Khamis, 24 Mac 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Datuk Eskay Menipu Dan Makin Merapu

Posted: 23 Mar 2011 10:33 PM PDT

Wan Azizah tiada hasrat tonton video seks

Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata beliau tidak berhasrat menonton video seks seperti yang didakwa oleh 'Datuk T' (Datuk Shazryl Eskay Abdullah).

"Terdapat dakwaan bahawa saya ingin menonton video itu.

"Saya tiada niat menontonnya kerana mengikut ajaran Islam, ia adalah haram," kata isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sambil tersenyum.

Menurut Wan Azizah beliau tidak pernah menghantar sesiapa ataupun sebarang SMS mengatakan beliau ingin melihat video berkenaan.

"Kenapa saya harus tonton? Ia dilarang oleh Islam dan adalah haram."

Eskay semalam pada sidang medianya berkata beliau akan memberikan video tersebut kepada Wan Azizah kerana mendakwa presiden PKR itu memohon menontonnya.

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Bila Rahim Thamby Chik Tidak Dapat Sembunyikan Dendamnya Pada Anwar

Posted: 23 Mar 2011 10:02 PM PDT


Rahim dakwa Anwar Ibrahim punca dia terpaksa berundur
setelah kes rogol bawah umur diputuskan hingga Lim Guan Eng
merengkok dalam penjara pada 1994.

Dalam tempoh 48 jam, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah mula mengeluarkan kenyataan yang bercanggah bersabit video seks lucah yang kononnya merakamkan Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur.

Sehubungan itu, dalam sidang media mereka semalam, Tan Sri Rahim Thamby Chik pula tidak dapat meyembunyikan rasa marahnya terhadp Anwar atas peletakan jawatan beliau sebagai Ketua Menteri Melaka pada tahun 1994.

Rahim yang kini menjadi Pengerusi Risda, masih mendakwa beliau tidak merogol seorang gadis berusia 15 tahun ketika itu.


Ketika menayangkan video itu kepada wartawan Isnin lalu di Hotel Carcosa, Datuk Eskay berkata beliau membawa keluar perakam video dari hotel itu dan mendapati ia mengandungi klip 21 minit Anwar mengadakan hubungan seks dengan pelacur berkenaan.

Namun pada sidang akhbarnya semalam, Datuk Eskay mendakwa beliau tidak dapat "membaca" rakaman dalam alat perakam itu sehingga seminggu lalu.

"Hanya minggu lalu, baru kami mendapat rakaman itu sebab mula-mula kita tak boleh "baca', kemudian baru ada seorang yang berjaya menerbitkannya,' kata beliau.

Tidak kurang aneh adalah kenyataannya semalam bahawa beliau menunjukkan video itu kepada wartawan, malah kepada Ahli Parlimen PKR Johari Abdul SEBELUM beliau menghantar rakaman itu untuk pemeriksaan forensik.

"Saya mahukan media membuat keputusan..untuk anda melihat kebenaran sebelum saya menyerahkannya untuk pemeriksaan forensik," kata Datuk Eskay pada sidang media itu.

Ketika diminta sekali lagi untuk menjelaskan bagaimana video itu diperolehi, Datuk Eskay dan Rahim enggan memberi butiran lanjut dengan alasan ia kini menjadi siasatan polis.

Sukar untuk dipercayai bahawa walaupun Eskay memiliki video lucah terhadap musuh politik utama Umno dan kerajaan Barisan Nasional, beliau berasa curiga untuk mendapatkan perlindungan polis atau meminta bantuan dari Rahim untuk menguruskannya.

Datuk Eskay - seorang jutawan yang disifatkan sekutu rapat Tun Mahathir Mohamad – telah ditanya bagaimana Tan Sri Rahim boleh terbabit dalam video berkenaan.

Eskay berkata beliau menghubungi Tan Sri Rahim kerana mahu mendapatkan sebuah hotel yang mempunyai kawalan keselamatan yang baik kerana beliau tidak mahu "membabitkan polis".

Malah, jutawan itu menghubungi Rahim untuk mencari hotel sedemikian kerana beliau sendiri "bukan orang KL" tetapi dari Kedah.

Kenyataan itu juga aneh kerana Eskay diketahui menghabiskan banyak masanya di Kuala Lumpur malah selesa mengenali wartawan-wartawan dari media asing.

Datuk Eskay dan Rahim semalam berulang kali menegaskan mereka tidak ada motif selain mahu menegakkan kebenaran dengan mendedahkan rakaman itu.

Di sebalik sifat "patriotiknya" itu Rahim bagaimanapun meluangkan masa yang agak panjang untuk mengimbas peletakkan jawatan beliau sebagai Ketua Menteri Melaka pada tahun 1994.

Beliau mendakwa peletakan jawatan itu didalangi oleh Anwar ketika itu "walaupun saya dibebaskan oleh mahkamah" atas tuduhan merogol gadis sekolah.

Bagaimanapun Rahim tidak menyatakan beberapa fakta "kecil" seperti bukan mahkamah yang membebaskan beliau, malah tidak ada pun perbicaraan diadakan untuk mendengar keterangan gadis itu dan anggota keluarganya.

Peguam Negara Allahyarham Mohtar Abdullah ketika itu memutuskan "tidak cukup bukti" untuk mensabitkan Rahim, justeru tuduhan itu digugurkan.

Justeru perisytiharan Rahim ketika itu bahawa mahkamah telah membersihkan namanya "dari hujung rambut hingga ke hujung kaki" amat mencurigakan, sepertilah video lucah yang cuba dibawakan oleh beliau dan Datuk Eskay.

Seperkara lagi: pada sidang media semalam, Rahim dan Eskay mendakwa, orang ketiga yang melengkapkan gandingan mendedahkan video itu adalah Bendahari Perkasa Shuib Lazim.

Namun Shuib tidak hadir pada sidang media berkenaan dan tidak ada pun penjelasan daripada Rahim mahupun Eskay .

Juga, rasanya tidak perlu mengulas cadangan Rahim supaya Suruhanjaya Diraja ditubuhkan dengan ahli-ahli panel merangkumi perwakilan daripada Perkasa serta Presiden KITA Zaid Ibrahim.

Persoalan adalah kenapa tergesa-gesa menubuhkan Suruhanjaya Diraja - adakah ia untuk memberikan juak-juak Umno satu lagi pusingan untuk mengaibkan Anwar dengan tuduhan dan fitnah?

Persoalan juga timbul kenapa Eskay yang mengaku dirinya sebagai sahabat Anwar tidak sudi menghantar satu SALINAN kepada Ketua Pembangkang itu atau Datuk Dr Wan Azizah untuk diperakui sebelum menunjukkannya kepada media?

Jika Anwar menafikan beliau orang dalam video itu, sudah tentu Eskay tidak perlu merahsiakan video itu dan terus boleh menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan dan memberikan salinan kepada media, malah memuatkannya di Youtube.

Tetapi tidak.

Beliau dan Rahim mengambil keputusan menggunakan khidmat seorang wartawan di Star yang juga ahli Puteri Umno untuk memanggil wartawan kanan bagi menghebahkan kandungan video itu.

Tindakan ini diambil walaupun, menurut Eskay, rakaman itu belum di hantar untuk ujian forensik.

Jika ujian forensik dilakukan atas kenyataan Rahim dan Eskay semalam, tentunya ia akan mendedahkan sebuah skrip yang terpaksa diolah dan dirombak oleh mereka selaku dalang fitnah video seks setelah Datuk Seri Anwar membuat laporan polis dan enggan tunduk kepada ugutan Eskay dan Rahim Thamby Chik.

Dicatat Oleh Jalan Pulang

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Beberapa Keraguan Daripada Penjelasan Datuk T

Posted: 23 Mar 2011 08:35 PM PDT

Keraguan yang pertama rujuk kenyataan Datuk T yang berikut:

"Saya diminta mencari jam itu di bilik hotel tetapi tidak menjumpainya.

Kemudian yang berikutnya:

Datuk T turut memiliki seutas jam tangan Omega yang dikatakan milik ahli politik itu yang didakwa diambil oleh wanita berkenaan semasa mengadakan hubungan seks pada tarikh tersebut dan menunjukkannya kepada wakil media sebagai bukti.

Soalan: Jam yang dicari tidak dijumpai, jadi jam mana pula dimiliki oleh Datuk T & ditunjukkan kepada wartawan..?

Keraguan yang kedua rujuk pada kenyataan Datuk T yang berikut:

Ketika mencari di belakang laci meja solek saya terkejut apabila ternampak wayar berselirat.


Soalan: Perlu dijelaskan pada umum bagaimanakah "teknik" "mencari di belakang laci" meja solek & bagaimanakah caranya untuk kita melihat "wayar berselirat" dibelakang laci..? Adakah laci berkenaan dari jenis "lutsinar", jenis "tiada penutup dibelakangnya" atau jenis "GangBang"..?

Disini berlaku kekeliruan kerana seingat & setahu gua, belakang laci biasanya terlindung oleh "dinding meja". bab ni lu orang boleh tengok sendiri laci dekat rumah atau opis korang. aku tak pikir ada laci jenis telanjang tak de dinding dekat belakangnya kecuali laci tu jenis "GangBang".

Keraguan ketiga rujuk pada kenyataan Datuk T yang berikut:

"Saya cungkil laci yang berkunci itu dan mendapati ada empat kamera litar tertutup (CCTV) dan satu perakam tersembunyi di dalamnya," katanya.

Soalan 1 (keraguan ketiga): Apakah semasa proses mencari jam tangan, Datuk T ada membawa apa-apa peralatan samada skru driver, pisau, kayu, besi atau apa-apa peralatan pertukangan yang membolehkan Datuk T menyungkil laci tersebut yang berkunci..?

Beb... bukan korang tak tau berapa punya susah nak cungkil laci yang berkunci. kalau rasa nak tau susah ke senang nak cungkil laci yang berkunci, korang boleh cuba dekat laci rumah atau opis masing-masing. praktikal lagi bagus dari dok gebang... cuba sekarang... gua bagi masa lu orang bikin praktikal.

Soalan 2 (keraguan ketiga): CCTV 4 bijik, Perakam 1 bijik... macam mana nak sambung direct connection dari 4 CCTV ke 1 perakam tanpa menggunakan peralatan khas..?

Datuk T kena perjelas bab ni. Gua malas nak soal panjang-panjang. ringkas macam ni cukup, bagi yang biasa dengan alat perakam & CCTV, mesti korang paham soalan aku. tolong perjelas dekat Datuk T sebab penjelasan dia sebanarnya langsung tak jelas & mengelirukan. Lu boleh kelentong wartawan Media Perdana tapi lu tak boleh kelentong gua.

Keraguan keempat rujuk pada kenyataan Datuk T yang berikut:

pelacur yang berusia 20-an

Soalan (keraguan keempat): Mana Datuk T tau umur pelacur tu "20-an"..? Adakah Datuk T kenal akan pelacur yang berusia "20-an" itu..? kalau Datuk T kenal akan pelacur yang berusia "20-an" itu, kenapa Datuk T tak bawa pelacur yang berusia "20-an" itu bersama Datuk T semasa sessi tayangan khas "Blue Monday at Carcosa Seri Negara" untuk diambil kenyataannya oleh para wartawan yang dijemput..?

Ataupun mungkin jugak pelacur berusia "20-an" itu telah diupah oleh Datuk T dengan bayaran yang dipersetujui untuk "melakonkan" adegan seks tersebut bersama pasangannya yang memiliki susuk tubuh seperti "OKT"..?

Keraguan kelima rujuk pada kenyataan Datuk T yang berikut:

"Selepas itu baru satu dunia tahu siapa beliau dan mengapa saya melakukan semua ini?

Soalan (keraguan kelima): Apa yang Datuk T dah lakukan..?

Keraguan keenam rujuk pada kenyataan Datuk T yang beikut:

namun percaya ia dilakukan oleh pihak pengurusan hotel

Soalan (keraguan keenam): Adakah pihak pengurusan hotel yang membuat rakaman bernilai berjuta-juta ringgit jika dinilai dari sudut kepentingan politik terlampau BANGANG meletakkan peralatan rakaman tersebut didalam laci bilik hotel setelah rakaman selesai dilakukan..?

Sikit ulasan: Gua nak ulas sikit bab CCTV yang ditemui dalam laci yang berkunci tu. agak mengherankan macam mana geng "GangBang" yang bikin rakaman CCTV tu boleh pasang CCTV tanpa disedari atau dilihat oleh "mangsa" yang lepak dalam bilik tu.

Sepemahaman gua la, bila dah Datuk T perjelas bahawa dia jumpa wayar berselerak, gua 110% yakin (gua pinjam keyakinan Zulkifli Noordin) cara terbaik untuk pasang 4 set CCTV tanpa mendedahkannya kepada mata manusia ialah dengan memasangnya didalam bumbung bilik.

Kerja ni bukan kerja senang beb... lu kena panjat dekat atas bumbung tu, tebuk lubang untuk locate 4 set CCTV kemudian tarik cable CCTV (samada cable wayar ataupun fiber optic) yang panjangnya berjela-jela kemudian disambungkan pada main connection. dari main connection lu kena sambung pulak dekat perakam. gitu la lebih kurang.

Kemudian nak kena sambung jugak power supply dekat semua equipment berkenaan. kalau pakai bateri gua ingat leceh banyak sebab lu kena save power, rakaman nak kena buat immedietly bila pelakon memulakan aksi "GangBang". tapi skil pakai bateri ni memang tak masuk akal la beb...

Yang lain-lain aku malas nak ulas sebab kalau aku ulas pun puak-puak UMNgOk/Beer eNd bukannya ada otak nak pikir.



Ada 1 lagi kemungkinan yang gua tak boleh tolak dalam hal pasang 4 CCTV tanpa dilihat oleh mata manusia. yang ni memang tak mustahil...

Mungkin jugak CCTV tu jenis "wireles". kalau jenis "wireles", memang orang tak kan perasan menatang ni... tapi kalau CCTV tu jenis "wireless", wayar yang berselirat tu nak buat menatang apa...??? Buat rantai motor Zulkifli Noordin supaya 110% selamat dari dibonceng perempuan berbaju seksi..? -

perisik rakyat

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Bongkak Dan Angkuhnya Nazri Aziz

Posted: 23 Mar 2011 08:27 PM PDT



KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

PKR: Ex-Malacca CM ex honorary consul behind sex video

Posted: 23 Mar 2011 07:58 PM PDT



KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

PAS diminta jadi orang tengah pujuk Anwar tidak aktif berpolitik

Posted: 23 Mar 2011 07:05 PM PDT

KUALA LUMPUR, 24 Mac — Di sebalik pendedahan rakaman video seks kononnya melibatkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat (PR), PAS mendakwa parti itu pernah didampingi beberapa orang mendakwa mewakili Umno-BN baru-baru ini meminta mereka memujuk Datuk Seri Anwar Ibrahim agar tidak lagi aktif dalam perikatan tersebut.

The Malaysian Insider difahamkan beberapa pemimpin kaan PAS diminta agar menyampaikan mesej tersebut dan menjadi "orang tengah" bagi membolehkan misi memastikan Anwar tidak lagi aktif berpolitik menjadi kenyataan.

"Permintaan mereka mudah sahaja, mereka dakwa mereka mewakili Umno, BN dan mereka hanya tidak mahu Datuk Seri Anwar aktif dalam Pakatan Rakyat, bermakna tidak mahu dia berada dalam politik arus perdana," kata sumber itu kepada The Malaysian Insider.

Sumber itu juga mendakwa mereka juga tidak mengesahkan sama ada mereka benar-benar dari Umno-BN.


Menurut sumber itu, permintaan tersebut dibuat kira-kira sebulan lalu dengan mendakwa "akan ada satu kejutan" dalam waktu terdekat berkaitan dengan imej Ketua Pembangkang berkenaan.

Bagaimanapun pemimpin-pemimpin PAS dikatakan tidak mahu melayan permintaan untuk menyampaikan "mesej" tersebut kepada Anwar.

Pun begitu, umum diketahui bahawa wujud pendapat berbelah bahagi mengenai peranan Anwar dalam PR sejak kebelakangan ini, cuma tidak diperkatakan secara terbuka.

Difahamkan persekitaran tersebut digunakan untuk memujuk PAS sebagai orang perantara untuk memenuhi misi terbaru ini.

"Pemimpin-pemimpin PAS telah mengambil pendirian tegas tidak akan berbuat demikian," kata beliau yang mengakui tidak terkejut dengan perkembangan semasa - pendedahan rakaman video seks kononnya melibat pemimpin PR terbabit.

"Mereka tidak kisah jika Pakatan diketuai oleh orang lain tetapi bukan Datuk Seri Anwar, itu permintaan mereka," kata sumber itu lagi.

Anwar sejak dibebaskan daripada penjara pada 2004 dilihat sebagai pengikat dan penghubung kepada PAS dan DAP bersama PKR mewujudkan kerjasama menjelang pilihan raya umum 2008, yang akhirnya membawa kepada pembentukan PR.

Kerjasama itu membawa kepada penafian majoriti dua pertiga BN di Parlimen dan jatuhnya empat lagi kerajaan negeri sebagai tambahan kepada Kelantan. Negeri-negeri itu ialah Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan tarikh pilihan raya negeri Sarawak manakala pilihan raya umum nasional dijangka diadakan tahun ini.

Kelmarin, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan pendedahan video lucah memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan pelacur sebagai amalan politik kotor dan bermotif politik menjelang pilihan raya negeri Sarawak.

Isnin lalu, satu kumpulan yang diketuai seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya hanya sebagai Datuk T, mendakwa mereka memiliki klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur wanita di sebuah hotel di sini yang menawarkan perkhidmatan seks.

Sehari selepas itu, Anwar membuat laporan polis berhubung rakaman video aksi seks itu dan menafikan bahawa dirinya adalah lelaki dalam video tersebut.

"Ini adalah serangan mengaibkan, melampau dan bermotif politik ke atas karakter serta reputasi saya dan keluarga saya," kata Anwar dalam laporan polisnya.

Misteri "Datuk T" terjawab semalam apabila Datuk Shazryl Eskay Abdullah, seorang ahli perniagaan, mengaku beliaulah yang menunjukkan video itu kepada media terpilih di Hotel Carcosa Seri Negara Isnin lalu.

Pendedahan itu dibuat pada satu sidang media bersama bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik.

Shazryl juga mendedahkan bahawa "Datuk T" sebenarnya bermakna "trio" iaitu beliau sendiri, Rahim dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim, yang tidak hadir pada persidangan akhbar itu.

Dalam kenyataannya semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menegaskan pendedahan tersebut tidak ada kaitan dengan Umno.

Katanya, tiga individu berkenaan bertindak atas kapasiti mereka sendiri dan langsung tiada kaitan dengan Umno. - Malaysian Insider

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Zul Kulim Dicadang Ketuai Suruhanjaya Skandal Seks Anwar

Posted: 23 Mar 2011 06:12 PM PDT

Bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik hari ini mengakui bahawa beliau adalah antara tiga orang di sebalik skandal video seks dan mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menentukan ketulenan klip tersebut.

Bercakap dalam satu sidang akhbar petang ini, beliau berkata suruhanjaya diraja itu perlu turut dianggotai tiga pemimpin utama pembangkang - presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mursyidul am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan penasihat DAP Lim Kit Siang.

Turut hadir di sidang akhbar yang diadakan secara tergesa-gesa itu ialah seorang lagi anggota 'Datuk T' - pendekan bagi perkataan Trio - ialah ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah. Aggota ketiga - bendahari PERKASA dan bekas senator, Datuk Shuib Lazim - tidak hadir.


Hu! hu! sehari sahaja boleh terbongkar. Woii Tamby!! Tak payah suruhanjaya, Zulkifli Nordin pun cukup. Bagi dia yang menikmatinya dan mengeraskannya dahulu. Kah! Kah!

Sumber - ek-ele

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Saifuddin Beri Bukti Pimpinan Umno Dan Polis Bersekongkol Jatuhkan Anwar

Posted: 23 Mar 2011 06:02 PM PDT



Berikut beberapa fakta yang disebut oleh Saifuddin Mengenai Kes Liwat Fitnah 11

1.Saiful jumpa pegawai polis Rodwan Mohd Yusuf di sebuah hotel sehari sebelum membuat laporan polis DNA Anwar ini bukan benda baru. Saiful pada 27 Jun 2008 jumpa pegawai polis bernama Rodwan biras YB Satim Diman, ADUN Umno di Serdang".


"Siapa Rodwan ini? Dalam Peristiwa 98, dialah yang seksa Munawar Anis dan Sukma Dermawan. Pada 27 Jun 2008 dia jumpa Saiful. Ini disahkan Jude Pereira (pegawai penyiasat kes liwat fitnah 11) Bila Karpal tanya, kenapa jumpa Rodwan? Jude kata untuk mendapat nasihat. Mendapat nasihat!!! Rodwan ini terkenal tahun 1998. Dia curi sampel darah Anwar di hospital Kuala Lumpur. Dia polis tapi mencuri"

"Sekarang kamu bawa ke Mahkamah, kamu plot beberapa graf. Ini menunjukkan kehadiran lebih dari 3 orang, Betul? Betul. Boleh jadi 10 orang? Betul? Betul. Kalau ada 10 orang DNA pada dubur Saiful, "kenapa kamu cuma berminat dengan lelaki Y?" tanya Karpal Singh kepada Dr.Siah pakar kimia. Jawab Dr.Siah, "Yang arif, polis cuma suruh saya tanda lelaki Y". Karpal Singh tanya, "Ini lelaki X, lelaki M? Itu polis tak suruh tanda, cuma lelaki Y"

2.Polis Tidak Berminat Keterangan Saksi (Hasnuddin adalah pemilik kondominium bersebelahan unit di mana Saiful mendakwa beliau kononnya diliwat)

"Dia (polis) soal siasat Hasanudin dan isterinya Kak Sham. Polis bila Saiful buat aduan, dia serbu kondominum, ambil semua contoh, gunting karpet sana sini semua. Lepas itu, pergi soal siasat suami isteri ini. Satu soalan saja polis tanya, "Sepanjang Anwar ada dalam bilik bersama tuan rumah ini, ada tak Anwar keluar sekejap dari bilik itu?" suami isteri itu kata "Tak ada, Anwar ada bersama kami". Polis tanya lagi, "cuba ingat balik, diantara pukul 3 petang ke 5 petang, 26 Jun 2008, ada tidak Anwar keluar dari bilik ini?". Suami isteri kata, "Tak ada". Akhirnya, suami isteri itu sebut, bilik itu ada cctv, tengok lah Anwar keluar ke tak. Polis kata cctv itu tolak ke tepi dulu, kami nak tanya kamu dulu. 36 jam suami isteri ini ditanya oleh polis soalan yang sama"

"Oleh kerana suami isteri ini tak beri kenyataan seperti yang mereka hendak, maka tak dipanggil menjadi saksi, kerana kalau jadi saksi, ditanya soalan sama, mereka akan kata "Yang Arif, ya Anwar ada bersama kami". sedangkan tuduhan ke atas Anwar ialah 3.01 minit hingga 4.30 petang kamu telah meliwat saiful. masa
bila dia liwat sedangkan suami isteri dan tamu lain pun ada dengan Anwar."

Mengenai Fitnah video seks lucah didalangi anasir dalam Umno:

1. "Kejam dan zalim mereka tak habis lagi, tak puas lagi, dia reka satu lagi. Ketua-ketua pengarang media dibawa ke Carcosa seri negara, hotel mewah ditayang, tapi tak beri tahu nama. Datuk T lah, Datuk itu. suspen. Hari ini Anwar buat laporan polis. dia (datuk T) kata tak mau serah pulak video pada polis, Polis pula boleh buat relaks. Hari ini wartawan tanya pada Nazri Aziz, macamana tayangan video lucah di hotel? Nazri jawab "Kalau niat dia tayang baik tak apa". Boleh macam tu?"

2. "Rekod di tangan kita jelas. Ini membabitkan pemimpin tertinggi Umno, Itu sangat jelas. sangat jelas. "Sampai kawan-kawan yang dipertonton video itu pun
sebut, bukan saja kita. Padahal kawan-kawan yang dipertonton itu pun musuh kita dah. Ada seorang pemimpin tinggi surat khabar kumpulan NST yang pergi tengok,
dia itu memang terkenal musuh Anwar daripada 12 tahun. Lepas dia tengok (dia kata), "ya betul I musuh Anwar, tapi kalau setakat tengok itu dia kata, perut
boroi itu bukan perut Anwar"

3. "Dia nak alih Sarawak. Sarawak orang cakap pasal pilihanraya ni apa pun boleh jadi. Taib Mahmud yang rasuah, timbunan kekayaan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tak pernah siasat, Najib tak nak buang Taib. Rakyat marah, Iban, Dayak, Melayu, Melanau, semua tengah marah, sekarang tunggu nak panggkah saja nak buang. Dia reka (isu video lucah) ini supaya kita kelam kabut menyelesaikan isu ini, itu saja tujuan"

Sumber - TVS

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Post Mortem Video Lucah 18 SX : Kenapa Gagal anugerah Boxoffice

Posted: 23 Mar 2011 05:01 PM PDT

MISTERIUS video lucah yang dibabitkan dengan Anwar Ibrahim dan siapa producernya sudah hampir terbongkar. Hari ini ada dua kenyataan akhabr mendedahkan berhubung video berkenaan. Pertama oleh Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul dan kedua oleh ahli perniagaan Shazryl Eskay. Mulanya Shazryl Eskay inilah dikenali dengan nama Datuk T.

Sidang akhbar oleh Johari seperti mana kenyataan penuhnya yang dipostkan di bawah. Saya tidak mahu menghurai panjang mengenai pendedahan Johari itu. Cuma apa yang boleh dismpulkan beliau tidak mempercayai watak dalam video berkenaan adalah bosnya, Anwar.

Memahami apa yang diceritakan Johari, video itu telah digunakan untuk memerangkapnya agar meninggalkan PKR. Video itu dijadikan bukti kononya Anwar terlibat dengan skandal sex dan melakukan sex dengan pelacur. Tujuan video itu disondolkan kepadanya agar beliau benci dan meninggalkan Anwar dan menyertai Umno.


Kata Johari juga kalau dia sedia untuk mengkhianati Anwar serta membawa rakan-rakan (MP) lain segalanya ditanggung beres termasuk soal keselamatan dan juga kewangan. Dalam erti kata lain video berkenaan digunakan untuk membeli Johari. Manakala kegiatan membeli Johari dan MP PKR lain dalam strategi mengukuhkan kedudukan kerajaan UBN.

Apabila Johari dan rakan-rakan lain tidak bersedia menjual dirinya, di sinilah menyebabkan video berkenaan didedahkan kepada umum. Ia boleh dianggap sebagai dendam dan kemarahan. Anwar khasnya dan PKR amanya harus mengucapkan syabas dan tahniah kepada Johari yang setia kepada Anwar dan PKR. Penolakan Johari atas tawaran itu satu pengorbanan yang besar. Kalau Johari tidak mempunyai keimanan yang tinggi dan hilang moral sebagai manusia Islam sudah tentu beliau akan tergelap mata dan menerima tawaran berkenaan.

Dengan mengambil kira apa yang didedahkan Johari itu boleh dianggap di sini bagi individu yang telah mengkhianati dan kencing Anwar adalah kerana tergelap mata dengan tawaran kebendaan itu. Mereka sanggup dan rela dicaci sepanjang hidupnya kerana sedikit wang bagi menyumbat poket seluar yang tembus. Tanpa mereka sedar selepas ini untuk mereka menjadi pencaci tahi pun belum tahun boleh.

Berbalik kepada isu tadi, pendedahan oleh Shazryl Eskay enjelaskan bahawa beliaulah penanggungjawabnya. Paling mengejutkan ia turt sama terlibat dan memikul tanggungjawab dalam pendedahan video itu ialah bekas KM Melaka, Rahim Tamby Chik. Kata Rahim Datuk T bukan seorang tetapi ia didhomankan kepada tiga orang Datuk. T adalah trio.

Seorang lagi Datuk ialah orang bernama Shuib Lazim (foto). Rahim tidak menjelaskan bahawa beliau termasuk dalam trio itu, namun penjelasan itu menunjukkan dialah seorang lagi Datuk itu.
Kenapa Shuib Lazim tidak hadir dalam sidang akhbar berkenaan? Shubib Lazim adalah kawan baik kepada Anwar Ibrahim. Pada satu majlis hari raya beliau pernah hadir ke rumah Anwar dan saya melihatnya sendiri.

Shazrly mengakui bahawa salah satu watak dalam video berkenaan seperti dijelaskan Johari adalah dirinya? Sekiranya video itu merakam adigen maksiat jelas bahawa beliau juga terbungkus sama dalam video berkenaan. Kalau watak dalam video itu Anwar, ini bermakna dia juga boleh dibabitkan sebagai terlibat dalam video berkenaan.

Begitu juga dengan Rahim Tamby Chik dan Shuib Lazim turut sama bersuhabat dalam melaksanakan kerja yang keji itu.

Kenapa ia didedahkan? Inilah misteri yang belum terurai dan bukan payah untuk difahaminya. Anwar adalah musuh kepada perdana menteri dan juga isterinya, Rosmah Mansor. Rahim Tamby Chik pula pernah merasa teraniayaan oleh Anwar menyebabkan beliau terpecat dari jawatan ketua Pemuda Umno. Rahim mengira takdir itu adalah kerana Anwar. Ada orang bercerita beliau dikatakan bersumpah akan membalas dendam terhadap apa yang berlaku ke atas dirinya.

Kesimpulan mudah disini, kalau beliau terlibat dengan pendedahan video untuk memburukkan Anwar itu, jawabnya kerana dendam. Apa dilakukan itu untuk membalas dendam lamanya. Tetapi apa hal pula dengan Sharzly, dia seorang ahli perniagaan. Khabarnya dia sedang menghadapi masalah dan dijanjikan dengan mega projek. Mungkin kerana untuk mendapatkan projek maka beliau harus menawan ahli Parlimen PKR menyertai Umno dan dalam masa sama damegkan Anwar Ibrahim. Selepas itu baru dia mendapat upahnya.

Macam mana dengan Shuib Lazim? Apakah peranan dan tuntutan beliau dalam hal ini. Kenapa beliau terlibat dengan Trio T itu? Dan yang menjadi persoalan kenapa beliau tidak hadir pada sidang akhbar itu. Kalau T itu adalah trio setelah Shuib maka ia tidak menjadi tiro lagi tetapi jadi dwi T.

Apakah beliau juga bersubahat kerana ingin mendapat imbuhan kerana sedang berdepan dengan masalah kewangan? Kita akan cuba selidik mengapa dan atas sebab apa penglibatannya. Mudah-mudahan Shuib akan muncul dalam tempoh sehari dua ini menjelaskan sejauh mana penglibatannya dalam pembikinan wayang 18 SX itu.

Seperkara lagi yang hendak saya sebutkan di sini, mungkin juga versi video inilah yang pernah ditayangkan kepada beberapa orang pemimpin Pas dan juga kawan dan sahabat awal Anwar. Katanya para sahabat awal Anwar mulai goyah dan mempersoalkan syaksiah Anwar setelah mendengar cerita atau melihat tayangan promo video berkenaan.

Adalah baik bagi pemimpin Pas maupun sahabat awal Anwar yang mendengar kisah video ini atau pernah menyaksikan promonya membuat mahasabah balik. Jelas dari dua versi penjelasan sidang akhbar tadi video berkenaan adalah sebuah filam wayang yang diwujudkan dengan demikian rupa dengan bantuan makenisme dan peralatan IT yang moden.

Bagi saya pula, saya tidak mahu melihat kebejatan manusia yang menjadi pelakon dalam video berkenaan, tetapi yang saya kesal dan benci ialah mereka yang mendedahkannya. Kerja sebegitu yang mereka lakukan tidak ubah seperti menjolok buah rambutan dengan galah yang berlengeh dengan tahi. Memang buah itu manis tetapi ianya diapati dengan hasil yang buruk dan busuk

MSO

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Bukti Video..Hebatt..

Posted: 23 Mar 2011 08:14 AM PDT



KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Kenapa Mamat Ni Minat Sangat Dengan Kg. Baru??

Posted: 23 Mar 2011 07:06 AM PDT

Putrajaya tidak akan tarik balik akta Kg Baru

KUALA LUMPUR, 23 Mac — Kerajaan tidak akan menarik balik Rang Undang-Undang Perbadanan Kampong Baru 2010 yang dijangka dibentang untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat Jun ini, walaupun terdapat desakan untuk berbuat demikian.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (gambar) berkata kerajaan telah memberikan tempoh yang mencukupi untuk memperhalusi semula draf rang undang-undang itu dengan mengambil-kira pandangan pihak-pihak yang berkepentingan di Kampung Baru.

"Kita tidak akan menarik balik rang undang-undang ini. Kita dah buat perjumpaan berkali-kali dengan wakil-wakil pemilik dan pewaris tanah di Kampung Baru, badan-badan bukan kerajaan (NGO) terbabit, sudah ada perjumpaan tertutup dengan semua ketua kampung yang lebih daripada sekali.


"Semua sepakat menyokong penuh penubuhan rang undang-undang ini dengan beberapa klausa diperhalusi sebab itu kita tangguh perbentangan rang undang-undang ini sehingga Jun," katanya ketika menggulung perbahasan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Rang Undang-Undang Perbadanan Kampong Baru 2010 dibentang untuk bacaan pertama di Dewan Rakyat pada 14 Disember 2010 bertujuan menubuhkan suatu perbadanan yang bertanggungjawab merancang dan mengawal selia pembangunan Kampung Baru.

Bagaimanapun rang undang-undang itu yang dijadual dikemukakan untuk bacaan kali kedua dan dibahas pada persidangan kali ini ditangguh sehingga Jun bagi membolehkan beberapa klausa di dalam rang undang-undang itu diperhalusi.

Raja Nong Chik turut menolak dakwaan Dr Lo'Lo Mohamad Ghazali (PAS-Titiwangsa) bahawa beliau mungkir janji apabila mengemukakan rang undang-undang itu di Dewan Rakyat sebelum bertemu dengan pihak berkepentingan di Kampung Baru.

"Saya tidak mungkir janji, tetapi oleh kerana saya diberitahu bahawa peraturan rang undang-undang itu tidak boleh diberitahu kepada rakyat sehingga ia dibentang ke Parlimen, jadi saya akur untuk tidak berjumpa dulu (dengan penduduk) tetapi apabila sudah bentang, saya jumpa dan saya memang sudah menjangka akan ada klausa yang perlu diperbetulkan," katanya.

Raja Nong Chik berkata, wakil kementerian akan turun ke setiap kampung untuk menjelaskan mengenai rang undang-undang itu bagi memastikan tidak ada ada lagi kekeliruan mengenainya.

Beliau berkata untuk memberi kepuasan kepada semua pemilik dan pewaris tanah di Kampung Baru, kerajaan memberi jaminan akan mengemukakan referendum kepada mereka dan jika semua pihak bersetuju barulah rang undang-undang itu akan diteruskan.

Sementara itu, Raja Nong Chik berkata kementerian bersedia menimbang cadangan supaya nama beberapa jalan di ibu negara ditukar dengan nama tokoh seperti Jeneral Tun Ibrahim Ismail dan Leftenan Adnan Saidin. — Bernama

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Temuduga Terbuka Untuk Jawatan Pelakon Porno

Posted: 23 Mar 2011 06:02 AM PDT

Anda mempunyai wajah seperti mereka ini.... Silalah..

Salam Sejahtera..
Buat semua rakyat Malaysia, tak kira apa keturunan, dan lelaki...


Berupa wajah seperti di gambar sebelah, apa bangsa tak kisah, bermata sepet, berkulit putih, tubuh badan sebaya, kalau melayu boleh bertutur stail telo Cina cakap melayu dengan sedikit gagap-gagap.....




Atau seperti wajah di gambar ini, berwatakkan seorang yang alim, ada janggut yang beruban kaler putih, kena pandai bertutur (goyat) bahasa Kelate dan sehat tubuh badan....




Wajah yang paling dikehendaki, seperti di dalam gambar ni,,, ada sedikit talent yang boleh menyamai dengan individu ini akan diberi keutamaan......


ANDA AKAN DITOLAK SEKIRANYA MEMPUNYAI PERUT BOROI SEPERTI GAMBAR DI BAWAH INI........


JIKA ADA SESIAPA YANG BERMINAT SILA DATANG KE SESI TEMUDUGA DAN UJI BAKAT BERTEMPAT DI HOTEL SERI CARCOSA KUALA LUMPUR...
DATANG DENGAN SECARA DIAM-DIAM,,, JANGAN HEBOH-HEBOH, DAN BERTEMU DENGAN WAJAH-WAJAH DI BAWAH INI...




Dicilok dari blog Manjungmari

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Auta Selepas Kantoi.. Cover.. Cover..

Posted: 23 Mar 2011 03:34 AM PDT

Johari Abdul didakwa minta RM1j untuk setiap 7 MP

Tuduh menuduh ekoran penayangan video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, berpanjangan apabila pemimpin PKR pula didakwa mahukan RM100,000 sebagai "pelincir" untuk membawa lebih ramai ahli parlimen Pakatan Rakyat menonton video itu.

Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang sebelum ini dianggap sebagai Datuk T mendakwa, ahli parlimen PKR, Datuk Johari Abdul membuat permintaan itu selepas menonton video kontroversi tersebut.

Beliau juga mendakwa Johari meminta RM1 juta untuk setiap tujuh anggota parlimen yang akan dibawanya untuk menonton video itu.

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Rahim akui beliau, Shazryl dedah rakaman video seks

Posted: 23 Mar 2011 03:12 AM PDT


KUALA LUMPUR, 23 Mac — Bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (gambar) mengaku ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay adalah lelaki misteri "Datuk T" yang mendedahkan rakaman video seks, yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat kepada media kelmarin.

Selain itu, beliau dan Shazryl adalah pihak yang bertanggungjawab mendedahkan rakaman video tersebut. - MI





KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Saya Dalam Video Itu - Datuk Eskay

Posted: 23 Mar 2011 03:08 AM PDT

Eskay akui beliau dalam video seks
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 23 Mac: Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah iaitu lelaki misteri yang sebelum ini dianggap sebagai Datuk T, mengaku bahawa beliau ada didalam rakaman video seks yang didedahkan kelmarin.

"Saya dalam video itu," katanya seperti lapor Malaysiakini.

Beliau membuat pengakuan itu pada satu sidang media hari ini selepas ditanya sama ada beliau yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan orang dalam video seks yang ditayangkan kelmarin.

Eskey yang mengakui bekas sahabat Anwar bagaimanapun enggan menjelaskan apakah peranannya ketika adegan itu berlaku.


Beliau juga enggan mendedahkan di bahagian mana gambar beliau dilihat dalam rakaman itu kerana ia sudah menjadi kes polis.

Turut tampil pada sidang media itu adalah bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik.

Rahim pada sidang media sama juga turut memaklumkan beliau, Eskey dan seorang lagi adalah lelaki misteri yang digelar "Datuk T".

Beliau juga mengaku bertanggungjawab bersama Eskey mendedahkan rakaman video tersebut.

"T ini trio, three," kata Rahim sambil menambah seorang lagi adalah Datuk Shuib Lazim yang juga bendahari PERKASA.

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Tiada ulasan: