihubungi

Najib dan Muhyiddin mulakan sesi bertemu rakyat di Sarawak pada 19 Mac

Posted: 06 Mar 2011 01:32 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

KUCHING — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan memulakan sesi bertemu rakyat di Sarawak pada 19 Mac ini, kata Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Sarawak Dr Stephen Rundi hari ini.

Beliau berkata program turun padang oleh Najib dan Muhyiddin itu akan bermula di Serian, kira-kira 65km dari sini.

Katanya Najib (gambar kiri) dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor akan mengikuti laluan darat untuk melawat ke Kampung Semera di Sadong Jaya, Kota Samarahan, kira-kira 100km dari sini.

Beliau memberitahu Bernama di sini hari ini, Muhyiddin (gambar kanan) dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman pula akan menaiki helikopter untuk berkunjung ke Kampung Melayu di Lingga, Bahagian Sri Aman, kira-kira 300km dari sini.

"PM dan TPM akan melakukan tinjauan mesra di kampung, beramah mesra dengan penduduk setempat. Kedua-dua pemimpin akan turut makan tengah hari di sana dan menjamah sajian tempatan.

"Tinjauan mesra dan lawatan ke kampung-kampung akan menghubungkan PM dan TPM dengan rakyat," katanya.

Dr Rundi berkata lawatan Najib dan Muhyiddin adalah sebahagian daripada pusingan pertama sesi bertemu rakyat yang akan diadakan di seluruh negara.

Bulan lepas, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Operasi dan Pelaksanaan program itu, berkata pusingan pertama sesi itu dijangka selesai September ini, disusuli pusingan berikutnya yang akan diadakan sehingga berlangsungnya pilihan raya umum. — Bernama

SPR: Logo parti jangan, 1Malaysia OK

Posted: 06 Mar 2011 01:20 AM PST

Jimadie Shah Othman

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah mengeluarkan arahan supaya tiada logo parti dipamerkan pada kenderaan yang mengangkut pemilih ke pusat pembuangan undi esok.

NONEBagaimanapun, BN dan PAS masih boleh menggunakan pengenalan warna dengan menampal kertas bersaiz A4 padanya.

"BN warna biru dan PAS warna hijau. Pada lepas-lepas mereka menggunakan bendera dan logo. Kita dah bincang dengan polis.

"Itu dianggap berkempen," kata timbalan pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Ditanya tentang logo 1Malaysia, beliau berkata, ia tiada masalah kerana bukan logo parti.

"Apa juga lambang lain tiada masalah," tambahnya dalam sidang media di Temerloh hari ini.

Wan Ahmad menasihatkan orang ramai mematuhi keputusan itu dan tidak meletakkan undang-undang di tangan sendiri dengan menghalang pengundi yang memakai logo selain parti, seperti 1Malaysia.

"Itu dikira menghalang orang membuang undi dan boleh ditangkap," katanya sambil memberitahu arahan itu telah tiga hari dikeluarkan kepada parti bertanding.

Cadangan pengenalan warna itu pernah cuba dijalankan beberapa kali dalam pilihan raya kecil sebelum ini dan belum diikuti secara menyeluruh, tambahanya.

Sementara itu, beliau juga menasihatkan pemilih turun awal membuang undi kerana cuaca esok diramalkan mendung dan dikhuatiri hujan di sebelah petang.

Bagaimanapun, beliau menjangkakan sasaran 80 peratus keluar mengundi akan dicapai kali ini.

Jika gagal di bandar, kembali ke estet, saran Palanivel

Posted: 06 Mar 2011 01:12 AM PST

BERNAMA

Presiden MIC Datuk G. Palanivel hari ini meminta kaum India kembali bekerja di estet milik syarikat berkaitan kerajaan (GLC) jika mereka gagal menyesuaikan diri di bandar.

Ini kerana katanya, taraf kehidupan pekerja ladang kini semakin baik berikutan keputusan kerajaan menaikkan kadar upah minimum golongan itu kepada sekurang-kurangnya RM700 sebulan.

"Pada pendapat saya, estet menjanjikan kehidupan yang selamat berbanding hidup di tengah bandar. Hubungan masyarakat di estet juga lebih rapat, keselamatan terjamin dan bukan mudah pengaruh luar hendak masuk ke estet yang dikawal 24 jam oleh pengawal keselamatan," katanya, di sini hari ini.

Beliau yang ditemui pemberita selepas melawat Pusat Khidmat Masyarakat di Wisma MIC, berkata langkah itu juga dapat membantu menampung keperluan tenaga kerja di estet.

Jika kaum India kembali bekerja di estet, maka sektor ini tidak perlu lagi bergantung kepada tenaga kerja asing seperti dari Indonesia dan Bangladesh, kata Palanivel yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Mengulas isu berbeza, Palanivel turut menempelak penyokong pertubuhan haram Hindraf yang pada pandangannya langsung tidak membantu meningkatkan taraf kehidupan kaum India di negara ini.

"Saya mahu tanya anda, adakah Hindraf ini membuat demontrasi kerana membela masyarakat India, mengetengahkan masalah kemiskinan? Apa yang mereka buat di ibu negara dengan berdemonstrasi pada Februari lepas adalah masalah novel Interlok. Mereka tidak membela masyarakat India," katanya.


Program tiga tahun Pakatan S'gor tumpu agenda rakyat

Posted: 06 Mar 2011 01:10 AM PST

Salhan K Ahmad

Setiausaha kerajaan negeri Datuk Mohammed Khusrin Munawi hadir ke majlis sambutan tiga tahun pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor pada malam tadi dengan wajah yang tenang.

Bekas pengarah Jabatan Agama Islam yang kelihatan segak dengan mengenakan baju batik itu ditempatkan di tempat duduk utama di atas pentas majlis berkenaan.

Malah beliau turut bersama-sama pemimpin Pakatan yang lain untuk menyempurnakan satu gimik pelancaran dalam majlis yang sama.

NONEGimik berkenaan adalah bagi pelancaran risalah 'buku jingga' Pakatan yang menggariskan program-program yang akan dijalankan dalam masa 100 hari sekiranya berjaya membentuk kerajaan persekutuan selepas ini.

Sebaik saja menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim selesai memberikan ucapan, beliau turut bangun dan bersalaman dengan Khalid sambil bibirnya menguntumkan senyuman.

Namun, ketika Khalid sedang menyudahkan ucapannya sebelum itu, wajah Mohammed Khusrin ternyata serius.

Khalid menamatkan ucapan beliau itu dengan rayuan kepada para penjawat awam serta para pemimpin yang dilantik dalam pentadbiran negeri Selangor supaya "lebih memahami kemahuan rakyat Selangor."

"Sekarang bukan rakyat yang kena minta, tapi kerajaan yang kena bagi. Rakyat yang menjadi tuan kepada pentadbiran kita," kata Khalid dalam ucapannya.

selangor government launch orange book 060311 khalidDalam ucapan itu, Khalid turut mengumumkan bahawa kerajaan negeri itu akan melancarkan program tiga tahun untuk pembangunan Selangor dalam satu rancangan yang dinamakan Agenda Selangor Untuk Rakyat.

Program yang akan dilancarkan pada 26 Mac itu merupakan rangka kepada semua aspek pembangunan yang akan dijalankan di Selangor, kata Khalid.

Dalam program berkenaan, tumpuan akan diberikan ke atas usaha untuk menyelamatkan khazanah Selangor seperti melalui hasil air, galian dan juga hasil melalui syarikat-syarikat berkaitan kerajaan negeri, katanya lagi.

Tempoh 1,000 hari atau tiga tahun sebelum ini telah membolehkan kerajaan negeri mengenalpasti "kebocoran" melalui hutang yang tidak dikutip oleh kerajaan negeri sebelum ini.

Melalui usaha yang dijalankan, kerajaan negeri telah berjaya mendapatkan semula RM392 juta daripada jumlah yang tidak dikutip itu.

"Kita tidak ambil duit kerajaan Selangor atau persekutuan tapi dari perkara yang dulunya bocor dan tidak dikutip, kita ambil dan beri kepada rakyat. Inilah yang dikatakan hasil negeri untuk rakyat

"Duit itu kita telah mula gunakan, contohnya RM20 juta yang diperuntukkan dan dilancarkan untuk masyarakat miskin di bandar," katanya lagi disambut tepukan pada majlis itu.

Katanya lagi, kerajaan negeri juga telah mengenalpasti aset air milik rakyat bernilai lebih RM10.9 bilion.

selangor government launch orange book shah alam 060311 1Kini, kerajaan negeri sedang berusaha untuk menjadikan pentadbiran air itu dibuat secara telus, tertib dan menguntungkan rakyat, kata Khalid.

Tambahnya, kerajaan negeri juga berjaya mendapatkan semula hasil daripada perlombongan pasir berjumlah RM50 juta melalui syarikat Kumpulan Semesta Sdn Bhd.


Turut berucap di majlis itu ialah ahli parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw mewakili DAP dan juga presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

Pesuruhjaya PAS negeri dan juga exco hal ehwal agama Islamnya Datuk Hasan Ali turut menyampaikan ucapannya di majlis berkenaan.

Sambutan tiga tahun pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor itu diadakan selama dua hari di Stadium Malawati di Shah Alam yang berakhir hari ini.

Antara acara lain sepanjang dua hari program tersebut ialah pertandingan futsal, go-kart, persembahan kesenian, pameran, pertandingan memasak dan pertanding mewarna untuk kanak-kanak.

Kerdau: Peratus keluar mengundi atasi rekod 2008

Posted: 06 Mar 2011 01:01 AM PST

MALAYSIA KINI

Proses pengundian bermula hari ini bagi pilihan raya kecil kawasan DUN Kerdau di Pahang dan DUN Merlimau di Melaka.

Kedua-dua kawasan yang menyaksikan proses kempen pilihan raya yang suram ini merupakan kubu kuat BN dan para penganalisis membuat bacaan awal bahawa parti itu akan memenangi kedua-dua kerusi.

Di Kerdau, calon PAS Hassanuddin Salim berdepan calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad bagi menentukan sokongan dari kalangan masyarakat Melayu yang membentuk hampir 90 peratus daripada 8,999 pengundi berdaftar di sini.

Hassanuddin yang tewas dalam pilihan raya umum 2008 bagi kerusi ini akan membuang undi di Telok Sentang manakala Syed Ibrahim akan mengundi di Kuala Tekal.

Pilihan raya kecil ini diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada 12 Februari lalu akibat serangan jantung.

azlanDi Merlimau pula, pilihan raya kecil ini menyaksikan calon BN Roslan Ahmad ditentang calon PAS Yuhaizad Abdullah bagi kawasan yang dianggap sebagai mini Malaysia berdasarkan pecahan pengundinya.

Kawasan ini mempunyai hampir 65 peratus pengundi Melayu, lebih 20 peratus pengundi Cina dan hampir 15 peratus pengundi India.

Keputusan hari ini akan memberi gambaran kepada tindakan parti masing-masing di sesebuah kawasan seperti ini.

Pilihan raya kecil ini diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan pada 20 Januari lepas, juga akibat serangan jantung.

Galeri Foto


LAPORAN LANGSUNG DI KERDAU

4.15pm: Setakat jam 4 petang, jumlah keluar mengundi ialah 7,336 atau 81.5%.

Jumlah ini adalah melebihi rekod 80.3% yang keluar mengundi dalam pilihan raya umum 2008 bagi DUN Kerdau.

NONE3.27pm: Jumlah keluar mengundi meningkat kepada 7,149 (79.44%) sehingga jam 3 petang.

2.25pm: Seramai 6,805 pengundi (75.62%) telah keluar mengundi sehingga jam 2 petang.

2pm: Kesesakan teruk berlaku di sebatang jalan yang menghubungkan pusat mengundi di Rumpun Makmur dan Kerdau.

Keadaan itu hampir menyebabkan kenderaan yang melalui jalan berkenaan tidak bergerak langsung.

1.25pm Jumlah keluar mengundi hingga hingga jam 1 petang telahpun mencatat angka 6,467 pengundi – 71.86%.

1pm: Ramai petugas dan golongan yang hadir ke kawasan pengundian mengambil peluang untuk berehat, termasuk sekumpulan aktivis daripada Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM).

Kumpulan aktivis berkenaan pada awalnya dilihat menyertai kumpulan petugas BN.

Kelihatan beberapa orang daripada mereka sedang bermain ping pong di hadapan bilik gerakan MBFM yang terletak kira-kira 30 meter daripada SK Jengka 25.

12.30pm: Jumlah keluar mengundi hingga jam 12 tengahari ialah seramai 5,874 orang – 65.29 peratus.

11.30am: Jumlah keluar mengundi hingga jam 11 pagi ialah seramai 4,890 orang – 54.34 peratus.

Sementara itu, suasana lebih meriah dikesan di Felda Jengka 23, di mana penyokong BN dan PAS saling ejek-mengejek di luar pusat pengundian di SK LKTP Felda 23.

NONEKumpulan penyokong dengan kekuatan masing-masingnya seramai kira-kira 100 orang itu berhimpun di pinggir jalan yang menuju ke pusat pengundian berkenaan.

Penyokong BN itu melaungkan "murah" dan "tak sedap" apabila sebuah kereta tiba dengan membawa muatan air botol untuk penyokong PAS.

Penyokong PAS berkenaan bagaimanapun sekadar mengibarkan bendera mereka apabila diejek begitu.

Keadaan di sini secara umumnya aman dengan dikawal sekumpulan anggota polis yang sebahagiannya dilengkapi pistol dan senapang gas pemedih mata.

11.25am: Sekumpulan lebih 200 sedang berkumpul di jalan masuk ke SK Jengka 25, tetapi para penyokong parti itu hanya bersorak sekali sekala sahaja.

Pada waktu ini juga, seramai kira-kira 30 orang anggota polis bertugas mengawal keadaan. Jumlah ini adalah lebih ramai berbanding pada awal pagi ini.

PAS mematuhi arahan SPR dengan tidak mendirikan 'pondok panas' di kawasan ini, tetapi BN sebaliknya.

10.50am: Naib presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man dan rakan sejawatannya dari PKR Fuziah Salleh dilihat meninjau kawasan pengundian di Felda Jengka 25.

Menurut Tuan Ibrahim, PAS bergantung pada pengundi muda yang mewakili 38 peratus daripada 8,999 pengundi.

"Jika mereka turun semua, insya-Allah kita ada harapan," katanya kepada Malaysiakini.

10.45am: Keadaan lalu lintas menjadi sesak di Felda Jengka 25 ekoran keadaan jalan yang sempit dan banyak kereta yang berpusu-pusu.

Polis bertindak menukar aliran trafik menjadi sehala.


1
0.43am: Di SMK Jengka 25, kebanyakan penyokong PAS dan BN merupakan orang luar. Jumlah penduduk yang tidak ramai membolehkan pengundi mengenali antara satu sama lain.

Kelihatan orang tempatan bertanya kepada perayu undi: "Dari mana ya? Tak pernah nampak."

10.30am: Timbalan pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, jumlah keluar mengundi dipercayai telah melebihi 40 peratus.


Sekiranya jumlah keluar mengundi dapat mencecah lebih 50 peratus menjelang tengahari, beliau yakin ia akan melebihi jangkaan jumlah keluar mengundi sebanyak 80 peratus.

Proses pengundian berjalan baik dan lancar, katanya kepada media ketika mengunjungi pusat pengundian SMK Kerdau.

10.20am: Seorang anggota trafik PDRM yang ditugaskan di Felda Jengka 25 berkata, keadaan trafik agak kelam kabut pada awal pagi ini.

Ramai "orang luar" yang datang untuk meninjau kawasan pilihan raya ini, katanya.

Tambahnya, beliau tidak menjangkakan keadaan trafik akan menjadi terlalu sesak walaupun polis bertindak menukar aliran trafik di situ menjadi sehala.

Anggota itu juga berkata, pegawai atasannya mahu mereka menguatkuasakan undang-undang dengan tegas di dalam kawasan rancangan Felda itu.

Katanya, pegawai berkenaan memberitahu mereka supaya menyaman penunggang sesiapa saja yang didapati tidak memakai topi keledar atau membawa bendera parti.

Tambahnya beliau hanya berada di situ untuk memastikan keadaan terkawal.

10am: Peratus keluar mengundi setakat ini adalah sebanyak 36.25 peratus atau seramai 3,262 orang.

Jurucakap SPR berkata suruhanjaya itu menyasarkan lebih 80
peratus akan keluar mengundi hari ini.

NONE"Sasaran dibuat berdasarkan peratus keluar mengundi pada pilihan raya umum 2008 iaitu 80.3 peratus," katanya, lapor Bernama.

Sementara itu, kira-kira 100 penyokong PAS dan BN kini berkumpul dan bercampur satu sama lain dalam satu kumpulan di SMK Felda Jengka 25.

Bagaimanapun, mereka dilihat matang dan tidak mengejek sama lain.

Penyokong PAS, terutama wanita rancak berselawat dan penyokong BN cuma bersorak kepada pengundi.

Pemandu kereta juga dilihat mematuhi arahan SPR dengan tidak menggunakan logo parti, sebaliknya menggunakan kertas warna biru dan hijau pada kenderaan mereka.

9.47am: Calon PAS Hassanuddin Salim berkunjung ke pusat mengundi di Desa Murni dan turut menyapa seorang pengundi yang sedang memeriksa maklumat di kaunter SPR.

Sementara itu, seramai kira-kira 200 orang penyokong PAS dan 100 orang penyokong BN berkumpul di tepi jalan sambil melaungkan slogan dan ejekan.

Kumpulan PAS melaungkan "Hidup Islam" dan "Hancur rasuah" manakala kumpulan BN yang berada di seberang jalan menyambut dengan laungan "Bohong" dan "Hidup BN."

Hassanuddin yang menyapa penyokong daripada kedua-dua kem berkenaan berkata, beliau melihat sambutan yang baik daripada para pengundi.

Tidak sampai lima minit kemudian, beliau meneruskan perjalanan ke pusat pengundian seterusnya.

NONEKawasan Desa Murni mempunyai seramai 1,343 pengundi – daerah mengundi paling besar dalam kawasan DUN Kerdau.

Dalam pilihan raya umum lalu, BN memenangi kawasan ini dengan majoriti tipis sebanyak 96 undi.

8.45am: Di SK Tekal, jentera PAS dan BN menggunakan taktik memimpin warga emas ke pusat pembuangan undi.

Petugas BN memakai baju berwarna merah dengan tulisan 'Gelombang merah' manakala PAS pula banyak dibantu unit amalnya yang berpakaian seragam berwarna merah tua.

Tiada pondok panas didirikan di sekitar kawasan ini, seperti ditetapkan SPR.

8.30am: Di SK Tekal, suasana tenang dan senyap tidak seperti selalu. SPR menguatkuasakan had sempadan sejauh 50 meter di antara kumpulan penyokong.

Garisan polis juga dipasang di sepanjang jalan menyebabkan tiada kereta diletak di tepi jalan dan tiada orang ramai berkumpul.

Didapati ada gadis berbaju merah jambu, dipercayai anggota Puteri Umno, dilarang dari mengiringi calon warga emas ke peti undi.

8.15am: Calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad membuang undi di Sekolah Kebangsaan Teluk Sentang.

Walau hanya dapat melelapkan mata selama empat jam pada malam tadi, beliau kelihatan cergas dan bersedia untuk mengunjungi pusat-pusat pengundian dalam kawasan itu, seperti amalan biasa bagi calon-calon pilihan raya.

Katanya, beliau berharap pengundi akan keluar beramai-ramai bagi menunaikan tanggungjawab mereka.

8.00am: Pusat pengundian dibuka secara rasmi. Cuaca baik walaupun dijangka mendung pada petang.

Lewat malam tadi hujan telah turun. Keadaan trafik juga baik memandangkan masih belum ramai pengguna jalan raya yang keluar pada waktu ini.

Merlimau: 76.7 peratus sudah mengundi

Posted: 06 Mar 2011 12:51 AM PST

MALAYSIA KINI

Proses pengundian bermula hari ini bagi pilihan raya kecil kawasan DUN Kerdau di Pahang dan DUN Merlimau di Melaka.

Kedua-dua kawasan yang menyaksikan proses kempen pilihan raya yang suram ini merupakan kubu kuat BN dan para penganalisis membuat bacaan awal bahawa parti itu akan memenangi kedua-dua kerusi.

azlanDi Merlimau pula, pilihan raya kecil ini menyaksikan calon BN Roslan Ahmad ditentang calon PAS Yuhaizad Abdullah bagi kawasan yang dianggap sebagai mini Malaysia berdasarkan pecahan pengundinya.

Kawasan ini mempunyai hampir 65 peratus pengundi Melayu, lebih 20 peratus pengundi Cina dan hampir 15 peratus pengundi India.

Keputusan hari ini akan memberi gambaran kepada tindakan parti masing-masing di sesebuah kawasan seperti ini.

Pilihan raya kecil ini diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan pada 20 Januari lepas, juga akibat serangan jantung.

Di Kerdau, calon PAS Hassanuddin Salim berdepan calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad bagi menentukan sokongan dari kalangan masyarakat Melayu yang membentuk hampir 90 peratus daripada 8,999 pengundi berdaftar di sini.

Hassanuddin Salim yang tewas dalam pilihan raya umum 2008 bagi kerusi ini akan membuang undi di Telok Sentang manakala calon Syed Ibrahim akan mengundi di Kuala Tekal.

Pilihan raya kecil ini diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada 12 Februari lalu akibat serangan jantung.

LAPORAN LANGSUNG DI MERLIMAU

4.40pm 76.87 peratus atau 8,181 daripada 10,679 pengundi di Merlimau sudah keluar mengundi sehingga jam 4 petang. SPR mensasarkan lebih 80 peratus akan mengundi hari ini.

3.39pm Hujan lebat turun di bahagian utara DUN Merlimau, bermula dari Kampung Lipat Kajang.

Ditanya sama ada ia akan menjejaskan sasaran PAS untuk mendapatkan 78 peratus pemilih keluar mengundi hari ini, pengarah bilik gerakan parti itu di Merlimau, Jasme Tompang berkata pihaknya masih berharap.

"Pengundi masih keluar mengundi di Tenang, walaupun berlaku banjir," katanya.

PAS, katanya, percaya mempunyai peluang untuk menang dengan majoriti tipis sekitar 61 undi, sekiranya cukup pemilih yang keluar mengundi hari ini, terutama pengundi atas pagar dan mereka yang pertamakali mengundi, yang terdiri daripada 15 peratus jumlah pengundi di Merlimau.

3.30pm Di SRJK(C) Merlimau, selepas tersebarnya dakwaan berlakunya pembelian undi, kira-kira 200 meter dari sekolah tersebut, sentimen penyokong menjadi panas, dan berlaku insiden jerit-menjerit.

NONESeorang penyokong DAP, Tuw Ah Mei, menunjukkan wang kertas RM10 pada penyokong BN, manakala yang lainnya menyanyikan lagi Tahun Baru Cina "Gong Xi Gong Xi", sebagai membayangkan bahawa penyokong BN telah mendapat habuan yang baik, dalam pilihan raya kecil kali ini.

Penyokong Pakatan melaungkan "Mongolia", "Jatuh Najib dan Rosmah!" "Duit rasuah!" manakala penyokong BN membalas dengan laungan "liwat!"

3.30pm 72.6 peratus atau 7,722 daripada 10,679 pengundi di Merlimau sudah keluar mengundi sehingga jam 3 petang. SPR mensasarkan lebih 80 peratus akan mengundi hari ini.

2.40pm 66.8 peratus atau 7,133 daripada 10,679 pengundi di Merlimau sudah keluar mengundi sehingga jam 2 petang. SPR mensasarkan lebih 80 peratus akan mengundi hari ini.

2.31pm Langit mulai mendung, kemungkinan hari akan hujan.

1.30pm: 61.38 peratus atau 6,555 daripada 10,679 pengundi di Merlimau sudah keluar mengundi sehingga jam 1 tengahari. SPR mensasarkan lebih 80 peratus akan mengundi hari ini.

1.05pm Di pusat mengundi Permatang Serai, penyokong PAS kelihatan marah terhadap polis dan SPR kerana membenarkan penyokong BN melepasi halangan, untuk mengiringi pengundi ke kaunter SPR.

Penyokong wanita dari kedua belah pihak menjerit antara satu sama lain.

Seorang penyokong wanita BN dilihat sengaja memprovokasi penyokong PAS dengan berjalan menghampiri mereka seperti gaya seorang model. Penyokong PAS bagaimanapun, tidak memperdulinya.

NONE1pm Masa makan tengahari. Penyokong kedua belah pihak sedang
menjamu selera di bawah pokok. Begitu juga dengan anggota polis anti-rusuhan.

12.45pm Timbalan pengerusi BN, Tan Sri Muhyddin Yassin dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam tiba di pusat mengundi Permatang Serai di SK Merlimau. Kedua-duanya tidak memasuki pusat mengundi tersebut.

Kerana cuaca yang panas, penyokong BN menggunakan payung untuk membawa pengundi ke kaunter SPR.

Permatang Serai merupakan kawasan majoriti pengundi Melayu dengan 82.6 peratus Melayu, 16.9 peratus Chinese and 0.5 peratus India.

BN menewaskan PAS dengan majoriti 453 undi dalam pilihan raya umum 2008. Ketika itu, BN mendapat 1,025 undi manakala calon PAS memperolehi 562 undi.

NONE12.30pm Merlimau: Pada SJK (T) Jasin Lalang, yang terletak di dalam Estet Jasin, anggota polis anti-rusuhan telah ditempatkan di situ sejak jam 7 pagi bagi menghadapi sebarang insiden tidak diingini. Pusat mengundi yang lain tidak dikawal seketat itu.

Ia menjadi pusat pengundian bagi pengundi dari Jasin Lalang, yang terdiri daripada 51.4 peratus India, 12 peratus Cina, 36.5 peratus Melayu dan 0.1 peratus lain-lain.

52 peratus pengundi di pusat mengundi ini telah mengundi setakat ini dan keadaan tenang sahaja di situ.

Penyokong PAS menyuarakan rasa kecewa mereka terhadap penyokong BN kerana memanggil mereka dengan pelbagai gelaran seperti 'lembu' dan mengejek dengan laungan 'buntut'.

Penyokong BN juga melaungkan kepada muslimat PAS supaya jangan bercakap kerana suara mereka adalah 'aurat'.

12.40pm: 54 peratus atau 5,746 daripada 10,679 pengundi di Merlimau sudah keluar mengundi sehingga jam 12 tengahari. SPR mensasarkan lebih 80 peratus akan mengundi hari ini.

NONE12pm Ahli parlimen Kota Melaka Sing Tong Him membuat laporan di balai polis Merlimau, mendakwa pada jam 11.45 pagi tadi, dia telah dimaklumkan oleh penyokong PAS dan DAP bahawa ada orang yang memberi wang RM100 di sebuah rumah dekat dewan serbaguna di Permatang Bukit Merlimau .

Sim, bersama seorang jurugambar akhbar China Press dan dua orang lagi, telah pergi ke rumah tersebut untuk mengetahui apa yang berlaku di situ.

Dalam laporannya itu, dia mendakwa mendapati seorang ahl majlis dari MCA dan tiga orang lagi, sedang memberi wang kepada pengundi.

Jurugambar tersebut mengambil beberapa gambar, tetapi dipaksa memadamkannya.

Bagi mengelak perkara tidak diingini, Sim berkata, dia meminta jurugambar itu memadam gambar-gambar tersebut. Dia kemudiannya beredar dari situ dan membuat laporan polis.

Sim berkata, dia menganggapnya sebagai perbuatan membeli undi.

11.40am 43 peratus atau 4,571 daripada 10,679 pengundi di Merlimau sudah keluar mengundi sehingga jam 11 pagi. SPR mensasarkan lebih 80 peratus akan mengundi hari ini.

11.39am Suasana di Ayer Merbau kembali tenang apabila kumpulan Pemuda PKR beredar menuju ke pusat mengundi yang lain.

NONETetapi sekumpulan Pemuda BN kedengaran mengusik janggut penyokong PAS.

"Janggut sunah Nabi! Ni la bodoh, bangang," jawab seorang daripada mereka.

11.14am Seorang pengundi di Ayer Merbau Lim Lam Seng, 50, memuji BN.

"Jalan-jalan semuanya dipasang lampu dan kami tidak takut lagi pada waktu malam. Kini mereka membina sebuah taman tema air di Chinchin, yang akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan," kata Lim, yang menjadi satu ahli MCA sejak 1983.

11.10am Di SK Merlimau, keadaan jadi panas apabila Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam tiba untuk melawat pusat mengundi dan kedai-kedai berhampiran Merlimau Utara.

Penyokong Pakatan melaungkan "rasuah, rasuah".

NONEKetika ditemui Malaysiakini, Mohd Ali menafikan tuduhan tersebut
sambil berkata Umno Bersih dan mereka (negeri Pakatan) yang rasuah, dengan mendakwa berlakunya 'rompakan' balak di Kelantan sejak 21 tahun lalu, dan mencuri pasir di Selangor.

Penyokong BN kelihatan membawa kain rentang bertulis "Selamatkan Malaysia dari Pembohongan".

11.05am Seorang anggota Wanita Umno dari Wilayah Persekutuan, yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Zabedah berkata, dia berada di Ayer Merbau sejak 25 Februari.

"Ini untuk negara," katanya sebelum melaungkan "masuk BN, tinggalkan lempeng (merujuk kepada lambang PAS)."

10.55am Calon PAS Yuhaizad Abdullah melawsat pusat mengundi SK Merlimau 2 - tempat mengundi bagi pengundi dari Merlimau Utara, di mana 42.3 peratus adalah Melayu, 17.1 peratus Cina dan 40.1 peratus India.

Calon BN menang di Merlimau Utara dalam pilihan raya lalu dengan mendapat 234 undi manakala PAS memperolehi 174 undi.

10.52am Merlimau: Kira-kira 20 penyokong BN berarak menuju ke pusat mengundi Ayer Merbau, mencetuskan insiden jerit-menjerit dengan pesaing mereka dari Pakatan.

Pemuda PKR melaungkan "Sapu Malaysia" dan "1Islam!" setiap kali Pemuda BN melaungkan "1Malaysia!"

Ayer Merbau mempunyai jumlah teramai pengundi Cina di antara tujuh daerah pengundi, dan tempat terletakkan bilik operasi PKR bagi pilihan raya kecil DUN Merlimau.

NONE10.45am Di Ayer Merbau, penyokong BN melaung "Si ketot!", "Calon
tak jadi!" dan "skuad liwat!" ketika ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin tiba di situ.

Seorang penyokong PAS dari Johor, Rokiah Bakar merungut "Manusia macam setan. Rosak orang macam ni". Dia memijak bendera BN sambil berkata adalah "syirik" umat Islam menggunakan simbol dacing.

10:39am Di pusat pengundian Ayer Merbau - SRJK (C) Merlimau - penyokong BN mengusik penyokong PAS, yang sebahagian besarnya adalah wanita.

"Ni semua nak mati dah!" kedengaran seseorang melaung ke arah seorang penyokong PAS yang sudah berusia.

NONE10.35am Sehingga jam 10 pagi, 30 peratus atau 3,175 orang sudah mengundi.

10:05am Konvoi motosikal BN berlegar di sekitar pekan Merlimau. Mereka memakai baju biru BN dan mengebarkan bendera BN.

09:56 Perniagaan laris di gerai keropok lekor di seberang jalan pusat pengundian. Pemilik, Mohd Zaid - penduduk tempatan Chinchin - berkata dia membuka gerai sejak jam 7 pagi. Dia dan isterinya mengundi sebaik sahaja pusat pengundian dibuka pada jam 8 pagi

NONE9.42am Yang paling vokal di Chinchin adalah NGO Skuad Teraju Elit Pemuda Selangor (Steps), yang sebelum ini dilihat menyertai demonstrasi anti-kerajaan negeri di Selangor.

9.35am Penyokong PAS mengadu bahawa polis tidak bersikap adil kerana melarang penyokong PAS daripada melintasi garisan yang dipasang di pusat mengundi, sedangkan penyokong BN dibenarkan berbuat demikian.

Anggota Unit Amal PAS, Md Razi Jamaludin, 38, tidak puas hati terhadap perkara tersebut. Dia juga menafikan semangat anggota parti itu rendah kerana parti itu dijangka tewas di Merlimau.

Sebaliknya, katanya, semangat mereka adalah tinggi serta optimis untuk menang, tetapi mereka terpaksa berpecah antara dua pilihan raya kecil - Merlimau dan Kerdau, dan sebahagianya dihantar untuk mengiringi calon parti itu Yuhaizad.

9.25am: Menurut pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sehingga jam 9 pagi, 15 peratus atau 1,500 orang sudah mengundi.

9.16am Penyokong PAs pula membalas dengan melaungkan ke arah Puteri Umno, "mengandung, mengandung". Mereka kemudiannya diarah oleh pemimpin mereka supaya berhenti berbuat demikian.

NONE9.05am Calon BN, Roslan Ahmad serta isterinya beredar dari tempat
mengundi dan tempat kira-kira 350 penyokong BN di situ. Beberapa penyokong BN sudahpun kedengaran mengucap tahniah atas "kemenangannya".

Puteri Umno dan Wanita Umno mengebar bendera parti dan menyanyi lagu 'Inilah Barisan Kita".

9.01am Calon PAS, Yuhaizad mengetuai bacaan doa di markas PAS bersama kira-kira 100 penyokong.


Kira-kira 76 peratus pengundi di stesen mengundi Chinchin adalah Melayu. Ini merupaka kampung halaman Yuhaizad. PAS mendapat satu perempat daripada undi di situ pada 2008.

NONE8.40am Roslan beratur di salah satu saluran mengundi tetapi
kemudiannya mendapati dia masuk bilik yang salah untuk hendak mengundi.

Ini mencetuskan sedikit kekecohan di kalangan jurugambar kerana mereka terpaksa bergegas ke bilik lain.

Secara kebetulan, isteri Roslan juga melakukan kesilapan yang sama dengan masuk ke bilik yang salah ketika hendak mengundi.

8.10am Di daerah pengundian Merlimau Pasir, dua wartawan TV dari Aljazeera diarah keluar oleh anggota polis dari kawasan sekolah ketika mereka mahu mewawancara pengundi.

NONEPolis melarang wartawan stesen TV untuk berbuat demikian dalam kawasan sekolah.

Pengundi mula tiba di SK Merlimau untuk mengundi. Daerah mengundi tersebut mempunyai 2,180 pengundi. BN menang dengan majoriti 393 undi - dengan memperolehi sejumlah 985 undi dalam pilihanraya umum lalu.

Calon BN, Roslan Ahmad akan mengundi di sini.

8.00am Merlimau: Pusat pengundian dibuka secara rasmi bagi kawasan pilihan raya ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya meramalkan jumlah keluar mengundi mencapai kadar 80 peratus, namun pengundi dinasihatkan supaya keluar awal kerana ribut petir dijangka berlaku di sebelah petang.

Merlimau 72.6%, Kerdau 75.62% keluar mengundi

Posted: 06 Mar 2011 12:45 AM PST

BERNAMA

Pusat mengundi di Dun Merlimau dan Kerdau akan ditutup serentak pada 5 petang ini.

JASIN: Kira-kira 72.6 peratus daripada 10,679 pemilih berdaftar telah keluar mengundi pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan

Negeri (Dun) kawasan Merlimau, Melaka sehingga 3 petang ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

SPR mensasarkan lebih 80 peratus pengundi akan menunaikan tanggungjawab mereka pada PRK ini yang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional Roslan Ahmad, 44, dan calon PAS Yuhaizad Abdullah, 38.

Sementara itu, sehingga pukul 2 petang ini, pemilih yang sudah keluar mengundi pada PRK Dun Kerdau, Pahang mencecah 75.62 peratus atau 6,805 orang.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Dun Kerdau Datuk Tarif Abdul Rahman ketika dihubungi memaklumkan peratusan keluar mengundi meningkat dengan begitu baik mungkin disebabkan cuaca cerah sejak pusat mengundi dibuka pukul 8 pagi ini.

Semua 13 pusat mengundi di Dun Kerdau akan ditutup serentak pada 5 petang ini dan peti undi akan dibawa ke Dewan Tun Razak, Majlis Perbandaran Temerloh untuk dijumlahkan.

Kenapa Anwar berada di kandang tertuduh?

Posted: 06 Mar 2011 12:42 AM PST

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim duduk di dalam kandang tertuduh setiap hari kini adalah kerana beliau sedang berusaha untuk membuat perubahan asas dalam sistem pentadbiran negara ini, kata Naib Presiden PKR, N Surendran.

Surendran yang juga seorang peguam dalam kenyataannya berkata, perubahan ini semestinya menghakis pengaruh kerajaan Barisan Nasional (BN) dan pastinya akan menyingkirkan BN dari kekuasaan.

Atas dasar itulah, katanya, Umno dan BN akan berusaha untuk menyekat usaha yang dibuat Anwar itu dengan pelbagai cara termasuk mendakwanya dengan pelbagai kes.

Bagi beliau, pemimpin dan kerajaan BN sememangnya tidak peduli tentang kewajaran perubahan ini yang memberi manfaat kepada rakyat.

"Apa yang mereka pentingkan adalah kelangsungan politik mereka sahaja. Selain hanya obsesi ke atas kelangsungan ini, mereka juga mengabaikan perkara-perkara yang memberikan manfaat kepada negara," kata beliau dalam kenyataan itu.

Bagi Surendran, reformasi yang dibawa oleh Anwar akan menghapuskan ketidakcekapan pengurusan ekonomi dan pembaziran yang diakibatkan dari gejala rasuah dan kronisme; bebas dari kawalan institusi politik yang sepatutnya bersifat bebas; dan mengembalikan kebebasan politik kepada rakyat yang dirampas oleh kerajaan BN selama lebih 50 tahun.

Struktur, imperatif dan para personaliti BN membuatkan ianya mustahil bagi mereka untuk melaksanakan perubahan dan memulihkan diri mereka.

Maka mereka mengetatkan cengkaman ke atas negara yang sedang bergelut untuk bergerak ke depan menuju kebebasan dan kemakmuran untuk semua, dan menggunakan cara tertentu untuk melumpuhkan sesiapa yang berjuang untuk mengembalikan kuasa kepada rakyat.

"Maka setiap hari Anwar didudukkan di dalam kandang tertuduh, dan nasib negara digantung tanpa tali," tegas beliau.

Bagi Surendran, adalah sesuatu yang tidak asing lagi buat rejim yang zalim untuk merencana pendakwaan fitnah terhadap musuh-musuh politik mereka.

Dalam tahun 1930-an, Stalin merancang beberapa siri perbicaraan yang menyaksikan penyingkiran semua yang mengancam kekuasaan beliau.

Pada 1995, Ken Saro Wiwa, seorang tokoh pengkritik yang dihormati di dalam kerajaan Nigeria telah didakwa dengan pertuduhan rekaan oleh tribunal tentera dan dijatuhi hukuman mati walaupun dikecam masyarakat antarabangsa.

Pada 2009, ikon demokrasi Burma, Aung San Suu Kyi telah dijatuhi hukuman tiga tahun penjara dengan kerja berat selepas didakwa dalam perbicaraan palsu atas pertuduhan tidak masuk akal iaitu mengingkari perintah tahanan rumah.

Dengan mencontohi tindakan-tindakan ini, Kerajaan BN mendakwa Anwar Ibrahim, katanya.

Rakyat pula, kata belkiau, cuba diperbodohkan dengan perbicaraan ini yang dibalut dan disamarkan secara formal dengan perendahan undang-undang.

"Sebagai ketua pendakwaan, Pejabat Peguam Negara mestilah berubah secara komprehensif, dan kuasanya yang besar mesti dikaji," tambahnya.

Pihak tertinggi polis dan kerajaan mestilah bertanggungjawab terhadap pencabulan perundangan awam dan pembaziran wang rakyat akibat dari perbicaraan ini.

Bagi beliau, tiada negara yang bergelut atas nama Kebebasan boleh ditekan sebegitu lama.

"Jalannya mungkin panjang dan sukar, namun saya menyeru setiap rakyat negara bertuah ini agar melihat semua ini. Kita berhutang dengan diri sendiri dan generasi akan datang," tambah beliau.

Judi: PAS bawa ke mesyuarat Pakatan

Posted: 06 Mar 2011 12:41 AM PST

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: PAS akan membawa isu perjudian di negara ini ke mesyuarat pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat untuk diselesaikan dengan baik.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar) dalam kenyataannya berkata, PAS tahu, sikap Umno dan BN menghalalkan judi sebab itu lesen-lesen perjudian di keluarkan oleh Kerajaan Persekutuan.

"Kita mahu Pakatan Rakyat mempunyai sikap yang tegas dan berbeza dengan BN dalam hal ini," kata beliau dalam kenyataannya itu.

Baru-baru ini, kerajaan negeri Kelantan telah mengambil tindakan terhadap premis yang menjual tiket-tiket perjudian di Kelantan.

Ekoran itu, beberapa kenyataan dikeluarkan oleh pemimpin DAP dan yang terakhir adalah kenyataan Karpal Singh, pengerusi DAP semalam yang mempertikaikan tindakan Kelantan itu.

"Suka saya maklumkan di sini, menjadi polisi kerajaan negeri Kelantan sejak 20 tahun lalu untuk menentang sebarang bentuk perjudian.

"Bagi saya, isu ini perlu dilihat dalam ruang lingkup yang lebih luas dan tidak terbatas kepada Islam dan bukan Islam atau Melayu dan bukan Melayu sahaja.

"Apa yang perlu dilihat adalah kesan buruk daripada perjudian. Pada saya ia ditolak semua agama dan oleh prinsip kemanusiaan untuk wujudkan keluarga, masyarakat dan negara yang baik," kata beliau dalam kenyataannya itu.

Wang SES: Peneroka lapor polis

Posted: 05 Mar 2011 07:29 PM PST

Khairil Abdul Rahim

TEMERLOH: Seorang peneroka hari ini membuat laporan polis terhadap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan dan Pengurus Besar Wilayah Jengka Saari Din berkaitan janji pemberian wang kepada peneroka yang boleh dianggap sebagai jerat hutang.

Mohd Fauzi Abdul Hamid, 37, dari Felda Bukit Sagu 1, Kuantan membuat laporan berkenaan di balai polis Temerloh bagi memohon siasatan segera berkaitan wang SES dan Skim Insentif Tanam Semula (SITS) kerana terdapat unsur penipuan.

Fauzi menjelaskan, Bantuan Tanam Semula Risda adalah kutipan daripada wang SES yang dikenakan kerajaan ke atas setiap jualan getah berasaskan Seksyen 3, Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan getah sebanyak 15 sen per kiligram kering yang mana 5 sen untuk kerajaan dan 19 sen untuk peneroka.

Janji pemberian wang SES sebanyak RM13,000 seorang kepada peneroka diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kerdau di Jengka 23 Ahad lalu.

Ahmad Maslan pula menjelaskan, pembayaran akan dibuat pada 7 Mac, iaitu sehari selepas hari pengundian PRK Kerdau.

Namun peneroka dikenakan dengan tiga opsyen iaitu jika menerima bayaran penuh RM13,000, hendaklah membayar kembali RM650 sebulan selama 20 tahun.

Opsyen kedua ialah jika peneroka menerima RM6,500 perlu membayar kembali RM550 selama 20 tahun. Manakala opsyen ketiga jika tidak mahu menerima apa-apa bayaran, peneroka perlu membayar kembali RM400 sebulan selama 20 tahun.

"Jika peneroka menerima mana-mana opsyen sekalipun, ia akan memebri bebanan yang melampau. Kenapa peneroka tidak difahamkan risiko semua opsyen kerana ia melibatkan hutang yang perlu dipotong setiap bulan?

"Kenapa pula pembayaran dibuat pada hari Isnin & Mac, tidak sebelum hari pengundian pada 6 Mac? Lagi pun, kenapa hanya peneroka di Jengka 22, 23 dan 25 sahaja yang dapat wang SES sedangkan peneroka tempat lain dinafikan hak nya?," soal Fauzi.

Selain wang SES, peneroka juga dijanjikan dengan wang Skim Insentif Tanam Semula (SITS) iaitu pemberian Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bertujuan membnatu meringankan beban pekebun kecil sawit termasuk penerok bagi tujuan tanam semula yang dibayar dengan kadar RM1,000 sehektar.

"Kenapa wang SES dan SITS itu tidak dibayar lebih awal sebelum kempen PRK sebab itu telah lama. Tidakkah itu berbentuk sogokan dan rasuah kepada peneroka untuk mengundi BN?," soal Fauzi.

Selangor Rancang Pembangunan Tiga Tahun Akan Datang

Posted: 05 Mar 2011 07:28 PM PST

TVS NEWS


SHAH ALAM : Kerajaan Selangor sudah menyediakan rancangan pembangunan negeri untuk tempoh tiga tahun akan datang melalui program yang dinamakan 'Agenda Selangor Untuk Rakyat'.

Menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, perancangan ini menumpukan aspek pembangunan negeri dalam usaha meneruskan fokus kerajaan negeri untuk Merakyatkan Ekonomi Selangor.

"Kita juga tidak lama lagi melancarkan plan tiga tahun Selangor 'Agenda Selangor Untuk Rakyat' akan dipersembahkan 26 Mac ini akan merangkumi semua aspek pembangunan Negeri Selangor," katanya.

Khalid berkata demikian pada Majlis Pelancaran Buku Jingga dan Sambutan Tiga Tahun Pentadbiran Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat.

"Pakatan Rakyat mengubah paradigma bahawa bukan rakyat yang meminta, tetapi kerajaan yang dipilih akan menyerahkan kepada rakyat yang menjadi tuan kepada pentadbiran. Merakyatkan ekonomi disokong oleh Buku Jingga," ujar Khalid lagi.

Buku Jingga menyaksikan dasar-dasar yang dibawa oleh gagasan itu dan janji 100 hari pentadbiran sekiranya berjaya menerajui Putrajaya.

"Saya tidak terperanjat apabila Buku Jingga yang dilancarkan di Pulau Pinang dan ramai yang mengatakan Buku Jingga tidak boleh dilaksanakan kerana menelan belanja yang banyak. Dan hari ini kenyataan Barisan Nasional dipatahkan oleh Tan Seng Giaw yang mengatakan kerosakan, kebocoran Barisan Nasional lebih besar dari yang dicadangkan dalam buku Jingga," katanya sambil disambut tepukan oleh hadirin.

"Kalau tiada rasuah, rakyat akan merasa nikmat yang lebih besar dari apa yang ada sekarang,"ujar Khalid lagi.

Khalid turut mengingatkan ikrar Selangor dalam belanjawan yang lalu bahawa tujuan Pakatan Rakyat mentadbir Selangor ialah untuk memastikan hasil negeri diurus dengan baik untuk rakyat melalui program Merakyatkan Ekonomi Selangor.

Menurut Khalid, langkah pertama yang dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat ketika menerajui Selangor tiga tahun lalu dengan menubuhkan Menteri Besar Incorporated (MBI) demi menyelamatkan khazanah Selangor selain menjaga dan memantau syarikat berkaitan kerajaan negeri, dilaksakan dengan jayanya.

Ini terbukti apabila kerajaan negeri berjaya mengenalpasti hutang luar terhadap kerajaan negeri dan mula mengutip kesemuanya yang melebihi RM392juta.

Antara hasil kutipan ini disalurkan kepada rakyat melalui Skim Mikrokredit Luar Bandar dan yang terbaru Skim Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBar).

"Kita tidak mengambil duit kerajaan Selangor dan kerajaan Pusat. Duit melalui perkara-perkara yang dulunya bocor dan tidak dikutip kita berikan kepada rakyat. Ini yang dinamakan hasil negeri untuk rakyat," tanbah Khalid.

Khalid juga menyatakan aset air negeri yang dahulunya berjumlah RM1billion kini telah meningkat kepada RM10.9 ribu juta ringgit.

Selain itu, Kumpulan Semesta Sdn Bhd atau KSSB juga bekerjasama baik dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau SPRM berhubung isu pasir sehingga
kerajaan negeri memperoleh peningkatan hasil kutipan.

"Dahulu banyak tanggapan buruk terhadap Kumpulan Semesta yang nak tangkap pencuri pasir dan sekarang sudah menjadi rakan bersama SPRM. Dari pendapatan sedikit, KSSB sudah merangka untung lebih RM40 juta dan kerajaan negeri mengutip lebih RM10 juta. RM50juta kita berjaya tebus," katanya.

Malah menurut Khalid, kerajaan negeri selangor juga sentiasa menitikberatkan pendidikan apabila RM26 juta diperuntukkan untuk diagihkan kepada sekolah agama, sekolah jenis kebangsaan Cina, Tamil serta menaikkan gaji semua guru Sekolah Agama Fardu Ain (KAFA) sebanyak RM500.

"Tanpa sokongan kerajaan pusat, kita menaiklan elaun guru KAFA sebanyak RM500 dan menjadikan gaji meningkat kepada RM 1,300 sebulan," katanya.

Khalid menambah program ini akan berlangsung secara berterusan dan kerajaan negeri tetap komited dalam melaksanakan program Merakyatkan Ekonomi Selangor,
Hasil Negeri Untuk Rakyat.

"Kita sudah belajar 1000 hari, sekarang masa melaksanakan dengan gigih kerana ianya tanggungjawab kita," tambah beliau.

Turut hadir pada majlis pelancaran yang berlansung di Stadium Malawati malam tadi ialah Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, ahli parlimen Kepong, Tan Seng Giaw yang mewakili Penasihat DAP Lim Kit Siang, Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Teng Chang Kim, barisan kepimpinan Exco,Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Khusrin Munawi serta ahli parlimen dan ADUN Selangor.

Hampir 500 orang hadir bagi memeriahkan majlis yang turut diserikan dengan persembahan nasyid oleh kumpulan koir Jabatan Agama Islam (JAIS) dan Kolej

Sistem Tender Terus Tanpa Ketelusan Punca Kepentingan Rakyat Terabai, Kata Abdullah Sani

Posted: 05 Mar 2011 07:27 PM PST

Ditulis oleh farah azila


SHAH ALAM : Sistem tender terus tanpa amalan ketelusan yang digunapakai merupakan antara punca kepincangan yang menyebabkan kroni Umno-BN memperoleh keuntungan berlipat ganda sehingga mengabaikan kepentingan rakyat.

Menurut Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani berkata sekiranya seorang mendapat projek sehingga RM23 billion, ini disifatkan sebagai projek luar biasa.

Sebelum ini Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Petronas baru-baru ini mengambil keputusan mengalihkan pelaburan RM23 bilion yang sepatutnya digunakan untuk mencari gali minyak di luar negara kepada tiga syarikat tempatan.

Tambah Anwar antara syarikat yang menerima habuan itu adalah KENCANA, milik Datuk Mokhzani Tun Mahathir.

"Sepatutnya sekiranya kita ingin melebarkan keuntungan terutama untuk memajukan syarikat korporat melayu, harus diperbanyakkan dan diberikan sama rata, bukannya seorang. Sekiranya seorang mendapat projek RM20 billion, ini dipanggil projek luar biasa," katanya kepada TV Selangor.

Beliau menambah, pengawalan oleh sekelompok manusia mengakibatkan mereka yang kaya terus menjadi kaya sehingga menafikan peluang usahawan yang baru meningkat.

"Saya percaya inilah punca-punca kepincangan dan tiada pengambilan semula cukai yang terkumpul ataupun subsidi yang diberikan kepada syarikat tertentu mendapat faedah daripada urusniaga yang dilakukan oleh kerajaan, " katanya.

Ujar Abdullah Sani lagi keuntungan yang dicapai oleh syarikat Petronas sepatutnya dapat membantu rakyat namun objektif sebenar telah terpesong akibat campurtangan dan projek mengkayakan kroni terutamanya di zaman Tun Dr. Mahathir.

Segala bentuk perbelanjaan dan kewangan yang diperoleh Petronas sepatutnya dilaporkan kepada Parlimen bukannya kepada Menteri Kewangan.

"Menteri Kewangan berkuasa penuh kepada Petronas dan ini berlaku dalam negara kita. Jika kita lihat di negara Indonesia dan Brunei, mereka melaporkannya kepada Parlimen. Segala bentuk perbelanjaan dimaklumkan supaya hasil mahsul utama dapat diberikan secara telus mengikut sistem yang telah diputuskan dalam pembentukan pentadbiran yang bersih dan amanah," katanya.

Abdullah Sani : Cedok Buku Jingga, Umno-BN Ketandusan Idea

Posted: 05 Mar 2011 07:21 PM PST

TVS NEWS

SHAH ALAM : Tindakan pihak pemerintah Umno - Barisan Nasional mencedok idea daripada Buku Jingga yang diputuskan bersama oleh Pakatan Rakyat menunjukkan Umno-BN kian ketandusan idea dan hilang punca dalam mentadbir negara.

Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani berkata amat memalukan apabila Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Muhyiddin Yaasin tidak dapat memberikan penjelasan kononnya pelaksanaan Buku Jingga boleh mengakibatkan negara muflis.

Buku Jingga yang merupakan dasar bersama yang dipersetujui PR yang dikeluarkan melalui Konvensyen Ke-2 PR di Pulau Pinang pada 19 Disember lepas menggariskan demokrasi yang telus dan tulen untuk memperkasakan ketuanan rakyat, memacu ekonomi berprestasi tinggi yang mampan untuk menjana kemakmuran dan kebajikan kepada semua secara adil, keadilan sosial bagi menjamin pembangunan insan secara menyeluruh dan hubungan persekutuan-negeri dan dasar luar negara yang adil- setara.

"Ini merupakan cakap orang yang tidak betul-betul. Saya melihat mereka kehilangan idea dan tidak ada visi kerangka dalam membantu membangunkan negara. Sebijik buku jingga yang dikritik, dibuat secara tidak bersopan dan memalukan," katanya.

Beliau menambah, dasar Buku Jingga yang diperkenalkan oleh pakatan rakyat menunjukkan pakatan rakyat bersedia untuk mentadbir negara dan memastikan semua hasil negara dikembalikan dan dinikmati oleh rakyat.

"Ini yang dinamakan sebelum perintah sudah berkerajaan. Segalanya sudah terbukti seperti yang kita lakukan di Selangor. Alhamdulillah untungnya rakyat. Jika kita mampu melaksanakannya, kita mampu ke depan dalam memberikan faedah yang cukup lumayan kepada rakyat dan kita tidak mengizinkan harta rakyat dipunggah. Keuntungan yang diperoleh negara akan kita agihkan secara keseluruhan," katanya

Abdullah Sani turut mengumumkan akan mengadakan satu konvensyen buku jingga pekerja pada 3 April 2011. Konvensyen yang bakal berlangsung ini lebih menjurus kepada usaha-usaha dalam memberikan keuntungan kepada pekerja dan memastikan hak-hak mereka selama ini dinafikan terbela.

Buku tersebut turut menggariskan program 100 hari PR yang dilihat sebagai rancangan jangka pendek selepas PR berjaya mentadbir negara yang disebut sebagai permulaan kepada reformasi.

ADUN Baru Merlimau Angkat Sumpah Isnin

Posted: 05 Mar 2011 07:20 PM PST

Ditulis oleh BERNAMA



JASIN : Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Merlimau yang akan dipilih pada pilihan raya kecil kawasan itu esok, dijangka mengangkat sumpah Isnin ini.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Othman Muhamad berkata, upacara angkat sumpah itu dijangka diadakan sebelum perasmian Persidangan Pertama Penggal Keempat DUN Melaka Ke-12 pada 10 pagi hari tersebut.

"Notis untuk persidangan DUN telah diserahkan kepada semua ADUN kira-kira sebulan lepas," katanya kepada pemberita.

Othman berkata, beliau akan menyerahkan notis mengangkat sumpah dan menghadiri persidangan DUN kepada ADUN baru Merlimau selepas menerima surat keputusan rasmi pilihan raya kecil itu daripada Suruhanjaya Pilihan Raya.

Beliau menjangkakan surat keputusan rasmi itu akan diterimanya selepas pengumuman keputusan pilihan raya kecil itu malam esok dan menurutnya majlis angkat sumpah itu adalah yang terpantas dalam sejarah DUN Melaka.

"Kira-kira 12 jam selepas umum ADUN baru Merlimau, kita adakan angkat sumpah, selalunya kira-kira sebulan selepas pilihan raya di Melaka baru angkat sumpah, saya sudah rujuk semua peraturan dan tiada apa-apa halangan kita berbuat demikian," katanya.

Guru Tampil 'Selamatkan' Tuan Ibrahim, Umno Dan Medianya Penipu

Posted: 05 Mar 2011 07:18 PM PST


TVS NEWS


TEMERLOH : Para pemimpin dan media Umno terbukti berbohong ketika mereka memfitnah Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membeli tanah peneroka Felda kerana ianya sebenarnya dibeli oleh pihak lain.

Ia sebenarnya dibeli oleh Ibrahim bin Osman, seorang guru yang hanya meminjam duit dari Tuan Ibrahim dan kini tanah itu dicagarkan oleh Ibrahim kepada MARA untuk satu pinjaman lain lapor Harakah Daily.

"Sebenarnya apa yang berlaku adalah, seorang peneroka Felda telah mengiklan di merata-rata tempat mahu menjual tanahnya. Beliau juga telah menemui saya dan meminta saya membelinya.

"Memandangkan saya tidak ada duit, saya telah bertanya kepada Datuk Tuan Ibrahim untuk membantu saya. Dia bersetuju meminjamkan dahulu duit kepada saya dan sebagai jaminan terhadap pinjaman tersebut saya bersetuju menggunakan nama isteri beliau sementara saya
menjelaskan kesemua pinjaman itu.

"Apabila saya mempunyai duit, saya telah mengambilalih tanah itu dan menggunakannya untuk dicagarkannya kepada pihak MARA atas nama syarikat saya, Syarikat Pintar Kesuma Sdn Bhd (gambar)," kata Ibrahim dalam sidang media khas di Markas PAS Kerdau lewat petang ini.

Ibrahim menjelaskan fitnah yang dibuat Umno dan medianya terhadap Pengarah Pilihan Raya PAS Kerdau Datuk Tuan Ibrahim dengan mendakwa beliau membeli tanah peneroka Felda yang dalam kesempitan bukannya membantu beliau.

(Gambar: Bukti yang menunjukkan tanah itu adalah milik syarikat Cikgu Ibrahim, Pintar Kesuma sdn bhd. Ini adalah borang permohonan cagaran tanah kepada MARA)

Blog Umno juga ada mendakwa Tuan Ibrahim sebagai lintah darat ekoran laporan itu.

"Saya sangat dukacita dengan tuduhan itu kerana hasrat beliau untuk membantu saya dan peneroka berkenaan telah bertukar menjadi satu fitnah terhadap beliau.

"Hasil dari jualan tanah Felda tersebut, peneroka berkenaan telah berjaya membangunkan 15 ekar ladang sawit dan juga ternakan kambing dan lembu, bukannya menjadi dhaif sebagaimana didakwa," kata Ibrahim Osman.

Oleh itu, katanya, soal Datuk Tuan Ibrahim membeli tanah Felda sehingga menganiaya peneroka Felda tidak berbangkit sama sekali dan satu dakwaan dan tuduhan yang tidak benar.

Tuan Ibrahim dalam sidang media itu berkata, beliau tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan isu ini dan hanya membantu meminjamkan wang kepada Ibrahim sahaja.

"Media dan Umno hanya cuba mengalih isu sebenar di Kerdau iaitu masalah hutang kerajaan negeri dengan membangkitkan perkara yang tidak benar ini," kata Tuan Ibrahim.

PR Komited Pastikan Rakyat Selangor Terus Maju

Posted: 05 Mar 2011 07:17 PM PST

Ditulis oleh Ezli



SHAH ALAM : Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Pakatan Rakyat hari ini di Selangor berjaya menukar paradigma pemikiran yang bertitik tolak daripada konsep rakyat datang 'meminta-minta' terhadap kerajaan kepada rakyat adalah 'tuan kepada kerajaan' selaras dengan agenda perjuangan Pakatan Rakyat yang mengangkat Ketuanan Rakyat.

Khalid berkata demikian pada Majlis Pelancaran Buku Jingga dan Sambutan Tiga Tahun Pentadbiran Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat, di sini.

Beliau berkata lagi pembelaan kerajaan Selangor kepada warga pendidik dan bidang pendidikan terbukti apabila kini guru KAFA menerima gaji berjumlah RM1,300. Malahan kerajaan negeri turut memberi penekanan khas kepada pembangunan pendidikan dan prasarana Sekolah Agama Rakyat , Sekolah Jenis Tamil Dan Cina dengan memberi peruntukan yang besar setiap tahun berbanding kerajaan terdahulu.

Tan Sri Khalid juga menjelaskan bahawa sambutan tiga tahun Pakatan Rakyat Selangor yang lebih utama ialah untuk memastikan bahawa pelaksanaan segala agenda dapat dijalankan dengan baik dan rakyat menerima hasil gerak kerja yang dirangka selama ini demi kebajikan rakyat.

Sementara itu Exco Kerajaan Selangor Dr Hassan Ali berkata selama tiga tahun Pakatan Rakyat mentadbir Selangor menjadi perangsang kepada kerajaan untuk terus berusaha memastikan rakyat negeri Selangor menjadi negeri termaju dalam erti kata yang sebenarnya.

" Apa yang selayaknya yang dapat dilakukan kepada rakyat Selangor untuk melayakkan rakyat Selangor maju dalam erti kata sebenarnya dalam aspek ekonomi,politik dan sahsiah di mana hampir 5.4 juta penduduk negeri Selangor berada di hadapan di antara negeri-negeri Malaysia," katanya.

Dr Hassan Ali juga menegaskan pelaksanaan program yang memberikan manafaat kepada rakyat seperti Skim Mikrokredit yang berjumlah RM50 juta telah berjaya diagihkan kepada yang memerlukan untuk membina kehidupan yang lebih selesa.

Sementara itu Naib Pengerusi DAP Dr Tang Seng Gaw berkata selepas Mac 2008, prestasi empat buah negeri ini semakin baik apa pelaburan asing yang masuk ke negeri Pakatan Rakyat terus meningkat dan cukup memberangsangkan.

" Keadaan negeri Selangor banyak menarik pelabur di harap lebih ramai pelabur asing datang ke negeri ini pada masa akan datang," katanya.

Karnival Sambutan Tiga Tahun Kerajaan Negeri Selangor ini turut disertai 40 jabatan kerajaan yang akan menjawab persoalan daripada rakyat mengenai sampah, kutipan sampah, jalan dan longkang dan sebagainya serta mengenai Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor atau PKNS dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor atau KUIS.

Fitnah : Tuan Ibrahim Saman TV3 Dan Utusan

Posted: 05 Mar 2011 07:08 PM PST

TVS NEWS


TEMERLOH : Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berhasrat memfailkan saman terhadap akhbar Utusan Malaysia dan TV3 kerana didakwa memfitnah beliau membeli tanah peneroka Felda yang sebenarnya dibeli oleh pihak lain.

Berdasarkan laporan blog-blog Umno, semalam Utusan menyiarkan tiga artikel berturut-turut yang menuduh Tuan Ibrahim mengambil kesempatan daripada peneroka tanah rancangan yang kesempitan hidup dengan membeli tanah mereka lapor Harakah Daily.

Malah Utusan turut menuduh disebabkan pembelian tersebut, tuan tanah asal tersebut kini hidup dalam serba kedaifan.

Pertuduhan terhadap Tuan Ibrahim turut dilaporkan Buletin Utama di TV3 pada sebelah malamnya walaupun selepas pembeli sebenar tanah tersebut, Ibrahim Osman membuat pendedahan sebenar dalam satu sidang akhbar di markas induk PAS Kerdau dengan menafikan perkara tersebut.

"Saya sangat dukacita dengan tuduhan itu kerana hasrat beliau untuk membantu saya dan peneroka berkenaan telah bertukar menjadi satu fitnah terhadap beliau.

"Hasil dari jualan tanah Felda tersebut, peneroka berkenaan telah berjaya membangunkan 15 ekar ladang sawit dan juga ternakan kambing dan lembu, bukannya menjadi dhaif sebagaimana didakwa," kata Ibrahim Osman dalam sidang media khas di Markas PAS Kerdau lewat petang semalam.

(Gambar: Ibrahim Osman menunjukkan bukti bahawa tanah itu adalah milik beliau melalui syarikatnya)

"Sebenarnya apa yang berlaku adalah, seorang peneroka Felda telah mengiklan di merata-rata tempat mahu menjual tanahnya. Beliau juga telah menemui saya dan meminta saya membelinya.

"Memandangkan saya tidak ada duit, saya telah bertanya kepada Datuk Tuan Ibrahim untuk membantu saya. Dia bersetuju meminjamkan dahulu duit kepada saya dan sebagai jaminan terhadap pinjaman tersebut saya bersetuju menggunakan nama isteri beliau sementara saya
menjelaskan kesemua pinjaman itu.

"Apabila saya mempunyai duit, saya telah mengambilalih tanah itu dan menggunakannya untuk dicagarkannya kepada pihak Mara atas nama syarikat saya, Syarikat Pintar Kesuma Sdn Bhd," katanya sambil menambah bahawa soal Datuk Tuan Ibrahim membeli tanah Felda sehingga menganiaya peneroka Felda tidak berbangkit sama sekali dan satu dakwaan dan tuduhan yang tidak benar.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang dalam sidang media itu berkata, beliau tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan isu ini dan hanya membantu meminjamkan wang kepada Ibrahim sahaja.

"Media dan Umno hanya cuba mengalih isu sebenar di Kerdau iaitu masalah hutang kerajaan negeri dengan membangkitkan perkara yang tidak benar ini," katanya.

Harakahdaily difahamkan Tuan Ibrahim akan berbincang dengan peguamnya untuk memfailkan saman terhadap Utusan Malaysia dan TV3 serta beberapa pihak lain dalam masa terdekat.

Merlimau: Undi BN diramal naik, Pakatan kekal sokongan Cina

Posted: 05 Mar 2011 07:07 PM PST

TERKINI

KUALA LUMPUR — Kemenangan Barisan Nasional (BN) di Merlimau esok "sudah boleh dijangka" tetapi arah aliran sokongan bukan Melayu khususnya masyarakat Cina diramal"kekal" di tangan Pakatan Rakyat, demikian menurut kajian Ilham Centre.

Pengundian pilihan raya kecil serentak itu diadakan esok.

"Ilham Centre melihat status quo kerusi Umno-BN di Merlimau dapat dikekalkan oleh BN-Umno.

"Peratusan pengundi kepada BN dilihat melonjak sedikit berbanding keputusan pilihan raya 2008. Ini disimpulkan berdasarkan kelebihan yang dimiliki oleh BN-Umno," demikian menurut kenyataan dikeluarkan hari ini.

Namun kata Ilham Centre, BN masih gagal memperoleh keyakinan kalangan poengundi masyarakat Cina untuk menyokong Umno-BN dengan gerakan yang konsisten oleh jentera DAP dalam membantu PAS di sini.

PAS bergandingan dengan DAP dan PKR di bawah Pakatan Rakyat.

"Bebanan sekarang tertanggung di atas bahu PAS dalam meyakinkan pengundi Melayu khususnya untuk menterjemahkan kepada undi dalam tempoh terdekat sebelum tempoh berkempen tamat tengah malam ini," katanya lagi.

Ilham Centre berkata, jika diukur pada respons pengundi kepada kempen oleh jentera perikatan itu yang begitu dominan menenggelamkan kekuatan PAS.

Menurut Ilham Centre, jika dilihat dari segi kekuatan calon, Roslan Ahmad dari BN lebih terkehadapan dengan 80.8 peratus dikenali oleh responden manakala calon PAS, Yuhaizat Abdullah hanya mencattatkan 55.8 peratus populariti.

Pun begitu, kajian juga menunjukkan jentera DAP dilihat begitu bersungguh-sungguh meyakinkan pengundi Cina untuk menolak BN dalam kempen mereka.

"Mereka juga begitu komited menjaga peti-peti undi majoriti Cina bagi memastikan jentera MCA tidak akan memanipulasi perubahan undi Cina kepada BN dalam pilihan raya ini. Paten pengundi Cina di sini dijangka kekal.

Kajian ini telah dijalankan pada 2 dan 3 Mac lalu untuk melihat perspektif pengundi terhadap parti, calon dan kecenderungan pengundian mereka.

Tinjauan ini dilakukan di semua daerah mengundi iaitu Pangkalan Saman, Permatang Serai, Merlimau Pasir, Merlimau Utara, Jasin Lalang, Chin Chin dan Ayer Merbau dengan menemu bual 423 pengundi berdaftar secara bersemuka.

Ilham Centre juga berkata, kajian mereka menunjukkan kekuatan dan gerakan agresif jentera bersepadu BN melalui eksploitasi media arus perdana, jentera kerajaan peringkat negeri dan persekutuan seakan tidak termampu untuk jentera PAS yang turun sekadar ala kadar mengimbangi persaingan demokrasi kali ini.

"Akibatnya, pengundi tenggelam perhitungan dangan kempen BN yang lebih mengasak dan mendesak survival pengundi dari aspek keselamatan sosial dan janji habuan selepas pilihan raya," katanya.

Oleh itu katanya, keputusan pilihan raya kecil kerusi Merlimau dijangka memihak kepada calon BN dengan majoriti lebih besar daripada keputusan pilihan raya umum 2008.

Malah menurut Ilham Centre, hasil kajian Merlimau seakan selari dengan beberapa paten populasi dalam pilihan raya kecil lainnya yang mana memperlihatkan kecenderungan utama pemilihan pengundi masih meletakkan kepada kekuatan parti berbanding calon dan isu.

"Faktor parti diwakili 63.8 peratus daripada keseluruhan responden," katanya lagi.

Mengenai jenis isu yang mempengaruhi pengundian responden, Ilham Centre berkata, ternyata isu tempatan adalah lebih dominan berbanding isu nasional apabila isu tempatan mencatatkan 49.2 peratus berbanding isu nasional hanya sebanyak 18.9 peratus.

Antara isu serangan kepada peribadi calon PAS ialah mengenai kredibiliti Yuhaizat yang mendiami di kuarters kerajaan di atas kelayakan isterinya sebagai sebagai guru, yang dilihat oleh Umno sebagai seorang calon tidak ada kredibiliti mencatatkan sebanyak 42.6 peratus iaitu sedikit sebanyak mempengaruhi pola pengundian.

"Isu-isu tempatan lain ialah isu kemudahan awam yang kurang memuaskan dan isu pemilikan tanah," kata firma kajian ini.

Ilham Centre juga berkata, berdasarkan pemerhatian perbandingan dalam siri-siri pertembungan PAS dan Umno dalam pilihan raya kecil, pertembungan di Merlimau memperlihatkan jentera tidak dikoordinasi dengan kekuatan yang optimum.

"Berdasarkan respons daripada dapatan lapangan seakan mengesahkan bahawa kehadiran PAS dalam pertembungan PAS dengan Umno hanya sekadar mencabar dan 'berdakwah' dan bukannya hadir untuk mencapai kemenangan.

"Penyusunan siri-siri ceramah dan kempen yang melibatkan kepimpinan parti ini juga tidak menampilkan sepenuh kekuatan parti ini dalam usaha mencabar jentera BN-Umno yang agresif," katanya lagi.

Ia juga menambah, calon PAS juga terlalu mengikut rentak dan liuk lentok serangan BN-Umno dan ia melihat kepada kenyataan media dan ceramah beliau menjawab semua serangan pihak lawannya seakan ia ingin memenangi hujah.

"Ini jelas dan ketara seolah melihatkan calon PAS seakan bermasalah dan sepatutnya memberi tumpuan dalam usaha kepada rayu undi dan menjelaskan dasar-dasar Pakatan Rakyat," katanya lagi.

Ilham Centre juga berkata, kempen PAS kurang mendasar atau merapat kepada akar umbi berbanding jentera Umno.

"Berdasarkan perbandingan gerakan kempen yang efektif, BN mempunyai kelebihan berbanding dengan PAS. Jentera BN yang dilihat mengeksploitasi segala kelebihan terutama jentera kerajaan negeri dan pusat untuk menyokong parti yang bertanding seakan mengunci kempen PAS dalam pilihan raya kali ini.

"Kempen PAS tidak mendasar dan terus kepada pengundi, sebaliknya hanya bergantung kepada risalah yang terhad menyekat peluang PAS meyakini pengundi di sini. Rata-rata responden tidak terkesan dengan penerangan oleh PAS berbanding BN-Umno," katanya.

Menerusi maklum balas di kalangan pengundi di Merlimau, kata Ilham Centre, kekuatan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam agak signifikan kepada penduduk setempat walaupun imej beliau di peringkat nasional agak buruk.

"Kempen 1 Malaysia yang dibawa oleh jentera BN kelihatan diterima di peringkat bawahan. Ini boleh dilihat apabila 56.5 peratus responden memberikan respons positif kepada kempen ini," katanya lagi.

Guling kerajaan: Pemuda PAS cabar Muhyiddin tunjuk bukti

Posted: 05 Mar 2011 07:02 PM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR — Pemuda PAS mencabar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar mengemukakan bukti kononnya pembangkang mahu menggulingkan kerajaan dengan menggunakan 'modal' kebangkitan rakyat di rantau Timur Tengah dan dunia Arab.

"Dewan Pemuda Kelantan mencabar Tan Sri Muhyiddin supaya mendatangkan bukti yang jelas terhadap tuduhannya yang menyatakan pembangkang sedang menghasut dan memprovokasi rakyat bagi menggulingkan kerajaan seperti yang sedang berlaku di negara Asia Barat," kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari hari ini.

Semalam, Muhyiddin memberi amaran kepada pembangkang supaya tidak bermain api dengan menghasut rakyat menggulingkan kerajaan seperti yang sedang berlaku di Timur Tengah.

Muhyiddin berkata tindakan pemimpin pembangkang membandingkan Malaysia dengan negara-negara tertentu yang sedang menghadapi krisis politik itu adalah sesuatu yang amat tidak bertanggungjawab.

"Ini provokasi pembangkang... tidak bertanggungjawab, tidak demokratik dan sengaja mahu membuat huru-hara bila mana buat perbandingan situasi di Malaysia bila semua orang tahu, adalah negara yang aman, makmur dan membangun dengan pesat, rakyat jelata menikmati kemajuan yang agak tinggi berbanding negara itu," katanya.

Ahmad Fadhli juga berkata Dewan Pemuda Kelantan menyifatkan kenyataan tersebut sebagai satu tuduhan rambang dan berniat jahat selain bertujuan untuk memburuk-burukkan Pakatan Rakyat di mata rakyat Malaysia khususnya di Kerdau dan Merlimau yang menyaksikan pilihan raya kecil.

"Dewan Pemuda Kelantan ingin menyatakan bahawa Pakatan Rakyat selaku pembangkang di Parlimen sentiasa menjunjung amalan demokrasi sihat yang dijamin oleh perlembagaan.

"Hakikatnya, yang sering mencabul demokrasi ialah Barisan Nasional yang seringkali bertindak di luar daripada lunas-lunas demokrasi," kata beliau.

Kata beliau, sebelum Muhyiddin menuding jari ke atas pembangkang, beliau perlu menjelaskan tindakan-tindakan BN yang tidak demokratik seperti menubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) di negeri-negeri diperintah Pakatan Rakyat.

Malah kata beliau, tindakan tidak demokratik juga tercermin melalui tindakan BN yang menafikan royalti minyak sebelum ini kepada negeri Terengganu sewaktu diperintah oleh PAS dan sekarang Kelantan yang menerima nasib yang sama.

"Adakah tindakan menyertai pilihan raya dan membuat penjelasan kepada rakyat agar tidak mengundi Barisan Nasional merupakan satu tindakan yang salah?

"Jika demikian, apa pula penjelasan Tan Sri Muhyiddin terhadap tindakan Pergerakan Pemuda Umno Kelantan yang melancarkan Gelombang Merah yang jelas ingin menggulingkan kerajaan negeri Kelantan?" katanya.

Justeru, Ahmad Fadhli juga berkata Dewan Pemuda Kelantan menuntut agar Muhyiddin menyatakan secara terperinci tuduhan yang dilemparkan oleh beliau.

"Jika tidak, jelas sekali tuduhan tersebut hanyalah merupakan tuduhan rambang dan bertujuan memfitnah Pakatan Rakyat," katanya lagi.

Taib: BN Sarawak gugur calon kalah

Posted: 05 Mar 2011 07:01 PM PST

BERNAMA


KUCHING — Barisan Nasional (BN) Sarawak tidak akan meletakkan calon 'kitar semula' dalam pilihan raya negeri yang akan datang, kata Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Taib (gambar), yang juga Pengerusi BN negeri, berkata BN Sarawak yang dianggotai empat parti komponen — Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) - tidak akan mengitar semula pemimpinnya dalam pilihan raya itu.

"Pihak pembangkang yang mempunyai pemimpin kitar semula. Kami (BN Sarawak) tidak meletakkan calon yang pernah tewas," katanya kepada pemberita selepas tamat Konvensyen BN Sarawak yang diadakan secara tertutup hari ini.

Konvensyen sehari itu dihadiri oleh kira-kira 5,300 anggota dan penyokong BN untuk mengukuhkan hubungan, terutamanya menjelang pilihan raya negeri akan datang yang mesti diadakan sebelum 24 Julai.

Taib turut memberitahu perwakilan bahawa BN Sarawak akan mengetengahkan seberapa ramai muka baru dalam pilihan raya itu kelak.

BN buru besar tinggi di Merlimau, Kerdau menjelang PRU13

Posted: 05 Mar 2011 06:52 PM PST

TERKINI


KUALA LUMPUR — Barisan Nasional (BN) dijangka dengan mudah akan mengekalkan kedua-dua kerusi DUN Merlimau dan Kerdau pada hari ini — bagi membayangkan ia sudah pulih daripada prestasi terburuk tiga tahun lalu dengan kehilangan empat negeri tambahan dan kedudukan majoriti dua pertiga di Parlimen.

Lusa genap tiga tahun pilihan raya umum ke-12 diadakan.

Kerusi Merlimau di Melaka dan Kerdau di Pahang adalah kubu kuat BN tetapi PAS juga mengharapkan untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 50 peratus undi orang Melayu bagi merampas daripada perikatan itu.

Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Abdul Halim Abdul Rahman mendakwa pihaknya sudah pun ada 41 peratus undi Melayu di Merlimau.

Sementara itu calon yang bertanding di Merlimau berharap pengundi di kawasan itu keluar untuk mengundi hari ini dan membuat pilihan bijak.

Calon BN Roslan Ahmad dan calon PAS Yuhaizat Abdullah berharap 10,679 pengundi di kawasan itu keluar awal untuk menjalankan tanggungjawab masing-masing.

Walaupun berbeza parti dan dasar pejuangan namun kedua-dua calon itu mempunyai persamaan sama iatu mahu membantu rakyat di kawasan Merlimau.

Roslan yang juga ahli jawatankuasa Umno Jasin berkata, beliau berharap pengundi di Merlimau memberi peluang kepadanya untuk menjadi wakil rakyat.

"Saya harap pengundi dapat memberikan peluang kepada saya agar saya boleh buktikan dan membantu penduduk di sini.

"Saya sedar ramai di kalangan penduduk di sini mahukan lebih banyak perubahan...lebih banyak pembangunan dan ini akan menjadi fokus saya jika menjadi wakil rakyat di samping membantu penduduk," katanya.

Jelas beliau, walaupun baru kali pertama bertanding dalam pilihan raya namun sepanjang lapan hari berkempen respon yang diberikan pengundi amat baik.

"Respons pengundi terhadap saya amat baik, saya juga mendengar masalah dan keluhan mereka di kawasan masing-masing.

"Jadi saya harap selepas tempoh berkempen ini pengundi akan membuat keputusan bijak dengan memilih saya dan memastikan kemenangan BN," katanya.

Sementara itu, Yuhaizat, Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka berkata beliau meletakkan harapan tinggi kepada pengundi agar membuat perubahan dalam pilihan raya kecil kawasan itu.

Beliau berharap agar pengundi boleh membuat kejutan di kubu kuat BN itu.

"Setelah tujuh hari berjumpa dengan seluruh pengundi-pengundi DUN Merlimau ini harapan saya begitu tinggi hasil reaksi yang diberikan oleh seluruh pengundi.

"Saya begitu yakin pengundi-pengundi DUN Merlimau ini memberi satu kejutan untuk membuat perubahan dalam pilihan raya yang akan berlangsung hari ini," katanya.

Jelas Timbalan Yang Dipertua PAS Jasin itu, beliau berjanji akan memberikan khidmat terbaik sekiranya memenangi pilihan raya kecil itu.

"Saya harap supaya pengundi mengundi kepercayaan kepada saya untuk saya memberikan khidmat terbaik kepada mereka.

"Saya harap pengundi dapat keluar dengan lebih awal dan tak terlalu tergopoh gapah dan kita yakin keselamatan semua terjamin dengan pasukan polis yang mencukupi dan saya harap pengundi-pengundi dapat membuat pilihan yang bijak," katanya.

DUN Merlimau mempunyai tujuh daerah mengundi termasuk Ayer Merbau, Chinchin, Jasin Lalang, Merlimau Utara, Merlimau Pasir, Permatang Serai dan Pengkalan Samak.

Pusat mengundi akan mula dibuka pada pukul 8 pagi hingga 5 petang manakala keputusan dijangka diumumkan pada pukul 8 malam.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dikatakan melakukan kesilapan dengan tidak mengeksploitasi sentimen-sentimen tempatan, sebaliknya membawa bahan kempen nasional ke Merlimau.

Daripada memfokus mengenai Merlimau, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat bercakap mengenai perkembangan di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan - negeri-negeri ditadbir mereka.

"Pemimpin-pemimpin cuba untuk mengetengahkan isu-isu bukan Melaka di Melaka dan cuba untuk mengaitkannya dengan penduduk tempatan," kata pegawai parti tempatan.

Pakatan Rakyat cuba untuk menjual inisiatif 100 Hari Pertama Buku Jingga, tetapi tidak pula dijelaskan kandungannya.

Malah, pemimpin-pemimpin PAS juga kelihatan lebih cenderung untuk memberi tumpuan ke atas Kerdau. Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanya datang ke Merlimau sekali sahaja sebelum berlepas ke Sudan.

Kempen-kempen PAS juga menyaksikan kehadiran yang rendah sedangkan lazimnya perhimpunan malam menjadi strategi Pakatan Rakyat untuk meraih sokongan para pengundi.

Selain ceramah-ceramah malam juga gagal untuk membawa pengundi muda yang sebelum ini dianggap sebagai sokongan tetap bagi Pakatan Rakyat. Sebaliknya ceramah-ceramah itu hanya menarik penyokong dan ahli parti.

Malah usaha PAS mengadakan konsert mini di bilik operasinya juga gagal membawa hadirin yang diharapkan.

Kemenangan di kedua-dua Kerdau dan Merlimau juga petanda bahawa Datuk Seri Najib Razak akan meletakkan calon-calon muda pada pilihan raya umum akan datang.

"Dua pilihan raya kecil ini akan digunakan sebagai kayu ukur untuk menentukan calon bagi pilihan raya umum akan datang.

"Jika Umno berupaya untuk menang besar, maka ia akan digunakan sebagai satu untuk memberitahu pemimpin-pemimpin Umno bahawa orang ramai sudah mula ke arah perubahan," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.

Di Kerdau, walaupun kempen hari-hari terakhir memfokus kemunculan Ummi Hafilda Ali dan Rahimi Osman yang mengaitkan ceramah mereka dengan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi isu tempatan masih mendapat perhatian besar.

Di kerusi itu yang 89 peratus merupakan orang Melayu, daripada 8,999 pengundi, kedua-dua BN dan PAs berusaha mendapatkan sokongan mereka.

Ahli Parlimen yang juga Ketua Umno Bahagian Kuala Krau Datuk Ismail Mohamed Said dipetik Bernama berkata beliau positif calon BN akan menang dan jentera parti perlu bekerja sekeras mungkin untuk memastikan pengundi BN turun mengundi.

Jika dicongak dalam sifir mudah, sekiranya 80 peratus pengundi keluar mengundi, BN mampu meningkatkan majoriti sehingga 2,000 undi berbanding 1,615 undi pada pilihan raya 2008 dengan jumlah peratusan mengundi yang sama.

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata majoriti kemenangan juga dijangka bertambah dengan jangkaan 57 peratus dari tiga kawasan pengundi Felda akan memberikan undi kepada BN.

"Mereka masih kubu kuat kita. Isu-isu seperti bayaran CESS sebanyak RM13,000 sudah dapat diselesaikan. Kita akan bayar pada hari Isnin di sini dan untuk Felda tempat-tempat lain kita akan tentukan masanya," katanya.

Sementara itu sumber dalaman PAS menganggarkan jika mereka mendapat undi sebanyak 40 peratus dari ketiga-tiga kawasan Felda, menaikkan sokongan kepada 60 peratus pengundi di kampung tradisional, undian dari kaum Cina sebanyak 70 peratus, ia adalah cukup bagi mereka untuk menang.

"Bagi undi dari kaum Orang Asli dan lain susah sikit kita nak dapat. Tetapi kalau kita tak capai kemenangan sekalipun, mengurangkan majoriti adalah cukup baik. Menang adalah bonus," katanya.

Sementata itu, pengarah jentera pilihan raya PAS DUN Kerdau Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata sokongan masyarakat Felda penting bagi mereka kerana pada 2008 mereka tewas sebanyak 1,100 undi termasuk kawasan Felcra di Rumpun Makmur.

"Tapi sekali lagi saya tak nafikan peluang kami sukar. Tinjauan kami dapati Felda bukan kubu Umno. Felda juga ada pengundi dari luar. Kami juga payah nak jangka sokongan terhadap kami," katanya dipetik Bernama.

Beliau berkata sokongan di kampung tradisional pula agak statik dan menyokong parti pemerintah manakala pengundi Cina memberikan respon sangat baik kepada PAS.

Apapun, pemilihan esok bukanlah satu perkara yang boleh diambil mudah demi kesinambungan kemajuan, keselesaan, keamanan bagi penduduk Kerdau yang majoritinya bekerja dalam sektor pertanian.

Bagi pecahan mengikut umur, sebanyak 21.72 peratus pengundi berumur 40 hingga 49 tahun diikuti 19.72 peratus yang berumur dari 60 hingga 69 tahun dan 16.71 peratus berumur antara 21 hingga 29 tahun.

Dari segi komposisi kaum, sebanyak 88.7 peratus pengundi terdiri daripada Melayu, lima peratus Cina, 3.3 peratus India, 2.6 peratus Orang Asli, 2.4 peratus lain-lain dan 0.01 peratus bumiputera Sarawak.

DUN Kerdau mempunyai 13 pusat mengundi dan 22 saluran mengundi.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertandingan antara calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, dan calon PAS Hasanudin Salim, 44.

Tiada ulasan: