Laman Nurani |
Posted: 02 Mar 2011 05:45 AM PST Kembali menemui para peminat setia Laman Nurani. Kali ni dengan nada yang sama juga. Tidak berbeza. Sama tetap sama. Kupasan mengenai perkara-perkara yang orang lain memang tak amik peduli pun. Sebab tidak memberi keuntungan langsung dan tidak langsung pun pada mereka. Begitu jugak pada saya. Tidak ada untung pun. Cuma nak menaip jer...takkan tak boleh kot. Jadi macam ni, sepanjang 2008, 2009, dan jugak 2010 kami berhempas pulas mendesak pihak yang mengutip cukai jalan supaya membaiki jalan-jalan rosak terutama di Sungai Sam, dalam Dun Dabong, dalam Negeri Kelantan, dan jugak dalam Negara Malaysia yang merdeka. Syukur di penghujung 2010, awal 2011 pihak yeng merasa tangungjawabnya terabai sebelum ni cekap menunaikan tangungjawabnya membela nasib rakayat. Itu yang kami mahu, kami tidak mahu kawasan balak pun. Pelbagai mehnah dan cabaran serta ugutan yang kami semua terima sepanjang keberhempasan pulas mendapatkan hak jalan rosak agar dibaiki ni. Bukan senang adik kakak, kalu demo tu nk dari kito, tengah malam dio mari lagi..kalu kito nok ko dio...mati dulu lah jawabnya. Ibarat kanak-kanak yang meminta sesuatu dari ibunya, selagi tak dapat, maka selagi itulah diminta dengan pelbagai cara. Begitu jugalah kami, pelbagai cara dan kaedah kami guna, cuma tak sampai tahap turun ke jalan raya je lagi. Apapun, itulah pengalaman, biarlah mereka dengan cara mereka, dia dengan cara dia, kamu dengan cara kamu, dan kami dengan cara kami. Asalkan semuanya bermatlamat yang sama iaitu untuk kesejahteraan rakyat, bukannya kesejahteraan diri sendiri. Ada juga yang berpendapat, aduan-aduan ni cukup hanya sekali sahaja. Tak perlu acap kali. Eh, kalu cukup sekali, kenapa tak datang baiki semasa di awal-awal kami membuat aduan?? Kenapa perlu dibising2 serata alam, kenapa perlu ada dikalangan kami yang ditawar penampar?? Kami mendesak acap kali dan bising seluruh alam maya adalah disebabkan aduan pertama kami tak diambil endah oleh pihak yang mengutip cukai-cukai jalan kami. Salah kah kami?? Mana lagi salah dengan meminum arak? mana lagi salah dengan berjudi?? Mana lagi salah dengan tidak berpuasa?? Mana lagi salah dengan tidak menutup aurat?? Nak tunjuk gedebe konon, kenapa tak gi marah orang yang berjudi?? kenapa tak gi marah orang yang meninggalkan solat?? Aliah2 kami yang mendesak isu jalan rosak, isu jambatan Kandek-Biak ni jugak dipersalahkan. Huh...basooo... Jangan risau lah, kami tidak mahu pun jawatan anda semua tuh..,simpanlah jawatan tu pada diri anda semua, kami tak akan usik pun, tak kebulur pun. Kami hanya mahu tengok, jika jalan rosak, dibaiki, jika jalan rosak, dibaiki...takkanlah semuanya nk kena bising2 dahulu baru kalut nak baiki?? Macam kanak-kanak lah, masa kanak2 tu tak mengais, isbu buat tak tau jer, bila dah menangis, barulah kalut nk bagi apa yang diminta.. nk macam tu ke?? Tak lebih dari kes kanak2 tadi jer... Apapun, kami tak kisah, apa yang penting bagi kami ialah desakan kami berhasil dan kini seluruh pengguna menikmatinya. Anda yang marah pada kami sebelum ni pun duk guna elok2 jer...Moleknya, tak payah guna, biar rasa malu sikit. Apo jenis nih.... |
You are subscribed to email updates from Laman Nurani To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan