Memandangkan isyarat beruk band yang begitu teruk di kawasan tempat tinggal saya, maka agak sukar saya mencari maklumat tidak rasmi terkini tentang pilihan raya kecil di Kerdau dan Merlimau.
Menurut angka tidak rasmi yang dikeluarkan oleh jurublog UMCO dan PR, BN mengatasi PAS dengan majoriti 2 724 undi di Kerdau apabila BN dikhabarkan memperoleh 5 060 undi dan PAS 2 336 undi.
Manakala di Merlimau, BN menang dengan majoriti 3 684 undi. BN memperolehi 5 917 undi, manakala PAS mendapat 2 317 undi.
Berdasarkan perkembangan tersebut, PAS kini empat kali tewas berturut-turut (jika tidak silap saya).
P/s: Angka-angka ini mungkin tidak jauh daripada angka rasmi.
[HM] PENAMPANG: Seorang gadis penjaga kafe siber judi haram bukan saja menjadikan premis tempatnya bekerja sebagai punca pendapatan, malah bijak mencari wang saku tambahan apabila turut menawarkan perkhidmatan seks secara rahsia kepada kaki judi yang 'menang besar' pada hari itu.
Tindakan tidak bermoral gadis berusia 19 tahun itu dipercayai dilakukan secara tersembunyi bagi mengelak diketahui majikannya.
Gadis berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Ahsia pada awalnya terkejut ketika wartawan Metro Ahad yang menyamar sebagai kaki judi mengajukan pertanyaan itu dan dia menafikan sekeras-kerasnya wujud perbuatan sebegitu di kafe berkenaan.
Namun selepas dipujuk dan menunjukkan 'imbuhan' diterima selepas mendakwa menang berjudi di tempat lain, dia akhirnya mengaku menawarkan perbuatan itu dan meminta ia dirahsiakan.
"Kerja di kafe tidak menjanjikan pendapatan lumayan dan saya hanya dibayar gaji sekitar RM300 sebulan selain terpaksa bekerja sehingga awal pagi hampir setiap hari.
"Ketiadaan majikan yang pulang ke rumah sekitar jam 11 malam membolehkan saya mengambil kesempatan menjalankan 'aktiviti sampingan' ini dengan mana-mana lelaki yang memenangi pertaruhan pada hari itu," katanya.
Ahsia berkata, apabila menyedari ada pelanggan menang besar, dia akan cuba mendekati lelaki berkenaan sebelum menawarkan perkhidmatan seks.
"Lelaki yang menang besar biasanya tidak berkira atau menolak tawaran melakukan hubungan seks, walaupun dalam tempoh singkat.
"Biasanya, kami melakukan hubungan seks di tandas atau di mana-mana lokasi di dalam premis ini selepas semua pelanggan pulang," katanya.
Menurut Ahsia, lelaki yang berjaya dijeratnya juga sanggup menunggu sehingga kafe ditutup.
"Saya hanya perlu menggoda mereka yang kebanyakannya asyik berseronok apabila pertaruhan mereka mengena.
"Jika tahu lelaki yang bakal diperangkap ini menang besar, saya menawarkan harga RM300 manakala bagi pelanggan biasa, mereka hanya perlu membayar RM200 untuk sekali perkhidmatan," katanya.
Menurut Ahsia, lewat malam adalah masa sesuai mencari 'mangsa' berikutan waktu itu kaki judi mula mengunjung kafe untuk bertaruh nasib.
"Ada juga kaki judi sudah berkahwin tetapi masih mahukan perkhidmatan ini, malah mereka menawarkan wang lebih jika saya bersetuju mengikut pulang ke rumah.
"Kebanyakan kaki judi yang berkunjung ke kafe ini bukan golongan kaya tetapi selepas memenangi beberapa pertaruhan, wang itulah yang digunakan untuk membayar khidmat seks ditawarkan," katanya.
Ahsia tidak menafikan mampu meraih RM3,000 hingga RM5,000 sebulan, bergantung kepada bilangan kaki judi yang berjaya dipikat.
Menceritakan bagaimana dia terjebak dalam perbuatan itu, Ahsia berkata, dia mulanya bekerja sebagai pelayan di restoran dan bosan apabila sering tidak cukup wang untuk membeli barang berjenama seperti rakan lain.
"Melihat keadaan saya yang sentiasa merungut, seorang rakan serumah menawarkan saya bekerja sebagai penjaga kafe sepertinya.
"Ketika itu saya kurang yakin dengan pekerjaan ini dan beranggapan gaji diterima sama seperti bekerja di restoran.
"Namun, rakan meyakinkan saya supaya mencuba dulu pekerjaan ini, termasuk mengajar cara mendapatkan wang tambahan," katanya.
Ahsia berkata, selepas berfikir panjang, akhirnya dia menerima tawaran bekerja di pusat judi siber dan menawarkan khidmat seks seperti diajar rakannya.
"Lama-kelamaan, saya mendapati pendapatan lebih berbaloi kerana selain mendapat gaji tetap setiap bulan, saya memperoleh pendapatan sampingan yang diberi pelanggan,'' katanya.
Ahsia berkata, walaupun majikan tidak tahu perkara itu, secara tidak langsung tawaran khidmat seks menjadikan kafe berkenaan dikunjungi ramai pelanggan.
"Kewujudan banyak kafe judi siber menyebabkan persaingan menjadi sengit untuk majikan mencari dan mengekalkan pelanggan sedia ada," katanya.
"Kerja di kafe tidak menjanjikan pendapatan lumayan dan saya hanya dibayar gaji sekitar RM300 sebulan selain terpaksa bekerja sehingga awal pagi hampir setiap hari.-Mohd Razlan, Junaidi
* DCM masih menghadapi masalah Beruk Band. DCM mungkin tidak dapat menyiarkan perkembangan terkini PRK Merlimau dan Kerdau. Semoga kejayaan milik kita!
[HM] KUALA TERENGGANU: Walaupun pernah ditangkap bersama teman lelaki selain beberapa kes membabitkan penyalahgunaan dadah yang masih dalam perbicaraan mahkamah, gadis berusia 16 tahun ini semakin liar apabila sekali lagi ditahan bersama kakaknya.
Gadis yang tercicir pelajaran sejak tingkatan satu ini didapati positif ujian awal saringan air kencing bersama kakaknya berumur 19 tahun yang bekerja sebagai pelayan kedai makan di Plaza Kuala Terengganu.
Dua beradik dari Kampung Awang Lek, Mengabang Telipot, Batu Rakit itu didapati positif ujian awal saringan air kencing jenis methamphetamine.
Kedua-duanya mengaku mengambil pil kuda berkenaan di rumah sewa mereka di Kampung Losong, tiga hari lalu selepas ditangkap dalam satu Ops Samseng Jalanan di Jalan Pantai Batu Buruk, kira-kira jam 2.15 pagi semalam.
Ketika ditahan, gadis berkenaan yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 bersama kakaknya juga tidak memiliki lesen memandu sah, manakala kad pengenalannya dibawa seorang remaja lelaki yang mendakwa tinggal bersama gadis berkenaan 15 minit kemudian.
"Saya tidak terfikir untuk membawa kad pengenalan memandangkan saya hanya meminjam motosikal sepupu untuk membeli makanan bersama kakak disebabkan lapar.
"Saya minta maaf dan sudah telefon kawan untuk membawa kad pengenalan itu ke sini," kata gadis berkenaan ketika ditahan anggota trafik.
Dua beradik itu kemudian dibawa ke Pejabat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu dan saringan awal ujian air kencing mendapati kedua-duanya positif dadah jenis Methamphitamine.
Malah, kakak gadis berkenaan yang kurang pendengaran turut mendakwa hanya mengambil dadah itu bersama adiknya kira-kira tiga hari lalu di rumah sewanya di Kampung Losong bersama teman lelaki dan beberapa rakan lelaki mereka.
"Kali terakhir saya ambil pil kuda tiga hari lalu setelah diberikan adik. Saya ingatkan tidak sangkut sebab sudah tiga hari dan tidak tahu pun ia boleh lekat," katanya ketika ditemui di Pejabat Trafik IPD Kuala Terengganu.
Mereka kini direman di lokap IPD Kuala Terengganu mengikut Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memasukkan dadah ke dalam tubuh, manakala gadis berkenaan turut dikenakan saman atas kesalahan tidak memiliki lesen memandu sah.
* Gambar sekadar hiasan.
P/s: Blog ini ada dua kali menyiarkan kisah remaja ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan