Ahad, 6 Mac 2011

.

.


Sebelum Maghrib

Posted: 06 Mar 2011 03:20 AM PST

PAs Kalah Besar di Merlimau dan Kerdau

Assamualaikum... pilihan raya kecil Merlimau dan Kerdau sudah pun selesai. Sekarang proses pengiraan di pusat pengiraan undi di kesemua pusat pengundian di pilihan raya itu sudah selesai. Beberapa peti undi sudah dibawa ke pusat penjumlahan. Pengumuman dijangka pada jam 8:30 malam nanti.

Di sini saya beri sedikit maklumat berhubung hasil pilihan raya berkenaan. Terimalah keputusan ini dengan tenang dan redha.

Seperti mana sudah dijangka Pas sendiri, parti itu kalah di kedua-dua kerusi berkenaan. Mengejutkan kekalahan Pas agak besar. Kekalahan Pas dalam kedua pilihan raya ini sudah pasti akan dijadikan modal oleh UBN. UBN akan bergembira sakan. Inilah bahana atau pun takdir yang diterima oleh Pas yang pada saya kerana sikap tidak bijaksana Pas dalam mengharungi pilihan raya. (Tapi kita dengar ulasan dan bedah siasat oleh Pas nanti).

Tetapi tidak mengapa, Pas tidak kalah kerana bagi Pas menyertai pilihan raya bukan kerana kerusi sangat tetapi kerana hendak gunakan pilihan raya sebagai wadah dakwah dan terbiah. Itulah alasan Pas menyertai pilihan raya berkenaan. Pas berjaya didalam hal ini. Tetapi dari segi moral politiknya Pas kalah.

Dari makluman dalam Pas kalah dengan majoriti (kekurangan undi) besar dikedua-dua kerusi berkenaan. Di Merlimau Pas kalah dengan kekurangan undi sebanyak 3,623 undi. Peningkatan undi majoriti kepada UBN kira-kira 1,400 undi.

Demikian juga dengan Kerdau Pas kalah sekitar 3,148 undi di mana peningkatan majoriti UBN sebanyak 1,500 undi. Salam [*** 7:29 pm 06/03/11]

Senda Ahad

Posted: 05 Mar 2011 05:31 PM PST

Gajah Dan Manusia

SEMALAM seorang penoreh getah Lee Che Hassan 46 dari Gua Musang Kelantan telah mati kerana dihempas oleh seekor gajah di kebun getahnya. Kejadian itu berlalu apabila Lee dikatakan cuba mengalau sekumpulan gajah dengan mengguna mercun yang selalu digunakan oleh penonton bola sepak yang yang tidak berapa cerdik di stadium semasa perlawanan bola.

Seekor gajah yang beranak dikatakan meluru ke arah Lee lalu membelit dengan belalainya dan menghempas Lee beberapa kali ke batang pokok sehingga Lee mati. Berita ini ada dilaporkan dalam media massa hari ini.

Kejadian penoreh getah atau penduduk di pedalaman menjadi mangsa binatang buas adalah biasa berlaku. Sudah ramai penoreh getah maut kerana haiwan buas. Kalau tidak gajah mereka menjadi mangsa harimau ataupun ular tedung.

Apa nak dikisahkan di sini ialah perihal gajah berkenaan yang naik minyak sehinggakan membunuh manusia. Lee adalah manusia cuba mempertahankan haknya daripada dikhianati oleh gajah. Dia menghalau gajah itu menggunakan mercun. Pada perkiraan Lee mercun itu boleh menakutkan gajah, membingitkan telinganya kemudian lari.

Tetapi ternyata tindakan dan usaha Lee itu tidak berhasil. Gajah yang sudah keliru dan bising dengan mercun itu tidak lagi merasa takut. Mercun itu bukan lagi ancaman kepada derita telinganya. Sebaliknya yang ditimpa kemalangan ialah Lee.

Apa yang berlaku itu boleh diambil iktibar. Fikir dan jangan pandangan remeh. Pihak yang berkuasa, bijak jangan meraskan selamanya mereka terlepas.

Begitu jugalah suatu hati nanti manusia - rakyat yang tertekan macam gajah itu juga akan tidak hairan lagi dengan tekanan, ugutan ke atas mereka seperti mana dilakukan hari ini. Buatlah atau ugutlah menggunakan apa saja kalau keadaan sudah terdesak, hati panas membara ia tidak akan dipedulikan lagi.

Rakyat dengan kerajaan yang zalim samalah dengan gajah dan peneroka itu. Mereka tidak akan peduli apakah bedilan, semburan water cannon membahayakan mereka, mereka akan melawan dan melanggar apa saja.

Makanya untuk mengelakkan rakyat negara ini jadi seperti gajah berkenaan, mengamuk dan melilit musuhnya kemudian dihempas ke pokok sehingga mati, maka jangan bedil rakyat, jangan sembur rakyat tetapi layanlah sebaik mungkin. Kenapa gajah itu melaram ke kebun getah dan memakan ladang Lee, kerana ia terbiar, kawasannya diganggu dan kehidupannya tidak diurus dengan baik.

Wauuuuuu...[wm.kl 9:40 am 06/03/11]

Tiada ulasan: