Ahad, 6 Mac 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Terkini: Keputusan Tidak Rasmi Di DUN Merlimau

Posted: 06 Mar 2011 03:11 AM PST

Tidak Rasmi: BN menang di DUN Merlimau dengan majoriti 3,553 undi. BN memperolehi 5,589 undi, manakala PAS mendapat 2,134 undi.

Menakjubkan: SPR" Umumkan Peratus" Keluar Mengundi 83% Di Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau

Posted: 06 Mar 2011 02:50 AM PST

TEMERLOH, 6 Mac [6.50 pm] - Setelah proses pengundian bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)Kerdau tamat pada pukul 5 petang Ahad, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan bahawa jumlah keluar mengundi ialah sebanyak 7,480 atau 83 peratus. Jumlah berkenaan melebihi sasaran awal SPR iaitu sebanyak 80 peratus. Jumlah pengundi yang layak mengundi ialah sebanyak 8,999 orang pengundi. Pada pilihan raya umum 2008, peratus keluar mengundi adalah sebanyak 80.33 peratus daripada 8,451 pengundi berdaftar. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar (foto) berkata pihaknya berpuashati dengan peratusan berkenaan dan sekaligus menunjukkan komitmen pengundi menunaikan tanggungjawab mereka. "Nampaknya kesedaran pengundi di kawasan luar bandar untuk menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih wakil rakyat yang baru adalah lebih baik. "Pengundi di DUN Kerdau begitu komited dalam soal pilihan raya kecil ini,mereka keluar beramai-ramai sejak awal pagi lagi untuk melaksanakantanggungjawab sebagai pengundi," katanya ketika dihubungi. Selain itu katanya, keberkesanan kempen dari rumah ke rumah yang digunakanperayu undi setiap parti dilihat sangat membantu dalam menyedarkan pengundi untuk keluar mengundi. "Saya lihat keberkesanan kempen yang digunakan oleh parti-parti politik menemui pengundi dalam tempoh berkempen sejak minggu lalu begitu berkesan. "Mungkin pengundi merasa lebih bertanggungjawab apabila calon-calon danperayu undi datang menemui mereka dan mengingatkan mengenai peranan yangperlu dijalankan sebagai rakyat," katanya.

[Tambah beliau, keadaan cuaca yang baik sepanjang proses pengundian merupakan faktor kepada peningkatan jumlah peratusan keluar mengundi. Mengulas mengenai suasana proses pengundian di kawasan DUN Kerdau, Wan Ahmad berkata: "Secara keseluruhannya keadaan di DUN kerdau berjalan dengan baik tanpa sebarang insiden tidak diingini. "Alhamdulillah semuanya lancar tanpa masalah...anggota keselamatan berjayamengawal keadaan dengan baik walaupun ada sedikit perbalahan kecil. Saya berterima kasih kepada pihak berkuasa yang cepat bertindak menangani masalah yang timbul."]. mstar

Tiada ulasan: