SharpShooter |
- Hei Pak Menteri...tak payahlah ugut blogger...
- ezam sepentas dengan raja gelek...jangan buat yang bukan-bukan...
- Samakan TG Nik Aziz dgn Ayah Pin terlalu biadap
Hei Pak Menteri...tak payahlah ugut blogger... Posted: 05 Mar 2011 08:13 PM PST Rais: Pihak hasut guling kerajaan akan 'dihukum'March 05, 2011 TEMERLOH, 5 Mac — Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menggunakan blog dan laman sosial untuk menghasut rakyat menggulingkan kerajaan. Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata agensi berkaitan termasuk Pejabat Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) boleh bertindak sekiranya pihak terbabit melampaui batas undang-undang sedia ada. "Kami memang sedang melihat gara-gara pembangkang yang menggunakan media alternatif sedemikian rupa sama ada menerusi facebook, e-mel atau tweeter. "Kita waspada sekiranya mereka melampaui batas, saya yakin Peguam Negara atau PDRM atau SKMM boleh mengambil tindakan berlunaskan undang-undang yang luhur yang diluluskan oleh rakyat sendiri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kampung WiFi Rumpun Makmur di sini hari ini. Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Kamaruddin Siaraf dan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi Pahang Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin. Rais (gambar) berkata demikian ketika diminta mengulas amaran Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam supaya pembangkang tidak bermain dengan api atas cubaan mereka menghasut dan memprovokasi rakyat bagi menggulingkan kerajaan seperti yang berlaku di negara Asia Barat. Beliau berkata rakyat tidak seharusnya menerima bulat-bulat hasutan sedemikian kerana keadaan negara ini berbeza dengan negara lain. "Pada pandangan saya kerajaan sudah membela nasib rakyat, rakyat tidak semudah itu mengikut rencana atau celoteh blogger," katanya. Sementara itu, ditanya mengenai tindakan pemimpin pembangkang yang mengusir media arus perdana termasuk RTM daripada mengikuti majlis anjuran mereka di Kerdau, Rais melahirkan rasa terkejut dengan perbuatan itu. "Bila saya dengar perbuatan Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) menghalau media khususnya RTM, saya terkejut, saya berasa takkanlah seorang yang tinggi kedudukan dan pengaruhnya sanggup menghalau media, ini mencerminkan isian diri beliau yang sebenar," katanya. Beliau berkata media harus terus membuat siaran dan melaporkan perkara yang perlu diketahui oleh rakyat. — Bernama Sharpshooter - Alahai Pak Menteri...blogger tidak pernah menghasut rakyat pun, blogger cuma menyatakan peristiwa yang berlaku di Mesir wajib diambil iktibar oleh semua pemimpin kerajaan termasuk pembangkang. Jangan sombong dan angkuh bila berkuasa serta rasuah dan menindas rakyat. Ini bukan menghasut tetapi ini adalah peringatan. Takkan lah yang itu pun salah? Yang salah adalah perasuah yang disorok dibawah karpet indah, yang salah adalah penyelewengan yang disorok bawah karpet indah, yang salah adalah kes skandal yang disorok bawah karpet indah. Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
ezam sepentas dengan raja gelek...jangan buat yang bukan-bukan... Posted: 05 Mar 2011 07:15 PM PST senatak raja sesumpah ezam, ibrahim anak pak ali rupa-rupanya hanya setaraf raja gelek M Daud Kilau sahaja. Eloklah mereka bertiga duduk sepentas menjadi penghibur dan penglipur lara menghiburkan penonton. Di atas pentas tersebut juga ibrahim anak pak ali berkata senatak "ezam balaci nombor satu Anwar" kah kah kah.... ezam memang taraf balaci pun dari dulu kini dan selamanya..dulu balaci Anwar tetapi kini dan mungkin selamanya balaci rosmah najib...kah kah kah ... Siapa tak marah..dah la menjadi balaci nombor satu Anwar tetapi akhirnya Anwar sayang Azmin juga...sebab tu lah ezam marah kerana kurang kasih sayang Anwar... Sebab itu geng senatak raja sesumpah ini menyerang Azmin dengan mengatakan Azmin memang "pemurah" hingga isterinya Shamsidar pun diserahkan pada Anwar....memang keterlaluan tuduhan tersebut tetapi hairan juga Azmin tak pula menyaman mereka terutamanya zahid mat arip. Dayus kalau tak saman kerana tuduhan tersebut. senatak raja sesumpah dalam video dibawah juga bertanya anak shamsidar anak siapa? Yang sudah tu sudahlah ezam..jangan buat yang bukan-bukan...kita dah lama jangka...Akhirnya kamu sepentas dengan raja gelek...jangan buat yang bukan-bukan di belakang pentas dengan raja gelek pula....hahaha... Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
Samakan TG Nik Aziz dgn Ayah Pin terlalu biadap Posted: 05 Mar 2011 06:29 PM PST Utusan Meloya - KUALA LUMPUR 5 Mac - Imej Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat boleh disamakan dengan pengamal ajaran sesat, Ayah Pin kerana menjadikan agama sebagai alat untuk menguasai pemikiran pengikutnya. Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahana Jamaludin berkata, kedua-dua pemimpin tersebut mempunyai persamaan kerana mengaburi mata pengikutnya demi memuaskan segala nafsu mereka. "Mereka boleh melakukan apa sahaja tanpa boleh ditegur oleh pengikutnya kerana 'kesucian' mereka itu," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini. Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan itu semalam bahawa Pas akan terus menggunakan isu agama dalam kempen pilihan raya kerana perbuatan itu merupakan sebahagian kerja dakwah seperti yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW. Nik Abdul Aziz turut menyifatkan mana-mana mufti yang menolak untuk mengaitkan amalan mengundi sewaktu pilihan raya dengan hukum syurga dan neraka sebagai mufti yang layak mengeluarkan fatwa di negara komunis sahaja. Jelas Farahana, kenyataan Nik Abdul Aziz itu menunjukkan sikap angkuh serta mengangkat dirinya ke suatu martabat yang begitu tinggi. Tambahnya, perbuatan biadab tersebut juga merupakan contoh kepada kepimpinan ala Ayah Pin yang menganggap dirinya nabi pada zaman ini. "Justeru, saya mencabar Nik Abdul Aziz supaya menjelaskan mengenai agendanya untuk memperkenalkan Islam kepada ahli DAP dan seterusnya merancang mengislamkan mereka dalam masa terdekat," ujarnya. Sharpshooter - Menyamakan Tuan Guru Nik Aziz sama dengan ayah pin adalah terlalu biadap. Adalah terlalu berbeza ayah pin dengan TG Nik Aziz. 1. Beliau mengaku tidak belajar agama, Adakah mana-mana mufti yang telah mengeluarkan fatwa mengatakan TG Nik Aziz sesat? jawapannya tidak ada, cuma "mufti" Che Det sahaja yang tidak henti-henti menyerang TG Nik Aziz. Salahkah sebagai umat Islam kita diingatkan tentang hukum islam dalam soal memilih pemimpin? Ini bukan ajaran Nik Aziz tetapi ia adalah ajaran Nabi Muhammad S.A.W. Adakah kita menolak ajaran Nabi Muhammad S.A.W hanya kerana politik kepartian? Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
You are subscribed to email updates from SharpShooter To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan